Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Sunday, April 08, 2012

Berani selepas pencen

10:53 PM Posted by RIDHUAN TEE 61 comments
(Sinar Harian 9 Apr 2012) 

Minggu lalu, bekas Menteri Besar Selangor (MB) berkata Umno yang terlalu dominan di Selangor akan menyaksikan Barisan Nasional (BN) kehilangan Selangor, kerana undi bukan Melayu akan lari kepada Pakatan Rakyat (PR). Beliau juga mengatakan, tidak ada calon BN yang layak untuk menjadi MB. 

Saya tidak faham apa sebenarnya yang dimaksudkan. Pada saya, sama ada BN akan menang atau tidak, ada calon MB atau tidak, biar rakyat yang menentukan. Apa yang penting, Umno dan BN perlu lah muhasabah diri, termasuk bekas MB itu. Apakah selama beliau memimpin Selangor suatu ketika dahulu sehingga menyebabkan kehilangan sokongan rakyat benar-benar layak digelar MB? Jangan mengata dulang paku serpih. 

Ya, Umno perlu menjadi dominan, yakni dominan dari segi akhlak pemimpin, itu sahaja cara yang dapat memikat hari pengundi, dan mengalihkan perhatian ultra kiasu. Bukannya sifat bermewah-mewah dan berpoya-poya. Selalulah mendekati rakyat melalui sembahyang berjamaah bersama rakyat. Paling baik boleh menjadi imam. 

Pada masa sama, dekatilah pengikut Pas. Buang tabiat lama, bersifat lebih terbuka. Barulah cakap serupa bikin. Umno kalah dahulu kerana Umno masih mengekalkan tabiat lama seperti yang dilakukan oleh bekas MB ini. Saya masih ingat, ketika mula dilantik menjadi MB, perwatakan beliau amat humble, low profile dan sangat down-to-earth. Mungkin disebabkan beliau anak orang susah. Namun, setelah senang, dapat memegang jawatan agak lama, keadaan mula berubah. 

Beliau tidak lagi sebagaimana yang saya kenal dahulu. Beliau mula berubah dari segi, rupa, penampilan dan komunikasi. Apabila saya datang berjumpa beliau selepas kaya, muka saya langsung tidak dipandang, beliau terus membaca surat dan menandatanganinya, tanpa melihatpun wajah saya, sambil berkata-kata. Berjabat tanganpun sekadar main-main sahaja. Sebagai seorang pemimpin, apabila rakyat marhaen datang berjumpa, kami bukanlah mahukan karpet merah. 

Apa yang kami mahu ialah pandanglah muka kami bila kami datang berurusan. Bila bersalaman, genggam tangannya, tenunglah wajahnya buat seketika, jangan sekadar menyapu atau menyalat tangan sahaja. Kami datang berjumpa MB bukan untuk minta sedekah, tetapi sekadar meminta dan memberikan hak kami sebagai rakyat. Itu sahaja. 

Tetapi inilah sifat sesetengah pemimpin memandang rendah pada rakyat. Contohilah para Nabi dan sahabat dalam berpolitik. Mereka menjadi pemimpin yang begitu memahami kehendak rakyat. Rakyat didahulukan. Bila bertemu rakyat, dipeluk dan disalaminya dengan senyum ceria dan memandang tepat ke wajah. Barulah rakyat menerimanya terasa zuppp. 

Sebab itulah, pemimpin dahulu memang hebat kerana mengikuti sunnah, jarang yang kaya raya berbanding pemimpin hari ini. Mereka hidup serba sederhana. Rakyat yang kaya. Itulah sebenarnya peranan pemimpin. Hari ini, kita kaya dahulu, rakyat dibiarkan miskin. Justeru, saya puji Bantuan Rakyat 1Malaysia. 

Biarlah bantuan ini bersifat kekal, kerana yang miskin memang sewajarnya dibantu. Dahulu ketika memegang kuasa, pandangan bekas MB tersebut tidaklah kritikal seperti hari ini. Perebutan kuasa, cantas mencantas, korupsi dan sebagainya dipandang sebelah mata. Mungkin kerana beliau tidak ada banyak masa sehingga tidak nampak kemungkaran ini. 

Namun, setelah tidak lagi menjadi MB, beliau bertindak seolah-olah seperti pembangkang dalam parti atau menjadi duri dalam daging. Mungkin beliau terlalu banyak masa kerana sudah tidak berkuasa. Dahulu ketika berkuasa, dia cantas semua orang yang cuba melawan atau memberikan pandangan berbeza. Dia akan pasti semua orang dia yang berkuasa dan memegang jawatan. Kini, apabila tidak berkuasa lagi, dia bertindak seperti pembangkang. 

Sama juga sifatnya pegawai-pegawai tinggi kerajaan atau kakitangan awam hari ini. Semasa dalam perkhidmatan, mereka seperti pijak semutpun tidak mati. Semua yang dilakukan kerajaan betul. Tiada kedengaran suara-suara sumbang atau sifat berani untuk menegur. Namun, apabila mereka pencen dan tidak berjawatan sama ada dalam parti atau kerajaan, keadaan menjadi berubah seratus peratus, mereka menjadi begitu berani. Semua yang dilakukan kerajaan tidak betul. Malah, mereka sanggup membocorkan rahsia-rahsia kerajaan. 

Nampak sangat kita tidak jujur dan hipokrit. Budaya politik kita selama ini melahirkan ramai hipokrit sebenarnya daripada orang-orang yang jujur dan ikhlas. Di sinilah saya lihat silapnya Umno dalam mentarbiyyah ahli-ahlinya. Termasuk pemimpin Melayu ultra kiasu PKR hari ini. Dahulu semasa dalam Umno, semuanya wangi, apabila ditendang keluar, tidak sedikitpun kebaikan Umno yang disebut. Semuanya menjadi munafik. 

Kenapa kita begitu berani apabila sudah tidak lagi memegang jawatan. Masa memegang jawatan kita begitu menikus. Sama juga kenyataan bekas menteri penerangan baru-baru, ketika berjawatan, semua yang dilakukan oleh Umno, betul belaka. Apabila tidak ada jawatan dan kalah, Umno semua salah. Saya berpandangan, Umno telah gagal mendidik ahli dan pemimpin mereka, setelah sekian lama memerintah. 

Umno sudah sinonim dengan wang dan harta, wanita dan takhta. Sekarang ini pun ramai orang-orang berjaya dalam Umno hidup bergaya dengan isteri yang ramai. Agak kurang pemimpin berkualiti yang telah dilonjakkan oleh Umno yang benar-benar down-to-earth atau merakyat. Betul kata Tun Mahathir, bahawa budaya Umno selama ini adalah menaikkan orang bodoh dan menenggelam orang pandai. 

Orang pandai tidak dibenarkan naik, kerana dilihat sebagai ancaman. Maka dipenaikkan orang-orang bodoh atau pandir, yang menjadi yes men. Belumpun selesai Perdana Menteri atau pemimpin bercakap lagi, pemimpin pandir ini akan memberi respon semuanya betul. Akhirnya, pemikiran tidak berkembang. Ramai orang-orang pandai yang ingin menjadi pemimpin mengadu kepada saya. 

Mereka ada jawatan, ada bisnes, ada Phd sehingga bergelar profesor, namun mereka tidak pernah tertonjol dan menonjol kerana telah dipancung sejak awal-awal lagi. Sudah sampai masanya Umno melihat perkara ini dengan serius. Proses pentarbiyyah dalam Umno mesti berlaku. Masih belum terlambat. 

Transformasi perlu segera dilakukan untuk menyelamatkan Umno daripada membusuk seperti mana saranan Perdana Menteri. Cerdik pandai dan pemimpin berakhlak mulia perlu diketengahkan dan ditonjolkan. Barulah dikatakan winnable candidate. Jika kayu mati terus diketengahkan, tunggulah kehancurannya. Pastikan pemimpin Umno tidak hanya pandai mengembungkan poket dan membuncitkan perut. 

Umno mesti merakyat sebagai tage line 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Masih belum terlambat jika Umno mahu kembali ke pangkal jalan. Pemimpin tertinggi Umno mesti meneliti satu persatu bakal calon wakil rakyatnya. Akhlaknya, latar belakangnya, keluarganya dan banyak lagi kritiria yang lain mesti diambil kira. 

Kepada mereka yang terlanjur, bertaubatlah. Masih belum terlambat. Banyakkan program tarbiyyah, kerana itu sahaja dapat mendidik hati dan menyelamatkan Umno. 

Profesor Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah 
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

61 comments:

Anonymous said...

As salam..
saya amat bersetuju dengan pandangan Dr. Walaupun Dr bukan merupakan ahli UMNO (betulkan kalau saya silap)...namun pandangan Dr amat bersifat sinikal dan hujah yg bernas untuk pemimpin UMNO pada hari ini fikirkan. Jgn berani menegur selepas tiada jawatan...TIADA GUNANYAAA!!!!!
Teeruskan pandangan bernas Dr w/pun ada yg tidak setuju...tq

Hiroya Of The Mist said...

Why dont u start the 1st step if its not too late?

If it is already late..why dont you just make it quick?

Anonymous said...

Saya tidak faham apa yang di maksudkan dengan perkataan "terlalu dominan". Bukan kah dominan itu baik dari beberapa segi? Kaum Melayu dominan di negara ini, contohnya. Lagi dominan lagi baik.

Bekas MB itu yang sendiri kurang layak dan BN yang di pimpinnya kalah di PRU12 mengata sekarang tidak ada calon BN yang layak untuk menjadi MB ada lah tidak bijak. Bukan saja tidak bijak tapi juga angkuh. Malahan menunjukkan dia sombong bongkak. Membayangkan bahawa orang macam dia sahaja yang layak kononnya. Padan lah BN kalah di Selangor di bawahnya.

Orang yang memalukan Pegawai Kerajaan Selangor di khalayak ramai dengan mengadakan upacara menghadiahkan penyapu, di gambar si polan menerimanya dari dia di hadapan pemberita mesti lah jenis yang otak amat kecil.

rawang said...

Fenomena ramainya bekas-bekas pemimpin politik dan pegawai tinggi kerajaan berubah angin dan lebih berani untuk bersuara bukanlah sesuatu yang pelik. Senario politik masakini banyak mempengaruhi pendirian mereka.

Bagi bekas pegawai tinggi kerajaan aku tak heran sangat kerana sewaktu dalam perkhidmatan mereka sememangnya terikat dengan etika dan peraturan.

Sedangkan bekas pemimpin politik pula,mungkin ada yang ikhlas tapi apa pun aku kira ramai yang bertindak kerana didorong oleh perasaan kecewa kerana mereka merasakan seperti dipinggirkan apabila tidak mempunyai kuasa lagi walaupun masih menpunyai pengikut atau pengaruh dalam masyarakat.
Tindakan mereka ini ada yang boleh diterima dan ada pula dipandang sinis oleh masyarakat umum.

Apa pun ada juga bekas pemimpin yamg mengambil sikap tidak peduli malah mereka seberapa boleh mahu menjauhkan diri dan penglibatan dalam berpolitik setelah kehilangan kuasa kerana rasanya itulah tindakan yang paling bijak dan selamat buat mereka..

Anonymous said...

Saya bersetuju dengan komen Dr Ridhuan Tee tentang pengalaman semasa berjumpa bekas MB DSKT. Penduduk Seksyen 19 Shah Alam berhadapan masalah kuil haram berhampiran kawasan majoriti Islam walaupun dalam pelan asal tidak ada tanda kuil disitu. PKNS berjanji kuil akan dipindahkan kerana tapak itu untuk 16 unit rumah. Semasa bekas MB Muhamad Taib beliau tidak benarkan sebarang aktiviti di jalankan dikuil itu hingga dipindahkan. Th 1988 penduduk pindah kuil kecil itu diguna oleh penduduk setinggan berhampiran jalan keretapi. Semasa Abu Hasan Omar jadi MB pihak kuil minta guna kuil untuk sementara. Selepas tahun 2000 ramai penduduk India dari kawasan lain bergabung dengan setinggan aktifkan kuil mereka besarkan sedikit demi sedikit setiap kali buat keramaian. Penduduk setinggan dipindahkan tahun 2005. Beberapa lokasi sudah disediakan untuk pindahkan kuil tapi mereka tolak. Pada tahun 2006 kuil semakin aktif selepas bekalan air dan elektrik dimasukkan. Penduduk hantar petisyen bantahan kepada bekas MB DSKT tidak ada tindakan. Penduduk buat aduan kepada DYMM Sultan Selangor 28/07/2006. Dua papan tanda dipasang “Tanah milik Penceroboh akan didakwa”. Penduduk buat perjumpaan dengan bekas MB DSKT buat appointment tiga bulan baru dapat jumpa. Pada Okt 2006 kami bertujuh diketuai bekas nazir Masjid Ubudiah Sek 19 berjumpa DSKT. Sedihnya baru masuk bilik DSKT kata jumpa sekejap saja sebab sibuk. Selepas perjumpaan tiada tindakan. Pada 27/02/2007 penduduk mengadu Biro Pengaduan Awam JPM dan BPR. Kedua jabatan memberi maklum balas segera menyiasat aduan penduduk. Pada 29/12/2007 kuil diarah pindah ke Seksyen 22. Usaha penduduk jadi sia-sia kerana PR batalkan selepas Mac 2008 dengan alasan tapak itu jauh dikawasan kilang. Masalah penduduk penduduk semakin sukar akibat gangguan keterlaluan dari kuil itu. Penduduk minta campur tangan NGO Islam. Selepas demo kepala lembu barulah kuil dipindahkan. Isu kuil itu menyerlahkan sikap pemimpin politik yang tidak peka masalah penduduk. Pemimpin Islam PR buruk sangka sesama Islam tapi amat bertoleransi dengan puak kafir dalam isu kuil. Bila penduduk buat bantahan gangguan kuil yang dipersalahkan UMNO.

Anonymous said...

Saya takda baca ini bekas MB ada sibuk membuat atau mengata sesuatu yang menaikkan semangat UMNO atau BN Selangor sejak dia di tuduh di Mhkamah dan letak jawatan ketua pembangkang selangor. Anggor masam (sour grapes) ke?

Anonymous said...

Tak faham apa anda maksudkan dengan kata kata "If it is already late..why dont you just make it quick?"

Klik nama anda, sampai ke blog yang anda ada tulis,

“Takdirnya saya berjumpa seorang teman. Tidaklah saya mengenalinya sebelum ini.”

Tertanya saya mengapa seorang yang tidak di kenali di panggil “teman”. Saya harap anda bukan puak yang tidur sebantal pun dengan DAP yang “tidak di kenali”.

Assalamu'alaikum WBT.

Anonymous said...

Hah, Malaysian Digest kata DAP Lim Guan Eng marah Utusan Malaysia laporkan kaitannya dengan PAP Singapore yang di beritakan oleh Malaysian Insider.

Dia tuduh Utusan sebagai "Peeping Tom newspaper" kerana mendedahkan dia berjumpa dengan MP pompuan dari PAP Singapore secara curiga (suspicious). Haha, "peeping tom", kata dia. Dia terasa macam dia berasmara dengan MP pompuan Singapoe tu ke?

Dia mengaku ada jumpa dengan MP Singapore tu. Untuk "government to government" ties", kata dia. Apakedarahnya? Bukan kah Singapore sebuah negara luar? Bukankah tugas Kementerian Luar Negeri yang buat begitu? Dia cakap bodoh ke?

Dia kata, "DAP has no direct political ties with the PAP". Memang dicurigakan pun. Dulu Maha Chauvinis "Little Emperor" Lee Kuan Yew melawat Malaysia, tuju ke Penang, di ra'ikan dek DAP.

Bukan main lain lagi dia marah. "This is unethical, this is immoral, this is completely unacceptable – A Peeping Tom newspaper," kata dia. Dia tak tahu ke ada tali barut (spy) di antara mereka yang kasi tahu apa dia buat kapada Utusan?

Wakai bekas MB Selangor, kamu cuba lah buat macam Utusan buat. Ada berani ka? Pandai nak lawan Guan Eng ka? Lawan Teresa Kok di DUN Selangor saja pun cukup lah. Mari nak tengok kamu buat. Kan kamu masih UMNO?

Anonymous said...

This column is full of racial hatred and religious polarization. Sometimes, I am very saddened by the level of liberty afforded by the authority to this person.

Anonymous said...

Haaaa, bekas MB Selangor, kamu cuba lah macam depa buat seperti berita di bawah ni:

30 Felda young footballers get a chance to go to Cardiff
The Sun Daily - ‎36 minutes ago‎

SUNGAI BULOH (April 8, 2012): At least 30 aspiring young footballers from Felda will get a chance of a lifetime to undergo a one month training stint with the Cardiff Football Club.

Kamu cari le GLC ke syarikat prebet besor ke sponsor projek yang boleh mendatangkan undi kapada UMNO di Felda Gedangsa ke, Felda Suharto ke, di kawasan Selangor dekat kawasan DUN kamu tu.

Jangan dok mengata orang lain tak layak plak!

aloya said...

Pandangan yang bernas dari Dr.

Anonymous said...

Ni lagi yang bekas MB Selangor tu boleh hebohkan dan tunjukkan kelemahan musuh:

S'gor to ask for RM1bil from federal govt for flood mitigation
Malaysia Star - ‎15 hours ago‎

By A. RUBAN KLANG: A proposal to approve a RM1bil fund to Drainage and Irrigation (DID) department for the purpose of building more retention areas will be submitted to the federal government soon, Selangor Mentri Besar Tan SriKhalid Ibrahim said on ...

Pehal kamu dah lupa musuh tu Pakatan Rakyat, bukan UMNO/BN. Khalid Ibrahim tahunya nak mintak saja. Pasal air pun tak mahu setujukan cadangan sambongan paip yang Kerajaan Federal dah usahakan. Ni dia orang tak bersihkan longkang di Klang jadi bah besar, nak bayangkan DID (Jabatan Federal) tak buat kerja pulak.

Pada hal bersihkan longkang kerja Majlis Bandaran. Yang Exco DAP Ronnie Liu in charge. Kan dah keluar banyak komplen di NST masa bah melanda tak lama lalu. Sorang penduduk Engineer dah bersara kata dia terang terang nampak Majlis Bandaran pasang kalbat salah cara, menyebabkan air hujan tak keluar.

Kamon lah Khalid Ibrahim. Buat le korje kamu. Kamon bekas MB Selangor. Ko lawan lah dan bisingkan lah pasal Khalid tak buat korje. Jangan nak mengata orang yang ambil alih tugas kamu sebagai ketua pembangkan selangor aje.

Anonymous said...

Mat Sabu belom pencen atau di pencenkan lagi tapi dia tkaut PAS di pencenkan pengundi dan cuba mengatakan PAS tidak derhakakan kepentingan Melayu Islam dan masyarakat Cina.

MI kata dia kata PAS bukannya ikut saja apa DAP cakap. Alamak MI ni, jawatan Mat Sabu pun tak tahu. Di katanya "PAS vice-president Mohamad Sabu", pada hal kawan baik Lim Kit Siang pembela kominis tu ada lah Timbalan Presiden PAS. Padanlah MI kena saman berpuluh juta Ringgit dek bekas Pengerusi MAS Tajuddin Ramli hingga meminta ma'af bertalu talu di NST dan Berita Harian.

Mat Sabu kata Umno cuba bayangkan kapada masyarakat bahawa tidak ada siapa akan menjaga kepentingan Melayu jika Melayu hilang kuasa. Mana tak betul nya. PAS macam Nik Hadi tak ngaku Melayu pun. PAS dah buang impian Negara Islam dan Hukum Hudud. Walau pun Nik Hadi pungut lagi Hukum Hudud, tapi nyata bahawa Muktamar parti PAS telah gugurkannya Jun lalu.

PAS sebantal dengan DAP yang mengungkit Kedudukan Istimewa Melayu, yang cogan katanya Malaysian Malaysia, kononnya, itu subversif kapada Kedudukan Istimewa itu sebab mahukan sama rata dengan tidak perakui Kedudukan Istimewa itu.

PAS tak pedulikan cubaan Kristianisasi yang di lakukan di Gereja Methodis Damansara Utama beberapa bulan lalu. Tak sokong orang nya sendiri, Dr Hassan Ali yang pada masa itu Exco PAS Selangor yang arahkan JAIS siasat GMDU panggil 12 orang Islam "berbuka puasa" di gereja di bulan puasa, siap dengan se naskhah Kitab Bible di meja tempat duduk mereka.

Anonymous said...

11:25 AM,

Have you thought about the level of liberty afforded to the Opposition parties, blogs and individuals making comments there?

Read Malaysiakini, Malaysian Insider, Malaysia Today. Or you are a regular there already? Pretending you dunno?

Anonymous said...

Kalau bukan ahli UMNO pun, tak layak teguh ke atau beri pendapat, faham tak?

Ngapa komen yang tak sehaluan tidak disiarkan lepas?

Tak salah pun kalau nak kontrol bagi cume komen-komen yang sedap didengar sahaja.

Tu lah bila populariti naik, komen yang kritik sadikit pun dibuang kat tong sampah.

kalau yang dah makan cili rasalah sendiri pedasnya.





Tak serupa bikin.

Anonymous said...

Tak serupa bikin,

Entah lah kau ni cakap betul ke tidak. Aku tengok banyak komen kau keluar. Pakai nama macam macam. Tapi hujung nya sama - ruang sebelom kau letak berbagai nama tu serupa luasnya. Kau juga orang yang komennya.

Anonymous said...

Saya harap bekas MB tu dah kira habis lah masa depan politiknya. Tak tahu lah dia masuk penjara ke tidak akibat kes rasuahnya. Tapi tak guna lagi orang macam ni. Tak boleh di angkat jadi pemimpin.

Anonymous said...

Satu nasihat dan tamparan yang mantap dari dr. saya biasanya tak setuju dengan dr tapi kali ini, saya sokong dan setuju.

Anonymous said...

bukan "berani selepas pencen", tuan. dia berani sebab fras. dah takda jawatan ketua pembangkang. orang dah tak kisah dia lagi. jadi nak publisiti lah sikit konon. kena dakwa rasuah pulak. lagi fras lah kawan tu.

tapi bagus dia di dakwa. tunjukkan bn ambik tindakan atas rasuah. tak kira bekas mb pun.

Anonymous said...

rawang 9:25 AM,

Saya fikir Pegawai tinggi Kerajaan pun ramai yang melepaskan geram mereka dan bercakap selepas pencen. Tidak lah di akhbar dan media massa tradisional. Ha nya bila berbual di majlis khenduri perkahwinan dsbnya.

Masa berkhidmat mereka di Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik umpamanya tidak mengeluarkan pendapat politik di hadapan orang lain daripada rakan sekerja atau kenalan rapat nereka. Sebab tradisi sejak Malayan Civil Service di zaman kolonial lagi. Mereka telah menggantikan omputih tapi masih berpegang tradisi itu. Jika sesiapa bercakap politik - selain daripada yang di minta pendapatnya oleh boss orang politik seperti Menteri - akan di pandang berlain sedikit atau di naikkan kening mata (raise eyebrows).

Tapi ramai di antara mereka fedap dengan cara Tun Abdullah Badawi merintah. Flip flopping, auto-piloting and sleepy, kata Tun Dr Mahathir. Mereka nampak besar bezanya dengan masa mereka berkhidmat dibawah TDM. Contohnya, biarkan ultra kiasu melanda landa. Menteri Azmi Khalid melulu ke Beijing minta ma'af Polis suruh seorang "pompuan Cina" duduk "squatting" untuk di periksa jika ada dadah di sembunyi dalam kemaluan atau duburnya. Pada hal di buktikan kemudiannya bahawa itu ada lah seorang Melayu Malaysia, tidak langsung rakyat Cina. Saya sendiri dengar lebih dari seorang Pegawai pesara mengejikan tindakan Azmi dan Pak Lah di masa itu. Memalukan negara, menjatuhkan maruah negara, kata mereka.

Tapi ramai yang fedap dengan TAB sekarang berkata tak boleh biarkan ultra kiasu melanda landa. Mereka keji juga kelemahan pemimpin politik dari segi tunduk kapada desakan ultra kiasu. Tetapi keji di hadapan yang bukan ultra kiasu sahaja. Dan mahukan pemerintah tradisional pegang kuasa. Kalau tidak, ranap negara, kata mereka.

Anonymous said...

Ramai anak orang susah, setelah senang, menderhaka latar belakangnya.

Ada yang menjadi sombong bongkak, kudong dapat cincin, ada yang tidak balik kampong pun menziarahi saudara mara. Pada Hari Raya mahu "rub shoulders" dengan gulungan atasan, pergi ke setiap open house yang ada. Memikir bahawa lebih mustahak untuk dirinya atau perniagaannya jika dapat bersalaman, kemudian mengekori, mengikuti, mendekati seinci demi seinci, serta merta mengeluarkan lighter bila orang bernama keluarkan rokok, supaya boleh berkata sepatah dua dengan yang di harapkannya boleh menolongnya di suatu masa. Ini di panggil "social climbers" atau peniaga kiasu.

Tetapi yang sedih dan jijik sekali ia lah mereka yang dari kampong atau pinggiran bandar, keluarga susah, dapat kelulusan tinggi, jadi kacang lupakan kulit. Tidak guna punya maanusia, tidak menggunakan pelajarannya untk memikir perlunya mereka merendahkan diri atau "humble", tidak ingatkan latar belakang mereka yang juga humble itu. Maka sibuk lah mereka menunjukkan bijak pandai mereka kononnya, bercakap sentiasa mengkritik apa saja, melawan Pemerintah, menghasut yang lain seperti di rancangan FELDA, ikut berdemo, tidak mengikut undang undng dan peraturan peraturan yang sedia ada, menuduh keganasan pihak berkuasa, sehinggakan PTPTN pun mahu di hapuskan. Pada hal mereka sendiri mungkin telah mendapat faedah darinya.

Ini lah akibat akhlak rambang atau "loose moral" dan keruntuhan akhlak yang bermula sejak Kerajaan lemah "flip flopping, auto-piloting and sleepy" Tun Abdullah Badawi. Maka Dato Seri Najib sepatutnya berkeras menyekat dan mengawal keadaan melanda landa yang sekarang ada, tetapi nampaknya dia begitu sibuk mengejarkan undi.

Kita perlu laungkan selalu supaya tunduknya dia kapada tekanan dan desakan mereka yang asyik mahu membankang dan berdemo perlu ada hadnya. Gunakan lah undang undang dengan ketat supaya yag anti-nasional tidak asyik berdemo. Gunakan lah jentera jentera Kerajaan dengan sepenuhnya, gembelingkan lah segala agensi Kerajaan seperti Kementerian Penerangan bagi mendidik, memberi pesanan, secara terus menerus atau melalui media filem, TV dan sebagainya, menyebarkan nilai nilai murni, supaya mengelakkan berterusan gejala kacang lupakan kulit itu.

Anonymous said...

"Pemimpin tertinggi Umno mesti meneliti satu persatu bakal calon wakil rakyatnya."

Saya khuatir bahawa "calon calon boleh menang" atau "winnable candidates" masih lagi terdiri dari mereka yang pentingkan diri lebih dari pentingkan masyarakat. Sukatan atau kritera yang di gunakan baginya ada lah "popularity". Ini perkataan yang banyak makna, yang tidak semestinya calon itu tidak ada di laman atau di belakng rumahnya.

Kita lihat sahaja sudah berpuluh tahun pemimpin UMNO yang memegang jawatan - dan juga parti parti lain di negara ini - termasuk mereka yang menjadi kaya dengan cara yang tidak di ketahui bagaimana. Ada yang di ketahui dan di umumkan bersalah politk wang, masih memegang jawatan. Termasuk Ketua Pemuda UMNO. Bagus lah dia tidak di beri jawatan apa pun di dalam Kerajaan atau badan badan berkanun. Tetapi saya khuatir dia akan di calonkan lagi.

Kerana pengikut pengikutnya di khuatiri akan memporak perandakan keadaan. Boikot, sabotaj dan sebagainya. Kita tahu bahawa, walau pun Jawatan Kuasa Disiplin UMNO telah mendapati bahawa dia telah melakukan politik wang tidak lama sebelom pemilihan pemimpin Pemuda UMNO itu, masih ramai juga yang mengundinya - walau pun tidak undi majoriti perwakilan di masa itu. Mungkin politk wang masih berlaku di masa pemilihan itu.

Saya fikir Ketua Pemuda itu perlu di singkirkan dari UMNO selama lamanya. Sebab dia tidak nampak ada memainkan peranan yang bermakna. Pada masa masa mengeluarkan kata kata yang janggal, yang liberal kononnya, tidak menunjukkan mempertahankan hak dan memajukan kepentingan kaum Melayu. Saya tidak terbaca dia mengelolakan kempen mendaftarkan pengundi di antara muda mudi, yang di beritakan masih ramai belom berdaftar.

Ketua Pemuda UMNO sepatutnya keluar dengan konvoy motorsikal berbatu panjangnya, mengajak dan mmemberangsangkan muda mudi dan pelajar pelajar di Universiti pergi berdaftar, dan menjalankan berbagai acara mendapatakan sokongan UMNO dari muda mudi. Seperti Ketua Pemuda Dato Harun Idris dahulu giat dengan memupuk semangat muda mudi Melayu melalui berbagai kelas kelas silat dan mengadakan acara pertandingan silat, menarik perhatian dan minat muda mudi Melayu ke arah seni bangsa, tidak kapada budaya demo jalanan seperti sekarang. Malangnya Ketua Pemuda sekarang ini mungkin tidak pun tahu apa itu silat. Tetapi dia nyata tahu apa faedah mendapatkan muda mudi berdaftar sebagai pengundi. Namun demikian, sayang bahawa apa yang terbaca berkenaan dengannya tidak langsung memuaskan hati.

Ini bukan kesah orang dari keluarga susah dapat kuasa. Bapaknya seorang diplomat, hidup dalam suasana antarabangsa, bapa mertuanya dahulu Perdana Menteri, mungkin anak ini tidak faham atau kisahkan asal usulnya, hanya mahu menjadi Perdana Menteri sebelom umur 40. Maka tidak di pedulinya betapa pentingnya menggembelingkan tenaga muda mudi bagi memajukan kaum asal usulnya, tetapi sebaliknya mahu menunjukkan dia liberal kononnya.

Belajar di Oxford University yang mashur tetapi dia tidak sedarkan bahawa seseorang itu tidak liberal jika tidak sedar bahawa kaum Melayu yang 60% rakyat di negara ini perlu di majukan, jurang perbezaan ekonomi dan pelajaran antara kaum Melayu di bandang dengan kaum Cina yang 22% rakyat di negara ini mesti di seimbangkan, hak hak Melayu mesti di pertahankan, kepentingan Melayu mesti di majukan. Untuk harmoni dan keamanan negara di jangka masa panjang.

Anonymous said...

"social climbers" atau peniaga kiasu - di komen 7:16 AM,

Boleh nak pergi open house di Hari Raya tu. Tapi jangan lah sampai tak balik kapong bertahun tahun. Bukan beribu batu macam kalau di Amerika. Paling jauh pun 200-300 batu saja.

Memang kapal terbang fully booked, jalan raya penuh sesak walau pun bermacam expressways dah ada. Tapi kalau tak jumpa saudara mara di kampong, tak dapat do'a mereka supaya terus maju, macam mana nak harap beli helikopter atau private jet nak cepat smapai di masa depan?

Jangan jadi macam sorang Yahudi apakenamanya keluar berita semalam, ada berbilion Dollars, tak ada rumah pun, kerana selalu terbang merata dunia pakai private jetnya, sentiasa duduk di hotel, tak kahwin, tak ada anak bini, tak ada saudara mara yang dia kenal lagi, berwasiat beri separuh hartanya kapada charity bila dia mati - aku nak kasi nama aku pada dia lah, haha.

Jangan lupa lah wahai social climbers dan peniaga dan pengusaha kiasu, do'a saudara mara di kampung
itu mungkin lebih afdhal sebab mereka aku rasa kurang dosa dari yang tercungap cungap, terdesak desak di kota, asyik maki hamun traffic jam dan sebagainya.

Anonymous said...

Ada lagi cakap nak jadi PM umur 40? Kan sewel cakap gitu.

Anonymous said...

Macan mana nak ajak muda mudi masuk umno kalau skandal umno keluar satu lepas satu? Kalau berkempen, hanya akan dapat ejekan dari muda mudi. Dulu lain sekarang lain. Orang muda kini mendapat dan membaca berita dan komen dari pelbagai sumber. Tidak mudah diperdaya lagi. Mereka mampu berfikir untuk masa depan mereka sendiri.

Anonymous said...

9:39 AM,

Bukan nak ajak yang ada skandal tu pergi pujuk muda mudi berdaftar, walau masuk UMNO sekali pun.

Kalau gitu, Mat Sabu pun tak boleh, sebab di tangkap di bilik 121 di Hotel Perdana dengan Normah dulu. Apa tah lagi Anwar Al Juburi - pangkat itu Mat Sabu yang mula mula beri.

Atau Khalid Ibrahim yang skandal tak bayar hutang RM66 juta sampai ke tahap bank dapat Perintah Mahkamah ke atas dia. Dia jugak skandal sebagai CEO Guthries dulu menyebabkan syarikat itu rugi besar - tanam modal di INdonesia, tanam kelapa sawit secara besar besaran tapi tidak sediakan infrastraktur, maka hasil sawit tidak sampai ke pelabuhan.

Gila, di masa harga sawit melambong, Guthrie yang begitu banyak ladang sawit, rugi tidak terhingga. Sampai dia di nyahkan dari Guthrie, khabarya. Jadi, kalau nak mengurus syarikat pun tidak cekap, macam nana nak uruskan negeri Selangor?

Takda modal, nak pegang saham Guthrie. Pinjam bank, tak dapat dividen sebab Guthrie rugi, tak dapat bayar bank, lama lama kena saman. Kesian dia. Tapi kamu nak kata UMNO yang ada skandal. Sedar lah kamu parti parti lain pun ada skandal.

Nak dengar skandal DAP pasal Makcik "Mama Foo" di Ibupejabat DAP? Lain kali lah, ye?

Anonymous said...

939,

Cuba lihat sejauh mana skandal PKR nih:

The Star.com siarkan berita anak beranak Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR, mahukan dia tinggalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Emak dia, Che Tom Yahaya, kata Azmin dapat pengaruh tak baik. Eamak dia pun tak di kunjunginya sejak Ogos lalu. Bukannya jauh benar.

Adik dia Ummi Hafilda kata dia akan hentikan sasarannya terhadap Azmin jika Azmin tinggalkan Anwar. Sekarang dia “on a drive to expose all the dirt about my brother, his wife Shamsidar Tahrin and Anwar." Isteri dia di katakan pernah ada hubungan seks dengan Anwar.

Mana tak begitu besar sekali punya skandal itu. Isteri Timbalan Presiden PKR ada hubungan seks dengan boss PKR, Anwar. Emak dia pun sanggup adakan sidang akhbar pasal Azmin. Bila dia sakit tempoh hari, dia beri tahu dua anak perempuannya jangan beri tahu Azmin jika dia mati.

Anonymous said...

Ini pun skandal PAS pulak:

"Abdul Hadi dilaporkan telah mengeluarkan kenyataan pengundi Iban berpihak kepada BN kerana mereka masih memakai cawat selepas pilihanraya kecil parlimen Batang Ai pada April 2009."

Dah le berterabur Pemimpin PAS Sarawak, Jofri Jaraiee nak tepis tuduhan itu. Tapi dia tak nafikan Hadi ada kata begitu. Cuma nak tuduh pihak lain pulak.

Macam mana nak nafi. Ada orang dengar dia cakap macam itu dan sudah di beritakan di akhbar. Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri James Masing, yang kata Hadi menghina kaum Iban di Sarawak.

Tak skandal ke itu? Orang pakai jubah dan serban menghina kaum Iban.

Anonymous said...

Inikah skandal PR? Tak ade dalam fail Sprm pun.
kasilah sikit yang ada umph.. boring betul.

Patutla DR RT pun kecewa dengan umno. Tak ade kualiti langsung. Hanya pandai bazir dan poya poya.

Anonymous said...

the level of "liberty" given to Malaysiakini, Malaysia Insider and Malaysia Today enable hatred, slander, lies and malice to spread like silent fire among the virtual denizens. It is unfathomable and incomprehensible of how a once-loving and peaceful people can harbor so much mistrust and hatred towards people of opposite views. You will need a strong heart and enough guts to read the articles laden with irresponsible, callous and baseless allegations and insensitive remarks. How can we achieve Harmony and Unity among our citizens if we allow such portals to publish articles with underlying tones of hatred towards other Malaysian citizens. Just think...how long can you live with such hatred in your heart...another 20..30 years or till the last breath of your life...Life is just too short... (Pena ALam).

Anonymous said...

Si Kadir Sheikh Fadzir berani dakwa UMNO beli undi apasal? Dulu lepas pencen pun tak cakap macam tu. Tun Dol kasi dia Tan Sri. Gamaknya geram Najib tak kasi dia apa apa, tak dapat masuk berita. Kedarahnya dia.

Anonymous said...

Ini yang sudah pencen dari Reuters sekarang di Malaysian Insider pulak ada agenda lain. Agenda Anwarul Al Juburi (pangkat yang Mat Sabu beri). Di tulisnya rencana yang Najib dia nak caci.

Di carinya berbagai pihak yang pendapatnya tidak berseri. Di keluarkannya di MI yang sudah kena juburi. Di saman ke Mahkamah dek bekas Pengerusi MAS Tan Sri Tajuddin Ramli. Menggigil lutut dia hingga siarkan mintak ma'af di NST dan Berita Harian beberapa hari. Boleh kah orang macam ini di percayai?

Di sebutnya seorang diplomat kata, "Some officials acknowledge there is resistance to Najib's ideas to transform the country but a good win can overcome those against him". Tak di sebutnya siapa "some officials" itu. Atau siapa diplomat itu. Atau berapa hari diplomat itu sampai di Malaysia sekarang dia anggap sebagai pakar mengeluarkan pendapat yang dia mahu sebut itu. Dia jenis kena buang dek Reuters ke menulis macam ini? Tak sebut punca dengan nyata.

Di katanya "Analysts agree that Najib have done much in the three years since taking over from Tun Abdullah Badawi but point out that his "presidential-style campaign" has its pitfalls". "Analysts" ape kebenda tu? Di kedai kopi ke? Kalau gitu, aku pun boleh jadi analyst!

Di sebutnya "political analyst" Monash University Sunway. Monash University tu di Australia pun tak di peduli orang sangat. Kalau University of Western Australia tu, lain lah. Cakap aje, orang tahu, orang hormat. Ini Monash University Sunway pulak!

Sebenarnya Pengarang MI tu nak cuba tunjukkan apa DS Najib buat semuanya tak baik. 1 Malaysia, Government Transformation Programme (GTP), Economic Transformation Programme (ETP) and New Economic Model (NEM) and the agencies to implement them such as Pemandu, TalentCorp, InvestKL and Agensi Innovasi - semuanya tak betul, konon. Hanya yang Anwar Al Juburi buat saja yang baik. Termasuk main belakang kot!

Di sebutnya Najib kempen "Presidential style". Menyindir Najib ke seorangan konon. Tak di sokong oleh Menteri Menteri lain di kabinet dia. Ngang punya tuduhan, tak hiraukan bahawa kabinet tidak boleh nampak sebagai berkempen sekarang. Ada undang undang pilihanraya menghalang berkempen sebelom tempoh yang di tentukan oleh SPR. Si pencen Reuters itu tak sedar bahawa Najib hanya bercakap sebagai PM saja. Menerangkan dasar dasarnya kapada khalayak ramai setakat ini.

Dia cuba memecahkan Najib dari kabinetnya, dari UMNO dan dari rakyat. Di sebutnya kata kata orang Potash University ke apebenda, "The problem confronting Najib is that, while his 1 Malaysia brand is strong, especially after giving out cash to low income families, voters may decide that they like Najib but dislike Umno. In such a situation, the most logical thing for the voter to do is not to vote or spoil the vote." Jahat maksudnya. Kotor pemikirannya. Kerdil analisanya. Menghasut pulak agar pengundi tak keluar mengundi. Tapi pengundi tahu. Di masyarakat FELDA pun sekarang dah ada komputer dan Internet. Tak caya, pergi lah ke FELDA Jengka dsbnya.

Tapi nasib lah si hamba Allah tu akui "his 1 Malaysia brand is strong". Kalau tak, tak guna 1 sen pun pendapat dia. Sebab dia ada puji Najib sikit, boleh lah kasi dia 1 sen.

Anonymous said...

Selsepas demonstrasi kepala lembu sebuah filem dokumentari diterbitkan oleh Komas untuk menggambarkan golongan ekstrim Melayu menentang kuil Hindu dipindahkan ke Seksyen 23. DS Khir Toyo buat ulasan dalam filem itu kenapa perlu ada kuil dikawasan yang tidak ramai penganut Hindu?. Kenapa selepas pencen jadi MB baru DSKT sedar perkara itu?. Kenapa semasa berkuasa DSKT tidak selesaikan isu kuil di Seksyen 19?.Pada tahun 2006 pelbagai usaha dibuat oleh penduduk buat aduan dan perjumpaan dengan pelbagai pihak kerana aktiviti kuil mengganggu ketenteraman awam. Ketika itu kuil dibesarkan hingga menghampiri rumah penduduk dikawasan majoriti Islam. Beliau menyalahkan pegawai PKNS sedangkan kuasa ditangan MB. Dalam filem itu juga Wakil Rakyat Shah Alam menyalahkan UMNO dalam isu di Seksyen 19 dan Seksyen 23 pada hal bantahan penduduk bukan kerana politik tapi kerana pertahankan kawasan. Penduduk Seksyen 23 tahu pelbagai masalah yang berlaku kepada penduduk di Seksyen 19 sebab itu mereka bantah. Kenapa pemimpin Islam tidak peka masalah penduduk Islam?. Malah kuil yang membesar depan mata penduduk dimasukkan bekalan air pada Jun 2006, tandas dibuat pada tahun 2006 dilaporkan oleh Harakah berusia 150 tahun. Kenapa Harakah tidak persoalkan kenapa pemimpin PR batalkan pemindahan kuil yang diluluskan oleh BN ke Seksyen 22?. Penduduk minta bantuan NGO ketika gangguan kuil sudah keterlaluan dan pelbagai ugutan dibuat kepada penduduk. Kenapa Khalid Samad tuduh NGO yang membantu penduduk sebagai gerombolan UMNO buat provokasi kepada kuil Hindu?.Kenapa bila penduduk buat aduan tidak ada tindakan diambil oleh wakil rakyat untuk mengatasi masalah penduduk? NGO hantar memorandum minta kuil segera pindah. Kenapa kawasan majoriti penduduk Islam yang dipilih untuk pindahkan kuil itu?. Bantahan penduduk Seksyen 23 tidak dipedulikan. Selepas demonstrasi kepala lembu seramai enam NGO dan enam penduduk Seksyen 23 terpaksa turun naik mahkamah. Mereka yang menjadi punca hingga berlakunya demonstrasi kepala lembu bebas menuding jari kepada pihak lain. Penduduk Seksyen 19 terpaksa berhadapan pelbagai cabaran dan risiko kerana sikap pemimpin politik yang tidak peka masalah penduduk. Hanya selepas 4 tahun PR berkuasa pada Fabruari 2012 barulah isu penduduk di Seksyen 19 selesai. Itu pun selepas campur tangan Pertubuhan NGO Islam dan menjadi isu negara.

Anonymous said...

7:36 PM,

Ini lagi satu yang di keluarkan oleh Malaysian Insider. Menonjolkan apa ultra kiasu DAP Tony Pua kata. Pua ini (bukan kah nama itu juga bermakna biul?) perlu di pencenkan saja. Begitu juga pengarang MI yang dah kena saman dek Tajuddin Ramli berjuta juta.

Di kata oleh si Pua lembu lembu NFCorp ada yang mati dek bahan copper. Membayangkan tak selamat di makan kerananya. Di hebohkan dek Malaysian Insider.

Tak cukup dengan Shahrizat dah pencen. Walau pun takda bukti dia bersalah dalam hal NFC. Laki dan anak anak dia dah di bawa ke Mahkamah. Nak ganyang lagi, ganyang lagi, ganyang lagi. Menyodok macam babi hutan. Baguslah sekarang NFC kentotkan dia.

NFCorp akui Veterinary Services Department (VRD) ada membuat ujian ke atas 6 ekor lembunya yang mati di bulan Jun tahun lalu. Ujian itu menunjukkan tahap copper melebihi yang biasa - " above the normal range for healthy cattle, which is 25 to 100 parts per million (ppm)."

Tapi NFCorp veterinarian Dr Md Dali Baba kata itu bukan luar biasa. Kelebihan copper atau "copper toxity" berlaku sekali sekala di dalam badan binatang ternakan di merata dunia - "copper toxicity in cattle happens occasionally in the livestock business and was encountered in most parts of the world."

“Copper toxicity" bukan lah penyakit, kata pakar kesihatan binatang itu. Ia disebabkan kelebihan copper dari makanan "palm kernel cakes which contain copper trace elements,” katanya dalam satu kenyataan.

Kekurangan copper atau "copper deficiency" pun tidak boleh. Di UK, lembu biasanya di beri copper supplement untuk mengelakkan "copper deficiency."

NFCorp menyatakan ada di dalam syarikatnya "a fully qualified veterinarian and two meat inspectors at its abattoir, one of whom has more than 35 years’ experience in his field, to ensure quality hygienically-prepared beef is delivered.”

“Di seluruh 2011, hanya 8 dari setok lembunya mengadap 'copper toxicity' itu," kata doktor penyakit binatang itu.

Pua di kentotkan sebagai “irresponsible scaremonger.” Saya setuju. Dia patut di pencenkan oleh rakyat di PRU13.

Anonymous said...

Ipoh Council's secretary Datuk Abdul Rahim Mohd Ariff said the council had not ordered the shooting of the strays.

Biar lah dia orang tembak "strays" yang berupa anjing politik yang menyalak dan melalak menggunakan kata kata seperti "bastard" dan "metallic black".

Anonymous said...

7:38 AM,

Khalid Samad sudah hilang pedoman Islam. Dia berpedoman politik saja. Pedoman Anwar Al Juburi, sebenarnya.

Segala apa yang boleh di eksploit, akan di eksploitnya. Menuduh NGO yang mahukan kuil Hindu di tempatkan di kawasan penduduk ramai Hindu sebagai gerombolan UMNO memang membayangkan dia tidak pedulikan kepentingan Islam pun. Pentingkan kepentingan politik PR saja.

Tidak mementingkan kepentingan PAS pun. Sebab PAS di tubuhkan untuk mempertahan dan memajukan kepentingan Islam. Mana mempertahankan dan memajukannya jika dia mempertahankan kuil Hindu yang terletak di kawasan majoriti penduduk Islam? Laknatullah lah dia. Jahanam lah negara jika jenis dia memerintah negara ini. Jangan benarkan.

Anonymous said...

Anwar sebenarnya si pencen juga. Dia cuba berani lawan tokeh sebelom pencen. Hah, kena pencen dia.

Bukan itu saja. Kena heret ke Mahkamah kes korapsi dan sodomi pula. Merana dia beberapa tahun di penjara.

Ini kes anjing menggigit tangan yang memberi dia peluang politik hingga jadi Timbalan PM. Kalau dia sabar, dia dah jadi PM, bukan Pak Lah. Menyesal tak habis habis dia, agaknya.

Tuhan tu kaya. Mungkin Tuhan nak selamatkan kita. Kalau tak, biarkan dia jadi PM, dah di bawah telunjuk Yahudi Zionis Israel gamaknya kita.

Gilakan kuasa. Sekarang apa saja akan di buatnya untuk dapatkan jadi PM. Kit Siang di calonkannya sebagai TPM. Sebab DAP dah setuju dia jadi calon PM. Tapi Tuhan masih melindungi kita lagi nampaknya. PAS tak setujukan dia. Hadi Awang kata tak perlu bincang calon PM sekarang. Rasanya Hadi pun nak harapkan jadi PM jika sampai kePutrajaya.

Boleh ke? Tak boleh le. Rakyat tak akan benarkan deme'. Yang sanggup gadaikan hak dan kepentingan Melayu. Ada yang tak mengaku dia Melayu. Macam Nik Aziz cakap "Ambo buke Melayu, Isle je."

Anwar juga derhaka kapada negara - burukkan Malaysia macam macam bila di luar negara. Tapi yang kaum Islam tak tahan sekali - nak petahankan Yahudi Zionis Israel pula. Waaaduuuuh, teruk lah kita di buatnya.

Anonymous said...

Hah, FMT kata "Khalid akui hadapi masalah selesai isu sampah"

April 10, 2012

Kerajaan negeri yang mengambil alih tugas Alam Flora menerima 300 aduan daripada penduduk mengenai masalah pengurusan sampah.

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui berdepan penyelesaian isu sampah dan sisa pepejal sejak mengambil tugas berkenaan dari Alam Flora Sdn Bhd.

300 aduan daripada penduduk mengenai masalah pengurusan sampah.

Katanya, "kerajaan negeri telah mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta untuk mengatasinya."

Tapimacam mana "proaktif" pulak, kalau hanya minta PBT mengatasinya. Bukan kah PBT dah tak dapat atasinya? Itu sebab ada 300 aduan. Amacam Bang Lid? Ada cukup Dust Bin Lid ke?

Suruh pulak “Ahli majlis kena pantau dan tengok jalan dan longkang di PBT masing-masing dan kalau ada yang tidak elok segera ambil tindakan kerana ini tanggungjawab ahli majlis.” Ke ada setaf PBT yang menyeleweng atau boikot Pakatan Rakyat, bencikan Ronnie Liu Exco DAP yang in charge PBT ke?

Selesaikan lah masalah sampah, Lid. Dah lama benor tu. Dan masalah bersihkan longkang. Di Klang sampai bah besor longkang tak di bersihkan. Keroje PBT tuh. Kalau tak selesaikan masalah tu semua, nanti rakyat pencenkan ko.

Ko kata “Kita kena kurangkan kelemahan dari segi pentadbiran, penyelewengan, rasuah dengan meningkatkan mutu pentadbiran kita." Ko ngaku ada rasuah ke? Habih, awat dok tohmah BN saja?

Waaah, keras ko cakap. “Setiap PBT terima geran. Kalau nak betulkan masalah tidak perlu jawatankuasa." Tak marah lagi ke setaf PBT ko cakap mcm tu?

anamas said...

TERBARU BEKAS TIMBALAN PENGARAH BTN KEDAH MASUK DAP.CUKUP MENGHAIRANKAN BILA ORANG YANG SEMASA BERKUASA TIDAK BERANI MENJADI AHLI DAP.APABILA DAH BERPENCEN BERANI PULA KATA DAP ITU PARTI YANG BAGUS.APAKAH UMNO ITU PARTI YANG TIDAK BAIK? SAYANG ORANG BEGINI CEPAT LUPA DIRI. BETUL LAH KATA TUN MELAYU NI JENIS CEPAT LUPA....TAHNIAH KEPADA BELIAU KERANA MENJADI AHLI KEPADA SEBUAH PARTI PROXY PAP DARI SINGAPURA.

Anonymous said...

Ingin bertanya punca maklumat masuk DAP tu. Dan BTN tu Bureau Tata Negara ke? Kalau betul, mungkin dia di bayar ke untuk propaganda DAP?

Kita tahu DAP aga gunakan cara cara kominis. Bayar atau janjikan kontrek tak jadi masalah kapada DAP. Diorang cakap tak serupa bikin. Tuduh orang rasuah, diorang pun buat juga. Pastu keluarkan macam macam gag order, jangan cakap pasal pekong diorang. Banyak yang berlatar belakangkan gengster.

Anonymous said...

Kalau Pegawai tu Melayu, memang susah nak masuk akal kenapa dia nak masuk DAP. Kalau meradang dengan gomen pun, biasanya di jangka dia masuk PAS. Makna PAS pun busuk juga kapada dia.

Kalau BTN = Bureau Tata Negara, dah sampai peringkat Timbalan Pengarah, pun tak masuk akal kenapa dia pilih DAP yang tak demokratil. Nama saja Democratic Action Party tapi action depa tak demokratik. Baca lah cerita Lim Kit Siang sejak dulu lagi bengis semacam, siapa bantah dia dalam DAP saja, hilang lah jawtan. 1-2 tahun lalu pun, Exco DAP Selangor Ronnie Liu hilang jawatan sebab buat benda tak kena, LKS/ LGE "aturkan" dia tak di pilih lagi, Teresa Kok ganti dia sebagai Ketua DAP Selangor.

Di Penang, LGE asyik tutup mulut ahli, keluarkan "gag order" walau pun kapada Pengerusi DAP Karpal Singh dan Timbalan Ketua Menteri Ramasamy yang bergaduh. Kalau tak "gag order", ada tutup mulut secara Gengster Tiga Monyet - Tak Nampak, Tak Lihat, Tak Cakap. Kalau cakap kena lesing lah kamu. Mana demokratiknya macam tu.

Lagi pun, tugas BTN ia lah mengasakkan nilai nilai kebangsaan kapada peserta berdasarkan kapada Perlembagaan negara. Kalau dia Timbalan Pengarah di situ, dia mesti tahu niai nilai itu, mesti fasih fasal Perlembagaan negara.

Mungkin lah dia di bayar atau di janjikan sesuatu untuk masuk DAP. Siapa kata DAP tak rasuah. Arif Sabri mongkol di janjikan kerusi di PRU13. Tak rasuah ke tu? Cakap tak serupa bikin punya parti.

Anonymous said...

Ini dia yang di katakan Melayu masuk DAP, pakai nama Khir Johari, emak Cina, kata orang tarikh lahir dia lebih awal dari tarikh emak dia kahwin dengan Khir. Masuk DAP, di jadikan Pegawai di pejabat maha rasis Lim Guan Eng, menuduh orang lain rasis pulak:

Who's the racist? Odd that MCA doesn't know Sinar Harian is a Malay paper - Zairil

In an article in The Star published on 11 April 2012, Penang MCA Secretary Lau Chiek Tuan called for the Chief Minister to stop politicising education by allegedly threatening to withhold funds to Chinese schools that subscribed to two Malay newspapers ...

Si anak Khir Johari (kononnya) itu menuduh MCA rasis pulak. Kepala hotak dia dah DAP sebulat bulatnya. Siapa kata dia Melayu berfikir macam DAP tulin tu. Pakai nama Melayu saja ma. Anak mak dia dengan Cina lain sebelom kawin dengan Khir Johari.

Anonymous said...

Ini lagi sorang yang dah pencen, tapi tak lah macam Kadir Sheikh Fadzir, yang menikam UMNO dengan mendakwa UMNO beli undi.

Sebenarnya, Kadiaq bersama dengan Tengku Razaleigh dalam satu NGO - Majlis Angkatan Amanah Merdeka (Amanah). Tapi Ku Li tak lah sampai menikam pihak yang dia dah menaung berpuluh tahun.

Baca lah apa Ku Li kata ni (saya ambil petikan saja dari laporan Bernama tu):

"Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mengakui ketokohan Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam menerajui Umno Kelantan yang dilihat telah berjaya mengembalikan sokongan besar rakyat negeri itu terhadap Umno.

Beliau berkata Mustapa begitu komited dalam usahanya memenangi hati rakyat Kelantan untuk kembali menyokong perjuangan Umno.

Sementara itu, Tengku Razaleigh yang merupakan anggota Parlimen paling lama di negara ini iaitu selama 43 tahun menafikan laporan yang menyebut beliau akan bertanding sebagai calon Bebas jika tidak dicalonkan oleh Barisan Nasional pada pilihan raya umum nanti.

“Jangan tanya kesetiaan saya pada parti. Saya telah lebih 50 tahun dalam Umno.

Kalau di Gua Musang peluang BN sangat cerah untuk menang,” katanya.

Anonymous said...

Ini politik kah atau politik longkang? Kenapa asyik saja menyerang hal peribadi orang? Tiada isu berkenaan politik ke? Patutla DR RT pun tak tahan dengan tahap mentaliti penyokong dan pemimpin umno BN.

Anonymous said...

Pihak yang nak kena di pencenkan - Bernama 10.4.12 kata Menteri Besar Khalid Ibrahim kata masalah angkut sampah ada lah antara cabaran yang terbesar bagi pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor. Alamak, kalau sampah pun cabaran terbesar, macam mana nak merintah?

Depa buang Alam Flora, nak angkut sampah sendiri. “Saving” berjuta, kata dia. Mana “saving”nya sebab baru 3-4 bulan saja. Dah sampai 300 KOMPLEN SEHARI dia akui “State Secretary Call Centre” ada terima. Itu tak masuk komplen yang di buat ke Majlis Majlis Bandaran. Longkang tak di bersihkan di Klang hingga bah besar masa hujan lebat 1-2 minggu lalu.

Habis tu, Exco DAP Ronnie Liu yang bertanggung jawab hal ini, kata nak beli beberapa buah jentera compactor sampah pulak. Tiap satu hampir sejuta tu. Amacam kos penyelenggaran maintenance and repairs, dsbnya?

Rakyat akan pencenkan mereka nampaknya.

Anonymous said...

9:44

Ko faham ke apa politik? Ko baca le Kamus, googlekan perkataan politik tu, fahamkan apa dia, kamdian masuk sini lagi.

Boleh buat komen membangkang, membantah. Tapi kasi isi sikit lah.

Anonymous said...

Yang ni kalau di pencenkan aku setuju - Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda UMNO. Apa dia ada buat selain dari cakap itu cakap ini yang kadang kadang janggal dari agenda nasional?

Sepatutnya dia pergi ke sana kemari bawa Exco Pemuda dan Jawatan Kuasa Negeri, Bahagian, Cawangan, hebohkan mendaftar pengundi, terangkan dasar Kerajaan dsbnya.

Ada ke dia buat? Ni pulak senang senang nak hantar calon calon dia kapada Presiden parti:

Umno Youth To Submit List Of Candidates To PM This Month - Khairy

KUALA LUMPUR, April 11 (Bernama) -- Umno Youth will submit its list of proposed candidates for the 13th General Election to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak at month-end, said its chief, Khairy Jamaluddin.

Korang yang ahli UMNO pegi cakap le kapada dia dan ahli-ahli Pemuda UMNO, suruh dia orang gemparkan dan riuhkan peranan UMNO, jasa UMNO selama 54 tahun tu.

Tak pernah aku tengok Pemuda UMNO kuyu macam yang ada ni.

Anonymous said...

Cerita sampah di Selangor dan banjir di Klang akibat longakng tak di bersih dengan betul keluar lagi - di blog Pembangkang pulak tu hari ini, di Free Malaysia Today.

Sedap juga Pembangkang nampak macam bangkang Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang di harap akan di pencenkan oleh rakyat di PRU13.

Ni dia ceritanya:

SHAH ALAM: Seramai 200 penduduk di sekitar bandar Klang berhimpun secara aman di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri
(SUK) di sini bagi membuat bantahan terhadap tindakan kerajaan negeri mengurus masalah sampah hingga menyebabkan kawasan rumah mereka mengalami banjir baru-baru ini.

Sebanyak 2,448 keluarga yang terjejas akibat banjir telah mendaftarkan nama kepada pihaknya untuk mendapatkan bantuan kerajaan negeri. “Kita percaya jumlah tersebut sebenarnya lebih lagi iaitu kira-kira 4,000 keluarga," kata ADUN Pandamaran Dr Ching Eu Boon.

Penduduk Taman Tengku Bendahara Azman, Shamsuri Mehat, 35, berkata banjir terjadi akibat jumlah sampah yang banyak yang tidak dikutip.

Katanya, jumlah sampah ini telah menutup saliran longkang di kawasan tersebut dan menghalang air dari mengalir dengan baik ketika musim hujan.

“Sekarang kami semua fobia jika berlaku hujan, rumah kami akan dinaiki air sehingga menjadi seperti kolam renang.

“Keluarga saya telah duduk dikawasan ini lebih 40 tahun, namun perkara ini tidak pernah berlaku, berbeza dengan keadaan sekarang,” katanya.

Anonymous said...

Macam mana Presiden PAS Hadi Awang nak jadi PM, hinggakan tak mahu "endorse" Anwar Ibrahim sebagai calon PM Pakatan Rakyat?

Politikus macam mana dia? Dia marah orang Iban tak undi PAS di PRK Batang AI sampai kata “Mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi”. Macam tu boleh jadi PM? Tak boleh punya.

Sekarang PAS nak letak dua orang calon Iban di PRU13 kononnya. Dia ingat orang Iban boleh ma'afkan dia. Pulaknya, selepas PRK Batang Ai di 2009, dia kata orang Sarawak belom matang politik atau "politically immature."

Di PRN tahun lalu, PAS tanding 12 kerusi tapi satu langsung pun tak dapat. Kali ini nak tanding 8 kerusi Parlimen. Mengata orang pakai cawat pulak.

Anonymous said...

Tahniah kepada Prof. Mohd RidhuanTee!

Sebuah rencana yang bernilai!

Suka saya komen ayat ini: "Betul kata Tun Mahathir, bahawa budaya Umno selama ini adalah menaikkan orang bodoh dan menenggelam orang pandai. "

Saya amat bersetuju dgn maksud ayat di atas!

Dr. Mahathir berkuasa 24 tahun, apakah pusaka (legacy) yang beliau tinggal untuk UMNO dan orang Melayu?

Saya selalu berkata Dr. mahathir adalah pemimpin politik yang paling 'gagal'!

Pemimpin politik yang berjaya mesti melahirkan pewaris yang hebat malahan lebih hebat daripada dirinya!

Tetapi Mahathir tidak! Beliau gagal melahirkan pewaris yang hebat walaupun diberi masa 24 tahun!

Tun Abdullah Badawi mewarisi TunMahathir tetapi hari-hari dihina oleh Tun Mahathir dengan berbagai kritikan!

Dato Seri najib juga mendapat nasib yang sama pada permulaan menjadi PM!

Tiada siapa lebih patut disalahkan daripada Tun Mahathir bagi keadaan UMNO hari ini!

Anonymous said...

Saya kesian Khairy Jamaludin!

Jawatan dalam parti tinggi sebagai Ketua Pemuda tetapi tidak diberikan sebarang jawatan menteri atau timbalan menteri!

Apa pasal?

Anonymous said...

1:22 AM,

Kamu kata "Saya selalu berkata Dr. mahathir adalah pemimpin politik yang paling 'gagal'!"

Kamu bebal ke? Tak pernah dengor perkataan "menyindir"? Kamu tak makan sindir ke? Macam Tun Dol yang TDM maksudkan?

Dia tak naikkan Anwar Al Juburi ke? Di jinjitnya dari tepi jalan sejak ABIM sampai naik ke TPM. Tak sabar nak jadi PM, nak nyahkan orang yang telah berikan dia tempat sejak ABIM. Kalau tak, dia dah jadi PM, bukan Tun Dol. Mungkin tak perlu dia nak sokong Yahudi Zionis Israel, memecahkan bangsa Melayu dan macam macam lain mengarut yang di buatnya.

Tapi hal main belakang memang tabi'at laknatullah dia. Bukan saja main belakang lelaki "jambu", tapi juga Wakil Wakil Rakyat yang dia cuba katak lompatkan dalam "Janji Bulan September" 2009 nak ambil alih kuasa secara coup d'etat katak lompat dari Tun Dol.

Kamu nak putar belitkan RT menyebut TDM mengata "budaya Umno selama ini adalah menaikkan orang bodoh dan menenggelam orang pandai" ke? Kamu pandai ke? Dalam Pakatan Rakyat pun kamu pandai ke? Cuba lah jawab, tunjukkan kamu pandai.

Anonymous said...

1:39 AM,

Sebabnya lebih kyrang serupa macam Pahrolrazi di gomen PAS Kedah lah. Lebih kurang, bukan serupa. Banyak ke kurang ke lebih kurangnya atas siapa yang menilai lah.

Pahrolrazi nak mulakan nilai nilai "liberal" konon di Kedah. Kumpulan Erdogan. Cakap saja nakkan Mat Sabu jadi MB. Tapi nyata dia nakkan jawatan MB tuh. Cuma dia tak macam Khairy yang nak jadi PM umur 40. Tapi sama dari segi cakap dan tindak yang janggal. Tak "tow the line".

Pahrolrazi nak cuba rebellion pulak. Biokot Exco. Gertak orang lain yang terima jawatan Exco. Tapi orang tua MB Azizan tu berkeras. Nyaris nyaris Pahrolrazi ketinggalan perahu yang dah nak berdayong hari tu.

Sekarang dah sarat pulak perahu PAS Kedah. Kena muatkan Jawatankuasa Pemandu apakebende. Yang tak ada peruntukan di dalam Perlembagaan negeri Kedah. Yang berupa "toothless watchdog". Yang Azizan tak pedulikan sebab tidak selaras dengan peraturan Kerajaan negeri Kedah. Dia ikut peraturan pentadbiran biasa saje.

Kesimpulannya: rakyat Kedah ketawakan PAS. Dah bosan sejak kes pusing U keputusan Azizan haramkan pusat hiburan di bulan puasa lalu. Terkencit bila di gertak Karpal Singh nak saman. Terbalikkan keputusan dia tu. Pastu, nak buang surau yang dah di wakafkan beratus tahun di Alor Setaq. Sudah ngong terlari sana, terlari sini nampaknya PAS Kedah. Macam mana rakyat nak undi depa. Rakyak akan pencenkan depa jugak di PRU13 nampaknya.

Anonymous said...

Anonymous 1.39

Tak kan tak tau atau pura-pura tak tau. Kan dia yang paling tinggi pendidikan dan berintelek berbanding lain-lain kat MT tu.

Lagi pun dia kan pesaing terbesar kepada Mukriz dan hasrat dynasti TDM akan tercabar.

Biasalah tu. Semua orang nak dynasti masing-masing naik. Ahli-ahli lain jadi lembu je dan terikut-ikut sorakan serta dapatlah sikit sisa-sisa habuan jika jadi pengampu terbaik.




Pengikut Lembu dahulu.

Anonymous said...

Aaaah, yang di pencenkan jadi Imam mesjid dan di penjara setahun sebab baling selipar kapada Hakim Hakim Tinggi tu tak dapat "review" tempoh penjaranya, kata thestar.com.

Hakim dah kata,

“It must be stated that the act of throwing objects like shoes has always been viewed upon as being obnoxious, demeaning and degrading when hurled at a human being and worse still, thrown before a panel of judges of the apex court of the nation,” he said.

He said the sentence was not done for personal interest but to protect and preserve the power and dignity of the court."

Kena pengaruh PAS ke Imam pencen tu? Sebelom tu dulu buat tak tentu arah hingga kena buang kerja. Tak mahu keluar rumah yang nak di gunakan oleh Imam baru pulak. Bila rayu, kalah, baling selipar kat Hakim Hakim Mahkamah Rayuan pulak. Memang cari nahas lah dia.

Sekarang isteri dan 7 orang anak dia terombang ambing. Kesian. Tapi dia tak fikir langsung apa dia buat. Bukan sekali, 2-3 kali lawan pihak berkuasa, sampai baling selipar kat Hakim Hakim Mahkamh Rayuan pulak. Kan dah melampau sangat tu.

Rumusan dari kes Imam pencen ni: Jangan salah campuran. Jangan salah politik. Jangan kencingkan pokok yang keluarkan buah kamu nak makan. Ikutlah peraturan.

Berpatutan lah bila nak marahkan apa apa pun. Bukan hilang kerja saja, masuk penjara juga.

Anonymous said...

Ini ISA dah di pencenkan pun nak di politikkan lagi dek blog Pembangkang yang takda lain nak pandang selain dari longkang.

Tak payah nak saya komen blog M'kini ni. Cuma nakkan pemabaca tau apa jenis sampah yang di pungut dan di siarkan di blog itu. Mengarut selalu:

ISA repeal: 'The cure is worse than the disease'
Malaysia Kini - ‎3 hours ago‎

YOURSAY 'To make it worse, it is now subject only to the discretion of the police, and not even the ministry.' FellowMalaysian: I can understand why it is not easy for the home minister to give up such powers.

Tapi diaorang dah sedar, bagus lah.

Anonymous said...

Berita ni bagus:

Opposition told to back up claims of electoral fraud
AsiaOne - ‎5 hours ago‎

KUALA LUMPUR - Election Commission (EC) chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof has urged Coalition for Free and Fair Election (Bersih) to hand over supposed evidence of discrepancies in the electoral roll if indeed their claims were true.

Sepatutnya SPR jawab begitu bagi tiap tiap tuduhan yang Pembangkang buat. Tiap kali depa buat. Suruh depa keluaqkan bukti. Habaq kat depa, kalau takdak bukti jangan mengarut.

Apa depa takut? Bukan depa di lantik dek Pembangkang. Depa independen.

rawang said...

Keberanian kumpulan ultra kiasu Dong Zong serta lain-lain kumpulan pendesak yang berbau perkauman untuk menuntut perkara-perkara yang aku rasakan semakin melampau dan keterlaluan adalah disebabkan kerajaan sendiri apabila menghadapi mereka begitu lemah dan seolah-olah mahu mengambil jalan 'selamat' sedangkan kalau kerajaan tegas dan tidak akan berkompromi dalam menangani isu-isu yang melibatkan dasar dan kepentingan negara ini mungkin keadaan tidak akan berlaku segawat sekarang.

Mereka sekarang bukan sahaja menuntut malah semakin berani untuk mengugut.

Apabila ianya melibatkan isu dan kepentingan negara maka sepatutnya dasar-dasar pokok seperti bahasa dan pendidikan kebangsaan yang mana boleh mengujudkan keharmonian,kesetian dan cinta kepada negara harus dipupuk dan dijaga bukannya dijadikan alat
untuk memuaskan hati semua kaum.

Mereka-mereka ini tidak akan puas dan sentiasa menuntut dan menuntut.Keadaan akan semakin bercelaru kerana masalah lain akan tetap ujud walaupun kerajaan telah memenuhi kehendak mereka.

Sepatutnya kumpulan-kumpulan pendesak yang berbau perkauman ini patut dipencenkan sahaja.Kerana bagi negara ini kita seharusnya mempunyai hanya kumpulan-kumpulan yang akan bercakap dalam satu bahasa dalam semangat satu bangsa Malaysia yang sebenar-benarnya.

Anonymous said...

Waaah, ini tanda parti bulan nak kena pencen di Kedah ke?

Rainbow-like halo around sun and moon (NST)

ALOR STAR: Residents here were left with a visual treat of a rainbow-like ring circling the sun or moon, known as the halo phenomenon, which was detected since Thursday afternoon.

UMNO tu parti matahari kot. Udah "circling the moon" tu.

Anonymous said...

Amat ramai yang dah pencen di negara ini - ada lk 6 juta orang yang sudah bersara, tapi jarang sekali mengata di khalayak ramai apa apa yang tidak baik bagi kemajuan negara mengikut agenda naional.

Mereka bersara mengikut umur bersara biasa - di sektor awam, umur 58 kalau tak silap saya sekarang. Biasanya mereka matang orang nya dan pendiriannya. Yang mengkritik pun hanya secara prebet di antara mereka sahaja.

Tapi yang di pencenkan sebelom masa bersara biasa itu nyatalah berkemungkinan marah, geram, iri hati, tak puas hati dengan tindakan orang lain, terutamanya orang yang mengambil alih tugas tugas dia.

Maka di katanya di sana sini di media massa apa saja yang di buat oleh penggantinya itu salah, dia saja yang betul kononnya. Dr Khir Toyo seorang daripada nya.

Amat sedih dia berbuat begitu, merendahkan maruah pemimpin UMNO/BN Selangor, pada hal dia Menteri Besar yang menyebabkan kejatuhan BN di Selangor di PRU12. Selepas itu dia cuba mendapatkan jawatan Ketua Pemuda UMNO tapi tidak pun dapat mengalahkan budak mentah Khairi Jamaludin. Dia di tuduh rasuah bersabit dengan pembelian tanah untuk mendirikan rumahnya dan kesnya masih belom selesai lagi di Mahkamah.

Saya berharap orang seperti ini sedar akan kelemahan diri sendiri, cuba menyokong pemimpin UMNO Selangor yang ada sekarang, beri tahu diri sendiri bahawa masanya untuk dia memimpin sudah tamat, cuba lah berbakti kapada bangsa dan negara, kalau tak banyak pun, sekurang kurangnya dengan cara diam diri sahaja, boleh gunakan masa itu untuk membela diri di Mahkamah.

DIN said...

kita dijajah 505 tahun dari tahun 1511 masihi...

kita ni perlu sedar utk maju cemerlang kita perlu pilih pemimpin TAQWA....Ayat 32 surah An najm
Insan yang menjauhi maksiat dosa besar dan perbuatan keji kecuali kesalahan kecil. Sungguh Tuhanmu mohor luas ampunanNya. Dia mengetahui hal kamu sejak Dia menciptakan kamu dari tanah lalu ketika kamu masih janin dalam rahim ibu. Maka janganlah menganggap diri kamu suci. Dia mengetahui hal dan ma’al insan berTaqwa
***ma_al bermaksud alam akhirat
***maksud hal=alam dunia

Ayat 3 surah AlHujurat
Sesungguhnya insan yang merendahkan suara di sisi Rasulullah Sallallahu alaihi WaSalam adalah insan yang telah diuji hatinya oleh Allah untuk berTaqwa. Ore ore yang akan mendapat ampunan dan pahala yang besar.
"sesiapa yang ALLAH. Mahukan dirinya berada dalam kebaikan, diujinya dia itu dengan Kesusahan"....RIWAYAT Al-BUKHARI&MUSLIM
Taubat
Pengertian taubat harus dilihat daripada tiga hal
1. Ilmu_Al ilmu Nurun
2. Keadaan_BIAH/suasana
3. Perbuatan
Ilmu menjurus kepada keadaan, keadaan menimbulkan perbuatan_Af’al

Hadis ibnu majah Ibnu hibban dan Al hakim
An_Nadimu Taubah
النادم التوبة

Surah anNur ayat 31
Dan bertaubatlah sekalian insan yang beriman supaya kamu berjaya

Surah attahrim ayat 8
Insan yang beriman bertaubatlah kpd Allah dgn taubat nasuha
Taubat=kembali
Nasuha=bersih_murni_suci

Surah albaqarah ayat 227

Sesungguhnya Allah menyukai insan yang bertaubat dan Allah menyukai insan yang membersihkan diri
التائب من الذنب كما لا ذنب له
Atta_ibu minal zanbi kama la zanbalahu hadis riwayat ibnu majah

Susuli kerburukan dgn amal kebajikan/kebaikan . maka kebaikan akan menghilangkan dosa keburukan yang lalu

Hadis riwayat AtTabrani
Surah AnNisa’ ayat 17
Sesungguhnya insan yang bertaubat kpd Allah yang telah terlanjur melakukan kejahatan kemudian dia bertaubat

Surah AlGhaafir/ surah Mukmin ayat 3.