Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, April 14, 2014

Apa sudah jadi dengan Parlimen?

7:50 AM Posted by RIDHUAN TEE 9 comments


(Sinar Harian 14.1.2014)

Saya masih ingat lagi ketika menjadi pelajar suatu masa dahulu, malah sehingga kini, untuk memasuki kawasan parlimen, dikenakan syarat-syarat yang begitu ketat. Jika lelaki, pakaiannya adalah lounge suit dan bertali leher, baju kemeja lengan panjang dan bertali leher, baju batik lengan panjang, baju Melayu lengkap bersamping dan bersongkok, seluar panjang berwarna gelap (slack) dana berkasut kulit.

Manakala, untuk wanita pula, berbaju kurung atau kebaya labuh/blouse berlengan panjang, skirt panjang di bawah paras lutut, bersari dengan blouse berlengan dan pakaian kebangsaan kaum-kaum lain, seluar panjang (slack), atau lain-lain pakaian yang kemas dan sopan serta berkasut.

Pakaian yang tidak dibenarkan adalah, baju tanpa lengan, jaket, seluar jeans, pakaian ketat dan menjolok mata, berselipar/kasut sukan, berbaju berkolar bulat dan  baju T.

Pada ketika itu, sesiapa sahaja yang mahu memasuki kawasan parlimen, pemeriksaan dilakukan dengan ketat. Kami akan ‘dihalau’ balik jika tidak berpakaian dengan elok.

Kini tidak lagi. Sejak BN tidak mendapat dua pertiga majoriti, etika pakaian sudah tidak dititikberatkan. Parlimen sudah menjadi pasar. Tidak mustahil nanti ada yang datang dengan berseluar pendek atau mungkin tidak berseluar.

Peraturan sebegini bukanlah sesuatu yang luar biasa. Pergilah ke mana-manapun, boleh dikatakan semua parlimen negara di dunia ini, ada etika berpakaian tersendiri mengikut cara dan budaya masing-masing. Tradisi ini adalah sebagai salah satu cara menghormati kedudukan parlimen yang mulia.

Tiba-tiba kita dikejutkan dengan pakaian seorang ahli parlimen yang perasan dirinya cantik dan menarik perhatian, berpakaian seperti nyonya pasar. Malangnya, speaker dewan tidak mengindahan teguran ahli parlimen terhadap wanita tersebut.

Malah wanita malang tersebut turut mengadakan posing bagi menunjukkan betapa cantiknya dengan baju berwarna-warni. Naik muntah saya. Ingatan saya kepada speaker, jika etika pakaian tidak penting, lain kali tidak perlulah speaker memakai pakaian dewan yang ditetapkan. Pakai sahaja topi dan pakaian koboi.

Peraturan tetap peraturan, tidak kira hari apa sekalipun. Apatah lagi ketika hari terakhir dewan bersidang. Kemuliaan dewan mesti dijaga. Hatta dalam majlis perkahwinan sekalipun ada kod etikanya.  

Begitu juga etika berpakaian ke pejabat kerajaan dan swasta.  Kita tidak boleh berpakaian sewenang-wenangnya, termasuk pelanggan. Jika ada yang tidak tahu etika berpakaian, kita perlu ajar, agar mereka tidak jadi kurang ajar.

Adik saya, seorang peguam mengatakan, di mahkamah, sekiranya seseorang peguam dan anak guamnya tidak berpakaian mengikut etika, peguam tersebut akan dihalau oleh hakim. Ini bermakna, etika berpakaian adalah suatu perkara yang besar walaupun pada kita mungkin perkara kecil.

Apa jua alasan yang diberikan harus mencerminkan daya keintelektualan ahli parlimen. Tidak semestinya memakai pakaian putih hitam itu menandakan kesedihan dan kematian. Jika begitu keadaan di mahkamah, hakim dan peguam, semua berpakaian sedemikian, bermakna menunggu masa untuk mati.

Sebagai seorang pelajar jurusan sains politik, ingin saya memberikan sedikit nasihat kepada sidang ahli parlimen yang mulia.

Pertama, parlimen adalah institusi tertinggi negara dan berdaulat. Rakyat sedang melihat kamu semua di parlimen. Jagalah akhlak dan tingkah laku. Mana perlu bertegas, kita kena bertegas, tidak kira masa dan tempat. Tidak kira kumpulan dan fahaman politik mana. Sikap berlembut kita tidak akan menjadikan mereka hormat atau menyokong kita. Mereka semua hari ini sengaja mahu mencabar kita. Mereka mahu lihat, sejauh mana kuatnya kita.

Kedua, di negara barat, walaupun mereka bukan Islam, peraturan tetap peraturan, tidak ada kompromi. Sebab itulah mereka dihormati. Bukan macam kita, bila dah terkena, baru terhegeh-hegeh nak bertegas seperti pemeriksaan imigresen hasil insiden kehilangan MH370. Belajarlah dari Singapura, walaupun saya meluat menggunakan contoh negara ini. Tetapi ketegasan mereka telah menyebabkan mereka merasai kemanisan hari ini. Kita pula, terbalik. Tegas tidak kena tempat, lembut tidak kena masa. 

Ketiga, kaduk sudah naik junjung. Kepala kita sudahpun dipijak. Masihkah tidak sedar? Boleh dikatakan apa jua perkara berkaitan dengan Islam akan ditentang dan dicabar. Apakah kita masih tidak sedar atau sengaja memejamkan mata? Nasihat saya, jangan jadi pemimpin jika tidak berani bertegas.

Saban hari membaca berita, sudah naik muak. Kita asyik mengalah. Banyak keputusan mahkamah tidak menyebelahi Islam. Ini tidak termasuk pesta berhibur dan minum arak sehingga ada yang mati sia-sia. Apakah kita sudah tidak mengenal dosa dan pahala? Syurga dan neraka?

Jika kita tidak menyelamatkan agama Islam dan umatnya, nak harapkan siapa lagi? Semuanya bermula dengan ketegasan kita di parlimen. Justeru, jangan biarkan parlimen dinodai. Jika ada yang tidak mahu mengikut peraturan dan mencabar parlimen, tunggu apa lagi, ajar secukupnya. Jika tidak, mereka akan menjadi kurang ajar.

9 comments:

Anonymous said...

Syukran , Pandangan yang tepat lagi bernas. Malangnya banyak pihak yang bertanggungjawab ambil mudah dan memperlekehkan isu ini.

Unknown said...

saya juga bimbang. Mungkin parlimen kita akan mengikuti apa yang terjadi dalam parlimen Taiwan.
Orang kita kelihatan semakin tak endah. Perbincangan dan perbahasan dalam parlimen juga macam bebudak berkelahi saja. Bodoh benau kelihatannya. Tak setaraf langsung dengan taraf pendidikan seorang wakil rakyat.
Maaf cakap, bukan menghina tapi dengan hati yang penuh kerisauan apa akan terjadi dengan nasib Malaysia akan depan.

Anonymous said...

Undang undang kita mamang dah cukup
cuma PENGUATKUASAAN sahaja yg sangat lemah

Anonymous said...

KUALA LUMPUR 12 April – Kementerian Kewangan optimis penubuhan pejabat Kumpulan Bank Dunia di negara ini mampu memperluas dan mengeratkan kerjasama berterusan dengan Malaysia.

Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, keyakinan terhadap perkara itu susulan komitmen Kumpulan Bank Dunia dan Malaysia memeterai memorandum persefahaman (MoU) di Washington DC, Amerika Syarikat semalam dalam proses menubuhkan pejabat badan itu di Kuala Lumpur.

MoU tersebut ditandatangani di luar Mesyuarat Tahunan Musim Bunga oleh Kumpulan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di Washington DC.

“Matlamat utama penubuhan pejabat ini bagi jangka masa panjang adalah bagi memudahkan Malaysia berkongsi pengalaman mengenai kemajuan dalam sektor tertentu seperti membasmi kemiskinan dan pembangunan kewangan yang teguh, dengan negara membangun lain di seluruh dunia.

“Malah, dengan kehadiran Kumpulan Bank Dunia juga membolehkan Malaysia mendapat pengetahuan global secara langsung dan kepakarannya dalam meningkatkan kapasiti untuk transformasi menuju ke arah negara berpendapatan tinggi,” kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu Ahmad Husni berkata, Malaysia berada pada kedudukan baik untuk bekerjasama dengan Kumpulan Bank Dunia bagi mencapai matlamatnya membasmi kemiskinan serta mempromosi kemakmuran bersama di peringkat global.

“Ini selaras dengan pencapaian negara yang telah mencapai kemajuan besar dalam membasmi kemiskinan serta meningkatkan kebajikan golongan masyarakat yang tidak berkemampuan sebanyak 40 peratus,” katanya.

Ahmad Husni mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat berkenaan dari semalam sehingga Ahad ini.

Tambah kenyataan itu, Naib Presiden Bank Dunia bagi Asia Timur, Axel van Trotsenburg berkata, penubuhan pejabat badan itu di Malaysia amat sesuai dengan konteks penglibatan strategik Bank Dunia yang lebih luas dengan negara-negara berpendapatan pertengahan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140413/dn_06/Penubuhan-pejabat-Bank-Dunia-eratkan-kerjasama#ixzz2yp418iOb
© Utusan Melayu (M) Bhd

Anonymous said...

Tuan. Memang isu pakaian itu amat penting. Tapi tak perlulah pada taraf tuan membincangkannya dan buat posting seperti menunjukkan yang tuan begitu ambil berat.

Kalau nak perbetulkan, tuan boleh sendiri berjumpa dengnnya. Selitkan sama ajaran Islam kerana tuan adalah sebangsa dan tahu kelemahannya. Bukankan lebih baik?????

Pada saya, taraf tuan bukanlah membincangkan taraf pakaian.

Tapi lebih lagi iaitu berbincang dan membantu menghentikan api perkauman oleh pemimpin yang korup.

Biarkanlah pangkat dan kedudukan tuan di mata pemerintah tergugat. Tuan, PANGKAT SELEPAS ALAM KUBUR JAUH LEBIH TINGGI jika tuan berjaya membantu menegakkan Islam yang tidak mengenal bangsa dan keturunan.

Anonymous said...

1:54 PM, April 14,

Apa daa kau punya pemikiran amat cetek .. penyebaran pemikiran dan idea bukannya terhad kapada gulungan akademik atau intelektual saja ..

Tentang cara nya - sama ada lisan atau bertulis, di akhbar, di foram di tv, radio dll, itu ikut mana yang di fikirkan sesuai le .. kamu tau apa sesuai tidaknya ..

Btw, sapa "pemimpin yang korup" yang kau maksudkan? Anwar Al Juburi ke, Khalid Ibrahim ke, Lim Guang Eng ke, Nik Aziz ke?

"menegakkan Islam yang tidak mengenal bangsa dan keturunan"? Macam korang kata Kistian boleh gunakan kalimah Allah? Macam Nurul Izzah kata Melayu boleh pilih agama? Macam Anwar kata mahu adakan perhubungan denga Zionis Israel yang PAS pun tak mahu? Chehhh ...

Anonymous said...

IMF tu senjata kuat Yahudi America dan sekutunya. Bila negara tu berhutang padanya beribu ribu juta duit US dollars, segala benda jadi hak miliknya.

Anonymous said...

الرجاء الذهاب السيد المحملة، أخبر الأعضاء الإناث في عائلتك كيفية اللباس، بما في ذلك أمك، قبل أخبار الآخرين. ما هي الحقوق التي قد حصلت على التعليق على كيفية اللباس الآخرين؟

Anonymous said...

RT kamu cerita benda yang dah lapuk lah. Zaman dah berubah. Sekarang tak macam dulu lagi.

Tak salah nak pakai pakaian yang seseorang itu rasa selesa semasa di parlimen, asal jangan pakai bikini atau mini skirt dah la.

Bukan tak boleh pakai pakaian yang sexi sexi tapi takut mengganggu konsentrasi ahli-ahli dewan yang lain.