(Sinar Harian 1.12.2014)
Bermula
dari sebelum, semasa dan selepas PAU 2014, boleh dikatakan tidak ada sedikitpun
berita baik yang dilaporkan oleh media sosial anti-establishment. Semuanya
buruk, seolah-olah Umno ini sangat hina, yang suci adalah ultra kiasu. Ini
tidak termasuk kejian, makian dan hinaan dari melalui komen pembaca.
Saya
tidak kata Umno itu semuanya baik. Masih banyak perkara yang perlu diperbaiki,
terutama dari sudut integriti. Tetapi liputan yang dibuat amat tidak adil. Kenapa
tidak dibuat perkara yang sama kepada parti ultra kiasu? Berita sengaja diputar
belitkan untuk lariskan perniagaan.
Ketika
semua parti yang ada memperjuangkan kaum masing-masing, apakah parti Melayu
(Islam) perlu keluar dari kepompong itu? Siapa akan mempertahankan Melayu dan
Islam jika Umno dan Pas menjadi liberal? Selama ini pun ultra kiasu tidak
pernah percaya kepada Umno dan Pas.
Jika
PKR yang didewakan sebagai parti untuk semua kaum, saya cadangkan mereka
memberi laluan bukan Melayu untuk menjadi Presiden selepas ini. Saya yakin
parti ini akan terkubur.
Seperti
BN, bukan Melayu menggunakan PKR sebagai batu loncatan untuk mendapat kerusi
dan jawatan exco dalam negeri-negeri yang ditawani.
Sama
seperti parti komponen BN. Kemenangan mereka di Semenanjung bergantung kepada
undi Melayu. Trend pengundian membuktikan bukan Melayu memberikan undi kepada DAP
ultra kiasu.
Parti
komponen BN tahu, mereka tidak mendapat sokongan kaumnya sendiri. Selain kalah
dalam kawasan majoriti Cina, mereka juga akan ditempatkan di kawasan majoriti
Melayu. Di sinilah tiket untuk menang dan mendapat kerusi kabinet.
Parti
DAP, walaupun mendakwa mereka adalah parti untuk semua kaum, hakikat sebenar
tidak. Itu hanya strategi untuk mengaburi dan memenangi hati orang Melayu dan
secara halus meminggir dan menyingkirkannya. Malang sekali ada Melayu Islam
yang tergoda dengan gula-gula ini.
Saya
tidak nampak Perdana Menteri sebelum ini hingga kini, bertindak terlalu
kepartian atau kemelayuan sehingga meminggirkan bangsa lain. Jika tidak sudah
lama bangsa lain merempat.
Mereka
tahu membezakan tanggungjawab selaku ahli politik dan negarawan. Apabila mereka
telah memenangi pilihan raya dan menjadi pemimpin utama, maka ketika itu mereka
adalah negarawan.
Peliknya,
kenapa ultra kiasu menjadikan Umno (tidak ketinggalan Pas) sebagai sasaran? Jawapannya
mudah, kedua parti ini tidak dapat lari dari Melayu dan Islam. Kedua parti
tidak mahu negara ini diterajui ultra kiasu yang mahu meliberal dan
mempluralkan bumi ini agar tidak beridentiti. Mereka tidak mahu agenda Islam,
Melayu dan bumiputera mengakar.
Lebih
serius lagi, ada yang mahukan sejarah kemerdekaan negara ini ditulis semula,
dengan menekankan sumbangan kaum secara sama rata. Tanpa memberikan lebih
kredit kepada bangsa Melayu.
Sedangkan
sejarah membuktikan, bahawa orang Melayulah yang paling banyak berkorban bermula
dari negara ini dijajah sehinggalah mencapai kemerdekaan, dengan tidak
menafikan sumbangan kaum lain.
Sumbangan
dan pengorbanan bukan Melayu terhadap kemerdekaan, hanya muncul setelah Malayan
Union dimansuhkan pada tahun 1946, hasil penentangan orang Melayu sehingga
melahirkan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1948.
PTM
ditentang hebat oleh bukan Melayu (termasuk Melayu) yang berhaluan kiri
(komunis) dan mahukan ianya digantikan dengan Perlembagaan Rakyat. Nasib baik,
British menolak perlembagaan rakyat yang dianggap terlalu radikal.
Untuk
makluman, PTM 1948 adalah cerminan kepada PTM 1957 yang dipersetujui British,
yang masih mengekalkan kedudukan Islam, Melayu (termasuk bahasa), Raja Melayu
dan hak istimewa orang Melayu. Unsur-unsur tradisi inilah yang mengikat dalam
kontrak sosial.
Sebab
itu, saya amat pelik, kenapa dan mengapa sehingga ke hari ini ultra kiasu
sengaja tidak mahu memahami hakikat ini. Terus terang, saya amat mengagumi
Henry Sackville Barlow, Ahli Lembaga
Pengarah Sime Darby Berhad, yang kini dimiliki oleh PNB.
Barlow
dan Sime Darby tidak dapat dipisahkan, kerana pertalian rapat ahli keluarganya.
Sejarah Sime Darby bermula pada tahun 1910, ketika Tanah Melayu dijajah. Peniaga
British William Middleton Sime dan Henry Darby menubuhkan Sime, Darby & Co.
Bermula dengan sektor perladangan getah, kemudian berkembang kepada sawit, koko
dan pelbagai sektor, sehinggalah diambilalih PNB.
Selaku
orang yang tinggal lama di sini dan memahami budaya politik Melayu, Barlow
sentiasa mengingatkan Sime Darby agar tidak melupakan agenda Melayu dan bumiputera dalam setiap
rancangan ekonomi. Nyata sekali Barlow amat memahami sensitiviti dan budaya
politik negara ini.
Peliknya
anak penjajah British sangat sensitif dengan agenda Melayu dan bumiputera,
kenapa mereka yang sekian lama tinggal di sini sengaja tidak mahu memahaminya,
malahan mendesak supaya ianya dihapuskan. Lebih pelik lagi, kalangan kita
sendiri turut bersekongkol?
Saya
amat mengharapkan PAU 2014 kali ini benar-benar memberikan keinsafan kepada
Umno dalam usaha memartabatkan dan memperkasakan pembangunan negara bangsa tercinta
ini .
16 comments:
UMNO tak hina. Najib sahaja yang hina. Bloger pro-UMNO ynag bertungkus lumus pertahankan UMNO, hak adn kepentingan Melayu pun di bidas nya.
Dia dah jadi macam cicak putus sekor. Semangkin ramai lah yang desak UMNO gantikan dia.
Ganti dengan Muhyiddin, Timbalan Presiden, tak masalah. Natural order of succession.
UMNO dah 65 tahun mana hina nya. Najib baru 5-6 tahun jadi Presiden banyak hina ya.
Sebab dia tak pertahankan hak dan kepentingan Melayu sangat. Nak kejarkan taraf negara maju, DEB di ketepikan nya. Akta Hasutan pun nak di buang nya.
Bagus lah 170 Bahagian dari 191 jumlahnya menyarakan mahu AH di teruskan. Juga Pemudan dan Wanita UMNO.
Jadi, UMNO tak hina. Najib saja yang hina. Perlu di gantikan.
Ini lah akibat nya bila Presiden UMNO menyeleweng dari tujuan dan objektif penubuhan UMNO.
Hingga mungkin timbul persepsi yang UMNO ini hina. Tak boleh. Sebab UMNO tak hina.
Akar umbi UMNO mesti sentiasa awasi dan bertindak bila Presiden serong jalan. Tegur, laungkan, jika perlu, buangkan.
Ha nya UMNO yang aku boleh harapkan. Parti lain semua nya kudut, haprak. Sejak Tun Dol, imej parti UMNO memang merosot. Tapi kena cari pemimpin yang berani dan tegas, boleh mertabatkan parti dan bangsa Melayu dengan tinggi saperti sepatut nya.
>>>>>minta tolong sesiapa yg mampu untuk membeli tanah yg berpotensi ini. http://tanahpuchong.blogspot.com mohon perhatian tuan & rakan<<<<<
Tanah reserve ini sudah terbiar sekian tahun, tanpa mendatangkan hasil kepada pemilik . kepada pemaju dan pelabur umno/melayu, sila ambil tanah ini untuk dimajukan sedangkan kawasan sekitarnya sudah pun dan sedang dibangunkan !!!
Apa jadahnya nak mempertahankan tanah reserve Melayu kalau hanya nak dipenuhi dengan lalang dan semak samun????
Umno itu tidak hina. Cuma Melayu di dalam nya menjadikan parti perjuangan memertabatkan negara ini dalam acuan sendiri sudah terlupa dengan amanat dan amanah perwarisan yang sudah di canang puluhan tahun.
Berakhir nya Tun M setelah membawa negara ke persada dunia, Asian dan tempatan, maka wujud lah golongan yang "tertekan" di bawah pentadbiran beliau kerana prestasi kerja yang "mencuri-niagakan" semua polisi pentadbiran terkawal dan ketat. Mereka panggil diktator, mahazalim dan bermacam rencah penghinaan, sehingga sekarang.
Jika Melayu itu bijak dan berhemah :-
1. Mereka kenal tokoh-tokoh pejuang nya. Mereka iktiraf sejarah peradaban Melayu dan Islam. Mereka perkasakan pribumi dengan Islam . Mereka ramaikan muallaf dari segenap ruang. Mereka berpaksikan kalimah Allah SWT.
2. Mereka akan sedar segera dari mimpi lena kemewahan. Mereka akan sahut jihad fisabilillah demi Agama, Bangsa dan Negara nya. Mereka akan berusaha keras siang malam, melepaskan kepentingan diri, menjauhi berpeleseran menghadhiri diri kelab-kelab mewah, membuang prestij lagho, demi "mengimbangi" dunia rakyat marhaein nya yang "kehausan dan kelaparan" yang sudah berabad lama nya menyokong dan mengundi mereka tanpa jemu dan suram ! Mereka akan capai dan kotakan janji-janji dalam masa sesingkat mungkin !
3. Mereka akan bertanggung jawab penuh menjaga negara bangsa dan harapan besar setiap individu dari leluhur mereka yang di namakan Melayu yang masih mengharapkan keutuhan pemimpin-pemimpin mereka agar agar apa sahaja "senjata" di tangan di gunakan setaraf martabat perjuangan hendak di perkasakan.
4. Mereka TIDAK RELA bangsa nya di hina, Islam mereka di perkosa, Negara mereka di ubah suai menjadi neraka ! Mereka akan didik anak-anak bangsa dan semua bangsa dalam kotak teguh - bersatu teguh bercerai roboh ! Mereka akan membawa visi rakyat nya menjadi kenyataan selaras dasar-dasar menguntungkan negara dalam jangka masa panjang selagi hayat di badan. Mereka akan terapkan jati diri Malaysia Ku dalam Demokrasi (Kerajaan) dengan Raja Berparlimen selaras jaminan Perlembagaan Persekutuan dalam kerangka iltizam Rukun Negara yang di cipta.
5. Mereka sisip kuat "Melayu itu tidak pernah lupa" . Mereka berdiri dengan ALIF sehingga memahami sebenar-benar ilmu sehingga ke akhir YA nya ! Maka dengan itu di lantun hati dengan kehadhiran NYA.
Sekarang Melayu Islam itu tidak WAJIB terhina-dina akibat perbuatan "MAKSIAT" Pemimpin-Pemimpin nya bersenggama dengan "puaka-puaka" yang di bela nya yang sudah kufur jiwa....
SEDAR LAH MELAYU, BANGSA BERAGAMA ISLAM ! SUNNAH NABI ITU BUKAN DUSTA !
Rencana yang baik. Orang Melayu perlu bersatu menyokong UMNO demi masa depan anak cucu mereka.
This is commercial break. Sorry keluar tajuk sikit.
Berita Dari Utusan Malaysia 2.12.2014
Jabatan Imigresen Malaysia berjaya mencatatkan INDEKS RASUAH TERTINGGI DALAM KALANGAN AGENSI PENGUATKUASAAN MALAYSIA. Menteri KDN Zahid Hamidi mengumumkan Laporan SPRM ketika merasmikan Sambutan Hari Imigresen 2014 di Putrajaya pada 1.12.2014.
Kita seluruh rakyat Malaysia mengucapkan TAHNIAH & SYABASH KEPADA PM NAJIB RAZAK , MENTERI KDN ZAHID HAMIDI , KP IMIGRESEN MUSTAFA IBRAHIM dan SELURUH WARGA KERJA JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA diatas pencapaian KPI yang membanggakan kami rakyat Malaysia.
Kami seluruh warga malaysia harap kejayaan Jabatan Imigresen Malaysia akan menjadi cabaran kepada agensi penguatkuasaan seperti POLIS , KASTAM & JPJ.
TAHNIAH IMIGRESEN. SYABASH IMIGRESEN.
Pak Tua
Pak Tua,
Betul ke nih? Saya terbaca Ahmad Zahid cadangkan rotan sebagai hukuman tambahan bagi Pegawai Imigeresen yang rasuah.
Kalau menyindir, tak guna gitu, Pak TUa. Ramai sekarang tak faham, tak indah kan sindir. Kena maki depa depan depan.
Saya pun dah keliru dengan maklumat di atas, bila bandingkan dengan berita cadangan Ahmad Zahid tuh.
1:41 PM, December 02, 2014,
Laporan NST mengata
Zahid said .. the latest findings by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), which stated that the Immigration Department topped the list as the most corrupt government body in the country.
Setuju, kena terus menerus lempar ke muka depa jika nak harapkan kurang korap depa. Ramai yang dah kangjor, sengaja sembunyi di sebalik sindiran, konon nya tak faham di sindir. Bedebah punya cerita.
Benar seperti kata saudara di atas. Jalan menuju kejayaan bagi orang Melayu/Islam ialah Al-Qur'an dan Sunnah. Malangnya ramai orang Melayu/Islam lebih mementingkan kuasa/pangkat/kedudukan dari Agama dan Bangsa.
Sebenarnya jasa UMNO tidak terhitung. Saya, isteri saya, anak saya, adik saya, anak2 saudara saya semuanya dapat biasiswa/pinjaman JPA/MARA. Sedangkan kami tidak mempunyai apa-apa pertalian dengan orang politik. Cukup hanya dengan sekadar pencapaian minimum 9A- dalam SPM (syarat sekarang, dulu pakai tangkap muat saja janji cemerlang dlm science subjects). Rasanya kalau tiada DEB dan hak keistimewaan Bumiputra saya masih lagi penoreh getah. Syukur kepada Allah. Semoga Allah perkuatkan UMNO dan membimbing UMNO untuk kecermerlangan Agama Islam, Bangsa Melayu dan Malaysia.
Jangan salahkan DS Najib, mungkin dia terlalu fokus untuk menjadi Negara Maju. Nampak dia berkebolehan, bersungguh-sungguh tak kira penat dan lelah. Cuma orang Melayu/Islam jangan berpecah-belah kerana musuh-musuh Islam mengintai-intai kuasa politik yang dimiliki orang Melayu/Islam/Bumiputra.
Anon 141
Saya sudah nyatakan sumber berita. Awak baca lah sendiri. Bila pembangkang sebut amalan rasuah dalam kalangan agensi penguatkuasaan dan ahli politik BN , ohhh itu fitnah jahat.... cepat saja BN jawab. Hari menteri dia sendiri dedahkan ..... ameko !!!
Pak Tua
Memang lah media sosial anti-establishment semuanya melontarkan kata kata Umno ini sangat buruk, hina, yang suci adalah ultra kiasu. Kepala hotak mereka. Sabenar nya disebalik nya - mereka yang busuk, buruk, hina dsb nya.
Yang saya khutir ia lah komen komen di media pro-Estabkishment mengkondem Najib. Bukan kondem UMNO, tapi kondem Najib. Sehingga dia mengata blogger di bayar UMNO itu bangang.
Saya tak yakin ada blogger yang di bayar UMNO. Ada yang kata di bayar dek pemimpin UMNO. Mungkin yang fedap dengan Najib juga.
Mana tak fedap nya bila Najib liberal konon, tak mahu lesenkan macam Singapoe buat blog blog pro-Pembangkang yang mengakui sebagai news potal tapi ada yang menggelar mereka "news kontol", menyiarkan finah, pembohongan, kata kata kesat, menghasut dsb nya.
Dah lah tak mahu lesenkan blog blog pro-Pmbangkang itu, dia mahu buang Akta Hasutan. Dasar Baru Ekonomi (DBE) nya mengenepikan DEB, mengejar taraf negara maju tak kira apa.
Maka ramai lah rakyat yang mengkomen menghentam Najib. Di eksploitasi dek mereka pro-Pembangkang juga.
Najib perlu di ganti supaya pemimpin baru boleh menukarkan dasar dasar yang di keji, dapatkan semula sokongan kaum Melayu sekurang kurang nya. Kalau tak, saya khuatir UMNO/BN akan kalah di PRU14.
Ada MCA & GERAKAN berupaya membawa balik pengundi cina kepada BN ?
Adakah TIDAK AKAN BERLAKU SEKALI LAGI TSUNAMI CINA pada PRU14 ?
Pak Tua
Tindakan DAP mencalonkan orangnya untuk jawatan Timbalan Speaker DUN Selangor menunjukkan :
1. DAP tidak boleh dipercayai.
2. DAP tidak peduli janji sebelum , kalau dia rasa dia patut dapat dia akan lawan untuk mendapatkannya.
3. DAP tidak ada semangat tolak ansor.
4. DAP tidak peduli perasaan rakan.
5. DAP tidak ada semangat setia kawan.
Perhitungan Pak Tua :
Jika dalam PRU14 , DAP mendapat kerusi paling banyak dalam kalangan parti PR , DAP tidak akan beri laluan kepada Pas atau PKR mengetuai kerajaan - PM orang mereka , orang PKR jadi TPM1 dan orang Pas jadi TPM2 + jawatan penting sepeti Kewangan , Pertahanan , KDN , Perdagangan dan Pendidikan orang DAP.
Anda mungkin anggap Pak Tua ini Bangang , tidak mengapa menjadi seorang Bangang kerana aku hendak menyelamat bangsa dan agama ku , kerana aku hendak menyelamatkan Pas daripada bodoh berterusan " SANGGUP BERKONGSI SEMANGKOK SUP DAGING BABI DENGAN DAP DARIPADA BERKONGSI SEMANGKOK SUP DAGING LEMBU DENGAN UMNO "
Mahaguru Nik Aziz dan Mahaguru Hadi Awang , sedarkan kamu Sup Yang DAP beri itu adalah Sup Daging Babi .
Orang Pas harus pilih diantara dua :
1. NAK HIRUP SUP DAGING BABI.
2. NAK HIRUP SUP DAGING LEMBU YANG TIDAK DISEMBELEH CARA ISLAM.
APA PILIHAN ANDA .? .... pilih no. 1 ATAU pilih no. 2.
Pak Tua
Jangan makan daging bodoh, makan sayur dah cukup, yang makan daging ialah Singa, Harimau dan Natang2 Buas yang lain............
Ada ke time orang lain susah kena tenggelam banjir, dia boleh main golf!!
Post a Comment