Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, July 15, 2013

Ikut Islam semua selamat

7:38 AM Posted by RIDHUAN TEE 25 comments


(Sinar Harian 15 Jul 2013)

Kebelakangan ini saya saya begitu teruja dengan pandangan beberapa orang pemimpin bukan Islam Pakatan Rakyat Selangor (exco dan bekas exco). Pertama, exco yang baru dilantik jawatan kerajaan tempatan, melahirkan kebimbangan bercambahnya kegiatan maksiat di negeri itu. Beliau mahu mengetatkan undang-undang dengan menetapkan pengurut lelaki untuk pelanggan lelaki  dan sebaliknya, boleh membendung kejadian pelacuran. Tiada wanita dibenarkan, walaupun tukang cuci.

Kedua, cadangan seorang bekas exco, agar kerajaan Selangor memperkenalkan satu undang-undang baru bagi melarang perbuatan meminum minuman keras di tempat awam. Menurutnya, enakmen itu bertujuan bagi memberi kuasa undang-undang kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan polis untuk menguatkuasakan larangan tersebut di tempat berkenaan.

Katanya, undang-undang seperti itu dikuatkuasa di beberapa negara seperti Australia, Kanada dan Amerika Syarikat yang menghalang perbuatan membawa dan meminum bahan tersebut di kawasan awam. Selain itu, beliau juga menuntut agar kerajaan mengharamkan penjualan arak murah bagi membendung gejala sosial yang semakin serius.

Syabas! atas ‘kesedaran’ ini. Saya harap negeri-negeri lain turut melihat perkara ini dengan serius. Ikutlah Islam, nescaya kamu akan selamat. Selamat dunia, selamat akhirat. Islam begitu jelas dalam memberikan justifikasi kenapa perkara tersebut diharamkan. Sebab itulah, Islam awal-awal lagi mengatakan jangan kamu hampiri zina dan arak, serta apa jua perkara yang boleh menjerumuskan manusia ke lembah kehinaan. Mencegah lebih baik dari merawat.

Selain dari dua isu ini, ada beberapa lagi isu seperti judi, pusat hiburan, pergaulan bebas melampau dan sebagainya. Semua perkara ini bertali-temali. Jangan kita sangka selesaikan satu masalah, semua masalah akan selesai. Selesaikan kesemuanya. InsyaAllah, banyak kesannya. Saya harap ADUN bukan Islam itu faham.

Dalam Islam, apa yang diharamkan, jangan lihat dari sudut negatif semata-mata, seperti menyekat hak asasi manusia. Larangan atau pengharaman tersebut, perlu dilihat daripada sudut yang positif. Ada sebab musabab kenapa arak, judi, zina dan bunga-bunga ke arah itu diharamkan. Jangan kerana kita suka (syok) dengan perkara tersebut, kitapun benarkan. Atau janganlah kerana kaum sendiri yang banyak terlibat, maka kenyataan sebeginipun dikeluarkan.

Isu ini bukan isu kaum, tetapi merentasi sempadan dan batasan agama. Kegiatan pelacuran, judi dan arak bukan suatu perkara yang baharu. Bisnes ini mendatangkan keuntungan yang besar. Maka tidak hairanlah, pusat-pusat hiburan menjadi sarang pelacuran, termasuk rumah urut, sama ada urut kaki atau urut badan.

Justeru saya amat mengharapkan Pihak Berkuasa Tempat (PBT) berhati-hati apabila meluluskan bisnes seperti ini. Bukan apa, takut yang menjadi mangsa adalah orang kita.
Kita perlu belajar daripada ketegasan Ed Husic, anggota Parlimen Chifley (Australia) yang beragama Islam. Ed Husic mempertahankan tindakannya mengangkat sumpah jawatan Kabinet Australia dengan menjunjung al-Quran, sebagai Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri dan Setiausaha Parlimen Kementerian Jalur Lebar di hadapan Ketua Gabenor, Quentin Bryce pada Isnin lalu.

Ed daripada Parti Buruh merupakan wakil rakyat pertama beragama Islam dikritik hebat oleh rakyat Australia dalam media-media sosial kerana tindakannya itu. Beliau yang merupakan anak kepada migran Bosnia yang menetap di Australia berkata, beliau faham kebimbangan yang dilahirkan oleh beberapa pihak, namun keputusannya jelas dan mudah iaitu berdasarkan agama yang dianutinya. Ketegasan beliau amat mengkagumkan.

Kata beliau: ''Saya tidak mahu mengangkat sumpah jawatan tanpa berasaskan agama dan dengan menjunjung al-Quran, mengukuhkan komitmen saya kepada negara dan rakyat. Tidak mungkin saya akan mengangkat sumpah jawatan menggunakan kitab Injil dan saya tidak mahu mengucapkan ikrar''.

Selepas majlis tersebut, akaun Ed di laman web Facebook dipenuhi pos-pos yang marah dengan tindakannya menjunjung al-Quran ketika majlis angkat sumpah jawatan tersebut. Pemimpin parti pembangkang, Tony Abbott berkata, rakyat perlu menghormati pilihan Ed. ''Saya menghormati keputusannya. Rakyat Australia juga perlu berbuat demikian.

Tindakan ini amat profesional. Saya amat mengharapkan pemimpin negara kita akan mencontohi sikap beliau. Tidak ada kompromi dalam perkara berkaitan dengan prinsip.

Amat malang sama sekali jika kita tunduk kepada tekanan ultra kiasu. Misalnya, isu menghapuskan Akta Hasutan 1948. Pandangan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad amat tepat. Undang-undang termasuk Akta Hasutan tidak boleh dimansuhkan semata-mata kerana desakan ultra kiasun. Jika kerajaan mahu memansuhkan dan menggubal undang-undang baru menggantikannya, kajian dan pandangan umum mesti diambil kira, selain membandingkan dengan keadaan negara lain.

Banyak kesilapan yang telah kita lakukan termasuk memansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), tanpa mengambila keadaan dalam negera. Hari ini, kenapa begitu ramai yang begitu kurang ajar dan begitu berani mencabar isu-isu sensitif. Jawapannya mudah, ISA sudah tidak ada. Bayangkan selepas ini jika Akta Hasutan dihapuskan. Apa yang boleh kita lakukan apabila Islam dihina, jika bukan sekadar mengeluh…

25 comments:

Anonymous said...

Bagus nak mengetatkan peraturan "industri" urut mengurut tu. Tapi tak boleh di harapkan menjadi.

Kepala pentadbiran negeri Selangor, Khalid Ibrahim, akan di ekor dek Exco DAP Teresa Kok dll selagi dia tidak ketepikan mana mana cadangan yang DAP fikir akan mencebis periuk nasi ahli dan penykong mereka.

Ingat tak kes Gereja Katolik Damansara Utama. Khalid di ekor Teresa Kok, Ronnie Liu dll kemana dia pegi sehingga dia mintak ma'af kapada Pastor Ho walau pun belom siap laporan JAIS bekenaan jemputan makan malam 12 perempuan Islam untuk berbuka puasa di gereja DUMC di bulan puasa dulu. Mengarut punya Menteri Besar.

Ramai yang dalam industri urut megurut dsbnya itu orang DAP. Ahli atau penyokong. Mereka pulak lumayan pendapatan. Pakai Cina turis mengurut, melayan tamu (GROs) di berbagai tempat tanppa permit kerja. Bukan depa peduli. Jenis kongsi gelap, penjahat dan gengster kebanyakan depa.

Anonymous said...

...teruja dengan pandangan beberapa orang pemimpin bukan Islam Pakatan Rakyat Selangor (exco dan bekas exco). (RT)

Bukan RT sorang saja yang teruja. Saya juga teruja giller. Mana tak giller kalau yang desak supaya benda2 yang bersifat maksiat (maksiat ikut tafsiran islam) diambil tindakan oleh pihak berkuasa, desakan itu datang daripada pemimpin pembangkang bukan islam.

Kita nak tanya, pemimpin pembangkang yang kononnya mewakili parti islam dah buta dah pekak kah terhadap gejala maksiat. Atau adakah para pemimpin Pas yang sangat rapat dengan tuhan mereka terlebih dahulu mendapat tahu bahawa tuhan mereka sudah buat sedikit adjustment untuk disesuaikan dengan peredaran masa ... dulu haram sekarang halal.

Bukan mustahil. Tuhan orang Pas memang up to date dan perihatin. Banyak benda yang dulu Tuhan Pas kata tak boleh dan haram, tapi sekarang dah dihalalkan dan dibolehkan. Sekadar contoh ; (1) Dulu tuhan Pas kata, orang islam berpakat dengan orang kafir Haram dan jatuh Kafir (akibatnya habis orang Umno dihukum Kafir oleh Tuhan Pas). (2) Dulu Tuhan Pas kata orang pompuan haram masuk musabaqah kerana perbuatan memperdengarkan suara wanita dikhalayak adalah haram kerana suara bagi wanita adalah Aurat. Tapi musabaqah 2013 Tuhan Pas dah pinda larangan itu, maka Kelantan pun hantar peserta.

Entah2 yang jadi Tuhan Pas tu bernama Hadi Awang, dan tuhan yang sorang lagi bernama Nik Abdul Aziz.

Cuma kita juga jadi pelik, kalau dah Pas tak bantah, tak kan Umno pun jadi tunggul saja. Tak malu kah ostad2 Umno, yang tegur perkara itu adalah orang bukan islam. Patut lah anak2 muda bukan islam (cina) mempersendakan agama islam. Tahu pun ustad2 Umno marah bila sepasang remaja cina ajak orang islam mencuba menu baru untuk Berbuka Puasa ... menu 1Malaysia katanya.

Encestor of Adam & Eve

Anonymous said...

Jika Akta Hasutan dah tak ada. Pastu Islam dihina Islam dipersenda. Jalan paling selamat adalah kita himpun orang dalam Stadium Bukit Jalil buat sembahyang hajat minta Allah selamatkan agama dia. Itu lah cara baling bijak dan pintar.

Mat Kedah

Anonymous said...

Ada blogger panggil pegawai Baitul Mall (Baitulmal) " biawak " Memang patut pun sebab orang susah minta tolong tolak mentah2 cam tu jer. Turun siasat pun tidak, tiba2 kata tak layak sebab orang kaya, kaya sebab berumah tangga bawah jambatan di KL. Kita tahu lah jambatan tu harganya berjuta, tapi bukan milik si gelandangan tu, itu jambatan DBKL punya.

Memang Biawak lah pegawai2 Baitul Mall nih.

Aku nak tambah " Biawak Hidup Kenyang " itu lah panggilan yang paling mulia buat mereka.

Orang islam pakat boikot tak bayar zakat baru korang tahu .. gaji korang pun tak ada duit nak bayar tau. Jangan lah eksyen sangat.

Mat Kedah

Anonymous said...

"Ikut Islam semua selamat". Saya menyokong penuh kata- kata saudara Ridhuan Tee tersebut. Kerana acuan Islam lah orang bukan Islam di negara ini diberikan layanan yang baik, malah dilindungi nyawa dan harta mereka.

Sesungguhnya agama yang diredhai di sisi Allah adalah Islam. Marilah bersama kita kekalkan keharmonian di Malaysia, di samping kita mempertahankan hak umat Islam dan Bumiputera yang lain.

Anonymous said...

Mat Kedah,

Setuju, Pegawai Bitulmal mesti peka kapada kesusahan mereka yang berkenaan.

Tapi Sdr tak beri butir butir lanjut di mana sabenarnya jambatan yang nak disiasat tu. Dan bagaimana di katakan orang kaya "berumah tangga bawah jambatan di KL" tu.

Anonymous said...

Mat Kedah 10:55 AM,

Setuju kita himpun orang dalam Stadium Bukit Jalil buat sembahyang hajat minta Allah selamatkan agama Islam.

Tapi boleh juga sembahayang hajat minta orang yang mahu hapuskan Akta Hasutan itu di gantikan oleh ahli ahli Perwakilan UMNO di Perhimpunan Agong UMNO bulan November ni.

Ramai yang dah minta dia di gantikan. Contohnya, komen komen di blog http://bigdogdotcom.wordpress.com/2013/07/14/its-time-to-be-principled/#comments

Anonymous said...

Pasal nak buang mamat yang mahu hapuskan Akta Hasutan. Esh... tak payah la nak buat sembahyang hajat, buat kacau tuhan saja. Rasa2 tuhan pun tak layan permintaan semacam tu. Padan dengan perwakilan Umno saja, sebab depa lah yang nak undi bagi Najib bungkus.

Macam PRU13 baru2 ni. Pas berpuluh kali buat sembahyang hajat. PKR berbelas kali buat sembahyang hajat. DAP pun banyak kali juga buat sembahyang hajat. Tuhan tak layan pun. Yang menang Umno juga sebab yang nak tentukan Umno menang atau kalah adalah pengundi dan bukannya tuhan, lain lah kalau tuhan pun ada mendaftar sebagai pengundi.

Mat Kedah

Anonymous said...

Zaman Gemilang Islam (The Glorious Age of Islam) selama 500 tahun dalam sejarah, hingga ke abad 13. Tamadun Islam mencapai tahap yang tertinggi, berpusat di Baghdad, masyhor di merata dunia, termasuk dengan cerita Omar Khayyam dan "Tales of One Thousand and One Nights".

Tamadun Islam mendahului tamadun Yunan (Greek) dsbnya dalam bidang Matematik, Sains, Ilmu Alam, Kajian Angkasa (Astrology) dll. Gemilang juga dari segi kesusasteraan, nobel, puisi dan berbagai lagi.

Celaka tentera Mongol (Mongolia) yang di ketuai anak cucu Genghis Khan yang menyerang dan menakluk negara China. Mereka telah menghala ke barat, sampai ke Timur Tengah, memerangi dan meranapkan tamadun Islam itu di abad 13.

Namun demikian, mereka telah memeluk dan menganuti agama Islam. Begitu juga puak mereka yang menyerang dan memerintah India, telah memeluk agama Islam juga, di kenali dalam sejarah India sebagai Maharaja Moghul (kacukan dari perkataan Mongol). Taj Mahal, suatu dari "The Wonders of the world" di India, telah di bina oleh Maharaja Moghul yang juga Islam - Aurengzeb, yang membina istana yang gilang gemilang untuk isterinya Shah Jehan yang amat di sayanginya itu.

Sejarah menunjukkan naik turun tamadun maanusia. Marilah kita lakukan apa saja yang boleh menaikkan tamadun Islam dan tamadun kita Melayu. Dan jangan menkhianatinya. Nyahkan mereka yang cuba buat demikian.

Anonymous said...

Najib dengar kah suara rakyat khasnya orang Melayu ?????

Jawapannya : Tak ada hari bagi Najib nak dengar rintihan orang Melayu. Kalau rintihan cina2 ultra kiasu cepat2 dia beri perhatian.

Ikuti kisah ini untuk menilai MASIH RELEVAN LAGI KAH NAJIB KEPADA MELAYU ...

1. Bantahan " Jangan Mansuh ISA " riuh rendah tokoh2 Melayu dan NGO Melayu merayu ... akhirnya terhapus juga ISA. Maka semakin berkurang ajar lah ultra kiasu terhadap bangsa melayu, raja melayu dan agama melayu.

2. Seruan " Tangkap Pemimpin BERSIH " disuarakan oleh tokoh2 melayu dan NGO Melayu untuk mengekalkan keamanan negara. Maka beribu2 laporan polis dibuat. Maka dibuat pekak badak oleh sepupu Najib selaku Menteri Polis atas arahan Najib.

3. Terbaru " Jangan Mansuhkan Akta Hasutan ". Itu lah ratapan dan sembahan kita orang2 Melayu kepada Najib. Najib dah tuli telinganya terhadap rintihan bangsa melayu. Adakah akan tinggal nama juga akhirnya Akta Hasutan.

Dan banyak lagi yang Najib tak layan bantahan dan seruan orang melayu.

Najib tahu orang melayu tak ada pilihan, suka atau tak suka Umno tetap mejadi pilihan kerana orang melayu menganggap Pas itu ibarat kuih buah melaka yang berintikan gula beracun ... hijau bersalut kelapa parut diluar tapi manisan beracun didalam.

Ya saudara2 memang kita tak ada yang lain selain daripada Umno. Allah lahirkan Umno untuk jaga melayu jaga islam. Kalau boleh kita mahu Umno hidup selagi ada bulan dan matahari. TETAPI kita kena NYAH KAN PEMIMPIN yang GAGAL menjadikan UMNO mengikut acuan ang kita mahu.

Dengan 3 kisah yang saya paparkan tadi, ADAKAH PERWAKILAN UMNO DALAM PAU 2013 MASIH MAHU SIMPAN ORANG MACAM NAJIB LAGI ? KITA PERCAYA MUHYIDIN BOLEH. KITA YAKIN ZAHID BOLEH. KITA OPTIMIS UMNO AKAN LEBIH MANTOP JIKA BUKAN NAJIB YANG KETUANYA.

Cina panggil Najib " Ajib Gor "
Kita Melayu nak kata " Najib !!! you have to go "

Hj Ariffin

Anonymous said...

Kepada Mat Kedah,8:24 AM, July 16, 2013

Anda diminta berhati- hati dalam mengeluarkan sebarang komen yang menyentuh tentang doa dan ketentuan Allah. Sesungguhnya doa adalah suatu ibadah, dan tiada salahnya untuk berdoa kepada Allah.

Anda juga diminta untuk tidak mempertikaikan ketentuan Allah. Allah mengetahui akan segala sesuatu, bahkan Dia mengetahui segala isi hati di dalam dada.

Kemenangan BN adalah ketentuan Allah. Sekalipun para pengundi memilih BN tetapi Allah berkehendak parti lain yang menang, sudah pasti ketentuan Allah yang akan berlaku.

Anda diharap tidak terlalu emosi dalam mengeluarkan komen. Sungguhpun anda marah kepada Najib, jangan pula tergelincir akidah.

Bersyukurlah kepada Allah kerana mengizinkan untuk BN terus memerintah negara ini.

Nasihat Ikhlas

Anonymous said...

Lawak Santai Kerana Bangkai Tuhan

28.8.2009, di Mahkamah Session Shah Alam, seramai 12 anak muda melayu telah di ikat jamim RM15,000.00 seorang sementara menunggu perbicaraan kes menghina Bangkai Kepala Lembu (Bangkai Kepala Tuhan Orang Hindu). Ikat jamim bawah Akta Hasutan.

Tudia. Tu baru kepala tuhan depa penganut hindu. Kalau pemuda2 melayu tu arakkan bangkai lembu (satu badan lengkap) mahu ikat jamin naik sampai RM150,000.00 sebab itu sudah dikira sekoq tuhan depa dihina.

Apa pun tahniah kepada Najib diatas ketegasannya menjaga hubungan antara kaum dan agama.

Tapi bila anak cina ajak melayu buka puasa dengan mencuba Sup Babi sebagai Menu 1Malaysia ... Mana Najib ? Hang lari pi menyorok tang mana Najib ?

Melayu cuma hina bangkai tuhan, hang ambil tindakan M15,000.00. Ni anak cina hina agama mak bapak hang, agama datok nenek hang ... hang boleh bersenyum mesra lagi dengan puak cina. Hang nak masuh Akta Hasutan lagi.

Tolong lah perwakilan Umno. Aku dah tak tahan lagi tengok si Najib ni. Aku betul2 hangin ni. Tan Seri Muhyidin Yasin ... tolong lah lead Umno and lead government, kasihan lah dekat agama kita Islam.

Mat Kedah

Panglima Perang Cyber said...

Tulisan yang baik. Syabas

Anonymous said...

Yang cuba nak permainkan Islam ucapkan Selamat Berbuka Puasa makan babi bak kut teh tu mesti di bawa ke Mahkamah dan di hukum penjara supaya yang lain tahu Perlembagan negara ini Perkara 3.1 kata "Islam is the religion" of this country.

Semalam benda Allah kerja di cyber cafe di Shah Alam menyokong pasanagan laknatullah tu di heret dek 8 orang ke van depa, di telanjangkan, kemudian di campakkan di tepi jalan -

KUALA LUMPUR, July 16 (Bernama) — Eight men assaulted and stripped a cybercafe worker naked yesterday, for allegedly making controversial views on social websites, ridiculing the month of Ramadan.

The 24-year-old victim was also alleged to have supported the action of controversial sex bloggers Alvin Tan and Vivien Lee’s Facebook posting which showed the couple associating ‘bak kut teh’ with the holy month.

Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar said initial investigations revealed the man, from Shah Alam, Selangor was set upon by the assailants, allegedly over his insensitive statement.

Anonymous said...

Tak sabar saya nak tunggu 24 julai. Saya menunggu kedatangan 16-16 sama macam umat islam menunggu kedatangan Malam Lailatul Qadar.

Semoga 16-16 membawa rahmat dan barakah kepada warna politik melayu islam dinegara ini. Ameeeeennnnnnn !!!

Anonymous said...

Bermacam hal yang di kemukakan di komen komen di atas ada lah berpunca dari kurang hematnya rakyat dengan kata kata dan tingkah laku.

Itu lah sebab perlunya Akta Hasutan. Marilah kita seru supaya Akta Hasutan jangan di hapuskan seboleh bolehnya.

Anonymous said...

Anon 1118 am

Kita desak Najib jangan masuhkan Akta Hasutan supaya kerajaan boleh ambil tindakan keatas orang melayu yang buat sesuatu yang menggugat keharmonian hubungan kaum.

Tapi kepada kaum bukan melayu cukup sekadar panggil ke balai polis, bagi amaran dan lepas dengan jaminan polis. Tak guna punya polis melayu. Itu lah akibatnya bila POLIS MELAYU banyak sangat duk MENTEKEDARAH RASUAH DARIPADA TOKEY2 CINA.

Melayu tak pernah huloq rasuah dekat polis .. salah sikit kena tangkap. Cina selalu duk huloq dekat polis .. polis pun buat2 tak nampak lah kesalahan cina.

Gani Petai

Anonymous said...

1:05 PM,

Kamu pakai nama Gani Petai tu dah lobeh. Perli ke? Ngata Melayu ke? Kamu Cina ke?

Kepala hotak kamu mengata "ambil tindakan keatas orang melayu yang buat sesuatu yang menggugat keharmonian hubungan kaum." Siapa dia? Kamu Pembangkang DAP Red Bean yang selalu tuduh liar takda bukti, takda justifikasi ke? Kamu subversif ke? Kalau gitu, bedebah kamu.

Kamu menuduh "POLIS MELAYU banyak sangat duk MENTEKEDARAH RASUAH DARIPADA TOKEY2 CINA." Kau huruf besarkan kata kata yang kongajor. Takda bukti juga. Aku ngaku ada ang rasuah. Tapi kamu tak tau ke Cina DAP hentam rasuah mula 49 hari aje dapat kuasa di Perak - Tailorgate Nga & Negh. Kamdian dapat 10,000 ekar tanah dari Nik Aziz rasuah setujukan Nizar jadi MB Sekejap. Banyak lain rasuah DAP dan Pakatun.

Anonymous said...

Ni apa Najib cakap "National Harmony Act Does Not Affect Government's Power To Maintain Solidarity"?

Kalau dah Akta Hasutan di hapuskannya, macam mana tak menjejaskan kebolehan gomen menangkis hasut menghasut dengan berkesan?

Contoh dari ISA - gantiannya tak memuaskan: ISA membolehkan pegang si tuduh tanpa bicara "indefinitely". Gantianya SOSMA benarkan pegang tanpa bicara 28 hari saja.

Najib kata, "The National Harmony Act, which is being drawn up to replace the Sedition Act 1948, will not affect the power of the government in handling actions that jeopardise national solidarity and harmony." Aku tak caya apa dia cakap. Bukti gantiannya kurang berkesan ada lah seprti yang aku cakap di atas tu.

Mengarut cakap "the government wanted to guarantee the freedom of speech for all Malaysians". US pun simpan banduan tanpa bicara macam ISA di Guantanamo Bay. Dan Patriot Act mereka selepas New York Twin Towers di bom dengan kapal terbang lagi teruk membendong kebebasan. Apa Najib nak Malaysia lebih bebas dari Malaysia? Meluat aku tengok.

Ahli ahli perwakilan ka PAU November ini perlu gantikan dia.

Anonymous said...

Pandangan beberapa exco dan bekas exco bukan Islam Pakatan Rakyat Selangor sudah tentu menyayat hati. Dulu Exco in charge hal ehwal agama Islam Selangor, Dr Hassan Ali, ambil tindakan di atas jualan arak di kawasan Islam di Shah Alam, Exco DAP Ronnie Liu riuh macam gengster akhirnya arak yang di rampas di pulang semula.

Tapi yang saya tidak boleh lupa sampai bila bila ia lah Menteri Besar Pakatan Rakyat Khalid Ibrahim gagap minta ma'af kapada Gereja Metodis Damansara Utama SEBELOM SIAP PUN LAPORAN JAIS DIATAS SIASATAN kapada gereja itu "menjemput 12 orang Muslimah BERBUKA PUASA DI GEREJA DI BULAN PUASA." Gila punya kerja.

Mengarut, menjijikkan, meloyakan pendirian si Khalid, walau pun dia di desak, di ekor Exco Kristian DAP Teresa Kok, Ronnie Liu dll sehingga meminta ma'af. Takda maruah si Khalid, tak berwibawa, takda semangat Melayu Islam pun. Semata mata nak mengekalkan jawatannya, sanggup gadaikan kepentingan Melayu Islam.

Melayu Islam di Lembah Klang banyak yang mengundi PR pulaknya. Termakan dakyah propaganda PKR, tertarik kapada "demagoguery" Anwar Ibrahim hingga lupa dia Al Juburi, pangkat yang Mat Sabu beri. Kata orang, selagi dia dan Nik Aziz ada, selagi itu lah Melayu Islam tak dapat bersatu di negara ini.

Cakap nak hijrah ke Peranchis kalau kalah PRU13. Saperti biasa bagi orang Pakatan, cakap tak serupa bikin. Kalah, ngaku pun susah, dah jadi macam orang gila. Gila talak agaknya, sebab rakyat tolak dia dan Pakatan. Tapi Nik Aziz dah tak MB lagi. Mat Sabu kalah langsung, tak dapat kerusi pun. Harap akan cerah sikit peluang Melayu Islam bersatu.

Anonymous said...

RT IQ pun ada sikit rendah. Di dunia ini bukan ada agama boleh melindung segala-galanya. Polisi, undang dan sistem perintahlah barulah boleh menyebab manusia lebih selamat. Jika kita anggap ada kuasa tuhan boleh tolong jadi kita tak payah rumah berpagar, tak payah body guard, tak payah polis, tak payah doktor, tak payah lawyer, tiada peperangan terjadi, tiada kemalangan terjadi. Jangan lagi hidup di dunia mimpi masalah dunia cuma manusia sahaja boleh selesai dan tuhan tak pernah datang tolong. Setiap benda terlampau makan dan minum pasti ada masalah. Sebenarnya arak jika minum sedikit boleh menolong pengaliran darah dan mengurang tenggangan badan tapi minum terlampau menjadi mabuk dan bermasalah. Orang low IQ sahaja yg suka minum banyak-banyak. Kalau minum teh tarik pada setiap makan dari pagi hingga malam juga boleh menyebab diabetes. Makan terlampau banyak boleh menyebab badan gemuk dan menyebab sakit jantung. Minum dan makan ada batasan pasti sehat. Sebenarnya judi adalah hiburan seperti pergi tengok wayang dan pelancungan tapi ada orang menganggup cara cepat kaya menyebab masalah kewangan terjadi. Jadi kalau judi sikit tak bermasalah yg orang low IQ saja judi besar. Ada beli ada peluang tiada beli tiada peluang. Hehehe..Orang yg bergaji tiap-tiap bulan boleh jimat tak seberapa jadi nak impian dapat kereta besar dan rumah besar pasti tak dapat. Oleh itu judi adalah perluang untuk orang yg kurang mampu tapi perlulah ada batasan jangan sampai tiada duit bayar perbelanjaan keluarga. Sorry bro...hehehe

Anonymous said...

Kepada Anonymous,
8:04 AM, July 18, 2013

Sudah terang lagi bersuluh bahawa anda seorang yang jahil dan belum mendapat petunjuk ke jalan yang benar. Saya mencadangkan kepada anda supaya mendengar caramah Dr. Zakir Naik, seorang Aktivis Islam yang terkenal.

Semoga hati anda akan terbuka untuk menerima Islam setelah mendengar ceramah yang disampaikan oleh Dr. Zakir Naik.

Keputusan kini terserah di tangan anda. Di akhirat nanti anda tidak boleh menyalahkan orang lain kerana tidak mengajak anda kepada Islam, kerana sesungguhnya pada hari ini telah ada manusia yang menyeru anda ke jalan yang benar.

Anonymous said...

Sudah tengok beberapa ceramah Dr. Zakir Naik. Tapi.....masih tak boleh NAIK !!! Mungkin perlu makan Tongkat Ali / Genseng / Vigra...Kah Kah Kah

Anonymous said...

salam..
ustaz , pakai jam ada lambang yin yang salah tak

Hamba Allah said...

Tergerak hati untuk komen disini. Saya tak suka ada mengatakan parti itu parti ini yang elok untuk negara malaysia ini. Pada pandangan saya, Allah telah berikan kita akal untuk fikirkan haq dan batil. Anda tahu apa itu haq dan apa itu batil? haq yang sebenarnya adalah perkara yang berlandaskan ajaran agama Islam seperti contoh dalam AlQuran ada menyebut, AlQuran adalah untuk sekelian manusia.. sekelian manusia!!!! maksudnya apa? AlQuran perlulah digunakan oleh manusia di bumi ini. Kalau ALLAH kata ALQURAN ini untuk Alien, tak payahla kita susah payah nak ikut ajaran ALQURAN betul tak? MASALAHNYA, ALLAH DAH TETAPKAN, MANUSIA KENA IKUT ALQURAN. IKUTLAH AJARANNYA.. tak kira dia UMNO ke PAS ke DAP ke MCA ke. Janji kena gunakan AlQuran. Bila dah tak gunakan AlQuran, inilah jadinya dunia sekarang.. TAK BETUL!! TAK BENAR!! Semuanya terpesong dari ajaran Allah.. SubhanaAllah.. Nauzubillah hu minzaliq.. Kita semua terpedaya dengan ajaran2 yahudi. Ajaran yang memang ingin jauhkan kita dari Allah.