(Sinar Harian, 27 Ogos 2012)
Wartawan Malaysianinsider, Zebra Chong, sekali lagi mensensasikan artikel saya mengenai gerakan Kristianisasi di Asia Tenggara, dengan tokok tambah yang meloyakan. Saya tidak hairan dengan sikap anti Islamnya. Malah memotivasikan saya untuk menyambung kembali isu ini. Biar dia tahu langit tinggi rendah.
Artikel saya hanya mahu menyedarkan umat Islam tentang Kristianisasi. Pihak Kristian tidak kurang juga mengutuk Islam. Saya tidak menafikan hak Kristian untuk mendakyahkan agamanya. Tetapi dalam konteks Malaysia, pendakyahan tidak boleh dibuat sewenang-wenang seperti insiden terbaharu di Pulau Pinang. Benar, ramai umat Islam yang miskin tidak dibantu oleh umat Islam atau institusi Islam itu sendiri. Saya ucapkan terima kasih usaha golongan Kristian membantu. Bantuan tersebut janganlah ada udang di sebalik batu.
Saudari Zebra perlu ingat, keadaan di Malaysia berbeza dengan Indonesia, juga negara Islam yang lain. Agama Islam dilindungi perlembagaan. Walaupun umat Islam berada dalam kesempitan, pihak Kristian boleh tampil membantu, tanpa niat untuk berdakyah atau memperlekehkan agama Islam atau Nabi Muhammad SAW atau boleh juga menyalurkannya kepada pihak NGO Islam atau institusi kerajaan misalnya, untuk disampaikan kepada sasaran. Ini tidak, mereka akan berdakyah terlebih dahulu sebelum memberikan bantuan.
Di Indonesia, mubaligh Kristian tampil memberikan bantuan ketika umat Islam berada dalam kesusahan dan kemiskinan. Misalnya, ketika berlaku tsunami Acheh, merekalah yang paling awal dan pertama tampil ke hadapan memberikan bantuan. Alhamdulillah, ini adalah sikap terpuji. Tetapi lakukan dengan ikhlas.
Mengikut kajian, umat Islam yang sedang dilanda kemiskinan, malapetaka dan tidak arif mengenai agama sendiri akan lebih mudah dipengaruhi. Masyarakat Indonesia bersifat terbuka yang memudahkan mereka terpengaruh. Jika seseorang datang kepada mereka dan melayan dengan baik, memberi makanan, wang dan pekerjaan seperti yang dilakukan oleh gerakan Kristian ini, hati mereka mudah terpaut. “Rakyat Indonesia berfikir dengan hati. Jika kamu dapat memenangi hati mereka, kamu akan memenangi jiwa mereka” (Zahir Zainudin,1.7.2007).
Maka tidak hairanlah sebuah negara yang dahulunya hampir 100 peratus Islam, kini hanya tinggal 83 peratus sahaja, mungkin menurun lagi. Misionari Cina Kristian Malaysia dan Cina Kristian Indonesia, begitu aktif berdakyah, mengalah misionari Kristian barat. Mereka mempunyai kekuatan ekonomi. Kebanyakan pasar raya, hospital dan bangunan mereka mengutamakan perayaan Kristian berbanding hari kebesaran Islam. Pusat komersial mereka dilengkapi dengan gereja sebagai daya tarikan. Bagaimana dengan kita?
Kadangkala, kita tidak wajar menyalah misionari Kristian semata. Kita sendiri yang bersalah. Institusi zakat sepatutnya memainkan peranan. Ketika memberi taklimat dan memungut zakat, mereka tersenyum lebar sampai telinga. Bila sampai bab pengagihan, kenapa muka masam mencuka. Lebih menyedihkan ada yang menghemburkan kata-kata, “tak kerja lainkah selain meminta sedekah”? Inilah kata-kata yang sering didengari oleh mualaf.
Kita sepatutnya mencari mereka yang memerlukan seperti yang dilakukan oleh Khalifah Umar al Khattab dan Umar Abd Aziz. Bukan menunggu mereka datang kepada kita. Di sini kelebihan missionari Kristian
Kita seronok kerana dapat mengumpulkan zakat begitu banyak. Kita suka tengok wang itu, kita laburkan, kita bina bangunan pencakar langit untuk menunjukkan kehebatan kita. Kita tidak sedar betapa ramai yang kecewa dengan Islam, disebabkan perbuatan kita.
Sepanjang kajian saya, dalam jawatan kuasa agihan zakat, tidak ada seorangpun mualaf atau OKU yang dilantik menjadi ahli lembaga. Jika adapun satu atau dua buah negeri sahaja. Semua mereka kalangan yang ‘bergelar’ dilantik menjadi ahli lembaga. Kelayakan tidak diambil kira. Janji mereka mempunyai gelaran. Apakah kelebihan gelaran itu saya masih mencari jawapan?
Saya bersetuju dengan saranan Shaharul Anwar Shafie (14.8.2012), pihak yang menguruskan zakat dan pemegang amanah zakat di seluruh negara yang lebih suka menjadi “tuan” di pejabat dan lebih suka orang ramai datang menagih meminta bantuan zakat. Sememangnya rasa gembira mendengar kutipan zakat tahunan yang bernilai puluhan dan ratusan jutaan ringgit tetapi yang menjadi tanda tanya ke manakah wang tersebut disalurkan memandangkan wang yang dikutip dalam satu tempoh itu perlulah dihabiskan kepada penerima yang layak dalam tempoh yang sama.
Saya ucapkan tahniah kepada Jabatan Audit Negara kerana mengaudit akaun zakat. Ia perlu dilakukan secara menyeluruh di setiap negeri. Ini dapat mengelakkan fitnah terhadap institusi Islam yang menjaga amanah harta ini. Selaku ‘mualaf’, beberapa kali telah saya nyatakan karenah birokrasi dan menganggap wang zakat itu kepunyaan bapak kita, hendaklah dielakkan. Institusi Islam sebegini perlu menjadi contoh kepada yang lain. Jangan sampai ada orang mencemuh “nama saja Islam, tetapi cara menguruskannya langsung tidak Islamik”. Kadangkala saya merasa malu apabila label Islam digunakan, cakap tidak serupa bikin.
Saranan saya keluarlah daripada pejabat berhawa dingin itu. Carilah penerima zakat seperti OKU, sebelum pihak lain atau misionari Kristian mencari mereka. Tidak ada gunanya kita bising, apabila orang lain sudah mendekati mereka dan mereka telahpun murtad seperti yang telah berlaku. Paling baik, wajibkan OKU sebagai asnaf zakat.
Senyuman ketika memungut zakat, hendaklah diterjemahkan dalam konteks mengagihkannya, Saban hari saya menerima panggilan telefon dan sms daripada mualaf yang memerlukan bantuan. Apakah cukup sekadar memberi bantuan sekali, kemudian dibiarkan bergelandangan? Jika mereka perlu bantuan seumur hidup sekalipun, apakah salah kita membantunya? Saya amat bimbang birokrasi, kesilapan atau keangkuhan kita bakal memalukan Ketua Agama Negara/Negeri yang terdiri daripada Duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu. Apatah lagi hari ini kita sudah ada kaunter pandu laju. Syabas!
30 comments:
Salam RT.
Bukan nak menyebelahi siapa-siapa. Nak salahkan pejabat zakat 100% pun tak kena rasanya.
Pihak yang memerlukan bantuan zakat juga perlu bertindak proaktif. Kalau diam2 duduk harap pejabat zakat nak datang hulur bantuan, sama lah seperti duduk atas tikar sembahyang berjam2 atau berhari2 berdoa supaya Allah turunkan rezeki yang melimpah ruah, adakah akan dapat apa yang diharap2kan ???
Sepatutnya, kalau dah tahu diri tu perlukan bantuan, maka kena lah hemoi sikit, jangan malu dan jangan segan, pergi lah bertanya kepada pejabat zakat cara untuk mendapatkan bantuan zakat. Saya rasa pejabat zakat tak akan halau, mereka akan siasat untuk memastikan layak atau tidak diberi bantuan zakat.
Hj Mansuh.
Thank you for this highlight ...
hs
Zebra Chong orang Kristian? Sedap juga namanya tu.
"hak Kristian untuk mendakyahkan agamanya." -
Jangan kpd orang orang Islam. Islam agama negara ini. Di sebut di Perlembagaan negara. Agama lain tidak. Bermakna Islam ada kedudukan istimewa.
Tambah pula, ada undang undang lain yang telah di lulus oleh Parlimen berikutan hal bahawa Islam ada lah agama negara ini. Tidak boleh mendakyah apa apa agama pun terhadap orang orang Islam.
Wang zakat untuk setahun sepatutnya dihabiskan pada tahun itu juga. Usahlah "GAH" dengan menyatakan tahun ini sekian juta....tahun depan sekian juta....tapi duit yang diberi tidak digunakan dengan sebetulnya. Seorang pegawai zakat pernah menyatakan bahawa "orang atasan" pusat Zakat disatu negeri telah menggunakan wang zakat yang dikatakan memberi keuntungan itu untuk "melancong"? aduh...aduh...duit zakat diberi kepada kakitangan untuk melancong?? ini diberi "green light" dari orang atasan. Apakah mereka tidak tahu hukum?? begitu jua baitumal yang sepatutnya membantu mereka yang memerlukan duit. Bukan payah pun...apa duit itu "makbapak" mereka punya??? sedarlah wahai "penjaga-penjaga" kedua-dua institusi ini!! kalau ada lebihan pergilah kenegeri jiran bagi bantuan pada mereka. Bukan untuk kesenangan sendiri. Ingat!!! kalian akan ditanya diakhirat nanti!!
Zebra tu kuda belang lah. Prof tak penah cek ke fakta sebelum tulis? Kalau tulis tak habis habis mengutuk je. Sedarlah setiap hari tu, sehari semakin dekat ke liang lahad.
Assalamualaikum tuan, saya seorang OKU bekerjaya, walaupun hidup sebagai OKU mempunyai cabaran-cabaran yang jauh berbeza daripada non-OKU contohnya, Alhamdullilah, sehingga kini rezeki saya tidak pernah putus, dan saya dapat berdikari tanpa perlu bergantung kepada sesiapa.
Membaca isu tentang OKU yang diperbincangkan di Sinar Harian, Harakah dan blog tuan saya ingin menambah input berdasarkan pengalaman peribadi saya sendiri melihat seorang makcik diaibkan, disindir oleh pegawai kaunter pusat zakat di utara.
Pada peringkat awal saya menjadi OKU, saya mendapat bantuan pusat zakat tersebut, atas bantuan seorang rakan, Alhamdullilah syukur (sebenarnya saya malu bab minta meminta ini-mungkin sebab saya tidak dilahirkan OKU, terbawa-bawa mentaliti berdikari non-OKU, wallahualam).
Kisahnya lebih kurang begini, dalam pada saya menunggu giliran untuk berurusan dengan pihak zakat tersebut, seorang makcik dalam lingkungan umur, agak saya, lewat 50an, masuk dan mula bertanyakan tentang bantuan wang zakat.
Perbualan dua pegawai di kaunter tersebut agak kuat dan saya dapat mendengar dengan jelas, apatah lagi minat saya dalam penulisan tentang hal ehwal semasa membuatkan saya tertarik untuk pasang telinga-di mana saja saya berada.
Pada mulanya mereka bernanyakan tentang suami makcik tersebut, balasnya beliau sudah bercerai dengan suaminya, beberapa tahun yang lalu. Kemudiaan mereka bertanyakan pula tentang anak. Berapa orang, kerja apa dan sebagainya. Jika tidak silap dia kata mereka sudah punya keluarga sendiri dan bergaji rendah. Mereka kemudiaan dengan sinis memberi komen, 'takkanlah anak tak boleh nak jaga emak?'. Sambil tersenyum melihat kami (saya dan seorang pakcik), duduk selang beberapa meter daripada mereka. Makcik tersebut terkedu, mungkin malu, atau mungkin juga sebak dengan pernyataan mereka.
Dari segi perwatakan dan penampilan makcik tersebut kelihatan seperti orang hilang punca (baju kurung bertudung kusut masai, selipar koyak), terus mendesak supaya diberikan sedikit bantuan. Dia juga seperti mempersoalkan ke mana perginya wang zakat, jika orang susah sepertinya tidak dapat dibantu, pegawai di kaunter (saya kurang pasti sama ada mereka ini kerani atau pegawai zakat, sebab perwatakan mereka kurang matang sebagai pegawai zakat dan kurang sesuai untuk duduk di kaunter depan-saya bercakap berdasarkan pengajian dan pengalaman lebih sepuluh tahun dalam bidang sales and marketing), memberitahu bahawa ramai yang meminta bantuan, mereka tidak dapat hendak melayan semua.
Gambaran yang diberikan seperti wang zakat tiap-tiap tahun tidak pernah cukup untuk bantu asnaf. Banyak juga perkara yang diperkatakan sesama mereka, saya tidak ingat semuanya. Perasaan kasihan kepada makcik itu, membuak-buak, dia tidak pandai berbicara, tidak tahu isu, datang mahu minta bantuan tapi, diajak berbahas oleh pegawai kaunter kontot akal. Mereka kemudiaannya menyuruh makcik itu balik, salah seorang pegawai memberi sedikit wang kepada makcik tersebut kerana katanya, beliau tiada wang untuk pulang ke rumah.
Saya tidak tahu sama ada makcik tersebut sering datang meminta wang daripada mereka sehinggakan mereka bersikap sedemikian, tetapi layanan mereka kepada makcik itu pada saya amatlah kurang wajar. Soalan peribadi makcik itu boleh ditanya dengan nada suara yang lebih mendamaikan, tidak mengaibkan, kerana apapun, hal peribadi, adalah perihal yang sensitif bagi kebanyakkan orang.
Mereka pada saya patut ambil detail makcik tersebut untuk melakukan siasatan lanjutan di kediamannya. Mereka juga patut menggunakan tact dalam berurusan dengan golongan sebegini, kerana pada saya jika tidak terdesak, orang tidak akan datang meminta-minta. Sememangnya meminta bantuan pada saya amatlah memalukan.
Apatah lagi bagi seorang yang lebih tua, seorang wanita pula, perlulah kita jaga hatinya, ini taraf emak-emak kita, bercakaplah dengan mereka selembut kita bercakap dengan emak kita. Mana sopan santun kita? Ini pula satu kerjaya, siapa pun yang datang, atas urusan apa pun kita haruslah professional, mana sikap professional kita di kaunter pelanggan?
Pegawai pejabat pengurusan zakat harus ingat, tugas mereka adalah amanah Allah subhanawataala, dalam mereka menapis untuk mencari golongan yang benar-benar layak, mereka haruslah juga mengelak daripada meminggirkan golongan asnaf yang layak dengan proses permohonan yang menyusahkan. Orang susah patut dipermudahkan permohonan supaya matlamat bantuan, untuk memberi bantuan, membantu golongan asnaf itu tercapai.
Bukannya dengan sindiran, assuming kita tahu sejarah latar belakang seseorang dengan penampilan dan perwatakan seseorang, dengan maklumat yang amat sedikit, tanpa perlu menyiasat terlebih dahulu. Ini amatlah menjengkelkan pada mata saya. Pada saya kerja mereka adalah satu ibadah. Mereka amat beruntung kerana dapat pahala ibadah tolong orang sambil dapat gaji penuh tiap-tiap bulan. Tetapi bila mereka berlagak macam wang zakat itu kepunyaan bapak mereka, saya takut ianya bertukar menjadi fitnah dan dosa kepada mereka pula.
Apa guna buat majlis berbuka puasa dengan golongan pembayar zakat high nett worth dekat hotel lima bintang, siap dengan penceramah selebriti segala, kalau wang itu akhirnya tidak sampai kepada mereka yang memerlukan, disaat ianya sangat-sangat diperlukan? Apa guna kita tempah momento segala, sebagai cenderahati kepada pembayar zakat, kalau asnaf zakat keciciran disambut dengan nyiru gerakan agresif jesuit kristian yang semakin menjadi-jadi di Malaysia?
Wallahualam, sekadar berkongsi pengalaman.
"Misionari Cina Kristian Malaysia .. begitu aktif berdakyah, mengalah misionari Kristian barat." -
Begitu juga misionari India Kristian Malaysia. Di Perak ada mereka yang tujukan kapada Orang Asli.
Memang mereka cuba melebihi misionari Kristian barat. Seolah olah mereka hidup hanya untuk menambah jumlah Kristian di dunia ini. Tujuan hidupnya tidak ada lain dari mendapatkan penganut baru agama Kristian. Percayakan mereka akan masuk Syurga mereka berdasarkan jumlah orang yang mereka dapat Kristiankan.
Pihak berkuasa agama mesti ambil tindakan dalam perkara ini apabila ada saja orang orang Islam yang merka cuba Kristiankan. PAS tidak boeh di ma'afkan kerana tidak menyokong, malah menghalang, usaha usaha Dr Hasan Ali dan JAIS menghalang usaha kristianisasi Gereja Metodis Damansara Utama di Selangor tidak lama dahulu.
"Institusi zakat sepatutnya memainkan peranan."
Saya sokong benar pendapat ini. Saya selalu tertanya apa sebenar yang mereka buat. Mengapa tidak pungutan dan pembayaran zakat di lakukan secara transparent, butiran lanjut di umumkan di akhbar dan di papan notis tempat tempat berkenaan.
Pihak berkuasa agama perlu arahkan kesemua pihak yang menerima zakat melaporkan kapada pihak berkuasa pusat berapa jumlah di pungut, kemukakan senarai nama nama dan maklumat mereka yang di agihkan bantuan dari zakat, dan pihak berkuasa pusat umumkan semua itu, serta benarkan senarai senarai itu di semak oleh sesiapa sahaja orang Islam yang mahu buat demikian.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggung jawab berkenaan agama Islam perlu ambil langkah yang berkesan terhadap ini.
Memang makhluk jenis ini biadap, kurang ajar dan tiada belas kasihan. Patutlah ada segelintir umat kecewa dengan pejabat zakat, orang Islam tidak sanggup menolong sesama umat, maka terjadilah perkara seperti Dumc.
Zakat yang dikutip Dan dibayar setiap tahun bertujuan apa?
Kalau masih tak fahaman-faham, elok hapuskan kutipan zakat.
Masing-masing pi hulur kat kumpulan asnaf kat kawasan masing-masing.
Inilah akibatnya bila umat islam berpecah belah hanya kerana berbeza fahaman politik.
Urusan zakat dan pengagihan wang zakat tentu akan menjadi bekesan dan menyeluruh jika Umno dengan Pas boleh duduk semeja berbincang mencari jalan bagaimana nak menafaatkan hasil kutipan zakat ini supaya ianya mencapai objektik basic zakat itu sendiri.
Pada asasnya wang zakat ini adalah untuk membantu golongan yang dhaif. Keutamaan adalah kepada golongan islam yang dhaif, tapi kalau ada lebihan apa salahnya kita hulurkan sedikit kepada golongan dhaif bukan islam. Setidak2nya mereka golongan dhaif bukan islam nampak akan kebaikan yang ada dalam islam, dengan harapan satu waktu kelak terbuka hati mereka untuk menerima islam sebagai agama anutan mereka.
Itu jugalah strategi dakwah yang diguna pakai oleh mubaligh kristian yang akhirnya berjaya melembutkan hati umat islam kepada agama mereka.
Tapi selagi Umno dan Pas siang malam asyik duk fikir nak berkelahi berebut kuasa maka jangan harap lah pengurusan wang zakat boleh memberi manafaat maksima kepada umat islam yang memerlukan, jauh sekali nak harapkan wang zakat ini menjadi medium untuk melembut hati orang bukan islam kepada islam.
Wahai para ulamak dalam Umno dan Pas, tak malukan anda kepada rakan sejawat anda dari pihak agama lain bila agama mereka berupaya menghulurkan bantuan kepada orang islam yang dalam kesusahan sedangkan agama kita nak tolong orang sendiri pun tak lepas, nak tolong kesusahan orang agama lain jauh sekali lah.
Sungguh memalukan ....
Hj Mansuh.
11:13 PM,
Aku rasa kamu tak banyak pelajaran. Menanya Prof tak penah cek ke fakta sebelum tulis. Dan kamu tak boleh faham apa yang dia tulis.
islam 1st,
Terima kasih berkongsi pengalaman. Tapi saya fikir elok dedahkan sepenuhnya. Beri tahu pejabat mana, nama penuh pejabat, tarikh dan masa. Supaya pihak yang bertanggung jawab boleh siasat.
Kalau tidak, cerita begitu tak sampai kemana. Tidak memberi kesan. Kita perlu hapuskan jenis kakitangan seperti yang Sdr ceritakan itu.
Mungkin Sdr khuatir reaksi mereka yang berkenaan jika mendedahkan sepenuhnya. Jika demikian, sila beri tahu di sini. Kita boleh fikirkan cara cara bagi dapat mengenepikan kakitangan seperti itu selepas mengtahui nya.
4:40 PM,
Kamu anarkis ke? Nak hapuskan kutipan zakat pulak. Ranting atau cabang yang sakit nak tebang seluruh pokok.
Kamu ada bukti ke mengata Masing-masing pi hulur kat kumpulan asnaf kat kawasan masing-masing. Kalu ada keluarkan lah. Beri nama kawasan, kampong, bila, siapa yang buat gitu.
Menuduh liar biasanya kerja parti Pembangkang. Kamu ahli parti Pembangkang ke? Berlajarlah membuat kritis yang membina.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri i/c agama mesti ambil tindakan, kerahkan semua pihak berkuasa agam tentukan Zakat itu transparent - penerimaannya dai pembayar zakat, pengagihannya kapada yang layak menerima.
Mesti senaraikan itu semua setiap tahun. Apa Menteri tu nak tunggu lagi?
Saudara RT
Yang duk tengah panas la ni adalah isu Hudud. Kerana isu Hudud la maka kedudukan Ustaz Nasrudin Mat Isa jadi kontraversi. Dia dah nak di pecat dari Pas hanya kerana minta Pas kaji balik kedudukannya dalam PR yang langsung tak di pandang oleh DAP dan PKR.
Pas duk salak Negara Islam dan Hudud sorang2 saja sedangkan rakan pakatan dari DAP dan PKR terang2 dah kata " no way ".
Saya suka ulasan Tun Mahathir berkenaan Hudud Pas Kelantan. Saya juga bersetuju dengan pandangan Datok Noh Gadut Mufti Johor berkenaan Hudud .. katanya Hudud adalah hukum Allah yang akan menghukum secara adil tak kira lah si pesalah tu orang islam ka atau orang kafir ka.
Tapi dalam Hudud Pas ... orang islam kena, orang bukan islam terlepas. Pi tanya hindu mabuk yang sedang terhoyong hayang dia mesti akan kata ... " itu sudah banyak bagus, sebab awak islam saja kena, kita orang bukan islam tak kena apa2, banyak bagus punya law, itu macam punya law baru lah adil ".
So RT apa kata tuan ketengahkan isu Hudud ini untuk sama2 kita cari kebenaran yang memberikan keadilan kepada setiap pesalah yang di buktikan bersalah tanpa mengira dari agama mana dia datang.
Hj Mansuh.
Yang terlintas dalam kepala saya. Yang mungkin orang lain tak pernah terfikir.
Apa kata dengan kehendak Allah maka Umno pun bersetuju untuk laksanakan Hudud seperti yang kerajaan Kelantan nak buat tu. So Hudud pun di kuatkuasakan la.
Kisah 1.
Cucu Nik Aziz (islam) berpakat dengan cucu Lim Kit Siang (kafir) untuk mencuri. Mereka curi sebuah motosikal dan jual, dapatlah RM5000 sorang. Nasib tak baik dua2 kena tangkap dengan polis. Cucu Nik Aziz dibicarakan dalam Mahkamah Syariah, di dapati bersalah dan hukum potong tangan. Cucu Lim Kit Siang dibicarakan dalam mahkamah sivil, didapati bersalah dan hukum penjara 6 bulan.
Agak2 Nik Aziz boleh terima tak ?
Cucu dia pi mana pun orang kenal dia adalah bekas pencuri walau pun selepas itu dia aktiv dalam Pas dan berjaya jadi YB. Sedangkan cucu Lim Kit Siang, lepas keluar penjara buka bisness jual beli motosikal dan mungkin satu hari akan jadi taukey besar macam Boon Siew.
Kisah 2
Anak dara (25 tahun) Hadi Awang sedang mabuk bercinta dengan anak teruna Karpal Singh (27 tahun). Percintaan mereka direstui oleh kedua2 belah pihak, mereka dah pun mengikat tali pertunangan, dan bakal disatukan. Dalam duk dating punya dating mereka terlajak bukan sekali tapi banyak kali dah. Nasib tak menyebelahi, satu hari mereka tertangkap ketika sedang buat projek dalam hotel budget.
Dari segi undang2 sivil mereka tak melakukan apa2 kesalahan. Tapi dari segi Hudud, anak Hadi Awang bersalah kerana berzina. Manakala anak Karpal Singh, tidak ada peruntukan dalam Hudud untuk mensabitkan dengan kesalahan, so dia tak kena apa2 tindakan, sivil terlepas, hudud pun terlepas.
Anak Hadi Awang dibicarakan, didapati bersalah dan dijatuhi hukum rejam sampai mati.
Apa perasaan Hadi Awang agaknya bila tengok anak dia kena, tapi anak Karpal Singh terlepas begitu saja ?
Saya timbulkan pertanyaan ini kerana yang melaksanakan Hudud itu adalah kerajaan BN pimpinan Umno, kalau Hudud itu datang dari pihak Pas itu dah kira cerita lain.
Fikir lah. Macam mana kalau hukuman itu kena atas diri kita sendiri (cucu Nik Aziz dan anak dara Hadi Awang) ?... adakah Nik Aziz dan Hadi Awang melihat itu sebagai keadilan yang mereka ingin tegakkan selama ini ? ... adakah mereka akan tersenyum puas sebagai tanda kejayaan kepada apa yang mereka perjuangkan selama ini ?.
Think before Talk.
Hj Mansuh.
assalamualaikum anon
7:22 PM, August 28, 2012
Pusat itu masih ada lagi, Dua nama 'pegawai kaunter' dan makcik tersebut saya tidak ada.
Perkara ini sudah berlaku beberapa tahun lampau, namun disebabkan, saya ceritakan kepada beberapa orang, pada waktu dan masa yang berlainan, membuatkan saya sedikit-sebanyak mengingati cerita tersebut.
Tetapi bukanlah tujuan saya menulis input di atas untuk menghukum sesiapa (salah bukan saja terletak di bahu dua pegawai kaunter, malah seluruh organisasi tersebut, kerana ianya berlaku dalam organisasi mereka), jauh sekali untuk mengaibkan sekumpulan pihak, lebih kepada untuk menjadikan ianya teladan kepada kita semua supaya kita lebih peka dengan masyarakat kita hari ini. Itu saja.
Namun berdasarkan senario semasa, nampaknya permasalahan ini masih berlaku. Cuma pelaku dan pusatnya saja berbeza.
Adakalanya sesuatu itu lebih baik diceritakan secara anonymous saja. saya pasti ramai yang setuju dengan pernyataan ini.
Tuan haji,
Pasal hudud law ni saya amat setuju sekali walaupun ana ni penyokong setia DAP..yang kena hukuman semua muslim...yang non muslim boleh bebas jalan selambang saja...kalau isu isu bercanggah dgn agama biar lah hukuman allah pakai kat orang islam...
yang non muslim bebas...biar lah dia orang jawab sendiri dengan tuhan agama dia orang...
Tapi yang best nya penjenayah islam kena potong tangan, kaki, disepat, buang batu di deoan masjid putrajaya...non muslim bebas maximum pun denda atau 1,2,3 penjara...
Tuan Haji...
Tak ada undang sama kalau hudud dilaksanakan...islam tetap islam dan kafir tetap kafir...mana boleh campur ...jangan tamak pula
Wakakaka
salam tuan.
Berdasarkan pengalaman saya proses kristianisasi ini boleh berlaku dalam berbagai cara.seperti yang tuan sebutkan melalui bantuan ekonomi kepada organisasi atau kepada individu yang terlibat secara langsung.Kemudian melalui sifat kasih(allah itu kasih)baik hati,suka menbantu,atau dengan kata lain menawan hati dan cara berfikiran.Kemudian dengan cara mewujudkan keraguan2 dan persoalan2 untuk mengelirukan terhadap keyakinan dan pegangan agama individu yang menjadi mangsa.tapi bagi pengalaman saya bila saya melihat video perdebatan (islam vs kristian)yang di pelopori oleh ahmad deedat dan dr zakir naik,banyak memberi jawapan dan menambahkan pemahaman dalam persoalan yang di kelirukan oleh pihak kristian,dan pemahaman tentang kesalahan dalam kristian.jadi saya harap pihak yang berwajib perlu lebih kedepan sikit dalam isu ini dengan memperbanyakkan translation dan subtitel dalam berbagai bahasa terutamanyer bahasa malaysia dan cina kepada video2 tersebut yang sekarang ini tersebar dengan meluas di dalam youtube supaya lebih terkawal dan berguna,dan juga boleh disiarkan didalam media perdana dan boleh juga mengadakan debat secara live sepertimana debat politik yang ada sekarang ini.sekiranya keyakinan yang penuh,susah untuk dimurtadkan.Pada pandangan saya(mungkin betul,mungkin salah)kita mesti bertindak secara berdepan dengan pihak2 kristian ini(debat/diskusi/wacana)secara live/record di tv biar masyarakat yang menilai.kita ada ramai cerdik pandai islam dimalaysia ini tp tidak mungkin kita mampu untuk turun berdakwah kepada setiap individu,tp dengan cara mengunakan tv mungkin kita dapat.
salam tuan.
Berdasarkan pengalaman saya proses kristianisasi ini boleh berlaku dalam berbagai cara.seperti yang tuan sebutkan melalui bantuan ekonomi kepada organisasi atau kepada individu yang terlibat secara langsung.Kemudian melalui sifat kasih(allah itu kasih)baik hati,suka menbantu,atau dengan kata lain menawan hati dan cara berfikiran.Kemudian dengan cara mewujudkan keraguan2 dan persoalan2 untuk mengelirukan terhadap keyakinan dan pegangan agama individu yang menjadi mangsa.tapi bagi pengalaman saya bila saya melihat video perdebatan (islam vs kristian)yang di pelopori oleh ahmad deedat dan dr zakir naik,banyak memberi jawapan dan menambahkan pemahaman dalam persoalan yang di kelirukan oleh pihak kristian,dan pemahaman tentang kesalahan dalam kristian.jadi saya harap pihak yang berwajib perlu lebih kedepan sikit dalam isu ini dengan memperbanyakkan translation dan subtitel dalam berbagai bahasa terutamanyer bahasa malaysia dan cina kepada video2 tersebut yang sekarang ini tersebar dengan meluas di dalam youtube supaya lebih terkawal dan berguna,dan juga boleh disiarkan didalam media perdana dan boleh juga mengadakan debat secara live sepertimana debat politik yang ada sekarang ini.sekiranya keyakinan yang penuh,susah untuk dimurtadkan.Pada pandangan saya(mungkin betul,mungkin salah)kita mesti bertindak secara berdepan dengan pihak2 kristian ini(debat/diskusi/wacana)secara live/record di tv biar masyarakat yang menilai.kita ada ramai cerdik pandai islam dimalaysia ini tp tidak mungkin kita mampu untuk turun berdakwah kepada setiap individu,tp dengan cara mengunakan tv mungkin kita dapat.
Hudud. Boleh menyebabkan orang melayu berpecah belah. Boleh menyebabkan kestabilan politik negara terjejas teruk. Boleh menyebabkan berlaku pergeseran diantara kaum.
Marilah kita berpijak di bumi yang nyata bahawa negara kita adalah negara pelbagai bangsa dan agama. Orang islam 55%. Orang bukan islam 45%. Kalau orang islam 70%, jalan menuju kepada Hudud memang cerah.
Saya membangkitkan hal ini kerana saya dapati akhir2 ini orang2 melayu di kampong2 yang hidup setakat kais pagi makan pagi kais petang makan petang, yang setakat mampu menunggang sebuah basikal (nak beli motosikal pun tak mampu) dengan sombong berkata, " Umno ada kuasa untuk laksana Hudud kerana sekarang Umno yang pegang kuasa, tapi kena tak buat ".
Bukan niat nak bela Umno tapi, nampak sangat betapa jahilnya mereka yang menyokong Pas, betapa dhaifnya mereka yang menyokong Pas, betapa tak retinya mereka yang menyokong Pas tentang bagaimana sesuatu undang2 itu dapat diterima dan dilaksanakan di negara ini. Kasihan mereka, mereka telah di jahilkan oleh para pemimpin Pas dengan hamburan firman dan hadis yang tidak difahami oleh mereka yang mendengar.
Cukup lah. Jangan jadikan Hudud sebagai alat untuk menghalalkan perpecahan sesama melayu, alat untuk mengkucar kacirkan kesejahteraan hidup rakyat berbilang bangsa dan agama di negara ini.
Kita mahu keamanan. Pilahanraya umum datang dan pergi. Kita dapat hidup untuk mencari rezeki tanpa takut dan bimbang. Kita dapat melakukan amalan mengikut agama masing tanpa gangguan dan paksaan.
Orang melayu janganlah terlalu ghairah. Kalau di Selangor mereka dah tunjuk belang semasa Majlis Sambutan Kemerdekaan. Sultan diketepikan. Jika mereka menang saya yakin semua raja2 melayu akan di buang. Mereka (DAP) mula sedar. Di Perak mereka gagal jadi MB kerana Sultan menjadi penghalangnya. Mereka tak akan berdiam diri. Dari sekrang mereka sudah mula mengatur strategi. Terima kasih kepada Khalid MB Selangor. Jika Khalid tak ketepikan Sultan maka orang melayu mungkin tak nampak niat sebenar DAP melalui PR. Tapi Allah maha berkuasa. Khalid dengan kehendak Allah tanpa sedar telah menyampaikan mesej kepada sekalian orang melayu. Jika PR menang dan menguasai semua negeri. Maka raja2 melayu tak diperlukan lagi.
Sedar lah wahai bangsa ku. Kita masih belum terlambat. PRU 13 belum sampai lagi. Tersilap kita pada PRU 13. Selamanya kita akan menjadi hamba kepada kaum bukan peribumi yang satu ketika dulu menumpang cari makan di tanah air ini.
Sungguh menyedihkan. Ramai sangat orang2 melayu tertipu dan memberikan sokongan kepada Pas hanya kerana percaya bahawa Pas akan laksanakan Hudud jika mereka berjaya menguasai kerajaan.
Sungguh menyedihkan. Ramai sangat orang melayu yang buta perlembagaan. Mereka ingat nak laksana Hudud itu macam nak laksanakan undang2 mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar.
Tahu kah orang melayu. Nak laksanakan Hudud perlu kepada pindaan perlembagaan. Nak pinda perlembagaan perlu kepada 2/3 sokongan ahli dalam dewan rakyat.
Cuba jumlah semua ahli islam dalam dewan rakyat. Adakah jumlah mereka 2/3.
Kalau jumlahnya tak sampai 2/3. Adakah nak harap ahli2 YB dari DAP akan undi menyokong. Adakah nak harap ahli YB dari PKR juga undi menyokong.
Adakah Pas pernah memberitahu kepada orang2 melayu di kampong2 yang menyokong mereka bahawa, " kita boleh laksanakan Hudud jika 2/3 daripada ahli dewan menyokong ". Kalau pun ahli YB dari Umno menyokong. Hudud tak akan menjadi kenyataan.
Ahli YB islam adalah terdiri daripada ahli YB Umno dan ahli YB Pas. Fikirlah secara logik. Pas tidak akan bertanding melawan calon cina atau india dari parti DAP. Pas juga tidak akan bertanding melawan calon cina atau india dari PKR. Pas akan bertanding di mana calon Umno bertanding. Pas akan bertanding disebahagian kawasan yang calon MCA, MIC dan Gerakan bertanding.
Dalam perlimen ada 222 kerusi. Adakah Umno akan letak calon di 148 kerusi (2/3). Tentu lah tidak. Adakah Pas akan letak calon sebanyak itu juga. Tentulah tidak juga kerana khabarnya Pas nak lawan di 66 kerusi saja.
Katakan lah Pas menang semua 66 kerusi. DAP menang semua. PKR juga menang semua. Umno kalah habis. MCA kalah semua. MIC tewas semua. Gerakan bungkus.
Jadi dengan 66 suara itu Pas nak bawa usul laksana Hudud. Dari mana nak cari lagi 82. Nak harap dari DAP dan PKR saja lah. Boleh dapat kah.
Ayuh orang melayu. Jangan jadi buta metamatik sampai begitu sekali. Pas terang2 menipu kalian kerana kalian semua buta metamatik. Tapi Pas tak dapat nak tipu orang2 melayu Umno, ahli DAP dan ahli PKR.
Ahli2 DAP dan PKR tahu. Jika Umno jatuh sekali pun. Pas dengan 66 ahli YBnya tak akan dapat buat apa2 berkaiatan Hudud dan Negara Islam. Jadi kalau pun mereka undi Pas. Bukan kerana mahukan Hudud dan Negara Islam. Tapi adalah kerana mahukan Umno (melayu) jatuh dari memagang teraju negara.
Apa kah fungsi Jabatan Kebajikan Masyarakat sekarang? Mereka sepatutnya ada senarai Muslimin dan Muslimat yang menerima bantuan bulanan, yang telah di siasat dan di tentukan mereka perlu bantuan.
Pehak pemungut zakat dan yang bertanggung jawab mengagihkan wang zakat boleh berkerja sama dengan Jabatan Kebajikan itu dalam hal mengagihkan zakat.
Di kawasan luar bandar senang mengtahui siapa yang perlu menerima zakat. Ketua Kampong atau Jawatan Kuasa Kemajuan, Keselamatan Kampong boleh membantu menentukan siapa yang patut di beri bantuan zakat.
Di kota besar dan di pinggiran kota penentuan siapa yang layak menerima mungkin bermasalah. Saya sokong saranan Professor Ridhuan supaya mereka yang di pejabat memungut dan mengagihkan zakat perlu keluar dari bilik dingin, cari mereka yang patut menerima, senaraikan dan di beri zakat tiap tahun. Kawasan demi kawasan.
Apa kah menjadi masalah bagi pihak berkenaan menentukan siapa yang patut menerima zakat? Apa kah ada garis panduan bagi menentukan fakir miskin dalam Islam? Apa kah definasi fakir miskin dalam Islam? Apa kah fakir miskin sahaja yang perlu di beri bantuan?
Perhatian perlu di beri kapada mereka seperti yang hadzir di majlis makan malam di gereja di bulan puasa yang di adakan oleh pengkhianat agama Gereja Metodis Damansara Utama di bulan puasa tahun 2011. Memurtadkan atau tidak gereja itu memang mengkhianat agama Islam. Mengajak orang Islam berbbuka puasa di gereja memang tidak menghormatkan Islam. Meletak kitab Kristian di meja tempat duduk setiap orang Islam itu ada lah kurang ajar dan berniat bedebah.
Maka pejabat agama JAIS yang telah menemu duga mereka yang di jemput selepas peristiwa itu berlaku perlu melihat jenis mereka yang menjadi sasaran gereja dalam usaha usaha mereka memurtadkan orang Islam. Mungkin bukan sahaja bantuan wang di perlukan; bukan sahaja bantuan jasmani, tapi juga bantuan rohani. Bukan sahaja bantaun wang, juga bantuan bagi mereka dapat berkawan, tidak hanya terkurung di dalam bilik keseorangan.
Adakan sistem persahabtan dengan mereka seperti itu, melalui acara acara seperti kelas agama, kelas jahit menjahit, dan lain lain aktiviti yang membawa mereka yang keseorangan dan kesunyian masuk semula dalam pergaulan masyarakat. Keluarkan berita seperti itu kapada media massa.
Apakah parti yang menggunakan nama Islam dan melaungkan sumbangan mereka kapada agama Islam ada buat begini? Saya belom terbaca berita seperti itu kebelakangan ini. Dahulu ada terbaca berkenaan usaha usaha membantu balu dan anak anak mangsa Memali, tetapi sekarang tidak kedengaran lagi.
Wahai Mamat penyokong DAP yang gelak ketawa mcm kera sumbang di
12:05 AM,
Kamu "penyokong setia DAP" tutup mata, takda agama ke? Ramai antara korang yang tak indahkan agama mak bapak korang sanjung. Korang tak lagi "feed the hungry ghosts" dan hantar kekayaan ke nenek moyang korang yang dah mati? Lim Guang Eng jadi agama dan tokong korang.
Lintang pukang lah korang nanti. Jangan cakap "yang non muslim boleh bebas jalan selambang saja." Mana "dia orang jawab sendiri dengan tuhan agama dia orang" bila korang tak ada agama, macam kominis, dan ingatlah bahawa orang panggil Lim Guan Eng tu "Dear Leader", mcm kominis North Korea!
Kamu menghasut/ seditious pula. Mengata "buang batu di deoan masjid putrajaya". Kamu harus di heret ke tepi pantai, di sebamkan muka kau atas pasir, di sula bontot kau macam di zaman Kerajaan Melayu Melaka.
Apa salah Melayu dimurtad ? sebelum kedatanga Islam Melayu beragama lain ! Ajaran Kristian lebih toleransi dan kebebasan berbanding agama Islam. Ia tidak memaksa umat mengikut ajaran agama dengan paksaan. Agama Kristian tidak perlu sembahyang 5 kali sehari, tidak perlu pilih makanan asalkan ia tak meracunkan badan manusia, tak payah puasa sebulan, boleh bela anjing, perempuan tak payah bertudung dll. Ajarannya sama juga beritahu manusia supaya berkelakuan baik boleh dapat masuk surga. Ajaran Kristian ada perubahan mengikut zaman dimana ia tidak terlampau ikut ajaran lama. Jika agama ada pilihan haruslah kita pilih agama yang toleransi, tidak paksaan, perubahan ikut zaman kerana ia boleh menyebab masyarakat berharmoni, toleransi, kegigihan, kerajinan, kejayan, kemodenan dll.
Salam tuan,
Artikel peribadi RT memang relevan.. Ramai yang berhujah tentang hudud, tapi aku rasa mereka tak paham hudud bukan senang2 nak potong tangan orang macam tu aje.. Jangan lah cetekkan ilmu Allah macam ceteknya akal manusia hari ni.. Kalau di kaji betul2 hukum Hudud ini teramatlah adil kerana bukan pesalah sahaja yang diadili, bahkan semua masyarakat, ketua kampung, JKKK, DO, menteri besar juga akan terkena atas apa jenayah yang dilakukan.. sebagai contoh, kenapa Ali mencuri.. sebab dia lapar, anak bini dia lapar.. kenapa lapar.. takde kerja? Gaji boss tak bagi. Kenapa boss tak bagi gaji pulak? Tak ade bisness. Tender dah dikebas oleh pihak tertentu.. Hal ini akan terus disiasat hingga pihak atasan - kariah masjid, imam, JKKK, Pak menteri, lembaga zakat dan sebagainya.. Kenapa sampai Ali terpaksa mencuri untuk memberi makan kepada keluarganya. Janganlah sempitkan isu hudud ini.. sesungguhnya ALLAH itu MAHA Adil lagi MAHA Bijaksana.
Orang yang menentang hudud ni memang tahu akan hal ni, tapi mereka kecilkan skop hudud atas hukuman terhadap si pelaku sahaja kerana jika Hukum Hudud dilaksanakan, maka terjejasla periuk nasi mereka.. terpalitlah hukuman katas mereka2 ini juga kerana ketidak adilan dalam pentadbiran dan sebagainya.
Tuan RT amat releven dalam manangani isu Muallaf atas pengalaman dia sendiri. Institusi Islam spt Jakim, Lembaga Zakat dsb patut mengambil berat isu muallaf ini.
Walau apa pun, semua ni berlaku kerana pemimpin yang kita pilih atas nama demokrasi. Pemimpin yang cenderung menaikkan Islam, paham akan ugama Islam tahula apa dia nak buat. Sama2 kita berdoa supaya ugama Allah tertegak di bumi Malaysia. Insya Allah.
Post a Comment