Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, March 04, 2013

Pentingnya prinsip dalam berpolitik

8:18 AM Posted by RIDHUAN TEE 30 comments


(Sinar Harian 4 Mac 2013)

Mutakhir ini saya menjadi meloya apabila ada orang agama yang berjawatan mengeluarkan kenyataan mereka dilamar oleh parti-parti tertentu untuk bertanding dalam pilihan raya. Bukan satu parti, tetapi banyak parti yang melamar. Mereka memanggil media untuk mengeluarkan kenyataan akhbar. Ada yang berkata, tidak tahu lagi mana satu yang mahu dipilih. Hebat sungguh mereka? Sudah lengkapkan diri dengan ilmu dan permainan politik? Jika belum, lebih baik bersedia. Bukan apa, takut hanyut. Pada saya, lebih baik senyapkan dahulu, bila tiba masanya baharulah umumkan. Lebih beretika dan manis.

Sepatutnya sebagai orang agama, tidak perlu kecoh. Tidak perlulah memanggil media, menunjukkan seolah-olah kita bagus. Menang belum tentu lagi. Saya bimbang, jika kalah nanti, kita tidak ke mana-mana. Sekadar menjadi pencacai dan balaci sehingga hilang ciri-ciri keagamawan atau keustazannya. Perkara ini sudah berlaku di depan mata.

Perlu diingat, maksud politik hari ini bukan hanya merujuk kepada kuasa, pemimpin dan negara. Politik juga dirujukkan sebagai sesuatu yang sukar dijangkakan. Macam-macam boleh terjadi. Yang dirancang, tidak menjadi, yang tidak dirancang, menjadi.  Maka, tidak hairan jika yang baik bertukar jahat, yang jahat bertukar baik, tidak kurang yang maintain. Pendek kata, politik sesuatu yang sukar untuk dijangkakan.

Saya amat mengalu-alu penglibatan orang agama dalam politik. Peranan mereka penting untuk memimpin negara ke jalan yang diredhai dan seterusnya memastikan pemimpin atau penguasa tidak tersasar. Dalam sejarah, ada agamawan yang menjadi pemimpin tertinggi negara.

Cuma, mereka mesti berani berkata benar walaupun amat pahit. Satu kebimbangan saya adalah mereka menjadi tidak berani apabila mendapat kuasa dan diberikan jawatan. Jawatan menjadi mereka takut untuk menegur dan menjalan kerja-kerja para anbiya, amar makruf nahi mungkar. Jawatan telah membutakan mata hatinya.

Lebih malang lagi, ada lebih garpu daripada sudu atau over. Lupa tugas sebenar. Hanyut dengan kuasa dan kekayaan. Ada yang masuk UMNO, menjadi lebih UMNO dari orang UMNO sendiri atau lebih PAS dari PAS. Sehingga sampai ke peringkat jahil, kafir-mengkafir, tidak boleh makan sembelihan UMNO kerana sudah menjadi bangkai dan sebagainya. Apa yang UMNO/PAS/PKR buat, semuanya betul (yes). Ini menjadi ahli parti tersebut menjadi meluat melihat tindak-tanduk agamawan tersebut. Lebih-lebih lagi ada yang bercita-cita menjadi menteri itu dan ini, jika menang PRU 13.

Agamawan perlu tahu tugas hakiki mereka apa. Saya mahu agamawan tetap dihormati sama ketika berkuasa atau tidak. Justeru, saya ingin mencadangkan beberapa perkara berikut kepada agamawan yang ingin menyertai politik, agar mereka terus dihormati sama ada ketika berkuasa atau sudah tidak berkuasa.

Pertama, agamawan mesti mempunyai prinsip. Kemasukan mereka ke dalam politik adalah untuk melangsung kerja-kerja Nabi, amar makruf nahi mungkar. Mereka mesti berani menegur pemimpin jika ternyata telah terlanjur.

Kedua, mengIslamisasikan parti yang masih belum Islam sepenuhnya. Agamawan adalah pendakwah. Betulkan ahli-ahli parti yang masih jahil atau terlalu ekstrem. Tunjukkan kepada mereka jalan yang benar dan diredhai.

Ketiga, agamawan mesti kelihatan berilmu dan jujur pada ilmu. Pendapat dan pandangan mereka tegas dan berhemah. Jangan terlalu mudah menjatuhkan hukum atau mengkafirkan orang lain sesama Muslim. Mungkin orang yang kita tidak suka, itu lebih baik daripada kita atau Allah suka. Begitulah sebaliknya, apa yang kita suka, belum tentu Allah suka. Apa yang penting, pastikan mereka yang jahil mengenali ilmu fardu ain sebelum fardu kifayah.

Keempat, tunduk kepada kebenaran dengan kembali kepadanya ketika bersalah. Janganlah kita terlalu bersikap keduniaan. Agamawan yang hina adalah mereka yang menyembunyikan ilmu dan kebenaran, cintakan dunia dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya, mengikut hawa nafsu, berkeinginan untuk mendampingi dan mendekati pemerintah, berpura-pura di dalam masyarakat, menjanjikan akhirat dengan dunia mereka dan di dalam kehidupan mereka melebihkan perkara-perkara dunia serta lainnya. Agamawan mesti mengakui bahawa mereka bukannya maksum. Mereka tidak boleh lari dari melakukan kesilapan yang tidak disengajakan.

Ingatlah pesanan Rasulullah SAW yang bermaksud: Ulama itu ada 3 jenis. 1. Orang yang alim yang hidup dengan ilmunya (mengamalkan ilmunya) dan masyarakat juga hidup dengan ilmunya. 2, orang yang alim yang masyarakat mengambil manfaat dengan ilmunya tetapi dia sendiri membinasakan dirinya (tidak mengamalkan ilmunya). 3, orang alim yang hidup dengan ilmunya (mengamalkan ilmunya) tetapi orang lain tidak mengambil manfaat dari ilmunya (Riwayat ad-Dailami).

Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW mengingatkan lagi dalam sabdanya yang bermaksud; Sesungguhnya Allah Taala tidak menghilangkan ilmu agama itu dengan dicabutkan sekaligus daripada manusia, tetapi Allah Taala akan menghilangkan ilmu itu dengan mematikan para ulama. Sehingga apabila sudah tiada para ulama, manusia akan melantik pemimpin mereka dari kalangan orang-orang yang jahil lalu mereka akan ditanya hukum sesuatu masalah maka mereka menjawab atau berfatwa tanpa ilmu pengetahuan maka mereka sesat dan menyesatkan orang lain (Riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmizi).

Kesimpulan, ingatlah, kuasa dan pangkat hanya alat, ia boleh datang dan pergi. Hari ini kita berkuasa, esok mungkin tidak. Biarlah kita mulia di dunia, mulia di akhirat.

30 comments:

PUTRA MERDEKA said...

copy ya ustaz..syukran

HeroTamil said...

saya setuju sesangat dgn pendapat Ustaz.

Mereka ini lupa dgn amanah mereka. Ia itu menyampaikan Risalah ALLAH.

mereka ini memasing terlalu ghairah berebut jawatan... Bila mereka yang begelar Ulama berhajat utk menjadi Umara..

Mereka lupa akan nasib umat umat terdahulu bila ahli kitab berkejar kejar mendapat kan jawatan dan kuasa..
maka kepentingan umat di abaikan...

Mereka lupa akan nasib umat umat terdahulu bila ahli kitab berkejar kejar mendapat kan jawatan dan kuasa..
maka ayat ALLAH akan di manipulasikan bagi kepentingan diri...


Anonymous said...

Di abad 15 di Italy seorang politikus membuat apa saja bagi mencapai tujuan politiknya - the end justifies the means, katanya. Dia bernama Machiavelli, sekarang sesiapa yang berpegang kapada atau melakukan cara cara dia di panggil Machiavellian.

Celaka jahanam, 500 tahun kemudian di abad 21 ini, ramai politikus berkelakuan seperti dia. Anwar Al Juburi buat apa saja bagi mencapai tujuannya. Pergi ke Amerika, busukkan nama negaranya sendiri dengan mengatakan tiada demokrasi, pada hal parti dia sendiri, PKR, tak demokratik - dia boss, bini dia Presiden, anak dia Naib Presiden, kroni dia Azmin Ali Timbalan Presiden, Zaid Ibrahim cabut keluar menyumpah peraturan memilih Timbalan Presiden itu yang dia minat dahulu.

Anwar pula mengaturkan supaya Neocons, Yahudi dan Zionis di US dll menghantar wang kapada NGOs yang menyokong dia seperti Suaram, Malaysiakini, Bersih dll. Sudah di akui mereka hal menerima wang itu.

Dia juga mengenepikan Ketuanan Melayu yang tersemat di peruntukan peruntukan Perlembagaan berkenaan peranan, fungsi dan tanggongjawab YDP Agong, Raja Raja Melayu dll. Dia dan bini dia cakap fasal ketuanan rakyat pulak. Tapi kerana tak habis habis di bidas dek rakyat sudah tak lantang bedebah itu fasal perkara ini sekarang.

Tak boleh di sokong pengkhianat bangsa dan negara Anwar itu, politikus yang tidak berperinsip.

Anonymous said...

Trajedi Lahad Datu

Saya bukan emosi sangat, cuma saya heran dengan polis. Polis kata mereka bunuh 16 orang penceroboh, tapi satu gambar pun tarak keluar dalam paper atau pun tv. Cuma polis ada keluarkan gambar 16 penjenayah yang mereka bunuh itu dalam siaran radio saja, tapi saya tak sempat mau tengok itu gambar la.

Saya mau tanya polis. Betul ka polis ada bunuh 16 penceroboh ? Kalau betul tunjuk gambar la supaya rakyat percaya. Ketua Polis Negara boleh cakap 1000 patah perkataan, tapi kalau polis tarak tunjuk gambar, rakyat yang bodoh serupa ayam dan lembu saja yang percaya maa.

Saya lagi mau tanya. Apasal gambar penceroboh yang penduduk kampong sendiri bunuh walau pun hanya satu orang saja, gambar ada dalam paper muka depan lagi, gambar ada dalam tv dan gambar ada dalam radio juga.

Betul kah apa saya cakap ?

Dr Jacob George said...

Prof,

Which Minister is protecting you?

Anonymous said...

Polis kita dah 8 orang terkorban, ada gambarnya. Mana gambar 16 orang penceroboh yang terkorban ditangan polis ?. Yang ada hanya 1 gambar penceroboh yang dibunuh oleh orang2 kampong.

Laporan yang disampaikan oleh Ketua Polis Negara, saaaangaaaat meragukan. Jangan tipu rakyat la.

Anonymous said...

Standard Operating Prosedure (SOP) baru untuk kenaikan pangkat dalam pasukan PDRM secara shortcut.

Konstable nak ke Kopral kenaikan otomatik.

Kopral nak ke Sarjan kena sanggup mati dulu.

Inspektor nak ke Assistant Superintenden kena sanggup mati dulu.

Assistant Superintenden nak ke Superintenden kena sanggup mati dulu.

Ini adalah Janji Ditepati Najib kepada anggota PDRM. Tapi itu bukan lah Manifesto BN untuk PRU13.

Anonymous said...

Hamba teringat dekat Dr Mahathir. Kalau lah Dr M masih lagi PM, mungkin tak ada seorang pun anggota polis yang jadi korban di Lahad Datu. Tapi apa nak buat, Dr M sendiri pun kena tipu dengan Nik Aziz. Nik Aziz janji dia akan letak jawatan sebagai MB Kelantan jika Dr M letak jawatan sebagai PM. Tapi bila Dr M letak jawatan, Nik Aziz sampai hari ni masih lagi jadi MB Kelantan.

Nampak sangat hanya Janji Orang Umno saja yang boleh dipercayai, sedangkan Janji Orang Pas masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Kes di Lahad Datu. Najib bagi otority kepada tentera hanya selepas Dr M buka mulut. Sedangkan sebelum ini dia meletakkan harapan kepada sepupu dia Hishamudin si Lembek tu. Najib Lemah. Hishamudin Lembek.

Anonymous said...

Polis Malaysia Lembek dan Tak Ada Semangat Juang. Bukti seperti yang keluar dalam BH hari ini.

Kisah pengalaman 40 polis kena kepung sampai 6 orang daripada mereka terkoran. Anggota polis yang ditemubual oleh wartawan mengatakan "semasa kami dikepong kami hanya ingat mati saja". Jawapan ini sepatutnya keluar daripada mulut mangsa tanah runtuh atau mangsa boat karam atau mangsa heli terhempas. Ada maruah kah bila polis cakap macam tu ?????

Sepatutnya sebagai seorang pejuang mereka jawab "semasa kami dikepong kami hanya ingat sama ada kami membunuh atau kami dibunuh". Baru lah kita yang dengar naik semangat.

Nak buat macam mana. Kalau menteri polis lembek maka KPN juga lembek hasilnya kebanyakan anggota polis pun lembek lembek belaka.

Anonymous said...

Saya tak masuk belah mana mana. Saya atas pagar. Saya boleh pangkah umno dan boleh pangkah pas. Tengok keadaan la. Tapi saya pilih yang banyak bawa kebaikan daripada yang bawa kemusnahan.

Saya letih tengok orang melayu jadi alat politik orang lain. Mereka gunakan sentimen melayu, mereka tiupkan sentimen islam, semuanya dengan niat untuk pecah belahkan orang melayu. Jika kita termakan madu beracun mereka memang tak salah jika ada yang gelar kita serupa ayam dan lembu. Bila orang panggil kita ayam dan lembu, jangan cepat melenting, sebaliknya buat tindakan untuk buktikan kita bukan ayam dan bukan lembu secara diam diam. Tak payah lah nak berdemo, berarak, bakar itu bakar ini, pijak itu pijak ini, ludah itu ludah ini, kencing itu kencing ini, terjerit terpekik macam dirasuk polong .. orang tak heran pun sebab seurat bulu hidung mereka pun tak gugur ke bumi.

Belajar dari cara orang cina. Mereka tak demo sana demo sini bila mereka memprotes, tapi mereka bertindak dalam diam. PRU12 2008 sebagai bukti mereka bertindak bijak secara senyap. Tahu tahu Penang, Perak dan Selangor dalam gengaman mereka. Hari ini mereka dapat layanan istimewa daripada Najib untuk mendapatkan balik Penang, Perak dan Selangor. Entah lah, saya kurang yakin mereka sanggup melepaskan Penang, Perak dan Selangor kerana their jurney to the peak sudah halfway already.

Adakah kita orang melayu serupa ayam dan lembu seperti kata Nik Aziz. Nik Aziz kata gelaran itu kepada orang yang terima BR1M, tapi saya nak luaskan meliputi semua melayu yang masih tak sedar sedar hayat kuasa politk kita pada PRU13 nanti serupa telor dihujung tanduk. Tersilap langkah kita jatuh dan pecah berderai. Ingat, telor kalau dah pecah, sampai kiamat tak akan menjadi telor semula.

SangKancil

Anonymous said...

8:05 AM,

Kamu dah buang tebiat nak mati ke, gian sangat nak tengok gambar orang mati?

Kalau gitu, kamu pergi le ke lawasan yang ada pengganas tu, tentu berpuluh das peluru masuk ke badan kau, jadi mayat kau jam tu juga.

Kalau kau "bukan emosi sangat", kepala kau bonggol atau mereng sebab nak buat hal saja, orang sibuk nak lihat masalah tu selesai, kau sibuk nak tanya Polis betul ke tidak dah bunuh berbelas penjahat. Kepala hotak kau.

Oi bedebah, rakyat percaya apa yang Polis kata, hanya kongsi gelap, penjagaht dan genster macam kau saja yang menyo'al. Bukan "rakyat yang bodoh serupa ayam dan lembu", tapi kau dan gerombolan kau yang mcm tu.

"gambar ada dalam radio"? Memang kau dah gila, Mamat. Pigi jumpa doktor pakar sakit jiwa le.

Anonymous said...

Jacob George,

Your "About JG" doesn't tell where you studied, or what degree(s) you got. Fake degrees, purchasable thru the internet, are common these days.

Only claims this and that you did but I haven't heard about you - not much of a personality, are you?

No wonder you provide a link to your blog, coz I think others also have not heard about you.

Because of that I didn't want to waste time to read what you wrote.

I thought, funny, a guy introduces himself as a theologian and a lawyer. Why so?

If, as you claimed, you have "worked with the government, notably, at the Socio Economic Research Unit (SERU) at the Prime Minister’s Department", isn't the PM's Dept always staffed by the Pegawai Tadbir & Diplomatik? If so, why then you were Senior Administrator at Subang Jaya Medical Centre (SJMC)? You left the PTD, not getting promoted sufficiently ke?

Note that I'm not accusing, just asking.

Anonymous said...

9:25 AM,

Nampaknya kau ni sama orangnya yang tulis komen di 8.05 am tu. Tiap lk 1 jam kau tulis. Termasuk di 10:19 AM, 10:42 AM, dan 12:22 PM.

Wah, giat betul kau nampaknya. Kau di bayar ikut berapa komen kau buat ke? Tak kisah apa, buah fikiran yang sama, bermakna tak ada fikiran yang matang, hanya fikiran yang kotor, ada sikit kebudakan.

Takda langsung sebut kesian atau dukacita kapada mereka yang hilang nyawa mempertahankan negara, takda sepatah dua pun untuk balu dan anak anak mereka. Takda langsung menggalakkan semangan rakyat Malaysia mempertahankan negara ini.

Kamu nyata jenis kurang ajar, tak reti berterima kasih kau mak bapak kau dapat hidup dengan aman pada kebanyakannya, di jaga oleh mereka seperti yang terkorban di Lahad Datu itu.

Celaka haramjadah kau dan jenis kau ini. Sepatutnya kau di campak ke Laut Sulu, di paksa berenang sampai ke Sulu, di cincang berkecai perut terborai di pantai Pulau Sulu itu. Aku yaakin takda siapa merasa kerugian kalau kau di kecaikan di pantai Sulu.

Anonymous said...

9:25 AM,

Nampaknya kau ni sama orangnya yang tulis komen di 8.05 am tu. Tiap lk 1 jam kau tulis. Termasuk di 10:19 AM, 10:42 AM, dan 12:22 PM. Kau dan jenis kau ada buat mcm tu.

Wah, giat betul kau nampaknya. Kau di bayar ikut berapa komen kau buat ke? Tak kisah apa, buah fikiran dan cara pemikiran yang sama, bermakna tak ada fikiran yang matang, hanya fikiran yang kotor, subversif, menyakitkan hati, ada sikit kebudakan.

Takda langsung sebut kesian atau dukacita kapada mereka yang hilang nyawa mempertahankan negara, takda sepatah dua pun untuk balu dan anak anak mereka. Takda langsung menggalakkan semangan rakyat Malaysia mempertahankan negara ini.

Kamu nyata jenis kurang ajar, tak reti berterima kasih kau mak bapak kau dapat hidup dengan aman pada kebanyakannya, di jaga oleh mereka seperti yang terkorban di Lahad Datu itu.

Celaka haramjadah kau dan jenis kau ini. Sepatutnya kau di campak ke Laut Sulu, di paksa berenang sampai ke Sulu, di cincang berkecai perut terborai di pantai Pulau Sulu itu. Aku yaakin takda siapa merasa kerugian kalau kau di kecaikan di pantai Sulu.

Anonymous said...

Anon 340

"gambar ada dalam radio"? Memang kau dah gila, Mamat. Pigi jumpa doktor pakar sakit jiwa le.

Aku saja kasi tulis macam itu. Saja mau tengok orang baca aku punya posting kepala ada centre atau tak centre. Nampaknya kau kepala masih centre lagi. Sayang lah kepala centre tapi mudah sangat percaya sama orang. Senang lah orang tipu sama kau, bila orang cakap dia ada barang mahu jual, orang cakap itu barang sangat bagus dan berguna, kau pun terus bayar wang dan ambil itu barang dalam kotak dan bawa balik rumah, sampai rumah bila kau buka kotak hanya ada stoking dan tuala wanita yang sudah guna punya dan sekeping nota "TERIMA KASIH, JANGAN MARAH".

Mahu percaya pun mesti mahu tengok bukti dulu la. Sekarang siapa yang patut tengok doktor sakit jiwa, aku atau kau ?

rawang said...

Rasanya bukanlah sesuatu yang pelik jika orang yang tinggi agamanya ingin berkecimpung dalam politik. Memang sepatutnya golongan ini berpolitik kerana kelebihan ilmu agamanya. Cuma ianya bergantung kepada nawaitu mereka. jika digunakan pada jalan yang betul, tidak akan timbul masalah tapi jika berlaku sebaliknya maka akan haru birulah jadinya. Apabila agama dijadikan modal untuk mencapai hasrat dan kepuasan diri.

Suka atau tidak kita sepatutnya menerima hakikat bahawa segelintir pimpinan ulama yang berkecimpung dalam politik turut membawa perubahan kearah kesejahteran dan kebaikan kepada manusia sejagat.

Walaupun ada antara kita yang mungkin berlainan fahaman politik dengan mereka tetapi selagi perjuangan mereka benar-benar berpegang kepada AlQuran dan Sunnah maka seharusnyalah kita menyokong mereka dan tidak salah kita masih boleh menegur jika mereka melakukan kesilapan tapi bukan dengan mencaci dan menghina mereka kerana dikuatiri semua cacian dan penghinaan itu akan kembali semula kepada kita.

Malangnya apabila ada golongan ulama ini yang terpesong nawaitunya maka mereka ini lebih licik berpolitik. Permainan politik mereka menjadi semakin merbahaya apabila dia menganggap hanya dirinya sahaja yang betul dan benar tanpa mempedulikan pendapat orang lain. Kerana ini hanya akan mendatangkan kekeliruan dan perpecahan kepada umat manusia khususnya kepada umat Islam.

Golongan ulama yang ikhlas dan lurus berpolitik mereka juga pasti menerima bahana akibat dari perjuangan mereka. Setiap ruang,kelemahan dan peluang akan sentiasa dicari bagi menentang dan menghalang dari golongan ulama ini terus menerajui arena politik tanah air.Setiap percakapan dan tindakan mereka akan dimanipulisikan agar kedudukan dan pengaruh golongan ulama ini dapat dibatasi.

Anonymous said...

Kalau kat Negara China, pembelot macam Anwar ni dah mati di tangan firing squad dah.

Kalau kat Iran, orang macam Anwar ni sah akan gena gantung dengan kren di tengah2 bandaraya KL.

Tapi rakyat Malaysia jangan lah buat macam tu. Kejam dan tak bertamadun.

Apa kata kita pancung dia melalui kertas undi pada PRU13 nanti. Bila dia kalah, selamat lah kita rakyat Malaysia sebab dia tak dapat nak jadi PM.

SangKancil

Anonymous said...

Saudara RT

Apa nak jadi dengan kita orang islam ni. Dulu2 kalau sebut ulamak orang melayu cukup respect. Sebab ulamak dulu2 tak reti main politik, ulamak dulu cakap tak bolak balik.

Tapi ulamak sekarang bukan ulamak lagi dah. Bila mereka jadi orang politik maka jadi lah mereka ULAR DALAM SEMAK, mereka akan patuk sesama islam kerana nak kejar kuasa politik.

Ulamak , kalau dalam quran kata haram, sampai bila2 pun haram.

Tapi ULAR DALAM SEMAK, dulu haram sekarang tak haram lagi dah, sebab tuhan mereka flexible and tolarable. Bukan mustahil ULAR DALAM SEMAK ni akan buat fatwa "dulu haram orang islam makan babi, sekarang dah tak haram lagi dah". Benda ni bukan mustahil bila dia nak bantu industri babi supaya tokey2 babi dan penternak babi undi parti dia.

SangKancil

Anonymous said...

Syok saya tengoh tentera, polis malaysia kita kejar bunuh pengganas islam...dari filipina....pi mampus semua otak babi anjing puak Sulu...my full respect to Malaysia security forces...cheer up...come back in one peace...

Cina dap penang

Anonymous said...

Menggunakan Islam dalam nama parti politik itu sendiri mendatangkan tanda so'al apakah ada perinsip bagi mereka berbuat demikian dan meneruskan keadaan begitu.

Islam ada lah suatu agama yang murni, yang terakhir di antara agama agama yang terbesar di dunia ini, yang di cipta oleh Allah SWT. Islam timbul selepas agama Kristian lk 600 tahun sebelom nya. Dan agama Yahudi lk 600 tahun sebelom nya pula.

Kerana kemurniannya, Islam perlu di sebarkan, di dakwahkan, bagi mendatangkan keamanan di dunia ini. Mengapa pula di politikkan?

Mengajak rakyat memasukki parti politik yang namanya mengandungi istilah Islam, menyokong langkah langkah parti itu, semuanya ada lah politik dan mempolitikkan Islam. Menuduh orang lain yang tidak menyokongnya sebagai kafir, tidak masuk syurga dsbnya, memang nyatalah mempolitikkan agama Islam.

Maka itu lah sebabnya dahulu ada banyak ulamak tapi sekarang banyak ular dalam semak. Seperti di sebut SangKancil di atas.

Thanatos said...

5:00 PM, March 05, 2013


Tak payah nak cover malu la, kami kat sini dah jelas nampak kau ni dah gila boleh nampak gambar di radio. Taknak mengaku pulak tu.
Pastu tunjuk kebijaksanaan diri dengan tak reti beza antara "center" dgn "centre". Kau tak malu ke?


1st, kau gila. 2nd, kau dungu.

Anonymous said...

Sokong apa Ginosaji kata.

Itu benda Allah di 5.00 PM patut pergi jumpa doktor pakar sakit jiwa. Ambil ubat supaya tak gila sampai tahap tak boleh baik langsung.

Anonymous said...

Prof negara kita dah kena serang mana fomulanya?

Anonymous said...

Bapa saiful tu kata anak dia penipu , diguna oleh pengawai pengawai khas dari JPM....wakil parti UMNO...liwat x pernah berlaku....sekarang siapa pulak cakap benar....wak ka ka ka....habislah BN...PR kemumgkinan besar menang besar nanti.....tak sabar ni nak undi ni.....pasti all my vote to PR...

Anonymous said...

Agama ialah agama. Agama berkaitan politik bukan lagi panggil agama Hurus panggil poligama. Poligama ialah orang politik memperalat agama untuk kuasa politik. Semua dia yang betul orang lain tak betul. Hehehehe

Anonymous said...

12:34 AM,

Liwat ada berlaku. Hakim Hakim Mahkamah Rayuan bagi Sodomi I ada merekodkan pendapat mereka bahawa, walau pun rayuan itu di benarkan di atas "sebab sebab teknikal", Anwar ada menyodom. Ini ada di dalam rekod Mahkamah.

Kau cakap macam budak kecik. Menafi dengan tak periksa rekod dahulu, kemudian ketawa wakakaka. Pastu tuduh BN habis pulak. Mengaku pulak PR mungkin menang. Siapa nak percaya cakap macam budak kecik.

Penghabisnya kau cakap "all my vote to PR". Kau ada hanya satu undi, Mamat. Tak sampai ke mana. Ramai yang mengundi PR atau merosakkan undi mereka di PRU12 kerana fedap dengan Tun Dol dah kata mereka akan kembali mengundi BN di PRU13. Tun Dol dah tak ada kuasa. Najib kuat
berkerja, mencuba apa saja nak menyenangkan hati mereka semua.

Pulaknya PR dah buktikan macam macam kelemahan - semua yang mereka tuduh BN buat, mereka sendiri ada buat. Mula di tahun pertama pegang kuasa di Selangor dll. Pengundi dah lihat PR tidak langsung boleh jadi alternatif kapada BN.

Ramai yang kata BN boleh menang di Selangor, Kedah dan Penang. Di Kelantan pun, di mana PAS pegang kuasa 22 tahun, PAS mungkin tewas. Rakyat dah lihat dolak dalik ding dong pendirian PAS dalam perkara Hukum Hudud, kalimah Allah, haramkan pusat hiburan di bulan puasa, saman salon rambut Cina, saman pasangan khalwat Cina dll hingga pengikut dan penyokong PAS pun keliru dan bosan.

PAS berkali kali pusing U Turn bila di gertak dek Karpal Singh. Macam mana nak merintah dengan berkesan macam tu. Itu sebab Kelantan dan Kedah tak maju. Penghabisnya Kedah asyik dok benarkan tebang hutan untuk balak. Hingga kawasan hutan untuk tadahan air di Kedah pun habis kena sapu. MB Azizan pulak bergaduh dengan Exco Pahrolrazi tak habis habis.

Anonymous said...

Tian Chua sepatutnya diberi peluang untuk jadi pelakon dalam Sandiwara Umno di Lahad Datu. Saya cadangkan polis tangkap Tian Chua kemudian bawa dia ke Lahad Datu, bagi M16 kat dia kemudian hantar dia masuk ke dalam hutan tempat pengganas Sulu sedang bersembunyi. Selepas 3 hari minta dia keluar dari hutan.

Mungkin selepas dia berjumpa dengan pengganas Sulu, dia akan mendapat cerita sebenar tentang Saniwara Umno tu, lepas keluar boleh lah dia ceritakan kepada bos dia pengalaman menjadi pelakon tambahan dalam Sandiwara Umno.

Saya percaya Tian Chia teringin sangat nak telibat dalam Sandiwara Umno tu, tapi tak sorang pun yang duk buat bantahan dan laporan polis offer dia menjadi pelakon.

Kepada Tian Chua saya nak bagi tahu, " Tian Chua lu jangan takut. Askar, polis dan pengganas cuma main tembak2 saja, M16 semua tembak ada bunyi tapi tak ada peluru serupa kita tengok cerita perang dalam filem saja, askar, polis dan pengganas mati pun olok2 sahaja, kalau luka pun olok2 juga, Tian Chua saya cabar lu offer diri lah kepada Zahid Hamidi untuk pegi Lahad Datu "

Cina DHPP Kelantan



Anonymous said...

Cadangan Dr. mengenai prinsip berpolitik yang mesti dipegang oleh tokoh-tokoh agama yang menyertai politik demokrasi di Malaysia amat saya setujui...

Harap Dr. dapat memperhalusi cadangan tersebut dan kalau perlu usahakan supaya dapat diadakan satu siri muzakarah bagi memperhalusi cadangan tersebut...

Wallaahu a'lam bissawaab.

Anonymous said...

Cubalah tanya diri saudara sebelum menegur orang lain. Adakah saudara lebih mulia dari pihak yang saudara hinakan sebagai ultra kiasu? Mengapa saudara begitu berburuk sangka dan berhati busuk serta ingin menganiaya bangsa lain yang saudara mengaku yang menjadi sebahagian darah daging saudara sendiri? Amat busukkah bangsa tersebut hingga dilabel dan bergembira bila bangsa lain ditindas? Adakah ini Islam yang saudara bawa? Kalau benar ini adalah sifat Islam, mengapa Allah mencipta manusia dari berbilang bangsa dan keturunan? Kalau beginilah caranya Islam menganiyai penganut agama lain, saya dengan rela hati akan menentang habis-habisan Islam dan memusnahkannya. Saya juga akan mengheret saudara ke neraka yang paling dalam dan jahanam. KIta akan sama-sama diseksa dalam neraka. Itu janji saya.

Anonymous said...

Aku rasa kau ni xda baca paper x pun just baca harakah aje...ada ditunjukkan gambar penganas yg mati...ada juga penganas yg mayatnya sudah kembung jadi x sesuai di tunjukkan didlm akhbar utk tontunan umum.....adakah dgn tunjukkan gambar itu menjadikan satu bukti sedangkan pas pun ckp video x blh jadi saksi @ bukti....inikan pulak gambar...fikirkan rasionalnya sebelum tulis komen