Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, January 14, 2013

Jika tak tahu, lebih baik diam!

7:28 PM Posted by RIDHUAN TEE 34 comments

(Sinar Harian 14 Jan 2013)

Saya tidak kisah sangat jika UMNO bersetuju penggunaan kalimah ALLAH di kalangan non Muslim, kerana selama ini pun UMNO dituduh sebagai jahil, taughut dan kafir oleh PAS. Saya amat hairan juga, kenapa PAS tidak mengkafirkan  PKR, sedangkan PKR juga tidak mendaulatkan Islam. Jangan hanya sepakatan, kita tidak berani menegur dan menyembunyikan kemungkaran yang dilakukan.

Dek kerana PKR sama-sama menentang UMNO, maka PAS sanggup bekerjasama. Sedangkan perangai orang PKR sama seperti perangi UMNO. Maaf, saya tidak labelkan semua orang UMNO sebegitu. Begitu juga PAS.

Melayu PKR adalah Melayu yang kecewa dengan UMNO, perangainya tetap sama. Bezanya, hari ini adalah, UMNO mula menyedari kesilapan mereka dan ingin kembali dan memperbaiki kesilapan masa lalu. Harap-harap begitulah. Sedangkan perangai lama UMNO dalam PKR tetap sama. PKR juga merebut projek, rasuah, kaki perempuan dan sebagainya.

Jika tidak ada PAS yang mengawasi, sudah tentu perangai mereka akan menjadi lebih buruk lagi. Justeru, saya amat hairan, kenapa PAS sanggup bekerjasama PKR. DAP usahlah disebut, sebab dari mula hingga kini, terus menentang dan memusuhi Islam. Cuma PAS sahaja perasaan, dengan kerjasama ini, atas nama dakwah.

Malangnya, setakat ini, ultra masih lagi tidak lembut-lembut terhadap Islam? Apakah  kita masih mahu menggunakan alasan lapok, pakatan ini masih baru berbanding dengan pakatan dalam UMNO BN sejak merdeka? Dalam memperkatakan soal kelembutan terhadap, bukan isu baru atau lama. Persoalan yang perlu difikirkan adalah, mereka ini musuh Islam atau kawan Islam?  

Saya memuji sangka baik PAS dalam hal ini. Tetapi saya ingin lihat, berapa ramai orang DAP yang akan diIslamkan oleh PAS melalui kerjasama ini? Apakah PAS dapat melunak mereka yang anti Islam? Apakah PAS akan berjaya membenteras kemungkaran anjuran mereka? Kita tunggu dan lihat.  

Apapun, dalam isu kalimah Allah, saya sama sekali tidak dapat menerima. Pendirian PAS selama ini amat jelas. Pendapat ulamak mereka seperti Harun Din dan Harun Taib, amat tegas sekali. Harun Din pernah sebak menjelaskan isu ini. Begitulah sayangnya segelintir ulamak PAS terhadap ALLAH. Tetapi, bukan semua ulamak PAS bertindak sedemikian. Ada yang menjadi ularmak.

Apa yang saya lihat, semakin lama PAS berkawan dengan DAP, semakin kuat mereka menentang Islam, sama ada kalangan generasi tua mahupun generasi muda. Kenapa? Jawapannya. generasi muda DAP hari ini ramai yang memeluk Kristian, dari memeluk Islam. Dakyah Kristian lebih kuat semenjak PAS bersama mereka daripada dakwah Islam yang berlaku. Justeru, PAS perlu kaji kenapa mereka gagal dalam misi dakwah ini. Bukannya mendabik dada mengatakan, semenjak berkawan dengan DAP, mereka sudah faham Islam. Jika sudah faham, kenapa mereka begitu kuat menentang Islam? Di mana silapnya? Apakah masih menyalahkan UMNO BN itu wajar?

Saya masih teringat azam pemimpin PKR hari ini ketika masih berada dalam UMNO. Dia masuk UMNO kerana mahu mencuci najis yang berada dalam UMNO. Malangnya, setelah berada dalam UMNO, dia terus bergelumang dengan najis tersebut. Hari ini, dia cuba mencuci najis dalam PKR dan DAP, bukti menunjukkan adalah sama. Kenapa? Kerana mereka adalah orang yang sama, membawa perangai dan nafsu serakah yang sama.  

Saya amat harap UMNO tidak akan goyah dan tetap pendiriannya berhubung isu kalimah ALLAH. UMNO akan hancur jika melakukan sesuatu hanya untuk mendapat simpati politik,  kuasa dan undi. Jangan biarkan kalimah keramat ini dinodai. Jika UMNO juga berlembut seperti mereka, maka jelaslah UMNO masih lagi tidak berubah. UMNO sama juga seperti mereka.

Sejak dulu lagi saya konsisten, bahawa kalimah Allah adalah milik mutlak umat Islam, walaupun agama lain juga berhak ke atas penggunaanNya dari segi teologi. Saya bercakap dalam konteks Malaysia dan cara hidup Melayu, bukan negara lain.

Pertama, agama Islam dilindungi oleh perlembagaan dan terletak di bawah kuasa raja-raja Melayu. Saya telah huraikan sebelum ini, tidak perlu diulang.

Kedua, selama ini kalimah Allah tidak pernah digunakan secara meluas kecuali sedikit sangat di Sabah dan Sarawak. Di peringkat antarabangsa langsung tidak ada. Jika ada, sudah tentu dalam filem-filem barat atau bahan bacaan mereka, akan terselit kalimah ini. Kenapa kita tidak pernah jumpa? Kenapa hari ini ultra kiasu terlalu beriya-iya? Kajilah agenda tersirat dan tersurat.

Agendanya tidak lain, mereka mahu jadikan rantau Melayu sebagai syurga Kristian, setelah mereka gagal di barat. Targetnya hari ini adalah orang Melayu dan bukan Melayu terutama orang Cina. Kerana mereka tahu, apabila kumpulan ini memeluk Kristian, mereka lebih Kristian dari Kristian. Lihatlah apa yang berlaku kepada Lina Joey atau Azlina Jailani. Orang Cina, usahlah dikira. Mereka akan menjadi lebih ekstrim apabila memeluk Kristian. Saya lontar idea ini kerana saya pernah menjadi Kristian suatu ketika dahulu.

Ketiga, kalimah Allah dan orang Melayu Islam sudah sebati. Ibarat isi dengan kuku, sudah menjadi darah daging, walaupun Melayu itu jahil sekalipun. Sebab itu, cara kita menggunakan kalimah-kalimah ini berbeza dengan orang lain. Kita menghormati kalimah ini melalui urutan perkataan atau lenggok bahasa bersopan. Misalnya, kalimah ALLAH, kita tidak sebut perkataan.  Perkataan menggantikan kalimah. Nabi dan Rasul, kita gunakan perkataan Baginda. Apabila Baginda wafat, kita tidak guna perkataan mati, meninggal, atau mangkat. Sehingga kematian Nabi/Rasul dibezakan dengan raja, semata-mata untuk menjaga kemuliaanNya.

Keempat, setakat pergaulan saya, orang bukan Islam, jarang kita jumpa boleh menyebut kalimah Allah dengan betul. Bila menyebut ALLAH, mesti bunyinya menjadi allaa. Jika tidak percaya, suruhlah ultra kiasu menyebutnya, termasuk pemimpin-pemimpin Kristian yang begitu bersungguh-sungguh mahu menggunakanNya. Bukti menunjukkan bahawa lidah mereka tidak biasa dengan sebutan ALLAH. Sebutan ALLAH mereka akan menjadi pelat dan tidak tepat.

Kelima, kalimah ALLAH bukan terjemahan kepada makna Tuhan. Tuhan digunakan untuk mengajar anak-anak mengenal ALLAH. Tetapi ALLAH adalah ALLAH. Terjemahan Tuhan atau God atau Lord tidak bukan merujuk kepada ALLAH. Tetapi oleh kerana kita jahil, maka terjemahan Tuhan digunakan. Apapun, Tuhan itu tidak sama dengan ALLAH. Sebab itu, apabila kita mengucapkan shahadah, “tiada tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH”. Bukannya, “tiada tuhan yang berhak disembah melainkan tuhan”.

Keenam, kenapa bible dalam versi mandarin, tamil dan bahasa Inggeris langsung tidak tertera  kalimah Allah? Kenapa ultra kiasu begitu bersungguh mahukan bible bahasa Melayu menggunakan kalimah Allah? Cuba lihat bible dalam bahasa Inggeris, apa yang tertera adalah  tiga nama tuhan yang digunakan iaitu god, yahweh dan Jehovah. Yang mana satu tuhan mereka? Di mana kalimah Allahnya?  Saya berani menyatakan bahawa niat jahat mereka adalah untuk mengelirukan umat Islam supaya jarum mereka masuk. 

Banyak lagi yang ingin saya hujahkan. Kesimpulannya, setiap apa jua perkataan (kalimah) dalam Islam membawa makna yang amat signifikan. Ia perlu difahami dalam konteks perlembagaan dan cara hidup penduduk majoriti. Kita tidak boleh menyamakan lagu atau koir dengan selawat. Selawat tetap selawat walaupun apapun bunyi atau melodi lagu digunakan untuk menyampaikan selawat. Bayangkan selepas ini semua semua bukan Islam Islam boleh menggunakan perkataan 99 nama Allah, selawat ke atas Nabi Isa, iman, taqwa dan sebagainya, apakah orang Melayu yang tipis imannya tidak akan terpesong? Jika tidak tahu, lebih baik diam.

34 comments:

Cik Nur said...

kata2 yg cukup jelas utk difahami..PAS takkan berubah dari dulu tp hari ini makin teruk

Anonymous said...

Ada ustaz tu kata : Kristian arab pun pakai istilah Allah dalam kitab Injil mereka, maka betullah....

Saya kata : Ustaz ikutlah ajaran Kristian Arab tu kalau mereka sebenarnya betul...

Anonymous said...

saya bersetuju dgn kebanyakan tulisan Dr. cuma point yang keempat iaitu "Keempat, setakat pergaulan saya, orang bukan Islam, jarang kita jumpa boleh menyebut kalimah Allah dengan betul."

agak longgar hujahnya. apa bezanya sebutan ALLAH yang pelat bagi orang bukan Islam dan sebutan pelat bagi orang Islam? tempiasnya juga dirasai oleh muslim yang tidak dapat menyebut ALLAH dengan betul.

Pakcu Rantau Panjang said...

Pandangan tuan amat jelas dan selari dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Mufti....

Apa pun setelah Majlis Syura Pas memutuskan penggunaan kalimah Allah ini dengan jelas tapi masih lagi nampak saki baki penganut PAS yang tak berpuas hati dan menunding kesalahan kepada UMNO....

Inilah permainan parti politik yang menyembunyi tangan selepas melontar batu....Semoga Allah megekalkan hidayah kepada tuan dan umat Islam yang cintakan agama yang suci ini pada landasan yang betul...walahualam

Anonymous said...

Macamlah Ah Tee tu pandai sangat! Cina mabuk kena potong kotek! Kau nak kena poteng buah sekali ka? Kalau nak marilah jumpa saya! Cina kena potong kotek!

Anonymous said...

Bagi sesetengahnya pulak, jika tak tahu, lebih baik tanya, kalau dah di beri tahu tak faham juga, lebih baik diam.

Tapi yang tahu buat tak tahu, pastu niat jahat, mengata dan membuat macam macam, itu bahan api neraka lah padahnya.

Ini lah yang ada di PKR dan sebahagian di PAS.

Niat dia orang nak gunakan kalimah Allah nyata jahat. Istilah Tuhan dah cukup bagi Tuhan mereka yang berbentuk tiga - si Bapak, Anak dan Roh.

Bagi hujah Indonesia dah benarkan rakyatnya pakai kalimah Allah dah lama pulak. Indonesia lain hal. Malaysia ada Perlembagaan yang menyatakan agama negara ini ada lah Islam dan ada undang undang lain yang terang terang menyatakan tidak boleh memurtadkan orang Melayu/ Islam.

Orang asal (natives) Sabah dan Sarawak pun tahu istilah Tuhan. Kenapa tak boleh pakai istilah Tuhan? Mengarut pemimpin Kristian yang mahu gunakan kalimah Allah tu.

Dan mengarut mereka di PAS dan PKR yang nak sokong pemimpin Kristian itu.

fuad costacurta said...

Amat setuju pandangan Dr...teruskan berdakwah melalui pena...mudah2an Allah sentiasa merhamati Dr....aminnnn.

Anonymous said...

saya setuju sangat dengan pandangan saudara tentang kalimah Allah,sepatutnya kerajaan mengetengahkan pendakwah2 perbandingan islam kpd chauvinist DAP nie.

Anonymous said...

saya setuju sangat dengan pandangan saudara tentang kalimah Allah,sepatutnya kerajaan mengetengahkan pendakwah2 perbandingan islam kpd chauvinist DAP nie.

Anonymous said...

" Jika tidak tahu lebih baik diam "

Maaf sudara RT. Saya ingin tahu kepada siapa seruan itu tuan tujukan.

Kerana pada saya yang merelakan kalimah Allah yang maha suci ini dikongsi guna oleh penganut kristian adalah mereka yang bergelar ulamak, ulamak besar pulak tu dan bukan bertaraf ustaz lagi.

Sedangkan saya yang jahil islam ini pun tahu, sedangkan cucu saya yang baru usia 5 tahun juga tahu, tahu bahawa tuhan orang islam adalah Allah, tahu bahawa Allah bukan tuhan kepada agama bukan islam.

Sudara bayangkan, cucu saya pernah berkata kepada saya, " tokwan, kita orang islam tak boleh sembahyang di gereja sebab sana tak ada Allah kan Tokwan, kita kena sembahyang di mesjid sebab di situ ada Allah ", dan sepontan saya menjawab, " pandai cucu tokwan ".

Bagaimana ulamak besar seperti Hadi Awang, Nik Aziz dan Nasrudin Hassan Tantawi duk tak duk (tiba2) boleh bersetuju dengan permintaan biul (gila) Lim Guan Eng. Dek kerana nak menghalalkan sokongan kepada permintaan Lim Guan Eng, maka mereka keluarkan segala hadis dan nas kononnya " islam membenarkan bukan islam guna kalimah Allah ". Itu pun nasib baik, mereka bertiga tak sempat nak selongkar hadis dan nas yang menghalalkan mesjid dan surau kononnya boleh meletakkan lambang Salib (Cross) diatas kubah sebagai menggantikan lambang Bulan dan Bintang.

Minta maaf lah sudara RT. Selepas tragedi kalimah Allah ini, andai kata datang salah seorang daripada 3 orang ini memberitahu saya bahawa sembahyang 5 waktu adalah wajib keatas orang islam, saya masih ragu2 untuk mempercayainya kerana saya bimbang mereka sebenarnya adalah " jelmaan setan yang berjubah dan berserban untuk menyesatkan umat islam ".

Melainkan selepas kenyataan tadi di sahkan oleh para ulamak islam yang neutral atau para mufti atau oleh para ulamak Pas yang benar2 cintakan Allah dan islam.

Sama ada saya nak berdosa atau tidak, saya tidak peduli, saya tetap melabelkan " Nik Aziz, Hadi Awang dan Nasrudin Hassan Tantawi adalah ulamak munafiq lagi fasiq yang seharusnya dicurigai oleh setiap umat islam sebagai mana umat islam mencurigai puak yahudi ". Nokhtah.

Hj Mansuh

Anonymous said...

Sudara sekalian.

Kerana mahu mempertahankan kalimah Allah kita nyaris2 berlawan sesama islam, sesama melayu. Kerana mahu mempertahankan kalimah Allah ulamak kita berpecah dua - satu pihak menyokong hasrat puak kristian dan satu pihak lagi mengecam puak kristian dan ulamak yang bersekongkong.

Sedangkan pertembungan islam dengan kristian dalam isu ini tidak mungkin akan terjadi. Kalau pun mereka berjaya guna kalimah Allah mereka tak untung apa2, kalau pun mereka gagal mereka tak rugi apa2.

Saya yakin dengan kenyataan saya ini. Anda yang celik aqal akan bersetuju dengan saya. Saya berani katakan, " penganut agama kristian tak akan buat demo atau buat perarakan semata2 kerana nak menuntut kerajaan benarkan mereka guna kalimah Allah ". Kalau ada juga penganut kristian yang nak buat demo dan berarak untuk tujuan itu, saya nak kata, " bahawa orang kristian yang berdemo dan berarak itu pekak lagi biul ". Sebab daripada dia nak berebut Allah dengan orang islam, lebih baik dia masuk saja islam dan tak perlu nak berebut lagi, bila dia masuk islam Allah secara otomatik jadi tuhan dia.

Kepada melayu2 yang pekak lagi biul yang sokong Lim Guan Eng, Hj Mansuh nak bagi tahu, pertubuhan kristian sedunia tak sibuk pun nak guna kalimah Allah, malah mereka tak hingin pun, tanyalah orang kristian dinegara2 orang putih, " is your God Allah ? ", pasti dia akan jawab, " no way man, our God is Jesus, who is that Allah because i have never heard before ".

Memang pekak lagi biul lah siapa juga orang melayu islam yang sanggup mati demi nak memastikan kalimah Allah digunakan dalam bible bahasa melayu. Jadi adakah Hadi Awang, Nik Aziz, Nasrudin Hassan Tantawi, Mat Sabu dan beberapa orang lagi tu termasuk dalam spesis pekak lagi biul seperti yang Hj Mansuh sebut tadi.

You have the definite answer.

Hj Mansuh

Anonymous said...

Salam.
Kesian dgn anonymous 11.32pm - 14 jan 2013. Sila teliti komen beliau.. inilah dia bakal generasi bahalol + bangang. Kalau bodoh sgt pun jgnlh terlihat keterlaluan bodoh/bebalnya.. agaknya dia ni tk faham bahasa kot. Ertinya dia ni mmng bodoh lah ya.. jdlh orang, bila berckp apa salahnya ada rasa keseganan biar pun sedikit.. mmng betul lah jika tak tahu lebih baik diam.. DIAMLAH??

Anonymous said...

Salam.
Kesian dgn anonymous 11.32pm - 14 jan 2013. Sila teliti komen beliau.. inilah dia bakal generasi bahalol + bangang. Kalau bodoh sgt pun jgnlh terlihat keterlaluan bodoh/bebalnya.. agaknya dia ni tk faham bahasa kot. Ertinya dia ni mmng bodoh lah ya.. jdlh orang, bila berckp apa salahnya ada rasa keseganan biar pun sedikit.. mmng betul lah jika tak tahu lebih baik diam.. DIAMLAH??

Anonymous said...

11:32 PM,

Kamu ngata RT, kamu pandai apa? Pandai mencerca aje? Kepala hotak kamu.

Kamu cakap lucu, kamu nak kena potong kontol ke? Mulut macam bontot lepas Anwar masuk.

Amacam, sedap tak dengor aku cakap macam kamu? Tak guna punya maanusia.

Anonymous said...

Polemik Kalimah Allah

Nik Aziz dah buat pusingan U keluar gambar kat TV. Hadi Awang juga pusing U tapi melarikan diri dari wartawan atas alasan " tak sehat ". Si Ustaz Serban Paling Besar, khabarnya pusing U mengikut sumber.

Mat Sabu saya tak minat nak kaitkan sebab dia bukan golongan orang agamawan, dia jahil macam saya juga.

Imej Pas tercalar dan terpalit dengan najis mughallazah (najis babi) hanya kerana tindakan biadap dan kurang ajar terhadap Allah oleh 3 ekor makhluk yang saya sebut di awal para tadi.

Bukan itu saja malah prinsip perjuangan Pas yang sebati dalam diri ahli Pas sejak dari tahun 1951 juga kini lebur sehingga Pas tidak lagi dilihat berwadahkan islam dalam perjuangannya. Negara Islam jadi Negara Berkebajikan. Hudud dah tak kedengaran lagi.

Itu semua adalah sumbangan besar 3 ekor mahkluk berkenaan kepada Pas yang ditinggal oleh allahyarham Yusof Rawa dan allahyarham Fazil Nor. Pas jadi rosak teruk, Pas sekarang tak ada beza dengan Umno, Umno kawan dengan kafir, Pas juga kawan dengan kafir.

Yang berbeza adalah dari segi lambang parti, dari segi pakaian (Pas dengan serban, jubah, janggut dan dahi hitam manakala Umno dengan pakaian ikut zaman ikut hukum tampak segak dan bergaya), penyokong Pas diperalatakan untuk meramaikan bilangan hadirin dalam ceramah2 PKR dan DAP sedangkan parti2 komponen BN tak melakukan perkara ini kepada penyokong Umno.

Selagi 3 ekor makhluk ini ada dalam Pas, maka hati2 orang Umno tak akan terbuka untuk Pas, tidak ada keindahan islam dalam Pas seperti yang dibawa dalam Umno yang dibantu oleh para ustaz dan ulamak yang bukan saja mahu umat islam maju ukhrawi malah mereka juga mahu melihat umat islam maju duniawi.

Lantaran itu Hj Mansuh berhujah ::: Jika umat islam memelih Pas, belum tentu kemajuan ukhrawi dicapai sepenuhnya (kalau Allah pun sanggup dilacurkan), kemajuan duniawi jauh sekali, maka jadilah kita seperti umat islam di Afghanistan, Sudan, Somalia dan lain2 negara. Jika umat islam memilih Umno, agama islam dan Allah tetap dipelihara dan dimurtabatkan, kemajuan duniawi tetap diperjuangkan.

Kalian ada aqal, kalian ada mata, kalian juga ada telinga. Allah anugerahkan kalian tangan, tangan untuk memilih. Pilih lah yang membawa kesejahteraan didunia dan kesejahteraan juga diakhirat.

Hj Mansuh

Anonymous said...

Sebelum keluar dari blog ini, biar lah Pak Aji nyatakan penerimaan Pak Aji terhadap tiga " ulamak " besor Pas selepas isu kalimah Allah berjaya di sejukkan dengan pengakuan " terlanjur " oleh Nik Aziz, Hadi Awang dan Nasrudin Hasan.

Walau pun mereka bertiga dah mengaku " terlanjur " namun Pak Aji dah tak boleh terima balik mereka dengan status sebagai ulamak seperti keadaan sebelum.

Hatta kalau mereka datang kepada Pak Aji memberitahu, " arak adalah haram dalam islam kerana ianya memabukkan ", kalau Pak Aji tengah minum arak pada masa itu, Pak Aji tak akan berhenti melainkan selepas Pak Aji berjumpa minta nasihat daripada para ustaz atau ulamak atau mufti yang mengatakan " haram bagi orang bukan islam menggunakan kalimah Allah dalam gereja atau kitab agama mereka ".

Kerana apa Pak Aji tak mahu pakai cakap mereka bertiga ??? Kerana mereka bertiga ini Nik Aziz, Hadi Awang dan Nasrudin Hasan adalah " ulamak " yang pernah mengatakan " tidak haram bagi orang bukan islam menggunakan kalimah Allah ".

Pada Pak Aji, taraf mereka bertiga tu adalah sama saja macam Pak Aji, entah2 mereka lebih teruk lagi daripada Pak Aji. Siapa mereka nak beritahu Pak Aji arak itu haram ????

Hj Mansuh

Anonymous said...

Betulkah kau ni Hj? Mulut kau teruk. Kau panggil orang lain makhluk. Kau makhluk perosak Islam.

Anonymous said...

Allah/Tuhan tak wujud ! Manusia kena tipu ! Kah Kah Kah

Anonymous said...

Anonymous said...

" Jika tidak tahu lebih baik diam "

Hj Mansuh

Maaflah Tuan Hj...

Saya dapati Tuan Hj tidak mengamalkan apa yang Tuan Hj tulis...

Tahukah Tuan Hj bahawa isu ini mulanya adalah disebabkan Kerajaan Malaysia telah menahan bible yang diimport dari Indonesia (yang tentunya dalam bahasa Indonesia - mungkin ada guna kalimah Allah di dalamnya)?

Tahukah Tuan Hj, selanjutnya pihak gereja telah berunding dengan pihak Kerajaan Malaysia supaya bible-bible tersebut dapat dilepaskan dari tahanan?

Tahukah Tuan Hj, akhirnya bible-bible tersebut dibebaskan dengan beberapa syarat?

Tahukah Tuan Hj apa kata seorang menteri (atau timbalan menteri) penganut agama kristian dalam kabinet Kerajaan Malaysia yang pada masa itu menjadi jurucakap Kerajaan Malaysia berkenaan pembebasan bible-bible tersebut?

Tahukah Tuan Hj, pembebasan bible-bible tersebut telah memberi ilham kepada pihak gereja untuk memohon penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan gereja?

Tahukah Tuan Hj, Kerajaan Malaysia pada ketika itu dikuasai oleh Barisan Nasional? Tak pernah dikuasai melainkan dikuasai oleh Barisan Nasional?

Tahukah Tuan Hj?

Anonymous said...

Hahaha, "Ada yang menjadi ularmak."

Ada pulak yang menjadi keramak. Gigit sana, honggis sini, nak dapat jawatan dalam parti. Kominismak pun ada - kata kominis yang bunuh Polis dan bakar Balai Polis tu wira.

Bila Majlis Syura keluar kenyataan 7 perenggan mengatakan kalimah Allah bukan untuk orang bukan Islam, baru tunggang langgang si Mamat Sabu dan Nik Aziz Tok Guru nak ikut pendirian parti PAS.

Harap tak lagi mengularmak, mengkeramak dan mengkominismak lagi.

Anonymous said...

Tiada lain dari niat jahat bila berkeras mahu gunakan kalimah Allah. Sebab nyata perkataan Tuahn sudah memadai bagi menerangkan tuhan mereka yang berbentuk tiga - si Bapa, si Anak dan Rohnya.

Kemahuan mereka di layan dek PAS puak buak bingong seperti Nik Aziz dan Mat Sabu, namun Hadi sekali pun. Bagus, akhirnya Majlis Syura PAS keluarkan kata putus bahawa kalimah Allah itu bukan untuk bukan Muslim. Dan Majlis Syura itu ada lah kuasa yang tertinggi di dalam PAS.

Aneh sekali PAS bercabang dua, tiga empat dalam perkara kalimah Allah. Pada hal mereka mengaku mereka parti Islam. Bukan parti Islam sebenarnya, hanya mereka yang tak puas hati dengan UMNO telah keluar dari UMNO dan menubuhkan PAS berpuluh tahun yang lalu.

Dan celaka Pemerintah British kolonial telah membenarkan mereka berbuat demikian, berikan pendaftaran parti itu, sebab British kolonial sentiasa mencari jalan mahu memecahkan kita - divide and rule, supaya mereka dapat perintah selama yang boleh, dan bila terpaksa keluar, mereka tak payah hantar pulang pekerja asing yang mereka bawa masuk ke negara ini sejak abad 19. Pada hal Amerika hantar pulng ke China berkapal kapal pekerja pembinaan rel kereta api Trans-Amerika dan pekerja gali emas California Gold Rush dahulu.

Sekarang banyak mereka yang di bawa masuk dek British telah memeluk agama Kristian berbagai mazhab, pada umumnya semua mahukan kalimah Allah di gunakan di dalam kitab mereka. Mana boleh. Harap dengan kata putus Majlis Syura PAS, akan selesai isu kalimah Allah ini.

Anonymous said...

Kesian anon 11:32..
Jika nak tahu ...inilah 'rupa' penyokong2 PAS..yang merasakan diri mereka lebih bagus dan lebih alim,lebih bersih,lebih hero ,lebih Islam berbanding org lain.

Sanggup kah kita utk membiarkan penyokong2 atau pemimpin2 spt ini memerintah Negara kita?
Hancur ...hancur..hancur..
Mana mungkin kita boleh kritik atau komen depa jika mereka dah memerintah?
Baru dalam blog saja..mencarutnya dah maniac..dah terlampau...!!

Jauhkanlah Malaysia dari manusia ini dari memerintah...

Anonymous said...

Takut kita orang Melayu dibuatnya UMNO. Kalau UMNO kalah, orang Melayu yang 18 juta, mati bergelimpangan. 18 juta Melayu lari kucar dan kacir, mundar dan mandir takde panduan. kalau UMNO kalah, maka 64% penganut Islam akan dikristiankan oleh 9% orang Nasrani.

Kpd Hj Mansuh dan yang seangkatan dengannya, kamu bacalah seterusnya di blog SAKMONGKOL. Itu pun kalau kamu tahu nak google hihi!

Anonymous said...

"Takut kita orang Melayu dibuatnya UMNO"? Sapa kata ko org Melayu, Mamat?

Ko menghasut tu, cakap 18 juta Melayu mati bergelimpangan. Ko nak kena sula dek Nuor ke?

Ko budak kecik ke? Fasal google pun nak ketawa mcm budak bodoh.

Sakmongkol dah dapat amende masuk DAP? Lim Guang Eng mau naikkan budak Cina yang pakai nama Melayu Zairil tu, mana nak naikkan si Mongkol tu, Mamat. Sampai porak peranda puak puak dalam DAP hentam mengentam tukarkan jumlah undi supaya Zairil kononnya "di pilih" ke CEC.

Ooops, ko budak kecik, mana ko tau. Takpa le, bior pembaca lain di sini tau.

Anonymous said...

Cina kena potong kotek! Kah Kah Kah

Anonymous said...

12:15 PM,

PAS sudah tunggang langgang, lintang pukang di peringkat pusat dan juga di negeri dan cawangan. Nyata dari pendirian puak puak mereka dalam hal kalimah Allah sehingga keluar kenyataan Majlis Syura mereka.

Maka antara ahli dan penyokong pun tunggang langgang juga. Sedih Melayu, sembahayang lain Imam antara penyokong UMNO dan penyokong PAS. Silap silap nanti lain imam antara puak puak PAS pulak.

Tapi dalang yang paling besor sekali memecahkan perpaduan Melayu/ Muslimin di negara ini ia lah Anwar Al Juburi (pangkat Mat Sabu beri). Bedebah dia.

Anonymous said...

Sayang-sayang,

UMNO kata rasuah tu HARAM tapi kalau politik wang tak mengapa. Contoh yang jelas apabila semua pemimpin-peminpin tertinggi UMNO macam ISA SAMAD hanya dihukum gantung keahliannya dan kini dah menang PRK N31 Bagan Pinang. Siapa yang hukum mangkuk ayun ni? Hanya lembaga disiplin UMNO je yang buat hukuman yang rata-rata kesemua mereka mempunyai palitan dan kesan tahi RASUAH. Tanya sama Ali Rustam, Khalil Yaacob, Khir Toyo, Tee Kiat, Kasitah Ghadam, dan lain-lain mangkuk hantu semuanya bebas, dan tiada tindakan menurut undang-undang MACC.

Nabi SAW bersabda : " Pemberi dan penerima Rasuah masuk neraka..." Kena ingat hadis ni dah jelas siapa sahaja yang menyokong UMNO akan masuk neraka.

Kerajaan UMNO kata JUDI itu tidak haram kecuali jika tiada lesen. Lesen pun Kementerian Kewangan UMNO yang keluarkan. Pada hal setiap yang haram tempatnya adalah NERAKA.

Bagi UMNO asalkan ada lesen HALAL tapi kalau takde lesen HARAM. Apakah ARAK, NIGHT CLUB bukan PUNCA MAKSIAT?

Mananya usaha kerajaan UMNO nak laksanakan hukum-hukum islam seperti HUDUD, QISAS, TAKZIR, DIAT dan lain-lain? Baru sebut nak jatuhkan hukuman 6 kali sebat terhadap seorang perempuan kerana kesalahan minum arak dah riuh sekampung UMNO mencipta pelbagai alasan untuk menidakkan keputusan itu.

Kes MURTAD yang berleluasa, manakah WANITA UMNO yang berani mempertahankan kesucian akidah umat Islam? Meroboh dan meruntuhkan bangunan masjid/surau serta institusinya selama ini kerja siapa?

Macamana nak dapat 'Rahman' Allah kalau segala perintah Allah hampa tak ikut dan semua larangan Allah hampa redah semacam sajer?

Anonymous said...

Agama Islam telah disalahgunakan oleh binatang sial seperti Ah Tee! Satu Malaysia telah diperbodohkan oleh binatang ini! Babi sial!

Anonymous said...

mereka sengaja buat2 x paham.
sy pernah berdebat dgn seorg penykong tegar pas.apabila soalan ditujukan semuanya tuding jari pd umno.bila isu kalimah allah di tuju ia ttp menuding jari pd umno.begitulah taksubnya org2 pas.

Anonymous said...

jgnlah menghina org lain.nanti penghinaan itu akan balik pada kita semula.ingat...janji allah itu benar.

Anonymous said...

Babi sial di 11:28 PM tu mana peduli apa. Dia bukan tahu Allah. Entah entah dia Tuhan pun takda.

Anonymous said...

Jadi Allah hanyalah Tuhan untuk orang Islam sahaja ke? Bagaimana pula dakwaan yang mengatakanya Allah adalah Tuhan yang Maha Esa dan universal? Kalau macam itu, bukankah ianya sama dengan Yahweh, Tuhan eksklusif puak Yahudi? Adakah saudara seorang Yahudi ?

Anonymous said...

politik malaysia terlalu sukar untuk ditafsir. pening -pening. berjuang atas nama islam,tapi kadang kala ter'perjuang' dengan duit dan rasuah .

berjuang dgn nama melayu, tapi hanya sekadar mulut sahaja manis berbicara

Anonymous said...

KAT KELANTAN XDER KEDAI ARAK KER?NIGHT CLUB?22 TAHUN BAWAH PAS TU...LESEN DI BERI KERANA YG MEMOHON BUKAN ISLAM DAN MEREKA BUKA UNTUK KAUM MEREKA SAHAJA YG ISLAM MASUK SANA BUAT PER?KERANA ITULAH WUJUD PENGUATKUASA HAL EHWAL AGAMA ISLAM KAT SETIAP JABTAN AGAMA.POLITIK WANG TU URUSAN DALAMAN PARTI DAN TIDAK MELIBATKAN RASUAH YG BOLEH SPRM SIASAT.ANON 8.38 BOLEH BUAT LAPORAN KAT SPRM KALAU X PUAS HATI..ANON 12.54 PERGILAH TANYA2 ORG MELAYU KAT PENANG MACAM MANA NASIB DIORG SEJAK DAP PERINTAH..TU KAT SELANGOR TU NASIB BAIK UMNO SANA KUAT MEMBANGKANG KALAU X DAH SAMA NASIB DAH DENGAN MELAYU PENANG...BUKA MATA LAH BRO