(Sinar Harian 15 Dec 2014)
Sangat
geli hati membaca surat terbuka 25 Melayu yang dikatakan kononnya berpengaruh,
berpangkat Tan Sri dan Dato, pesara kerajaan, bercakap soal ekstremis di negara
ini dan cara penyelesaiannya.
Semasa
dalam perkhidmatan kerajaan, apa yang mereka lakukan? Apakah mereka benar-benar
memanfaatkan jawatannya untuk kepentingan agama, bangsa dan negara? Jarang
sekali saya melihat ada pegawai tinggi kerajaan sebegini. Rata-rata mahu
kekalkan jawatan tingginya, dan kalau boleh disambung kontrak demi kontrak.
Ingin
juga saya bertanya, adakah sepanjang berada dalam perkhidmatan kerajaan dahulu,
mereka ini semuanya bersih, bebas dari amalan rasuah? Sejauhmana penglibatan
mereka dalam NGO selepas bersara atau hanya berjumpa dengan orang-orang pencen?
Sejauh mana pengetahuan agama
Islam mereka hendak mempertikaikan institusi agama dan NGO yang dikatakan
bertindak bertentangan dengan Perlembagaan dan konsep syura atau digelar
ekstremis?
Jangan
hanya pandai mengeluarkan kenyataan. Pergilah berjumpa dengan Menteri berkaitan
untuk mengetahui keadaan yang sebenar.
Banyakkan berdamping dengan NGO-NGO yang saban hari bersama rakyat menyelami
masalah mereka, bukannya duduk dalam banglo setelah pencen dan berbincang
sesama sendiri.
Mereka mendakwa mereka Muslim
moderat? Apa maksud moderat? Islam bukan agama moderat. Islam adalah agama
bersifat fundamental. Biasakan berkata saya Muslim fundamental, bukan moderat. Jika
tidak faham fundemantal, biar saya jelaskan, yakni Muslim yang benar-benar
faham dan berpegang kepada agama Islam, atau menjadikan Islam sebagai way of life, bukan Islam pada kulit
sahaja.
Mempertahankan agama dan hak
kaum itu bukan ekstremis, tetapi fundamental. Lebih-lebih lagi penduduk asal. Ekstremis
adalah mereka yang bertindak membuta tuli atau membabi buta atau membawa ajaran
sesat.
Terus terang, saya tidak berani
menuduh Perkasa atau Isma itu ekstremis, walaupun ramai yang tidak menyukainya.
Selalulah berbincang dan berdampinglah dengan NGO ini untuk memahami mereka dan
hakikatnya.
Jika kaum lain terus
mempertahankan agama dan hak mereka secara ekstrem, apakah kita perlu menjadi
cair, terlalu terbuka atau liberal. Kenapa tidak menuduh mereka juga ekstrem?
Kenapa memangsakan institusi atau NGO Islam sahaja?
Tidak dinafikan bahawa dialog
antara agama dan peradaban itu sangat penting pada masa kini. Persoalannya,
sejauh mana kita berlapang dada dan memahami makna keadilan. Ramai hari ini
melihat keadilan itu 1=1. Bukan meletakkan sesuatu kepada tempatnya. Itu yang
menjadi ekstrem.
Izinkan saya menjawab saranan
25 tokoh Melayu itu.
Pertamanya, katanya
pertembungan antara undang-undang sivil dan syariah. Sejauhmana tokoh Melayu
ini faham tentang undang-undang dan masalah yang dihadapi. Saya sarankan pergi
berjumpa dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan barisan pakar mereka,
untuk berdiskusi, sebelum mengeluarkan kenyataan. Seorang bekas hakim (peguam)
belum dia tentu dia mahir undang-undang, jika dia jahil undang-undang Islam.
Kedua, katanya, kurangnya
kesedaran di kalangan orang ramai, termasuk pemimpin tertinggi, terhadap aspek
perundangan dan had bidang kuasa institusi agama dan pentadbiran undang-undang
Islam di Malaysia. Persoalan saya, mereka mahir sangatkah?
Adakah benar bahawa undang-undang
yang digubal, termasuk undang-undang Islam, tidak boleh bercanggah dengan
peruntukan Perlembagaan Persekutuan, khususnya perkara berkaitan kebebasan
asasi manusia, pembahagian bidang kuasa di antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri
serta prosedur legislatif? Apakah tidak ada langsung keistimewaan Islam dalam
perlembagaan. Bagaimana pula dengan kedudukan raja-raja Melayu yang menjaga hak
agama Islam dan bangsa Melayu? Benarkah mereka ini pakar?
Ketiga, hak rakyat untuk membahaskan
bagaimana agama Islam digunakan sebagai sumber undang-undang dan dasar awam di
negara ini. Persoalan saya rakyat bagaimana yang ada hak untuk membahaskannya.
Adakah terdiri daripada kalangan mereka yang sudah pencen? Adakah mereka ini
pakar? Kenapa dahulu semasa bekerja tidak syorkan? Takut bukan? Kenapa terlalu
lantang hari ini setelah pencen? Saran saya, elok mohon balik untuk kerja
kontrak.
Keempat, perlunya
mempertingkatkan kesedaran mengenai kepelbagaian yang wujud dalam pentafsiran
teks dan ilmu feqah. Ingin saya bertanya, sejauhmana ilmu mereka dalam ilmu
fiqh? Berapa kitab yang telah dibaca? Serahkan kepada yang pakar.
Dalam Pejabat Perdana Menteri
dan badan perunding yang dilantik, sudah terlalu banyak pakar. Apakah 25 tokoh
Melayu merasakan diri mereka terlebih pakar?
Kelima, melantik
pemimpin-pemimpin yang berupaya menghidupkan budaya debat dan wacana yang
terbuka dan koheren berhubung dengan pentadbiran undang-undang Islam di negara
ini. Semua pakar tersebut telah ada. Perbincangan sedang berjalan, tetapi bukan
berdebat seperti yang disyorkan. Debat tidak akan selesaikan masalah, kerana
debat mencari siapa benar, siapa salah. Sebetulnya, dialog, kerana dialog
mencari apa yang benar, apa yang salah.
Sebenarnya semua keadaan ini berlaku
disebabkan tuntutan ekstrem ultra kiasu. Umat Islam terpaksa bangun
mempertahankannya. Jika tidak, pasti agama Islam akan cair dalam negara
berteraskan kepada Islam dan Melayu ini. Peliknya, kenapa mereka hanya
menyalahkan umat Islam, tidak langsung merujuk kepada ultra kiasu yang mencetus
dan melakukan provokasi.
35 comments:
Muhyidin mahu orang pencen gunakan kepakaran dan pengalaman untuk membangunkan negara. Maka lantas Kumpulan 25 angkat bakul sendiri dan bersuara. Kalau berseorangan tidak pernah bersuara. Ada elemen herd mentality!
Masa berjawatan ramai orang bawahan buat kerja ikut arahan. Boss dapat Tan Sri. Sudah pencen nak buat apa? Main golf? Cari kerja dan glamour? Ilmu kalau banyak elok dibukukan. Baru diakui ternama oleh khalayak ramai.
Soalnya 25 bapak2 dan ibu2 tua ini otak dan mikirnya lagi sudah nggak jelas dan pikun pak. Seharusnya kontak sama kantor urusan agama JAKIM di Kuala Lumpur kasih ajarin agama Islam selayak anak kecil. Kasian pak makin tua makin pikun jadinya ini orang.
Surabaya, Indonesia.
Yang 25 ekor tu (technically kita semua ada ekor di tulang belakang kita) jenis yang duduk di Ivory Tower. Dunia depa sendiri. Tak campur khalayak ramai. Jadi tak tahu lah realiti politik di negara ini.
High class konon. Tapi tak guna satu sen. Kalau tanya hidup depa sejak kecil, takda apa sumbangan kpd negara. Ha nya makan gaji. Itu saja. Silap silap, Perstauan Ibu Bapa pun tak aktif.
Pangkat atau gelaran Dato Tan Sri apekebende yang depa ada itu di beri kerana jawatan depa. Kalau tak Duta, Ketua Jabatan, hapah pun takda.
Meluat aku dengor. Menyampah aku tengok. Ptuiiii, kata budak budak. Takpa lah aku jadi budak memptuiikan depa kali ini.
Konon nya liberal. Jadi Duta di negeri Belanda, tak banyak kerja, ada banyak masa duk layan pemikiran nak tengok Malaysia jadi England, Amerika dsb nya.
Tapi tak sedorkan England pun dah lama bincang fasal imigeresen, hingga ada parti baru yang bawa pendirian anti-imigeresen pun.
Memang, dulu, segala tahi serakah di benarkan masuk England, kata takda bebas di Malaysia pun, di benarkan tinggal tetap di sana. Tapi dah banyak pendatang di England buat tahi, PM Britian David Cameron pun dah lama kata "Multi-culturalism is dead". Di laung jugak dek 3 pemimpin EU lain.
Kepala hotak bekas Duta ke Holland itu tak sedorkan di Malaysia nia ada macam macam tahi, menghasut itu ini. Tak sedor pun penting nya Akta Hasutan, dan mata dia letak di bontot mengatakan "selective application" apekebende nya.
Sabenar nya depa 25 Tokki dan Tokka tu nakkan publisiti. Maklom lah, main golf saja hari hari salepas bersara pun bosan juga.
Nak masuk Sisters In Islam ke, konon nya bukan taraf depa. Depa oang besaq, konon. Bekas Duta, bekas Ketua Setiausaha, kupla taxi ni ha.
Nak tubuhkan NGO pun malas, ko kena tuis itu, rekod ini selalu. Ni sebagai kumpulan 25 apekenama, ha nya bikin surat on one-time basis, get it signed, kasi pemberita, habis cerita.
Nama pun keluaq, si pompuan bekas Duta di panggil interview itu ini. Kembang hidung, tak tahu apa lain yang kembang.
Tarak sumbangan kpd negara langsung lagu tuh. Nak kata pembangkang, bukan pembangkang, tak masuk PKR ka, PAS ka. Nih jadi pengacau daun saja - nuisance.
Kumpulan 25T. Apa makna nya T, jangan tanya. Agak saje le dari nada saya cakap nih.
Kalau selfish, tak mengapa. Tak payah tolong orang, tak payah buat aktiviti untuk orang sakit ke, orang susah ke, tak apa.
Tapi jangan lah menjadi penghalang kpd usaha usaha membendong kegiatan ektremist dan menghasut pihak Pembangkang.
Apa? Siapa cakap pihak pemerintah ektremist? Siapa cakap penyokong pihak pemerintah extremist? Siapa dulu extremist? Siapa yang cetuskan pergaduhan kaum 13 Mei 1969?
Mengarut kamu semua. White Paper yang di keluarkan MEGERAN berkenaan 13 Mei tu pun tak baca ke? Jika baca, buta tak nampak siapa yang mula biadap, kurang ajar dan mengancam keharmonian dan ketenteraman negara ke?
Chhhiiissshhhh.
Bagus sungguh Professor Ridhuan templak mereka 25 itu. Syabas.
Nak ulangkan supaya masuk dalam kepala sesiapa mereka yang baca blog RT nih - tentu ada yang di beri tahu kritik RT ni dan tentu yang dengar nak tau, sebab ini bukan blog sembarangan.
Ni dia -
Mempertahankan agama dan hak kaum itu bukan ekstremis, tetapi fundamental. Lebih-lebih lagi penduduk asal. Ekstremis adalah mereka yang bertindak membuta tuli atau membabi buta atau membawa ajaran sesat.
Saya sokong sapenuh nya apa Rt kata tuh.
Nak tambah:
Ekstremis ada lah mereka yang bukan saja tak hormatkan Perlembagaan tapi juga tak mahu patuhi dan hidup dengan Perlembagaan itu sapenuh nya.
Ekstremis ada lah mereka yang cuba menghasut. Perkara Perkara sensitif dalam Perlembagaan pun mau di ungkit.
Lupa nak cakap -
Tu yang bekas Ketua Setia Usaha Kem Dalam Negeri tuh, dia faham sabenar nya ke apa itu ekstremis?
Ke dia yang salah bagi nasehat hingga politikus Menteri biarkan aje DAP dll cakap memacam di zaman Tun Dol dulu? Hingga Azmi Khalid, Menteri Dalam Negeri, menggelapah berkejar ke Beijing, minta ma'af kpd China, dah balik bahru tahu bahawa yang Polis suruh duduk ketumpi nak tengok ada dadah ke tak dalam kemaluan nya, rupa rupa nya bukan rakyat China tapi orang Malaysia.
Kan mengarut semua itu. Fahaman ekstremis mereka tak kena tempat nya. Sayang, mungkin mereka telah menyumbang besar terhadap keadaan sekarang di mana ekstremis melanda landa. Di biarkan mereka serupa itu. Menderhaka ke mereka tuh?
tq prof for yr rightful thought.
org pencen mmg kekadang byk masalah.. begitu halnya bila mrk mula kemasjid. AJK qariah dulunya happy dan sempoi dgn kerja sukarela mrk namun bila 'nyamuk' masuk kelambu mulalah berdenyut sana sini. Nak ditegur dah maghrib tak ditegur makin mnjadi, byk sgt yg tak kena.. kpd org2 pencen yg mula bwrjinak dgn masjid/surau, kami mengalu2kan kehadiran mrk, namun jika dulu kami selesa dgn perkembangan ilmu dan imarah qariah maka skrg pun kami begitu jua.. dtg2lah kemasjid tp jgn hanya utk bersolat. Dengar2kan sekali tazkirah ilmu agar mnjadi pendinding nafsu. Adat berqariah ada adabnya, agar kerukunan terpelihara sentiasa.
Free Malaysia Today.com tulis rencana berkenaan apa yang RT tulis.
Tajuk mereka:
Tee tells group of 25 Malays to target ‘ultra kiasu’ instead
Amin Khairuddin |December 15, 2014
Ridhuan Tee is baffled why 25 eminent Malays are blaming Muslims like Perkasa and Isma when it is the “ultra kiasu” that provokes others.
Kenapakah 97% orang2 Cina Malaysia menyokong DAP. Adakah kerana mereka demokrat tulen? Adakah pemilihan CEC mereka telus? Adakah pemerintahan mereka di Penang telus? Adakah mereka bijak mentadbir kewangan Negeri? Seorang cina bukit pun boleh menjadi Ketua Menteri kalau hanya sekadar hendak menjana pendapatan dengan menjual tanah kerajaan.
Hakikatnya ialah DAP bukannya demokratik langsung. Orang2 cina menyokong Kit Siang dan Guan Eng kerana mereka anak beranak amat racist, extremist dan ultra kiasu. Penyagak2 dari Melaka ini telah mengaut kekayaan Negeri Pulau Pinang dan memperbodoh-bodohkan orang2 Melayu (termasuk orang2 Cina Penang juga)
Yang hairannya ada pulak orang2 Melayu yang begitu dungu hendak menyokong mereka. Nasihat saya tanyalah kakitangan2 kerajaan apa yang sedang berlaku kepada syarikat2 professional Melayu di Penang. Jangan pula tanya kakitangan kerajaan yang dah pencen kerana otak mereka dah expired.
Dari 25, kini tinggal 24 Tuan Ridhuan Tee..
Tan Sri Abd Rahman Din tarik balik sokongan..
http://www.bangkit.info/2014/12/liberal-25-tidak-jujur-dengan-objektif.html
Kenapa ye kalau seseorang Melayu mengaku moderate, mesti letak semua kesalahan kat Islam, Melayu dan Raja Melayu (IMR)?
Apa mereka ni peminat fahaman ekstrimis neo-kominis ke?
Komunis berjaya dikalahkan tapi fahaman komunis tidak. Sekarang dah ada neo-komunis. Saya syak fahaman ni diperturunkan oleh bekas komunis yang the menyerah dan diberikan pengampunan oleh kerajaan.
Saranan saya, kerajaan mesti ada senarai bekas komunis yang telah diberikan pengampunan dan bebas bergerak dalam masyarakat. Mungkin boleh disiasat pengkagum fahaman neo-komunis ni jika ada sebarang kaitan dengan bekas-bekas komunis ini terutama pada ahli keluarga dan masyarakat setempat.
Semua perlu tahu, komunis telah banyak kali kalah dalam perjuangan bersenjata menentang kerajaan berteras Melayu. Sekarang fahaman neo-komunis telah meresap dalam sosiopolitik Malaysia.
Kalah dalam perjuangan bersenjata takpe, sekarang ni gunakan demokrasi semaksimum dan seefisyien mungkin untuk ambil alih pemerintahan Malaysia!
Otak RT sudah diracuni Taliban. Lu ada berani beritahu Taliban segala yg kamu lakukan adalah salah dan memalukan agama? Rasa lu pun tak percaya atau yakin tuhan mampu tolong lu pujuk mereka. Nanti kepala lu tinggal sana dan tak dpt balik. hahaha...
Saya nak komen tp tak tahu hujung pangkal. Dari mana atau dimana saya boleh dapat kenyataan 25 melayu otai tuh ?
Pak Ngah
KUALA LUMPUR: Controversial academic Ridhuan Tee Abdullah, according to Sisters in Islam (SiS), is propagating views which will eventually result in terrorism in the country.
The NGO was referring to Ridhuan’s column, in a Malay daily on Monday, in which he claimed that there was no such thing as a ‘moderate Muslim”, implying that Muslims were extremists.
He described himself in the interview as a “fundamentalist”, a term linked with militancy, while others who beg to differ and say it means setting aside the Hadiths and returning to the Quran.
“‘Moderation’ in Islam, ‘Al Wasathiyah’, is an important element. Departing from this principle means ‘Irhab Al Fikri’ or ‘terrorism in thought’,” said Sisters in Islam (Sis) researcher Afiq Mohamad Noor in a statement.
“In Malaysia, we don’t have IS, but if people like Ridhuan are not confronted and put in their place, Malaysia will soon tread the IS path.”
”Terrorism in thought”, he stressed, could result in “physical terrorism” i.e. a breakdown in law and order and a return to the law of the jungle for no rhyme or reason.
Moderation, according to Afiq, was promoted by Islamic scholars like Al Imam Ibnu Taymiyah, Ibnu Al Qayyim, Al Syathibi and Ibnu Atheer.
“Ridhuan probably never read the works of the great scholars who argue that moderation (Al Wasathiyah) is an integral part of Islam,” he asked.
Islam, he said, has never recognised societal classification such as “clergies”, for example. He added that having a group of people who dominate and control Islam is “foreign and unheard of” in the traditions of the religion.
“These are people who reject scientific discussions and debates, which also use their influence and power to label people as infidels and heretics,” he said. “Islam seems like a religion that is rigid, stationary and anti-establishment.”
Islam, he warned, cannot be “monopolized” by any group. “It’s not an exclusive religion. Authorities and religious groups who monopolize religion are like robber barons controlling companies.”
“Ridhuan’s personal attacks contradict Islamic values as well as Malay culture,” he said.
“If I were given a choice to leave behind the principles of human rights and freedom of expression which I believe in, then without a doubt, I would advise Ridhuan to shut up and stop embarrassing and polluting a religion that I love.”
“They claim to be moderate Muslims? What is the meaning of moderate? Islam is not a moderate religion. Islam is fundamental in nature,” said Ridhuan in his column, criticizing the Group of 25 Eminent Malays for penning an Open Letter on Islam, civil law and the secular Federal Constitution.
Ridhuan Tee apa komen saudara tentang pembunuhan murid-murid sekolah yang tidak berdosa oleh ekstremist Taliban di PAKISTAN....bukan nak butakan mata dan pekakkan telinga saja...apabila orang Islam lakukan keganasan didiamkan saja...
http://www.malaysiakini.com/news/283811
Sisters in Islam pun sedang menyerang Dr. tapi kami tetap memberi sokongan kepada Dr. kerana kami yakin akan kebenaran yang Dr. cuba sampaikan kepada orang ramai. Apabila SIS buka mulut, semakin terserlahlah kejahilan mereka tentang asas-asas akidah Islam.
Tapi mereka tak sedar yang mereka termasuk dalam golongan yang "tak tahu".
Hello Sister In Islam.. Why Worry About Ridhuan Tee and Link With IS..
http://wubra.blogspot.com/2014/12/hello-sister-in-islam-why-worry-about.html?showComment=1419065504217#c6
Awas Melayu
Jangan jadi bodoh. Jangan terlajak bertindak. Nak buat laporan polis , okay lagi. Nak demo atau berarak atau violence .... aku kata itu TINDAKAN BODOH.
Fikir punya fikir , tenong punya tenong , aku rasa ISU KALIMAH ALLAH & HUDUD ini adalah wayang DAP & Pas. Hujah aku berdasarkan apa yang kita boleh saksikan .....
1. Isu kalimah allah , Kali pertama LGE juga yang cetuskan. Waktu itu Nik Aziz & Hadi Awang secara terbuka meyokong LGE.
2. Isu kalimah allah , kali kedua LGE juga yang mencetuskan. Setakat hari ini adakah apa2 komen daripada Nik Aziz & Hadi Awang ? Ada siapa pernah terdengar atau terbaca ? Memuji tidak , mengeji pun tidak. Kenapa ? Bukan mereka berdua saja , malah tidak sekoq pemipin Pas yang menghentam LGE , kenapa mereka jadi SETAN BISU ?
3. Perancangan perlaksanaan Hudud di Kelantan , Pas tidak sangka Umno nak sokong. Pas kantoi kerana mereka harap agar Umno tidak membuat kenyataan terbuka menyokong , tapi TPM MY & Jamil Khir telah mengambil tindakan yang Pas tak jangka. Terkejut berok Nik Aziz & Hadi Awang , sebab itu mereka 2 ini tidak pernah mengucapkan terima kasih secara terbuka kepada Umno atas sokongan & bantuan untuk merealisasikan hudud di Kelantan. Ada pernahkan anda melihat atau terbaca Nik Aziz & Hadi Awang berjumpa atau bermesyuarat dengan TPM MY & Jamil Khir berkenaan hudud di Kelantan . Ada pernah ?
Sepatutnya bila Umno sudi membantu Pas untuk menjayakan perlaksanaan hudud di Kelantan , ini lah satu2nya peluang untuk Pas rapat kepada Umno , hudud menjadi pembuka bicara , sambil2 tuh boleh bincang banyak perkara yang menyentoh perjuangan melayu & Islam di Malaysia. Tetapi ini tidak berlaku , bukan kerana Umno tak berminat , tapi kerana Pas tak mahu DAP mencurigai kesetiaan baiah Pas kepada DAP semasa menjalinkan tahaluf siasi.
4. Berkaitan hudud , DAP & Pas nampak macam berbalah , nampak macam Pas & DAP akan bercerai talak tiga. Ramai orang Umno dan pro Umno teruja , lalu ramai bersorak riuh agar hubungan Pas & DAP hancor.
Saya gerenti , Pas tidak akan bercerai dari DAP. Hujah saya ialah , dalam perbalahan itu DAP nampak macam tak mahu Pas kekal dalam PR , Pas pulak dengan nada sombong meminta DAP keluar PR jika tidak bersetuju dengan hudud di Kelantan , sedangkan kita semua tau dan mengakui DAP adalah taiko dalam PR , hitam kata DAP maka hitam lah PR , puteh kata DAP maka puteh lah PR jadinya , siapa Pas nak minta DAP keluar PR ? kalau DAP keluar tak kan PKR nak kekal bersama Pas dalam PR , kita jangan lupa dasar PKR itu caca merba - tidak ada sikit pun untuk islam , kalau DAP & PKR dah tinggalkan PR , tinggal Pas sorang2 maka masih ujud lagikah PR ?
Dan satu lagi , kita jangan lupa , dah puloh kali , diserata tempat , disemua majlis , Pas bersumpah BIAR APA PUN YANG BERLAKU PAS TETAP ISTIQAMAH BERSAMA PKR , ini satu baiah ikhlas Pas kepada DAP , mungkir janji ada lah dosa besar , masuk neraka.
Cukup setakat itu hujah Pak Tua , sekarang anda nampak ke tidak dakwaan Pak Tua bahawa KALIMAH ALLAH & HUDUD ini adalah WAYANG DAP & PAS.
Ingatan Pak Tua kepada Umno , tidak mengapa nak rapat dengan Pas , tapi waspada kerana JERAT TIDAK LUPA PELANDOK. Kepada kita2 yang pro Umno jangan terlajak emosi konon mempertahankan agama. Ingat lah Allah itu bukan tuhan orang Umno dan pro Umno sahaja , tuhan juga kepada oang Pas dan tuhan kepada setiap yang mengucap dua kalimah shadah .... LAILAHAILLALLAH , MUHAMADURASULULLAH.
Pak Tua
Dulu Cina sokong UMNO, takkan Cina takleh sokong parti2 lain. RT itu lebih baik jangan tinggal di Malaysia , iaitu suatu konsep Tunku untuk menyatupadukan penduduk2 berbilang bangsa. Madey bukan pejuang kemerdekaan , dia masuk dipertengahan jalan.
RT juga lebih sesuai utk masuk ISIS.
Riduan Tee is an ideal person to lead ISIS chapter in Malaysia. Hope the US embassy note this man.
Keluarga Al Saud pun bersekongkol dengan Yahudi dan AS, maknanya Kaabah itu sudah ada dalam tangan Yahudi. RT boleh menyalak tapi tidak boleh buat apa2, sama cam anjing2 UMNO. Cakap2 je dlm OIC , tak ada apa2 tindakan di ambil ke atas Isreal malah Arab Saudi tak peduli langsung, Jadi Islam dan Melayu itu hanya lah ungkapan2 politik UMNO. Baik RT sujud ke arah Isreal yang berkuasa ke atas Penyamun2 Saudi.
Ingat RT adalah Bangsat Celup yang masuk Islam untuk dapat keuntungan kebendaan yang di taburi UMNO untuk buat kerja2 kotor mrk, kerana saya tak Nampak apa2 keunikan dari Professor Kangkung nie yang tumbuh subur di Longkang taik UMNO selain dari mulut nya yang menjadi tandas untuk UMNO berak di situ. Itu sahaja lah yang boleh diharapkan dari tong sampah yang bernama Riduan Tee . Taik yang dilekat pada RT ini hanya boleh dilap dengan surat khabar Utusan Malaysia.
Anon 729
Walau pun RT melayu celop tapi cintanya dia kepada melayu dan Islam , kalah pemimpin Umno & Pas. Saya sejak mula lagi ikut blog RT , saya tabik dengan keberanian dia. Dia tibai kiri & kanan .... Umno kena , Pas pun kena.
Pak Tua
RT berani bukan kerana benar, ada tangan2 ghaib dibelakang dia iaitu UMNO. Kalau dia tak masuk Islam dan tidak berlagak lebih Melayu, dan mempunyai pendirian yang sama seperti ini sebagai Cina ori, aku respek species ini. Tapi kalau orang ini tak stabil, beremosi, mempunyai sifat2 bipolar, ekstrim dan UMNO bersandarkan kpd individu ini, bermakna kedua dua dah tergelincir dari landasan yg normal. Tak hairanlah dlm keluarga RT ada juga org yg menbunuh diri, harap jangan sebab RT, ahli kekuarganya membunuh diri. Apa yg kita risaukan ialah sekarang mungkin 5 anak2 nya pun jadi ekstremis cam RT.
Sekian.
Yang menghina RT ialah org yg tak suka kepada bangsa melayu, agama islam dan negara tercinta ini. Ini kerana apa yang di laku dan di perkatakan oleh RT merupakan realiti di negara ini.
Kenapa kt nak menidakkan bnda yg btl...RT bercakap bnda yg btl dan fakta bkn emosi saudaraku sekalian...kt kena kaji dan selidik setiap cerita yg kt dengar,gambar yg kt tgk...jgn jd xcrdk lg...jgn lah kt bergaduh sesama sendiri kata itu btl ini salah tp kt xbuat apa2..wahai bangsaku....inilah tanah tumpahnya darahku..tgk sejarah kt dulu...belajar dari sejarah...
lebih menggelikan hati apabila wang dolar singapura lebih bernilai dari wang tidak guna malaysia! Kah! Kah! Kah!
RT jangan kamu menghina tokoh melayu. Sedar diri kamu ITU Cina.
Anon 101. Jangan kamu mudah percaya sama species yg mengkhianat bangsanya. Kalau di zaman jepun orang inilah yg jadi talibarut jepun utk dpt keistimewaan
Basically SiS is saying Islam follows no group but SiS and SiS only! What a joke!!!!
Apa komen Alex sesama manusia. Takkan goyang hati & suka hati, muslims sudah mati saja kot??
You must be the goon that prayed for Uncle Sam to drone us all with bombs don't you?
RT tak pernah kata dia nak jadi Melayu, dia tak perlu pun, tapi bila RT bela hak Melayu ramai pulak cina2 yang tak puas hati! Sakit hati. Dengki sebab busuk hati!
Nak tuduh RT rasis tak boleh sebab dia Cina, jadi apa lagi meroyan la jawabnya, macam Tokong and Uncle 13 May!!
Post a Comment