Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, December 22, 2014

Tazkirah untuk orang pencen

8:26 AM Posted by RIDHUAN TEE 21 comments


(SH22.12.14)

Khusus ditujukan kepada pesara kerajaan, sama ada bergelar atau tidak, ketika berada di atas puncak kuasa dahulu, apa yang kamu buat untuk menjaga kepentingan agama bangsa dan negara. Adakah kamu berkhidmat dengan penuh ikhlas? Atau.... Tuhan sahaja yang tahu.  

Saya amat setuju dengan cadangan Perkasa, ‘25 Melayu berpengaruh ini (pesara kerajaan) atau menteri atau pemimpin parti, mengisytiharkan harta mereka. Sekadar bekerja dengan kerajaan, setinggi manapun jawatannya, malah jawatan menteri sekalipun, tidak akan menjadikan kita kaya-raya. Jika ada yang kaya-raya, bermakna adalah benda yang tidak kena. Kecualilah, asal-usul mereka memang kaya.

Ini tidak, kadangkala, bukan sahaja pesara kerajaan itu kaya, adik-beradik dan anak-beranaknya pun turut kaya. Dari mana mereka dapat duit?   

Justeru, muhasabah diri. Fikirkan kembali. Bertaubatlah jika terlanjur.  Mengapa hari ini, selepas pencen, kamu menjadi begitu lantang dan berani, tanpa terlebih dahulu membuat sedikit penelitian atau penyelidikan terhadap mereka yang bertungkus-lumus berjuang mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara, sama ada pihak berkuasa kerajaan mahupun NGO-NGO berkaitan?

Bukan bermakna di penghujung usia ini kita tidak bercakap langsung. Tetapi biarlah bertempat. Pastikan tindak-tanduk kita menguntungkan Islam.

Pernahkah terfikir, tatkala mata semakin kabur, kulitpun dah kendur, gigi mula berterabur, rambut banyak gugur, makanpun dah makan bubur, dan tidak lama masuk kubur, banyak persediaan perlu dilakukan menuju ke alam akhirat.

Maklum sahajalah, sudah menjadi lumrah, masa muda kita redah segala-galanya, tidak kira halal haram. Bila dah tua nanti barulah bertaubat. Sebab itu, ramai yang tidak berani pergi menunaikan haji waktu muda, kerana takut tidak boleh buat dosa lagi.

Maka ditunggu sampai ke tua, agar boleh cuci dosa sebelum mati. Moga-moga masuk syurga. Itu pun ramai yang tidak insaf lagi, pergi haji dan umrah berkali-kali, balik, masih gondol lagi. Ingat, tiada jaminan bahawa balik atau mati di Mekah boleh masuk syurga.

Jika itulah tandanya, paling ramai masuk syurga nanti, adalah orang Arab, sebab rumah mereka semuanya dekat dan mengadap Kaabah. Hari-hari boleh buat umrah dan setiap tahun boleh buat haji dan juga mati di sana.
Rugilah kita menjadi umat yang jauh dari Kaabah sebab tidak dapat mati di sana, berumrah dan berhaji. Jelasnya, jauh atau dekat kita dengan Kaabah, itu bukan penentu ke syurga. Hatta, jika tidak pernah sekalipun ke Mekah, ada jaminan syurga. Yang penting, kita beriman dan tidak, semasa hidup. 

Hari ini, sepatutnya, kamu melakukan muhasabah diri. Campur tolak dosa dan pahala.

Pertama, bertaubatlah kepada Allah SWT, menyesali segala dosa yang dilakukan selama ini. Qada semula solat telah kami pernah ditinggalkan. Dekatilah masjid dan surau.

Kedua, jika masih belum menutup aurat, pergilah kedai-kedai tudung (kopiah). Carilah yang bersesuaian untuk menutup kulit dan rambut yang semakin dimamah usia.

Jika tidak percaya kepada aurat (rambut) bagi yang wanita, mungkin jawapan agamawan sudah dijangkakan. Apa kata pergilah bertanya kepada artis-artis yang telah berhijrah. Tanyalah mereka kenapa bertudung?

Jangan jadi seperti orang kampung. Apabila makcik-makcik ditanya kenapa masih tidak pakai tudung, maka jawapannya, “makcik dah tua, pakai tudung buat apa, siapa yang nak pun” Tidak mengapalah makcik kampung. Tetapi kamu orang bijak pandai. Malangnya kepandaian kamu masih belum dapat menyedarkan kamu.

Ketiga, luang masa untuk mentelaah al-Quran, Hadis dan kitab-kitab muktabar. Jika bacaan al-Quran masih gagap dan tidak betul, pergilah belajar.

Saya amat bimbang dengan perkumpulan wanita yang mendakwa dirinya Islam, tetapi jahil dalam memahami al-Quran. Mereka bercakap banyak tentang Islam, tetapi membaca al-Quran sekadar terjemahan. Sudahlah begitu, mengaku pula diri pandai. Bukan apa, takut sesat jadinya.

Keempat, jika ada anak dan cucu, jagalah mereka dengan baik. Pastikan mereka membesar dengan iman dan Islam, berindentitikan Melayu, jika itulah bangsanya.

Saya amat bimbang generasi hari ini, lahir dari ibu bapa Melayu,tok nenek semua Melayu, tetapi sikap, perangai, tingkah laku langsung tidak serupa Melayu. Mereka kelihatan lebih barat dari barat. Maklumlah pernah jadi duta luar negara atau belajar di sana.

Kelima, Jika ditakdirkan, khidmat kamu diperlukan selepas pencen, maka kamupun dilantik memegang jawatan ini dan itu, sama ada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa, itu bukan kerana kamu terlalu bagus, sehingga menjadi kamu berlagak dan kondem orang lain.

Itu tandanya Allah masih beri kamu peluang. Maka gunakan peluang tersebut untuk menebus dosa-dosa yang lalu. Manfaatkan jawatan untuk agama, bangsa dan negara. 

Keenam, jika kamu ada mengambil duit rakyat atau duit haram semasa memegang jawatan, banyakkanlah bersedekah sebelum Allah cabut nyawa kamu. 

Jangan pandai menuding jari, orang itu ekstrim dan orang ini ekstrim. Sendiri mahu ingat. Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga.


21 comments:

Sustainable Living Institute (SAVE) said...

Dulunya ramai diantara mereka dikerumuni orang bawahan diarah kesana kemari. Perahu tidak berani digoncang kiranya perlu. Pangkat lagi dikejar. Status quo adalah jalan selamat. Kalau ada kesilapan tuding jari orang bawah. Maka herd mentality menebal. Selepas pencen pun ikut herd mentality. Kalau berseorang tidak berani bersuara. Sudah kepuncak susah jadi orang biasa buat amalan biasa. Masih hendak disanjung. Mencari isu tidak kena tempat, tidak berlandaskan bumi dipijak. Pemikiran dan hidup masih diawang2an? Walla hu alam.

Anonymous said...

"The high-ranking retired civil servants or the so called 25 prominent Malays" are actually expressing the views of the silent majority of Non Muslims in Malaysia.

Anonymous said...

"the retired high-ranking civil servant or the so called 25 prominent Malays" are actually expressing the views of silent majority of Non Muslims in Malaysia

Deen said...

The 25 Prominent Malays are actually expressing the views of silent majority of Non Muslims in Malaysia

Deen said...

The 25 Prominent Malays are actually expressing the views of silent majority of Non Muslims in Malaysia

Deen said...

The 25 Prominent Malays are actually expressing the views of silent majority of Non Muslims in Malaysia

Deen said...

The 25 Prominent Malays are actually expressing the views of silent majority of Non Muslims in Malaysia

Deen said...

The 25 Prominent Malays are actually expressing the views of silent majority of Non Muslims in Malaysia

Anonymous said...

Tak payah le diulang2 Deen...naik menyampah Pulaski nak baca

Anonymous said...

Tak payah le diulang2 Deen...naik menyampah pulak nak baca

Anonymous said...

3:57 PM,

"the silent majority of Non Muslims in Malaysia"?

Meaning most of the non-Muslims, they who don't speak up?

But they are still a minority, not the majority by any means, innit?

The 25 are also a minority on any count.

Anonymous said...

Saya fikir kebanyakan dari 25 itu bukan jenis yang membolot harta atau korapsi.

Ha nya memikirkan mereka liberal konon.

Saya menyampah yang macam itu. Saya kata tiada sesiapa liberal kalau mereka tak hormatkan dan betul betul patuhi kpd Perlembagaan negara. Dan tidak mentafsir mana mana Perkara dalam Perlembagaan negara itu secara songsang atau mirip kpd kepentingan bukan Islam.
Atau bukan Melayu.

Macam anak Anwarul Al Juburi, si Nurul. Konon nya Melayu boleh pilih agama atau cara mempraktik agama. Yang buat begitu ada lah peseudo-liberal, liberal olok olok. Liberal, my foot.

Anonymous said...

Malaysia kena belajar dari Indonesia mengenai nationhood.RT adalah produk BTN yang dimulakan pada 70an.

Anonymous said...

JUSA JUSI JUSU ni kan lantikan MENTERI DAN KEMENTERIAN jadi perangai pun sama. Bila dah pencen baru nak bersuara sebab sekarang takut Boss.

Yang benar,
YANG BODOH LAGI TULI MENURUT PERINTAH.

Anonymous said...

cuba teka dengan ilmu agama yang encik ridhuan, mengapa wang dolar singapura lebih bernilai dari wang malaysia?

Hambali bin Ishak said...

Semasa saya masih bertugas, saya menjalankan tugas seperti yang diamanahkan kepada saya. kekayaan yang saya perolehi hari ini adalah dari titik peluh saya menabung dan membeli sedikit2 harta tanah dan rumah yang pada masa itu murah harganya. Setelah saya pencen, saya jual sebahagiannya untuk kegunaan saya dan keluarga saya memajukan perniagaan. Saya tidak pernah rasuah atau mengambil walau sesen harta yang bukan milik saya.

Alhamdulillah...saya memberi didikan agama secukupnya kepada isteri dan anak2 saya dan saya berdoa agar perkara yang sama diteruskan kepada keturunan saya sehingga hari kiamat kelak. Sekarang, masa lapang saya diisi dengan mendalami ilmu al-quran bersama rakan sebaya saya, mengunjungi masjid bersama cucu terdekat dan mendidik cucu jika masa terluang.

Alhamdulillah, semua keluarga saya bertudung walaupun ada sebahagian orang besar di luar sana mengatakan bertudung bukan penentu seseorang itu baik. Ramai di luar sana mengatakan bertudung pun masih boleh berbuat zina. Tapi alhamdulillah keluarga saya masih patuh pada hukum Allah ini. Alhamdulillah kerana yang kami contohi ialah pakaian pemimpin yang bertudung. Saya dan keluarga saya akan memastikan hanya pemimpin seperti ini yang boleh diikuti.

Sering kali juga saya dan keluarga pergi melancong ke luar negara sehari dua. Walau bagaimanapun saya lebih suka jika saya mengunjungi bumi para anbia atau mengerjakan umrah. Saya menggunakan wang hasil usaha saya sendiri semasa muda. Tidak ada sesen pun harta kerajaan atau bekas harta rakyat yang saya gunakan untuk melancong. Biarpun kami hanya menetap di hotel tiga bintang, tetapi hati kami tenteram. Saya menggunakan penerbangan tambang murah atau kelas ekonomi dan bukan menggunakan pesawat peribadi milik kerajaan.

Hisup saya sederhana sebelum dan selepas pencen. Saya memiliki sebuah banglo di bandar baru bangi yang saya beli dengan harga RM120 ribu ketika baru dibuka pada tahun 1976 dahulu. Isteri saya juga memiliki sebuah hasil daripada usahanya semasa bertugas sebagai pensyarah di UKM ketika itu. Kini harganya mencecah jutaan ringgit. Saya tidak akan jual tetapi akan saya berikan kepada dua orang anak saya. Tahun 1985, saya membeli sebuah rumah dua tingkat di Jalan kucing dan saya gunakan rumah itu untuk kelas mengaji. Saya sediakan 3 ustazah untuk mengajar budak2 di situ mengaji dengan bayaran RM15 sebulan untuk menampung bayaran gaji ustazah.

Kenderaan saya bukan mers atau BMW atau vellfire. Saya hanya menaiki volvo 940 yang saya beli pada tahun 1998 dahulu secara second dan tunai. Kenderaan itu yang saya gunakan untuk membawa isteri, anak dan cucu saya ke masjid, atau membawa saya dan isteri ketika mendalami ilmu allah.

Dahulu dan sampai sekarang, saya tidak berpolitik ketika saya menjalankan tugas saya. Saya mengikut arahan orang atas. Mana yang perlu saya lakukan, saya akan buat. Mana yang dilarang, saya akan tinggalkan. Saya tidak berpolitik sama ada pemerintah atau pembangkang. Saya hanya tahu memikir. Yang mana yang baik saya akan ikut. Saya akan mengkaji. yang mana yang terbaik dan paling kurang kelemahannya yang akan saya pangkah dalam pilihanraya.

Alhamdulillah, kehidupan saya selepas pencen amat bahagia. Ramai kawan sekeliling saya. bekas anak buah masih mengunjungi saya selepas saya pencen sejak 8 tahun yang lalu....

Anonymous said...

Saya ketawa jee....Anda dilarang masuk Sarawak atas sikap setan peribadi anda.....orang Sarawak siap buat kenduri utk misi menghalau si ah tee ni...

Anonymous said...

Prof Ridhuan,

Dukachita membaca berita mengatakan Sdr tidak di benarkan masuk Sarawak untuk upacara dki mana Sdr telah di jemput berucap.

Nyata ini politik semata mata. Nyata itu reaksi dari komplen puak Pakatun yang beberapa orang pemimpin nya telah tidak di benarkan masuk Sarawak di masa yang lalu.

Saya yaakin di suatu masa akan datang, keadaan begini akan bertukar. Dalam pada itu, kita perlu teruskan usaha ushaha menyebar fakta dan pendapat yang baik bagi meluaskan syi'ar Islam dan meninggikan murtabat agama itu dan penganut penganut nya.

Anonymous said...

10:32 AM, December 24, 2014,

Mengarut kamu megatakan Malaysia kena belajar dari Indonesia mengenai nationhood.

Kamu tahu pun tidak apa itu nationhood, apa unsur unsur yang perlu bagi sebuah negara itu mencapai apa yang di katakan nationhood.

Kerana kamu jenis Pakatun yang menuduh tanpa bukti dan justifikasi, mencaci BTN tanpa penerangan pun, tak guna aku menerangkan dengan lanjut bagi kamu yang buta tuli dan keras kepala, saperti orang Pakatun biasa.

Din Kapak said...

25 pesara kerajaan ini bersuara bukan kerana nak liberal ke apa....mereka hanya menyuarakan kebimbangan negara Malaysia semakin terarah kepada fahaman ekstremis sekarang dah ada rakyat MALAYSIA yang menjadi ahli ISIS yang menyokong Taliban,yang menjadi anggota alQaeda mereka hanya menyuarakan kebimbangan jika negara menjadi huru-hara dan timbul kekacauan seperti di Iraq , Syria, Afghanistan dan banyak negara Islam lagi mengapa Ridhuan merasa tergugat oleh kenyataan mereka ini.Najib pun ketika berucap di PBB mengatakan MALAYSIA mengamalkan kesederhanaan dan mengesyorkan negara Islam lain mengamalkan kesederhanaan supaya mengekang unsur eksremism ugama dinegara masing-masing.

Din Kapak said...

25 pesara kerajaan ini bersuara bukan kerana nak liberal ke apa....mereka hanya menyuarakan kebimbangan negara Malaysia semakin terarah kepada fahaman ekstremis sekarang dah ada rakyat MALAYSIA yang menjadi ahli ISIS yang menyokong Taliban,yang menjadi anggota alQaeda mereka hanya menyuarakan kebimbangan jika negara menjadi huru-hara dan timbul kekacauan seperti di Iraq , Syria, Afghanistan dan banyak negara Islam lagi mengapa Ridhuan merasa tergugat oleh kenyataan mereka ini.Najib pun ketika berucap di PBB mengatakan MALAYSIA mengamalkan kesederhanaan dan mengesyorkan negara Islam lain mengamalkan kesederhanaan supaya mengekang unsur eksremism ugama dinegara masing-masing.