Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Tuesday, November 22, 2011

Ancaman terhadap Islam wajar diperangi

5:09 PM Posted by RIDHUAN TEE 83 comments
(blog 22.11.11)

Secara peribadi dan prinsipnya, saya memang tidak pernah takut jika ada agama lain,terutamanya Kristian, mahu mendakyahkan agama mereka kepada saya. Kita lihat nanti, siapa yang akan bersunat! Saya kenal diri saya dan saya bersedia. Persoalannya, kenapa saya menentang dakwah Kristian orang Islam (Melayu) di Malaysia ini? Jawapannya, orang Melayu Islam dilindungi oleh Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan. Inilah peruntukan perlembagaan yang tidak ada di negara Islam lain di dunia, kecuali Malaysia. Sepatutnya orang Melayu Islam perlu merasa bersyukur di atas perlindungan ini dan sedaya upaya mempertahankannya daripada diperkosa oleh tangan-tangan jahat yang sentiasa mahu mengambil peluang atas kelemahan yang berlaku hari ini.

Tahniah saya ucapkan kepada Hasan Ali terhadap pendedahan ini. Kalau tidak didedahkanpun, saya sudah masak dengan taktik dan strategi licik mereka, kerana saya pernah bersama mereka sebelum Islam. Yang peliknya, orang barat yang asal Kristianpun, tidaklah terlalu obsess untuk mendakyah agama mereka, tetapi ultra kiasu putih celup ini begitu bersungguh-sungguh melakukan ke atas orang Melayu Islam, yang begitu jelas bertentangan dengan perlembagaan. Sudah tentu kita sudah dapat membaca makna yang tersurat dan tersirat. Di tempat saya bekerjapun tidak kurang hebatnya.

Untuk makluman, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengesan lapan cara yang dilakukan oleh pihak Kristian bagi mendakyahkan orang Islam. Antaranya dengan menggunakan sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian atau disebut ‘Solar Powered Handheld Talking Bible’.

Cara lain termasuk menubuhkan pelbagai pertubuhan kebajikan atau persatuan bagi tujuan memberi bantuan berbentuk kewangan terhadap mereka yang mempunyai kesempitan hidup seperti ibu tunggal, orang miskin, warga emas dan lain-lain. Selain wang tunai, tarikan lain termasuk pemberian keperluan harian, modal perniagaan dan pelbagai lagi. Dakyah-dakyah juga disebarkan melalui internet dengan pelbagai pendekatan dan tawaran.

Ini termasuk hiburan, bantuan, khidmat nasihat, kelas dan lain-lain. Bagi mengaburi pihak berkuasa, pihak Kristian membina pusat-pusat komuniti bagi menyebarkan dakyah mereka. Mewujudkan kelas-kelas tuisyen percuma kepada orang-orang Islam mahupun bukan Islam sambil menyebarkan sedikit demi sedikit kepercayaan agama Islam. Penyebaran risalah-risalah di tempat-tempat awam dan di rumah-rumah kediaman dan juga di IPTA. Menterjemahkan Injil ke dalam bahasa Melayu. Penggunaan kalimah Allah juga digunakan dalam penulisan Kristian.

Saya amat mengharapkan umat Islam akan bersatu dengan pendedahan ini bukannya dengan mengutuk atau menyalah Hassan Ali atau mungkin Umno. Langkah JAIS untuk memperkenalkan enam tindakan dan langkah pencegahan murtad hendak disokong oleh semua umat Islam dan negeri-negeri dalam persekutuan. Ini termasuk menguatkuasakan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di kalangan Orang Islam) 1988 terhadap mana-mana individu, persatuan atau pertubuhan yang mendakyah agama selain Islam kepada orang Islam.

PAS tidak perlu takut kepada ultra kiasu dalam hal ini, termasuk jika bukan Islam menggugut tidak mengundinya gara-gara pendedahan Hassan Ali. Jangan biarlah Hassan Ali terkonteng-konteng seorang diri menghadapinya. Niat Hasan Ali amat murni. Cubalah fahami beliau. Umnopun begitu, sokonglah Hassan Ali tanpa berbelah bahagi walaupun berlainan topi. Dalam PAS pun Hassan Ali sudah dipinggirkan.

Saya ingatkan PAS, jangan terlalu berharap atau terlalu bergantung harapan kepada ultra kiasu. Orang yang berada di atas pagar dan simpati dengan PAS akan lari. Seperti yang saya katakan, PAS perlu meletakkan lebih kepercayaan saudara sebangsa seagama, daripada bukan saudara, tidak sebangsa, tidak seagama. Sampai bila-bilapun ultra kiasu tidak boleh dipercayai, kecuali mereka yang sedar diri dan lembut dengan Islam.

Selama inipun, saya yakin, tidak ramai ultra kiasu yang mengundi PAS. PAS banyak mendapat undi protes daripada orang UMNO sendiri dan Melayu yang lain. Ultra kiasu, termasuk juga PKR memang tidak pernah selesa dengan PAS, apatah lagi dengan konsep negara Islam dan undang-undang hudud yang diperjuangkan. Ramai orang Umno yang saya kenali yang mahukan Islam.

Kita perlu ingat terdapat dua orang andartu dan beberapa yang lain yang memegang jawatan exco negeri Selangor dan Pulau Pinang amat kuat mempropagandakan ajaran Kristian kepada orang Melayu Islam. Saya amat hairan kenapa PKR masih lagi membutakan mata. Dek kerana kuasa, mereka sanggup bersekongkol dan tidak mampu untuk menegur sekalipun. Saya juga ingin melihat orang bergelar ‘pakar perlembagaan’ seperti Profesor Aziz Bari pun akan tampil memberikan pandangan dari sudut undang-undang. Janganlah kerana terlalu baik dengan ultra kiasu maka kita membisu. Hairan juga saya, bila ultra kiasu meminta pandangan, terus menjawab tanpa segan silu. Namum, tiba kepentingan Islam dicarik dan dirobek, ramai yang masih membisu kerana mahu menjaga hati dan kuasa.

Ultra kiasu dan pihak Kristian hari ini sudah menjadi semakin berani. Mereka mempertikaikan kedudukan Melayu dan Islam yang jelas termaktub dalam perlembagaan tanpa rasa segan silu. Selain daripada agama Islam, isu-isu berkaitan Melayu Islam turut dicabar hebat. Kewujudkan UiTM, USIM, UIA, MARA, Matrikulasi dan sebagainya dijadikan bahan untuk memburukkan Islam dan mempropagandakan ketidakadilan, seolah-olah berlaku dasar apartheid. Sila baca artikel terbaharu ‘Profesor’ Khoo Kay Peng yang dihantar oleh ultra kiasu kepada saya. Pelbagai tuduhan dilemparkan kerajaan dan orang Melayu Islam. Termasuklah sistem peperiksaan yang kendalikan.

Dakwanya, pelajar bukan Melayu disusahkan dengan peperiksaan STPM, manakala pelajar Melayu disenangkan melalui peperiksaan di institusi MARA dan Matrikulasi kerana soalan dibuat sendiri oleh guru atau pensyarah di institusi berkenaan. Maka tidak hairanlah katanya, ramai pelajar Melayu mendapat keputusan yang cemerlang setiap tahun. Tuduhan ini amat melampau, biadab dan kurang ajar. Jika begitulah keadaannya, bermakna, pelajar-pelajar universitipun turut terlibat sama kerana majoritinya adalah juga orang Melayu dan bumiputera. Persoalannya, siapakah yang paling ramai mendapat kelas pertama dan kedua atas setiap kali konvokesyen di IPTA atau IPTS. Adakah dengan adanya ramainya pensyarah Islam di IPTA, maka soalan-soalan dibocorkan kepada pelajar-pelajar Melayu. Bagaimana pula dengan pensyarah bukan Melayu, adalah soalan tersebut tidak dibocorkan pelajar bukan Melayu? Lemah sangat pemikiran ‘profesor’ tersebut.

Kenapa Kay Peng tidak menyebut langsung kewujudan universiti merdeka seperti UTAR, Universiti Terbuka Wawasan, AIMST dan ratusan IPTS yang dipunyai oleh bukan Melayu dan ultra kiasu? Tidak cukupkah universiti tersebut untuk menampung bukan Islam yang kurang daripada 40 peratus. Lihatlah saban tahun bagaimana mereka mendesak kerajaan memberikan biasiswa, penempatan di universiti untuk subjek-subjek kritikal dan sebagainya. Apakah kemasukan mereka ke IPTA dan IPTS tidak menunjukkan lambakan bukan Melayu berada di menara gading? Kenapa dan mengapa umat Islam sering dijadikan mangsa dan dikatakan rasis, sedangkan ia merupakan ‘hak’ mereka selaku peribumi?

Pernahkah orang Islam menuduhkan guru atau pensyarah IPTS memberikan soalan bocor kepada pelajar-pelajarnya? Penulis artikel yang mendakwa dirinya profesor ini sepatutnya membuat penyelidikan yang terperinci. Bila kena pada Melayu Islam dikatakan rasis. Bila kena pada mereka, itu adalah keadilan. Adakah hujah bodoh ini wajar diketengahkan sebagai seorang yang bergelar profesor?

Berapa ramai pelajar Melayu yang gagal di IPTA berbanding pelajar bukan Melayu setiap tahun? Jika tenaga pengajar Melayu membocorkan soalan peperiksaan sudah tentu pelajar-pelajar Melayu sahaja yang akan mendapat markah terbaik. Tetapi hakikat sebenarnya bagaimana? Tuduhan liar, tidak berasas dan amat tidak bertanggungjawab? Adakah semua kemudahan ini dapat dikecapi oleh umat Islam yang menjadi minoriti di China dan India? Adakah umat Islam di sana dibenarkan berkata ini adalah rasis? Sila jawab profesor?

Persoalan GLC, perjawatan di sektor awam dan agihan saham amanah juga dibangkitkan. Buatlah kajian berapa ramai bukan Melayu yang telah dilantik memegang dalam tinggi dan pembuatan dasar. Lihatlah juga apa yang telah berlaku kepada Petronas. Siapakah yang lebih berkuasa, Melayu atau ultra kiasu? Berapa ramai bukan Melayu yang telah dimasukkan menjadi ahli lembaga pengarah Petronas? Tanyalah orang Melayu yang berada di Petronas betapa sakitnya hati mereka melihat keadaan ini bila mana pekerja Melayu mula dipinggirkan, termasuk pemberian kontrak. Justeru, saya mohon dan merayu kepada Melayu Islam yang memegang jawatan tinggi di Petronas dapat memantau perkara ini. Jangan hanya seronok dan khayal dengan jawatan tinggi yang diberikan. Jawatan itu amanah, laksanakan dengan baik-baiknya. Fikirkanlah sama baik buruknya kepada masa depan agama dan bangsa dalam membuat sebarang keputusan.

Satu persoalan lagi, kenapa tidak dibandingkan dengan lambakan sektor swasta yang dikuasai oleh bukan Melayu melebihi 70 peratus yang rata-ratanya mengambil pekerja bukan Melayu dengan meminggirkan orang Melayu Islam? Usahlah ditanya kedudukan dan penggunaan bahasa Melayu di sana. Langsung tidak dipraktikkan atau didaulatkan. Jika adapun pekerja Islam dan bahasa Melayu digunakan, ia hanya untuk melariskan jualan. Lihatlah bagaimana orang Melayu (termasuk pekerja Indonesia) diperalatkan untuk kepentingan perniagaan mereka.

Saya menyeru kepada umat Islam supaya berhati-hati dengan perancangan ultra kiasu yang jelas-jelas bersekongkol dengan Kristian untuk memusnahkan Melayu dan Islam. Selaku Cina Islam, saya perlu bangkit mempertahankannya, kerana jika lenyap Islam, maka lenyaplah Melayu, begitulah sebaliknya. Justeru, ancaman terhadap Islam, wajar diperangi kerana kesannya akan melenyapkan sistem kenegaraan Melayu yang berteraskan Islam.

Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

83 comments:

Anonymous said...

saya kagum dengan fikrah anda. kalau orang lain dah lama terjerumus dengan pas atau anwar atas dasar mereka nakkan islam. tapi saudara berfikiran luas dan tepat sekali walaupun umno bukan lah bagus sangat namun untuk kepentingan ummah dan perpaduan sesama islam, saudara sanggup berkorban masa dan fikiran menyedarkan ummah islam supaya kembali menyokong kerajaan demi umat islam. tahniah saudara. saya juga aktivist islam namun jalan yang saudara pilih sama dengan saya. saya memahami erti islam yang sebenarnya setelah melalui berbagai bagai cara dan akhinya saya tetap menyokong kerajaan demi perpaduan ummah walaupun terdapat juga kepincangan yang perlu di perbaiki kerajaan.

Anonymous said...

Alhamdulillah, saya kagum dan bersyukur dengan pendapat sdra yang matang lagi mengisafkan. Semoga Allah terus membuka mata, minda dan hati kita terhadap kebenaran agama sebenar Islam. Ya Allah, lindungilah kami hamba Mu dari ancaman dan bisikan musuh2 Islam. Semoga kami diberi pertunjuk dan hidayahMu yang terbaik. ameen.
-Nazran

PEMBANGKANG-DAP said...

So'al kepincangan yang perlu diperbaikki Kerajaan satu hal. Kita boleh keluarkan pendapat dan seru Kerajaan dari masa kemasa berterusan. Tapi kita perlu lakukan segala yang boleh sebagai individu dan secara kumpulan mempertahankan dan memajukan kepentingan Islam itu.

Saya sokong penuh apa tindakan yang dilakukan Dr Hassan Ali. Benar, dia nampak dipinggirkan PAS yang mahu membisu berkenaan kepentingan Islam sejak menggugurkan impian Negara Islam, demi kepentingan undi bukan Islam yang depa kejar.

PAS nampak senyap berkenaan isu Gereja Metodis Damansara Utama (GMDU) pada hal depa yang sepatutnya hebohkan usaha usaha GMDU mengajak Muslimin makan malam dibulan puasa, seolah olah berbuka puasa digereja. Nama sahaja parti Islam tetapi tidak gigih mempertahankan Islam. Sebaliknya menuduh UMNO tidak Islam/ Hudud dan sebagainya. DiKedah pusing U keputusan mengharamkan pausat hiburan dibulan puasa bila diugut saman dek Karpal Singh DAP.

DiSelangor PAS sebahagian Kerajaan yang dibawahnya JAIS. Dr Hassan telah cuba melakukan tugasnya sebagai Exco i/c Agama. Dia sokong dan galakkan JAIS mengambil langkah menyiasat komplen dari orang awam keatas apa yang berlaku di GMDU. Jika PAS kuat menyokongnya, nescaya pihak ultra kiasu memikir dua kali sebelom bertindak dengan berani malah ghairah menjemput Muslimin berbuka puasa digereja.

DiSelangor yang banyak terdapat perpecahan rumah tangga, ibu menanggung anak sendirian atau single mothers dsbnya perlu dibantu dan diberi pertolongan. Ada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang sekarang diatas nama lain yang boleh memberi bantuan. Kita boleh membantu secara pergi mencari depa, bawa dengan kereta, aturkan temu duga menentukan status kemelesetan depa bagi tujuan bantuan kewangan, carikan nasihat peguam bagi mendapatkan bayaran nafkah dari bekas suami dan sebagainya.

Ini yang boleh dilakukan oleh individu dan kumpulan Islam setiap hari. Mengenal pasti siapa Muslimin yang didalam keadaan begitu dan mendekatkan mereka dengan pihak pihak yang mengeluarkan bantuan. Juga tentukan mereka masuk disenarai pengagihan wang zakat.

Kita perlu mengambil alih tugas yang dilakukan oleh mubaligh Kristian keatas mana mana yang mengalami kesulitan hidup. Kita laukan apa yang depa lakukan. Kita patahkan tindakan depa keatas Muslim. Kita lapurkan ka Jabatan Agama. Kita sokong dan beri maklumat penuh kapada pihak Penguatkuasa Agama Islam.

Perhatian kita perlu juga diberi sepenuhnya kapada saudara saudari baru yang senang berbalik kapada agama lama depa jika tidak terus dibantu. Perempuan perempuan yang tiada perkerjaan tetapi ada anak yang perlu disara.

Dalam pada itu kita gesakan supaya Kerajaan sentiasa mengambil tindakan keatas depa yang cuba memurtadkan rakyat Islam. Ini nyata salah disisi undang undang. Kita mesti sokong Jabatan Jabatan Agama Islam dimana mana pun dinegara ini. Islam agama resmi dinegara ini. Kerajaan ada hak dan boleh ambil tindakan dibawah undang undang berkenaan.

Anonymous said...

RT, kau cakap orang kristian pura2 filing melayu dengan tujuan mengkristiankan orang2 Islam dapat pertolongan dari mereka.

Persoalannya, dimanakah bahagian yang kutip berjuta juga wang zakat?
Wang zakat dah pergi mana? Dah kena telan ke?

Anonymous said...

8:23 PM

Bercakap fasal Kristianisasi diSelangor, perlu tanya Khalid Ibrahim mengapa wang zakat tak digunakan untuk Muslimin bermasalah kewangan yang dikata Gereja Metodis itu cuba ngurat.

Dulu Khalid ada cakap nak gunakan wang zakat untuk pembangunan negeri Selangor.

Tak dibenarkan Sultan Selangor. Tak tau kemana pergi duit zakat itu.

Anonymous said...

[Satu persoalan lagi, kenapa tidak dibandingkan dengan lambakan sektor swasta yang dikuasai oleh bukan Melayu melebihi 70 peratus yang rata-ratanya mengambil pekerja bukan Melayu dengan meminggirkan orang Melayu Islam?]
memang pun!! dahulu sy bekerja disyarikat milik golongan mereka. Jawatan yang bagus2 semua milik "kaum" mereka....yang bawah2 milik bukan kaum mereka....buktinya berapa ramai budak2 pejabat yang tak naik2 pangkat walaupun mereka boleh bekerja lebih baik dari yang baru bekerja??? tetapi "kaum" mereka yang tak pandai jua yang dinaikkan.....begitu jua gaji....pun sama gak walaupun sejawatan...."kaum" mereka yang tak pandai buat kerja jua diberi lebih....alahai.....kesian budak2 Melayu, tak dapatlah naik pangkat.

Anonymous said...

Agama Islam diperingkat negeri diketuai oleh Sultan dan Yang DiPertua Negeri. Mereka biasanya bertindak diatas nasihat Menteri Besar atau Ketua Negeri. Melainkan bila kucar kacir seperti diSelangor kes Gereja Metodis Damanasara Utama dan diPenang kes nak undi kakitangan mesjid.

Sultan boleh bertindak diatas nasihat pihak berkuasa agama Federal seperti kes Selangor dan YDP Agong boleh beri arahan kapada Penang kes undi kakitangan mesjid.

Tetapi belom ternampak tindakan yang tegas dan menyeluruh dari Menteri yang menjaga hal agama diJabatan Perdana Menteri berkenaan mempertahankan dan memajukan agama Islam. Contohnya, tidak ternampak tindakan proaktif bagi kes kalimah Allah demikian lama sehingga sampai keMahkamah dan sekarang ada diMahkamah Rayuan. Demikian juga tidak ternampak rancangan yang tersusun yang berupa "a deliberate policy programme" dari Menteri diJabatan Perdana Menteri itu bagi mengelakkan dan mengurangkan cubaan mengKristianisasikan Muslimin dinegara ini.

Cubaan mengKristiankan orang Islam tidak perlu rujukan kapada Majlis Fatwa Negara dan sebagainya. Perlu disediakan acara tindakan mencegah (preventive) dan membaik pulih (corrective) diberbagai peringkat dan sektor seperti diinstitusi pelajaran tinggi, dikalangan "single mothers". Persatuan persatuan penuntut Islam diuniversiti dll boleh dihubungi untuk kerjasama mengawasi dan membaik pulih mereka yang melayan cubaan Kristian, Mahkamah Syari'ah boleh dihubungi untuk mendapat senarai "single mothers" yang berpendapatan rendah atau ditinggal tanpa mata pencarian, bagi tujuan membantu mereka supaya tidak dihubungi oleh "persatuan kebajikan" Kristian. Juga mengadakan sistem pengagihan zakat dengan lebih teratur dan dilihat rakyat jelata.

Saya harap Menteri diJabatan Perdana Menteri itu akan memikirkan, menyediakan dan melaksanakan suatu rancangan yang menyeluruh bagi menyangkal, mematahkan cubaan Kristianisasi keatas orang Islam, dan mengenal pasti serta membantu mereka yang jadi sasaran mubaligh Kristian sebelom dihubungi oleh mereka. Juga mendakwa mereka yang melanggar undang undang yang ada bagi mempertahankan hak orang Islam dinegara ini, sejajar dengan Islam sebagai agama negara ini.

tokgaru said...

"Selaku Cina Islam, saya perlu bangkit mempertahankannya, kerana jika lenyap Islam, maka lenyaplah Melayu, begitulah sebaliknya" (RT)

Ya Allah. Terharu saya membacanya kerana saya adalah Melayu islam. Saya terharu kerana ada bukan melayu yang kasih akan bangsa melayu ini hanya kerana dia adalah seorang islam.

Ya Allah. Terharu biru juga saya bila mendengar ada orang melayu yang beragama islam tapi tak mahu mengaku melayu. Berlebih2 terharu biru saya bila orang itu yang rasa dirinya ulamak besar menolak pelawaan bersatu dari saudara sebangsa dan seagama sebalik menyambut mesra dengan penuh shahdu pelawaan menghancurkan kuasa politik melayu daripada pihak yang memang di ketahui anti melayu dan anti islam.

Terkeliru sungguh saya, siapa kah sebenar nya di antara 2 watak ini sebenarnya adalah syaitan yang bertopeng.

Adakah ianya orang yang mengaku dirinya ulamak besar ? ATAU pihak yang mengajak ulamak tadi membantunya untuk menjatuh kuasa politik orang melayu ?

Semoga Allah tunjukkan kebenaran kepada orang melayu sebelum tiba PRU 13.

Anonymous said...

masyaAllah ya Tuan... saya hargai kebenaran kata-kata Tuan. InsyaAllah, saya akan sentiasa bersama dalam perjuangan untuk menolong agama syumul ini selagi bernyawa. InsyaAllah...

Anonymous said...

Isu soalan bocor.

Adik saya seorang guru. Baru2 ini dia menceritakan kepada saya. Dia kena jadi pengawas peperiksaan UPSR di SJKT. Dia sorang melayu dan tak faham bahasa tamil.

Sebelum menjawab peperiksaan. Arahan dan penerangan di beri dalam bahasa tamil oleh guru bangsa india. Tapi ada banyak perkara yang mencurigakan, katanya .. masa yang diambil untuk beri arahan dan penerangan agak panjang dari yang berlaku di SK, semasa sessi "arahan dan penerangan" hampir semua pelajar mencatat sesuatu diatas kertas kosong dalam bahasa tamil berlaku serentak .. entah apa yang dicakapkan oleh guru bangsa india dan ditulis oleh para pelajar tak difahami oleh pengawas peperiksaan bangsa melayu.

Sebelum kertas jawapan di pungut oleh pengawas peperiksaan. Sekali lagi adalah sessi "arahan dan penerangan" .. kata adik saya, dia ingat mungkin arahan yang diberi adalah untuk para pelajar menyemak maklumat diri yang ditulis atas kertas jawapan .. okay lah .. tapi yang menghairankan dia, semua calon2 peperiksaan menyemak lembaran demi lembaran kertas jawapan peperiksaan dimasa "arahan dan penerangan" disampaikan oleh guru bangsa india, dan ada masa ramai calon membuat pembetulan serentak di atas kertas jawapan .. adik saya mengakui dia rasa sungguh curiga .. hendak mengadu, ketua pengawas juga adalah guru bangsa india walau pun dari sekolah lain.

Itu baru cerita dari adik saya yang menjadi pengawas peperiksaan di sekolah tamil, cerita daripada pengawas peperiksaan di sekolah cina kita belum dengar lagi. Mungkin selepas ini ada yang mahu berkongsi cerita di sini.

Selepas mendengar kisah dari adik saya, saya mula curiga bila melihat keputusan UPSR dari SJKT dan SJKC.

Anonymous said...

Saudara RT

Pendedahan tuan tentang apa yang berlaku di Petronas sungguh menarik. Kalau cina yang bekerja dengan NFC (syarikat ternakan lembu) yang di uruskan oleh suami Sharizat di gelar "anjing melayu" oleh DAP kerana mereka itu bekerja dengan syarikat melayu. Jadi apa pula kita nak panggil kepada ekskutif melayu yang ada dalam Petronas tapi tak menjaga kepentingan pekerja melayu dalam syarikat.

"Anjing" milik siapa agaknya yang dibiarkan bekeliaran dalam Petronas. Mungkin anda tahu .. ayuh kita berkongsi maklumat.

Anonymous said...

Ustaz RT

Terima kasih kerana tuan cepat menukar tajuk. Tajuk haji nampaknya kurang sambutan .. mungkin tak kena dengan mood peminat tuan kut.

Tajuk "Ancaman" ini memang kena sangat untuk kita perkatakan. Saya pun tak baca habis lagi. Insyallah, saya akan turut menyumbang.

Cikgu Sekolah Kkampong.

Anonymous said...

9:18 AM

Saya fikir itulah sebabnya Omar Ong dipasak ke Lembaga Pengarah (BOD) Petronas. Walau pun dia didapati tidak membayar balik pinjaman Petronas "loan delinquent" dan ada penghakiman Mahkamah (Court Judgement) terhadapnya.

Tapi ditukar Ketua Eksekutif Petronas TS Hassan Merican. Di pasak Omar Ong ke BOD. Maka dari itulah bertukar corak pentadbiran Petronas.

Bagi saya tak ada masalah jika yang diambil masuk itu Islam, tidak ultra kiasu dan tak ada rekod tak bayar hutang dan sepertinya.

Anonymous said...

Saya sendiri, sampai hari ini masih tak faham lagi.

Penganut agama bukan islam boleh bersatu sesama mereka untuk menyekat pengaruh islam. Mereka juga boleh bekerjasama dalam usaha untuk mencairkan iman penganut agama islam. Mereka boleh berkerjasama untuk mengukuhkan penguasaan ekonomi mereka. Mereka boleh bekerjasama untuk mengukuhkan pertahanan mereka.

Tetapi kita dah la sesama kita tidak boleh bekerjasama, malah untuk menyertai kelompok mereka yang bukan islam juga mereka tak terima. Malang sungguh kita menjadi umat islam yang tak mahu sedar .. bahawa tidak ada orang kafir yang menghulurkan bantuan kepada umat islam jika tak ada untung disebaliknya.

Kuasa2 besar negara bukan islam boleh bersatu atas berbagai nama untuk mengganyang negara islam yang tidak mahu mengikut telunjuk mereka. Tetapi pakatan negara islam hanya menjadi penonton melihat negara rakan seagama mereka di lanyak sampai lumat. Tak ubah seperti sekumpulan anjing yang memerhatikan seekor anjing lain yang menggelupur bertarung maut akibat di langgar kereta, setelah anjing itu diam tidak menggelupur maka sekawan anjing itu pun bergerak meninggalkan bangkai anjing tergolek di atas jalan raya untuk dilanggar sampai hancur oleh kenderaan yang lalu lalang.

Adakah kita seperti haiwan yang saya sebut itu ?

Kenapa kita tak belajar cara mereka bukanj islam membina perpaduan sesama mereka kerana tidak ada apa yang kita boleh belajar dari kalangan kita sendiri (islam sama islam).

Apa kah mustahil satu ketika nanti hanya negara Arab Saudi saja yang mereka tak hancurkan, sedangkan lain2 negara di bumi arab satu persatu akan mereka robek2kan .. Iraq, Libya, Mesir .. pemerintahnya dah hancur. Syria, Bahrain dan Kuwait .. sedang bergolak. Iran .. dibiarkan menjadi yang terakhir dalam senarai.

Adakah orang melayu di negara ini rela senasib dengan orang arab yang negara mereka sudah berjaya di robek2 oleh kuasa barat.

Sepatutnya islam menyatu padukan kita orang melayu, tapi nampaknya islam telah menjarakkan keakraban kita melayu sama melayu. Islam tak salah, yang bersalah adalah mereka yang menjadi ulamak politik.

Kalau nak berguru berkenaan islam, jangan dicari ulamak politik, cari seorang ulamak yang tidak terlibat dengan politik. Jika nak minta fatwa jangan percaya kepada ulamak politik, benda haram boleh jadi halal. Tapi kalau nak kan fatwa yang betul2 islam, minta nasihat daripada ulamak yang tidak terlibat dengan politik .. insyallah selamat di dunia dan selamat di akhirat.

Walahualam. Cikgu Sekolah Kampong.

Anonymous said...

Najib tak bimbang jika melayu tak bersatu. Nik Aziz tak risau jika melayu tak bersatu.

Kepada pemimpin politik melayu dan ulamak politik melayu, perpecahan melayu adalah modal untuk mereka terus bertahan dalam arena politik. Mereka tak ubah seperti peniaga makanan, selagi ada orang yang lapar selagi itu lah perniagaan mereka menjadi laris. Jika sekali makan saja terus kenyang sampai bila2, jawab nya mereka kena tutup kedai dan anak bini mereka pulak yang akan mati kebuluruan.

Orang politik ni adalah bussiness man. Najib dan Nik Aziz tu kedua2nya adalah bussiness man, sorang jual sabun cap Keris dan yang sorang lagi jual sabun cap Bulan. Najib kata sabun cap Keris bagus, Nik Aziz pulak kata sabun cap Bulan lagi bagus.

Jadi kita kena lah berhati2 semasa nak membeli, jangan sampai kena kelentong dah la.

Cikgu Sekolah Kampong.

Anonymous said...

Sebagai seorang Melayu/Islam saya ingin mengucapkan sebesar- besar penghargaan kepada RT kerana telah banyak menulis dan menyedarkan kaum saya yang sebahagian besarnya mudah di tipu oleh ultra kiasu. Saya tidak membenci kaum cina tapi saya benci kepada kaum cina yang ultra kiasu.Sedarlah kita hidup dalam negara yang berbagai kaum takkan dapat segala yang kita minta sedarlah sekiranya mahu Allah boleh menjadi semua manusia itu islam tapi Allah menjadikan kita berbagai kaum agar kita boleh berkenal-kenalan untuk kebaikan bersama.Untuk RT teruskan menulis ramai rakyat Islam/Melayu seperti saya akan sentiasa menyokong anda.Semoga Allah memanjangkan umur saudara dan diberikan kesihatan dan dipermudahkan menulis untuk tatapan semua umat Islam.Aminnnnnnnn

Anonymous said...

RT, ko jealous ka kerana ko tidak dapat masuk ke petronas?
siapa yang jemput omar ong masuk petronas? DAP ke? atau umno?
apa yang ko dok keriau ni?

Anonymous said...

Pada umumnya saya setuju dengan 2 komen Cikgu Sekolah Kampong yang terakhir ini.

Sebenarnya penganut penganut agama lain pun berkecai berai juga. Tapi kita tidak boleh gunakan itu sebagai alasan membiarkan kecai berai diantara ummat Islam. Kita mesti cari jalan supaya bersatu.

Agama Yahudi 3,000 tahun lamanya. Sekarang Mubaligh Yahudi tidak ada kesempatan lagi mencari penganut bahru. Sebaliknya mereka kesibukan mencuba halang anak muda Yahudi meninggalkan agamanya Jadi Free Thinkers dan sebagainya. Akibat cinta, pengaruh Internet dan sepertinya.

Kristian 2,000 tahun ada berbagai mazhab dan beratus mazhab kecil (sects and sub-sects). Sehingga Pope Kristian Roman Katholik diRoma tidak dipedulikan Church of England dan kumpulan evangelical yang mercup diAmerika dan disana sini termasuk diMalaysia.

Ini masalahnya. Bila timbul kumpulan evangelical itu, bermacam macam berlaku. Di Amerika timbul berpuluh, malahan beratus, gereja yang mengutip derma hingga berjuta dollar dan mereka gunakan untuk kepentingan peribadi, hidup lumayan.

Gereja evangelical juga merecup diMalaysia. Termasuk gereja yang diketuai padri Cina yang homo atau gay. Bahru kawin sesama jantina diAmerika Syarikat. Pada hal agama Kristian tulen tidak membenarkan seks sesama jantina. Rasanya Biskop Katolik diMalaysia tidak ada kuasa diatas mereka.

Maka gejala berbagai jenis gereja evangelical dengan menggunakan berbagai nama itu menyebabkan berlumba lumba diantara mereka. Dengan itu timbullah Gereja Metodis Damansara Utama beroperasi diatas nama pusat kebajikan atau sebagainya cuba mengambil hati 12 Muslimin September lalu.

Tak pasti mereka evangelical atau tidak. Mengikut Kamus Oxford, Evangelist = preachers of the four gospels; layman doing home missionary work. Methodist = member of any of several religious bodies originating in the evangelistic movement.

Ini juga perlu diambil kira oleh Menteri i/c agama diJabatan Perdana Menteri bila merancangkan tindakan menyeluruh bagi mempertahankan agama Islam dan mengelakkan Muslimin dipengaruhi. Penubuhan gereja tidak boleh dihalang. Tetapi mendirikan bangunan dan penggunaan bangunan yang diluluskan untuk tujuan lain boleh dikawal.

Bangunan yang diluluskan untuk tujuan Pusat Kebajikan tidak boleh digunakan sebagai gereja. Seperti yang dilakukan oleh Gereja Metodis Damansara Utama itu. Oleh itu, rancangan tersebut perlu melibatkan badan badan Kerajaan lain, saperti pihak kuat kuasa bangunan.

Anonymous said...

Al Jazeera telah melaporkan bahawa China telah mengharamkan Foolangong, suatu pergerakan seperti agama yang mengadungi falsafah dan kepercayaan mistik.

Beratus ribu rakyat China telah ditangkap dan dipenjarakan. Mereka digunakan untuk mengeluarkan berbagai jenis permainan berharga murah dan diekspot ke USA.

Apakah ada pertubuhan yang dinama evangelical diMalaysia ini yang sebenarnya bukan agama dan boleh diharamkan? Terutamanya jika cuba mengKristiankan Muslimin.

Walhal pertubuhan yang mengaku mereka Islam seperti Al Arqam pun dahulu diharamkan. Di zaman Tun Dr Mahathir.

Anonymous said...

Berani kerana benar, takut kerana salah. Tahniah pd Dr kerana bercakap benar. Biarlah orang lain mencaci Dr kerana DI belakang Dr ramai lagi yang menyokong Dr. Semoga umat Islam di negara ini sedar tentang realiti sebenar di negara ini. dan kembali bersatu untuk membela agama Islam di negara ini.

Anonymous said...

Salam semua, kita masih boleh menerima Omar Ong sebab dia Islam. Cubalah cari Cina lain yang dilantik sebagai salah seorang yang berkuasa di Petronas. Cina tu dari Sarawak. Tanyalah orang Petronas

Anonymous said...

Nama dia kalau tidak silap Datuk Wee. Boss besar Petronas yang Melayupun tidak boleh kontrol dia. Lebih malang lagi, boss Petronas tu kaki minum. Malang sungguh orang Melayu yang telah diamanahkan jadi cam ni. Salah siapa ya.

Anonymous said...

Siapa dia maanusia yang digelar ‘Profesor’ Khoo Kay Peng itu? Menuduh Kerajaan dan orang Melayu. Apa kelulusan, apa pengalamannya? Orang polotik kah dia? Ke hanya DAP goon biasa yang menuduh tanpa bukti, saksi dan justifikasi.

DAP memang anti-Melayu dan anti-Islam sejak penubuhannya. Dicari mereka apa saja hal, digoreng, ditaruh kicap, rencah ikan busuk ditabur kapada ahli ahli dan pnyokong mereka makan.

Apa saja Melayu akan dikejinya, hal hal berkaitan Melayu diputar belit dan didakyah. MARA, IPTA atau IPTS. Putar belit satu hal. Membohong, memfitnah adalah amat keji. Maanusia seperti Kay Peng tidak senang melihat Melayu maju. Mereka bangkang dan bangkah DEB sebab menghasilkan Melayu yang sekarang sudah pandai dan berani membodohkan mereka seperti terdapat ramai di berbagai blog.

Menuduh pengajar Melayu membocorkan soalan peperiksaan memang amat bodoh. Tidak ada modal, kurang otak, pemikiran sudah terpesong. Seperti ramai penganut DAP. Melayu tidak akan mengundi DAP pada umumnya.

Anonymous said...

Kita cakap pasal pertahankan Islam. Timbalan Menteri Pelajaran cakap pasal pertahankan sekolah Cina dan Tamil tak sediakan makanan Islam. Lihat petikan berita berikut:

KUALA LUMPUR, Nov 23 (Bernama) -- The Education Ministry has not been issued any instruction to canteen operators to provide "halal" food in Chinese and Tamil national type schools, Deputy Education Minister Datuk Wee Ka Siong said today.

Kena benda yang tak senang kapada dia, seperti sekolah satu aliran, dia hentam. Kena benda yang tak senang kapada Melayu Islam, dia pertahankan sekolah vernakular. Padan muka emak bapak Melayu yang hantar anak anak kesekolah vernakular.

Ini juga Menteri jaga agama diJabatan Perdana Menteri patut uruskan. Beri arahan kapada Kementerian Pelajaran.

Anonymous said...

Adakah Khoo Kay Peng yang DRT maksudkan itu orang no 39 terkaya dimalaysia menurut forbes 2008? Sits on board of Evangelical Christian Northwest University in Seattle, Washington?

http://www.forbes.com/lists/2008/84/biz_malaysiarichest08_Khoo-Kay-Peng_BYT6.html

Mungkin dia marah kerana nama die bukan lagi dalam senarai orag terkaya malaysia utk thn 2010...digantikan dgn org melayu tmpt ke 39.....

http://oxymanus.blogspot.com/2010/11/malaysia-richest-men-2010.html

yang paling perlu diberi perhatian adalah kedudukannye sebagai seorang evangelist...terbukti..artikelnye tu bersifat diabolical.

Tahniah DRT..kupasan yang menarik..saya masih tak faham kenapa ada org yng suka menuding " UMNO atau PAS?" dalam isu2 akidah seperti ini...

Anonymous said...

dulu masa ku menyertai pertandingan sukan peringkat MSSM tahun 2003 di selangor, makan malam besar menghidangkan nasi tulang lembu tanpa diketahui.

utk pengetahuan, ramai cina dan majoriti india tidak makan daging lembu atas sebab agama. namun begitu, sebagai minoriti (lebih kurang pelajar 30% cina dan 10% india) dan atas sikap toleransi yg diamalkan, kami tidaklah memaki-maki dan bergaduh sama pihak penganjur tetapi bersabar dan kembalikan makanan yg tidak habis makan ke dalam baldi yg disediakan. sebab kami tahu, sebagai minoriti, majoriti tidak perlu tahu pantang larang atau halal ke tidak makanan tersebut kepada minoriti seperti kami.

Ini barulah 1Malaysia!

Anonymous said...

waktu cina/india masuk islam, senyap DR RT, waktu orang ni nak murtad, heboh satu negara.

di kalangan orang cina tukar agama buddha-kristian pun kita tak nampak orang buddhist keluar berteriak-teriak. sama juga agama kristian.

kalau iman seseorang penganut kuat, apa yg nak takut bila didakyah?

Malaysia unik sangat sebab agama Islam diwajibkan oleh semua orang melayu dan dilindungi oleh perlembagaan. kalau ada orang melayu yg murtad/tukar agama, hadapkanlah orang tersebut ke mahkamah. kenapa nak salahkan agama2 dan ultra kiasu yg disebut oleh RT?

orang bukan melayu nak murtad, biarlah mereka, kalau iman tak kuat masuk agama mana2 pun tak guna. tuhan tak akan berkati

Anonymous said...

Untuk pengtahuan pembaca yang tidak biasa diblog ini, saya nak katakan lagi apa yang telah dikatakan dari masa kemasa dahulu, bahawa komen komen pihak Pembangkang disini kebanyakannya datang dari hanya satu ekor sahaja apa yang telah dipanggil "budak Cina ultra kiasu DAP".

Dia selalu mengata Melayu bodoh, keldai, malas, makan suap dan sebagainya. Mencerca maruah bangsa Melayu.

Dia telah gunakan berbagai nama seperti

song,
PENYOKONG DAP,
Malaysia,
Malaysian,
dll.

Hari ini dia telah keluar pada masa berikut:

9.49pm
9.28pm

Saya telah keluar dengan nama PEMBANGANG DAP bila bertalu talu dia keluarkan dakyah DAP, cuba mencemarkan, menjatuhkan maruah bangsa Melayu, diatas nama PENYKONG DAP. Saya keluar bagi menepis, menangkis kata kata dia, dan membodohkan dia pula. Teman teman lain pun ada juga buat demikian. Dia tidak keluar lagi komen diatas nama nama itu sekarang.

Satu masa dulu dia juga telah gunakan nama nama lain yang "berdakwat hitam".

Tambahan pula, dia telah menggengster secara menyamar sebagai peserta lain diblog ini, memakai nama peserta lain disini seperti "Hazil" dan "Ikhwan". Ditirunya nama, dibezanya sikit, supaya keluar "warna biru", nampak seolah olah benar - umpamanya, huruf besar "I" untuk "ikhwan" yang biasanya guna huruf kecil "i". Hazil dan ikhwan telah memperakui disini bahawa komen komen lucah yang mengguna nama seakan depa dulu itu bukan datang dari depa.

Budak ini nampaknya otak mereng. Biasanya keluarkan komen yang tak ada isi atau hujah hujah, atau justifikasi bagi apa yang dituduh dan ditohmahnya. Selalunya bahasa lucah, kotor dan kurang ajar, yang boleh dijangka dari mereka yang lepasan sekolah Cina.

Disuatu masa yang lalu, dia telah asyik menyalin secara copy paste beratus penulisan dari risalah dakyah Roket (DAP), Harakah (PAS) dan Suara Keadilan (PKR). Bertindak secara kominis, cuba memporak perandakan keadaan, tidak ada kena mengena dengan tajuk pos. Hingga ada pos RT yang lalu mempunyai lk 700 komen, kebanyakannya salinan copy paste semata.

Sekarang nampaknya kurang mereng sebab sudah hampir tiada copy paste seperti itu. Tetapi bersedialah kita kemungkinannya berlaku lagi. Sebab sakit otak mereng itu boleh berulang, terutamanya bila dia tidak makan pill.

Oleh itu, pembaca yang tidak biasa diblog ini tidak perlu terpedaya memikirkan ada banyak pihak Pembangkang diblog ini. Pada umumnya hanya seekor "budak Cina ultra kiasu DAP" itu sahaja, membuat komen anon atau menggunakan berbagai nama. Komen yang berupa Islam pun ialah salinan copy paste dari Harakah yang dilakukannya. Atau dikarangnya seolah olah dia ahli atau penyokong PAS.

Komen membangkang yang tidak berupa copy paste, menggunakan kata kata dan gaya bahasa sendiri dan tidak lucah adalah dipersilakan. Biasanya yang ada hujah hujjah, justifakasi, atau sekurang kurangnya punca punca maalumat tuduhannya itu adalah komen yang tulen dari mereka yang berbeza pendapat. Komen yang menyertakan butir butir lanjut bila, siapa, dimana, bagaimana dan sebagainya bagi apa yang dituduh atau ditohmah. Komen seperti itu kita hormati dan boleh kita berdailog.

Komen komen selain dari “budak Cina ultra kiasu DAP” itu dipersilakan disini. Walau pun jika tidak selari dengan, malah membangkang, pendirian ramai peserta lain disini.

Sila lah berdiskusi untuk kebaikan ummah. Tidak perlu pedulikan "budak Cina ultra kiasu DAP" itu yang sentiasa melalak dan menyalak, cuba "distract" atau "hijack" tajuk rencana RT disini."

Anonymous said...

9:21 PM

Khoo Kay Peng yang Sdr sebutkan itu lain orang nya. Dia jutawan, kenalan baik Tengku Razaleigh Hamzah, punya bank, ladang dan berbagai. Rasanya dia sudah mati, mungkin itu sebab namanya tak keluar disenarai jutawan terkemuka lagi.

Kay Peng yang disebut RT itu tiruan nama saja agaknya. Bunyi macam budak mentah, tak tahukan Perlembagaan, kalau tahu, tak hormatkan Perlembagaan, jenis yang mahu lebih, lebih dan lebih. Kalau dia pensyarah, rosaklah hala tujuan pelajar pelajar yang berlajar dibawahnya. Saya tak setuju dibenarkan banyak sangat institusi pengajian tinggi swasta sebab mereka seperti Khoo Kay Peng yang kononnya "professor" ini akan dapat bernafas dan berkembang.

Mungkin pelajar pelajar tidak diluluskannya jika tidak berhaluan sepertinya. Jika dia mengawasi pelajar pelajar yang membuat thesis ijazah Master's atau PhD, dia akan memesongkan fikiran pelajar pelajar dithesis mereka itu dan menukar aliran thesis itu kapada apa yang ditujunya.

Jenis dia tidak akan teragak agak mengaturkan professor lain yang sama haluan dengannya menilai dan bersama meluluskan thesis yang dimahukannya. Lama kelamaan akan penuh "thesis" seperti penulisan Kua Ka Song DAP yang memusingkan sebab berlakunya trajedi 13 Mei 1969 dari DAP kapada Tun A Razak dan lain lainnya. Melampau sekali.

Bahaya adanya "profesor" seperti ini. Walau pun diuniversiti prebet. Mengeluarkan graduan yang serong pandangannya. Akan porak peranda keadaan negara dibuat mereka.

Saya mengharapkan timbulnya pemimpin yang tegas dan berani membenteras mereka seperti itu. Kita lihat London School of Economics (bertaraf universiti) meluluskan Saif Al Islam anak Muammar Ghadafi lulus PhD dikatakan sebab menerima "sumbangan" wang tunai ratusan ribu Pound Sterling.

Kalau diEngland pun universiti boleh dikorapkan apatah lagi diMalaysia. Bezanya diEngland Pengarah LSE yang bertanggung jawab itu meletak jawatan bila didapati anak Ghadafi memanjangkan politik jahanam bapaknya. DiMalaysia tiada yang letak jawatan seperti itu.

Kenakan Akta Hasutan kapada mereka yang tak berhenti henti mengkritik apa saja Melayu. Yang nampak tidak hormatkan Perkara 153 Perlembagaan dari mana DEB berpunca. Saya yaakin bahawa bila ada pemimpin yang tegas dan berani, pihak berkuasa pun akan giat membenteras mereka yang melangkah garisan undang undang menghasut.

Menyo'al Kedudukan Istimewa Melayu adalah menghasut. Menyo'al kedudukan Islam sebagai agama negara ini juga menghasut. Interpretasi menghasut itu luas. Jangan biarkan mereka melanda landa dan naik kepala dengan kata kata dan tindakan menghasut. Kita perlu aman dinegara ini. Kita tidak mahu pergaduhan kaum 13 Mei lagi.

Anonymous said...

Respon kpd abda 852

Sentiasa memihak kepada kebenaran. Bertindak waras, jangan ikut emosi.

Wee Kah Siong - tiada arahan kementerian supaya sekolah cina dan tamil sediakan makanan halal.

Abda yang kamu melenting macam orang sasau tu apasal. Kalau sekolah cina itu tak ada murid islam atau murid islam yang ada hanya satu dua orang saja, wajarkah mereka pengusaha kantin nak bersusah payah menyediakan makanan halal. Cuba bayangkan anda sebagai pengusaha kantin. Cakap guna otak beb, jangan guna emosi. Nanti orang ketawakan awak.

Anak saya ada 2 orang yang bersekolah cina, tak ada masalah pun. Saya bekalkan makanan dari rumah. Di kantin pekerja kantin beri tahu mereka " ini makanan awak orang islam tak boleh makan " dan " ini makanan awak orang islam boleh makan ".

Awak kata padan muka kepada orang melayu yang hantar anak belajar disekolah cina. Sebenarnya melayu macam awak ni hidup seperti katak bawah tempurung.

Cikgu Sekolah Kampong.

Anonymous said...

Respon kpd Anon 239

Terima kasih kerana bersetuju dengan saya. Tapi saya terpaksa tidak bersetuju dengan pendapat anda.

Anda seolah2 rela dengan perpecahan yang berlaku keatas umat islam, dengan bersandar kepada kenyataan " perpecahan juga berlaku dalam agama lain ".

Saya tidak peduli dengan apa yang berlaku dalam agama lain. Kalau penganut mereka nak berpecah, itu masalah mereka dan saya tidak akan jadi " pendamai ".

Anda tersilap bila mengambil sesuatu yang "buruk" sebagai bandingan untuk menilai "kita dengan mereka".

Sebagai contoh untuk memahamkan anda : Nak atasi masalah kemiskinan, anda bandingkan diri anda yang miskin dengan orang yang lebih miskin dari anda. Sampai bila pun anda tidak akan keluar dari garis kemiskinan kerana anda merasakan diri anda adalah kurang miskin jika dibandingkan dengan jiran di sebelah kiri rumah yang jauh lebih miskin dari anda (anda ada kapcai, jiran anda hanya ada basikal). Tapi jika anda bandingkan keadaan hidup anda dengan keadaan hidup jiran di sebelah kanan rumah, baru lah datang kesedaran untuk berubah (anda berniaga sayur tapi mampu pakai kapcai saja, jiran anda berniaga sayur juga tapi kapcai ada pickup pun ada).

Pada anda mungkin : Apa nak heran penganut islam berpecah sedangkan penganut agama lain pun macam tu juga.

Pemikiran seperti anda tidak construktif dalam membina kekuatan islam.

Wallahualam. Cikgu Sekolah Kampong.

Anonymous said...

Cikgu 9.12am,

Sekarang jelas la siapa yang selama ni yang kurang ajar dan biadap disini.

Sebenarnya itu merupakan orang yang sama dan bekelakuan budak kecik dan gengster.

Abda = zendra = Pembangkang dap = anon 7.53am.

Tidak sudah untuk bezakan anon biadap ni dengan anon lain.

Anonymous said...

Cikgu

Saya ingat ada orang menyamar Cikgu tadi. Tak tau lah.

Cikgu pun melenting jugak tu, beb. Cuba Cikgu fikirkan: yang ditimbulkan bukan so'al kantin sekolah vernakular menyediakan makan Islam dimana tak ada murid Islam. Tapi

1. ada emak bapak Melayu hantar anak kesekolah Cina - bacalah blog Kempen SSS apa diorang kata disana sejak 2 tahun lalu. (Google saja perkataan Kempen SSS tu dan Cikgu akan dibawa kesana).

2. ada yang mengatakan ada sekolah Cina hingga 5% budak Melayu. Contohnya diPenang. Jika benar, kenapa Timbalan Menteri Wee melenting kata tak ada arahan supaya makanan Islam disediakan disekolah yang begitu? Kalau tak banyak, jual kueh Melayu atau nasi lemak Melayu saja pun jadilah.

3. Menteri Jabatan Perdana Menteri patut buat rancangan menyeluruh ambil tindakan pertahankan dan majukan kepentingan Islam sebab Islam agama Negara ini.

Cikgu dengan saya bukan musuh, Cikgu. Yang musuh nun yang ultra kiasu. Marilah kita adjaskan mana mana sasaran yang nampak lari sikit. Assaamualaikum.

Anonymous said...

Hah Cikgu, sudah pun keluar "budak kecik DAP ultra kiasu" ke apekenamanya.

Di9:35 AM. Lima minit saja Cikgu cakap dia sudah keluar. Dia eksploitasi keadaan. Segala apa peluang yang ada dia mesti eksploit.

Itu yang dinamakan ultra kiasu. Nyata jenis DAP tu.

Anonymous said...

Alamak Cikgu 930,

Kan dia ada kata diperenggan 2 nya:

"Tapi kita tidak boleh gunakan itu sebagai alasan membiarkan kecai berai diantara ummat Islam. Kita mesti cari jalan supaya bersatu."

Kenapa Cikgu selalu kata "
Pemikiran tidak construktif" .. "dalam membina kekuatan islam." Kan Cikgu sendiri kata "Wallahualam", bermakna Tuhan sahaja yang mengtahui.

Kita keluarkan pendapat lah Cikgu. Hentam yang nyata nak melemahkan Islam, seperti gereja DU. Atau pun Aziz Bari yang kritik Sultan, Ketua Agama Islam dinegeri Selangor.

Yang tak pasti membina tu, biarkan dulu. Kita cuba cari maksud dia. Kalau dah nyata tak membina, baru kita kritik. Tapi kalau dia mempertahankan Islam cara kritik orang yang bertanggung jawab tapi tak buat yang perlu untuk Islam, dia juga membina sebenarnya.

Anonymous said...

Saudara ku Abda

Saya pun tak nak bertelingkah dengan awak. Cuma saya nak menerangkan sesuatu berdasarkan rationaliti, berdasarkan pengalaman sendiri (anak saya juga belajar di sekolah cina).

Jangan kita jadikan masalah "makanan halal" sebagai halangan untuk kita mencari ilmu di luar daripada dunia melayu atau islam.

Awak kata sekolah cina ada yang 5% murid adalah melayu/islam. Kalau jumlah murid 500, ertinya murid melayu islam ada 25 orang. Anda minta sekolah jual nasi lemak melayu. Jika awak diberi peluang menyediakan makanan sebanyak itu (25 bungkus nasi lemak), tiap hari, mahukah anda ? ada untungkah ? Cuba fikir betul2 ..

Untuk makluman anda, di kantin sekolah cina memang ada nasi lemak ala melayu, tapi di sediakan oleh orang cina, ada sambal, ada ikan bilis, ada telor, ada ayam tapi tak ada lah bubuh daging babi. Di kantin yang sama juga ada jual kuih melayu, ada karipap, ada pau, ada donad tapi dibuat oleh orang cina. Di kantin juga ada jual roti krim, ada biskut, ada bermacam jenis keropok. Semua itu kalau murid melayu mahu makan dan lalu makan, makan lah sebab tak ada benda yang haram. Kalau tak lalu nak makan kerana was2 .. jangan makan, beli saja roti krim atau biskut atau keropok (jenama sama dengan yang di jual di kedai/mini market). Nak selamat lagi dan nak selamat duit juga, bekalkan makanan dari rumah kepada anak kita .. habis cerita dan selesai sudah masalah makanan haram.

Bukan saya nak menyebelahi Wee Kah Siong, tetapi kenyataan Wee adalah tak wajar dipertikaikan oleh ibu bapa islam yang menghantar anak mereka ke sekolah cina. Tak ada siapa pun yang paksa mereka hantar anak belajar di sekolah cina, kalau tak mahu sekolah cina kerana tak ada jual nasi lemak yang dibuat oleh melayu, hantar saja anak belajar di sekolah melayu. So what is the problem ?

Saya percaya pemilik blog ini saudara Tee Chuan Seng @ Ridhuan Tee pun ada anak yang belajar di sekolah cina, adakah makanan halal menjadi halangan kepada anak beliau untuk belajar di sekolah cina ?

Saya tak menyalahkan awak. Awak mungkin tak pernah sekali pun berkunjung ke sekolah cina apa lagi lah nak pergi melihat kantin di sekolah cina. Jadi awak akan berfikir dan membayangkan bahawa kantin sekolah cina ni tak ada jual makanan lain .. semua babi saja .. mee ada babi, bihun ada babi, nasi lemak ada babi, laksa ada babi, karipap ada babi, pau ada babi, donad ada babi, roti krim ada babi, biskut ada babi, keropok ada babi, kacang tanah ada babi, gula2 ada babi. Untuk maklumat tambahan awak, tak semua orang cina suka makan babi, macam juga orang melayu tak semua melayu yang suka makan lembu.

Saya ni, walau pun cikgu sekolah melayu, tapi kalau ada ibu bapa melayu yang berminat nak hantar anak ke sekolah cina, saya tak halang. Bahasa cina adalah bahasa perdagangan di negara kita dan di rantau asia .. tak rugi boleh menulis dan bertutur dalam bahsa cina.

Cikgu Sekolah Kampong.

Anonymous said...

Usaha untuk perpaduan.

Sebagai seorang guru, saya sokong jika pelajar di sekolah melayu di dedahkan dengan bahasa cina (mandarin). Saya nampak tak ada kesungguhan di peringkat pemimpin untuk membawa masuk bahasa cina ke sekolah melayu. Jika dalam seminggu ada 2 sessi pun dah memadai, tak faham banyak pun sekurang2nya boleh berinteraksi dalam urusan seharian bila berjumpa kawan2 bangsa cina.

Bagi saya ini satu langkah ke depan untuk mengeratkan perpaduan melayu-cina. Bila melayu berbual dengan cina, akan terkeluar lah bahasa rojak. Tak pelik kerana selama ini pun kita selalu dengar kat tv pemimpin melayu guna bahasa rojak .. melayu + english.

Cikgu Sekolah Kampong.

Anonymous said...

"orang Melayu Islam dilindungi oleh Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan. Inilah peruntukan perlembagaan yang tidak ada di negara Islam lain di dunia, kecuali Malaysia."

Islam disebut diPerlembagaan itu kerana Melayu telah bersetuju supaya bukan Melayu diberi hak kerakyatan. Begitu juga Kedudukukan Istimewa Melayu diperkara 153. Dan ditentukan supaya tidak boleh dipinda, jauh lagi diketepikan.
Maka bukan Melayu mesti hormatkan peruntukan peruntukan itu. Tidak lain dan tidak bukan. Jika tidak mahu buat begitu, perlu cari negara lain yang Perlembagaannya boleh mereka hormati. Itu sahaja yang patut, adil dan saksama. Tiada lain.

Sememangnya "orang Melayu Islam perlu merasa bersyukur di atas perlindungan ini dan sedaya upaya mempertahankannya daripada diperkosa oleh tangan-tangan jahat yang sentiasa mahu mengambil peluang atas kelemahan yang berlaku hari ini." Tetapi ada pengkhianat Melayu/ Islam. Biasanya diatas tujuan politik, mahukan undi.

Yang dikatakan pakar Perlembagaan tapi mahu pertikaikan hak dan tanggung jawab Raja sebagai Ketua agama dinegara ini, apa hal? Saya ada bertanya di 1-2 blog. Takda yang mahu mengaku sama ada Aziz Bari Ahli PAS. Atau PKR. Atau DAP.

Kenapa pulak dia pakar Perlembagaan kononnya tapi tidak "pakar" dalam peraturan bagi setaf UIA? Membuat kenyataan kapada media Pembangkang yang "detrimental to the interest of UIA" atau sebagainya. Diganntong kerja, kemudian dilepaskan gantongan. Saya harap siasatan Polis terhadapnya membawa kapada dia didakwa keMahkamah.

Bila didakwa sahaja, dia mesti digantung kerja, tidak dibenarkan masuk kampus UIA dllnya mengikut peraturan itu. Biar dia saman UIA keMahkamah, biar sampai keMahkamah Rayuan tertinggi, biar makan masa berbelas tahun.

Jahanam akidah Muslimin jika dia berterusan diUIA. Seperti siKay Peng "professor" kononnya. Mereka akan mengsubvert pemikiran pelajar pelajar kearah yang tidak pernah didengar. Mengkritik titah Sultan menyelesaikan isu gereja menjinakkan Muslimin "berbuka puasa"/ makan malam dibulan puasa tidak pernah didengar.

Tidak boleh dibenarkan. Tidak boleh dibiarkan.

Anonymous said...

Anon 1146

"Pada anda mungkin : Apa nak heran penganut islam berpecah sedangkan penganut agama lain pun macam tu juga"

Ini yang cikgu faham melalui tulisan dari Anon 239 tu.

Awak akan faham lebih lagi jika awak ikuti cerita cikgu berkenaan 2 orang penjual sayur .. yang sorang mampu pakai kapcai saja tapi yang sorang lagi mampu pakai kapcai dan pickup.

Cikgu Sekolah Kkampong.

Anonymous said...

Anon 1230

Isu cubaan gereja memurtadkan orang islam, usah kita panjang2kan. Yang salah adalah kita sendiri.

Sebelum ini ada ke siapa2 peduli tentang orang2 islam yang susah dan merempat. Wang zakat, kalau bukan untuk membantu orang islam yang susah dan merempat, nak bagi kepada siapa ? Bila gereja beri bantuan, kita melatah, kita takut yang menerima bantuan termakan budi dan masuk kristian.

Benda ini tidak akan berlaku jika pihak yang menguruskan wang zakat menguruskan dana itu mengikut seperti yang di tetapkan dalam islam. Hasilnya tidak akan ada orang islam yang mahu terima bantuan dari agama lain bila terdesak.

Pengalaman cikgu sendiri. Cikgu pernah menjadi mangsa banjir. Bila banjir surut, cikgu terkejut bila pintu rumah di ketuk oleh pihak tertentu untuk memberikan bantuan RM200 (cash). Bukan pejabat kebajikan, bukan pejabat zakat, bukan pertubuhan politik Umno atau Pas .. tetapi adalah Persatuan Buddhist Tzu Chi. Cikgu bagitahu mereka, "saya orang islam, saya bukan orang buddhist", mereka kata bantuan kami untuk semua rumah yang kena banjir tak kira orang melayu atau cina atau india, tak kira orang islam atau orang buddhist atau orang hindu. Terharu cikgu seketika .. dalam hati bertanya .. mana Umno ? mana Pas ? mana pejabat zakat ? mana pejabat kebajikan ?

Kita tidak hebat sebenarnya bila kita tak mampu pun untuk nak membantu saudara yang sebangsa dan seagama dengan kita di saat2 mereka memerlukan bantuan dari kita. Itu belum lagi nak fikir untuk membantu mereka yang tak sebangsa dan seagama dengan kita di saat mereka ditimpa bencana. Please think about it ..

Cikgu Sekolah Kampong.

Anonymous said...

apsal pembangkang yg menulis kat sini brainless je?

ckp ikut emosi, x guna otak langsung..

cikgu sekolah kampung, boleh tak kau berfikir mcm org bandar sekali sekala?

Anonymous said...

1. Mesti hormatkan Perlembagaan negara. Peruntukan Islam sebagai agama negara ini. Perkara 152 Bahasa Kebangsaan. Apa yang telah ada sejak sebelom Merdeka (sekolah vernakular) tidak semestinya betul.

2. Najib kata dalam blognya 1Malaysia masa sekolah satu aliran hangat dibahath hingga ke Parlimen dulu bahawa sekolah satu alairan "akan dilaksanakan bila rakyat mahukannya". Tapi dia tak sebut apa cara bagi menentukan jika rakyat mahukannya sekarang atau tidak. Dia sibuk mengejar undi Cina. Mungkin selepas PRU13, akan dilaksanakanya. Sementara waktu, tak boleh kata sekolah vernakular itu OK disisi Perkara 152 Perlembagaan.

3. Mandarin dan Tamil boleh dipelajari sebagai matapelajaran pilihan disekolah kebangsaan. Yang mahu lebih, boleh lakukan diluar masa sekolah biasa. Semua sekolah dinegara ini perlu menggunakan BM sebagai bahasa pengantar. Satu sistem persekolahan, sekolah satu aliran.

4. Perlu ada perpaduan, satu "Bangsa Malaysia" dan satu budaya terdiri dari Bangsa Malaysia itu. Berteraskan budaya bangsa yang terbina dinegara ini, seperti dirumuskan diKongres Budaya yang lalu. Tidak boleh ada budaya rojak dan bangsa rojak. Tak aman sentosa dijangka masa panjang jika rojak berterusan. Bangsa Malaysia boleh timbul dari satu sistem persekolahan.

5. PM Britain David Cameron kata "Multi-culturalism is dead". Disambut laungannya dek Chanselor Germany Angela Merkel. Dan 2 orang lagi pemimpin EU.

6. Semua rakyat mesti ta'at setia kapada negara ini. Ukuran ta'at setia hanyalah menghormati dan mematuhi Perlembagaan dan Rukun Negara ini.

Anonymous said...

"Bahasa cina adalah bahasa perdagangan di negara kita dan di rantau asia .. tak rugi boleh menulis dan bertutur dalam bahsa cina."

Siapa cakap? Apa untungnya boleh menulis dan bertutur dlm bahasa Cina?
Tak kira mematuhi kapada Perlembagaan ke? Tak pedulikan kedudukan BM dalam negara ka?

Anonymous said...

Semangkin lama membaca penulisn Cikgu Kampung, semangkin tertanya tanya dia benar Cikgu Sekolah Kampong ke, atau penyokong kuat PAS ke, atau dia oarng DAP menyamar sebagai guru Melayu.

Memang ada Cina DAP yang menyamar menggunakan berbagai nama, malahan menggunakan nama yang orang lain pakai disini. Seperti ditulis dek PEMBANGKANG DAP.

Saya mahu lihat sejauh mana bona fidenya. Saya minta dia sebutkan nama Kampong, Mukim, Daerah nya, bila banjir, tarikh sipolan Cina datang memberi RM200 itu.

Jika diberinya butiran itu mungkin ada yang diam tak jauh disitu pergi kekampong itu dihujung minggu, bertanya dan pastikan benar tidaknya.

Silakan Cikgu.

Anonymous said...

Anon 115

Biar lah saya berfikir macam orang kampong daripada asyik nak menyalahkan orang lain di atas kelemahan diri sendiri.

Cukup lah. Jangan jadi macam Pas. Hudud tak jadi salahkan Umno. Negara islam tak jadi salahkan Umno. Bertambah ramai orang buang anak salahkan Umno. Bertambah ramai orang buat maksiat salahkan Umno. Minta2 jangan lah bila terjadi banjir pun salahkan Umno juga. Terjadi puting beliung pun salahkan Umno lagi. Berlaku tsunami pun marahkan Umno juga. Negara di landa jerebu pun Umno juga yang salah.

Rakyat kelantan tak dapat bekalan air yang bersih dan selamat .. mungkin salah Umno juga kerana tidak menjadi kerajaan di Kelantan.

Cikgu Sekolah Kampong

Anonymous said...

Cikgu Sekolah Kampong 2:11 PM tu tak bunyi mcm PAS, PKR, DAP atau pemyamar.

Betul semua ada salah dan kelemahan. Takda yang perfekt. Tapi PR yang 3 tahun merintah pun dah banayk salah dan kelemahan. Kalu lama, lagi teruk.

Anonymous said...

Bantuan RM200 itu memang berlaku. Bantuan RM200 itu memang dihulur oleh Persatuan Buddhist Tzu Chi. Melayu dapat, cina dapat dan india dapat. Bukan propaganda, tapi kisah benar.

Awak nak percaya atau tidak, itu awak punya masalah. Tapi orang islam yang terima bantuan itu, tak seorang pun yang masuk agama buddha. Bukan itu sahaja, mereka juga ada menyediakan perkhidmatan klinik haemodylisis kepada semua bangsa yang tidak berkemampuan. Itulah social obligation mereka.

Bagaimana dengan kita ? Kerana saya berfikir cara kampong lah maka saya tak mahu menyalahkan orang lain di atas kekurangan yang berlaku kepada umat islam.

Jika kita ada masa untuk mahasabah diri, pasti kita akan nampak punca mengapa kita jadi bercempera habis pada hari ini.

Islam adalah senjata untuk kita bersatu, tapi malang, para pemimpin dan tokoh2 agama bangsa melayu kita telah menjadikan islam sebagai senjata untuk memecah belahkan orang melayu. Maka jadilah kita seperti yang ada pada hari ini. Saling salah menyalahkan.

Cikgu Sekolah Kampong

Anonymous said...

Cikgu Sekolah Kampong 2:26 PM,

Cuba beri cadangan 1,2,3,4 dan seterusnya. Siapa patut buat apa dan bagaimana.

Macam tu, baru lah nampak konstruktif.

Anonymous said...

Anon 217

Biar lah kalau ada yang kata saya seorang "penyamar". Saya tetap berkata "baik" jika memang benda itu "baik" walau pun ianya datang dari mush sekali pun.

Saya bukan jenis spesis yang "wa halalun itu aku dan puak aku, tapi wa haramun untuk mu dan puak2 mu".

Cikgu SK

Anonymous said...

Anon 233

Anak kunci perpaduan melayu ada dalam gengaman pemimpin Umno dan pemimpin Pas. Jika atas semangat melayu, mereka boleh duduk dan berbincang. Jika atas roh islam, mereka boleh mengajak kita orang melayu bersatu. Dan kita .. orang melayu pasti akan bersatu.

Tetapi mereka tidak bersedia untuk menyatu padukan orang melayu kerana mereka bimbang mereka hilang akan pengaruh, lebih jahat lagi mereka bimbang "yang sedang memiliki kuasa akan terpaksa berkongsi kuasa" dan "yang mengidam kuasa akan kempunan tak dapat nak membolot kuasa sorang2 dan terpaksa pula berkongsi kuasa dengan pihak yang selama ini menjadi musuh"

Langkah mudah adalah, pemimpin Umno dan Pas, duduk berbincang, ketepikan kepentingan diri dan kroni, hanya fikirkan untuk melayu untuk islam dan untuk negara (rakyat seluruhnya). Aman lah negara kita, sejahtera lah hidup kita Melayu, Cina, India dan lain2.

Itu saja yang saya mimpi2kan.

Cikgu SK

Anonymous said...

Cikgu SK 3:06 PM,

PKR mcm mana? Tak masuk buku ke?

Saya pun kekadang fikir mcm tu. Tapi Anwarul Al Juburi (Mat Sabu yang mula kasi pangkat tu) yang dalang segala galanya, tak?

Diorang dah cuba. Makam malam diIstana Trengganu 25 Disember hampir 1 tahun lalu. Nik Aziz, Hadi Awang. Najib dan Muhyiddin pun dikatakan ada disitu. Tak jadi apa.

Kekadang saya rasa Nik Aziz tak habis habis nakkan Hukum Hudud itu mungkin dirancang selepas makan malam diIstana trengganu itu. Dia tahu Karpal Sing dan Lim Kit Siang baran tak habis habis fasal Hukum Hudud. Ingatkan boleh menyebabkan DAP ke PAS ke angkat kaki keluar dari PR. Tak pulak.

Tapi orang kata Anwar yang suruh Khalid Samad kumpulan Erdogan dapatkan Perwakilan PAS di Muktamarnya yang lalu setuju gugurkan Negara Islam. Nak ambik hati DAP. Pastu bila Nik Aziz dan Pemuda PAS sebutkan Hukum Hudud lagi, dia sokong pulak. Nak ambik hati PAS pulak. Dia memang jenis main depan belakang. Jembalang puaka dia.

Cikgu ada cadangan lain ke? Nak suruh diorang main golf, tak jalan, tak main golf. Nak mintak YDP Agong adakan makan malam diIstana Trengganu lagi, boleh ke? Cubalah Cikgu keluarkan cadangan.

Anonymous said...

Kelihatan lesu.

Dulu ada juga penyokong Pas dalam blog ini. Tapi kebelakangan ni nampaknya mereka seperti dah tak reti nak bersilat dalam gelanggang yang disediakan oleh RT.

Boleh jadi pencak silat mereka canggung bila berdepan dengan pencak silat orang2 yang atas pagar.

Cuma cikgu teringat nak tanya kalau ada orang Pas yang tersesat masuk blog ni, awak tolong tanya pemimpin tertinggi Pas awak soalan ini " kalau Pakatan Rakyat menang pada PRU 13 nanti parti mana yang akan jadi PM .. Pas ? PKR ? DAP ? atau Umno ? ".

Cikgu SK

Anonymous said...

Anon 331

Pemimpin2 Umno dan Pas ni semua berlakon saja .. nak bagi orang melayu sedap hati saja. Perjumpaan istana kah atau Hudud kah atau main golf kah hatta main guli sekali pun .. payah mereka nak bersatu jika dalam kepala mereka agenda melayu dan islam di letak dalam no siri yang paling bawah sekali.

Kita jangan sampai kena kelentong dengan mereka sudah .. yang kenyang adalah mereka bila mana mereka dah bergelar YB .. daripada rumah terres pindah ke rumah banglo, daripada pandu kereta malaysia kepada memandu kereta mewah, daripada bersarapan di warung tepi jalan kepada breakfast di coffee house atau daripada satu isteri sampai mampu beristeri tiga.

Yang kita ni pi mai pi mai duk macam tu jugalah, duk berbalah, duk berpecah kerana parti sampai tahu2 negara dah dekat2 nak boleh kepada orang lain. Jangan jadi bodoh .. mengundi dalam keadaan celik .. orang lain dah lama dah celik .. tahu2 Penang dah jadi " hari ini dalam sejarah " dan Perak nyaris2 nak masuk dalam senarai " hari dalam sejarah " itu pun nasib baik kerana mendapat talian hayat daripada Sultan Perak .. jika tidak tak merasalah si Zambri tu nak duduk kerusi MB.

Cikgu SK

Anonymous said...

Mungkin orang PAS, penyokong PAS dah bingong.

Dulu cabut lari dari UMNO tubuhkan PAS nak tegakkan Islam. Berpuluh tahun ahli dan penyokong harapkan Hukum Hudud.

Alih alih di Muktamar PAS yang lalu impian Negara Islam yang mengandungi Hukum Hudud digugurkan. Tak ada runding dengan ahli atau tanya pendapat penyokong parti cara keluarkan ura ura dimedia massa atau sepertinya. Alih alih berdentum Negara Islam digugurkan di Muktamar itu.

Benganglah kumupulan Ulama dalam parti dan Pemuda PAS. Dan penyokong penyokong yang nakkan Hukum Hudud sejak berpuluh tahun. Itu pasal Nik Aziz keluarkan lagi isu Hukum Hudud. Disokong dek Pemuda PAS. Anwar pun gobar, sokong PAS pulak. Karpal Singh bising, nakkan "top-level discussion". Runding sampai pagi pun tak ada mushawarah atau consensus. Hanya "agree to disagree".

Dah top-level setuju PAS boleh cakap pasal Hudud, implementasi mesti ikut consensus, Karpal pulak asyik kutuk Hudud, PAS dan Nik Aziz tiap kali Nik Aziz cakap pasal nak implementasi Hudud di Kelantan. Bengang lagi orang PAS.

Pastu Karpal teruskan hentam Hudud. Sampai Nik Aziz kata dia tak mahu cakap pasal Hudud lagi, biarkan wakilnya yang cakap. Dia nak fokus pasal implementasi Hudud. Tapi sampai sekarang tak dengar berita implementasi pun.

Senyap orang PAS diblog ini. Nanti agaknya keluar main salin copy paste dari Harakah dan sebagainya. Atau maki hamun. Mungkin bukan dibuat oleh orang PAS pun. Tapi orang DAP yang tak mahu Hudud, tak ada hujah, keluarkan maki hamun atau copy paste saja. Kesian.

Anonymous said...

Ke mana wang zakat berjuta juga tu? Tiada siapa yang mampu jawab ke?

Dah ditelan dan hanyut di poket pemimpin kot.

Anonymous said...

5:24 PM,

Ya, di Selangor contohnya. Dulu MB Khalid kata nak pakai untk pembangunan. Sultan tak kasi.

Wang tu dia tanggnung jawab. JAIS dibawah dia. Kalau tak, dia takkan cadang nak pakai untuk pembangunan.

Ya, mana wang zakat tu, Khalid?

Apasal sampai 12 orang Muslim miskin dibereng Gereja Damansara Utama?

Anonymous said...

gfdsfdgd

Anonymous said...

http://networkedblogs.com/qvDaJ
menyatakan Sultan Selangor telah amat dukacita diatas kenyataan "Prof Dr Abdul Aziz Bari @ Basi" yang mengatakan akaun Majlis Agama Islam (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) tidak diaudit.

Baginda menasihatkan Aziz jangan membuat kenyataan sembarangan kerana ia mengundang kekeliruan dan keresahan di kalangan rakyat. Titahnya, Aziz perlu mendapatkan fakta yang tepat dan betul sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Beta disembah maklum bahawa akaun MAIS dan akaun LZS telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara dan mendapat Sijil Bersih daripada Ketua Audit Negara pada setiap tahun serta akan terus diaudit oleh Jabatan Audit negara pada tahun-tahun akan datang", titah Sultan.

Baginda menyampaikan titah berkenaan ketika merasmikan Wisma Audit Negeri Selangor hari ini. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor turut hadzir.

Perhatian: Walau pun Sultan Ketua Agama dinegeri Selangor, bukankah Menteri Besar Khalid bertanggung jawab berkenaan MAIS dan LZS. Jika tidak mengapa dia ada mencadangkan menggunakan wang zakat untuk pembangunan dimasa lalu?

Ini satu lagi tanda siAziz Bari yang digelar "Basi" jadi tupai pandai melompat tapi jatuh juga ketanah. Tidakkah malu muka bila diberi tahu dikhalayak ramai dia tidak memeriksa fakta sebelom membuat kenyataan. Sebagai seorang profesor konon, besar malunya itu. Jatuh air muka. Kalau diJapan itu boleh membawa kapada hara kiri atau bunuh diri.

Anonymous said...

Kapada siapa yang menyebut pasal komen cakap kotor, cuba baca ini:

DAP Has Become Party Of Foul Language, Says MCA

KUALA LUMPUR, Nov 24 (Bernama) -- MCA has called on the new generation of DAP leaders not to turn their party into a party of foul language.

Mungkin tak lama lagi keluarlah sianu yang selalu buat gitu.

Orang_MuOr said...

Salam semua,

Saya rasa Prof.Ridhuan sahaja yang lantang mempertahankan dengan cara menjawab tuduhan serangan lancau dari ultra kiasu terhadap umat Islam di Malaysia ini.Terima kasih prof.

Saya rasa juga cara prof ini yang dikatakan oleh Dr.Mahathir supaya menjawab tuduhan lancau ultra kiasu untuk memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara daripada cara DS Najib yang DIAM.

Anonymous said...

Saya sokong pendapat bahawa Aziz Bari patut digantong jawatan jika dia di dakwa di Mahkamah. Harap Polis cepatkan siasatan keatas dia ekoran laporan Polis yang di buat terhadapnya tak lama dahulu.

Saya juga harap Polis gunakan perinsip "probable cause" dan dakwa dia di Mahkamah, biarkan Mahkamah menentukan sama ada dia bersalah atau tidak. Akta Hasutan satu kemungkinan. Ada lain undang undang seperti yang berkaitan agama Islam yang dia boleh di dakwa.

Aziz Bari adalah duri dalam daging. Lebih dari itu, dia boleh menjadi kanser. Merebak kapada penuntut penuntut nya dan yang lain yang sentiasa mahu mengabil kesempatan, malah mengeksloitasi keadaan.

Bila dia di dakwa sahaja di Mahkamah, UIA perlu menggantong jawatannya. Peratoran gantong jawatan di UIA tidak membolehkan dia masuk kampus pun. Itu bagus bagi mempertahankan agama Islam. Dia berupa ancaman terhadap Islam dan perlu di perangi.

Anonymous said...

Wang zakat hanya dikutip di selangor saje ke?
Negeri2 lain tak kutip ke?

Anonymous said...

Saya sokong penuh Exco Selangor Dr Hassan Ali. Dia ada perinsip orangnya, jalankan tugas dan tanggong jawabnya dengan tidak ada "fear or favour".

Dia pertahankan JAIS rampas minuman keras di kedai kedai di kawasan Melayu, Shah Alam. "Bergelut" dengan Exco DAP Ronnie Liu. JAIS di arah pulang balik arak yang dirampas oleh MB Khalid yang ada kuasa lebih tinggi.

Selepas Muktamar PAS yang lalu, jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor yang di pegangnya telah di beri kapada orang lain. Dia tidak nampak melenting berkenaan dengannya. Ada puak PAS Selangor yang pertahankan dan sokong dia.

Dia juga pertahankan JAIS menyiasat komplen orang ramai berkenaan jemputan Gereja Methodis Damansara Utama (GMDU) kapada Muslimin untuk makan malam di gereja di bulan puasa. Pendiriannya tidak di sokong oleh PAS pusat.

Dia juga bersama mereka yang berhimpun diStadium selepas itu bersama dengan puak PAS Selangor yang menyokong dia. Dan Pemuda PAS yang juga turut bersama.

Saya berharap dan berdo'a supaya dia dan orang PAS serupa dia akan dapat memegang kuasa didalam PAS satu hari nanti. Saya fikir bila itu berlaku, ada peluang Melayu/ Islam bersatu dinegara ini.

Anonymous said...

9:07 AM

Di Kedah ada, diKelantan ada, diPenang ada.

Ada bukti ke di sana wang zakat di agihkan dengan sempurna? Boleh kasi senarai penerima ke?

Orang selalu cakap pasal wang derma Mamali tu apa dia? Pungutan wang untuk kes Memali dulu dilenyapkan ke?

Kamu ultra kiasu ke? Bertanya satu macam saja. Jawablah so'alan so'alan itu pula.

Unknown said...

Saya amat kagum dengan pendirian profesor yang begitu bernas, dinamik dan power. Setiap perenggan begitu menunjukkan fikiran matang professor yang tidak berbelah-bagi,adil saksama dan bertimbang-rasa. Ia secara terperinci dapat melambangkan keperibadian, pemikiran dan pendidikan profesor yang semestinya sebanding dengan profesor di Oxford, Cambridge ataupun Yale.
Saya amat bangga dan mengikut logik profesor, mempertingkaikan kajian antarabangsa yang hanya meletakkan univeristi tempatan di tangga-tangga bawahan.
Amat jelas dengan adanya profesor madya seperti doktor
membantu pengembangan pendidikan di Malaysia, kami sepatutnya berada di tangga melampaui status ivy league.
Ini semua semestinya angkara niat busuk ultra kiasu untuk
melumpuhkan imej negara. Seperti semua yang dinyatakan
oleh doktor, saya amat mempercayai segala perkara buruk yang berlaku atau bakal berlaku adalah muslihat pihak ultra kiasu.
Saya amat bersyukur adanya golongan celik seperti doktor,yang mempunyai begitu ramai penyokong anonymous yang mengikuti setiap ajaran dan rasional doktor yang begitu unik dan semestinya menunjukkan cara pemikiran yang melampaui hampir kesemua rakyat bijak Malaysia, kiasu ataupun sebaliknya.
Saya yakin dan mendoakan agar doktor dapat melaksanakan apa sahaja yang dihajat melalui pengkongsian blog ini, kerana doktor adalah satu dalam sejuta, dan mungkin sebillion.
Yakni doktor bakal menerima Nobel Peace Prize,kerana maupun orang Putih, hitam, ataupun apa saja warna kulit tidak mempunyai kehandalan fikiran doktor. Sekali lagi Syabas.
Malangnya saya hanya dapat memperhatikan segala impian ini dicapai dari tepi, kerana saya, sebagai seorang cina yang lahir di Malaysia, terpaksa berhijrah ke jiran selatan untuk mencari makan. Memang semua Cina di malaysia adalah kaya, memonopoli ekonomi dan membolot kekayaan, oleh itu adalah nasib dan salah saya sendiri kerana miskin. Saya amat yakin hanyalah saya seorang saja cina yang bukan kaya-raya dimalaysia. teruskan usaha suci doktor, bantulah dan terus menyebarkan niat suci doktor untuk mebantu semua rakyat Malaysia!
Teruskan usaha mu doktor! Hebat memang hebat!

Anonymous said...

Menyindir nampaknya Mister Unknown itu.

"seorang cina yang lahir di Malaysia, terpaksa berhijrah ke jiran selatan untuk mencari makan." Tak masuk akal tak boleh cari makan diMalaysia. Bukankah sektor swasta diMalaysia ini hampir kesemuanya Cina, syarikat syarikat besar selain dari GLC itu semua Cina?

Tak payah cakap tak dapat cari makan diMalaysia lah. Nak berambus keSingapore atau Asustralia pun tiada siapa yang melarang atau risau. Melainkan yang ultra kiasu buat propaganda besok pagi bankrupt Malaysia kononnya sebab diorang berambus.

Dia bodoh cakap "Memang semua Cina di malaysia adalah kaya". Sebenarnya kaum Cina adalah yang terkaya diMalaysia dan ada sistem bantu membantu mereka yang kurang upaya melalui persatuan suku-bangsa dan persatuan perniagaan.

Tapi kalau dah "berhijrah", kenapa nak masuk keblog Malaysia buat komen lagi. Berilah masa dan perhatian sepenuhnya kapada negara yang anda telah berhijrah itu, puji negara itu sepenuhnya, tunjukkan hormat kapada Perlembagaan negara itu, ta'at setia kapada negara itu, nanti cepat dapat jadi rakyat sana, jangan balik keMalaysia lagi.

Macam ini sekarang dah nampak hati tak ada diMalaysia sebab dah berhijrah, tapi tak juga dinegara tumpangan sebab masih mahu berhubung dengan negara lama. Bukan kah itu ultra kiasu namanya?

Nak kacau lagi keadaan disini, sindir sini, sindir sana. Apa ini?

Anonymous said...

".. orang Melayu Islam dilindungi oleh Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan. Inilah peruntukan perlembagaan yang tidak ada di negara Islam lain di dunia, kecuali Malaysia."

Ini tidak bermakna Perlembagaan negara ini atau dasar dasar pemerintahannya zalim atau tidak adil kapada penganut penganut agama lain.

Bernama semalam melaporkan bahawa Malaysia dinilaikan No. 61 diantara 187 negara dalam hal kemajuan maanusia. Itu meletakkan Malaysia ditempat tinggi atau "in the high human development category" di Laporan Kemajuan Maanusia DiDunia atau "Global Human Development Report" 2011.

Didalam kumpulan Asia Tenggara atau Asean, Malaysia di No. 61, jauh lebih maju dari Thailand (No. 103, Indonesia (No. 124) dan Vietnam (No. 128).

Pegawai Bangsa Bangsa Bersatu yang berkenaan mengatakan bagi tahun 2012 mereka akan fokus kapada isu isu semasa seperti kemiskinan, kesihatan, pelajaran dll. Mereka perlu ambil kira latar belakang Kemerdekaan dan penggubalan Perlembagaan negara ini dan mesti lihat isu isu agama, kemiskinan, pelajaran dll dinegara ini dari segi peruntukan peruntukan Perlembagaan seperti agama Islam adalah agama negara ini dan orang Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak ada Kedudukan Istimewa dinegara ini.

Agama agama lain bebas dipraktikkan dinegara ini. Mencuba menarik Muslimin ke agama lain salah disisi undang undang yang telah diluluskan Parlimen bagi menjaga kepentingan agama Islam di Perkara 11(4) Perlembagaan dll. Memerangi ancaman terhadap Islam adalah setimbal dengan kedudukan Islam diPerlembagaan itu.

Anonymous said...

Tuan,

Dalam disiplin bersilat, kita seperti menggunakan jurus angin ke atas pihak lawan. Banyak yang tersasar. Kalau mengena pun kita tidak nampak.

Sebaliknya, kita menggunakan jurus tepat ke atas rakan seperguruan yang tidak sependapat dengan kita. Natijahnya, mereka bukan sahaja menjauhi saf kita, tetapi membenci kita. Kita semakin lemah.

Wahai tuan Prof (kita pernah berjiran di Ampang), saya percaya dan amat-amat yakin bahawa kuasa intelek dan aura tuan boleh menjinakkan dua kumpulan kabilah kita yang sedang asyik berkelahi kerana menegakkan keyakinan masing-masing.

Tuan tidak perlu dilihat terlalu memihak kepada sesuatu pihak. Pesona tuan ada tugas yang lebih besar dari itu.

Percayalah, orang sanggup mati kerana jazam dengan keyakinan.Sedemikian, wujudkanlah pencerahan.

Harap maaf dan terima kasih.

Anonymous said...

Wahai "jiran" 8:06 AM,

Saya sokong Professor Ridhuan. Sudah banyak benar telatah tak betul dilakukan beberapa pihak terhadap Islam. Tidak mempertahankan atau membangkit semangat Islam. Perlu diperangi secara lisan dan tulisan.

Sudah banyak diperkatakan dikomen komen pos ini dan pos pos yang lalu. Jika anda mempertahankan orang seperti Aziz Bari, sila beri penjelasannya. Sekian.

Anonymous said...

10.32am,

kalau ko anti pembangkang, kau punya hal. aku tak suruh ko jawab. kalau ko pandai, pergila tanya sharizat adakah kondo 13juta duit rakyat tu sedap didiami.
celaka punya pompuan umno. celaka punya umno. jahanam dibuat negara oleh binatang2 jahanam cam ni.

Anonymous said...

samdol semua..

nak tau sape penerima zakat ke ape ker gi la pejabat agama tanya..

yg ko melalak kat sini nak buat ape?

ingat keje diorg nak bg tau ko sape dpt, ape pekdahnye?

ader nik aziz bg tau duit derma tiap2 mlm ceramah pas tue masuk poket sape?

idiot la..

Anonymous said...

Islam is a beautiful religion but the Muslims show the opposite including this professor!

Anonymous said...

PEMBANGKANG DAP,

Kritikan sdr terhadap PAS memang tepat dan saya ucapkan 'Syabas' kpd sdr!

Sdr berkata PAS nama sahaja parti Islam tetapi tidak gigih mempertahankan Islam. Sebaliknya menuduh UMNO tidak Islam/ Hudud dan sebagainya. Maksud sdr bahawa PAS dengan UMNO 2 parti ini yg sama-sama didukung oleh orang Melayu munafik dan tempat orang munafik sama-sama kita faham. Saya amat setuju dengan pandangan sdr!


Syabas sdr PEMBANGKANG DAP, teruskan hujah sdr utk mendedahkan kemunafikan PAS dan UMNO demi menyelamatkan akidah orang Melayu yg berada ditepi gaung jahanam!

Anonymous said...

Anonymous 8.06 am semalam,

Terima kasih kerana mendedahkan yang berikut: " Sebenarnya kaum Cina adalah yang terkaya diMalaysia dan ada sistem bantu membantu mereka yang kurang upaya melalui persatuan suku-bangsa dan persatuan perniagaan."

Saya ingin dedahkan satu lagi sistem yang mengkayakan orang Cina kafir!

Tidak lama dulu, dalam satu majlis agama Islam saya berkenalan dengan seorang Cina muslim yang menjadi kontraktor dan developer. Dia beritahu saya sambil mengeluh:

"Jangan awak fikir kita Cina masuk Islam dan rajin sembahyang macam orang Melayu akan lebih senang dapat bantuan kerajaan dan kontrak! Sebenarnya lagi susah!"

"Kita masuk Islam bukan main-main punya. Kita sembahyang dan puasa lagi rajin daripada orang Melayu sendiri sampai orang Melayu takut dengan kita!"

"You tahulah kebanyakan pegawai Melayu, exco dan Menteri Besar makan rasuah! Kalau tidak, mana ada duit untuk bertanding dalam parti dan pilihanraya?"

"Jadi, dia tahu kita masuk Islam, dia pun malu minta rasuah dengan kita! Dia tak malu minta dari orang kafir, tapi malu minta dengan kita! Jadi, semua projek besar, peluang baik, tanah, pergi ke Cina kafir, kita hanya dapat kecil-kecil punya walaupun kita juga ada modal besar dan lesen Kelas A!"

"Ayyuh, kalau saya bukan Islam, saya lagi kaya dan lagi berjaya dari sekarang! Apa boleh buat, itu nasib kita orang Islam. Nabi Muhammad pun pernah kata: 'Dunia ini bagi orang beriman macam neraka, tapi bagi orang kafir macam syurga!'."

Ini adalah kesah benar! Sistem rasuah di Malaysia adalah salahsatu faktur yang menjamin kejayaan dan kekayaan orang kafir, tak kira dia ultra kiasu atau tidak! Terpulanglah kepada saudara untuk menilai kesah ini!

Anonymous said...

8:08 AM,

Saya sokong pendapat Sdr dan simpati dengan kelohan kontrekter Cina Islam tu.

Melayu memang segan dengan Melayu kalau tak kenal. Segan nak hulur, mintak atau ambik rasuah pada umumnya. Jadi Melayu juga yang selalu kena saman dan sebagainya.

Tapi diantara kenalan senag kira, "bisa diatur", ikut cara Indonesia. Itu pasal sistem kroni timbul sejak masa Tun Dr Mahathir lagi. Betul, DS Najib cuba kurangkan politik wang. Dia pinda cara pemihihan/ pencalonan pemimpin parti UMNO. Tapi hal kroni masih banyak.

Saya sedar PR pun banyak crony. Lim Guan Eng "bulldoze" keputusan projek ratusan juta Ringgit sPICE yang diberi kapada kontrekter Cina Presiden Persatuan Peniagaan Cina Penang, kenalan rapat dia.

Tapi BN mesti cuba lebih gigih lagi kurangkan politik wang, rasuah dan kroni dalam UMNO dan dalam Kerajaan. Heret ikan ikan besar keMahkamah. Ingat, Tun Dol menang besar atas peletfom Mister Clean, anti-rasuah dsbnya diPRU 2004. Tsunami diPRU2008 sebab dia tukar pendirian dan cara merintah.

Anonymous said...

Tajuk cerita ialah "Ancaman terhadap Islam wajar diperangi".

Asyik main cerita "The Last of the Mohicans" sahaja.

Harus tukar tajuk kepada cerita "Ancaman terhadap Islam UMNO wajar diperangi"

Betul tak?



India Mualaf juga bukan Mamak.

Anonymous said...

"The Last of the Mohicans" tu Lim Guan Eng ke?

Anonymous said...

Ni dia bukti - sekurang kurang nya tanda tanda - Aziz Bari ada kaitan dengan Anwar Al Juburi.

Sila baca berita di http://networkedblogs.com/qAODi.

Orang PKR ke dia?

Semalam Aziz Bari mula turun ke pentas PKR. Dia berceramah di pejabat baru Angkatan Muda Keadilan cabang Gelang Patah, Johor Bharu, seperti yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider.

Anwar juga dilaporkan berceramah di tempat yang sama seperti Aziz.

Awal bulan ini, Menteri Pengajian Tinggi DS Mohamed Khaled Nordin menasihatkan Aziz supaya meletakkan jawatan sebagai ahli akademik jika beliau benar-benar berminat dalam dunia politik.

Rasanya dia tak akan letak jawatan melainkan dikasi safe constituency untuk dia bertanding. Tengok muka dah rasa ini orang degil, pendirian mcm Anwar.

Kena harapkan siasatan Polis siap, dia didakwa diMahkamah dan digantong jawatan. Lebih baik lagi, buang kerja saja, supaya dia tak senang berpolitik dengan gaji jalan kalau gantong jawatan.

Kalau buang kerja, tak ada gaji, biar dia cari kerja dilain tempat, tengok ada masa ke berpolitik. Biar dia saman UIA, sampai 5-10 tahun bahru selesai sampai Mahkamh Rayuan yang tertinggi.

Bukan nak seksakan dia, nak elakkan ancaman terhadap Islam dari dia.

Anonymous said...

2.32pm,

"The Last of the Mohicans" tu Muhyiddin la.

Anonymous said...

Sambut lah Maal Hijrah ker, Maal Pindah ker, Maal Transfer ker atau Maal apa sakali pun .. Umno ngan Pas tak kan boleh bersatu sampai kiamat punya .. selagi ada ulamak yang tanpa sedar menjadi agen yahudi untuk memecah belahkan orang melayu.

Yahudi tahu. Ultra kiasu tahu. Yang anti melayu tahu. Yang anti islam tahu ... Jika :

1. Melayu bersatu .. malaysia akan terus menerus diterajui oleh orang melayu.

2. Melayu bersatu .. malaysia akan terus di terajui oleh orang islam.

Aku sedar dan ramai lagi melayu yang sedar .. tapi adakah Nik Aziz dan para ulamak dalam Pas sedar akan hal ini ??????

Aku tak pakai serban dan jubah macam Nik Aziz dan Hadi Awang .. tapi aku bangga kerana aku tidak menjadi agen yahudi .. aku tak mengkhianati bangsa aku sendiri.

Melayu Baru.

Anonymous said...

Melayu Baru,

Setuju. Sokong.

Aku pun bosan dengan diorang. Sebab pendirian dan tingkah laku diorang, bangsa lain dan penganut agama lain sudah eksploitasi keadaan.

Aku nunggukan timbul pemimpin yang tegas dan berani. Kalau tegas dia berani. Kalau berani dia tegas. Ambik risiko. Takkan hilang majoriti.

Berpatutan lah nak ambik hati yang lain lain. Bertindak betul betul berlunas kan Perlembagaan. Interpretasi kan Perlembagaan berdasarkan apa yang UMNO perjuangkan sejak sebelom Merdeka. Dan apa yang digubal, dilulus Parlimen dalam Perlembagaan itu.

Kalau hilang majoriti dan yang lain lain nampak akan berkuasa pun, aku fikir takkan Melayu biarkan saja. Di Fiji, pendatang jadi majoriti, menang pilihan raya pun tak dapat pegang kuasa. Askar rampas kuasa.

Tak boleh cakap banyak fasal ini, tak mahu dianggap menghasut.

Anonymous said...

Tuan Ridhuan,

(Saya Anonymous 8.06am)

Orang Melayu sedang menunggu Sang Pencerah - yang dilihat tidak memihak.

Sasterawan/Penulis besar, Rahman Shaari dalam kolum beliau 'bicara selasa' Sinar Harian hari ini (29/11/11), walaupun sempat 'menibai' dan 'membedal' parti yang tidak dipihakinya masih berpendapat bahawa Orang Melayu memerlukan kuasa ketiga untuk mengembalikan keyakinan dan keselesaan hidup masyarakat Melayu.

Kumpulan yang menyertai kuasa ketiga itu hendaklah sentiasa bersikap sederhana,tahu mengagak kemungkinan akan berlaku dan penyabar.

Mereka tidak boleh memberikan tentangan antagonistik kepada reaksi PAS mahupun UMNO.

Anonymous said...

Salam

Dr. Ridhuan Tee,

Please debate with Dr Ali Sina re- his wrong opinions on Islam in his website, alisina.org. If you can prove him wrong, he will apologise and close his website
Thank you.

Truth seeker.