KENYATAAN: LARANGAN
MEMASUKI SARAWAK
Pada
25.12.14, saya terbaca dalam laman web ultra kiasu mengenai kenyataan ADUN PKR
Batu Lintang Sarawak, membuat bantahan terhadap kemasukan saya ke Sarawak untuk
berceramah di Masjid Daerah Sematan, selepas maghrib, pada 26.12.14. Beliau telah
sedaya upaya melaku segala cara, seperti menghantar SMS kepada pihak berkuasa
Sarawak agar menghalang kemasukan saya ke Sarawak.
Selepas
membaca berita tersebut, saya telah menghubungi pihak penganjur, pada jam 5.00
petang, agar membatalkan sahaja jemputan ceramah yang telah dibuat sebulan yang
lalu. Pihak penganjur, yang juga telah menerima bantahan tersebut menjawab,
ceramah akan tetap diteruskan dan meminta saya datang seperti yang dijadualkan.
Pejabat Ketua Menteri turut memberi lampu hijau. Ketua Polis Negeri turut
menyediakan escort untuk saya ke sana.
Mereka
tidak akan tunduk kepada PKR. Suara PKR bukan suara rakyat Sarawak. Tiba-tiba, pada
jam 8.45 malam, pihak penganjur menelefon, memberitahu ceramah terpaksa
dibatalkan atas alasan PKR akan mengadakan protes di Lapangan Terbang Kucing
pada hari saya sampai. Saya pun membatalkan niat saya untuk ke Sarawak.
Peliknya,
semua laman web ultra kiasu melaporkan saya ditahan imigresen di Lapangan
Terbang Kucing. Pihak imigresen di sana turut mengiyakannya. Sejak bila pula
saya sampai ke sana? Malang sungguh pegawai imigresen tersebut. Inilah jahatnya
ultra kiasu dalam memutarbelit dan mensensasikan berita.
Persoalan
saya, kenapa kerajaan negeri tiba-tiba tunduk kepada PKR dan ultra kiasu? Kenapa
imigresen mengeluarkan kenyataan palsu? Sejak bila PKR mewakili suara rakyat
Sarawak? Peliknya, kenapa kerajaan negeri boleh terpengaruh dengan tuduhan
ultra kiasu itu?
Saya
tidak rugi apa-apapun, termasuk mungkin selepas ini ke Sabah. Banyak tempat
lain yang memerlukan saya. Sedikitpun saya tidak terjejas jika tidak ke
Sarawak. Kenapa PKR begitu gentar dengan saya? Jantanlah sikit. Membandingkan
saya dengan pemimpin PKR Semenanjung yang tidak dibenarkan masuk ke Sarawak,
adalah dangkal sama sekali. Mereka ahli politik yang licik, saya ahli akademik
dan pendakwah. Apa yang saya cakap dan tulis berasaskan sandaran.
Kebanyakan
tuduhan ADUN tersebut, adalah berita yang telah dimanipulasikan ultra kiasu. Izinkan
saya menjawab tuduhan beliau.
Pertama,
beliau berkata saya pernah disiasat oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF) atas
tuduhan mengajar ‘ethnic cleansing’ kepada pelajar. Sejak bila pula MINDEF
menjalankan siasatan terhadap saya?
Setakat
ini tidak ada seorangpun yang datang menyiasat tentang Pembejaran dan Pengajaran
(P&P) saya. Tuduhan ini sengaja direka oleh ultra kiasu dan musuh-musuh
saya semasa di UPNM.
Kalau
nak tahu sama ada benar atau tidak, saya
mengajar ‘ethnic cleansing’, tanya pelajar saya, bukan orang lain. Saya cabar
sesiapapun boleh lakukan siasatan.
Lihat
contoh dalam you tube, assignment yang dihasilkan oleh bekas pelajar saya dalam
subjek hubungan etnik, yang saya beri markah A. https://www.youtube.com/watch?v=-XN3ISZvoxU.
Saya
harap pemimpin kerajaan negeri Sarawak rasional dalam perkara ini dan jangan
terpengaruh dengan dakwah pembangkang anti-establishment ini. Begitu juga
rakyat Sarawak agar menolak pemimpin ultra kiasu dalam Pilihan Raya Negeri
tidak lama lagi. Jangan mangsakan saya untuk menjaga kepentingan politik busuk
kalian.
Kedua,
dakwaan orang Kristian tidak layak mendapat gereja terbesar di Asia, terletak
di Bukit Jalil. Dalam setiap artikel, saya sentiasa menyebut, sekiranya makna
adil itu 1=1, sudah tentu orang Kristian tidak layak mendapat gereja sebesar
itu dengan populasi hanya 10 peratus. Tetapi kerajaan tetap membenarkan. Inilah
keadilan kerajaan Malaysia yang tidak ada tolok bandingnya.
Ketiga,
dakwaan serangan saya ke atas sekolah vernakular. Saya sentiasa mencadangkan
supaya sekolah vernakular patuh kepada arahan kerajaan untuk memandaikan
pelajar-pelajarnya dalam bahasa Melayu (BM), seperti menambah masa P&P BM.
Tetapi sekolah vernakular tetap tidak mahu berubah. Serangan saya tujukan kepada
NGO Cina yang ekstrem dan tidak mahu berubah dan patuh kepada arahan kerajaan.
Keempat,
sejak bila pula saya kata 5 juta imigran sedang menunggu untuk datang
menggantikan tempat bukan Melayu di sini. Tunjukkan bukti, jangan cakap seperti
orang tidak sekolah. Bila saya mengeluarkan hujah, saya sentiasa mengeluarkan
hujah dan fakta dalam bentuk konteks semasa.
Kelima,
mengambil pengajaran tragedi MH370 dan MH17. Apakah salah saya mencadangkan
supaya pramugari MAS menutup aurat seperti mengikuti langkah kerajaan Brunei,
termasuk mengharamkan arak. Di mana rasis kenyataan saya itu atau bertentangan
dengan hak asasi manusia?
Pelik
sungguh ultra kiasu ini. Jika begitu keadaannya, atas hak asasi manusia,
biarkan saja pramugari MAS telanjang sahaja dalam kapal terbang. Tunjukkan pada saya dalam kitab agama apa
arak dibenarkan dalam agama mereka?
Sebenarnya
yang ekstrem bukan saya tetapi ADUN tersebut. Saya pelik kenapa kerajaan negeri
tidak bertindak terhadap mereka yang menanamkan api perkauman seperti ultra
kiasu. Tetapi sering memangsakan mereka yang bercakap benar seperti saya.
Selaku
seorang pengkaji bidang sains politik, saya akan terus berkata benar. Untung
nasib, rezeki dan ajal maut di tangan Allah, bukan di tangan manusia. Satu
pinta saya, jika berpolitik, jangan sampai kehilangan telur.
30 comments:
RT boleh berceramah kepada ISIS dan bukan pada rakyat Malaysia.
Assalamualaikum Ustaz,
Ada yang takut pada bayang2 sendiri.
Teruskan dakwah Ustaz, Allah swt bersama Ustaz.
Sudan lar... Engkau bukan ahli akademik atau pendakwah. Cakap dan ceramah engkau takde yang benar. Semua bullshit belaka. Tak faham apasal sampai sekarang takde polis tangkap u bawah seditious act.
saudara ridhuan pada ambo adalah penjaga agama dan pendudok asal yang terbaik.
kenapa pulak pada isis? apa maksud hang
Don't worry,
Kita tahu PKR menjilat siapa.
The only people yang patut kene tindakan under seditious acts are those yang tak tahu perlembagaan Malaysia. We know who you are.
'Your Mum' mesti pendatang hina yang tak tahu Perlembagaan Malaysia. GET OUT!
Assalammualaikum ustaz. Teruskan perjuangan. Jangan tunduk dan takut pada ultra kiasu . Kami menghargai sumbangan tuan pada pembangunan umrah.
Teruskan perjuangan Dr.Ridhuan.Puak kiasu mmg takkan puashati selagi x menang.Ramai lg yg perlukan tunjuk ajar dan bimbingan dr Dr dan ustaz2 yg lain.Semoga dipermudahkan segalanya...
Aku tak faham kenapa Ridhuan Tee dihalang masuk ke Sarawak. Kalau tak mahu beliau “menghasut”, berilah garis panduan apa yang boleh diceramahkan dan pantaulah majlis yang dihadirinya. Kata negara Islam, tapi pendakwah Islam dibuat begini?
Yang paling aku tak faham ialah Sarawak telah berpuluh tahun didatangi mubaligh Kristian daripada serata dunia dan mengkristiankan ramai penduduk pribumi di sana. Adakah mereka dihalang?
Pengalaman aku sendiri: Sebaik aku sampai di Los Angeles pada Januari 1983, aku dan pelajar-pelajar lain tajaan kerajaan segera didatangi seorang paderi Kristian dan isterinya, seorang Iban. Sungguh murah hati mereka membawa kami makan angin dan sebagainya. Setelah beberapa kali “termakan budi” barulah kami sedar rupanya kebaikan mereka itu bertujuan untuk menyesatkan dan mengkristiankan kami.
Sudahlah orang agama lain tak menghormati hak kita sebagai muslim, janganlah pula kita sendiri nak meletak rintangan kepada diri kita sendiri. Kalau nak halang, halang semuanya – termasuk mubaligh Kristian yang menghasut rakyat Malaysia supaya tidak menghormati hak orang Islam di sini. Sedih aku. Ya, Allah! Berikanlah kesedaran kepada pemimpin-pemimpin Islam di Malaysia ini. Janganlah kerana undi, agama suci ini sanggup digadaikan!
Anon 11:29 ada penyakit dan nama penyakit tu sakit hati.
Kesian.....Dok diam2 je la
As Salam RT.. Teruskan usaha2 murni perjuangan.. Pkr dan sekutu dah panas punggung
Sabar sahajalah saudara. Pasti ada hikmahnya. Insya Allah. Sementara ini lupakan dulu negeri Sarawak. Kita masih ada 12 negeri lagi yang perlukan nasihat dan dakwah saudara. Saudara diuji Allah kearah memperkasakan dakwah saudara lagi. Allahu Akbar!
RT jangan harap kamu dpt jadi melayu. Kamu tetap bangsa ultra kiasu. Sedarlah wahai org melayu.
Saalam Ustaz RT,
Sabar menghadapi provokasi dan tentangan pihak liberal dan kristian ekstremis ini.
Teruskan dakwah Ustaz. Allah SWT bersama-sama orang yang bersabar dan yang dianiayai.
1.11 p.m.
Lu komen macam pantat. Sebiji macam red babi army.
Woi pendatang, dah la bm burok, kurang ajar pulak tu!!
Adakah ini petanda bahawa kerajaan BN Sarawak kini lemah ? Adakah petunjuk awal bahawa kerajaan BN Sarawak bakal gulung ikar pada PRN akan datang ? Adakah ini petanda bahawa jabatan Imigresen kini diremote control oleh orang PR ? Mungkin kini hampir keseluruhan jabatan kerajaan BN sudah diresapi anasir subversif PR ?
Dari peristiwa yang menimpa saudara RT saya nampak kerajaan BN Najib kini sudah hilang taring. Pru 14 adakah masih ada mentari lagi untuk kerajaan BN Najib ?
Kalau KM Sarawak dah tunduk kepada desakan PKR.....
Kalau Polis Sarawak dah turut kemahuan PKR.....
Kalau imigresen Sarawak dah akur perintah PKR.....
Siapa yang lebih berkuasa......
ADAKAH NAJIB RAZAK ?
........ATAU......
ADAKAH ANUAR IBRAHIM ?
Saya tidak akan sokong PKR lepas ini.
Sebelum ini, aku ingat hanya cakap politik. Kini, nampak sangat ultra kiasu banyak putar belit dan banyak sensasikan isu.
Saya teruja dengan saranan anon 4:37 PM iaitu "Kalau nak halang, halang semuanya – termasuk mubaligh Kristian yang menghasut rakyat Malaysia supaya tidak menghormati hak orang Islam di sini. Janganlah kerana undi, agama suci ini sanggup digadaikan"!
Takyah feeling feeling la.. Bukan ko sorg je kna barred..DS Ambiga pun kna barred aritu.. Sesapa je yg melampau kna barred.
http://lindaikejist.com/2014/12/shocking-news-the-ex-muslim-priest-said-that-all-muslim-must-change-to-christian-to-avoid-hell-fire/
Minta maaf prof tapi rasanya rakyat Borneo yang berbilang bangsa dan agama belum dapat menerima ekstremis datang mengeruhkan suasana harmoni di sini.
Kuatkan semangat & teruskan dakwah. Mereka jealous sebab ustaz RT mampu memperjuangkan nasib orang melayu dan Islam di Malaysia lebih hebat berbanding pemimpin dan penyokong melayu didalam PR.
Kristian di Sarawak tergugat dengan kemaraan Islam yang dibawa oleh pendakwah yang berstatus profesor.
Diharap RT banyak bersabar. RT bukan keseorangan. Sebelum ini pun ada ramai extremis yg ditahan dan tidak dibenarkan menjejak kaki di bumi Sarawak..
Your Mum,
Kepala hotak kau. Nyata emak bapak kau tak ngajor kau. Biadap dan kangjor. Macam Naib Presiden DAP Tengku Aziz kata Tokong Lim biadap masa dia cabut keluar dari parti itu dulu.
Menata RT bukan ahli akademik atau pendakwah. Menggunakan perkataan kusut bullshit. Pada hal kamu yang bullshit amat sangat.
Assalammulaikum Dr. Ridhuan Tee,
Teruskan usaha murni dakwah Ustaz. Jangan gentar dan kalau boleh biar lebih langtang berdakwah. Saya hanya mampu berdoa semoga kesihatan terus baik agar tidak terhenti usaha dakwah Ustaz.
Salam prof...jasa prof mengajar kami menjadi org yang berguna sangat dihargai...teruskan perjuangan prof untuk berdakwah...pedulikan kata org
Prof...teruskan dakwah prof...jasa prof untuk semua pelajar sangat tidak ternilai...mendidik kami menjadi insan yang berguna
Post a Comment