Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, September 29, 2014

Benarkah stereotaip Melayu Malas?

8:57 AM Posted by RIDHUAN TEE 24 comments


(Sinar Harian 29.9.14)

Setiap manusia (bangsa) yang dicipta dan dilahirkan adalah juara. Tidak timbul soal mereka rajin atau malas. Sikap individu (fikrah) yang menentukan kejayaan seseorang. Inilah kehebatan Allah SWT menjadikan manusia berbanding haiwan. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang, sehingga dialah yang berusaha mengubahnya. Jika nakkan sesuatu itu berubah, kita kena berubah terlebih dahulu. Bak kata MuftiMenk, we want to make the world a better place but we are not prepared to improve ourselves.

Saya tidak pernah percaya stereotaip Melayu itu malas, manakala bangsa lain rajin atau pandai berniaga.

Terpulang kepada kita untuk menentukannya. Ramai juga saya jumpa bangsa lain  yang malas. Datuk nenek saya datang dari Negara China, sehelai sepinggang. Tinggal di kampung Melayu, di Kota Stia, Kampung Gajah, Perak. Tidak berapa lama, kehidupan kami berubah.

Berbekalkan sedikit modal yang dikumpulkan, akhirnya bapa saya berjaya membuka satu satunya kedai runcit di kampung itu dan menjadi kaya raya hasil perniagaan tersebut.

Kekayaan menjadi semakin bertambah, apabila orang Melayu suka berhutang. Apabila hutang tidak dibayar, maka gadaiannya adalah hasil bantuan kerajaan yang diberikan kepada Melayu seperti baja, anak benih, peti ikan dan sebagainya, yang dibeli dengan harga murah. Orang Melayu memang pantang melihat duit di depan mata. 

Tidak kurang juga yang menggadaikan tanah kepada bapa saya. Akhirnya, bapa saya kaya raya. Manakala, Melayu hanya kaya sementara. Kedai syarikat (kedai runcit bantuan kerajaan) yang dibuka untuk bersaing dengan bapa saya, juga lingkup kerana kerana duit kutipan yang diperolehi pakat-pakat dibawa lari kerana tidak tahan melihat duit depan mata.

Sama juga seperti rasuah, bangsa lain merasuah Melayu dengan wang sedepok depan mata. Melayu menjadi kelabu mata. Bila dibuktikan rasuah itu, Melayu tertangkap dan masuk penjara, manakala pemberi rasuah bebas kaya raya dengan rasuah yang diberi tidak seberapa.

Saya bukanlah hendak mengiyakan akan kenyataan Melayu itu malas. Tetapi pengalaman membuktikannya. Nak kaya tetapi malas kerja. Melayu mesti tampil untuk berubah. Jika tidak, Melayu tidak akan ke mana-mana. Melayu akan merana di bumi sendiri.

Melayu bukan hanya malas, Melayu mudah lupa diri, lupa jati diri.  Maka, tidak hairan banyak syarikat Melayu telah berubah nama kepada nama bukan Melayu. Dahulu ada Kedai Telekom, kini TM Point. Dulu Bank Bumiputera, kini CIMB dan banyak lagi. Bahasa Melayu langsung tidak didaulatkan di GLC ini. Kalau tidak percaya, pergilah masuk ke tempat tersebut. Berapa patah bahasa Melayu yang digunakan.

Seolah-olah bila letak sahaja nama Melayu, tidak komersial dan tidak glamour. Projek tidak laku dan tidak ramai yang mahu membeli. Melayu merosakkan Melayu sendiri, bukan orang lain. Ini tidak termasuk nama-nama taman atau projek perumahan yang langsung tidak bercirikan jati diri Melayu.

Pergilah melawat ke seluruh dunia. Tidak perlu pergi jauh, lihat masyarakat Siam di Thailand, bagaimana mereka bangsa menggunakan nama-nama Siam.

Saya baru pulang Wellington, Auckland, Sydney dan Adelaide. Bandar mereka amat bercirikan adat Melayu (Islam). Bila menjelang senja, kebanyakan sudah berada di rumah. Bandar mereka mati. Pusat membeli dan kedai sudah tutup jam 5, kecuali beberapa kedai makan dan pusat membeli belah. Di manakah budaya balik senja atau maghrib orang Melayu? Kenapa bandaraya kita hidup 24 jam?

Sikap Melayu mesti berubah. Melayu terlalu mengejar glamour. Kerja-kerja bawahan pencuci, buruh langsung tidak dipandang. Berlagak tidak tentu pasal, memperlekeh orang lain, dengan kata-kata pak guard bodoh, itu dan ini.

Melayu suka merempit. Bila saya bertanya kenapa merempit? Adakah hobi kamu? Dia jawab, merempit kerana dicabar. Kita menyahut cabaran tidak kena pada caranya. Sepatutnya kita menyahut cabaran untuk bersaing dengan orang lain agar kita lebih berjaya. Inilah pemikiran Melayu.

Benarkah Melayu malas? Saya kira tidak? Allah tidak berlaku adil jika hanya menjadikan sesuatu bangsa rajin, sedangkan yang lain tidak? Proses kejadian manusia semua sama.

Apa yang perlu diubah adalah sikap atau fikrah, atau cara berfikir. Ada kajian dibuat, kalangan pelajar Cina dan Melayu yang mendapat straight A dalam peperiksaan bermula peringkat sekolah hingga pengajian tinggi (kelas 1). Namun, bila bukan Melayu ditemuduga, semuanya hancur, kerana kurang EQ (kemahiran insaniah).

Begitu juga dengan pelajar perubatan. 3 tahun pertama peringkat teori, pelajar Cina score A. Tetapi bila sampai peringkat 3 tahun klinikal atau amali, yang memerlukan kemahiran insaniah (EQ) yang tinggi, pada ketika itu, keupayaan pelajar Melayu menyerlah.

Manakah yang lebih penting antara IQ dan EQ? kedua-duanya penting. Tetapi bukti-bukti menunjukkan bahawa mereka yang EQ yang tinggi, lebih berjaya. Siapa Mark Zukerberg (pengasas FB) dan Bill Gates (Microsoft)? EQ mereka sangat hebat berbanding IQ. Jadi, adakah Melayu itu malas, sedangkan EQnya hebat? Semua terpulang kita. Bak kata Pendeta Zaaba, rupa tidak boleh berubah, tetapi perangai boleh!

24 comments:

Anonymous said...

Setuju, semua kaum di dunia ini ada yang malas.

Ada yang malas, suka mabuk, tersungkur, bapi terbaring tak bangun, tak kerja.

Ada yang tak mabuk tapi malas, cari kerja yang ringan, melacur, jadi penjahat dan gengster pungut protection money, jadi tukang urut berbgi jenis, jadi Ah Long kasi pinjam duit pungut faedah tak terhingga, tak bayar pinjaman, panggil gengster baling cat ke rumah mangsa.

Anonymous said...

Aiseh, Melayu bukan malas le. Cuma takda peluang. Celaka oang putih buat sekolah pun jauh antara satu kampong dengan yang lain. Sampai 3-4 batu berjalan baru smpai sekolah.

Pastu, sekolah hanya 4 tahun, peringkat rendah saja. Di bandar di bikin sekolah rendah, sekolah menengah, jugak sekolah Inggeris. paspot untuk berjaya di 80 tahun British merintah dan berikut nya.

Cuba lihat salepas Melayu di beri peluang macam macam bila DEB keluar. Sekrang bersepah doktor Melayu, Pensyarah dan Professor Melayu, Melayu yang ada Master's degree dan PhD pun. Bukan saja di universiti, jugak di lain lain tempat.

Cikgu Melayu pun dah banyak yang ada Master's degree sekarang.

Cakap Melayu malas, kepala hotak depa.

Anonymous said...

Mengarut mengatakan stereotaip Melayu itu malas, manakala bangsa lain rajin atau pandai berniaga.

Sejarah manusia di dunia menunjukkan hahawa tiap kaum itu ada turn naik nya. Malahan ada kaum yang luput langsung dari muka bumi ini. Contoh nya kaum Aztec, Maya di Amerika Latin dan berbagai lagi di merata dunia.

Orang Mesir berketurunan dari Ancient Egyptians lebih 5,000 tahun dahulu. Gigih, masyhur dengan kejuruteraan pembinaan pyramid nya, satu daripada "Seven Wonders of the World". Lihat lah apa jadi kapada mereka. Selain dari pyramids dan artifacts of antiquities, tiada apa yang boleh mereka banggakan sekarang melainkan barangkali Ampangan air dan jentera pengeluaran letrik Ampangan Aswan.

Orang China juga di katakan bersejarah tertulis beribu tahun, The Great Wall nya juga satu daripada "Seven Wonders of the World". Lihat apa jadi nya kapada mereka. Azab sangsara, asyik berperang, treachery, revolts and rebellion, jadi lemah, di khianati dsb nya. Hingga di tawan dan di perintah orang Mongol selama 80 tahun di abad 13. Dan oleh orang Manchu (Manchuria sebuah negara berasingan sehingga Perang Dunia II). Di buli dek British dll kuasa Barat. Dan Jepun. Walau pun China negara begitu besar dan paling ramai penduduk di dunia.

Hong Kong di pulang dek British kpd China ha nya pada 1990. Dan ekonomi China mundur, berjuta kebuluran, 30 juta mati akibat jahanam dasar ekonomi Mao Zedong yang di panggil The Great Leap Forward dan akibat porak peranda dan berbunuhan di zaman Cultural Revolution nya di tahun 1960an.

Demikian lah hal nya walau pun mereka berpengalaman bernaiaga beribu tahun. Mereka mula menggunakan wang, timbang menimbang, pakai dacing dan alat mengira abacus dah beribu tahun. Namun demikian, ekonomi nya merepas, di anggap pariah dek negara negara Barat, naik menjadi no. 2 terbesar ha nya 1-2 dekad yang lalu.

Melayu tidak ada itu semua. Malas? Kalau begitu, mengapa boleh dapat 20% kekayaan korporat dalam tempoh 2-3 dekad sahaja sejak DEB di tahun 1970? Mengapa begitu ramai bijak pandai Melayu sejak beberapa tahun DEB sahaja?

Anonymous said...

Ini so'al budaya. So'al sejarah cara hidup, pemikiran. So'al pengalaman. Dan segala yang pakar kemasyarakatan atau sociologists kata, "the sum total of the experiences of a community, called culture."

Baca lah buku, "The Malay Civilization" dan "Tamadun Alam Melayu" pengeluaran Persataun Sejarah Malaysia, boleh di beli di Wisma Sejarah, depan IJN, Jalan Tun A Razak, KL.

Melayu berasal di Gugusan Pulau Pulau Melayu sejak lebih 6,000 tahun dahulu. Budaya Melayu ada lah "insular", maklumlah diam di Gugusan Pulau Pulau Melayu, termasuk Semenanjung Tanah Melayu. Tiada pengaruh luar yang besar, yang menukarkan budaya Melayu itu, sehingga muncul nya Islam di rantau ini di abad 13.

Segala kelemahan Melayu yang ada sekarang ini ada di masyarakat lain. Kalau tak Mat Rempit dengan motorsikal, Mat Rempit dengan kereta racing Lambroghini apekenama nya, saperti 2-3 biji dari Singapura yang belanggar di Highway dekat Seremban beberapa bulan lalu.

Tapi nyata Melayu kurang berjudi. Sebab budaya Islam yang telah di anuti walau pun ha nya beratus tahun sahaja, bukan yang di anuti sejak beribu tahun, saperti budaya rasuah yang di anuti di China. Ada buku sejarah yang menyatakan bahawa rasuah sudah melanda landa (pervasive) di China sejak lebih 2,000 tahun dahulu, di rebakkan dek eunuch, orang orang suruhan Istana yang di potong kemaluan nya bagi mengelakkan mereka meroyan gundik gundik Maharaja di istana.

Mereka dapat pengaruh besar, menjadi orang pengantaraan di antara pegawai pegawai dan rakyat China keseluruhan nya dengan Maharaja China yang malas, tak pergi melawat berbulan bulan menjelajah negara China, saperti di lakukan dek Maharaja Chin Shih Huangdi, yang mati di suatau perjalanan saperti itu. Malahan malas nak berjumpa Menteri Menteri mereka di Istana pun. Eunuch minta bayaran dalam bentuk emas bagi menyampaikan dengan cara yang terbaik apa yang pegawai atau rakyat mahukan dari Maharaja.

Hah, sekarang siapa yang malas? Siapa yang rasuah? Pada masa ini pun, siapa yang lebih rasuah daripada Melayu? Siapa yang menghulur? Tiada yang menghulur, tiada yang menerima.

Memang, Melayu tak boleh menggunakan alasan alasan saperti itu bagi cuba menjustifikasikan kelakuan buruk mereka. Mesti menukarkan nya. Begitu juga perasuah, yang selalu nya di lakukan dek kaum lain.

Anonymous said...

Kalau Melayu itu malas, sehingga kini tiada siapa dapat pecah rekod SPM 2008 dapat 20A, Nik Nur Madiha.

Bukan Melayu yang ada segala-gala kemudahan lengkap pun belum dapat pecah rekod.

Tapi pandai pula nak seterotaip Melayu dengan malas, Melayu tak boleh maju!

Yang maju tu ada seorang yang lari ke Amerika takut dikenakan hukuman di Malaysia, tipu mahkamah tak pulang passport. Lepas pandai pula memaki dan menghina dari sana?

Anonymous said...

Prof Ridhuan nak naikkan semangat Melayu kot. Cara hentam kelemahan Melayu, hendakkan mereka tukar pemikiran dan cara hidup.

Anonymous said...

Perasaan hasad dengki,pentingkan diri,terlalu mendalami ilmu politik kekayaan ,kuasa,projek,wang mudah dll.Sehingga peratusan taksud kpd politik sangat besar.Tidak kiralah bgi pehak parti pemerintah atau pembangkang.Yang kaya raya menjadi miskin kerana rasa tidak cukup.Maka, sepatutnya di saat ini,orang melayu islam kembali kepada politik keadilan sosial (syariah islam)

Unknown said...

Sila panjangkan akal dan luaskan kenalan, jangan cepat melabel sesuatu bangsa hanya kerana anda beranggapan anda dah berjaya dalam hidup ini.

Anonymous said...

"rupa tidak boleh berubah, tetapi perangai boleh!" -

Rupa pun boleh berubah, Bang. Kalau malas, tak maju, hidup susah, makan tak cukup vitamin, cepat berkerut dan kedut.

Kalau pemimpin, buat tak betul, hilang kerusi atau kuasa, monyok semata, cepat tua, berkedut dan kudut jugak le. Ramai pulak manusia yang kenal sipolan masa ada kuasa, tak pedulikan bila dah takda kuasa.

Melainkan main kitar darah. Saya bahru tau ada yang kitar darah sendiri, pakai mesin, doktor keluarkan darah, masukkan ke mesin yang buangkan unsur unsur kotor saperti cholesterol dsb nya, masukkan semula dalam masa yang sama, harga lk RM1,000. Saudara saya beri tahu, dia sendiri ada buat. Muka ceria sikit. Kata nya orang politk ternama pun ada buat.

Saya tak kisah lah jika depa hensam boleh hidup 100 tahun pun, tapi pemimpin yang buat tak betul dan tak mau berubah, saya nakkan UMNO gantikan dia. Macam yang nak buang Akta Hasutan tu.

Anonymous said...

Sekali lagi untuk cina cauvinis yang kata Melayu malas:

Hazzirah Izzati Pelajar Paling Muda Dianugerahkan PhD UTM pada usia 24 tahun.

Korang ada ke?

Anonymous said...

Saya merasakan apa yang didedahkan oleh RT adalah berniat mahu sedarkan melayu. Bila dia cerita kisah keluarga dia mengumpul harta kekayaan di tengah2 masyarakat melayu bukan dia berniat menghina melayu. Bila dia cerita kedai koperasi bantuan krajaan yang diujudkan untuk menyaingi perniagaan bapanya akhirnya lingkup kerana tahap kejujuran dikalangan orang melayu sangat nipis. Betul melayu pantang tengok duit. Nak beli melayu cuma perlu bagi Duit dan B*r*t semurah itu harga maruah melayu. Kes SPRM tangkap Datok Kastam , Bapa Kastam dan Anak Kastam baru2 ini , saya sebesar zarah pun tak kasihan kepada mereka. Kalau di Negeri Cina perasuah di hukum tembak , kalau di Malysia serupa di Cina , saya sanggup bawa anak isteri beratus km jauh hanya untuk menyaksikan Perasuah Ditembak dihadapan khalayak. Puasnya hati tengok mereka ditembak macam puas dan terhibur menonton konsert hiburan. Bencinya saya kepada perasuah kalah saya benci kepada Israel yang membunuh rakyat Pelastin di Gaza.

Kesimpulannya apa yang RT tulis buruk tentang melayu jangan ada melayu yang cuba nak menafikan. Saya juga jika jadi blogger macam RT saya boleh senaraikan seribu satu buruk orang melayu yang mengaku Islam. Saya melayu dan saya tahu apa yang ada dalam benak melayu.

RT anda cina tapi anda ambil kisah dengan orang melsyu lebih daripada orang melayu sendiri. Ya Allah manusia spesis apakah RT ini yang kau jelmakan kepada kami orang melayu. Thank you Allah.

Pakngah

Anonymous said...

Di Kerajaan Melayu Melaka takda pun rasuah. Saya takda baca sesiapa sebut fasal rasuah di zaman itu. Malahan, saya fikir istilah rasuah di cipta di zaman kebelakangan ini.

Oleh itu, nyata Melayu takda budaya rasuah macam Cina yang mempraktik rasuah rata rata sejak lebih 2,000 tahun dahulu. Saya fikir Cina pendatang yang mulakan rasuah di negara ini. Sekarang pun Cina yang lebih ramai rasuah, lebih besar bahana rasuah yang di lakukan mereka.

Malang nya, pihak berkuasa selalu tangkap ha nya yang menerima. Tak yang mnghulur rasuah. Macam berpuluh orang Kastam Di Raja yang di beritakan kebelakangan ini. Kalau syarikat pengimpot arak yang merasuah, takkan Melayu yang buat gitu.

Tak ramai yang menghulur di banding dengan yang kena tangkap. Sebab mereka nakkan sebanyak mana yang boleh mereka yang terlibat memeriksa bungkusan bungkusan atau lori lori membawa arak itu lepas dari pemeriksaan, di rasuah supaya tidak satu bungkus pun tersangkut kena cukai.

Maka kaki tangan Kastam pangkat rendah yang kerja nya memeriksa itu yang kena. Sebab pangkat rendah, gaji rendah, rasuah RM300 pun terima. Hilang kerja, penjara bertahun tahun sebab RM300. Bodoh. Memang lah mereka bodoh. Pegang jawatan rendah.

Tapi yang merasuah tu pandai. Pandai merasuah, menipu Kerajaan elakkan cukai, penjenayah, penjangak negara. Saya nak lihat mereka yang menghulur rasuah di tangkap dan di heret ke Mahkamah jugak. Kamon MACC, Kamon PDRM. Tolong heret mereka yang menghulur rasuah dan jadikan contoh kpd yang lain.

Anonymous said...

Bukan malas. Tarak peluang. Bretes penjajah tak beri peluang. Nakkan Melayu terus jadi petani tanam padi dan penangkap ikan. "To look after the food production of the country," kata depa. Macam Professor Zainal Abidin Wahid UKM dulu dah kaji.

Jadi sekolah pun, beri 4 tahun sekolah Melayu saja di kampung. Nun jauh di sana, 10 batu lebih antara satu sama lain. Tapi, lepaih DEB, dah bertukar.

Tapi Melayu jangan bergelora dengan tu lah. Mesti lebih gigih lagi. Cuba berniaga. Berlajaq dari depa. Usaha sama ke apa. Asalkan jangan Ali Baba.

Btw, ngapa depa di China pakai nama syarikat Al Baba, tersenarai di New York Stock Exchange, pemunya nya jadi terkaya di dunia sejak beberapa hari yang lalu? Dia ada darah Melayu ke, atau JV dengan Melayu, pakai nama Ali Baba, hehe.

Anonymous said...

Saya partly setuju dengan anda. Namun kebencian saya kepada penerima rasuah lebih daripada pemberi rasuah.

Memang saya turut pelik dengan undang2 rasuah Malaysia. Kalau yang terima kena tangkap SPRM juga kena kemukakan yang beri rasuah kepada mahkamah sebagai saksi pihak pendakwaan , jika tidak kes itu berlaku " putus rantaian pembuktian ". Ertinya identity pemberi diketahui. Kalau dah tahu siapa pemberi " kenapa tak dakwa ". Dalam undang2 rasuah TERIMA RASUAH SALAH , BERI RASUAH JUGA SALAH , CUBAAN MINTA RASUAH SALAH , CUBAAN BERI RASUAH JUGA SALAH. Ini lah saya rasa pelik dengan SPRM.

Kalau ikhlas dan istiqamah nak hapus kan rasuah SPRM kena buat secara serious dan adil. Get hold the receiver and giver at the same time.

X Polis

Anonymous said...

4:35 PM,

Sedap dengor tu, kawan. Keluorkan lah lagi mana yang ada camtu atau lebih kurang camtu.

Jugak yang berjaya dlm niaga. Selain dari Syed Mokhtar Al Bukhari.

Saya risau Najib nak hapuskan Akta Hasutan. Kalau gitu, mungkin DEB pun lenyap. Kalau gitu, nak mintak UMNO lenyapkan dia dari jawatan PM.

Kita takda tempat nak tuju untuk bantuan melainkan gomen. Dia orang ada beratus jutawan yang sedia buat sumbangan - UTAR dah banyak sangat dapat sumbangan, tolak RM30 juta sumbangan dari jurutera jutawan Cina tak lama dulu, Robert Kuok kasi RM100 juta kpd universiti Cina, di umumkannya di Kajang tak lama lalu.

Kepala hotak sesiapa kata kita asyik nak tongkat. Robert Kuok dapat tongkat monopoli gula, Vincent Tan dapat tongkat lesen loteri, pun masih nak tongkat lesen judi bolasepak dari Najib tak lama juga dulu.

Anonymous said...

Pooh poohing "reader" Lee Hwok Aun's "Rebuttal of Ridhuan Tee" that was Published in Malaysian Insider: 1 October 2014 -

Lee accuses "Various misunderstandings, distortions, and elements of ignorance in the article" on the so-called solidarity with Azmi Shahrom rally, published in Sinar Harian. Let's see if what Lee says is pooh or not.

Lee says Ridhuan accuses them of applying double standards. He interprets that as meaning they give support to pro-opposition causes only.

He says "the Solidarity4AzmiSharom September 10 rally was organized by the Universiti Malaya Academic Staff Union (PKAUM) and the Universiti Malaya Students Association (PMUM), a non-partisan coalition. The leadership of PMUM, embrace the term pro-mahasiswa, are pro-students’ causes. Everyone who delivered a speech at the September 10 rally were academicians and university students; no politician was given the stage."

Sure la no politician. But it doesn't mean not "giving support to pro-opposition causes" that Ridhuan talked about. Aiseh, like that arr, UM academic staff these days? Why comprehension and argument standard gone down so much?

Yeah, yeah "defend Azmi Sharom’s constitutional right to freedom of speech and to protest the repression against him under the Sedition Act .. demanded academic freedom .." Aiseh, no need to quote Article 10 of the Constitution etc lah, simple logic says freedom is never absolute, got limits one. And the Sedition Act is one limit.

Otherwise, takkan you people are free to berak tepi jalan? The Police will haul you for indecency - under the Penal Code, the Police Code or whatever laws that also limit your freedom.

The Lee fellow said that the largest contingent of those demonstrating was Azmi Sharom’s students, who he claims are "imbued with forward-looking, mature and holistic principles and knowledge regarding human rights, justice, equality," bla bla bla. Of course lah, he's been hasut-ing his students. That's why he got dragged to court under Akta Hasutan.

The rest of what he wrote appears to be hogwash.

Anonymous said...

Sejarah manusia di dunia menunjukkan bahawa pada umum nya segala apa kebaikan dan keburukan yang ada di sesuatu masyarakat itu ada di masyarakat yang lain yang semasa dengan nya. Tabi'at rajin, malas, pandai, bengap, menipu helah, rasuah dsb nya, semua ada.

Tapi tidak semesti nya masyarakat yang lebih lama tamadun atau pengalaman nya itu lebih maju dari yang lain. Egypt kuno yang lebih 5,000 tahun dengan kehebatan Pharoah dan pyramid nya berlain sekali keadaan nya sekarang. Begitu juga China yang lebih 4,000 tahun sejarah nya, meleset kemajuan nya hingga 1-2 dekad yang lalu. Demikian juga India.

Sebalik nya Amerika yang ha nya beratus tahun sahaja sejarah kemasukan pendatang dari Eropah dll telah meningkat kemajuan nya hingga menjadi yang terbesar ekonomi nya, terkuat ketenteraan nya.

Gejala kenaikan masyarakat Amerika itu berlainan sekali. Pendatang menggunakan kekerasan dan alat senjata api merosakkan masyarakat tempatan, menolak mereka ke kawasan pendalaman, akhir nya ke Indian Reservations. Di China, pendatang Mongol dan Manchu telah menawan dan mendudukki negara itu, tapi pendatang itu serap dan menjadi rakyat negara itu dalam proses yang begitu lama, penuh dengan sengketa melawan pihak berkuasa, revolts and rebellions, sehingga negara merepes, azab sangsara, kominis masuk, mundur dan di buli kuasa asing, mula maju ha nya 1-2 dekad yang lalu.

Mungkin Amerika maju dan menjadi kuat kerana bijak pandai sains di galak, malahan di penghujung Perang Dunia II, di bawa masuk dari Germany, contohnya, Von Braun, pencipta roket diktator Hitler, di bawa diam di Amerika, mengusahakan teknologi roket yang dapat menghantar bukan sahaja manusia ke bulan, tapi, lebih penting lagi, menghantar berbagai satelit dan alat alat komunikasi dan ketenteraan ke angaka lepas.

Maka akibat nya ia lah Amerika menjadi negara yang ulung dalam kemajuan sains dan teknologi, ekonomi nya berkembang dengan pesat, ketenteraan nya begitu hebat, sehingga mempunyai kuasa ekonomi, ketenteraan dan politik antarabangsa yang nombor satu di dunia.

Apa Malaysia boleh begitu? Tidak boleh. Sebab tidak bersatu, tidak saperti rakyat Amerika yang banggakan kewarga negaraan nya.

Di Amerika bila perang, beratus ribu yang sukarela (volunteer) ke medan perang. Di Malaysia, berperang antara rakyat nya, saperti di tahun 1969. Sekarang suasana tegang antara rakyat
di rasai di sana sini, terutama nya di Internet. Hasut menghasut selau berlaku, malang nya Akta Hasutan pun mahu di bubar.

Apa macam? Kemana kita? Ke taraf negara maju ke atau ke gaung pergaduhan? Perlu kita laungkan supaya pemimpin mengaktifkan dasar dasar bagi menyatu padukan rakyat. Dan dasar yang meng "restructure" masyarakat saperti tujuan DEB bila di rancang di tahun 1970 dahulu. Selagi iri hati kekayaan ada, selagi itu iri hati kuasa politik ada, dan semua implikasi nya timbul, hasut sana hasut sini, tiada perasaan kita rakyat Malaysia sabenarnya, berbagai jenis sekolah, berlainan hopes and aspirations, masih berbagai bangsa, tak akan timbul suatu "Bangsa Malaysia" yang kukuh dan bersepadu, yang ada kepercayaan sapenuh nya antara satu sama lain bila sebaris di medan perang, jika dan bila berlaku perang dengan negara asing.

Anonymous said...

1:25 PM,

Tak setuju. Siapa kata benda Allah pelakon pornografi Malaysia yang lari ke Amerika itu pandai atau maju? Dia dah umur 26 tahun tapi masih berlajar di unibasiti, belom ada degree, beb. Pada hal pompuan Melayu umur 24 tahun dah dapat PhD - ijazah kke 3 - mcm di komen di atas ni.

Dia jenis Cina Bukit, tak ada tamadun, tak di bimbing dek emak bapak nya masa kecil, menghasut mempermainkan agama Islam dengan gambar bak kut teh kepala hotak nya, dah tu berlakun porno dan keluarkan di Internet pulak. Jenayah sana, jenayah sini, cabut lari, dahtu menjenayah lagi di Facebook nya.

IGP kata Polis akan cari dia hingga ke lobang cacing, beb. Aku nak tengok dia masuk penjara berpuluh tahun. Akta Hasutan maksima penjara 3 tahun saja, tapi ada 1-2 lagi tuduhan dah di kenakan, dan macam macam lagi tuduhan yang boleh di kenakan salepas itu - termasuk maki Polis, tipu Mahkamah, keluar dari negara pakai paspot tipu (mesti Imigeresen dah kensel paspot Malaysia dia), keluar tak ikut gazetted ports/ airports, dsb nya. Itu semua jenayah.

Mana pandai atau maju nya si bangsat tuh. Aku harap Hakim akan kata, salepas kamu habis tempoh penjara, kamu di buang negara. Waduuuh, kalau gitu, amat bagus, beb.

Anonymous said...

X Polis 1:39 PM, October 01, 2014,

Saya sokong penuh apa anda kata. Mari kita kempen mintak pihak berkuasa dan tuduh di Mahkamah mereka yang hulurkan rasuah.

Bangga melihat X Polis keluarkan pendapat saperti anda.

Anonymous said...

Dah lah kena tuduh malas, si panxxt Ambiga kata BTN courses buat Melayu rasis dan mcm mcm lagi kepala hotak dia.

Mengata menulis semula sejarah, memanggil depa pendatang lah, apa lah.

Woi, Ambiga yang dah kena tunjuk bontot dek kumpulan wira bersara depan rumah kamu dulu, kalau kamu cakap dengan nada tinggi, tak mahu di panggil pendatang di buku sejarah dll, apa yang kamu nak di panggil? "Pensampai" di negara ini?

Kamu kasi tau lah Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahath dengan depa. Minta depa tukarkan Kamus BM tuh untuk hangpa.

Meluat aku tengok. Dah jadi unsur anti-nasional depa nih.

Anonymous said...

Jangan duk peduli lah dengan peguam tua tu. Dah dah nyanyuk .... rumah kata boleh belah lah .... kuboq kata mai la cepat sikit , ntah bila2 padam lah tu.

Anonymous said...

Wahai Ambiga "pensampai" di negara ini,

Awak tak belajar sejarah di sekolah dulu ke? Generasi awak generasi tua, Sejarah tak di mestikan di sekolah di masa awak sekolah, maka ini lah banaha nya.

Nak bising tak mau di panggil pendatang pulak nya. Bukan kah itu fakta sejarah?

Dah bukan main banyak contoh penduduk tempatan tunduk kapada kehendak awak semua. Tempat berkelah di tepi pantai Tanjong Keling di Melaka pun dah tak tau apa nama nya sekarang.

Tapi apa pulak yang awak semua tunduk kapada kehendak penduduk tempatan? Sejak dapat Kerakyatan?

Tolong jawab.

Husnan Naim said...

Persipsi malas itu wujud sebab bangsa itu dilihat tidak mengambil peluang di hadapan mata.

Ini sangat berbeza dengan bangsa yang berhijrah termasuk melayu yang berkhijrah di tempat lain... mereka ini nampak peluang itu.

Maka satu inovasi yang penting untuk memberi kesedaran / hidayah kepada manasia ialah mereka perlu membuat hijrah.

Mereka perlu keluar dari kampong halaman, dan kembali semula ke kampong untuk melihat apakah peluang itu.

Husnan Naim said...

Persipsi malas itu wujud sebab bangsa itu dilihat tidak mengambil peluang di hadapan mata.

Ini sangat berbeza dengan bangsa yang berhijrah termasuk melayu yang berkhijrah di tempat lain... mereka ini nampak peluang itu.

Maka satu inovasi yang penting untuk memberi kesedaran / hidayah kepada manasia ialah mereka perlu membuat hijrah.

Mereka perlu keluar dari kampong halaman, dan kembali semula ke kampong untuk melihat apakah peluang itu.