Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Sunday, November 18, 2012

Bila orang Islam sokong murtad

10:44 PM Posted by RIDHUAN TEE 52 comments
(Sinar Harian 19 Nov 2012)

Kenyataan ahli parlimen Melayu ultra kiasu mengenai orang Melayu bebas memilih agama, terus mendapat sokongan. Selain daripada sokongan rakan politik sepakatan, seperti yang dijangka, pertubuhan yang dianggotai sekumpulan wanita Islam tetapi anti-Islam, turut memberikan sokongan. Mereka mempertikaikan kenapa ‘masuk Islam boleh, keluar tidak boleh’? ‘Islam mesti ada jalan keluar, bukan satu hala sahaja’. Jarangkan sekali pertubuhan ini bersuara, jika sesuatu isu tidak berpihak kepadanya. Tiba-tiba mereka begitu lantang bersuara menyokong ahli parlimen tersebut.

Apakah makna semuanya ini? Masihkah kita masih buta? Terutama, pimpinan tertinggi PAS yang pada awalnya, bertindak berdiam diri, kini tampil menyokong dan mempertahankan ahli parlimen tersebut. Ramai pakar dalam PAS yang fasih berbahasa Inggeris, terjemahkanlah apa yang diucapkan dengan ikhlas kepada pimpinan mereka.

Saya mendengar satu persatu apa yang diperkatakan dalam you tube. Kenyataan beliau tidak diputar belitkan. Apa yang dilaporkan oleh akhbar tempatan dan laman web ultra kiasu, malaysiakini, memang benar. Kenapa kita masih berdolak-dalik? Kita sepatutnya bertindak mempertahankan kebenaran dan menolak kebatilan. Ini tidak, kita bertindak melihat dia geng kita atau tidak. Ini beginilah cara kita bertindak, kepada siapakah kita harapkan untuk menjaga agama, bangsa dan negara ini.

Pertubuhan wanita jahil Islam ini berkata kebebasan beragama termasuk kebebasan menukar agama jika sudah tidak dipercayai adalah dibenarkan dalam Islam. Memaksa seseorang berpegang kepada agama adalah hipokrasi. Ingin saya bertanya, apakah sandaran yang digunakan untuk berhujah? Paling tidakpun, perincikan apa yang diperkatakan. Ya, tidak dinafikan ada jalan keluar untuk mereka yang mahu murtad atau tidak lagi percaya kepada Islam. Namun, mereka tidak bolehlah boleh murtad sewenang-wenangnya kerana agama Islam bukan agama kedai kopi, suka masuk, tak suka keluar.

Kita semua tertakluk kepada undang-undang, proses dan prosedur. Misalnya, mesti ada proses seperti kaunseling, bertaubat, pujuk, rayu dan sebagainya. Setelah pelbagai usaha dilakukan, tetapi masih berdegil, ketika itu, tanggungjawab kita mungkin telah selesai. Tetapi melepaskan seseorang untuk terus murtad, tidak boleh diterima sama sekali.

PAS sepatutnya tampil ke hadapan memperincikan lagi ‘prosedur murtad’ kepada orang Islam. Bukannya terus menyokong dengan menuding jari, “ini adalah permainan politik kotor UMNO”. Sikit-sikit UMNO. Bezakanlah identiti PAS dengan PKR. Pendek kata, jika ada berita yang disensasikan, mesti kerja UMNO. Letih melihat politik sebegini. Tidakkah sebenarnya peranan kita sebagai pertubuhan Islam menjernihkan yang keruh. Kenapa asyik menuding jari?

Terlalu banyak terbuang kerana menuding jari daripada membincangkan idea dan masa depan agama. Teringat kepada kata-kata barat, great mind discuss idea, average mind discuss event, small mind discuss people. Kita terlalu banyak memperkatakan ‘orang’ daripada perkara asas (idea) itu sendiri sehingga minda menjadi kerdil. Tidak hairan, kita tidak banyak berubah. Masa banyak terbuang memperkatakan orang daripada memberi dan membincangkan idea. Sejarah membuktikan bahawa, kebanyakan negara-negara yang telah mencapai tahap maju, adalah disebabkan mereka banyak menfokuskan idea daripada menuding jari kepada orang.

Idea daripada kawan dan lawan digunakan untuk membangunkan negara. Belajarlah daripada kekalahan Romney kepada Obama. Romney menerima kekalahannya dan akan menyokong membantu pentadbiran Obama dengan menyumbang idea-idea bernas meskipun melalui kritikan. Sikap inilah yang perlu ada pada kita hari ini.

Banyakkan membincangkan idea daripada orang. Misalnya, kenyataan ahli Lembah Pantai itu. Apa yang saya faham, ayat tidak ada paksaan dalam beragama, dalam surah al-Baqarah: 256, adalah ditujukan kepada orang bukan Islam, walaupun semua ayat dalam al-Quran ditujukan kepada manusia. Kita tidak boleh paksa bukan Islam memeluk Islam, kecuali atas kerelaan mereka.

Misalnya, dahulu saya tidak Islam, walaupun saya cenderung terhadap Islam, orang Islam masih tidak boleh paksa saya memeluk Islam, kecuali atas kerelaan saya sendiri. Bila ada kerelaan dan keikhlasan, ketika itu, orang Islam boleh membantu untuk proses pengIslaman seterusnya. Pendek kata, tidak ada unsur paksaan, kecuali dalam kes-kes tertentu dalam zaman dahulu.

Perlu diingat, setelah saya memeluk Islam atas kerelaan sendiri, maka saya tidak boleh keluar daripada Islam atau murtad sewenang-wenang kerana saya telah memilih Islam. Islam terlalu suci dan mulia, sebab itu kita tidak boleh menyalahkan Islam dan keluar Islam, setelah memeluk Islam. Islam bukan agama kedai kopi, keluar masuk sesuka hati, bila ‘dirasakan’ sukar untuk diamalkan.

Soalan sebeginilah yang selalu dipertanyakan, kenapa agama Islam begitu rigid dan tidak adil? Boleh masuk Islam tetapi tidak boleh keluar?  Kenapa tidak ikut seperti Indonesia atau India, tidak perlu memeluk Islam untuk mengahwini bukan Islam?

Perlu saya jelaskan, selain daripada tidak boleh mempermainkan agama Islam seperti kedai kopi, orang (agama) Islam turut dilindungi oleh perlembagaan. Baca Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan, Perkara 3, 11 dan Perkara 160 (2), makna Melayu, yang membawa erti, beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan berbudaya Melayu. Bermakna, orang Melayu mesti beragama Islam. Jika keluar Islam, maka, sudah tidak Melayu lagi namanya. Kebebasan menukar agama tidak terpakai kepada orang Melayu (Islam).

Kita mungkin mendengar ada Arab Kristian atau Arab Yahudi dan sebagainya. Tetapi di Malaysia, bila disebut Melayu, mereka mesti menerima Islam sebagai cara hidup, kecuali mereka murtad tanpa pengetahuan seperti yang berlaku dalam beberapa kes.  Inilah perlindungan dalam perlembagaan yang tidak dalam negara lain hatta dalam negara majoriti Islam. Sebab itulah, saya agak sukar untuk menerima pendapat jahil yang mengatakan Malaysia sebuah negara sekular.

Ternyata ultra kiasu Melayu tersebut tidak sensitif atau tidak faham budaya politik negara ini. Mungkin dia baru setahun jagung menceburi bidang politik sehingga menyebabkan beliau mudah atau sengaja tersasul. Kadang-kadang terlalu berlagak pandaipun tidak boleh juga. Tidak mengapa, kita nampak bodoh seketika, asalkan tidak merugikan Islam. Saya amat bimbang dengan umat Islam hari ini, masing-masing hendak menunjukkan pandai. Mereka tidak sedar bahawa ‘kepandaian’ mereka itu sebenarnya boleh menjahanamkan Islam sehingga Islam dianggap sama dengan agama lain atau pluralisme. Kita boleh berkongsi nilai-nilai agama yang mulia, tetapi kita tidak berkongsi agama, kerana akidah berbeza.

Oleh kerana ahli parlimen ini bukan kelulusan agama atau undang-undang, lebih baik jangan terlalu obsess dalam membincang isu-isu ini, kerana boleh membahayakan diri sendiri. Inilah akibatnya apabila kita terlalu ghairah untuk berkuasa. Bila bercakap, tidak fikir implikasinya terhadap agama suci murni ini.

52 comments:

Anonymous said...

ah tee terlebih perasan yang dia lebih Islamik dari yang lain! Bila ah tee buka sahaja mulut, ianya tidak lebih dari merendah-rendahkan serta memalukan terhadap seseorang dari parti pembangkang! Ingatlah ah tee masa kamu pun dah tak lama lagi! Jangan ingat kerusi empuk yang kau duduki tu akan kekal sampai kiamat! Kamu juga akan mati pada suatu hari nanti! Soalnya sudahkah kamu bersedia untuk azab yang menanti kamu sebelum mencium maut? Sesekali tu cubalah pandang-pandang belakang sedikit!

Anonymous said...

Pertamanya, kita kena tahu membezakan isu. Isu yang pertama ialah tidak ada paksaan didalam beragama tanpa mengira bangsa. Isu yang keduanya murtd setelah Islam.

Janganlah kita menyempitkan pemikiran kita dengan menyamakan dua perkara diatas. Jika seseorang itu memilih Islam tanpa paksaan, dia akan sayang dengan Agamanya Islam sebagai Addin, the way of life.

Di MAlaysia ini, Orang Melayu yang mengaku dirinya Islam, masih jauh pemikirannya menjurus kepada ajaran Islam yang sebenar. Berapa ramai orang Islam sekarang ini tebal imannya, ini termasuklah diri saya sendiri - lihat jujukan ini:-
1) Sayang Allah
2) Sayang Rasul
3) Sayang Ibu/Ayah

Islam sekarang, lebih sayang harta dan takut punca rezeki hilang. Apa ada pada Melayu... jika takut pada makhluk. Apa ada pada Islam jika takut kepada makhluk. Takulah kepada Allah swt.

Anonymous said...

Haha 11:34 PM, yang perlu tengok belakang tu kamu. Sebab Anwar Al Juburi sentiasa ada di belakang. Jaga, nanti di sodok dia.

Kamu asyik kommen personal. Bila kamu buka sahaja mulut, asyik cuba merendah-rendahkan serta memalukan orang lain, tidak membincang isu isu yang di kemukakan. Cuba, tapi tak berjaya.

Aku hairan dan bosan dengan pemikiran kamu. Asyik cuba hijack perbincangan. Ini lah jenis Pakatan Rakyat. Kamu semua tidak boleh di benarkan lama merintah di 4 negeri sekarang ini dan tidak boleh di biarkan sampai ke Putrajaya.

Anonymous said...

Pertubuhan yang dianggotai sekumpulan wanita Islam tetapi anti-Islam itu pemikiran mereka pelik sikit. Bukan kah mereka yang galakkan suami kahwin lebih dari satu atau polygamy. Walau pun Islam membenarkan sehingga 4 isteri, pendirian begini ada lah ganjil. Mungkin untuk mengejar publisiti, berjenaka, cakap demikian kapada pemberita, kemudian ketawa antara mereka.

Jika benar mereka begitu, tidak hairan lah mereka menyokong Wakil Rakyat yang kata kebebasan agama di negara ini merangkumi orang Melayu. Mungkin ada yang salah fahaman antara mereka, tapi seorang darinya giat dalam usaha usaha membangkang. Marina Chin Abdullah sibuk di Bersih 3.0, di himpunan yang di panggilnya Himpunan Merdeka dsbnya.

Di berita semalam dia di tahan di Sabah, di lepaskan hanya selepas pihak berkuasa mengambil kenyataan darinya. Kalau tak silap dia juga di tahan akibat Bersih 3.0 dan di dakwa di Mahkamah. Ligat orangnya dia.

Anonymous said...

Tak usah harap lah pakar pakar dalam PAS yang fasih berbahasa Inggeris menterjemahkanlah apa yang diucapkan Nurul Izzah kepada pimpinan mereka.

Kalau dah Dr Mahfoz, Naib Ketua puak Ulama PAS di laporkan Bernama mengatakan Hadi akan menjadi Perdana Menteri “jika PAS menang majoriti Parlimen”. Perinsip itu tak salah tapi nampaknya sudah aya, bak kata orang sepatah, khayyal, mungkin mabuk, dengan fikiran nak menang hingga tak kisah kebenaran atau realiti.

Mereka perlu menang 112 kerusi jika mahu dapat majoriti Parlimen. Pada hal di 2008 mereka menang hanya 23 kerusi. (Dan kesemua parti komponen Pakatan Rakyat pun menang sejumlah ha nya 82).

Padan lah Hadi kata di Muktamar semalam Putrajaya bukan lagi mimpi. Bermakna selama ini mereka ha nya bermimpi. Bila sedar dari mimpi, melatah mahu menang 122 kerusi walau pun di 2008 menang hanya 23 kerusi. Astaghfirullah.

Anonymous said...

Naib Ketua sayap Ulama PAS Dr Mahfoz cakap Hadi akan jadi PM tu untuk menyakitkan hati Anwar saja kot.

Anwar pulak respon mengatakan "boleh bincang" - di lapor dek Malaysian Insider semalam. Tak tahu apa yang nak bincang kalau pegawai tinggi PAS dah cakap macam itu. Dan di hebohkan di Muktamar PAS pulaknya. Gemuruh sorak bila di cadang Hadi jadi PM.

Tambah pulak - Hadi setuju, kembang kembang hidung bila di cadangkan dia jadi PM.

Mesti menyinga Anwar, mengalahkan singa Karpal Singh gamaknya. Maka berperang lah mereka Anwar, Hadi, Karpal Singh, fasal siapa jadi PM, fasal Hudud, fasal kerusi nak tanding - PAS nak menang 122 kerusi mesti nak tanding 200 kerusi, tinggal hanya 22 kerusi untuk PKR dan DAP tanding, hahaha.

Asyik bergaduh macam itu macam mana pengundi nak sokong PAS & PR nak sampai Putrajaya? Macam mana nak merintah jika asyik terus bergaduh fasal Hudud, fasal jawatan dll?

Anonymous said...

Hadi sokong dan pertahankan Nurul Izzah hanya sebab nak nampkkan PR bersatu. Dia tahu banyak hal PR bersepai. Nak tunjuk saja le.

Anonymous said...

Diorang tak dengor apa yang disebut di Utube kot. Kalau dengor pun, tak faham. Kalau faham pun, buat tak faham.

Apa peduli apa Perlembagaan kata, apa undang undang lain kata. Politik punya pasal, beb. Mana ada perinsip orang tu semua.

Hang Tuah said...

RT,
Anda menyatakan bhw "Islam bukan agama kedai kopi, keluar masuk sesuka hati, bila ‘dirasakan’ sukar untuk diamalkan."

Kalau begitu , adakah agama sebelumnya anda menganuti ialah agama Kedai Kopi ?
Sebab anda telah masuk dan keluar agama(bukan islam)dulu anda seperti kedai kopi seperti anda katakan
Oleh itu , adakah anda sedang mencaci agama(bukan islam)dulu anda sebelum anda memeluk islam ???


Anonymous said...

Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan, Perkara 3, 11 dan Perkara 160 (2), makna Melayu, yang membawa erti, beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan berbudaya Melayu.

Nik Aziz di katakan pernah berkata, "Ambo buke Melayu, Isle je".

Kot Nurul Izzah boleh beri tahu Nik Aziz dia bebas boleh murtad atau di murtadkan? Sebab dia kata dia buke Melayu. Haha, Nik Aziz boleh murtad!

Anonymous said...

"Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan, Perkara 3, 11 dan Perkara 160 (2), makna Melayu, yang membawa erti, beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan berbudaya Melayu. Bermakna, orang Melayu mesti beragama Islam. Jika keluar Islam, maka, sudah tidak Melayu lagi namanya. Kebebasan menukar agama tidak terpakai kepada orang Melayu (Islam). "

Bolehkah saya tanya RT apakah pendapat anda tentang nenek moyang Melayu beratus-ratus tahun dahulu di Malaysia yang menganut Hindu-Buddha , adakah mereka dikenali sebagai Melayu atau lain ? Seperti yg dicatat di Perlembangaan ...

Anonymous said...

semasa Perlembagaan Persekutuan diwujudkan, ianya telah dibincang dan dibahaskan dengan panjang lebar oleh Suruhanjaya Reid yang turut dianggotai oleh dua orang Muslim iaitu Hakim B Malik - India dan
Hakim Abdul Hamid - Pakistan.

tanah melayu ketika itu, majoritinya berbangsa melayu dan beragama Islam. manakala bangsa2 lain dengan fahaman dan agama masing2. ada juga yang beragama Islam tetapi berbangsa lain (tetapi sangat kecil bilangannya).

atas kesepakatan pemimpin2 utam
a tanah melayu ketika itu, cadangan/pendapat rakyat jelata juga dan menerusi perbincangan bersama suruhanjaya tersebut... maka melayu itu di dalam perlembagaan disebut sebagai beragama Islam, bertutur bahasa melayu dan mengamalkan budaya melayu.

mereka bukan semata2 mempertahankan melayu tanpa asas. tetapi semangatnya ialah mengelakkan daripada adanya cubaan menyebarkan fahaman atau ajaran agama lain kepada orang melayu yang sememangnya beragama Islam pada ketika itu. selain mengelakkan orang2 bukan melayu menukar agama kepada Islam hanya semata2 untuk mendapat keistimewaan tertentu (sebab itu mesti tahu bertutur bahasa melayu dan mengamalkan budaya melayu).

apa itu bahasa melayu? bahasa yang dituturkan oleh orang melayu ketika ini dan telah menjadi bahasa rasmi persekutuan. apa itu budaya melayu? budaya melayu telah banyak berubah dan mengalami penambahbaikan sejak kedatangan Islam sebelum merdeka lagi. yang tidak berubah ialah adat dan ia masih dipengaruhi oleh warisan turun-menurun atau nenek moyang. kita kena tahu bezakan antara adat dan budaya.

suruhanjaya reid menyatakan, selepas 15 tahun (jika tidak silap)....perlembagaan boleh dipinda mengikut kesesuaian. tetapi perkara 11 tidak dipinda untuk menghalang berlakunya murtad... ini kerana memandangkan Malaysia adalah negara berbilang agama. ia akan menjadi isu yang boleh mencetuskan beberapa keadaan yang kurang baik. dan tindakan yang diambil adalah sekatan telah dibuat menerusi arahan melarang menyebarkan fahaman dan ajaran agama kepada mereka yang beragama Islam (dinyatakan dalam perlembagaan).

sebagai langkah berjaga2 setiap negeri ada pasukan agama masing2 yang akan mengambil tindakan drastik jika ada aduan dan maklumat berkenaan cubaan memurtadkan orang Islam atau menyebarkan fahaman dan ajaran agama lain kepada orang Islam.

kerana itu, apabila hendak berbicara tentang agama... maka sebaik2nya jangan sebut tentang bangsa... dan jika hendak sebut tentang bangsa, apatah lagi menyentuh soal agama, maka kena dijelaskan dan mengambil kira tentang keadaan pada masa sekarang....dan juga orang2 yang di hadapan anda atau orang2 yang mungkin akan mendengar atau menonton kerana ada rakaman video/audio.

di Malaysia, melayu itu beragama Islam. :)

notakaki: cuba sebut depan orang india,"orang india boleh makan lembu". atau depan orang melayu,"orang melayu boleh makan babi" ... apa agaknya fahaman atau pengertian orang yang mendengar? :)

Anonymous said...

Hang Toya 12:34 PM,

Kamu takda kerja lain ke? Asyik personal dengan RT. Dia takda masa pun nak balas kau. Aku yang jadi pembela dia. Nak kata pencacai pun lantak lah. Aku taknak kau bermaharaja lela di sini. Mengomel tak tentu arah meng"distract" perbincangan. Mesti di ketuk kepala kau tiap kali kau buat gitu.

Pigi lah tanya mak bapak kau macam mana nak beradab bersopan santun sikit di blog orang.

Anonymous said...

3:15 PM,

Setuju dengan pendapat Sdr. Nak tambah sikit:

Perkara perkara sensitif di dalam Perlembagaan di lindungi oleh Akta Hasutan 1948. Perkara perkara itu di masukkan ke dalam senarai yang terlampir kapada Akta Hasutan itu.

Bermakna tidak boleh di bincang, di perso'al, apa tah lagi di cuba pinda.

Umpamanya serupa seperti di notakaki yang Sdr beri - jika bukan Melayu perso'alkan Kedudukan Istimewa Melayu, contohnya, akan menarik melayu menyo'al hak kerakyatan bukan Melayu.

Sebab itu telah di anggap sebagai balasan baginya. Walau pun Kedudukan Istimewa Melayu itu telah ada "since day one", kata Menteri Penjajahan Britain masa membincang kemerdekaan Malaya di tahun 1956.

Anonymous said...

RT masih RT. Masih tidak dapat ubah fikiran kuno dan fanatik dia. Harap dia lebih belajar tamadun manusia dan agama lain dengan lebih teliti jangan terlalu buta mengikut. Harap masa dapat mengubah fikirannya.

Anonymous said...

Sdr Anon 3:15 PM,

Benar bahawa Melayu itu di dalam Perlembagaan disebut sebagai beragama Islam, bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu.

Orang Melayu telah mula menganut agama Islam sejak abad 13 lagi. Sultan Melayu Melaka menganut agama itu di awal abad 15 dan semua rakyatnya ikut sama.

Apa itu Bahasa Melayu, budaya Melayu? Sudah lebih 6,000 tahun bahasa dan budaya Melayu itu, berasal di Gugusan Pulau Pulau Melayu (the Malay Archipelago) ini. Apa yang di panggil Keluarga Besar Melayu berjumlah 350 juta maanusia di dalam dan di luar gugusan itu.

Sesiapa yang ingin tahu mendalam, sila baca buku buku yang mengandungi kajian kajian yang di buat oleh pakar pakar bahasa (linguists), pakar kaji maanusia (anthropologists), pakar kaji purba (archaeologists) dan lain lain sejak zaman Captain Cook di abad 18, di teruskan di abad 19, di hebatkan mulai pertengahan abad 20, termasuk pakar pakar tempatan -

1. The Malay Civilization, 2007
2. Tamadun Alam Melayu, 2009

Kedua dua buku itu di terbitkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia (yang di tubuhkan sejah zaman British kolonial lagi) dan boleh di beli di bangunan mereka sendiri 5 tingkat - Wisma Sejarah, depan IJN, Jalan Tun A Razak, KL.

tokgaru said...

Strategi halus ultra kiasu dan DAP nampaknya telah berjaya.

Ulamak sama ulamak dah tak sependapat lagi.

Ulamak kah Nik Aziz itu membisu seribu bahasa bila Nurul Izzah kata orang melayu juga jangan dihalang jika mahu keluar islam.

Adakah orang2 Pas akan makan babi bila Nik Aziz kata babi itu halal ?

Adakah orang Pas akan minum arak jika Nik Aziz kata arak itu harus ?

Dalam keadaan yang kita nampak pada hari ini, apa saja kata2 Nik Aziz dianggap syariat oleh para pengikut Pas.

Adakah berdoa kepada Allah dalam keadaan menjerit2 itu syariat ?

Anonymous said...

4:40 PM,

Cuba kamu ubah fikiran bodoh dan degil kamu. Takda hujah, takda idea, takda pemikiran selain menuduh RT.

Bukan saja pemikiran kamu kuno dan fanatik. Kamu juga tak bertamadun dan kurang ajar.

Bila kamu mengata "Harap dia lebih belajar tamadun manusia dan agama lain dengan lebih teliti jangan terlalu buta mengikut", kamu nampak sangat bangang dan bingong. Harap kamu jumpa doktor pakar sakit jiwa supaya dapat mengubah fikiran dan tabi'at kamu.

Kamu mencaci dan mencacai di sini, membuang masa pembaca saja. Bertaubat lah.

Anonymous said...

Perlembagaan adalah manusia yang tulis boleh ubah ikut zaman. Ayat-ayat tuhan juga berubah ikut zaman itu sebab zaman Musa dengan Muhammad juga lain. Oleh itu zaman baru ini manusia perlu berubah fikiran baru tak ketinggalan zaman. Ha ! Ha ! Ha !

Anonymous said...

Pertubuhan wanita yang di sebut itu memang jahil Islam. Mereka mungkin berpelajaran tinggi tapi tidak ada pengtahuan asas yang cukup dalam agama Islam.

Tambah pulak pengtahuan mereka berkenaan undang undang mentadbir Islam di negara ini tidak mendalam.

Malangnya, ada yang peguam di antara mereka pun, seperti Marina Chin Abdullah, tidak dapat menasihat mereka dari segi undang undang Islam dengan memuaskan. Kerana kepercayaan Islam dia mungkin tidak begitu kuat.

Tidak tahu latar belakang dia memeluk Islam. Mungkin kerana kahwin dengan orang Islam. Jika demikian, motifnya memeluk agama Islam itu tidak sekuat jika dia memeluk agama itu dengan sukarela sendiri, dengan mengtahui apa itu Islam sebenarnya, terdorong dengan panggilan agama itu, tidak sebab kahwin dengan orang Islam.

Pihak berkuasa agama perlu memberi perhatian kapada perkara seperti ini.

Hang Tuah said...

4:00 PM, November 19, 2012 ,
Sering kata ,percakapan dan penyampaian akan menunjukkan peribadi diri sendiri .
Siapakah yang tidak sopan santun di sini ?Tepuk dada tanya diri sendiri , siapakah yang mengeluarkan kata-kata kesat di sini dan post RT sebelum ini ?

Saya hanya tidak faham sesuatu perkara barulah saya tanya daripada RT ,adakah ini sesuatu kesalahan?
Harap maklum ,

Unknown said...

Saya menyokong Nik Aziz jadi MB Kelantan lagi 88tahun.. dari berhala baring, bersila dan kini berdiri telah pun berjaya di bina dan berskala 'giant' di negeri serambi mekah...

Tahniah Pok Nik!

Semoga terus mengeluarkan kenyataan memurtadkan sesama ISLAM!

Unknown said...

Saya menyokong Nik Aziz jadi MB Kelantan lagi 88tahun.. dari berhala baring, bersila dan kini berdiri telah pun berjaya di bina dan berskala 'giant' di negeri serambi mekah...

Tahniah Pok Nik!

Semoga terus mengeluarkan kenyataan memurtadkan sesama ISLAM!

Unknown said...

Saya menyokong Nik Aziz jadi MB Kelantan lagi 88tahun.. dari berhala baring, bersila dan kini berdiri telah pun berjaya di bina dan berskala 'giant' di negeri serambi mekah...

Tahniah Pok Nik!

Semoga terus mengeluarkan kenyataan memurtadkan sesama ISLAM!

Anonymous said...

PAS "menuding jari, “ini adalah permainan politik kotor UMNO”. Tapi selepas Muktamar 2012 mereka hujung minggu lalu, rakan rakan sekatil mereka menuding jari kpd mereka pulak.

Nyata Hukum Hudud kembali di peluk mereka, menggantikan Negara Berkebajikan - sekejap tukar sekejap tukar punya pendirian. Puak Ulama menang kali ini nampaknya. Hadi di laung jadi PM jika PR menang di PRU13. Menempeleng muka Anwar yang asyik nak jadi PM.

Gigil lutut ramai bukan Melayu yang takutkan Hudud. Lim Guan Eng kata DAP sokong Anwar sebagai calon PM. Karpal Singh belom keluar membantai Hudud berturut turut lagi.

Anonymous said...

Begitu ramai yang mengutuk dan mengeluarkan komen tak senang hati dengan PAS berikutan Muktamar 2012nya. Termasuk blog blog Pembangkang seperti Malaysiakini, Malaysian Insider, Free Malaysia Today, Malaysia Chronicle.

Ini semua boleh di lihat dari beberapa tajuk berita berikut:

PAS Ulama: Pakatan cannot ignore views expressed during muktamar
The Star Online – ‎13 hours ago‎
PETALING JAYA: The PAS Ulama wing has stepped up its call for their party president Datuk Seri Abdul Hadi Awang to be the Prime Minister if Pakatan Rakyat wins in the coming polls. The wing said Pakatan Rakyat could not ignore the views of PAS’ one …

Chinese unease over Hadi as PM: PAS can lose votes & drag PR down
Malaysia Chronicle – ‎2 hours ago‎
The just ended PAS annual general conference (Muktamar) has landed Pakatan Rakyat into troubled waters again. What started off on the right footing with Hadi Awang’s presidential address that reflects PAS as a matured partner in solidarity and harmony …

Divided PAS spells trouble for Pakatan
Free Malaysia Today – ‎12 hours ago‎
PAS has been ‘penetrated’ by elements with ‘foreign’ ideologies while its only ‘national’ policy is the implementation of hudud in Malaysia. COMMENT. Is PAS in a riddle? Or has it turned into a “maze-runner”, lost in a battlefield where survival is only for the …

Hadi Awang’s compelling straddle in PAS divide
Malaysia Kini – ‎10 hours ago‎
COMMENT The way PAS president Abdul Hadi Awang has straddled the obvious divide in his party between those who are untroubled about their participation in Pakatan Rakyat and those who are uncomfortable with it compels attention. It’s a divide that has …

Pakatan, don’t put the cart before the horse
Malaysia Kini – ‎Nov 18, 2012‎
YOURSAY ‘Before you try to hatch eggs, you must first get the eggs. And then, think deeply on who should be mother hen to sit on the eggs.’ Hadi as PM? No problem, says Anwar your say Giudice: Pakatan Rakyat is falling into a trap by putting the cart before …

WHY SO SCARED: Jittery MCA says ‘no’ to Hadi as PM
Malaysia Chronicle – ‎11 hours ago‎
As if convinced that Barisan Nasional’s defeat at the coming general election was imminent, MCA today stated its strong objection to any plan to appoint PAS president Tuan Guru Abdul Hadi Awang as prime minister. And among the reasons cited by the …

Hudud-leaning Hadi won’t do in Sabah
Free Malaysia Today – ‎12 hours ago‎
Abdul Hadi Awang’s ‘willingness’ to be the prime minister has rekindled a previous controversial call he made for a ‘unity government’ with Umno. KOTA KINABALU: Late last year there were speculations filtering out of Umno corridors in Kuala Lumpur that …

‘Plan to make Hadi as PM shows squabbling among opposition’
New Straits Times – ‎2 hours ago‎
KUALA LUMPUR — The PAS intention to make its president Datuk Seri Abdul Hadi Awang as prime minister should the opposition pact win the general election shows that they are squabbling among themselves. Former prime minister Tun Dr Mahathir …

Pakatan Rakyat is weak, says Dr Mahathir
New Straits Times – ‎1 hour ago‎
KUALA LUMPUR: Former prime minister Tun Dr.Mahathir Mohamad said the Pakatan Rakyat (PR) has once again proven to be a weak coalition due to their sheer fickle-mindedness. MAHATHIR. Tun Mahathir Mohamad giving speech during the “Malaysians …

Anonymous said...

Perlambagaan ada lah nyata - agama negara ini ada lah Islam.

Undang undang yang di gubal berikutan dengan peruntukan di Perlembagaa itu ada lah nyata - orang Melayu tidak boleh murtad atau di murtadkan.

Itu semua telah di luluskan di Parlimen. Bukan undang undang kuno. Karut bagi sesiapa mengatakan itu kuno.

Anwar ada sebut undang undang negara ini kuno. Tapi itu berkaitan dengan sokongannya terhadap LBGT. Dia main belakang, menyodok, terbukti di Sodomi I dan ada rayuan bagi Sodomi II. Jadi, dia kata begitu untuk kepentingan peribadinya. Mengarut punya maanusia.

Anonymous said...

4:13 PM,

Kamu perlu di potong lidah dan di sula lubang bontot kamu dengan buluh. Cuba mengetawakan agama Kristian dan Islam. Bedebah kamu.

Anonymous said...

Hang Tuah @5:22 PM,

Tidak salah bertanya, asalkan bahasanya beradab. Dan tujuannya tidak mencaci dan mencacai.

Selagi bahasa dan tujuan kamu di curiga, selagi itu lah kamu akan di caci dan di cacai semula.

Anonymous said...

Melayu Ultra,

Sdr masuk membuat komen di sini di alu alukan.

Tapi Sdr komen yang di atas itu mengelirukan. Bunyi macam Sdr menyokong Nik Aziz.

Bila tekan link di nama blogging Sdr, nampak dari kata kata Sdr di blog Sdr itu bahawa Sdr menyindir Nik Aziz.

Saya cadangkan supaya kita berhati hati bila menyindir. Sebab ramai di pihak sana tak faham sindirian.

Ada masa masanya saya terbaca komen pihak mereka yang menunjukkan mereka tak faham sindiran Tun Dr Mahathir pun.

Anonymous said...

Kalau dah blog blog Pembangkang seperti Malaysia kini, Malaysian Insider dan Malaysian Chronicler pun menghentam PAS dengan sengit, nampaknya akan pecah Pakatan Rakyat.

Kalau dah puak Ulama dan puak Erdogan bertikam lidah dan pendirian di Muktamar 2012, di Harakah dan di sekitarnya, nampaknya akan pecah PAS.

Mungkin boleh di'doakan secara besar besaran, sepeti PAS buat bagi UMNO.

Anonymous said...

Murtad bagus sama-sama boleh makan bak kut teh, minum beer, tidak perlu pilih makanan, tidak perlu pilih restoran, boleh bela anjing, tidak perlu puasa, tak payah bertudung, tak payah sembahyang 5 kali dll. Inilah panggil hak asasi manusia ! MURTAD BAGUS ! MURTAD BAGUS ! MURTAD BAGUS !

tokgaru said...

Bodoh memang bodoh.

Dua tiga hari ni teman tengok puak2 melayu bukan Pas kepanasan tak habis2 bila Nik Aziz kata " Umno Murtad kerana tolak islam ".

Maka mereka pun pakat buat laporan polis dan demo. Itu kerja bodoh.

Bodoh kerana secara tak sedar korang semua mengakui dan mengangkat darjat Nik Aziz seolah2 si tua nyanyuk tu sama level dengan Allah swt.

Cuba berfikir dan bertanya :

1. Adakah akan jadi murtad seseorang itu kalau Nik Aziz kata dia murtad tapi Allah tak kata orang tu murtad selagi dia duk mengucap 2 kalimah syahadah, menunaikan solat, berpuasa ramadan, mengeluarkan zakat dan buat haji bila berkemampuan.

Soalan saya : Adakah anda rasa Nik Aziz tu lebih besar daripada Allah swt.

Teguran saya : Bila anda terlompat2 macam beruk kena belacan hanya kerana Nik Aziz kata " Umno murtad " itu membawa pengertian Umno, orang Umno, orang bukan Umno tapi pro Umno dan NGO pro Umno mengiktiraf fatwa Nik Aziz adalah sama taraf dengan hukum yang ditetapkan oleh Allah swt.

Saya musykil : Adakah Umno juga turut mengiktiraf Nik Aziz adalah secara resmi menjadi jurucakap kepada Allah swt (spokesman to the almighty god Allah) ?????

Nasihat saya : Kalau Umno dan kita yang pro Umno tak mengiktiraf Nik Aziz sebagai jurucakap kepada Allah .. jangan ambil peduli lah dengan dia, jangan gentar lah dengan orang tua tu .. anggap lah Nik Aziz tu seorang tua yang nyanyuk dan wire putus.

Dont waste your time to response to a fatwa made by A Mentally Disorder Old Mad Man.

Jika Umno percaya kepada Allah. Jika Umno yakin dengan janji Allah. Jika Umno rasa sudah buat yang terbaik setakat yang termampu untuk agama Allah. Dan paling penting jika Umno percaya Nik Aziz tu bukan jurucakap atau wakil khas dari Allah swt ...

.... insyallah Allah swt akan memihak kepada Umno pada PRU 13 nanti.

Anonymous said...

7:54 AM,

Sudah sampai masanya kamu di beri c&p berikut lagi:

He (the bloke at 7:54 AM) has a foul mouth and incorrigibly bad manners. He is descended from a mixture of races, including the non-Chinese races in China that history Professors have written about, the bad aspects of which manifest in him –

Mongol (hugely polygamous Genghiz Khan invaders and colonizers in the 13th Century), Tungus, Turk, Tai, Miao, Tibetan, Manchu (invaders and colonizers embedding themselves in China for several hundred years, ruling until the 20th Century - from Manchuria, a foreign country until after World War II), Yueh, Yao, etc. And the hill tribes of southern China – the Cina Bukit.

That’s why he is biadap and kurang ajar. Commenting without decorum and decency. Only he and his kind are like that - biadap (DAP Vice Chairman Tunku Aziz also said that of Lim Guan Eng when he bolted out of the party) and kurang ajar, the Cina Bukit kind.

Anonymous said...

tokgaru,

Setuju dengan pendapat Sdr.

Setuju juga dengan nama blogging Sdr.

Anonymous said...

Tak kisah ahli parlimen ini kelulusan agama ke undang-undang ke ape ke, dia akan keluarkan kata kata nak kejar undi. Dia tak kisah, main sebat saja. Macam bapak dia.

Jadi, tugas kita ia lah sebat dia. Sampai pengundi kawasan Parlimen Lembah Pantai humban dia ke longkang kerana mengeksploitasi agama untuk politik dia.

Anonymous said...

Islam jenis apa ni? Asyik mencaci dan mencacai. Ustaz dan seekor polis sesat di sini. Patutlah ramai yang rasa jijik dan nak konvert.

Anonymous said...

Hadi pada awalnya berdiam diri, kemudian menyokong dan mempertahankan Nurul Izzah. Dia mencedok air di kolam yang keroh. Kononya menunjukkan rakyat air itu boleh di minum. Tapi PAS memang biasa minum air keruh di Kelantan. Air paip di negeri itu pun keruh. Kesian orang Kelantan. Kesian orang PAS.

Anonymous said...

Usaha Hadi menyokong Nurul Izzah kononnya menunjukkan PAS sama sebaris dengan PKR. Tak kira betul salahnya Nurul Izzah. Nampa macam takda perinsip. Sama macam bapak Nurul Izzah. Selalu di katakan takda perinsip.

Tapi bila Muktamar PAS di hujung minggu lalu mahukan Hadi jadi calon PM untuk Pakatan Rakyat, dan Hadi terima cadangan itu, pecah lah baris Pakatan Rakyat. "Boleh di runding," kata Anwar. Entah apa yang nak di runding pasal jadi PM. Nyata Anwar di tampar hebat dek cadangan Muktamar itu.

Anonymous said...

Hah 8:12 PM,

Tahu pun kau ada Polis di sini. Selagi kau keluar menyanyah, kau akan di sebat.

Mengarut kau mengatakan ada yang jijik dan mahu convert. Jijik dengan tabi'at kau tu memang lah. Tapi takda orang yang cuba nak convrt kau ni. Tak guna punya maanusia, tak guna nak di konvert kapada apa apa. Kau jenis yang merosakkan keadaan di mana mana kau berada saja.

Anonymous said...

Bila orang Islam sokong murtad, lintang pukang lah akidah depa.

Patut di humban dari tingkap, jatuh ke kandang babi, di biarkan bergelumang dengan tahi babi.

Itu saja cara mengubatnya. Penyakit bingong yang tak terkira.

Wak Labu Farm said...

Wak mau tanya sikit sama ini ulamak UMNO. Wak ni keturunan Jawa + Banjar, Adekah Wak ini Melayu?

Sila Jawab!

Anonymous said...

Kalau beragama Islam, berbudaya Melayu dan bernama dengan Bin/binte dan berbahasa Melayu kat luar tetapi kat rumah bercakap keling atau Cina, layak ke diberi gelaran bangsa Melayu?

Ngapa RT kata bangsanya Cina, padahal dia sepatutnya dah tukar bangsa ke Melayu dah?

Kiasu nak panggil sendiri bangsa Melayu ke?

Anonymous said...

7.34am,

Aku kata ada " seekor "polis. Kau berasa bangga ke dipanggil seekor kah? Baguslah cam tu.

Anonymous said...

Wak Labu,

Selepas baca profile Sdr, saya rasa so'alan Sdr perlu di jawab dengan serius. Jawabnya:

1. Mengikut Perlembagaan negara ini, sesiapa yang bebahasa Melayu seharian, beragama Islam dan hidup ikut cara atau budaya Melayu, dia itu Melayu. Tak kira dari suku kaum Jawa, Banjar, Bugis atau sebagainya.

2. Mengikut kajian kajian yang di buat sejak beratus tahun dahulu, yang di pesatkan di pertenghan kedua abad 20 yang lalu, oleh pakar pakar kaji bahasa (linguistics), kaji maanusia (anthropologists) kaji bahan purba (archaeologists) dan lain lain pakar, kesemua suku kaum yang berasal di Gugusan Pulau Pulau Melayu atau "The Malay Archipelago" ini sejak beribu tahun dahulu, ada lah Melayu atau di kenali sebagai Keluarga Besar Melayu, walau pun berbeza agama.

Ini termasuk orang asal atau natives Sabah dan Sarawak (yang juga di kenali sebagai Bumiputera), orang Indonesia, orang Filipina, dan berbagai lagi suku kaum yang sekarang berada di kepulauan Malayo-Polynesia, orang Champa di Vietnam dan Cambodia, suku kaum Melayu di Taiwan yang bahasanya juga dari Keluarga Bahasa Melayu.

Hingga ada suku kaum di Hawaii (US) dan di Madagascar, South Africa, Pulau Easter Australia, dan suku kaum di New Zeland yang juga termasuk di dalam apa yang di panggil Rumpun Melayu, walau berbeza agama.

Kita harus ingat bahawa Melayu di Malaysia, Indonesia dan selatan Filipina memeluk agama Islam hanya beberapa ratus tahun dahulu sahaja, bermula dengan orang Aceh di Sumatera Utara, melalui perdagangan dengan orang India Muslim dan orang Arab, mulai abad 13 yang lalu. Pada hal orang Melayu telah bermula di Gugusan Pulau Pulau Melayu ini sejak lebih 6,000 tahun dahulu.

Istilah "Melayu" itu telah di gunakan sebab kan orang Melayu lah yang mula mula di temui oleh orang luar, termasuk dari Eropah, di zaman lalu.

Baca lah buku buku berikut, yang di terbitkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia (yang telah di tubuhkan sejak zaman pemerintahan British lagi):

- The Malay Civilization (terbitan 2007)
- Tamadun Alam Melayu (terbitan 2009)

Boleh di beli di bangunan 5 tingkat kepunyaan Persatuan Sejarah Malaysia itu sendiri - yang bernama Wisma Sejarah, depan Institiut Jantung Negara, di Jalan Tun A Razak, Kuala Lumpur (RM85 satu).

Anonymous said...

Yang sekor membuat komen di 5:39 PM, dan di 9:06 AM itu tidak perlu di jawab dengan serius.

Mungkin dengan serius juga, tapi cara di kutuk, di keji dan di caci. Sebab dia asyik keluar di sini dengan niat yang jahat dan kurang ajar.

Anonymous said...

Murtad tak murtad suka hati dia ! Hati sudah suka kereta itu macam mana nak sekat ? Ini zaman baru suka hati dialah !

Anonymous said...

Bapak borek, emak rintik, anak terkedik kedik. Tidak lain, tidak bukan.

Bapak nak pertahankan keselamatan Yahudi Zionis Israel, emak kata itu anugerah Tuhan, apa yang boleh di harapkan kapada si anak?

Untuk mendapatkan undi, apa saja buat. Jahanam lah agama, bangsa dan negara macam itu. Tuhan yang membalasnya. Percaya lah.

Anonymous said...

".. di Malaysia, bila disebut Melayu, mereka mesti menerima Islam sebagai cara hidup .."

Tidak ada so'al tidak menerima. Yang di kampung, tak pergi sembahayang Juma'at 3 kali, akan di pulaukan. Di bandar sebab hidup sibuk, maanusia berselirat, Melayu tak berjiran Melayu, ada yang tak sedar tak sembahayang Juma'at, bila mati, waris bingong tak tahu atau malu nak menghubungi mesjid bagi urusan pengkebumian.

Tapi bagusnya Islam dan pengangut penganut agama ini, pengkebumian bagi mayat itu akan juga di uruskan
tanpa bayaran wang seperti agama Kristian contohnya.

Yang "murtad tanpa pengetahuan" Tuhan akan membalasnya. Berapa lama dia memeluk agama Islam, kebaikan yang dia lakukan di masa dia Islam, sebab sebab dia murtad dsbnya, itu semua Tuhan yang menilai dan menghakimkan tahap Neraka yang dia akan di humban bila sampai masanya.

Tiada ma'af bagi yang murtad walau apa sebab, walau dengan senyap senyap sekali pun.

Anonymous said...

Bangsa dicipta melalui Perlembagaan? Negara mana kat dunia yang buat macam ni?

Umno yang ciptakan bangsa Melayu mengikut Perlembagaan untuk saudara Mamak dan Mualaf seperti RT.

Apa salahnya kalau sendiri bangga dengan bangsa sendiri seperti Jawa, Bugis, Bajau, Acheh, Kelabit dll dan tidak perlu dipanggil bangsa Melayu yang dicipta Perlembagaan?

Yang beria-ia nak digelar bangsa Melayu melalui Perlembagaan supaya dapat menikmati keistemewaan, fikirlah sendiri siapalah agaknya?

Tak kiasu ke macam tu?

PEMBANGKANG-DAP said...

10:44 AM,

Kau sekolah mana? Tu lah, dulu mak bapak kau tak mau hantar kau ke Sekolah Kebangsaan, tak mau kau belajar Sejarah, macam orang DAP. Kan dah jadi bodoh korang.

Tahun depan Sejarah di mestikan, semua murid murid mesti berlajar Sejarah, Perlembagaan dsbnya. Tak lulus Sejarah, tak lulus SPM. Macam BM juga.

Aku fikir generasi depan tak banyak masalah fasal fahaman Perlembagaan, sejarah negara ini, perlunya hormatkan dan patuhi Perlembagaan dan segala undang undang negara yang timbul darinya.

Tapi apa nak buat kapada orang macam kau? Yang dah terlepas paksaan berlajar Sejarah, Perlembagaan dsbnya?

Kau boleh berlajar lagi, tau tak? Berlajar sivik. Tapi jangan berlajar dari DAP atau Pakatan Rakyat. Jahanam lah kau di buatnya kalau gitu. Pergi tanya loyar atau sesiapa yang tak berparti, tak berpolitik (Inggeris panggil apolitical) fasal Perlembagaan dll itu. Nanti kau boleh jadi rakyat yang semenggah. Tak keluar pendapat atau so'alan yang mengarut di sini.

Tapi kalau kau orang DAP atau PR, aku rasa kau tak akan buat apa yang aku cadangkan tu. Kau takkan berusbah pendirian kau, mengarut sini mengarut sana. Kalau gitu, aku syurkan kau apa yang Professor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim kata kapada mereka yang pertikaikan bendera Malaysia dsb di Dataran Merdeka di malam Merdeka yang lalu - dia kata "Berhijrah lah".

Aku pulak setuju bukan saja dengan dia, juga dengan mereka yang kata "Berambus lah". Makna sama - angkat tikar bantal ke Australia, New Zeland, Kanada atau mana mana yang kau boleh hormatkan Perlembagaan diaorang.

Boleh faham? Kalau tak, beri tahu, nanti aku boleh beri penerangan lagi. Tapi tak janji cara manis ke pedas ke. Kalau kau orang DAP menyamar sebagai Melayu (suuruh orang banggakan suku kaum tak banggakan bangsa Melayu ikut Perlembagaan), mesti pedas punya. Sebab maksud kau jahat. Menghalang perpaduan di negara ini.

Anonymous said...

Kebaikan Murtad adalah tidak risau pilih minuman, makanan, pakaian, binatang, kerja, restoran, masa dll. Jadi banyak kebaikan apa tunggu lagi ?