Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Sunday, June 27, 2010

Judi hak bukan Islam?

8:44 AM Posted by RIDHUAN TEE 265 comments
Mingguan Malaysia, 27 Jun 2010

Albert Einstein pernah berkata, "God does not play dice with the universe." If God isn't a gambler, are his followers? Kata-kata ini membuatkan saya amat teruja dengan kenyataan mengenai judi yang dikatakan adalah hak orang bukan Islam. Persoalannya, dari sumber manakah fakta tersebut diperolehi? atau kenyataan tersebut sekadar mahu mengambil hati atau menjaga hati orang lain? Kita tidak seharus membuat generalisasi bahawa amalan budaya sesuatu kaum merupakan hak mereka, tanpa merujuk kepada sumber asasi atau berautoriti.

Jika kita tidak rajin membaca, sekurang-kurangnya tanyalah mereka lebih arif serta pakar, seperti pakar perbandingan agama atau sami Buddha, Hindu, paderi Kristian dan sebagainya. Jangan cakap ikut sedap mulut tanpa fakta yang kukuh, takut nanti diketawa orang. Budaya merujuk pakar perlu ada dalam melahirkan masyarakat yang maju, berilmu dan mempunyai daya intelektual yang tinggi. Sedarlah, kita tidak akan tahu semua perkara. Dengan sebab itu, kita mempunyai pengkhususan bidang masing-masing. Lebih baik bercakap mengikut bidang. Apatah lagi menyentuh sensitiviti agama. Lebih menyedihkan, kadang-kadang yang jahil murakabpun mahu bercakap. Akibatnya, makin banyak cakap, makin terserlah kelemahan. Ini memberikan ruang dan peluang untuk mereka yang ingin mengambil kesempatan menangguh di air keruh, terutama ultra kiasu dan sekutunya.

Sepanjang pengetahuan saya mengkaji perbandingan agama sehinggalah memeluk Islam, tidak ada satupun agama yang menghalalkan judi. Begitu juga dengan perkara-perkara lain yang turut sama tidak dihalalkan seperti arak, zina, pelacuran, pergaulan bebas, seks bebas, jenayah, bunuh diri dan sebagainya. Alangkah hinanya sesuatu agama, jika ada yang berpendapat judi dan perbuatan yang disebutkan itu adalah dibolehkan.

Justeru, tidak hairanlah semua agama mengharamkan judi. Ia dikategorikan sebagai dosa besar dan kerja-kerja syaitan. Sila baca pandangan Kristian dalam 1 Timothy 6:9, Matthew 6:13; 26:41, James 4:3; Matthew 18:6-9. 1 Corinthians 15:33, pandangan Buddha dalam Digha Nikaya, Sigalovada Sutta: The Layman's Code of Discipline, Dighajanu Sutta, Anguttara Nikaya VIII.54, pandangan Hindu dalam Tirukkural, 94: 931-940 (http://www.buddhanet.net/e-learning/ethics_s.htm).

Tidak ketinggalan, amalan judi juga diharamkan dalam agama Yahudi. (http://www.beliefnet.com/News/2003/01/Does-God-Play-Dice.aspx). Istilah-istilah moden yang merujuk kepada judi seperti kasino, loteri, mesin slot, dan judi bola sepak, menurut pengamal-pengamal Kristian adalah haram dan berdosa. Jadi, dimanakah hujah untuk menghalalkannya. Sila layari http://gospelway.com/morality/gambling.php. Saya merasa pelik kenapa kita takut untuk berkata benar. Saya memuji langkah Pemuda UMNO yang begitu tegas menolak tindakan menghalalkan judi. Ini selaras dengan gagasan 1Malaysia.

Namun, jangan pula kita terpengaruh dengan agenda dan propaganda negeri ultra kiasu yang awal-awal lagi membuat gimik mengharamkan judi. Sebenarnya mereka mahu meniru negeri ultra kiasu di selatan Johor, yakni membuka kasino terbesar di Asia sebagai sumber pendapatan. Cuma masa masih tidak mengizinkan. Mereka masih belum mendapat apa yang dicitakan. Jika mereka sudah dapat, saya yakin gaya kepimpinan Umar Abdul Aziz akan dibuang entah ke mana.

Persoalannya, kala agama lain bersependapat dengan kita, kenapa kita pula bertindak melawan arus mahu menghalalkan judi bentuk baru ini? Saya tidak nafikan ada sedikit kebaikan yang dibawa jika ianya dijalankan mengikut lunas undang-undang, sekurang-kurangnya tidak wujud lagi penjudi-penjudi haram.Persoalannya, adakah kita yakin dengan membenarkan operasinya, segala masalah akan dapat diselesaikan?

Pada hemat saya, yang haram tidak boleh disahkan, kerana implikasi haram akan menerbitkan keputusan yang haram juga. Logiknya mudah, bila halal + halal, jawapan halal tidak ragu-ragu lagi. Namun, jika haram + halal, jawapannya masih lagi haram. Jika tidak harampun, ia akan menimbulkan sangsi dan was-was. Apatah lagi jika haram + haram, sudah tentu menjadi lebih haram.

Justeru, oleh kerana tidak ada satupun agama yang membenarkan judi, eloklah kita fikirkan semula bagaimanakah kesannya, jika ianya dibenarkan atau dilesenkan.

Berasaskan pengalaman saya ketika tidak Islam dan pernah berjudi secara haram, judi langsung tidak mendatangkan kebaikan, malahan akan menimbulkan ketagihan walaupun judi itu tidak boleh dimakan, rasa tidak puas hati akan menimbulkan ketagihan. Apatah jika menjadi sumber rezeki, seterusnya menjadi darah daging.

Saya tidak pernah lihat ada taukeh judi yang bankrap atau jatuh miskin disebabkan oleh perniagaan haram ini. Yang jelas, rata-rata masyarakat atau rakyat menjadi mangsa. Sudah tentu ia bercanggah dengan slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Dilihat dari sudut mana sekalipun tidak ada satupun kebaikan hasil perjudian. Menang sekali setelah ratusan kali dan ribuan kali kalah. Judi telah mengakibatkan penderitaan dan reputasi seseorang. Soal mereka masih melakukannya, sehingga menjadi amalan hidup, itu adalah soal individu. Adalah tidak wajar dikaitkan dengan peradaban dan agama mereka sehingga kita sanggup mengatakan bahawa ia merupakan hak mereka, tidak boleh diganggu-gugat.

Kadang kala saya tidak faham kenapa kita begitu cepat melatah dengan membuat kesimpulan? Apa niat dan matlamat kita sebenarnya? Apakah kita pernah membuat kajian kesan judi terhadap kehidupan seseorang? Sebelum memeluk Islam, saya pernah melihat dengan mata kepala saya sendiri bahana judi. Ada yang terpaksa melacurkan isteri kerana kalah berjudi kerana tidak dapat melangsaikan hutang judi. Tidak kurang pula yang membunuh diri. Ada juga yang sanggup menggadaikan harta benda dan tanah pusaka. Bapa saya sehingga ke akhir hayatnya, meninggal dalam keadaan terkilan dengan tindakan anaknya yang sanggup menggadaikan tanah pusaka kerana kalah dalam perjudian.

Justeru, apakah altenatif kepada penjudi-penjudi ini. Pada saya, cukuplah dengan apa yang telah ada. Tidak perlulah ditambah lagi. Jika dapat dikurangkan dan dihapuskan lagi baik kerana tidak ada agama yang menyetujuinya. Jangan mengundang bala, takut-takut nanti dimurkai Tuhan. Tatkala itu, mereka yang mengharamkan judi atau tidak pernah berjudipun akan terpalit sama kerana bala Tuhan tidak mengenal tempat atau orang tertentu sahaja.

Tsunami yang melanda tidak hanya kena pada mereka yang engkar dengan Tuhan, tetapi melibat ramai orang baik yang tidak berdosa, termasuk rumah ibadat seperti surau dan masjid. Janganlah kita anggap, jika bala turun ia hanya akan kena pada mereka yang melakukan maksiat sahaja.
Saya yakin kepimpinan negara kita akan melihat perkara ini dengan serius. Biarlah mereka yang berjudi haram ditangkap polis. Sekurang-kurangnya kita dapat memberikan mereka pengajaran daripada terus berjudi seumur hidup.

Kajian yang dibuat ke atas bandar-bandar utama di Amerika Syarikat seperti Washington, Minnesota, Mississippi, California, Colorado, Connecticut, Las Vegas, Wisconsin dan sebagainya, menunjukkan bahawa apabila pusat judi dibuka, kadar jenayah dalam pelbagai bidang meningkat serta merta sehingga 500 peratus.

Menurut John Curran, kadar jenayah ragut, rogol, rompak, serangan dan bunuh meningkat mendadak apabila kasino dibuka. Statistik Federal Bureau of Investigation (FBI) mempamerkan, kadar jenayah daripada 1000 orang penduduk meningkat daripada 134.3 pada tahun 1978 kepada tahap menakutkan iaitu 450.3 pada tahun 1988. Hujah ini diperkukuhkan lagi oleh kajian Keith Copher, Ketua Penguatkuasaan, Lembaga Pengawasan Judi, Nevada, yang mendedahkan antara 450-500 pekerja ditangkap setahun kerana terlibat dalam aktiviti perjudian haram dalam satu daerah.

Menurut Schaff, Counselor for the Department of Corrections in Wisconsin "In the most desperate phase of compulsive gambling, they will do anything to gamble," "They start stealing money from their spouses, family . . . they'll get money anyhow, anywhere. They'll do forgeries, embezzlements, thefts. It's mostly white-collar crime."

Tidak ketinggalan, judi turut menjejaskan kadar percukaian negara. Menurut Tom Grey, President of National Coalition Against Legalized Gambling, "We have studies that show for every dollar you bring in gambling revenue, you'll lose $1.90 in costs to the taxpayer," he said. It's as simple as ABC, "the addiction, the bankruptcy, the crime and corruption that you already have will just multiply with this expansion." … "If you're not fighting it, it's like cancer and will metastasize and take you over,". Sila rujuk http://www.citizenlink.org/FOSI/gambling/cog/A000002180.cfm

Semua bukti ini menunjukkan bahawa perjudian langsung tidak mendatangkan kebaikan kepada negara, patah lagi kepada individu yang terlibat. Justeru, tunaikan hak semua agama dan hak rakyat untuk mendapatkan kebaikan dan hidup aman damai. Saya yakin ia bertepatan dengan amalan gagasan 1Malaysia. Saya juga yakin masyarakat Islam akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pentadbiran yang ada pada hari ini jika kita bertegas.

Keseriusan ini lebih baik daripada melayan pandangan dan tuntutan pemuda MCA, seperti Ka Siong yang membangkitkan isu pemberhentian penghantaran pelajar-pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) keluar negara bagi lepasan SPM. Beliau mempertikaikan apakah MARA akan mengambil tindakan yang sama. Kita amat faham akan maksud tersurat dan tersirat sebab pelajar-pelajar MARA adalah orang Melayu. Dalam kepala beliau hanya bangsa, bangsa, bangsa, bukan soal negara yang lebih utama. Ultra kiasu sungguh. Lebih baik join sahaja parti ultra kiasu itu, baru senang cerita. Janganlah menjadi duri dalam daging dalam Barisan Nasional. Pernahkah parti-parti komponen Sabah Sarawak bangkit isu ini, walaupun mereka lebih berhak. Jawapannya tidak, kerana mereka memahami inspirasi dan aspirasi sejarah negara.

Apakah universiti tempatan terlalu lekeh untuk menempatkan pelajar-pelajar cemerlang ini? Jika begitulah keadaannya, tidak payahlah bersusah payah meminta kerajaan memberikan tanah dan bantuan untuk mendirikan Universiti Tunku Abdul Rahman, Universiti Terbuka Wawasan dan sebagainya. Lebih baik hijrah universiti ini keluar negara. Kita mahu melihat adalah mereka mampu bertahan atau tidak untuk menjadi universiti yang berkualiti.

Kenyataan ini tidak sepatutnya keluar daripada seorang yang berjawatan dalam barisan kabinet kerajaan. Biarlah yang menyalak itu pemimpin mereka yang kononnya mempunyai moral yang tinggi. Barulah tidak menjadi duri dalam daging. Bertindaklah ada dasar apa yang benar, apa yang salah, bukannya menegakkan benang basah dalam lingkungan etnik yang sempit. Kita tidak akan ke mana-mana.

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Pusat Pengajian Umum dan Bahasa, UPNM merangkap Setiausaha Agung DPIM. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis

265 comments:

«Oldest   ‹Older   1 – 200 of 265   Newer›   Newest»
Nadim said...

Secara peribadi saya bersetuju dengan pendapat saudara Ridhuan. Elok sahaja judi yang sedia ada ini pun kita haramkan pada semua.

Tetapi berkemungkinan agak sukar sekiranya kita mengambil tindakan yang drastik. Mungkin kita perlu mengambil pendekatan yang taktikal serta beransur-ansur dalam kita mahu menghapuskan judi sedia ada ini.

Saya banyak melihat orang Melayu membeli nombor ekor. Walaupun larangan kepada mereka telah dikeluarkan tetapi penguatkuasaannya amat lemah sekali kerana masih ramai yang kita dapat lihat terlibat secara terang terangan.

Saya hendak mengutarakan cadangan seperti berikut untuk kita sama2 fikirkan:

1. Kepada kedai judi nombor ekor yang didapati menjualnya kepada orang Islam dan Melayu, kita denda sekian RMribu2 untuk setiap seorang atau nombor yang mereka jual. Jangan dulu tarik lesen mereka. Dapat jugak menambah pendapatan Negara.

2. Kepada kaki nombor ekor Melayu dan Islam pula, kita denda lah mereka juga. Saya tidak pasti apakah undang2 atau hukuman yang sedia ada sekarang ini. Biar mereka ini takut sedikit. Angan2 hendak untung kita bagi mereka rugi dengan lebih cepat lagi.

3. Kita juga perlu lihat kepada aspek penguatkuasaan dan kaedah bagaimana yang kita gunakan didalam memantau aktiviti tersebut sekarang ini. Mungkin kita perlu letak CCTV disetiap kedai judi untuk kita mengesan kaki nombor ekor Melayu ini dan ianya dipantau oleh Balai Polis yang berhampiran. Kos untuk memasang CCTV ini kita letakkan kepada kedai judi tersebut sebagai syarat untuk mendapat lesen. Jimat sedikit duit Negara.

4. Kita juga perlu mintak kedai judi ubah sistem jualan mereka. Ketika ini, kaki nombor ekor bayar duit sahaja dan mereka akan dapat tiket judi tersebut. Urusannya amat pantas. Kita fikirkan bagaimana hendak melambatkan proses transaksi ini. Saya cadangkan setiap tiket yang dikeluarkan hendaklah beserta dengan nama dan nombor kad pengenalan pembelinya. Wang hadiah kemenangan hanya diberikan kepada nama yang tertera sahaja. Mana tahu ada kaki nombor Melayu ini main pesan2 pada rakan mereka yang bukan Islam pula.

5. Selain daripada itu, kita haramkan juga orang Melayu dan Islam masuk ke dalam tempat Judi lumba kuda. Dapat tangkap sahaja kita akan denda keduanya sama seperti diatas tadi. Kita haramkan juga mereka bekerja sebagai joki dan mungkin lain-lain perkerjaan didalam tempat tersebut. Takkan tak ada pekerjaan ditempat lain yang bersih daripada syubahat ini.

Mungkin dengan kita bersungguh-sungguh dalam melaksanakan penguatkuasaan tersebut, Sedikit demi sedikit orang Melayu Islam akan menjauhkan diri mereka daripada terlibat dengan judi ini.

Kita tak mahu kacau orang bukan Melayu Islam. Biarkanlah mereka menurut kemahuan mereka dahulu. Kalau kita larang nanti, kita balik yang kena macam2. Biarkanlah mereka terjun dengan kemahuan mereka sendiri. Walluahalam.

Nadim said...

Sambungan sedikit..

Mungkin sudah tiba masanya kita kuat kuasakan hukuman kepada penjudi Islam menurut apa yang di suruh oleh Tuhan kita sebagaimana yang dicatat didalam Al Quran.

Kita boleh fikirkan kaedah menurut akal lojik kita didalam menangani permasalahan judi ini tetapi sejauh mana keberkesananya kita tidak tahu lagi.

Saya sangat yakin sekiranya kita ambil jalan agama, ianya suatu yang ada berkat dan rahmat Tuhan. Dan DIA telah menjamin kesejahteraan kepada kita semua sekiranya kita turut dan patuh kepada perintahnya. Kita hanya perlu letakkan keyakinan yang bulat kepadaNYA.

Saya tak tahu dan tak mahir hendak mengulas hukum dan kaedah tersebut kerana saya hanyalah orang awam marhain adanya. Mungkin elok kita serahkan tugas dan tanggungjawab ini kepada bijak pandai agama.

Daripada kita sibuk berpolitik yang seolah2 tiada penghujungnya, marilah kita sama2 tumpukan perhatian dan tenaga dalam merangka gerak kerja dalam menuju objektif bersama yang hendak kita capai.

asyMok_Aambo said...

nice job rid.Tee

Premium Business said...

Samada di ugama lain, judi, zina dan lain lain maksiat dibenarkan atau tidak bukanlah satu tambahan kekuatan yang diperlukan oleh ugama Islam kerana Islam itu cukup sempurna, mencakupi dan tidak wajar dibandingkan dengan ugama2 lebih2 lagi ugama buatan manusia.

Apabila judi itu diharamkan dalam Islam, bererti judi itu memang ujud dan menjadi satu budaya pada sesetengah manusia hingga Islam mengharamkannya atau bermaksud untuk menyatakan dengan tegas judi itu membawa keburukkan yang amat sangat.

Islam mengharamkan judi bukan bermaksud judi itu terhapus kerana bukan semua orang berugama Islam, judi juga tidak terhapus walaupun ugama lain tidak megnizinkannya.

Budaya judi itu akan terus berada di dalam masyarakat dan bagaimanakah Islam mahu tanganinya?
Apakah sekadar cukup untuk dikatakan 'haram' maka dengan sendiri masalah judi itu selesai.
Apakah Islam terlalu sempit untuk tangani masalah perjudian ini?

Unknown said...

haram judi pun hendak dipolitikkan. syabas DR RT..
imaginasi yang begitu baik!

tokgaru said...

Ustaz RT

Syabash. Kena sebiji kawan kita yang buat statement bahawa " Judi Adalah Hak Bukan Islam ". Saya lupa2 ingat siapa orangnya. Tapi rasanya seorang menteri juga di kalangan menteri Umno.

Tak apa lah maafkan lah dia sebab dia tak belajar bab itu. Sebab dia faham hukum islam saja, mungkin dia faham islam saja agama yang minta orang jadi baik, agama lain tak.

Daripada apa yang Ustaz RT tulis, kepada kerjaan (Umno) lain kali kalu nak buat sesuatu yang yang tak elok kepada kehidupan beradab manusia, eloklah kita rujuk kepada semua ketua2 agama. Jadi bila ketua2 agama selain daripada islam kata tidak dibenarkan dalam agama mereka maka kita jangan lah buat. Yang jadi masalah kita hanya rujuk kepada ketua2 politik.

Nak tanya Song dan ultra kiasu yang lain. Betul ke korang semua suka sangat dengan judi ?

Nampaknya bila dah kerjaan tak jadi nak keluarkan lesen judi bola sepak ni maka semakin jauhlah puak ultra kiasu daripada kerjaan. Tak pa Umno biarlah mereka menjauhkan diri daripada kamu, asalkan orang islam jangan lari tinggal kamu
sudah.

Kami yang atas pagar ni, mau melayu dan mau islam. Tapi yang satu lagi tu, nak buang melayu dan nak pakai islam saja. Benci tu tidak la, tapi kekadang di telan mati emak di luah mati bapak. Dalam keadaan tertentu kami telan la juga walau pun pahit, lebih baik lagi daripada mati kebulur.

Unknown said...

Si Pak Menteri Nazri Aziz tu la nak glemer x bertempat, hari tu dia kata Tun Mahathir bapa Rasicst... entah apa2... orang kampung lagi layak jadi menteri kalaau macam tu... lembik-lembik betul menteri Melayu sorang ni... auranya pun saya dah x berkenan... termasuk si KJ sekali...

song said...

tokgaru,

" Nak tanya Song dan ultra kiasu yang lain. Betul ke korang semua suka sangat dengan judi ?"

not your problem and i dont hv to answer you whether we love gambling or not.

bottom line is, people like you are so stupid. even gambling also you all want to politicise.
who cares whether legalise or not.

if i want to gamble, i will gamble. i dont have to answer to anybody. its my money and i decide what i want to do with it. i dont have to ask any ustaz for consent or answer to any religion.

i am not hypocite. i do and say what i feel like doing and saying.

tokgaru said...

Saya tanya sebab, menteri Umno yang nama Nazri yang sangat menyebelahi korang kata "judi adalah hak bukan islam". Boleh jadi korang sudah lobi dia habis2an berkenaan isu judi bola sepak ni, itu pasal la dia cakap macam tu.

Any way, awak punya duit, awak boleh buat apa awak suka, dan saya pun sokong. Cuma jangan awak guna duit awak untuk menyebabkan kesusahan kepada orang lain, itu tidak baik punya orang.

Awak mau berjudi ke atau tak mau berjudi, saya tak ada apa untung atau rugi.

song said...

tokgaru,

between kahwin lari and judi, which is more sinful and irresponsible?

Nadim,

why kedai ekor has to be punished?
is it because the religion has no control over followers or the followers have no self control and discipline and hence the law has to be gazetted around muslim?

Nadim said...

Song,

On the first count, I dont hv to answer you as much as you dont hv to answer to others as well.

Was that sounds rude and arrogant.I leave to others to judge me.

song said...

Nadim,

you dont have to answer me. i did not ask you for answer. i was just asking you to ask yourself. it has no implication on me.

the more laws you imposed on this and that, the more it goes to show the weakness of the muslim. as what you suggested,

"Saya banyak melihat orang Melayu membeli nombor ekor. Walaupun larangan kepada mereka telah dikeluarkan tetapi penguatkuasaannya amat lemah sekali kerana masih ramai yang kita dapat lihat terlibat secara terang terangan. "

you clearly underlined the need to control the muslims gambling desire. hence an obvious scenario of lack of self discipline and control amongst the followers.
so, why drag the non muslim into the picture? dont have to answer me. tepuk dada tanya selera.

song said...

tokgaru,

baguslah kalau macam itu.
dan berkenaan Nazri, lu pergi tanya dia lah. saya tidak tahu samada dia dilobi atau dibeli.
sila lapor ke SPRM jika lu dapat info tentang pemberi dan penerima ataupun ada benda yang conflict of interest.
saya rasa semua orang tentu sokong sama lu.

Kang nasir said...

Tksh perkongsian ini Dr.
tksh juga rakan2 bloger, komen yg baik utk dikongsikan..

pandangan saya sebelum ini di pautan ini.
http://www.facebook.com/kang.nasir#!/photo.php?pid=385885&id=100000120210900

Nadim said...

On the 2nd count, I’ll response to our friend Song here..

“you dont have to answer me. i did not ask you for answer. i was just asking you to ask yourself. it has no implication on me.”

Next time, please watch your language when you up in the air. The language you give to Tok Garu somehow disturbed me. And please be sincere in an open forum, at 4.04 you quote my name and put some question mark there but at 4.51 you change your tone and asking me to ask myself..? I don’t know what to assume such character but I guess you are best fit to be a politician my fren. And if it has no implication on you, why bother mumbling and questioning.

“the more laws you imposed on this and that, the more it goes to show the weakness of the muslim. as what you suggested,’ AND ‘you clearly underlined the need to control the muslims gambling desire. hence an obvious scenario of lack of self discipline and control amongst the followers.’ AND further ‘is it because the religion has no control over followers or the followers have no self control and discipline and hence the law has to be gazetted around muslim?”

Many of the Muslims followers have been already in weak. I am not shame in admitting that fact neither to deny it. What I suggested was a measure that perhaps can be able to curb and prevent their ill desire. In Islam we’ve been thought that prevention is better than cure. If those ‘kaki judi Melayu’ don’t know how to govern themselves, we must make the law to help in governing them. After all, it was other Muslims responsibility to help and to remind their brothers. We don’t want them to be burned in hell and us to be questioned by the Al Mighty later. In the end, they will appreciate the law when they understood and realize their mistakes so as their wife and children’s.

“ why kedai ekor has to be punished?”

It was simple. If now, we have the law prohibit shops selling cigarettes to the under age, why can’t we apply the same concept to kedai ekor..?

“so, why drag the non muslim into the picture? dont have to answer me. tepuk dada tanya selera.”

I didn’t drag non Muslim into the picture. If I remember correctly, I did mentioned that you are free to continue gambling and do what you like. Tepuk your dada and follow your selera lor. We won’t bother. Unlike Muslims, we must tepuk our dada and tanya our Iman and religion.

Premium Business said...

Song, orang Islam dilarang membeli nombor ekor dan kedai nombor ekor dilarang menjual ekor kepada orang Islam - peraturan undang2 cukup jelas untuk dibaca hatta budak darjah enam.

Tidak perlu kucarkacirkan.

Pihak berkuasa ugama lain seperti gereja atau Persatuan Budha walaupun dikatakan ugama2 tersebut juga melarang perjudian tetapi tidak pula mereka meminta kerajaan melarang penganut mereka dikenakan tindakan yang sama seperti orang Islam.

Mereka mungkin merestui? Mereka mungkin berkompromi? Mereka sudah menghalalkan judi sesama mereka? - Saya tidak tahu kemungkinan2 dan kenapa?

Kenapa kedai jual nombor ekor perlu dihukum? Jawapannya ialah kerana parlimen telah meluluskan kuasa tersebut dan telah dipersetujui termasuk ahli parlimen bukan Islam.

Selebihnya, awak tanyalah parlimen?

Awak nak berjudi, teruskan tetapi tidak perlu persoal kenapa ada larangan terhadap orang Islam atau apa2 yang berkaitan tentang Islam, anda tidak diperlukan kerana sikap busuk hati anda. Jagalah diri sendiri dan simpan cermin kecil di dalam poket.

Nadim said...

Saya terjumpa ayat didalam Al Quran yang pada fikiran saya amat relevan dengan tajuk topik kali ini.

' Mereka menanyakan kepadamu (Muhammad) tentang khamar (segala minuman yang memabukkan) dan JUDI. Katakanlah, 'Pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia. Tetapi dosanya lebih besar daripada manfaatnya." Dan mereka menanyakan kepadamu (tentang) apa yang (harus) mereka infaqkan. Katakanlah, "Kelebihan (dari apa yang diperlukan)." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat Nya kepadamu agar kamu memikirkan.' - Al Baqarah (219)

Jelaslah bahawa dilema judi yang kita bincangkan ini lebih banyak membawa keburukan daripada manfaat. Allah SWT telah menerangkan melalui ayat-ayatnya dan kita diminta untuk fikirkan hala tuju mana yang kita hendak ambil.

Tepatlah keputusan yang diambil untuk tidak memberi lesen judi sukan tersebut berasaskan ayat diatas.

Tetapi bagaimana pula dengan judi-judi berlesen yang lainnya pula...?
sama-sama kita fikirkan.

n.ajis said...

song contoh terbaik ultrakiasu. mengaku buddha tapi tidak mahu mengikut ajaran agama. Nah PAS! Lihatlah sendiri hasil dakwah anda. Semua orang tahu kononnya DAP menerima Islam adalah kenyataan politik kosong. DAP hanya memperalatkan PAS demi tujuan politik songsang. Buka mata, minda dan hati. Usah hipokrit. Ultrakiasu hidup berkiblatkan duit. Kepentingan diri sendiri mengatasi kepentingan masyarakat.

song said...

NAJIS and kluangman,

what do you know about my religion?
my religion is only a guideline to become a reasonable person.
my religion doesnt dictate my life like you all.
i have self control and discipline. i dont need strong rules from the religion to govern my day to day life.
i dont have to pray 5times a day so that i can commit more sins such as asking for rasuah or kahwin lari.

song said...

NAJIS,

" Buka mata, minda dan hati. Usah hipokrit. Ultrakiasu hidup berkiblatkan duit. Kepentingan diri sendiri mengatasi kepentingan masyarakat. "

so what have you done for the society so far?
no need to be hypocrite? like kluangman said, take a mirror and look at yourself.
manusia berkiblatkan duit? ask the government officers and traffic police their kiblat is money or religion?
cakap satu, buat dua. inilah people like you, ultra hypocrite.
sini cakap pasal religion, kuat religion. sana kahwin lari, telan wang tabung haji, politik wang, minta protection money, telan wang rakyat sampai berjuta juta, etc lagi.
lu orang punya kiblat apo, sendiri jawablah.
inikah ajaran agama lu orang?

song said...

sini tiap tiap hari ketuk ultra kiasu. tapi masih lagi nak kerja untuk ultra kiasu. depan boss, ok boss sini, ok boss sana. tapi belakang ketuk tak habis habisan.
usahlah susah sangat. kalau begitu teruknya ultra kiasu, kerja sajalah dekat syarikat syarikat bukan ultra kiasu ataupun agensi agensi kerajaan atau bank bank.
habis cerita.
disamping itu juga boleh cari kabel lain, rasuah dan komisyen lagi.
kan bagus.

n.ajis said...

tabiat ultrakiasu - apabila habis hujah, bertindak secara tidak rasional. Persoalan DRT sangat simple ; adakah agama Buddha membenarkan judi, arak dan zina? Kalau ya, katakan ya. Kalau tidak, mengapa ultrakiasu berusaha gigih mempertahankan amalan keji tersebut? Sila jawab.

ataupun ultrakiasu sememangnya manusia tidak beragama.

tokgaru said...

Nadim, Kluangman n others

Tak payah la nak behujah dengan budak Song tu. Buang masa saja. Buat penat menulis jer.

Sebab. Apa pun dia kata dia saja yang betul dan orang lain semua tak betul.

Dan yang paling aku tak suka dia tak mau terima kenyataan. Dia banyak kondem melayu. Tapi kebaikan melayu dia tak pernah hargai dan recognised. Pendedahan aku tentang pertolongan melayu kepada cina baik segi ekonomi mau pun politik sampai hari ni dia tak jawab.

Kalu parti ultra kiasu dapat ambil alih tampok pemerintahan negara daripada Umno ... korang boleh bayangkan la nasib kita.

Kepada melayu yang beriya2 sangat nak kan PR membentuk kerjaan pada PRU 13 ni ... fikir lah masak2 ... sebelum terlambat.

Apa pun. Kepada aku dan mungkin ramai lagi melayu yang tak berparti sedar bahawa parti ultra kiasu itu sedang menggunakan Pas dan PKR untuk merealisasikan impian mereka.

For sure, nik aziz atau hj hadi jangan mimpi lah nak berpeluang jadi PM selepas najib. Anuar mungkin boleh rasa kerusi PM kalau tak dipenjarakan kerana kes liwat si Saiful tu, tapi tak lama ....

tokgaru said...

Nak tanya korang semua...

Ada tengok ke muka depan Berita Harian hari ni 28.6.2010 ? Nisbah 1 : 40. Heii .. menakutkan kalu betul apa yang di dedahkan tu.

Jadi tolong lah ingat2 kan orang disekeliling kita. Jangan syok duk berpolitik sangat sampai terlupa nak mendaftar diri sebagai pemilih.

Tak guna menyalak kalu kita sendiri tak layak mengundi kerana nama tak ada dalam daftar pemilih.

Kalau tak boleh mengundi maknanya kita tak boleh nak menentukan siapa atau parti mana yang kita nak menjadi kerjaan untuk memerintah negara dan menjaga masa depan kita.

n.ajis said...

bekas menteri ultrakiasu dalam selimut, chua soi lek cadang tabung khas hasil judi diwujudkan. saya setuju tetapi bersyarat :- segala perbelanjaan kesan buruk aktiviti perjudian spt yg telah diterangkan oleh DRT hendaklah diambil dari tabung khas tersebut. Dengan ini, baru kita tahu secara keseluruhannya, menggunakan monetary value, sama ada judi bagi untung atau tidak. Cumanya, jikalau perbelanjaan tabung melebihi hasil tabung, jangan minta dari Kerajaan ya!

Chot said...

Penulisan Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sewaktu di CCU;

INILAH barangkali kali pertama saya diberikan liputan meluas berupa pengiktirafan yang agak positif oleh media perdana di sepanjang hampir 40 tahun bergiat dalam politik.

Itu pun setelah saya diganggu dengan serangan jantung pada usia 73 tahun bermula 22 Julai 2004 yang lalu.

Saya pernah diisytiharkan mati melalui SMS yang dibiarkan liar merebak ke angkasa oleh setengah-setengah pihak.

Walau bagaimanapun, rupanya takdir Allah sentiasa mengatasi tadbir khianat yang diatur oleh manusia. Allah huakbar.

Sambil mematuhi proses rawatan seperti yang diatur jadualnya oleh pakar-pakar jantung di Hospital Perdana, Hospital USM, Kubang Kerian dan kini di IJN, fikiran saya masih tidak henti-henti bertanya akan kebaikan tujuan setiap pihak yang selama ini amat kelihatan memusuhi saya.

Datuk Seri Perdana Menteri misalnya pernah menghantar arahan dari Perancis mengarahkan para pakar jantung terbaik dari Kuala Lumpur diterbangkan ke Kota Baru untuk memberikan rawatan terbaik kepada saya.

Chot said...

Rencana tetap di dalam Mingguan Malaysia yang sangat sinis terhadap saya selama ini entahkan bagaimana sedia membuat temu ramah dengan beberapa orang pemimpin UMNO dan menurunkan respon yang cukup bersahabat mengenai saya. Ia berbunyi seperti:

i) “Mursyidul Am PAS itu mempunyai banyak jasa kepada agama, bangsa dan negara.” (Abdul Kadir Sulung, Kubang Kerian, Kelantan).

ii) “Sebagai seorang Muslim, saya berdoa kepada Allah agar mengembalikan kesihatan Nik Aziz supaya beliau dapat terus memimpin ummah. Beliau masih diperlukan ummah.” (Datuk Shafie Daud, Gong Kiat, Kuala Terengganu).

iii) “Saya juga turut berdoa memohon kepada Allah agar Nik Aziz cepat sembuh dan dapat kembali berkhidmat sebagai Menteri Besar Kelantan seperti sedia kala.” (Timbalan Pengarah Jasa, Terengganu, Abdul Hamid Ahmad).

Petikan kata-kata ini boleh disemak dalam Mingguan Malaysia bertarikh 25 Julai 2004.

Ringkasnya, saya baru diberi ruang dan mula dihujani dengan pujian setelah cemas menyabung nyawa. Begitu rupanya nasib manusia pembangkang di Malaysia!

Saya melihat perkembangan ini dalam dua kemungkinan. Satu, dengan berpandangan baik dan satu lagi agak meragui keikhlasan layanan Pihak Berkuasa.

Jika kita berpandangan baik, ia boleh jadi begini. Boleh jadi, saya sememangnya tidak salah dalam menegur pihak kerajaan. Saya memang berhujah.

Semua pendirian dan teguran saya yang dibina berdalilkan al-Quran dan al-Sunnah tidak pernah menyeleweng.

Boleh jadi selama ini UMNO menolak dan mengherdik saya, ada kalanya menyekat, menyembunyi malah memutuskan saya dari berkomunikasi dengan rakyat; bukan sangat kerana dakwah saya yang songsang.

Boleh jadi, hati kecil mereka berkata “ya”, tetapi kerana dendam (baghyan), dengki (hasadan) dan sengaja suka berbuat jahat(‘adwan); mereka terpaksa mengatakan “tidak”.

Oleh sebab itu, tidak hairanlah apabila saya sentiasa diserang di atas apa jua kenyataan yang saya keluarkan.

Semua yang saya kata akan ditafsirkan sebagai tidak kena. Lebih malang apabila saya dinafikan langsung hak untuk berhujah, menjelas dan mempertahankan diri dengan selesa. Jika dikeluarkan sekalipun, keluar ekor hilang kepala. Terbit kepala hilang ekornya!

Chot said...

Saya berani mengatakan bahawa setiap isu yang saya jawab sering ditutup atau diredakan serta merta apabila terlihat mata panah jawapan saya mengenai batang hidung UMNO dan sekutunya.

Boleh jadi juga, UMNO sudah tidak mampu lagi melawan arus pengaruh yang dibawa oleh pemimpin PAS. Mereka terpaksa mengakuinya, suka atau tidak. Dalam keadaan pengaruh PAS yang tidak mati-mati, UMNO sedar bahawa menyekat dan bertindak terlebih dan keterlaluan ke atas PAS boleh memusnahkan UMNO.

Dalam kesempatan saya keuzuran ini, UMNO cuba memakai imej satu parti yang penyayang dan penuh kasihan belas. Mereka tentu sedar bahawa jika saya terus diremehkan, masyarakat Malaysia akan membenci UMNO.

Menyekat pengaruh PAS dalam suasana ini boleh melemaskan mereka. UMNO akan dilihat zalim, tidak logik dan hilang kewarasan jika masih degil menyerang saya atau menyembunyikan saya dari pemberitaan. Menekan saya secara berterusan bererti merosakkan UMNO secara berpanjangan.

Perkataan-perkataan berupa harapan dan penghargaan dari pemimpin UMNO dalam Mingguan Malaysia seperti yang telah saya petik benar-benar membuktikannya.

UMNO sudah tidak mampu menolak.

Jadi, jika saya diiktiraf sebagai seorang yang banyak berjasa, didoakan agar cepat sembuh dan kembali semula menjadi Menteri Besar Kelantan dan Al-Mursyidul Am, maka dapatlah kita lihat dimana letaknya gesaan pemimpin-pemimpin UMNO negeri yang selalu memperlekehkan saya sebelum ini dan selama ini.

Mana satu yang jujur? Mereka jujur mahu saya tinggalkan jawatan kerana kononnya tidak mampu atau kembali mengetuai pemerintahan untuk menyambung kerjaya mulia saya yang cemerlang membuat jasa kepada rakyat seperti yang diiktirafkan sendiri oleh pemimpin UMNO juga. Mana satukah?

Kunjungan YBM Ku Li menziarahi saya misalnya benar-benar mengukuhkan lagi andaian bahawa kehadiran pembangkang cukup penting untuk mengimbangi kuasa dan mengawal penyalahgunaan kuasa Parti UMNO dari berleluasa di dalam kerajaan.

Sebaliknya, jika saya membaca perkembangan layanan terhadap saya dari sudut negatif, ia boleh pula dilihat begini.

Pertama, kenapa baru sekarang menghargai saya? Lambat benarkah untuk menilai sumbangan pemikiran?

Kenapa perlu tunggu setelah saya tenat untuk memuji dan menghargai?

Kenapa tidak dari awal apabila saya meminta UMNO kembali kepada al-Quran dan Hadith?

Chot said...

Alangkah bermenafaatnya negara ini jika menerima saranan PAS untuk kembali kepada petunjuk dan pimpinan dari langit.

Ubah perlembagaan UMNO dan ubah perlembagaan Malaysia.

Letakkan al-Quran dan Hadith secara bertulis mengatasi segala-galanya. Dari situ, kita pun senang untuk berkerjasama.

Saya bimbang, UMNO cuma meniru sikap seorang yang bernama Abdullah bin Ubai. Orang ini pernah membina sebuah masjid yang dinamakan masjid Dhirar. Walaupun membina masjid itu baik tetapi apabila tujuannya tidak baik, maka ia tetap diarah untuk dibakar oleh Rasulullah s.a.w. Di sini, tokoh munafik ini berbuat baik untuk menudung (menutup) kejahatan. Bila di tegur oleh Rasulullah SAW,dia berdalih malah bersumpah(halaf) yang dia sedang mengusahakan kebaikan.

Sebenarnya, dia hanya bermaksud mahu diterima kepimpinannya sedangkan dia masih tetap mahu mengkhianati agama Islam. Kerja ini hampir sama dengan kerja pemimpin UMNO.

UMNO isytihar Malaysia negara Islam tanpa apa-apa perubahan. Nampak mahukan negara di Islamkan.

Tentulah ini sangat baik tetapi, al-Quran dan Hadith tidak mahu diterima. Ini Islam jenis apa? Mahu terap Islamlah dan mahu Islam hadarilah.

Dalam keadaan yang kononnya mahukan Islam itu, kenapa disekat bantuan perkapita kepada semua sekolah SAR?

Lesen arak dan premis judi tak terkawal. Mengeluarkan lesen judi dan kadang-kadang kerajaan sendiri, malah Tabung Haji sendiripun terlibat sama dalam kerja berjudi.

Ini berdosa atau tidak berdosa? Ini jenis kerja mahu majukan Islam atau mahu jahanamkan Islam?

Oleh sebab itu, kita ditimpa bencana demi bencana. Malaysia sudah ada tidak kurang dari sejuta penagih dadah. Khabarnya, 70% hingga 80% adalah terdiri daripada anak-anak orang Islam. Zina. Rogol. Liwat. Anak luar nikah. Sumbang mahram. Ragut. Peras ugut. Bakar. Culik. Bunuh. Macam-macam. Saya tidak terkejut apabila Perdana Menteri sendiri kesal, sedih dan kecewa dengan trend peningkatan kes jenayah di Malaysia. (Berita Minggu, 1 Ogos 2004).

Habis, apa usaha UMNO dalam menangani gejala kerosakan moral menggunakan kaedah iman dan takwa?

Saya sebut tentang pahala dan dosapun boleh menimbulkan kemarahan oleh pemimpin UMNO. Saya di cop memberi rasuah pahalalah!

Dalam hubungan ini, saya menyokong keputusan mesyuarat mufti-mufti yang memutuskan “Konsert Sureheboh” sebagai haram. Itu saya petik berita pada 30 Julai 2004. Hari ini pula saya sudah mula nampak yang ia cuba dikendurkan. Esok, tengoklah nanti apa yang akan terjadi.

Chot said...

Pertimbangan agama akan tunduk dan patah pada lazimnya. Ia akan diatasi oleh Perlembagaan Persekutuan yang memang meletakkan Islam setakat agama rasmi persekutuan.

Islam dari jenis yang tidak bercanggah dengan hawa nafsu dan bukan Islam yang tidak bercanggah dengan al-Quran dengan Hadith.

Islam dari jenis yang bukan memerintah tetapi diperintah. Disuruh duduk, duduk. Disuruh bangun, bangun. Disuruh diam, diam.

Dalam hal terpaksa mengiktiraf saya sebagai ulama yang berjasa, saya masih nampak hajat yang keruh akhbar-akhbar di Malaysia, khususnya yang bertarikh 25 Julai 2004.

Dalam pada penulis Mingguan Malaysia memuji saya, ia cuba pula menghadkan skop kepimpinan saya yang cemerlang dari aspek “ketokguruan” saya sahaja.

Ini pemikiran tidak betul. Inilah cara orang sekular berfikir. Agama itu dikira suku dari pemerintahan dan kerajaan.

Sebenarnya, masa saya bertazkirah, saya seorang tok guru. Berceramah, saya tok guru. Berjemaah, saya tok guru. Saya meninjau kuil dan bercakap-cakap dengan sami Budha, saya tok guru. Mempengerusikan mesyuarat, saya tok guru. Berucap merasmikan Minggu Sains, saya tok guru. Menghadiri mesyuarat majlis Raja-raja, saya tok guru dan berbahas di sidang DUN pun saya tetap tok guru. Hatta, saya sakit ini pun, saya tok guru.

Orang menghargai saya bukan kerana nama saya Nik Abdul Aziz, tetapi kerana tiada pemimpin yang diberi kesempatan memimpin lalu memerintah dan berusaha untuk patuh kepada titah perintah Allah s.a.w.

Demokrasi memberi kuasa kepada ulama untuk berkuasa.

Chot said...

Saya pula tidak mengkhianati kuasa yang rakyat berikan itu. Saya terima amanah Allah untuk memerintah berasaskan kitabullah.

Mana yang boleh saya laksanakan terus, saya laksanakan.

Mana yang disekat oleh UMNO untuk dilaksanakan, maka kami mencari jalan dan ikhtiar.

Untuk makluman setengah orang-orang dalam Utusan Malaysia, masyarakat Malaysia termasuk rakyat Thai yang berada di empat wilayah menghargai saya kerana saya sedang memainkan peranan ini.

Saya lebih banyak menasihat, menegur dan mengkritik dari membangkang UMNO secara membabi buta. Sesyumul Islam, saya menegur dan bergiat dalam semua lapangan walaupun di haling.

Di samping itu, kami buktikan komitmen kami melalui perlaksanaan Islam di Kelantan secara hikmah dan berperingkat-peringkat mengikut kemampuan.

Kami serius walaupun kami dilihat perlahan. Ertinya, disamping saya berkempen dan berdakwah, saya juga beramal dengan Islam dalam tugas-tugas memerintah.

Kami membangun kerajaan yang membangun bersama Islam.

Dalam keadaan saya sakit-sakit dan terlantar di katil ini pun, saya masih enggan berhenti untuk menegur dan menyuarakan kebenaran.

Walaupun saya menjunjung kasih yang tidak terhingga kepada KDYMM Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, KDYMM al-Sultan Kelantan dan Raja Perempuan Kelantan, serta menghargai Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang menunjukkan simpati, Timbalan Perdana Menteri dan isteri, menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri, semua Ketua Jabatan, yang berhormat Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi, YBM Ku Li, Encik Lim Kit Siang, Datin Seri Wan Azizah, Dr Syed Husin Ali, Azmin Ali, Tien Chua, seluruh pempinan pembangkang dan seluruh lapisan rakyat tanpa mengira strata, keturunan, bangsa dan bahasa; namun saya masih tetap beristiqamah dan tidak berganjak untuk menegakkan kebenaran dan keadilan.

Saya tidak akan tutup mulut saya dari menegur mana yang salah kerana inilah jalan yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w.

Ini bukan kerana saya berdegil tetapi saya kuat mempercayai bahawa Malaysia hanya akan selamat jika sedia kembali kepada Allah.

Malaysia tidak akan menjadi Islam hanya dengan permainan istilah.Ia akan hanya berubah dengan ikhtiar dan kesungguhan setiap pemimpin untuk melaksanakan Islam.

Di sini, kita boleh terus berbeda pendapat. Anjurlah majlis untuk bermuzakarah. Insya-Allah, kami akan hadir untuk bekerjasama.

Islam memberi peluang yang seluas-luas untuk berdialog samaada dengan orang Islam atau Non-Islam. Samaada engkau yang benar atau kami yang benar(wa inna au iyya kum),ini semangatnya.

Akan tetapi, Allah S.W.T sangat berpesan kepada kita bahawa “jika kamu berselisih dan berbeda pendapat, kamu hendaklah kembali kepada kitab Allah dan rasulnya”dan bukannya Perlembagaan Negara.

Selagi kita sedia berdialog untuk akhirnya kembali kepada petunjuk langit, saya tidak ada masalah. Jika tidak, dalam terbaring di hujung katil ini pun, saya akan tetap bingkas dan tidak mengalah.

Biar gelung-gelung wayar ini menjadi saksi akan istiqamah seorang pemimpin parti pembangkang yang tetap enggan menyerah!

Menteri Besar Kelantan dan Al-Mursyidul Am PAS.
Wad CCU, Tingkat 1,
Institut Jantung Negara.

1 Ogos 2004.

tokgaru said...

Chot

Titik pertemuan dan perpaduan melayu adalah sesuatu yang sukar menjadi kenyataan.

Sebabnya kerana masing2 puak mengatakan " dia lah yang paling betul " dan " puak yang satu lagi tu tak betul "

Dan kerana fahaman serupa inilah yang menggerunkan kami " melayu yang tak berparti ". Kami boleh terima Umno dan kami boleh pakai Pas. Tapi yang berparti tak seperti kami, yang Umno tak boleh terima Pas, yang Pas sampai kiamat tak setuju dengan Umno.

Ini lah sebenarnya masalah besar yang melanda melayu. Sedangkan puak ultra kiasu, mereka boleh menerima perjuangan antara satu sama lain kerana matlamat mereka adalah " satu ".

Puak ultra kiasu. Destinasi adalah Putra Jaya. Masa untuk berada di Putra Jaya di tetapkan secara muafakat. Cara untuk ke Putra jaya terserah kepada kemampuan dan kepandaian masing2.

Sedangkan kita. Juga nak ke Putra Jaya. Tapi masalah nya cara untuk sampai kesana. Umno kata mai kita pakat naik keretapi supaya kita sampai sana beramai2 dalam satu kumpulan. Pas kata mai kita pakat naik unta beramai2 supaya sepanjang perjalanan nanti bertambah ramai orang boleh joint kumpulan kita. Umno kata cara dia yang baik dan cepat. Pas pula kata cara dia walau pun lambat tapi lebih baik kerana lebih ramai orang dapat ikut serta. Last sekali masing2 bawa haluan sendiri2.

Bukan apanya. Takut Umno sampai tapi tak berapa ramai. Sedangkan Pas terkemut2 di belakang tak sampai2. Tau2 kerusi dalam dewan besar kat Putra Jaya tu dah tiga suku di penuhi oleh orang lain dulu, maka Umno pun menyelit2 duduk di kerusi baris belakang dan tinggal lah tak berapa kerusi untuk rombongan sebelah Pas.

Aku ni orang lama, jadi harap korang semua faham kut cara aku tulis ni.

n.ajis said...

Mentaliti PAS memang sukar diubah. PAS sentiasa memandang diri mereka betul dan Islam milik ekslusif mereka.
Hatta apabila 40 ulama muda menyertai UMNO, mereka memperlekehkan usaha tersebut. Spt biasa, PAS memaki hamun golongan ulama tersebut.
Sebagai Muslim, tidakkah mereka bersyukur ada segolongan ulama cuba mendakwahkan UMNO dari dalam? Tidakkah sepatutnya mereka memberi galakan dan mendoakan ulama muda ini berjaya?
Inilah sikap tok guru (atau lebih patut dipanggil tok garu / tok gari) yang lebih sudu dari kuah. Dalam UMNO ada 3 juta ahli, adakah kesemuanya kafir mengikut takrifan tok guru PAS?
Adakah kesemua ahli UMNO dijamin pasti oleh Allah tidak akan menerima hidayah sehingga PAS beranggapan sia-sia dakwah kepada mereka?
Inilah natijah akibat taksub kepada pemimpin tertentu sehingga akal pengikut PAS menjadi tidak waras.

Anonymous said...

Saya sokong pendapat tokgaru dikomennya 11.08 AM dan berikutnya.

Saya tak mahir agama dan tidak minat hujah-hujah politik agama yang berjela-jela panjangnya.

Saya akan lihat dari jauh sahaja diskusi disini sehingga ada yang saya fikir perlu dan mungkin berfaedah mengeluarkan pendapat. Wassalam.

Chot said...

Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat cakap;

“Orang-orang Melayu perlu diingatkan bahawa keris yang dijulang oleh pemimpin UMNO itu bukannya untuk memperjuangkan Melayu tetapi hanyalah untuk merobek perpaduan kaum dan menikam bangsa sendiri yang tidak sehaluan dengan mereka. Buktinya, Kelantan sebagai negeri yang majoritinya Melayu dinafikan hak untuk mendapatkan royalti minyak daripada buminya sendiri. Projek-projek pembangunan daripada Pusat semuanya diserahkan kepada jabatan mereka sendiri. Semacam kerajaan Kelantan sekarang tidak sah dan pegawai-pegawai tidak berpelajaran, lemah dan korup.”

“Sudah sampai masanya untuk kita lebih serius mewajahkan semula Islam yang telah disolek dengan buruk oleh UMNO. Masyarakat Malaysia perlu disedarkan bahawa Islam bukan milik bangsa Melayu. Bahkan sejarah menyebut kaum Cina dan India terlebih dahulu menerima Islam sebelum bangsa Melayu sendiri di benua masing-masing sebelum bangsa Melayu sendiri menerima Islam kira-kira 500 ratus tahun dahulu.”

Chot said...

Satu perbezaan yang amat ketara di antara PAS berbanding dengan UMNO dari segi semangat perjuangannya.

PAS asas perjuangannya ialah kepada ISLAM. Menjadikan ISLAM sebagai lambang pembangunan agama, Negara dan bangsa.

Pendik kata semua aktiviti social-budaya, politik, pendidikan, ekonomi dan sebagainya menjurus kepada anjuran ISLAM dan Sunnah Nabi s.a.w.

Berbanding dengan UMNO, UMNO mempergunakan ISLAM untuk mengekalkan kuasanya.

UMNO tidak memperdulikan halal-haram, dosa-pahala dalam perjuangannya.

Perjuangan UMNO ialah matlamat menghalalkan cara. Konsep neraka-syurga tiada dalam kamus perjuangan UMNO.

putrarahman said...

"Banyak Orang Gila Judi"
" Bayak orang Gila berjudi"
"Banyak orang gila kerana berjudi"

Saya setuju supaya lesen-lesen judi dalam negara kita ini dihapuskan kerana dah terbukti semua agama melarang penganutnya berjudi. Boleh dikatakan semua yang agama Islam larang, dilarang juga oleh agama lain. Agama Islam itu adalah agama terakhir yang diturunkan oleh Allah kepada umat manusia. Agama islam itu lengkap segala-galanya kerana ianya meenyentuh secara keseluruhan aspek-aspek kehidupan manusia ini. Sebenarnya tidak ada sebab lain lagi bagi manusia untuk memilih agama selain Islam sebagai panduan untuk mereka hidup.

Oleh yang demikian, saya fikir tidak ada masalahnya kerajaan menjalankan pemerintahan berdasarkan ajaran Islam walaupun mempunyai rakyat yang berbilang agama.

Lesen Judi, Lesen Arak itu adalah bukan khusus kepada orang Cina sahaja, tetapi pada saya ianya khusus kepada mereka yang tidak mematuhi ajaran agama mereka. Oleh itu, saya berpendpat kerajaan kita ini bukanlah kerajaan yang melaksanakan pemerintahan berdasarkan tuntutan agama.

Agama adalah panduan hidup ataupun guideline sepertimana kata song. Oleh itu jika pemerintahan tidak berpaksikan agama, bermakna ianya tidak mempunyai guideline ataupun panduan tetapi pada ketika yang sama, kerajaan mahukan rakyatnya mematuhi ajaran agama.

Idris said...

Masalah PAS dan UMNO bukan masalah berapa bilangan masjid yang dibina, bukan berapa bilangan sekolah agama yang dibina, bukan masalah institusi kewangan Islam, bukan masalah berapa buah pusat pengajian tinggi Islam yang dibina, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk membina lapangan terbang, lebuh raya dan lain-lain, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk pendidikan tinggi dan rendah yang dibelanjakan oleh UMNO atau PAS.

Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara.

Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan, mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi pentadbiran dan pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan rasa senang hatinya, UMNO yang menjadi teras kepimpinan Negara, terang-terang menolak hukum ALLAH didalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan, pendidikan dan lain-lain.

Oleh kerana itu, Malaysia yang sejak merdeka, yang dipimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional menghadapi masalah yang tidak terhitung banyaknya. Masalah keselamatan, janayah, rasuah, penyalahgunaan kuasa, rompakan kecil atau besar, rompakan institusi kewangan, rompakan kaum wanita, warga emas dan kecurian disetiap detik berlaku dinegara ini.

Setelah lebih 50 tahun UMNO memerintah, Islam dan kekuatan orang Melayu terhakis. UMNO menghapus “kuasa imuniti Raja-Raja” yang menjadi salah satu kekuatan institusi Islam di Malaysia. UMNO membenarkan “Riddah” atau murtad berleluasa. UMNO juga mengamalkan budaya “Hendonisme” budaya “akhlak bobrok” melalui agensi-agensi penyiarannya.

Isu penyalahgunaan dadah, isu mat rempit, isu pendatang tanpa izin, isu ISA, ini semua berlaku selepas Malaysia dipimpin oleh UMNO. Puncanya ialah tidak menhayati kandungan ‘LA ILAHA ILLA ALLAH’. Oleh itu, jika pemimpin UMNO masih mengaku mempertuhankan ALLAH, menabikan Muhammad S.A.W, kenapa UMNO boleh sembahyang mengikut ajaran Islam, mengapa tidak boleh mengikut Islam dalam memerintah Negara? Adakah UMNO mengambil konsep beriman separuh kitab dan menolak separuh yang lain.

putrarahman said...

Kalau kerajaan terlalu menurut atau membiarkan puak-puak yang tidak mematuhi ajaran agama ( semua agama samada Islam, Budha, Kristian, Hindu dans ebagainya) ni seperti berjudi, minum arak, bersekedudukan tanpa nikah, pengesahan taraf anak luar nikah dan sebagainya, percayalah negara akan menjadi kucar kacir. Ada sesiapa yang berani nafikan.

tokgaru said...

Saudara Zendra

Nampaknya kawan kita si Chot ni adalah pengikut Pas " berkarat hijau "

Tak siapa dapat mengubah pendiriannya. Umno sampai mati pun tetap tak elok buat dia. Tapi kita yang tak berparti ni lain .. kita mau kedua2nya bersatu supaya melayu bersatu untuk pertahankan negara ini daripada jatuh ke tangan orang lain.

Chot dengan Song tak banyak beza. Maka dengan itu biar lah dia dengan dunia dia dan biarkan dia terus memasang angan2 mat jenin yang tak berpijak pada bumi.

tokgaru said...

Aku nak tanya Chot dan Harun Taib.

Kelantan, Pas perintah. Kedah, Pas perintah. Apa dinegeri2 itu tak ada maksiat kah, tak ada orang berjudi kah, tak ada orang minum arak kah, tak ada orang kena tangkap khalwat kah, tak ada kejadian buang anak kah, tak ada penagih dadah kah dan macam2 kah kah kah lagi ?

Aku bukan nak betelagah dengan korang berdua atau sapa2 saja yang jadi penyokong Pas berkarat hijau. Cuma aku nak minta korang tolong berfikir secara waras dan berpijak pada bumi yang nyata. Jangan berfantasi.

Anonymous said...

Dr. Ridhuan, you kena ejek teruk2 di Malaysiakini.

http://www.malaysiakini.com/news/135740

cucunenekkebayan said...

tak payah layan la Song tu. dia ada agama, mcm kita juga. cuma bagi dia agama hanya pada nama. mulut biadap mcm Song tu sebab makanan dia.

nak cakap kita kahwin lari. haha. sekurang-kurangnya kita kahwin, daripada layan pelacur murah dan skandal seks lengkap dgn video tu lagi teruk.

Song, lu cakap KOSONG!

putrarahman said...

"Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan, mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi pentadbiran dan pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan rasa senang hatinya, UMNO yang menjadi teras kepimpinan Negara, terang-terang menolak hukum ALLAH didalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan, pendidikan dan lain-lain'.

Petikan komen Harun Taib ( Nama serupa dengan Ustaz Harun Taib - DUN Manir).

Saya nak tanya sikit. Sekarang ni PAS telah bergabung dengan DAP,dan PKR membentuk PR. Jika ditakdirkan dalam PRU 13 nanti, PR dapat menjadi pemerintah, adakah semua pentadbiran, kehakiman, perundangan, pendidikan dan lain-lain akan mengikut Islam. Tidak takutkah PAS kepada orang-orang seperti KS, LGE, LKS dan seangkatan dengannya?

Saya sebagai pengundi tidak berparti ingin tahu benar pendirian PAS berhubung perkara ini. Saya menyokong penuh perjuangan mana-mana parti yang mahukan Malaysia ini diperintah secara Islam sepenuhnya.

n.ajis said...

Pengundi atas pagar keliru dengan pendirian PAS. Kami faham tuntutan dan prinsip2 Islam.
Persoalan yang masih kabur dalam minda kami adalah BAGAIMANA Islam yang diwar-warkan oleh PAS akan dilaksanakan?
Di mana BLUEPRINT negara Islam yang akan dibentuk PAS nanti? Bercakap maki hamun orang lain memang mudah, tetapi belum tentu yang banyak maki hamun orang lain ini boleh kota apa yang dikata. Contoh ; PAS mengatakan Kerajaan mengamalkan sistem riba dalam sistem kewangan negara, maka apa alternatif PAS? Berikan blueprint secara detail.
Jangan hanya berdentum kata riba haram tetapi diri sendiri tidak pasti apa yang ingin dilakukan jika memerintah negara. Pemerintahan dinegeri PAS sendiri tidak banyak yang berubah selepas mendapat kuasa. Jangan sampai ibarat meludah ke muka sendiri. Sibuk mencari salah orang lain, kelemahan diri sendiri tutup sebelah mata.
Sejarah membuktikan PAS mengkafirkan orang lain kerana bekerjasama dengan bukan Islam. Hari ini PAS bekerjasama dengan bukan Islam, adakah bermakna PAS mengkafirkan diri sendiri? Selama ini UMNO berdiam diri dikafirkan oleh PAS, sekarang bagaimana pula rasanya dikafirkan oleh diri sendiri. Bagaimana rasanya jika dikatakan Kelantan, Kedah diperintah oleh kafir?
Fikirlah perasaan orang lain sebelum bertindak dan bercakap. Lebih-lebih lagi isu mengkafirkan orang lain. Ini soal aqidah orang lain. Ingat pepatah Melayu, mengata orang dia yang lebih!

Chot said...

Cara governan menurut Islam dengan mudah banyak boleh dirujuk.

Walau bagaimana pun, cuba klik di sini;

http://myais.fsktm.um.edu.my/9589/1/EFEKTIF_GOVERNAN_DAN_PELAKSANAANNYA_DALAM_PENTADBIRAN_ISLAM.pdf

Chot said...

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak tanggapan pemimpin Umno yang mendakwa perjuangan PAS dan Umno adalah serupa.

"Saya tegaskan PAS dan Umno tidak serupa, bahkan dalam contoh orang yang sembahyang sendiri pun Allah swt menyediakan sebuah neraka.

"Mereka sembahyang, tetapi ada yang bersembahyang namun masuk neraka kerana lalai dalam sembahyang. Sesungguhnya orang yang bersembahyang ada (yang masuk) syurga dan (ada yang masuk) neraka, mana serupa," katanya ketika menggulung perbahasan pada persidangan Dun semalam.

Beliau juga merujuk kelakuan bapa saudara Nabi Muhammad saw ketika Perang Badar.

Katanya, bapa saudara baginda datang kepada Nabi dan bertanya kenapa Nabi enggan menerimanya sedangkan dia membantu orang ramai dengan memberi air kepada orang ketika menunai ibadat haji.

Nabi menjawab bahawa adakah perbuatan itu sama dengan beriman, tentunya tidak sama.

"Dan dalam konteks Umno, mereka tidak ada 'aamana' (tidak beriman). Ada Islam sahaja. Mereka menolak Islam, nak dikatakan beriman macam mana.

"Pada zaman Nabi Muhammad saw, seorang sahabat membina masjid, yang disebut Masjid Dhirar. Nabi membina masjid, dia membina masjid juga, tetapi akhirnya masjid itu dibakar. Kenapa dibakar sedangkan itu sama-sama masjid.

"Ini perkara yang tidak ada dalam Umno. Umno menerima Islam tetapi mereka tidak beriman. Iman mesti ada, selain daripada Islam ialah iman," katanya.

Idris said...

Umat Islam kini mengalami keadaan gawat dan genting yang memerlukan tenaga-tenaga penyelamat untuk menangani masalah ini.

Situasi kini yang penuh dengan tipu helah ,sepak terajang dan taktik jahat musuh menghendaki hanya golongan yang benar-benar berwibawa sahaja yang berjaya melawan arus keruntuhan ini. Manakala mereka yang kurang persiapan berkemungkinan akan hanyut dan lari sebelum matlamat suci yang ingin diperjuangkan tercapai.

Autoriti Ulamak yang terhakis adalah antara cabaran yg semakin mencengkam para ulamak pada masa kini.

Cabaran ini sebenarnya sebagai ujian untuk melihat ketahanan para ulamak.Lihatlah firman Allah SWT :

Dan Demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (Wahai orang-orang Yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang Yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang Yang sabar (dalam menjalankan perintah kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu. (Muhammad :31)

Hal ini berlaku dengan perkembangan pelbagai pemikiran moden yang sesat tetapi tetap dianuti dan dipandang tinggi oleh sebahagian umat islam.

Setengah mereka terlalu yakin dengan keupayaan akal mereka sehingga menganggap semua perkara yang tidak diterima akal sebagai tidak relevan dan tidak perlu diambil kira dalam perbahasan dan perbincangan.

Jika pada suatu masa dahulu, pemikiran sebegini hanya kedengaran di luar sana, tetapi pada zaman teknologi moden ini, semua perkara menggunakan pertimbangan akal.

Inilah kemelut yang melanda sebahagian dari ahli pas di era kemenangan ini.

Mereka menganggap akal adalah segalanya, pandangan dari seseorang yang datang dari dewan ulamak hanya sebagai penghalang kepada program yang ingin dibawa,seolah-olah kehadiran ulamak menjadi tukang sanggah dan penentang.

Walhal, mereka lupa bahawa kebijaksanaan yang paling bernilai ialah apabila menggunakan dalil dan iktibar daripada al-qur’an dan sunnah, pengalaman para salaful saleh terdahulu.

Pandangan para ulamak terdahulu adalah lebih utama menjadi rujukan kita dari pandangan para pemikir barat yang tidak bertuhan itu.

Apalah sangat pandangan Socrates, plato dan Aristotle jika nak dibandingkan dengan ijtihad imam Ghazali, imam mawardi, imam Nawawi dan sebagainya.

Hishamuddin said...

Dari dulu lagi, ADUN Guchil Shamsul Ikhwan pernah mengutarakan masalah sosial dan gejala maksiat di Kelantan dalam persidangan DUN sambil mempelecehkan pemerintahan Kerajaan PAS Kelantan kerana gagal menanganinya.

Saya tidak mahu membela pemerintahan Kerajaan PAS Kelantan dengan membuta tuli.

Mana yang perlu diperbaiki dan diperkemaskan perlu dikenal-pasti dan mengambil langkah yang wajar.

Cuma ADUN BN tersebut harus melihat kembali elemen-elemen di dalam partinya sendiri sebelum saja-saja mencari salah orang tanpa berusaha sama-sama membantu menyelesaikan masalah ini secara seikhlasnya.

Shamsul seharusnya melihat elemen-elemen di dalam UMNO sendiri yang banyak menggalakkan maksiat dan gejala sosial di Tanah Air kita. Antaranya:

1. Terlalu banyak program anjuran UMNO yang mengenepikan waktu solat. Solat seolah-oleh perkara enteng. Mereka lupa solat tiang agama dan mampu mencegah maksiat.

2. Bercerita pasal budaya minum arak di kalangan pimpinan UMNO ianya hingga kini sukar dikikis sepenuhnya. Malah di kalangan para menteri yang ada pun masih ada yang kaki minum.

3. Apabila JAWI menahan beberapa anak-anak Melayu (ada yang mengatakan termasuk anak seorang Dato' UMNO) siapa yang riuh menjatuhkan imej JAWI? Apa peranan Sharizat waktu itu dalam melepaskan anak-anak muda yang ditangkap tu?

4. Siapa yang galak menentang "Pencegahan Maksiat" (Moral Policing) -? Bersama puak-puak dalam Sisters-in-Islam ramai pemimpin UMNO yang menyuarakan tentangan mereka terhadap usaha murni mencegah gejala maksiat tahun lepas.

5. Tanya mana-mana pegawai penguatkuasa jabatan agama negeri-negeri kita. Rata-rata dapat bersetuju bahawa memang biasa ada ahli politik UMNO (dari AJK Cawangan, Bahagian hingga ke yang lebih tinggi) yang ditangkap dalam kes-kes maksiat. Kes-kes di mahkamah dan dilaporkan di akhbar pun kerap kita baca.

6. Kalau kita nak masukkan cerita-cerita gosip lagilah banyak yang melibatkan tokoh-tokoh pimpinan UMNO baik yang sekarang mahupun yang lampau termasuk yang dah mati. Masyarakat amat maklum dengan pelbagai skandal yang melibatkan tokoh-tokoh UMNO.

7. Perihal berjudi - sepatut kes-kes yang telah dihebuh dalam akhbar tidak perlu disebut. Tetapi bagi yang sudah lupa saya ingin ingatkan sikit perihal saman terhadap seorang bekas Timbalan Menteri dan seorang bekas Ketua Menteri. Kedua-duanya berjudi ketika menjawat jawatan masing-masing dalam kerajaan mahupun dalam parti.

8. Siapa yang tidak maklum bahawa banyak aktiviti-aktiviti keagamaan di masjid yang tidak diizinkan atau dibatalkan di saat-saat akhir hanya kerana sesetengah personaliti atau badan yang menganjurkan disabitkan dengan parti pembangkang atau mereka/badan yang pernah menyuarakan teguran terhadap UMNO.

9. Lihat sahaja majlis-majlis pesta anjuran UMNO - batas-batas pergaulan langsung tidak dijaga. Malah sesetengahnya melakukan maksiat di depan khalayak ramai.

10. Kita kerap membaca dan menonton berita para pemimpin UMNO yang merasmikan majlis-majlis pesta yang penuh kemaksiatan. Tak perlu disenaraikan pelbagai bentuk pesta itu - mungkin penuh muka surat ini belum tentu habis disenaraikan.

11. Ramai dari kalangan pimpinan UMNO tidak endahkan solat. Solat itu mampu mencegah maksiat. Saya yakin dengan sedikit sebanyak pendidikan agama yang ada dalam diri Shamsul mampu mempersoalkan kegelisahan hatinya apabila melihat budaya tidak endah solat di kalangan rakan-rakannya sendiri dalam parti berleluasa.

12. Saya rasa kalau nak terus menyenaraikan elemen-elemen yang tidak sihat di kalangan ahli UMNO, di kalangan pimpinan UMNO, anjuran UMNO dan sebagainya mungkin bermuka-muka lagi boleh dipersatu-satukan.

Namun kalau setakat senarai ini tidak lagi mampu menyedarkan mereka yang dinodai titik-titik hitam dalam hati mereka dan tidak bersedia membersihkannya , titik-titik hitam itu akan membesar dan mengelapkan hati untuk melihat cahaya kebenaran.

Dengan kegelapan itu maka menjadi sukar untuk bersama dalam mencegah gejala maksiat walaupun ianya berlaku di depan mata sendiri.

n.ajis said...

Ahli PAS, mana BLUEPRINT negara Islam?

Chot said...

Mengenai kerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Nasional (Parti Keadilan Rakyat kemudiannya) untuk membentuk Barisan Alternatif, Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat berkata;

“Strategi sebegini amat penting kerana nilai perjuangan suci kita adalah tidak boleh lagi bersekongkol dengan pihak yang menyuburkan maksiat, lantaran kita telah melihat sendiri kesan politik dan pentadbiran kerajaan BN yang menimbulkan pelbagai kekalutan kepada rakyat dan negara. Berlaku semakin serius gejala maksiat, buang bayi, pembunuhan, rompakan, rasuah, kemelesetan dan sebagainya,”

“Atas alasan inilah, kita mahu menjadi alternatif kepada BN bagi menghadapi pilihanraya umum nanti. Pilihanraya tidak berlaku empat atau lima tahun sekali. Bagi orang yang beragama, pilihanraya berlaku setiap saat antara nafsu ammarah, lawwamah dan mutmainnah,”

“Kita mahu eratkan hubungan dengan DAP dan PKR dan kita mahu rakyat memberikan mandat kepada kita. Justeru itu, kita hendaklah berani menawarkan alternatif ini dan sedia berikrar kepada semua rakyat termasuk Cina, India, Siam dan seumpamanya bahawa kita akan membuang semua unsur-unsur kerosakan yang ada di dalam kerajaan UMNO pada hari ini dan menggantikannya dengan amalan pentadbiran bersifat good governence iaitu berintergeriti, adil, bermoral, cekap, telus dan bertanggungjawab.”

Chot said...

Timbalan Presiden PAS, YB Nasharudin Mat Isa menyarankan agar Pakatan Rakyat di Selangor mempraktikkan empat budaya kerja dalam menjunjung amanah rakyat.

Empat elemen budaya kerja yang disarankan oleh beliau ialah ‘Ubudiyyah, Mas’uliyyah, Mahabbah dan Iltizam.Bagi Mas’uliyyah, setiap tindakan, polisi atau strategi yang dilakukan adalah liabiliti kepada seseorang pemimpin.

Oleh itu rakyat akan sentiasa menilai setiap perlakuan pemimpin dan akan membuat keputusan di dalam pilihanraya sejajar dengan amalan demokrasi.

Bagi elemen ‘Ubudiyyah, kepimpinan bukanlah satu kemuliaan tetapi satu tanggungjawab yang cukup berat.

Oleh itu sifat tawaddhu’ atau merendah diri perlu sentiasa tersemat dalam diri untuk mengelakkan rasa bangga diri sehingga wujud sikap sombong dan bongkak dalam diri.

Bagi Mahabbah pula, setiap pendukung dan pimpinan parti hendaklah sentiasa saling hormat menghormati, bertolak ansur dan berlapang dada.

Walaupun di akui kita tidak dapat menolak adanya perselisihan pendapat, pertikaman lidah dan bersangka buruk sesama sendiri, namun kita mesti berusaha untuk mencari titik persefahaman antara satu sama lain dan bertoleransi dalam hal-hal yang tidak disepakati.

Setiap dasar parti dalam komponen Pakatan Rakyat harus diterima dengan sikap keterbukaan dan sentiasa saling faham memahami.

Manakala bagi Iltizam pula, komitmen untuk mewujudkan sebuah negara yang mengamalkan prinsip keadilan dan ketelusan harus dilipatgandakan.

Setiap program-program parti, kaderisasi, pertambahan pemilih dan kebajikan rakyat wajib dilakukan dengan penuh kesungguhan.

Kita percaya bahawa politik bukan hanya permainan minda tapi ia mesti memberikan sentuhan hati dan jiwa nurani rakyat.

Chot said...

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata bukan menjadi agenda PAS untuk menjatuhkan mana-mana pemimpin Umno/BN secara peribadi sebagaimana yang blogger Kickdefella dedah kepada media.

“Untuk jatuhkan seseorang, bukanlah agenda PAS, tapi nak jatuhkan kerajaan (Umno/BN) jelas menjadi agenda PAS dan mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat,” jelas beliau .

Menurut beliau, Islam yang diperjuangkan oleh PAS umumnya menentang dasar perkauman dan kezaliman yang di bawa oleh parti Umno dan BN.

Maka, sekiranya PAS hanya menentang peribadi Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri, menurut beliau, pengganti Abdullah, Datuk Seri Najib Tun Razak tetap meneruskan agenda parti yang ditinggalkan oleh Abdullah.

“Dalam Islam, kita (PAS) menentang dasar parti pemerintah. Kalau Pak Lah jatuh, yang naik Najib, semacam sahaja kedua-dua mereka sebab dari parti yang sama,” jelasnya.

Disebabkan itu, PAS, menurut beliau, konsisten menggunakan pilihan raya dan sistem demokrasi untuk menggantikan Umno/BN, sejak PAS mula ditubuhkan 1951 lagi.

Tambahnya lagi, konsistensi PAS menyertai pilihan raya yang demokratik inilah yang membezakan politik kepartian PAS dan politik Umno/BN.

“Cara dia (BN) nak jatuhkan kerajaan lain seperti di Perak dan sebagainya, kita kalau nak jatuhkan mereka (BN) dengan cara demokratik,” ujarnya lagi.

Chot said...

PAS tidak akan sekali-kali berkompromi dengan perjuangannya untuk menegakkan negara Islam dan melaksanakan hudud kerana ia sebahagian tuntutan agama, tegas menteri besar Kelantan.

"Mana boleh kompromi, ini ibadat. Bila kita tolak politik Islam, (maksudnya) kita tolak ibadat. Sedangkan Tuhan buat manusia ini untuk beribadat.

"Ibadat bukan bermakna sembahyang sahaja," kata Datuk Nik Aziz Nik Mat, juga mursyidul am PAS, ketika diwawancara Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas pendirian PAS berhubung cita-cita besar parti itu apabila ia secara rasmi bersama Pakatan Rakyat apabila gabungan didaftarkan.

PAS dan DAP sering bergeser berhubung isu negara Islam dan hudud sehingga memaksa DAP meninggalkan Barisan Alternatif pada 2001.

Bagaimanapun kedua-dua parti itu berpayung bawah Pakatan Rakyat bersama PKR selepas kemenangan besar mereka pada pilihan raya umum 2008.

Ditemui di pejabatnya di Kota Bharu, Nik Aziz bagaimanapun positif bahawa perbincangan berterusan berhubung perkara itu antara tiga parti utama tersebut boleh menjernihkan keadaan.

"Islam sebut, bawa mari hujah (kamu). Awak tidak faham, (awak) boleh caci Islam, boleh caci apa saja. Islam beri peluang jawab (dengan) hujah.

"Cuma kalau tidak faham, kita tanya orang lain," katanya.

Diminta mengulas sikap beberapa pemimpin kanan DAP yang agak lantang dengan dua agenda PAS tersebut, seperti pengerusi DAP Karparl Singh, Nik Aziz secara sinis berkata:

"Tidak apa. Karpal Singh ini kira orang tua. Kadang-kadang bila orang kacau kita, kita tengok orang itu. Kadang-kadang kita kata, biarlah. Dia sudah tua, kita hormatlah dia.

"Orang yang bercakap macam itu, sudah tidak ada sekarang, makin kurang. Itu watak lama."

n.ajis said...

KDNK (petunjuk utama indeks pembangunan ekonomi) mengikut negeri, dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan menunjukkan Kelantan ketiga terendah selepas Labuan dan Perlis.
KDNK mencerminkan taraf kualiti hidup rakyat sesebuah negara / negeri.
Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa mundur ke belakang dan menyerahkan urusan dunia kepada bukan Islam?
Tidakkah Islam menuntut supaya manusia sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hidup?
Mengapa Kelantan ditadbir PAS, yang menjadikan Islam asas pentadbiran begitu jauh tercicir dari segi pembangunan ekonomi?
Jawapan streotaip PAS : Ini semua salah Kerajaan Pusat.
Bagaimana dengan jenayah yang tidak kurang hebatnya dijuarai Kelantan? Salah Kerajaan Pusat jugakah? Insiden bakar stadium, tok garu tidak ajar akhlakkah kepada penduduk negeri Islam tersebut?
Kota Bharu antara bandar terkotor di Malaysia. Adakah Islam menggalakkan umatnya hidup dalam kekotoran dan kekurangan serba serbi?

Chot said...

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan karenah Umno yang tidak pernah ikhlas membantu Kelantan.

Kelantan yang diperintah PAS selama dua dekad, tidak pernah sunyi dengan gangguan dan sabotaj dari Umno yang masih menguasai Kerajaan Persekutuan atas tiket Barisan Nasional.

Rakyat Kelantan kini berada di hampir semua negeri dalam pelbagai sektor termasuklah yang bekerja dengan Kerajaan. Dalam sektor Kerajaan sendiri ramai tenaga pakar kalangan anak-anak Kelantan yang pernah meminta ditukar ke Kelantan untuk membantu negeri itu tetapi mereka diletakan di Putrajaya, yang tidak sokong Kerajaan dihantar ke pedalaman di Sabah Sarawak.

PAS juga kesal kerana selama ini banyak peruntukan dari kerajaan Persekutuan tidak sampai sepenuhnya ke tangan pentadbiran Kerajaan Negeri. Kerajaan Barisan Nasional mewujudkan tol yang bernama "Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)" dimana sebahagian peruntukan Pusat kepada Kelantan diserahkan kepada Jabatan ini dan dana yang dimasukan dalam akaun JPP tidak direkodkan oleh Kerajaan Negeri sebagai hasil negeri. Ini berbeza dengan negeri yang diperintah BN, dimana mereka mendapat jumlah penuh peruntukan dari Pusat.

Dalam kes wang ehsan, Kerajaan Persekutuan juga mengunakan prosedur kewangan yang sama dimana RM 20 juta akan diserahkan kepada JPP Kelantan. Apakah ini bukan satu tindakan yang culas?

Kelantan secara tegasnya menolak wang ehsan kerana yakin mereka berhak menerima wang royalti minyak bernilai lebih RM 2 Bilion. Hak ini juga dinafikan sedangkan wang royalti adalah hasil negeri yang sewajarnya dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kelantan setelah membenarkan Petronas menjalankan carigali minyak di perairan Kelantan. PAS yakin, jika Kelantan menerima wang royalti dan JPP dibubarkan, maka kewangan negeri tidak akan mengalami defisit, malah pembangunan yang lebih rancak dapat diadakan.

Kenapa Umno Kelantan berpakat untuk menafikan hak rakyat ini. Jelas Umno berniat untuk sabotaj ekonomi negeri dimana hasil negeri yang sepatutnya diterima tidak diberikan.

Kelantan sentiasa dimomokan dengan imej negatif hingga menyebabkan pelabur dan pelancong merasa kurang yakin. Kerajaan Persekutuan harus berhenti menganaktirikan Kelantan dan menerima hakikat bahawa negeri ini selesa dibawah pentadbiran PAS sejak dua dekad yang lalu. PAS akan terus memastikan Kelantan dapat dimajukan walaupun Umno-BN tidak akan berhenti mensabotaj negeri ini.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Chot said...

"Jika ingin melihat contoh parti yang gagal melaksanakan tanggungjawab pada rakyat serta bercelaru di Negara ini, ianya adalah parti Umno dan rakan rakan dalam Barisan Nasional (BN)".

Itu antara reaksi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, membalas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mendakwa Kelantan sebagai contoh kegagalan PAS.

"Jika dia (Muhyiddin) kata rujuk Kelantan sebagai contoh kegagalan PAS, saya pula nak kata Umno dan BN contoh parti yang bercelaru serta membawa banyak masaalah," ujarnya kepada media di pejabatnya semalam.

Muhyiddin dalam kempen pilihan raya kecil Bagan Pinang menyeru rakyat mengambil Kelantan sebagai contoh kegagalan PAS membangunkan negeri itu sejak 20 tahun lalu dan sebaliknya menilai rekod kejayaan Barisan Nasional (BN).

Tuan Guru bagaimanapun menafikan kenyataan Muhyiddin itu sambil menyifatkan orang nombor dua pemimpin Negara itu sebagai sengaja ingin 'membutakan mata' bagi menutup kemajuan serta pembangunan pesat Kelantan.

Sambungnya, beliau hanya ingin memberikan jawapan yang sama sebagaimana menjawab tuduhan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed yang turut mendakwa perkara yang sama.

Tambahnya, sekiranya Kelantan mundur serta kuasa membeli rakyat rendah, pelabur tentunya tidak akan melabur lagi di negeri itu.

"Kenapa nak cari nahas kerugian kalau Kelantan mundur,"soalnya.

Menurutnya lagi, kerana Kelantan semakin maju antaranya boleh dilihat pada pasaraya besar sebagaimana yang terdapat di negeri lain seperti Tesco, Giant, Parkson, juga turut terdapat disini disamping pasaraya lain seperti The Store, Pasiffic, Billion, Pantai Timur Hypermarket dan lain lain lagi.

Sambungnya, beliau juga dijangka akan merasmikan sebuah pasaraya baru Nirwana.

Beliau juga turut menambah, kerana kemajuan juga bank yang berteraskan Islam di negeri itu semakin bertambah ekoran kesungguhan kerajaan negeri yang mengutamakan dasar Islam pada pentadbirannya.

"Jika sebelum ini hanya ada Bank Islam, namun kini bank-bank lain juga turut menggunakan kaedah Islam dalam usaha memberi peluang pada masyarakat menggunakannya tanpa riba,"ujarnya lagi._

putrarahman said...

Kebiasaannya inilah amalan para pemimpin PAS dimana mereka suka untuk meluahkan idea-idea dan pendapat-pendapat bersandarkan Al Quran dan Hadis, tetapi diketika yang sama mereka alpa atau lupa atau sengaja tidak menjawab persoalan-persoalan yang ditanya kepada mereka.

Jika sekiranya mereka merasakan bahawa persoalan-persoalan yang ditanya itu tidak penting, maka bagaimanakah mereka hendak menjadi pemerintah yang terpaksa melayani pelbagai persoalan dan karenah rakyat.

Mungkinkah selama ini mereka mendiamkan para pengikut mereka mengemukakan pelbagai persoalan kepada pemimpin mereka dengan cara mengeluarkan pelbagai ayat-ayat Suci dan Al Hadis. Para pengikut mereka pula, bila Tok Guru dah keluarkan Quran dan Hadis kata begitu, maka tak payah tanya apa-apa lagi, semuanya betul. Memanglah Al Quran dan Hadis itu betul ,tetapi pendapat dan idea Tok Guru itu belum tentu betul.

Goalisitho said...

PAS berjuang bukan kerana manusia tetapi kerana Allah.

Pimpinan PAS dilantik adalah melalui syura tertinggi iaitu muktamar.

Serangan mereka terhadap pimpinan yang telah disepakati dipilih dalam muktamar adalah merupakan serangan terhadap PAS itu sendiri.

Apakah pejuang-pejuang Islam dalam PAS sanggup membiarkan pimpinan mereka yang ikhlas itu diserang bertubi-tubi atas nama kebebesan bersuara atau nama apa sahaja?

Apakah ahli-ahli PAS yang garang terhadap UMNO yang menyerang PAS itu terus kaku dan membisu pula terhadap orang lain yang menyerang dan menjatuhkan maruah pimpinan PAS atas dasar setiakawan kononnya?

Jatuhnya pahlawan-pahlawan PAS yang terdiri daripada pimpinan utama PAS, bermakna musuh telah berjaya melumpuhkan pergerakan PAS dalam medan.

Ahli-ahli PAS yang telah ditarbiyyah, jangan menjadikan diri mereka sebagai alat oleh orang-orang tertentu bagi mencapai maksud dunia mereka.

Kita ada matlamat, kita ada uslub perjuangan malah kita ada akhlak dalam perjuangan itu sendiri.

asyMok_Aambo said...

Hanya Insan Belum ada KALIMAH TAUHID Yang Sanggup Menimbulkan Persoalan Berikut:
"Mana BLUEPRINT Negara ISLAM?"

Seharusnya, bagi Seorang MUSLIM sudah Faham tentang Konsep Sebuah Negara ISLAM.

ambo beri Contoh, sesiapa yang belajar Matematik sudah pasti tahu Set dan Subset.


Dalam sebuah negara ISLAM, Set adalah Mencapai Rasuah Sifar.

Dari sini, akan Wujud Beberapa Subset misal kata
1. Rendah diri
2. Syukur
3. Berhati-hati
4. Yakin dan Percaya

Kemudian, dalam Konteks Sebuah Negara ISLAM, Subjek paling Penting adalah IKON Kehidupan.

Ambil contoh Negara ISLAM Madinah, IKON Kehidupan adalah MUHAMMAD SAW;
sebagai Seorang IKON, baginda SAW Hanya Tidur Beralaskan Pelepah Tamar/Kurma.

Hari ini, Penyambung Tugas Junjungan Besar SAW- Ketua Kerajaan Negeri Kelantan Menolak Segala glamour dan Kemewahan; sesuai Menjadi IKON Sebuah Pentadbiran ISLAM.

Bila mana Rasuah Sifar, Sebuah Negara akan Diangkat TINGGI di Mata Dunia malah di Kasihi-NYA.

Negara ISLAM adalah Pentadbiran dan Pemerintahan Tanpa RASUAH.
Niat Tidak lain tidak bukan Membela Kebajikan Segenap Lapisan Makhluk, bukan sahaja Manusia tetapi habitat Haiwan dan ekosistem Alam Ciptaan-NYA.

asyMok_Aambo said...

Betul kata rid.Tee, kalau JAHIL MURAKAB Baik DIAM.
Usah bicara Soal KDNK Kelantan jika Belum Pernah Bermastautin di Kelantan.

asyMok_Aambo said...

Namun, Para MUKMININ MUKMINAT Perlu Sedar Sesedar-sedar nya...
Perjuangan ISLAM tidak Pernah Mudah!

oleh yang demikian, Kita Lihat Menteri Besar Kelantan diUJI dari Segenap Pelusuk Hatta Melibatkan Kaum Kerabat Sendiri.

Inilah JALAN Yang telah DiTentukan Kepada Para Wali ALLAH SWT.


Pemimpin ISLAM Mana Mungkin hanya diBuai KEMEWAHAN Ciptaan dan Tenang tanpa Dugaan dari apa sudut Sekalipun!

Pemimpin ISLAM Tidak Perlu MengWar-war Negara ISLAM Negara ISLAM Negara ISLAM
Pemimpin ISLAM Melaksanakan dengan Kesederhanaan Diri Sendiri.

Penyokong PAS said...

Anda tahukah masyarakat India dan Cina mula beralih kepada PAS.

Mereka telah mula memahami akan perjuangan PAS.

Saya cuba menerokai punca dan sebab kenapa mereka sokong PAS.

Saya ada peluang untuk bertanya demikian atas dasar saya sebagai Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pahang maka di bahu saya dipertanggungjawabkan kerja mendekati mereka ini.

Maka saya ada ruang untuk bertanya sebab musabab kenapa mereka sokong PAS secara terus (direct).

Saya tanya orang India dan saya juga tanya orang Cina.

Nak tau apa jawapan mereka?

Sebenarnya mereka sokong PAS bukan kerana mendengar ceramah daripada pimpinan PAS.

Kalau mereka ada mendengar pun, mereka tak faham bahasa Melayu dengan baik.

Apatah lagi bila pemimpin PAS menggunakan istilah-istilah arab seperti 'muzakarah, mubahalah, Daulah Islamiah, Siasah Syari'iyyah, muqabalah dan sebagainya.

Mereka hanya faham kebaikan PAS dan mereka tak lagi takut pada PAS kerana mereka melihat sendiri pentadbiran PAS di Kelantan dan sekejap (satu penggal di Terengganu).

Mereka melihat bagaimana TGNA dan TGHH melayani mereka dengan penuh adil dan kasih sayang.

Hak mereka sebagai seorang manusia dan rakyat, diberikan atas nama Keadilan Islam.

Dengan sebab itulah mereka terus giat memberi sokongan kepada PAS sehingga tertubuhnya Kelab Penyokong PAS dan kini Dewan Himpunan Penyokong PAS manakala kaum India dan Tionghua dari parti DAP & PKR terus nekad bersama PAS dalam Pakatan Rakyat.

asyMok_Aambo said...

atas nama NYA.

berjuang menempah susah
Menanggung derita Menongkah Fitnah
itulah Gelombang hidup samudera duka
seorang Mujahid membela Tauhid

diPisah dia Berkelana
diBelenggu dia uzlah menagih LILLAH
namun jiwa tetap mara menuju cita
Membara demi ALLAH dan rasul-NYA


BerJuang tak pernah Senang
ombak derita Tiada Henti
tegang Resah Silih berganti
INILAH SUNNAH ORANG BERJUANG

malamnya bagai daíe merintih sayu
diHiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di Rimba
Mencurah keringat meluah tenaga

BERJUANG memang Pahit
Kerana Syurga itu MANIS.
berjuang artinya Terkorban...
Rela Terhina Kerana
KEBENARAN.

innaddeena índallahil ISLAM.

asyMok_Aambo said...

ambo pesan pada diri ambo
juga pada PARA PENCINTA KEBENARAN

Ketahuilah
tiada Istilah "ATAS PAGAR"
even dalam Peperiksaan Konvensional
79.4 adalah B+ sementara 79.5 adalah A-.

Apatah lagi nun di Sana
Hanya ada Syurga atau Neraka.

Dunia adalah Jambatan ke SANA.

Bimbang jika duk "ATAS PAGAR"
Nanti JATUH
nun ke dalam
Lautan Jurang Tak Terduga.


watawakkal álallah

Sonny said...

aiya..
Kalau orang cina nak berjudi, suka hati dia lah..memang itu hak dia orang boleh berjudi, pakai seksi, minum arak, makan babi atau makanan tak halal..
tak perlu bising pasal hal macam ni!!\
Kedai nombor ekor pun buka utk orang bukan islam sahaja, diluar kedai papan tanda ada, tempat tulis nombor ada, dekat counter pun ada papan tanda larang orang islam berjudi..
tetapi kalau ada orang islam buat bodoh babi buta termasuk beli nombor taruhan...Salah siapa???

salah antie or budak perempuan dekat counter kah? boss kedai nombor kah? atau syarikat number tu??
By the way, orang melayu yang beli nombor mesti tak salah...pasal itu semua kedai setan ...
tak ada kedai pun dia orang boleh beli dari kedai underground.

Bukan saja di kedai judi,
macammana kedai "Urut " yg majority customers melayu.
Kedai Pelacur / niteclub.
Jangan tipu sendiri, masalah bukan orang lain tetapi salah sendiri tak dapat control nafsu binatang tu...
Jangan salah orang lain..

mungkin kawan kawan di sini yang amat mulia n alim boleh keluar formula untuk menyelamatkan orang Islam macam ni dari pada maki/marah orang lain..
manusia memang ada suka kasi alasan berjuta-juta untuk menutup mata & telinga sendiri.

Anonymous said...

Saya sokong pendapat putrarahman 5.49 PM. Hal sengaja tidak menjawab persoalan-persoalan yang ditanya kepada mereka itu bukan sahaja dipihak PAS, tetapi juga dipihak DAP, dan juga penganut PKR, saperti Dr Maznah Mohamad yang juga keluar da'ayah PKR berjela jela dipos yang lalu. Yang taraf biasa dan yang berpelajaran tinggi, sama sahaja.

Saya fikir bukan so'al mereka merasakan bahawa apa yang ditanya itu tidak penting, tetapi mereka angkuh, sombong bongkak, mahukan hanya pendapat mereka sahaja keluar. Ini adalah kebiasaan bagi mereka yang condong kapada tabi'at diktator.

Para pengikut mereka bukan sahaja biasanya diam tetapi terpegun bila mendengar ayyat Quran dan sebutan Hadis. Kebanyakannya tidak begitu mahir dalam perkara agama, walau pun diKelantan dimana ada banyak sekolah pondok. Yang diPerak pula ikut baring diatas jalan menghalang laluan kereta Raja Muda Perak ditahun lalu. Parti sekutunya memang biasa berdemonstrasi disana sini, tak kira ada permit atau tidak.

Sebagaimana kata tokgaru kapada saya diatas ini, biar lah mereka dengan "angan2 mat jenin yang tak berpijak pada bumi". Tidak ada faedah coba berdailog dengan mereka jika isu yang kita timbulkan tidak dijawab.

Dr Maznah Mohamad said...

The platform for Malay supremacy, "Ketuanan Melayu", now rings hollow.

No doubt, UMNO can still hammer the line that it is the guardian of the Malay claim for "ownership", or a nationhood based on the "bumiputra" first-among-equals principle.

If this is declared forcefully and frequently, UMNO may still win back some of its wayward Malay constituencies.

While it may be true that the battle-call of "Ketuanan Melayu" may not be reaching its demise yet, the phrase needs to be re-contextualised.

If "Ketuanan Melayu" were to be carried through as the raison d'être of UMNO, it must be justified in credible and rational ways.

Any leadership of a revitalised UMNO must be able to transcend this recourse to feudal myth-making in order to lend relevance to the newer demands of the Malay polity.

There are really many other outlets for seeking fulfilment, salvation or refuge sans the spirit of "Ketuanan Melayu" for the ordinary Malay in the present time.

For instance, PAS as a political party is rightly claiming that it is also serving Malay interests and demands.

Given the present political climate, more Malays are finding PAS a better alternative than UMNO.

For them, PAS' alternative of a return to Islamic fundamentalism, with its unambiguously drawn-out ideal of a just and pious system, seems more attractive.

Due to the limited space for discourse and debate over other political options, Islam is seen to be the only other ideology for the Malay community that can provide the antithesis as well as the antidote to the state of political debauchery towards which UMNO seems to be verging.

The only snag for PAS is that UMNO, by default, may be able to hang-on to its national mandate, because the non-Muslim majority will not countenance the possibility of an Islamic statehood.

In this context, UMNO may survive only because we have a Hobson's choice in voting for a government.

Abdullah Ngah said...

Pada praktis dan realistiknya orang judi adalah amalan zaman berzaman bagi orang bukan Islam.

Jadi bolehlah kita label bahawa judi itu adalah hak orang bukan Islam, lebih lebih lagi halal haram ini tiada kena mengena dengan orang kafir.

Oleh itu judi hak orang bukan Islam tidak harus ada sesiapa yang mempertikaikan atau rasa kecewa dengan leabel judi hak bukan islam.

Zaman jahiliah zina dan arak judi dan tenung nasib adalah amalan orang kafir.

Kita juga tidak harus hairan apabila orang melayu berjudi,kerana mereka adalah Melayu bukan seorang "mukmin".

Atas sebab itu betapa ramai orang Melayu di negara kita setuju judi dilesenkan, malah pihak kerajaan pun melesenkan judi dan arak.

Oleh tiada sebab mengapa mesti marah apabila ada yang kata judi itu hak orang bukan islam. memang pun judi itu sudah jadi amalan turun memurun.

Demikian juga zina.Islam sahaja yang mengharamkan zina.

Dahulu, sekarang ini kita tidak tahu sama ada orang kafir (china) masih jadikan judi ketika menyambut tahun barunya.

Orang china (kafir) pasti marah apabila mereka dilabelkan begitu, termasuk juga hubungan seks bebas diantara mereka.

Tidak patut ada yang jadikan isu apabila ada yang berkata judi hak bukan islam, kerana memang judi itu adalah amalan orang kafir sejak zaman berzaman lagi.

Dosa pahala tiada bagi mereka.

tokgaru said...

Zendra, putrarahman, n.ajis dan lain2.

Tak apa. Kita biar mereka tulis berapa panjang mereka mau.

Saya setuju. Style puak2 ni memang macam tu. Yang kita tanya tak di jawab. Yang kita bangkitkan tak di sangggah.

Mereka sebenarnya syok sendiri seperti mana yang mereka sedang angan2kan.

Parti mereka rela bersahabat baik dengan DAP dari bersahabat dengan Umno kerana DAP lebih memahami islam dibandingkan dengan Umno, dan kerana DAP menyokong perlaksanaan undang2 Hudud sedangkan Umno menentang.

Zendra, putrarahman, n.ajis ...

Korang tak pernah pi sembahyang jumaat dekat masjid negara ke ? aku kebetulan satu hari tu pi solat jumaat dekat masjid negara, terjumpa pulak dengan LKS, LGE dan KS sama2 solat jumaat, duduk barisan hadapan lagi ko. agaknya mereka ada sidang di parlimen kut pada hari tersebut. tapi aku tak nampak pula Najib, Mahyudin dan lain2 menteri Umno.

Memang patutlah kalu Chot and the geng kata Umno tak faham islam.

Lee Ban Chen said...

Saya sangat bersetuju dengan saranan Abdullah Ngah.

Tidak patut ada yang jadikan isu apabila ada yang berkata judi hak bukan islam, kerana memang judi itu adalah amalan orang kafir sejak zaman berzaman lagi.

Mereka yang sengaja menjadikan ia satu isu sebenarnya batu api.

Sengaja mengusik emosi pembaca dengan agenda politik tersirat.

Abdullah Ngah said...

Oleh kerana ada yang percaya dengan orang China dan India (kafir) yang beri sokongan kepada PAS, namun, mengapa orang melayu mudah kena tipu,termasuk para ulamak yang tergoda dengan pelbagai janji dan mudah tertipu, maka saya mengambil kesempatan menulis tajuk baik sangka punca orang melayu asyik kena tipu.termasuk juga PAS yang sudah lama ditipu hingga hari ini masih ditipu lagi.

tulisan saya ada pro dan kontra kerana manusia zaman sekarang sudah terlalu ramai yang ikut jejak langkah Yahudi, sedangkan Allah meminta wahai orang orang beriman jangan kamu ikut dan jadi macam orang Yahudi.

Apabila sudah jadi pengikut yahudi sudah pasti kebaikan Islam dilihat sebagai “batil” keganasan Yahudi dilihat sebagai “baik”.

Hujah dan dalilnya amalan riba telah dijadikan cara hidup. Malah ada yang berkata, Kalau kita tidak mengambilnya nanti orang lain yang dapat dan jadi maju.

Ini dapat kita buat kesimpulan bahawa islam menghalang kemajuan dunia dan ribalah segala galannya sehingga ada yang tergamak berkata, jika kita tk ambil nak niaga pun tak boleh.Inilah jarum yang dicocok oleh Yahudi.

Rasuah yang diharamkan oleh Islam telah dijadikan darah daging orang Islam di seluruh pelusuh dunia sehingga menjadi punca sesebuah Negara itu muflis.

Anda mungkin tidak pernah lupa dengan kata "jangan buruk sangka" dan hendaklah "baik sangka", sedangkan ianya sudah ada rekod terus menerus ditipu.

Inilah punca sebenar orang Melayu Islam mudah kena tipu sehingga Negara milik Melayu sendiri hampir hampir tergadai

Bayangkan jika kita baik sangka dengan orang jahat atau dengan orang kafir dan percaya dengan orang jahat sangat dimurkai oleh Allah

Macam orang Palestin yang sudah 60 puluh tahun kena tipu oleh Yahudi dek percaya bahawa ikat janji dengannya akan wujud kedamaian, sedangkan jelas apabila ikat janji jaminan damai tidak pernah berlaku.

Orang Melayu apa kurangnya. Sehingga hari ini asyik kena tipu. Baik dalam pemerintahan sekalipun.

Kes pelaburan saham termasuk saham internet yang jelas tidak tahu kepala ekornya boleh percaya dan buat pelaburan tanpa sebarang keraguan. Berapa banyak orang Melayu kena tipu. Pada hal pelaburan itu jelas haram dari segi Islam.

Kita tidak tahu mengapa orang Melayu masih pakai dan guna jangan buruk sangka ini atau hendaklah baik sangka sedabgkan sejarah telah membuktikan terkena tipu.

Siapakah yang ajar orang melayu supaya baik sangka dan jangan uruk sangka ini. Sudah tentu ulamak, kerana Islam hari ini menggunapakai pendapat ulamak miskipun ada nas yang sohih.

Inilah ajaran yang membuat orang Melayu Islam asyik kena tipu.

Bayangkan seorang penipu yang datang bertemu dengan kita yang menggunakan kaedah motivasi iaitu bercakap dan bertindak baik pasti baik sangka mengatakan orang itu "baik".

Apabila situasi ini berlaku sudah tentu mudah percaya dan mudah pula kena tipu. Macam Yahudi lakukan pada rakyat palestin dengan perjanjian damai.

Bagaimana boleh percaya dengan yahudi taknatullah itu. Yahudi adalah musuh Allah. Bagaimana mungkin kita boleh percaya dengan musuh Allah.

Demikian juga dengan orang Melayu. bagaimana mungkin kita boleh percaya dengan orang jahat atau orang kafir yang jelas musuh Allah itu.

Rasulullah SAW tidak mengaku penipu sebagai umatnya. Bagaimana kita boleh baik sangka dengan penipu. Atau tidak buruk sangka dengan penipu.Penipu pasti bertindak baik terhadap mangsa. Kalau tidak mana mungkin orang boleh percaya dengan rancagan mereka.

Bagi saya baik sangka atau jangka buruk sangka tidak boleh dijadikan amalan, kerana ada nas mengajar kita jika datang berita dari orang munafik hendaklah kamu selidik.

Hari ini bukan saja berita dari orang munafik kena selidik, malah berita dari ulamak harus diselidik juga kerana ulamak ada yang jahat dan ada yang baik.

Mereka ini dipimpin oleh iblis dan syaitan. Jauh sekali dengan malaikat rahmat.

Iblis dan syaitan yang sememangnya tidak pernah duduk diam untuk mengoda termasuk kena tipu dan terus menerus ditipu hatta ulamak muda yang masuk umno baru baru ini.

tokgaru said...

"Kalau orang cina nak berjudi, suka hati dia lah..memang itu hak dia orang" (Sonny Wong)

Saya setuju. Kepada orang cina yang mana suka berjudi terus kan.

"Kedai nombor ekor pun buka utk orang bukan islam sahaja, diluar kedai papan tanda ada, tempat tulis nombor ada, dekat counter pun ada papan tanda larang orang islam berjudi.." (Sonny Wong)

Saya tak pernah masuk kedai judi. Rasanya papan tanda tu ditulis dalam bahasa melayu, jawi, mandarin, tamil dan english.

Agaknya melayu yang masuk berjudi atau beli nombor ekor tu dia buta huruf kut. Dia cuma kenal nombor jer.

Jadi dalam isu judi ni, saya setuju dengan Sonny Wong. Jangan salahkan kerjaan lah. Sebab kalu Pas jadi kerjaan pun dia kena bagi lesen judi juga, kalu tak bagi cina mungkin tak bagi undi kepada Pas. So BN ke PR ke, pi mai pi mai duk tang tu lah, wal hasil balik asal.

Kena berpijak dibumi yang nyata. Malaysia bukannya melayu 100% atau islam 100%. Kalu mau faham tentang komposisi penduduk barulah kita tak bercakap penuh dengan fantasi yang sukar hendak menjadi realiti.

zaki said...

Abdullah Ngah had shown how Tee has crossed the line again.

Tee has taken advantage on the Malays weakness to be easily provoked by what he had written.

How exactly Abdullah Ngah stated clearly that it so realistic and practical for him to note that the rights to gamble existed long time ago.

In an article, ‘Human Behavior and the Efficiency of the Financial System’ (February 1998) Robert Schiller, the noted financial economist, wrote that “a tendency to gamble, to play games that bring on unnecessary risks, has been found to pervade widely divergent human cultures around the world and appears to be indicative of a basic human trait.”

tokgaru said...

Nak response kpd Abdullah Ngah

Dalam PR, ada DAP, ada PKR dan ada Pas. Tapi Pas ingat dia boleh makan DAP dengan PKR. Kita tak mau komen apa2.

Cuma kita tengok lah kalu PR berjaya nanti. Siapa makan siapa dan siapa yang kena makan.

Awak tau siapa dia LKS, siapa dia KS dan siapa dia LGE. Kita mungkin tau mereka ini luar saja. Tapi Nik Aziz dan Hadi Awang tau mereka ini luar dan dalam, hati dan budi tak sebusuk pemimpin2 Umno kut.

Pada Nik Aziz, mereka bertiga LKS, KS dan LGE lebih boleh dipercayai dibandingkan dengan Najib dan Mahyudin.

anon said...

tokgaru

Kamu nie Tee masquerading as tokgaru ke?

n.ajis said...

Ahli PAS memang hidup dalam fatamorgana, tidak berpijak di bumi yang nyata.
Saya bertanya "di mana BLUEPRINT IN DETAIL negara Islam PAS?", tapi dikafirkan pula oleh ahli PAS tegar di atas (asyok mambo). Inilah attitude PAS, apabila tidak mampu menjawab secara ilmiah, terus sahaja dikafirkan orang lain. Inikah kebaikan PAS yang kononnya diwar-warkan oleh Dr Hamzah Jaafar? Mengapa berlemah-lembut dengan DAP yang belumpun Islam tetapi berkeras dengan segolongan Muslim yang lain, hanya kerana satu persoalan yang ditimbulkan?
Dunia berubah dan keadaan di Malaysia lebih kompleks, dengan kepelbagaian kaum dan agama. Bagaimana bentuk integrasi Islam dan agama lain dalam konteks di Malaysia yang akan dibentangkan PAS nanti?
"Masalah jenayah berleluasa" kata PAS. Apa langkah penyelesaian PAS? Adakah hudud akan dilaksanakan? Bagaimana pula dengan penyebab kepada pelakuan jenayah spt unsur hiburan melampau, zina, arak, judi, rumah urut, DVD lucah? Adakah kelab malam di seluruh negara akan ditutup?
Bagaimana dengan siaran TV?
Adakah akan ditapis agar hanya bahan ilmiah dan bermanfaat sahaja akan dibenarkan untuk siaran?
Bagaimana sistem pendidikan negara di bawah PAS berbeza dengan UMNO?
Sistem perbankan pula bagaimana? Adakah akan diharamkan segala bentuk riba dan keuntungan berlebihan bank-bank? Ah Long diberi lesen?
Ahli PAS pernah buat case study di universiti? Buatlah satu BLUEPRINT negara Islam PAS agar jelas untuk tatapan rakyat Malaysia. BLUEPRINT itu nanti hendaklah praktikal, boleh dipraktiskan bukan sekadar mengharamkan segalanya tetapi tidak pula menyediakan alternatif. Akhir sekali, hentikanlah tabiat mudah mengkafirkan orang lain hanya kerana perbezaan pendapat atau hanya kerana orang itu orang UMNO.

tokgaru said...

Kpd Anon

Tee adalah pemilik blog nie. Dan aku Tokgaru adalah peminat blog nie. Two different personality tau.

Tapi banyak yang Ustaz Tee tulis adalah selari dengan apa yang aku mau. Itu saja.

Cuma satu saja. Aku punya style. Sokong tak membabi buta. Hentam tak semborono. Yang wajar, aku sokong. Yang banyak berfantasi, aku kritik untuk tujuan mengingatkan.

tokgaru said...

Kpd sahabat ku n.ajis

Aku tak pernah miss baca ko punya tulisan. Sebab pendirian ko lebih kurang sama dengan aku. Aku harap ko juga tak berparti.

Aku juga bangkitkan isu2 tapi tak di jawab oleh mereka. Sebab itu aku tak tanya dah apa2 pun kpd puak ni. No point and serve no purpose cause they will drag us to somethings else.

Kalu ko lihat aku banyak guna perkataan " fantasi " terhadap mereka. Memang mereka sedang berfantasi hebat sekarang ni dan bermimpi siang malam bakal duduk di Putra Jaya dengan bantuan DAP dan PKR.

Macam aku kata di awal tadi, kita tunggu dan lihat "siapa makan siapa" dan "siapa yang terkena".

Chot said...
This comment has been removed by the author.
asyMok_Aambo said...

Hanya Insan Belum ada KALIMAH TAUHID Yang Sanggup Menimbulkan Persoalan Berikut:
"Mana BLUEPRINT Negara ISLAM?"

Seharusnya, bagi Seorang MUSLIM sudah Faham tentang Konsep Sebuah Negara ISLAM.

ambo beri Contoh, sesiapa yang belajar Matematik sudah pasti tahu Set dan Subset.


Dalam sebuah negara ISLAM, Set adalah Mencapai Rasuah Sifar.

Dari sini, akan Wujud Beberapa Subset misal kata
1. Rendah diri
2. Syukur
3. Berhati-hati
4. Yakin dan Percaya

Kemudian, dalam Konteks Sebuah Negara ISLAM, Subjek paling Penting adalah IKON Kehidupan.

Ambil contoh Negara ISLAM Madinah, IKON Kehidupan adalah MUHAMMAD SAW;
sebagai Seorang IKON, baginda SAW Hanya Tidur Beralaskan Pelepah Tamar/Kurma.

Hari ini, Penyambung Tugas Junjungan Besar SAW- Ketua Kerajaan Negeri Kelantan Menolak Segala glamour dan Kemewahan; sesuai Menjadi IKON Sebuah Pentadbiran ISLAM.

Bila mana Rasuah Sifar, Sebuah Negara akan Diangkat TINGGI di Mata Dunia malah di Kasihi-NYA.

Negara ISLAM adalah Pentadbiran dan Pemerintahan Tanpa RASUAH.
Niat Tidak lain tidak bukan Membela Kebajikan Segenap Lapisan Makhluk, bukan sahaja Manusia tetapi habitat Haiwan dan ekosistem Alam Ciptaan-NYA.

Chot said...
This comment has been removed by the author.
Chot said...

Bagi menjawab persoalan yang dikemukakan, sila baca penulisan Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat;

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Tuan/Puan bakal-bakal pengundi sekalian,

1) Salam Pendahuluan

Politik ini kerja Nabi-Nabi. Ia ada kena mengena dengan Islam kerana melalui kekuasaan didalam pemerintahan, banyak perkara penting dalam hidup meliputi setiap aktiviti manusia dapat diputuskan melalui kuasa pemerintah.

Ia mencakupi kegiatan untuk menegakkan maaruf dan mencegah kemungkaran.

Ini amat berbeza sekali dengan fahaman politik para pemimpin Umno.

Mereka menyifatkan Islam lain dan politik lain. Ia suku-suku menyebabkan Islam terkurung di surau-surau dan tidak didaulatkan.

2) Islam Agama Sejagat

Islam mengutamakan keselamatan manusia - bukannya Melayu sahaja. Islam mengatur seluruh sistem hidup bagi melindungi keselamatan manusia untuk mencapai kesejahteraan, bermula dari dunia lagi sampai ke dalam lubang kubur dan terus ke akhirat.

Ini jauh berbeza dengan perjuangan orang sekular yang mengambil faham kebangsaan Melayu seperti Umno sebagai dasar perjuangan.

Mereka hanya tahu dan bercakap mahu membawa kebahagiaan setakat dunia.

Itupun, kejayaannya sangat diragukan boleh dicapai oleh rakyat pelbagai kaum di Malaysia. Masalah inflasi, masalah keruntuhan akhlak, masalah rasuah, masalah kroni, masalah ketirisan, masalah jenayah, masalah perpaduan kaum, masalah murtad, masalah bahasa, masalah pencemaran alam, masalah keruntuhan bukit, masalah dadad, HIV dan Aids dan seribu satu macam masalah lagi.

Ini semua merupakan contoh betapa gagalnya pemimpin Umno yang berfahaman kebangsaan ini yang memerintah Malaysia sekarang. Sudahnya di bumi tak jejak, ke langit tak sampai. Menyembah Allah pun tidak, menyembah berhala pun bukan.

3) Nak Jaga Orang Melayu

Kerja nak jaga orang Melayu, PAS pun boleh jaga. Bahkan kaedah PAS menjaga kepentingan orang Melayu lebih logik dan konkrit.

Lihat kerja kami menjaga amanah kuasa dalam kerajaan-kerajaan yang diamanahkan.

Cara kami cukup berbeza dengan Umno yang menggunakan faham kebangsaan.

Umno hanya setakat untuk membahagiakan rakyat sampai ke pintu kubur sahaja. Itu pun jika bahagia?

Chot said...

4) Semangat Kebangsaan

Melalui konsep BN, Umno menyuburkan faham kebangsaan di kalangan bangsa-bangsa dalam gerakan aliran perjuangan bangsa masing-masing.

Atas slogan perpaduan, mereka meniupkan semangat perkauman di atas pentas toleransi dan istilah permuafakatan yang muluk.

Untuk umpan eksploitasi, mereka membiarkan syak wasangka tumbuh subur dalam kehidupan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum ini.

Contoh boleh dilihat melalui isu-isu bahasa, aktiviti keagamaan di masjid dan rumah-rumah ibadat. Isu bahasa kebangsaan di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi yang sama-sama boleh kita saksikan.

Saya yakin yang orang Melayu dan orang bukan Melayu sedang berada dalam kegelisahan. Hari ini pula timbul isu ketuanan Melayu.

Ini semua ada kena mengena dengan politik Umno yang mahu “pecahkan perpaduan” untuk terus memerintah.

Ini “divide and rule” yang selalu saya katakan. Rakyat tertanya-tanya, apa yang sudah terjadi, sedang terjadi dan akan terjadi dengan masa depan perpaduan kita pada masa ini dan akan datang.

Sebaliknya, semangat Islam bertolak dari Adam dan Hawa.

Kita tidak berminat dengan kesedaran bangsa walaupun kita sedar bahawa kita hidup berbangsa-bangsa.

Kita pupuk semangat kebersamaan yang bertolak daripada satu keturunan.

Ini menimbulkan rasa senang dan tenang. Jauh dari perasaan syak dan curiga. Kesedaran ini mencetuskan benih baru.

Ia menimbulkan rasa mesra kerana kita semua adalah bersaudara. Islam memberi peluang kepada semua bangsa untuk bertaqwa dan menjadi orang yang terbaik sama ada Cina, Melayu, India, orang asli atau Benggali.

Sekiranya mereka menerima Islam, maka mereka layak untuk menjadi orang bertaqwa. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Hai manusia (tanpa mengira bangsa), sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

(Surah Al Hujuraat : Ayat 13)

Chot said...

5) Sokongan Terhadap Umno

Semua rakyat boleh perhati bahawa orang Melayu sudah lari daripada perjuangan Umno.

Dalam keadaan orang yang sedang melarikan diri, Umno pula sedang ghairah menggantung pemimpin dan ahli-ahlinya yang sedia ada.

Ada yang hanya kena setahun dan ada yang kena bertahun-tahun.

Ada yang dipecat dan ada yang dikenakan tindakan disiplin, Kes-kes politik wang (rasuah) sudah mencecah angka 1,000 kes.

6) Pembangunan Di Kelantan

Jika Kelantan hendak diambil sebagai contoh, maka seluruh rakyat Malaysia boleh datang dan menyaksikan sendiri segala pembangunan dan projek yang sedang dilaksanakan.

Jemputlah ke Gua Musang, Tok Bali, Kubang Kerian, Kota Bharu, Tanah Merah, Jeli, dan ada di merata-rata tempat di negeri ini.

Ada-ada sahaja pembangunan.

Demikian juga dengan pergerakan aktif rakyat dari pelbagai pelusuk negara yang bertolak dari Kelantan ke Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur ke Kota Bharu baik melalui penerbangan MAS(6 buah pergi balik setiap hari), Airasia(4 buah pergi balik setiap hari) dan Fire Fly(4 buah pergi balik setiap hari).

Itu belum lagi di hitung trip perjalanan harian menggunakan perkhidmatan bas, teksi, coaster, kereta persendirian dan keretapi.

Kami tidak mengatakan kami yang terbaik tetapi kami boleh katakan kami lebih baik.

Kami sedar kami miskin, tetapi kami berjimat cermat kerana Islam menganjurkan supaya kami berjimat cermat.

Kami jaga Hukum Allah S.W.T.

Mana yang boleh kami laksanakan, kami laksanakan.

Mana yang belum boleh kami laksanakan, maka kami usahakan untuk melaksanakannya.

Demikianlah cara kami. Dengan mentaati Allah, Islam menjadi cukup mudah.

Bahkan politik yang paling mudah ialah Islam. Bagaikan Peguam Negara, Nabi Muhammad S,A,W. menterjemahkan segala isi kandungan Al-Quran untuk dilaksanakan.

Kami menggunakan Islam sebagai panduan yang telahpun ada “blue print”nya.

Dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu dan pilihan raya-pilihan raya yang akan datang, mari kita tinggalkan Umno dengan rasuah dan segala penyakitnya. Walau di mana sekalipun, dalam konteks rasuah, Umno selalu menjadi parti yang serba salah.

Diberi salah

Tak diberi kalah

Serba tak kena

Serba salah.

7) Salam Penutup

Jom, kita tinggalkan Umno. Tak payahlah kita berbalah.

Yang kita hendak hanya satu iaitu mengundi PAS dan Pakatan Rakyat.

Menang PAS, menanglah Pakatan Rakyat.

Selamat mengundi. Jom, kita ke Putrajaya !



NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Menteri Besar Kelantan

tokgaru said...

Kpd Chot

Trima kasih. Baru aku faham. Aku tak sedar bahawa selama ni Umno tak buat apa pun tentang islam.

Aku juga mulai sekarang benci dan jijik dengan Umno ni.

Tapi. Aku tengok banyak mesjid banyak surau. Banyak sekolah agama. Banyak pejabat2 agama. Ada pejabat zakat. Ada mahkamah shariah. Ada tabung haji. Ada bank islam. Tiap tahun ada musabaqah. Ada forum perdana kat TV. Ada seruan azan bila masuk waktu kat radio dan tv. Ada siaran sembayang jumaat terus menerus. Tok imam ada gaji. Tok kadi ada gaji. Ustaz ada gaji. Dan banyak lagi lah tentang islam yang aku boleh tengok dengan mata kepala aku.

Kalau bukan kerana usaha dan inisiatif Umno, siapa agaknya ye berada di belakang benda2 yang aku sebut diatas tadi. Entah2 Benjamin Nyetanahu tak ? Boleh jadi juga LKS and the geng ? Nak kata Nik Aziz, jadi PM pun belum lagi.

Aduhai Umno, napa ler ko tipu aku hidup2. Selama ni aku pro ko tau, walau pun aku bukan ahli Umno.

zaki said...

Even Tok Guru Nik Aziz recognised the 'exploitations' as what Tee had all the while been writing about;

Untuk umpan eksploitasi, mereka membiarkan syak wasangka tumbuh subur dalam kehidupan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum ini.

Contoh boleh dilihat melalui isu-isu bahasa, aktiviti keagamaan di masjid dan rumah-rumah ibadat. Isu bahasa kebangsaan di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi yang sama-sama boleh kita saksikan.

Idris said...

Kalau hanya bercakap membina masjid, di United Kingdom ada masjid, di Amerika Syarikat ada masjid, di Cina ada masjid, di Singapore ada masjid, di German pun ada masjid.

Namun pentadbiran Negara mereka juga tidak mengikut ajaran islam.

Oleh kerana itu, status kedudukan pemimpin dinegara barat dan timur yang Sekular, sama dengan kedudukan pemimpin UMNO diMalaysia ini.

Oleh kerena itu, saya rasa amat bertanggungjawab untuk menasihat kepada umat Islam di Malaysia ini, supaya jangan terjebak dengan kenyataan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO.

Masalah PAS dan UMNO bukan masalah berapa bilangan masjid yang dibina, bukan berapa bilangan sekolah agama yang dibina, bukan masalah institusi kewangan Islam, bukan masalah berapa buah pusat pengajian tinggi Islam yang dibina, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk membina lapangan terbang, lebuh raya dan lain-lain, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk pendidikan tinggi dan rendah yang dibelanjakan oleh UMNO atau PAS.

Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza.

PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara.

Chot said...

Tokgaru nampak banyak masjid banyak surau, sekolah agama, pejabat2 agama, pejabat zakat, mahkamah shariah, tabung haji, bank islam, musabaqah, forum perdana kat TV, seruan azan bila masuk waktu kat radio dan tv, siaran sembayang jumaat terus menerus dsb.

Apakah Tokgaru tak terbayang kalau PAS tidak wujud dari dulu lagi, mungkinkah apa yang ternampak hari ini boleh terjadi?

n.ajis said...

tokgaru,
Saya memang tak berparti. kalau ikut tafsiran ahli PAS, saya tidak ke syurga atau neraka. Syurga hanya untuk ahli PAS. Neraka pula untuk ... faham-faham sahajalah. Hebat sungguh ahli PAS. Awal-awal lagi mereka sudah menentukan siapa penghuni neraka & syurga. Bagaimana dengan 40 ulama muda yang menyertai UMNO?
Apapun, yang menentukan syurga dan neraka hanyalah Allah Azza wa Jalla. Ijtihad orang tidak berparti spt saya dan ramai lagi hanyalah untuk melihat kedudukan Islam terpelihara. Meskipun PAS berdentum melaungkan Islam sebagai asas pemerintahan, ia ibarat fatamorgana selagi mereka kekal bersama DAP. Bahkan kita tahu matlamat DAP menjadikan Malaysia sebuah negara sekular republik. Mereka juga tidak mengiktiraf apa yang disebut sebagai moral policing @ al-amru bil makruf wa nahy 'anil mungkar. Dan sekarang kita melihat PAS ditunggangi DAP dan PKR dalam usaha mencapai matlamat tersebut.
UMNO, kita mengakui ada kelemahan dan isu moral tertentu. Tetapi, sekurang-kurangnya Islam dapat bernafas walaupun tidak dipraktikkan secara syumul.
Antara dua pilihan ini, adalah menjadi tanggungjawab insan Muslim memilih yang paling kurang memberi mudarat. Bersama PAS bererti bersama DAP. Bersama DAP bererti menghancurkan asas-asas Islam yang sudah kukuh terbina di negara ini oleh jutaan umat Islam yang tidak fanatik mana-mana parti.

Chot said...

Sudah lupa saranan Tuan Subky?

Sekarang timbul pula isu UMNO kata PAS kata undi PAS masuk syurga.

Pemimpin-pemimpin PAS tidak kata dan tidak akan kata mengundi PAS dijamin syurga. Sama dengan masuk Islam tidak dijamin syurga, maka tiada dijamin syurga sekadar mengundi PAS.

Yang dijamin syurga ialah para nabi, para syuhadak, para sidiqin dan solihan yang antaranya sepuluh sahabat nabi serta para malaikat. Sekadar masuk Islam boleh masuk syurga tetapi tidak terjamin. Tetapi tidak masuk Islam sah tiada tempat di syurga.

Mengundi PAS boleh dapat pahala kalau niatnya kerana Allah, tetapi kalau niat solat, puasa dan zakat tidak kerana Allah, tidak dapat pahala juga.

Sama dengan sahabat yang hijrah kerana Allah dapat pahala hijrah, tetapi yang hijrah kerana perempuan, nescaya dapat perempuan saja.

Begitu juga solat dapat pahala tetapi tidak dijamin syurga, tetapi tidak solat dapat dosa dan sah menempah tempat di neraka.

Oleh kerana politik sebahagian dari hidup dan kehidupan, seperti ikrar dalam doa iftitah: solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah, berpolitiklah kerana Allah.

Berpolitik kerana Allah nescaya dapat pahala. Tetapi tanyalah majlis fatwa, berpahala atau tidak kalau berpolitik bukan kerana Allah?

Berpolitik kerana Allah juga sama seperti solat dan puasa ada syarat sah dan batalnya.

Kalau hukum-hukum yang Allah tentukan tidak dihiraukan, boleh batal poliltik kerana Allah itu.

Memandu bas dengan niat ibadat berpahala. Kalau memandu bas saja-saja, ada yang tidak berdosa tetapi tidak berpahala.

Orang Islam diajar jangan membuat kerja tidak berfaedah. Kerja yang tidak berfedah ialah kerana yang tidak berpahala.

Kalau sesuatu kerja itu ada peluang membuat pahala, mengapa kita harus membuatnya tetapi tidak dapat pahala. Dari bekerja tidak berpahala dan tidak berdosa, baiklah membuat kerja yang sama yang berpahala.

Seorang Tok Guru memberi tahu saya, ‘Ana tak mahu kerja yang tidak berpahala walaupun ia tidak berdosa.'

Atas dasar supaya orang Islam dapat sebanyak pahala, maka dinasihatkan supaya orang-orang politik berfikir tentang konsep pahala dan dosa dalam berpolitik.

Oleh kerana Islam tidak terlepas dari menyebut syurga dan neraka, maka ia terpaksa disebut dari semasa ke semasa supaya orang ingat dan mendapat manfaat. Tetapi manusia tidak menjanjikan syurga. Syurga itu milik Allah. Demikian juga negara adalah miliknya.

Chot said...

PAS dan DAP sering bergeser berhubung isu negara Islam dan hudud sehingga memaksa DAP meninggalkan Barisan Alternatif pada 2001.

Bagaimanapun kedua-dua parti itu berpayung bawah Pakatan Rakyat bersama PKR selepas kemenangan besar mereka pada pilihan raya umum 2008.

Ditemui di pejabatnya di Kota Bharu, Nik Aziz bagaimanapun positif bahawa perbincangan berterusan berhubung perkara itu antara tiga parti utama tersebut boleh menjernihkan keadaan.

"Islam sebut, bawa mari hujah (kamu). Awak tidak faham, (awak) boleh caci Islam, boleh caci apa saja. Islam beri peluang jawab (dengan) hujah.

"Cuma kalau tidak faham, kita tanya orang lain," katanya.

Diminta mengulas sikap beberapa pemimpin kanan DAP yang agak lantang dengan dua agenda PAS tersebut, seperti pengerusi DAP Karparl Singh, Nik Aziz secara sinis berkata:

"Tidak apa. Karpal Singh ini kira orang tua. Kadang-kadang bila orang kacau kita, kita tengok orang itu. Kadang-kadang kita kata, biarlah. Dia sudah tua, kita hormatlah dia.

"Orang yang bercakap macam itu, sudah tidak ada sekarang, makin kurang. Itu watak lama."

tokgaru said...

Kepada Semua Melayu Peminat Blog ini.

Minta tolong baca BH 29.6.2010, muka 1, muka 4 dan muka 6. Pakat2 tolong renung dan fikir, kearah mana kita sudahnya.

Pertanyaan dan saranan saya.

1. Adakah kita menyediakan orang2 kita untuk menghadapi PRU b13 nanti ? Jangan kira dia nak pangkah siapa atau parti mana. Yang penting biar dia mendaftar sebagai pengundi dahulu.

2. Tidak kah kita sedar bahawa puak utra kiasu bersungguh2 untuk menghadapi PRU 13 nanti. Laporan SPR, yang paling aktif mendaftarkan pengundi baru ialah DAP yang mensasarkan pengundi baru kaum cina. Apakah anda masih tak boleh membaca halatuju dan matlamat mereka lagi ?

3. Wahai bangsa ku, get mmoving by now (bergerak lah dari sekarang).

Jangan ambil mudah laporan dari SPR itu. Tanggung jawab ibu bapa memastikan setiap anak yang layak mendaftar, pergi mendaftar. Jika masaalah dengan kad pengenalan, tukar kad pengenalan baru dengan alamat kediaman yang baru supaya kelak dapat mengundi untuk menentukan wakil rakyat bagi kawasan yang sedang kita diami pada masa itu, dan bukan terpaksa balik mengundi di kampong.

Peringatan dari saya.

Jika kita tidak bertindak dari sekarang, saya bimbang PRU 13 adalah merupakan satu tarikh d-day (malang) kepada seluruh melayu tak kira dalam Umno atau Pas atau PKR.

Kerna telah berkali2 saya menulis bahawa andai kata PR menang, melayu akan jadi PM tapi tak lama. Dan saya bukan penganalisis politik dan saya membuat andaian berdasarkan situasi dari semasa ke semasa.

Umno, jangan selesa sangat. Pas, jangan berfantasi sangat.

Chot said...

Mengenai PAS kerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Nasional (Parti Keadilan Rakyat kemudiannya) untuk membentuk Barisan Alternatif, Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat berkata;

“Strategi sebegini amat penting kerana nilai perjuangan suci kita adalah tidak boleh lagi bersekongkol dengan pihak yang menyuburkan maksiat, lantaran kita telah melihat sendiri kesan politik dan pentadbiran kerajaan BN yang menimbulkan pelbagai kekalutan kepada rakyat dan negara. Berlaku semakin serius gejala maksiat, buang bayi, pembunuhan, rompakan, rasuah, kemelesetan dan sebagainya,”

“Atas alasan inilah, kita mahu menjadi alternatif kepada BN bagi menghadapi pilihanraya umum nanti. Pilihanraya tidak berlaku empat atau lima tahun sekali. Bagi orang yang beragama, pilihanraya berlaku setiap saat antara nafsu ammarah, lawwamah dan mutmainnah,”

“Kita mahu eratkan hubungan dengan DAP dan PKR dan kita mahu rakyat memberikan mandat kepada kita. Justeru itu, kita hendaklah berani menawarkan alternatif ini dan sedia berikrar kepada semua rakyat termasuk Cina, India, Siam dan seumpamanya bahawa kita akan membuang semua unsur-unsur kerosakan yang ada di dalam kerajaan UMNO pada hari ini dan menggantikannya dengan amalan pentadbiran bersifat good governence iaitu berintergeriti, adil, bermoral, cekap, telus dan bertanggungjawab.”

song said...

rama2hijau,

" nak cakap kita kahwin lari. haha. sekurang-kurangnya kita kahwin, daripada layan pelacur murah dan skandal seks lengkap dgn video tu lagi teruk."

ya kahwin. tapi tak mampu bayar yuran universiti untuk anak anak. nak minta bantuan kerajaan pula.
kahwin ada wang. tapi yuran tak mampu. haha.. itu petunjuk asli berapa tidak bertanggungjawab orang seperti lu.
kahwin 2,3,4 tapi pelajaran anak semua dibiayai kerajaan.
ataupun ada wang beli kereta tapi pinjaman PTPN tidak mampu bayar.
haha

n.ajis said...

Dear bloggers,
Jgn layan orang di atas. Dia meletakkan akalnya di punggung dan bersikap kebudak-budakan ala ultrakiasu.

song said...

sonny,

" Bukan saja di kedai judi,
macammana kedai "Urut " yg majority customers melayu.
Kedai Pelacur / niteclub.
Jangan tipu sendiri, masalah bukan orang lain tetapi salah sendiri tak dapat control nafsu binatang tu...
Jangan salah orang lain.."

aiyo bro, this one follows the population ratio in this country mah. so they say the 'ultra kiasu' likes to patronise these places, tapi in actual fact they are the majority.

what a bunch of ultra hypocrite.

as i mentioned earlier, cakap satu, tapi buat dua.
but it's the ultra kiasu's fault. they cant hold their nafsu because of the ultra kiasu.
everything is other people's fault. not theirs.
they were ' forced ' to patronise such places. not their wish.

song said...

Najis really lives up to his name. sh*t!

tokgaru said...

Kata Nik Aziz seperti yang ditulis oleh Chot.

"Tidak apa. Karpal Singh ini kira orang tua. Kadang-kadang bila orang kacau kita, kita tengok orang itu. Kadang-kadang kita kata, biarlah. Dia sudah tua, kita hormatlah dia.

"Orang yang bercakap macam itu, sudah tidak ada sekarang, makin kurang. Itu watak lama."

Karpal dah tua. Nik Aziz tu masih muda lagi kah ?

Karpal Singh ni yang saya tau merupakan seorang peguam yang hebat. Tak mudah mengalah. He always meant his bisness. He will fight till the end.

Jadi bila bgtau kita bahawa Karpal Singh mengalah dengan Nik Aziz. Kita rasa nak tergelak sangat.

Begitu juga dengan brother Lim Kit Siang. Projek Tanjung, Tanjung 1, Tanjung 2 dan akhir sekali Tanjung 3 ... boleh dekat dia.

Juga nak bagi tau kita brother Lim Kit Siang pun mudah mengalah dengan Nik Aziz. Lu buat lawak la Chot. Aku walau pun tak suka Lim Kit Siang, tapi aku tabik dengan kegigihan dan kesungguhan dia, dan dia tak akan berhenti selagi tak berjaya.

Semangat Lim Kit Siang patut dicontohi oleh orang melayu, dia buat projek Tanjung dengan berpijak dibumi yang nyata, dia tau Penang cina majoriti, dia tau cina bukan berapa suka sangat dengan BN kerana BN diterajui oleh Umno. Kalau dia ikut kepala Pas maka dia pun akan buat jugalah projek Kedah 1, 2 dan 3 atau Perlis 1, 2 dan 3.

Tapi dia tak berfantasi macam pemimpin Pas, Lim Kit Siang tau apa yang dia boleh berjaya dan apa yang dia pasti tidak akan berjaya.

song said...
This comment has been removed by the author.
song said...

najis & rama2hijau,

prove me wrong on my 12.28pm post.

otherwise stop living in denial.

my parents taught me to emphasize on children's education and family values.
not kahwin after kahwin. not living in denial and push every responsibility to the god.
bila mau kahwin 2,3,4, semuanya takdir tuhan.
sebenarnya bukan takdir tuhan, itu takdir and tentuan nafsu.
bila kena bayar yuran pelajaran tinggi, mintak bantuan kerajaan. itu pun takdir tuhan.

asyMok_Aambo said...

Para Sahabat Sekalian...
Tidak ada Guna nya BLUEPRINT Berjela-jela Panjang; Rakyat Akar-umbi Tidak Faham satu patah pun.

Lebih Menyedihkan, Aspek Pelaksanaan GAGAL. Bagilah nama apa pun- Dasar Ekonomi Baru kah, Model Ekonomi Baru kah, Transformasi kerajaan lah, NKRA lah, bagilah nama apa pun...

Negara ISLAM Mementingkan Agenda Yang Tepat-Padat-Ringkas.

Barulah Rakyat Mudah faham dan Mudah Nak laksanakan.

Bukan hanya BERFANTASI dengan Pelbagai Nama CANGGIH-MANGGIH.

Membuang masa Sahaja.
Pi Mai Pi Mai tang tu Juga.

asyMok_Aambo said...

hayya álassolaati hayya álalfalaah.

n.ajis said...

Hebat sungguh angan-angan ahli PAS. Mudah sungguh menubuhkan negara Islam, semudah PAS mengkafirkan orang lain. Hanya tunggu dan tidak perlu buat apa-apa, negara Islam akan menjelma sekelip mata.
Tidak hairan setelah puluhan tahun Kelantan diperintah PAS, tidak nampak ciri-ciri Islam pada negeri tersebut.
Di pasar Khadijah, wanita membanjiri ruang niaga. Setahu saya, Islam menyuruh kaum lelaki bekerja tetapi yang berlaku sebaliknya.
Dari aspek kebersihan, terasa malu melihat bandaraya Islam yang begitu kotor. Islam versi apakah ini yang menggalakkan kekotoran? Atau mungkin banyak masa digunakan untuk ceramah politik maki hamun orang lain siang dan malam sehingga terleka dan alpa kelemahan diri sendiri.
Mengikut asyok mambo "buang masa tulis berjela-jela". Inikah sikap pejuang Islam? Tidakkah ulama Islam menghabiskan masa mereka menulis dan memperjelaskan Islam melalui pena. Du universiti, jutaan buku ditulis bagi memperjelaskan kajian ilmiah.
Kalau BLUEPRINT yang memperjelaskan rangka negara Islam tidak mampu dihasilkan, apatah lagi mahu melaksanakan Islam dalam sebuah negara. Ini betul-betul angan-angan Mat Jenin atau lebih tepat, angan-angan tok guru.
Sebenarnya, tidak sukar mengetahui siapa yang berfantasi. Lihat sendiri tulisan asyok mambo, penuh dengan "impian menggapai bulan" yang ntah apa-apa.

asyMok_Aambo said...

Para Sahabat Sekalian...
Tidak ada Guna nya BLUEPRINT Berjela-jela Panjang;
Hanya Syok sendiri.
Rakyat Akar-umbi Tidak Faham satu patah pun.

Lebih Menyedihkan, Aspek Pelaksanaan GAGAL. Bagilah nama apa pun- Dasar Ekonomi Baru kah, Model Ekonomi Baru kah, Transformasi kerajaan lah, NKRA lah, bagilah nama apa pun...

Negara ISLAM Mementingkan Agenda Yang Tepat-Padat-Ringkas.

Barulah Rakyat Mudah faham dan Mudah Nak laksanakan.

Bukan hanya BERFANTASI dengan Pelbagai Nama CANGGIH-MANGGIH.

Membuang masa Sahaja.
Pi Mai Pi Mai tang tu Juga.

asyMok_Aambo said...

Jadilah REALISTIK.
Rakyat Marhaen HARI INI Sudah Bosan
dengan Pelbagai Plan!
Rakyat Terbanyak Mahukan PELAKSANAAN!
Atas Kertas, Semuanya Indah-indah.

Rakyat Mahukan PELAKSANAAN!

asyMok_Aambo said...

tanpa kompromi
ambo pesan pada diri ambo
juga pada PARA PENCINTA KEBENARAN

Ketahuilah
tiada Istilah "ATAS PAGAR"
even dalam Peperiksaan Konvensional
79.4 adalah B+ sementara 79.5 adalah A-.

Apatah lagi nun di Sana
Hanya ada Syurga atau Neraka.

Dunia adalah Jambatan ke SANA.

Bimbang jika duk "ATAS PAGAR"
Nanti JATUH
nun ke dalam
Lautan Jurang Tak Terduga.


watawakkal álallah

asyMok_Aambo said...

Negara ISLAM Mementingkan Agenda Yang Tepat-Padat-Ringkas.

Barulah Rakyat Mudah faham dan Mudah Nak laksanakan.

Bukan hanya BERFANTASI dengan Pelbagai Nama CANGGIH-MANGGIH.

Membuang masa Sahaja.
Pi Mai Pi Mai tang tu Juga.

asyMok_Aambo said...

Bukan hanya BERFANTASI dengan Pelbagai Nama CANGGIH-MANGGIH.

Membuang masa Sahaja.
Pi Mai Pi Mai tang tu Juga.

Lebih Menyedihkan, Aspek Pelaksanaan GAGAL. Bagilah nama apa pun- Dasar Ekonomi Baru kah, Model Baru Ekonomi kah, Transformasi kerajaan lah, NKRA lah, bagilah nama apa pun...

tokgaru said...

Kpd n.ajis dan yang sealiran.

Tak apa lah. Nampaknya AsyMok Aambo lebih banyak masa untuk tulis dalam blog ni. Kasi can pada dia, sampai dia jemu sendiri.

asyMok_Aambo said...

tuhan bagi masa sama sahaja kat kita.

asyMok_Aambo said...

perjuangan ISLAM tak perlu jemu.

kalau kalian luangkan masa untuk tazkirah subuh, zuhur, asar n maghrib, pengisiannya adalah SAMA;ingat-memperingati

Benda Baik Perlu di Ulang-ulang;

lakum deenukum waliyadeen.

Chot said...

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mewakili Parti Islam Semalaysia mengucapkan tahniah kepada orang asli yang mengadakan tunjuk perasaan di Putrajaya pada 18 Mac 2010 kerana menuntut hak mereka yang dicabul.

“Penghormatan patut diberikan kepada mereka kerana keberanian dan boleh mengumpulkan seramai dua ribu orang adalah merupakan suatu perkara yang menakjubkan semua pihak. “

“Nampaknya orang asli lebih sensitif dalam mempertahankan hak mereka yang dicabul oleh kerajaaan BN.

Beliau berkata kejayaan orang asli yang mengumpulkan hampir 2 ribu orang ke Putrajaya merupakan satu perkembangan yang baik.

Ini bermakna kesedaran politik yang dilaungkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat selama ini sudah mendasari hingga ke akar umbi, seperti orang asli sudah berani menuntut hak mereka melalui jalanraya.

Kini mereka telah melakarkan sejarah kebangkitan rakyat dan sebagai mercu tanda perubahan politik pada masa akan datang insyaAllah.

Perhimpunan tersebut anjuran bersama Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) dan juga Jaringan Kampung Orang Asli Perak untuk menghantar memorandum kepada Perdana Menteri.

Memorandum tersebut turut menuntut supaya dasar pemberimilikan dimansuhkan dan hak wilayah adat Orang Asli hendalah diwartakan sebagai Rizab Orang Asli.

Turut dikepilkan dalam memorandum berkenaan ialah cadangan pindaan Akta Orang Asli (Akta 134) yang dikemukakan Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia.

Seri Suri said...

Hampir 90 peratus daripada lebih satu juta kakitangan awam adalah orang Melayu yang layak mengundi serta perlu ditambat sokongan mereka.

Tatkala Umno mengalami kemerosotan undi yang sangat ketara pada pilihanraya umum 1999, ramai pemerhati politik meramalkan Umno akan berkubur pada pilihanraya yang seterusnya.

Majoriti pengundi-pengundi Melayu dilihat sudah beralih arah dan mula memihak kepada Parti Islam (PAS) and Parti KeADILan Nasional.

Rasionalnya, kalau orang Melayu sendiri sudah menolak, Umno tidak lagi relevan dan akan berkubur dengan sendirinya.

Begitulah anggapan ramai dalam kehangatan suasana pasca pilihanraya.

Maka pihak pembangkang terutamanya PAS dan KeADILan ketika itu mulalah berangan menduduki Putrajaya pada pilihanraya umum seterusnya.

Namun, sesudah pilihanraya umum 2004 dijalankan, bukan sahaja Umno terus kekal dan tidak berkubur, Umno bangkit menyapu bersih lebih daripada 90 peratus kerusi yang ditandingi.

Dalam situasi itu, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula yang berdepan persoalan hidup dan mati perjuangan politiknya.

Pilihanraya umum Mac 2008 sekali lagi menyaksikan tergugatnya penguasaan Umno dalam kancah politik negara.

Barisan Nasional yang bertunjangkan Umno tumbang di lima buah negeri dan gagal memperoleh majoriti dua-pertiga di parlimen.

Sekali lagi, jangka hayat Umno dipersoalkan dan pakatan pembangkang mula melayan impian kerajaan pusat kini di dalam genggaman.

Hakikatnya, Umno bukanlah parti hingusan.

Umno sudah bertarung dalam medan politik sejak tahun 1950-an.

Maka, sekiranya ada dikalangan penyokong parti-parti pembangkang yang beranggap Umno akan jatuh tersembam dengan mudah pada pilihanraya umum yang akan datang, harap dapat lebih berhati-hati bila membuat ramalan.

Yang mungkin terjadi adalah kemenangan besar BN dan Umno seperti yang berlaku pada 2004.

Kekuatan Umno yang paling ketara adalah jumlah penyokong setianya yang begitu ramai. Dan orang-orang Melayu yang kekal setia pada Umno walau apa jua adalah sebilangan besar orang Melayu yang sudah berumur (50 tahun ke atas) dan daripada kalangan kakitangan kerajaan.

n.ajis said...

its ok, tokgaru. biarlah luncai terjun dengan labu-labunya.
PAS biasanya menafikan mengkafirkan orang lain. Tapi dlm blog ni terbukti jelas sesiapa yang tidak sealiran PAS dikafirkan tanpa pertimbangan. Inilah sikap mu'tazilah yang umat Islam harus berhati-hati dengan mereka. Sikap ini terbentuk akibat "tazkirah" tok guru yang sentiasa menanam kebencian kepada sesiapa yang tidak sealiran dan berbeza pendapat, dan menganggap hanya diri sendiri yang betul, alim dan sempurna. Apabila riak dan takabbur menguasai diri, inilah kesudahannya. Akal tidak lagi mampu menilai kebenaran, sebaliknya hanya kata-kata tok guru diulang-tayang menjadi hujah.

asyMok_Aambo said...

tak baik memFITNAH.

Hujjah versus Hujjah.

PAS tidak Pernah MengKAFIRkan.

PAS, Pendokong PAS dan Ahli PAS adalah Tiga Entiti Berbeza.

Seri Suri said...

Bagi kebanyakan pengundi-pengundi Melayu veteran, Umno sahajalah parti pemerintah, dulu, kini dan selamanya.

Tidak terbayang kemungkinan parti-parti politik lain mampu memerintah negara.

Umno-lah bagi mereka sumber segala-galanya. Tanah, rumah, air, elektrik dan lain-lain semuanya dinikmati kerana Umno.

Jika tidak kerana Umno, nescaya tidak dikecapi segala nikmat dan kesenangan yang ada.
Umno juga dianggap sangat pemurah.

Manakan tidak. Setiap kali tiba musim pilihanraya, ada saja hadiah dan khidmat percuma yang diberikan. Kain batik dan kain pelikat percuma diedarkan, jalan-jalanraya diturap, surau dan masjid dibaik-pulih, sumbangan ‘ikhlas’ dihadiahkan, dan segala permintaan dan rintihan rakyat dilayan dengan penuh prihatin dan kesungguhan.

Bagi kakitangan-kakitangan kerajaan pula, ramai yang sudah selesa dan senang dengan kerajaan Umno dan Barisan Nasional. Gaji, imbuhan dan elaun yang diperoleh agak lumayan.

Pemimpin-pemimpin Umno pula tampak sangat mesra dan murah hati dalam melaksanakan urusan-urusan rasmi kerajaan.

Banyak lawatan-lawatan dan jamuan-jamuan diadakan untuk dinikmati bersama pemimpin-pemimpin politik dan kerajaan.

Walaupun ada keburukan dan kelemahan pada kepimpinan kerajaan, semuanya dianggap lumrah kehidupan.

Maka, kalau kerajaan yang ada sudah cukup membawa keselesaan, mengapa perlu ianya ditukar?

asyMok_Aambo said...

Ber HUJJAH Secara Rasional.
Tiada Yang Betul Tiada Yang Salah.
BerPijak di Bumi Yang Nyata.

asyMok_Aambo said...

usahlah EMOSIONAL sangat.
Stop dulu minum kopi/teh/coklat ke.
Rileks sikit.
Usah tanam Kebencian Pada SOSOK TUBUH.
Ingat kembali kisah Wali ALLAH SWT Hasan al-Basri yang BERI HADIAH Kepada sesiapa yang Caci dirinya.

Cuba demo/anda buka pintu rumah/pejabat/kafe siber/banglo etc. anda/demo tu.
Mana tahu Ada Wali ALLAH SWT Nak Beri HADIAH Pada Awak.

Nak caci Organisasi/pertubuhan...
cacilah selagi ada Tangan, Mulut etc.
Namun USAH HINA SOSOK TUBUH.

innallahaghafuururrahiim.

asyMok_Aambo said...

Contohi Blogger Zaki Samsudin,
berHUJJAH dengan Penuh Yakin.
at the end of the day,
the Best Man WIN!

macam tu baru COOL.

Nadim said...

Saya ini pun orang atas pagar jugak... tak pernah mengundi pun selama ni dek kerana bosan dengan orang Melayu Islam mengata dan berselisih sesama sendiri.

But when come to PRU13 ni, saya nak register jadi pengundi (seperti yg disaran oleh Tok Garu). Siapa wakil Melayu Islam saya akan pangkah samada PAS atau UMNO, tak kisahlah. Janji sediakan wakil Melayu Islam.

Wakil PKR sori byk2 pasal dah jadi mirip DAP. Wakil MCA,MIC, Gerakan dll pun saya mintak maaf lah walaupun atas tiket BN. Saja jer saya bagi undi rosak nanti. DAP..? hmm..they can go and fly kite's.

Rasa2 saya lah, ramai orang Melayu Islam diluar sana yang tidak berparti dan duduk diatas pagar selama ini mahu PAS dan UMNO. Mereka mahu PAS dan UMNO berbaik2 menjadi satu dan memimpin kita semua. Bina balik persefahaman. Betulkan bail mana yang cacat cela. Bertolak ansur dan bersederhana dalam mengambil apa2 tindakan pun. Itu yang kami mahu.

Rasa saya juga, kalaulah PAS bergerak bersendirian, ramai orang Melayu akan pangkah mereka berbanding UMNO. Cuma sekarang ni saya sedikit tak berkenan dengan PAS dalam 3 hal, (1) Kerana berkawan dengan DAP biadap tu. (2) Bila UMNO dah mula nampak merendah diri nak berkawan ditolaknya pula mentah2 pula. (3) Hukum hudud tak berjalan lagi di Kelantan sekian lama tetapi dalam masa yang sama mengambil jalan mudah menghentam dan menyalahkan UMNO tak ada semangat Islam.

Ingatlah, dalam keghairahan hendak mengaut undi bukan Melayu Islam, jangan dilupa kami Melayu Islam yang diatas pagar ni. Kami memerhati. Jangan anda terkejut pula nanti.

Ishh..apa jadi dengan tajuk judi kita ni. Kita dah bahas benda lain pulak ni. :)

Nadim said...

Saya musykil satu hal ni sekian lama dan mohon sesiapa diluar sana boleh bagi jawapannya... Please state the fact and be direct to the point:

Apakah sebabnya Hukum Hudud tak dilaksanakan lagi di Kelantan..?

asyMok_Aambo said...

Blogger Nadim,
Sistem Perundangan ISLAM Memperuntukkan Dua Alternatif
Sama ada Hudud ataupun Takzir.
Hudud ini Luas
Bukan setakat hukuman Mencuri sahaja
Dan untuk melaksanakan Hudud pun bukan Hentam Keromo
Kena ada Sebab atas Sebab
di zaman umar
ada seorang pencuri ditangkap
cukup dengan saksi-saksi
setelah diselidik jelas pencuri tersebut tiada duit kerana tidak dibayar gaji
Lantas umar mencari tuan yang tidak bayar gaji tersebut
INILAH BETAPA INDAH HUDUDULLAH.

asyMok_Aambo said...

Di Malaysia, tidak Perlu diTanya
"Kenapa Hudud tidak diLaksanakan di Kelantan?"
Kalau Nak Bertanya
Tanyalah Begini'
"Kurang Lebih 53 tahun Kerajaan Persekutuan Yang ada sekarang, Tak ada NIAT kah rahman hinggalah najib Hari Ini Untuk Terapkan Undang-Undang Hudud tersebut?"

Ini Kerana Hudud bukan dari PAS.
Setiap Insan Yang Faham KALIMAH TAUHID Patut Ada NIAT Laksana Hudud.

asyMok_Aambo said...

2004, kerajaan abdullah ahmad badawi Menang Besar.
Kalau nak buat Hududullah, kan Best!

Nadim said...

Saudara Asymok,

Saya faham yang demikian, maka itulah sebab saya menyokong ianya dilaksanakan. Apa yang Tuhan kita suruh mestilah ada keindahannya yang mata manusia ni tak nampak. Oleh yang demikian, Hudud atau takzir perlu dilaksanakan...

Soal saya, pada masa ini sudah dijalankan hukum tersebut di Kelantan? jika tidak, kenapa tidak dijalankan lagi?

asyMok_Aambo said...

Yang Hebatnya, Hudud LANGSUNG tak Menyentuh SOSOK Non-MUSLIM tapi Memberi Keuntungan maksima kepada kalian.

ambil contoh, kecurian dan rompakan kurang. Bukan Pak Ali bin Said sahaja Suka, Malah Tuan Chong Sip Seng dan Tuan Jayasilan a/l Sinnathurai pun GEMBIRA.

Nadim said...

Saudara asymok,

Anda seolah mempersoalkan pula Kerajaan yang sedia ada kerana tak melaksanakan hukum tersebut. Tetapi saudara tak persoalkan pula Kerajaan PAS Kelantan.

Takjub saya dengan jawapan saudara ini. Boleh tolong jelaskan sikap saudara ini. Tak faham saya.

asyMok_Aambo said...

Blogger Nadim,
PAS Kota DarulNaim ada NIAT; itu Paling Penting.
Ingat tak, dahulu pernah seorang Peguam ingin Menyaman Kerajaan Negeri Kelantan?
Demi Maslahat Ummah, Pimpinan Negeri Kena DIAM kerana Majoriti Muslim Malaysia Sendiri Tak Faham...
APA ITU HUDUD.
Kuasa Kerajaan Negeri dalam Perlembagaan Persekutuan Terbatas.

watawakkal álallah.

asyMok_Aambo said...

blogger Nadim,

Saya tidak MEMPERSOALKAN...
itu hak Kerajaan Razak mahupun Kerajaan Najib.

Cuma bagi Muslim yang Nak BerTanya
"Kenapa Kelantan tak laksana Hudud?"
Patut terlebih dahulu BERTANYA
"Kenapa kerajaan mahathir mohamad tak laksana Hudud?"
kerana Mahathir,Musa Hitam,Ghafar Baba, Anwar Ibrahim dan Abdullah Ahmad Badawi pun Kata Mereka ada KALIMAH TAUHID.
Begitu Juga Najib, Muhyidin n the Gang.
Mereka kan orang ISLAM!
tak gitu...

Nik Nazmi Nik Ahmad said...

PAS’ true colours appeal to non-Muslims — The Malaysian Insider

JAN 15 — Since its inception in 1951, PAS has always been seen as an Islamist party focused on the Malay heartland and with just one aim: To set up an Islamic state.
That changed when the Roman Catholic Church sued the Barisan Nasional government in late 2007 to regain its right to use the term “Allah” to describe the Christian God in Bahasa Malaysia.

The Islamist party has already publicly backed the Catholics, citing the fact that the Quran does not prohibit the usage. But its support now comes at a cost within its own Malay/Muslim base.

Anecdotal evidence suggests that a majority of Malays/Muslims — who form 60 per cent of the country — disagree with the Dec 31 High Court ruling. The bulk of them are PAS supporters.

So why is the PAS leadership doing this, countering their image as a group of hard-line fundamentalist Muslims bent solely on setting up an Islamic state where, as painted by their political rivals, non-Muslims could face a host of prohibitions?

Simple. Despite their failings and conservatism, every decision made by the Islamist party is grounded by the Quran.

It has been their supreme guide since 1951, no matter whether Malay nationalists or religious scholars helm the party.

There is also a political imperative and logic at work here.

Yes, PAS could lose 5 to 10 per cent of the Malay vote but the opportunity to show non-Muslims that it is not an extremist party is priceless.

And that is what Umno fails to understand in the aftermath of the landmark ruling.

PAS knows that its hardcore base of supporters will not desert it. That’s about 40 per cent of the Malay vote.

And by being firm in its principle, PAS now stands to reap support from the non-Muslims and perhaps a slice of the Christian vote that has, more often than not, backed the Barisan Nasional.

PAS spiritual chief Datuk Nik Aziz Nik Mat’s offer to host an inter-faith meeting on Jan 28 shows its confidence in handling the issue and projecting itself as a party that will take care of all people despite its Islamist outlook.

And Nik Aziz’s two-decade rule of Kelantan also reflects the party’s tolerance, if not respect, for non-Muslims.

His pronouncements, policies and rulings have affected Muslims more, feeding their need for a pious life while allowing non-Muslims to worship and conduct their own legitimate affairs.

PAS’ true colours of setting up an Islamic state might still be a scary thought for some, but it might now appeal to more with its ready support of the Christians’ right to use “Allah” based on what is contained in the Quran.

Faith. It might just move mountains after all.

Nadim said...

Walaupun saya tidak merasa puas dengan jawapan saudara, saya terimalah dulu buat masa ini. Mungkin saudara boleh bertanya orang lain dulu untuk memungkinkan saudara memberi jawapan dan ulasan yang lebih baik lagi.

Cuma saya terfikir yang lain pula.. Bukankah lebih baik PAS panjangkan NIAT tersebut kepada UMNO dan letakkan syarat untuk menerima perpaduan sekiranya UMNO menyokong perlaksanaan hukum Islam tersebut. Kalaupun tidak diseluruh negara, kita dapat cuba dahulu laksana di Kelantan.

Ini tidak, saya yang diatas pagar ni nampak, PAS angkuh dan seolah sudah lupa apa yang diperjuangkan selama ini sebaliknya apa yang utama diperjuangkan adalah untuk menjatuhkan UMNO dengan bantuan PKR dan DAP pula.

Lagi satu, itulah pentingnya Blueprint yang saudara perlekehkan sebelum ini. Blueprint tersebut adalah penting dan bertujuan untuk orang seperti saya ni boleh buat rujukan dan mudah untuk faham. Adakah blueprint tersebut dibuat? kalau pakai NIAT, saya tak boleh baca niat orang saudara.

Dan tolonglah hentikan perkataan wali Allah, maulana dan supremo.. saudara menyebabkan orang diatas pagar seperti saya menganggap orang PAS berfantasi dan ekstrem.

Hishamuddin said...

Malaysia adalah sebuah negara Islam, apa salahnya saya bantu Nik Aziz mendirikan Bandaraya Islam?

Tok Guru ada ‘mission’ dan ‘vision’, dia tak cakap seperti orang lain yang cakapnya tak serupa bikin.

Rancangan jangka panjangnya sudah dimulakan, dia bina sekolah agama di Pulau Melaka dan rata-rata rakyat negeri Kelantan ‘berniaga’. Orang berniaga selalunya ‘cerdik’. Mereka tahu apa erti ‘untung’ ‘rugi’. Orang ada didikan agama tahu dunia, tahu akhriat.

Visi Tok Guru Nik Aziz bukan angan-angan Mat Jenin yang ‘retorik’. Bukan saya kata Nik Aziz bina Islam.

Setakat ini Kelantan saja di bawah kepimpinan Tok Guru yang juga Mursyidul Am PAS yang ‘berani’ buat Bandaraya Islam. Ini zaman kebangkitan Islam, sama ada kita bantu atau tidak, siapa pun tak boleh halang jadual Allah. Islam seperti bunga yang sudah berputik tunggu masa untuk kembang.

Islam akan hidup subur seperti di zaman silam bila ada kasih sayang, ada sifat pemurah, berani membela, berani berkata benar, berani menegakkan keadilan, cintakan Allah dan Rasul, seperti di antara ‘muhajirin’ dan ‘ansar’.

Nik Aziz memang memperjuangkan Islam bukan setakat jadi Menteri Besar, dia menulis, dia mengajar, dia ada sekolahnya sendiri. Dia disegani, ramai yang sudah tengok ‘karamah’ yang ada padanya seperti karismatik, aura karamah ini bukan ada pada semua pemimpin.

Kita mesti berubah ke arah yang lebih baik.

Hishamuddin said...

Saya terbaca di atas yang mana Tok Guru menyatakan "Kami menggunakan Islam sebagai panduan yang telahpun ada “blue print”nya."

Fairus said...

Dear Asymok,

The way you wrote on this blog exhibit psychological tendencies toward political fanaticism and later to extremism way of thought.
The message you delivered here clearly shown that you wrote based emotionally-interrupted thought hence affecting your judgment.

I do understand your frustration in today political scenario in Malaysia and so do I. I do believe in perfect world you mention but Islam is not all about axiom world that we want but Islam is also about practicality. There is a balance and the way we achieved the balance between perfect axiom and practicality is teach in Tassawur Islam (pemahaman Islam).

In tassawur we were thought about 'kesederhanaan'. Keserderhaan is highly stress in Al-quran and hadith for the way we think and our psychological tendencies. I am believe other expert will explain further detail and better than me about this matter i.e. Dr. Tee (psychology), Dr. Maza (Al-quran & hadith). Political and other kind of fanaticism is not what Islam want in his follower.

p/s: keratan ayat yg saudara suruh saya rujuk bukan sebagai ciri-ciri utk mengenali wali Allah tetapi itu adalah janji dan perlindungan kepada para wali Allah dari Allah. Wasalam


FAIRUS

asyMok_Aambo said...

blogger Fairus,
saya tidak FRUST dengan Politik Malaysia.
Fanatik dan Ekstremism???
Tingginya FANTASI blogger Fairus.

asyMok_Aambo said...

blogger Fairus
ambo mendapat pendidikan di SMS Tengku Muhammad Faris Petra kemudian Kolej Matrikulasi Kuala Pilah kemudian Universiti Putra Malaysia.

Sekarang pun, masih bersama Open University Malaysia (OUM).
ambo berkahwin dengan wanita liberal dari Semporna,Sabah.

ambo bekerja dengan sebuah jabatan under MOSTI di Johor Bahru.

ambo cuma REALISTIK.

asyMok_Aambo said...

blogger Nadim,
anda takutkah kepada Wali ALLAH SWT?

asyMok_Aambo said...

Di dalam Surah Yunus ayat ke-61 dan 62, Jelas Menunjukkan Peri Laku
Para Wali ALLAH SWT


سُوۡرَةُ یُونس


وَمَا تَكُونُ فِى شَأۡنٍ۬ وَمَا تَتۡلُواْ مِنۡهُ مِن قُرۡءَانٍ۬ وَلَا تَعۡمَلُونَ مِنۡ عَمَلٍ إِلَّا ڪُنَّا عَلَيۡكُمۡ شُہُودًا إِذۡ تُفِيضُونَ فِيهِ‌ۚ وَمَا يَعۡزُبُ عَن رَّبِّكَ مِن مِّثۡقَالِ ذَرَّةٍ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلَا فِى ٱلسَّمَآءِ وَلَآ أَصۡغَرَ مِن ذَٲلِكَ وَلَآ أَكۡبَرَ إِلَّا فِى كِتَـٰبٍ۬ مُّبِينٍ (٦١) أَلَآ إِنَّ أَوۡلِيَآءَ ٱللَّهِ لَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ (٦٢)

Yunus

Dan tidaklah engkau (wahai Muhammad) dalam menjalankan sesuatu urusan dan tidaklah engkau membaca dalam sesuatu surah atau sesuatu ayat dari Al-Quran dan tidaklah kamu (wahai umat manusia) dalam mengerjakan sesuatu amal usaha, melainkan adalah Kami menjadi saksi terhadap kamu, ketika kamu mengerjakannya dan tidak akan hilang lenyap dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu dari sehalus-halus atau seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit dan tidak ada yang lebih kecil dari itu dan tidak ada yang lebih besar, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata. (61) Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (62)

atau dalam English

Yunus

Nither you (O Muhammad SAW) do any deed nor recite any portion of the Qur’ân, - nor you (mankind) do any deed (good or evil), but We are Witness thereof, when you are doing it. And nothing is hidden from your Lord (so much as) the weight of an atom (or small ant) on the earth or in the heaven. Not what is less than that or what is greater than that but is (written) in a Clear Record. (Tafsir At-Tabarî). (61) No doubt! Verily, the Auliyâ' of Allâh [i.e. those who believe in the Oneness of Allâh and fear Allâh much (abstain from all kinds of sins and evil deeds which he has forbidden), and love Allâh much (perform all kinds of good deeds which He has ordained)], no fear shall come upon them nor shall they grieve[], - (62)

wallahuállam bissawa'

asyMok_Aambo said...

Blogger Nadim,
terima kasih atas diskusi ilmiah kita tadi.

Blogger Nadim,
Terma Wali ALLAH SWT bukan Ekstrem.

Blogger Nadim,
Menteri Besar Kelantan membuang segala glamor dan Kemewahan Walau Semua Terhidang depan mata.

Bukan Mudah tu.

Nadim said...

Saudara Asymok,

Hmmm... saya faham apa yang saudara Fairus cuba hendak sampaikan pada saudara. Penuh dengan hikmah kata2 beliau. Saya sendiri rasa sejuk hati dan insaf dengan apa yang dikata beliau. Malangnya saudara tak menunjukkan sikap membuka ruang dihati untuk menerimanya.

Apa pula yang saya nak takut dengan waliAllah. lagi ramai para wali di Malaysia ni lagi saya suka dan syukur.

Tetapi untuk kita orang awam untuk mendakwa secara terbuka di medan ini yang sipolan itu dan sipolan ini wali, tak berapa cantiklah. Orang Islam yang cerdik tak buat perangai sebegitu. silap2 boleh jadi fitnah.

Tuan Guru sendiri tak akan sesekali mendakwa beliau wali dan saya percaya beliau tidak akan suka sekiranya orang memukul canang satu negeri mendakwa beliau wali.

Be realistik lah...

asyMok_Aambo said...

Blogger Nadim,

Wali ALLAH SWT adalah Penyambung Tugas Baginda Junjungan Besar SAW.

Seorang Wali ALLAH SWT adalah IKON Segenap Lapisan Makhluk.
Dan seorang yang ada nilai TAQWA takkanlah NAK BERBANGGA diri.

apa itu TAQWA?
1.Rendah diri
2.Syukur
3.Berhati-hati
4.Yakin dan Percaya

Adalah menjadi Tanggung jawab kita Memuliakan Wali ALLAH SWT Kerana Wali ALLAH SWT adalah Penyambung Tugas Nabi Muhammad SAW Rasul Akhir Zaman.

Blogger Nadim tidak perlu takut pada Ungkapan Wali ALLAH SWT Kerana Wali ALLAH SWT Tidak Maksum.
Wali ALLAH SWT Tidak Boleh Menurunkan Hujan, Kilat dan Guruh walaupun di Negeri Pentadbiran beliau sendiri.

watawakkal álallah

Nadim said...

I rest my case for now.. somehow, someone just missing and confusing my point. wassalam

asyMok_Aambo said...

Selepas wafat Baginda SAW,
ALLAH SWT PASti Menghantar wakil-NYA (Wali ALLAH SWT) Untuk Menterjemahkan Segala ajaran ALLAH SWT.
ALLAH SWT Tidak Membiarkan Para Hamba-NYA Terkapai-kapai di Dunia Jambatan Akhirat ini.
Cuma, Para Wali ALLA SWT tidak Maksum.
Maksum Hanya Milik MUHAMMAD SAW.

asyMok_Aambo said...

Terus-terang ambo katakan...
ambo tidak FRUST dengan POLITIK Malaysia.

Cuma bila saban hari ambo menerima Rungutan dan Sungutan Rakyat Terbanyak Mengenai GAGAL nya Begitu Banyak PELAKSANAAN Pihak Kerajaan dalam PERANCANGAN-PERANCANGAN Membawa kepada Iltizam untuk Bersama Gelombang POLITIK BARU.


Sahabat sekalian,
ambo tidak pernah emosional apatah lagi menjadi fanatik dan ekstrem.
setiap kata ambo;ambo ada HUJJAH.
ambo senantiasa RASIONAL.
Sahabat-sahabat sepermainan ambo semuanya Pendokong Tegar Kerajaan Rahman,Razak,Hussein,Mahathir,Abdullah dan Najib.

Ambo cuma REALISTIK.
Inilah Dunia POLITIK BARU.
new world order.

asyMok_Aambo said...

Pesanan Terakhir Junjungan Besar SAW;

TAROK TUFIIKUM AMROIN MA INTAMASSAKTUM BIHIMA TADILLU ABADA
KITABALLAHIWASUNNATI

"Telah Aku Tinggalkan Kalian al-Quranul karim dan Akhlak-ku; Peganglah Sekuat-kuatnya NESCAYA KALIAN TIDAK AKAN SESAT."

Sudah terang lagi bersuluh.

Akhlak baginda SAW adalah al-Quranul karim itu Sendiri.

Mukjizat Baginda SAW Yang masih ADA Hingga Hari Ini adalah al-Quranul karim.

Beramallah dengan al-Quranul Karim seIKHLAS Hati Nescaya ALLAH SWT akan Tunjukkan JALAN.

apa itu IKHLAS?

IKHLAS tidak Perlu diUngkap oleh kata-kata.
IKHLAS SeUmpama Semut Hitam di atas Batu Hitam Legam pada waktu Malam Yang Gelap-Gelita.

asyMok_Aambo said...

Blogger Nadim,
dalam bincang singkat kita tadi
ambo rasa Tidak Rugi untuk ambo MINTA MAAF jika ada Singgung atau Sebabkan Anda tidak Tenteram.

Ambo cuma menjalankan tanggung jawab ambo.
dalam pada itu, ambo HORMATI Hak demo/anda.
anda juga RASIONAL.
Tiada Siapa Menang Tiada Siapa Kalah.
Inilah Dunia POLITIK BARU.
Baru COOL!


Jumpa lagi.
lakum deenukum waliyadeen
walahuállam bissawa'

Rudy Nurdyn said...

Apa sudah jadi isu judi dah jadi macam2. Eloklah berbincang mengikut tajuk baru dapat keputusan yang baik.

Apa-apa pun terima kasih kepada pendapat yang membina. Janganlah kita alpa dalam menegakkan Islam dan tahu asal usul kita. Jangan kita biarkan Ust. RT keseorangan dalam memperjuangkan Islam dan Melayu malu kita.

Nampaknya dia lebih memahami Islam dan sayang kepada orang-orang Melayu dari kita.

Terima kasih Ust. RT atas pendapat. Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung. Semoga Islam kian subur dibumi bertuah ini.

zaki said...

Why thank Tee for the exploitations he has created with all the 'gelisah' the readers went?

Tee has taken advantage on the Malays weakness to be easily provoked by what he had written.

Tok Guru Nik Aziz had said;

Untuk umpan eksploitasi, mereka membiarkan syak wasangka tumbuh subur dalam kehidupan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum ini.

Nadim said...

Saudara asymok,

Secara peribadi, saya tak tersinggung tetapi mungkin ada rasa sedikit tidak tenteram. Tetapi itu semua tidak penting. Tak perlu minta maaf kerana tujuan perbincangan bukannya kita mahukan kemenangan dan mahu melihat disebelah pihak lain mendapat kekalahan.

Jika saya menang sekalipun, adakah saya mampu bersorak riang dengan kemenangan saya diatas kekalahan saudara seIslam saya sendiri. Kan molek kalau dua2 dapat berkongsi kemenangan walaupun tidak semua tetapi yang penting tidak ada yang kalah.

Begitulah juga yang saya nampak pada cerita PAS dan UMNO. Masing2 cuba menegakkan pendapat, pendirian dan cara sendiri sekian lama sehingga sanggup berkerat rotan berpatah arang. Tak habis2 berpendapat aku yang lebih betul dan engkau salah. Yang sedihnya, tak jumpa2 jalan tengah. Tidakkah pimpinan2 ini sedar bahawa dengan pergeseran diantara mereka menyebabkan jurang perpecahan penyokong2 yang dibawah ini semakin besar yang mana akhirnya kedua-duanya mengalami kerugian.

Yang pentingnya kita kena sedar bahawa hakikat sebenarnya adalah saudara asymok, saya serta orang Islam dan Melayu tak menang apa2 pun tetapi sedang menuju kekalahan di tanah tumpah darah kita sendiri.

I think enough about this… let’s focus on the subject given… maaf sdr Ridhuan.

Sing-Sung-Sang said...

Malaysia may likely face a dearth of thinking minds and quality labour by 2020 if the current outflow of professionals is not quickly stemmed, said Klang MP Charles Santiago.

Citing statistics, Santiago said between 2000 and 2009, some 700,000 professionals had left the country seeking opportunities elsewhere.

“Looking at the current scenario and the number of professional leaving the country we are unlikely to achieve the 6% economic growth target in the next five years. The brain drain is a serious reality. Between 2000 and 2009, Malaysia has lost 700,000 professionals… that is 3% of our total population. At this rate by 2020, we will have no professionals in the country,” he said.

Attributing the brain-drain to the current social and political climate, he told participants at a 10th Malaysia Plan forum here it was a fallacy to think that it was only the Chinese and Indian professionals who were migrating.

“It is no more the story of old that only Indians and Chinese are immigrating… a large number of Malays too are looking abroad for jobs and opportunities because of the social and political instability in the country,” he said.

Santiago said the continued uncertainty over prices of goods and services and stagnant salaries were contributory factors to Malaysians seeking employment abroad.

He also drew attention to the government’s lack of interest in developing new industries. “PETRONAS has no more money to spend… now is the time for the government to look at new industries and ensure the country has a diverse source of income,” he said.

Nik Nazmi Nik Ahmad said...

Saya berpendapat kita harus beri PAS dan Pakatan Rakyat untuk menerajui negara ini sekurang-kurangnya 3 penggal yang akan datang.

Peluang patut diberi untuk mengetahui kebolehan mereka.

Seri Suri said...

Tidak banyak yang boleh dilakukan Pakatan Rakyat untuk menarik sokongan pengundi-pengundi Melayu veteran. Hati dan jiwa mereka sudah sebati dengan Umno.

Katakanlah apa saja tentang keburukan pemimpin-pemimpin Umno, semuanya tidak akan mendatangkan kesan.

Memangkah undi itu maknanya memangkah ‘dacing’. Itu saja takrifan yang dapat diterima mereka dari dulu hingga sekarang.

Yang perlu diberi penekanan adalah sokongan kakitangan-kakitangan kerajaan.

Bagi kebanyakan mereka, timbul kebimbangan sekiranya Umno dan Barisan Nasional tidak lagi memerintah kerajaan; terutamanya bagi mereka yang selama ini secara langsung atau tidak langsung memperoleh limpahan kekayaan daripada kebocoran dan ketirisan dalam sistem perlaksaan kerajaan.

Ketika Abdul Khalid Ibrahim kali pertama berkunjung ke pejabat kerajaan negeri Selangor sebagai Menteri Besar yang baru selepas pilihanraya umum Mac 2008, suasana muram menyelubungi pejabat dan kakitangan-kakitangan kerajaan.

Ramai yang tertanya-tanya apakah pelan tindakan kerajaan dan menteri besar yang baru ini, adakah beliau akan mengorek segala dokumen dan memburu mereka-mereka yang sebelum ini rapat dengan menteri besar sebelumnya? Atau apakah akan ada rombakan besar-besaran yang melibatkan penamatan kerja dan pertukaran jawatan?

Kini, setelah lebih dua tahun Pakatan Rakyat memerintah di empat buah negeri di Semenanjung Malaysia, walaupun ada usaha-usaha mendedahkan kepincangan kerajaan Barisan Nasional sebelumnya, pegawai-pegawai kerajaan rata-ratanya diberi perlindungan.

Pasti ada yang beranggapan pegawai-pegawai kerajaan yang bersekongkol dengan pemimpin-pemimpin kerajaan sebelumnya perlu didedah dan diheret ke muka pengadilan.

Namun, dalam keghairahan sesetengah pihak yang mahu mendedahkan segala-galanya dan mengheret kesemuanya yang terlibat, perlu diteliti samada langkah sedemikian akhirnya akan lebih membawa manfaat atau lebih membawa padah.

Setelah dasar apartheid di Afrika Selatan dihapuskan pada tahun 1994, sebuah suruhanjaya bebas (The Truth and Reconciliation Commission) ditubuhkan untuk mendengar keterangan-keterangan daripada pihak mangsa dan pesalah dalam sebarang kes jenayah perkauman yang berlaku sepanjang dasar apartheid itu dilaksanakan.

Suruhanjaya ini diberi kuasa memberi pengampunan dan perlindungan kepada pesalah-pesalah sekiranya mereka tampil mendedahkan segala maklumat berkaitan jenayah yang dilakukan.

Mungkin pendekatan seperti ini lebih sesuai dilaksanakan di Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat menawan kerajaan persekutuan pada pilihanraya umum akan datang.

Kaedah yang lembut dan kurang radikal ini dapat menenangkan hati ramai kakitangan kerajaan yang risau akan apa yang akan berlaku pada diri mereka sekiranya pemburuan besar-besar dilakukan.

Perlu diingat kebanyakan mereka hanya terlibat dalam skandal-skandal yang melibatkan institusi-institusi awam kerana menurut perintah daripada pemimpin-pemimpin politik kerajaan.

Chot said...

PAS, rakan komponen Pakatan Rakyat, perlu mempunyai daya penarik yang efektif kepada kaum Melayu dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sehubungan itu Menteri Besar Kelantan berkata, PAS perlu mendapat sokongan Melayu dengan kadar yang lebih banyak bagi memastikan kemenangan parti itu, sekali gus menggantikan Umno.

“Kita mahu menjadikan PAS sebagai parti yang menarik kepada Muslim Melayu.

“Semoga dengan jumlah 110 kerusi parlimen yang majoritinya Muslim, akan berlaku suatu pendekatan terbaik bagi menjamin kemenangan Islam setidak-tidaknya kesemua kerusi yang PAS bertanding,” kata Nik Aziz.

“Pilihan raya umum yang ke-12 dan siri pilihan raya kecil yang berlaku selepasnya, termasuklah terbaru di Hulu Selangor dan Sibu, jelas sekali bagaimana Barisan Nasional telah ditolak secara total oleh pengundi bukan Melayu.

“Hari ini, tidak dinafikan bahawa yang menjadi tongkat Barisan Nasional ialah pengundi Melayu.

ANONYMOUS said...

Wahai Zaki

PAS lah yang akan dapat menyelesaikan segala masalah kegelisahan yang dialami sekian lama ini.

Pernahkah terdengar mana-mana wakil PAS yang melompat sekian lama?

Ataupun terlibat dalam rasuah?

Maksiat?

Tiada kan?

Oleh itu, PAS telah membuktikan mempunyai kepimpinan yang boleh dipercayai.

mso said...

Para menteri pula siang malam bercakap soal projek arah itu arah ini, cadang itu cadang ini tetapi dia tidak fikir mengenai wang. Yang pening mencari wang dan mengagihkan wang ialah pegawai kerajaan.

Hakikat yang berlaku hari ini keadaan ekonomi kita pulih, pelabur banyak berminat hanya tembereng saja hakikatnya tak ada pun. Najib Razak sudah berbueh mulut mengumumkan mengenai peningkatan kadar ekonomi negara, setiap tiga bulan sekali beliau umumkkan... tetapi setakat umumkan saja, hakikatnya tidak pun bertambah. Kurang mungkin ada.

Sekali ekonomi negara melonjak 1% kemudian 1.5% kemudian sudah mencecahkan ke 5% atau angka-angka yang diluar dugaan kononnya. Pengumuman dan kenyataan itu hanya ilusi saja dari pemimpin yang berangan-angan untuk memulihkan ekonomi.

Apakah Umno Kelantan mampu untuk menumbangkan Pas dalam pilihan raya akan datang? Jawabanya 30 tahun lagi pun Umno tetap mengulum jari saja!

Gajah Majah said...

Walau apa pun, perkembangan politik mutakhir ini adalah disyaki sebagai suatu perencanaan perangkap BN. Ia berkaitan dengan percubaan menjayakan agenda BN bagi meraih semula kuasa dua pertiga di parlimen.

Maka berlakulah pendekatan membebaskan ahli parlimen Pakatan Rakyat untuk menyokong BN.

Ia selari dengan kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang menganggap tindakan keluar parti dan menjadi bebas adalah untuk menyempurnakan agenda Umno dan BN.

Agenda itu turut disokong media massa, apabila beberapa media cetak dan televisyen serta internet telah bertindak sebagai pemutar gelora kepanasan beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk reaktif bertembung dengan beberapa orator utama.

Pengalaman wakil PAS Kelantan era penggal pilihan raya 2004 pernah disogok pihak tertentu agar menyertai BN, tetapi gagal. Mereka semua tidak bertindak membebaskan diri.

Ia satu bukti kukuh betapa wakil rakyat PAS begitu kental menghadapi ombak perjuangan parti berteraskan Islam.

BUDAK LEKIR said...

Sudah jelas dalam Islam bahawa judi itu haram. Maka sudah tentu bahawa amalan judi ini tidak langsung membawa kepada kebaikan.

Kenapa perlu diberikan hak kepada kaum ultra kiasu ini dalam urusan judi. Amalan judi ini kalau boleh dikatakan hanyalah sebagai budaya mereka. Sesuatu budaya boleh berubah, diubah sekiranya budaya itu sendiri tidak membawa kebaikan.

Apa yang perlu diikut ialah aturan agama. Hukum hakam beragama akan menyelamatkan umat dari sesat yang berpanjangan.

Tidak dinafikan bahawa orang yang berjudi ini adalah dari semua kaum yang beragama namun sekiranya tidak disekat maka ia akan bertambah.

Buatlah sebanyak mana pun kajian tentang amalan judi ini maka saya yakin bahawa apa yang ditemui hanyalah lebih banyak keburukan dari kebaikan itu pun kalau ada kebaikan.

Biarlah mereka yang berjudi ini dengan cara mereka kerana penjudi ini sudah tentu tidak akan menerima nasihat dari sesiapa. Janganlah diberi ruang dan peluang kepada melahirkan penjudi baru.

Kerajaan bolehlah baransur-ansur tidak menyambung lesen judi yang telah tamat.

Kalau kajian oleh Dr. RT menunjukkan bahawa tiada satu agama pun yang menghalalkan judi maka inilah kekuatan alasan kerajaan untuk terus menamatkan budaya judi di negara ini.

Seri Suri said...

Di Malaysia, keselurahannya terdapat lebih satu juta kakitangan awam. Daripada jumlah ini, hampir 90 peratus mereka adalah orang-orang Melayu.

Kesemuanya ini adalah individu-individu yang layak mengundi.

Sokongan mereka juga pasti mempengaruhi sokongan sebilangan besar ahli-ahli keluarga mereka.

Mana-mana pihak yang dapat menambat sokongan mereka pasti mempunyai kelebihan besar mememenangi pilihanraya.

Inilah sebenarnya salah satu ‘simpanan tetap’ (fixed deposit) Umno dan Barisan Nasional. Benteng utama ini harus ditembusi untuk membuka laluan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Rakyat menghargai peranan kakitangan-kakitangan awam sebagai rakan seperjuangan untuk membangunkan negeri dan kerajaan, dan bukannya sebagai musuh yang diragui segala tindak-tanduknya.

Dalam kesempatan Pakatan Rakyat memerintah di empat buah negeri di kala ini, tunjukkanlah penghargaan atas segala khidmat dan bakti yang dicurah pegawai-pegawai kerajaan.

Janganlah dicanang hanya kelemahan dan kepincangan.

Mungkin apa yang boleh dilaksanakan adalah pemberian anugerah kualiti dan khidmat cemerlang.

Canangkanlah juga mereka yang berdedikasi dan cekap dalam perkhidmatan sebagai tanda terima kasih pihak kerajaan negeri atas jasa dan sumbangan mereka.


Bagi anggota-anggota polis dan tentera pula, raikanlah mereka pada Hari Polis dan Hari Pahlawan. Walaupun pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sering menjadi mangsa buruan, ketahuilah bahawa tidak semua anggota polis dan tentera itu taat buta mengikut telunjuk pemimpin Umno dan Barisan Nasional.

Jika mahu dikritik pihak polis dan tentera, halakanlah kritikan pada individu-individu spesifik yang berkenaan. Jangan disimpulkan kesemuanya busuk dan tidak adil dalam menjalankan tugas.

Gajah Majah said...

Tindakan membebaskan diri boleh berlaku kepada mana-mana ahli parlimen yang longgar keyakinannya kepada dasar perjuangan dan prinsip parti masing-masing.

Sebagai mana berlaku sebelum ini, kejatuhan kuasa Pakatan Rakyat memerintah Perak dek kerana tiga Adun – Behrang, Changkat Jering dan Jelapang – bertindak membebaskan daripada parti masing-masing lalu menjadi penyokong BN.

Sekiranya pihak BN bertekad untuk meraih dua pertiga dalam tempoh terdekat, maka mana-mana wakil rakyat dari Pakatan Rakyat pasti akan dijadikan fokus operasi membebaskan untuk menyokong BN.

Agen BN akan meneliti senarai ahli parlimen Pakatan Rakyat di setiap negeri yang mencium dan memanaskan masalah dihadapi agar tertarik keluar menjadi ahli parlimen bebas.

Sasaran BN hanya perlu meraih empat orang sahaja lagi untuk membolehkan BN mencapai majoriti dua pertiga, iaitu mencukupkan bilangan 148. Kerusi BN di dewan rakyat asalnya sebanyak 140 kerusi, tetapi dua ahli parlimen BN dari Sabah telah keluar BN menjadikan 138 kerusi. Maknanya BN memerlukan 10 orang lagi menyokong BN.

Gajah Majah said...

Walau apa pun, jika benar tekad BN untuk meraih sokongan dua pertiga, mungkin akan berulang pendekatan curang BN dengan menggunakan apa sahaja aparatus bagi meraih sasaran. Sebagaimana kes Adun Behrang dan Changkat Jering pernah disabitkan dengan penyiasatan kes rasuah. Lalu mereka itu keluar parti.

Sabitan yang sama berlaku ke atas seorang Exco Kedah (KeADILan) yang kemudiannya keluar parti. Begitu pula, sejarah lampau dalam kisah turn-about dan about-turn di Kelantan dan penggulingan kerajaan PAS Terengganu pada tahun 1966. Mereka berjaya di Terengganu, tetapi gagal di Kelantan.

Kesemua senario dan jangkaan tersebut adalah landaan krisis yang mungkin dihadapi pihak Pakatan Rakyat.

Mungkin BN tidak akan terkecuali menggunakan isu untuk menambahkan bilangan kerusi Melayu dalam kajian persempadanan baru bahagian pilihan raya bagi menarik lebih sokongan beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat menyokongnya.

Mungkin akan ada kalangan ahli parlimen Melayu yang tertarik “demi masa depan Melayu” akan keluar dan menyertai Umno dalam sentimen ke arah menambahkan lagi bilangan kerusi Melayu di parlimen mahupun dewan negeri.

Sehubungan itu, kepada parti KeADILan, PAS dan DAP jangan merasai selesa sehingga wujud complacency.

tokgaru said...

Kpd yang jadi pengikut Pas.

Dah baca ker surat khabar BH hari ni. Tajuknya berkenaan pendirian Karpal Singh.

Karpal Singh tetap seperti dulu. Jika nak bentuk pemerintahan islam kena " over my dead body " dulu.
Itu kata Karpal.

Apa pula kata Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng. Nampaknya mereka berdua ni " play safe " untuk nak jadi hati Nik Aziz.

Apa pula kata Nik Aziz. Kalu ada jangan lah RTM, TV3, Utusan atau Berita Harian tak siar pula kenyataan Tuan Guru kita tu. Ramai yang nak tau apa pandangan Nik Aziz.

Termasuk lah aku yang Umno tak, Pas pun bukan. Kerana aku sangat sayangkan akan bangsa ku MELAYU.

anon said...

Pendirian Karpal bersifat peribadi


2010/06/30

KUALA LUMPUR: Pemimpin PAS menyifatkan pendirian Pengerusi DAP, Karpal Singh yang tetap membantah penubuhan negara Islam sebagai pandangan peribadi beliau dan haknya untuk bersuara.

Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub, berkata pendirian Karpal tidak melambangkan keputusan rasmi pakatan pembangkang.

“Setiap ahli dalam pakatan pembangkang bebas menyuarakan pendirian masing-masing tapi dari segi pendirian rasmi, ia akan digambarkan melalui keputusan secara kolektif pada peringkat pemimpin tertinggi," katanya di lobi Parlimen, semalam.

Kelmarin, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor dalam temu bual dalam laman portal berkata, walaupun hubungannya dengan PAS dalam pakatan pembangkang kini semakin mesra, namun tidak bererti ia menerima negara Islam dicadangkan parti itu.

Khalid Samad (PAS-Shah Alam), berkata Karpal berhak untuk menyuarakan pandangan dan wawasannya, tetapi penerimaan rakyat terhadap negara Islam adalah lebih penting.

“Itu hak dia (Karpal), walau dia menolak, tetapi masyarakat umum menerimanya dia kena akur kerana itu keputusan masyarakat. Sebab itu kita hendak guna demokrasi sebaik-baiknya, PAS boleh bentangkan wawasannya, PKR (Parti Keadilan Rakyat) boleh membentangkan wawasannya begitu juga DAP.

“Tidak bererti bila kita (pakatan pembangkang) ambil alih, kita terus laksanakan wawasan masing-masing, tapi benda yang kita setuju bersama kita akan laksanakan," katanya.
Khalid berkata, beliau yakin PAS mampu meyakinkan masyarakat untuk menerima Islam sebagai asas pemerintahan dan mampu mentadbir secara perkongsian kuasa dengan PKR dan DAP.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, berkata isu negara Islam itu tidak berbangkit dan kenyataan Karpal menolak penubuhan negara Islam tidak menjejaskan hubungan antara parti.

Rujukan : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PendirianKarpalbersifatperibadi/Article

HAS said...

Itu kenyataan Karpal Singh, pemimpin parti berbilang kaum dan seorang yang bukan Islam.

Kenyataan tersebut cukup-cukup menggembirakan pemimpin dan blogger pro-UMCO. Berita inilah yang dicanang ke seluruh negara.

Kenyataan ini menjadi modal mereka untuk memburuk-burukkan PAS dan memperlekeh kemampuan parti itu untuk mengembangkan syiar Islam di negara ini.

Kenyataan ini juga menjadi alasan mereka untuk menuduh PAS tunduk kepada DAP, menjadi boneka DAP, dan sebagainya.

Mereka secara sengaja atau secara bodoh sombong lupa persoalan bahawa selama 52 tahun UMNO memerintah negara, tertubuhkan negara Islam di negara ini?

Selama 52 tahun UMNO memerintah negara tiada usaha yang dilakukan oleh parti yang konon-kononnya berjuang untuk agama, bangsa, dan negara itu untuk menjadikan negara ini negara Islam, melainkan hasrat PAS itu dipersenda oleh mereka.

Tiba-tiba apabila keluar kenyataan seumpama itu, mereka berteriak mempersendakan PAS dan mengutuk kenyataan DAP berhubung dengan perkara tersebut.

Kalau orang yang tahu malu, mereka tidak akan berbuat demikian, tetapi sebaliknya mendesak pemimpin mereka berbuat sesuatu untuk merealisasikan hasrat PAS itu.

Namun kalau sudah dasar munafik, maka bermuka-mukalah mereka sampai bila-bila.

Sekejap pejuang Islam, sekejap munafik!

Gajah Majah said...

Sanggahan Karpal Singh yang berbunyi: "Malah dalam undang-undang, Malaysia adalah negara sekular."

Karpal Singh berkata: "Artikal 4(1) menjadikan Perlembagaan itu sebagai undang-undang mutlak di negara ini dan mana-mana undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak konsisten, terbatal."

Perkara 75 pula menyebut:

"Bahawa jika mana-mana Undang-Undang Negeri tidak konsisten dengan Undang-Undang Persekutuan, Undang-Undang Persekutuan mengatasinya, dan Undang-Undang Negeri yang tidak konsisten, terbatal."

Jika tidak sekular, apa lagi? Perihal segeranya pengisytiharan Negara Islam amat jelas kerana ia dilancarkan tanpa dibahas. Gopohnya pengisytiharan hingga tidak sempat, tidak perlu dipinda atau diubah apa-apa. Jika tidak diubah, jelaslah ia bukan Islam. Islam bagaimana jika Quran dan Hadith tetap dikira terbatal kerana ia "inconsistant" dengan Undang- Undang Persekutuan.

Inilah bentuk "karipap segera" yang Nik Ab. Aziz maksudkan itu. Inilah juga yang Encik Karpal Singh sahkan sebagai Malaysia yang sekular.

Gajah Majah said...

Perkara utama ialah deklarasi bertulis yang meletakkan Quran dan Hadith sebagai asas Perlembagaan Persekutuan.

Ini wajib didahulukan.

Perubahan ini atau pindaan ini amat penting dilakukan di Parlimen.

Dengan demikian, sesiapa juga yang mempersoalkan Quran dan Hadith selepas ini adalah dikira menentang Perlembagaan.

Mana-mana perkara bercanggah dengan al-Quran dan Hadith adalah terbatal dengan automatik setakat yang ianya bercanggah.

tokgaru said...

Saudara Nadim

Daripada awak duk layan Asymok Ambo tu lebih baik awak fokus kpd penulisan oleh kawan2 yang lain. Ada isi, mudah nak faham, tak berbelit2, dan paling penting tulisan berpijak pada bumi yang nya, dan tidak sama sekali " berfantasi "

Aku sendiri pun tak boleh nak faham dengan tulisan si Asemak Ambo tu.

So jangan kacau dia, biarkan dia berfantasi semau2nya. Mungkin dia tak sedar yang " maulana " dia dah tegaskan bahawa " over my dead body " masih kekal menjadi darah daging dalam diri dan perjuangan Karpal Singh.

Wei .. Asemak Ambo ... jangan lah baca Harakah saja, sekali2 tengok juga Utusan atau Berita Harian.

Tak aper. Apa pun kepada Asemak Ambo aku ucapkan " Selamat Berfantasi "

Unknown said...

apasal cina babi nie tak mampus lagi....sial betul..

Unknown said...

kenapa kita ada ustad cina babi yang tak de model ... aku rasa dia nie pun main judi dan makan babi...cina babi

kee said...

My comment is not on this article but on the note at the top of the page stating: "You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views provided by Dr Mohd Ridhuan Tee."

Of course everyone who is not a moron know it is their absolute right not to continue reading or to discontinue accessing this blog. Only a moron does not know the existence of such a right and find it necessary to post such an absolutely unnecesary advice to visitors.

Melayu Malaysia said...

Status Negara ini perlu dipinda dari Negara Demokrasi Berpelembagaan kepada Negara Islam dimana Al-Quran & AsSunnah adalah undang-undang tertinggi negara dan ia tidak boleh dipinda.

Undang-undang perlembagaan, akta-akta dll tidak boleh bercanggah dengan Al-Quran & AsSunnah dan ini tidak boleh dipinda walaupun mendapat 100% majority Parliament.

Untuk umat Islam sudah memadai dengan ayat Quran yang mengatakan bahawa kita tiada pilihan lain jikalau Allah dan Rasulnya sudah menetapkan sesuatu.

Untuk yang bukan Islam, mereka perlu memahami bahawa sesuatu "permenency" diperlukan untuk menjamin keselamatan semua.

Tiada didalam Al-Quran dan AsSunnah yang menzalimi mereka dan tiada dikalangan orang Islam boleh mengada-adakan sesuatu untuk menzalimi mereka.

putrarahman said...

"Rasa2 saya lah, ramai orang Melayu Islam diluar sana yang tidak berparti dan duduk diatas pagar selama ini mahu PAS dan UMNO. Mereka mahu PAS dan UMNO berbaik2 menjadi satu dan memimpin kita semua. Bina balik persefahaman. Betulkan bail mana yang cacat cela. Bertolak ansur dan bersederhana dalam mengambil apa2 tindakan pun. Itu yang kami mahu".

Komen oleh NADIM 6.22 PM. Saya setuju dengan apa yang tuan katakan kerana pada [endapat saya antara penyebab perpecahan umat melayu sekarang ni sebenarnya disebabkan KEDEGILAN para pemimpin kita. Mereka taknak mengaku kalah antara satu sama lain. Kita sebagai pengikut ni terpaksa membuat pilihan walaupun tak berapa setuju dengan para pemimpin kita.

Gajah Majah said...

Beberapa perkara yg lebih utama utk diubah dahulu dlm perundangan kita dgn kuasa majoriti 2/3.

Kita juga bersyukur jika pihak yg akan memiliki majoriti 2/3 sekarang ini -UMNO/BN- mula faham dan melakukan perubahan terlebih dahulu sebelum kita berpeluang mengubahnya, tapi setelah lebih 40 tahun, nampaknya mereka tiada inisiatif utk mengubah apa yg Islam suruh ubah.

Parti yg memiliki kuasa majoriti 2/3 utk membuat undang2 adalah satu dasar 'taghut' yg dipatuhi selain Allah s.w.t., sedangkan Allah s.w.t. berfirman maksudnya, " Tiadalah kuasa membuat undang2 melainkan hak Allah sahaja.." (al-An`am: 57, Yusuf: 40 dan 67)

Dasar itu menjadi 'taghut' semata-mata kerana ia bersifat 'mutlak', iaitu terus berkuasa meluluskan w/pun sekiranya undang2 yg diluluskannya bercanggah dgn undang2 Allah s.w.t. yg mencipta manusia dan kumpulan MP majoriti 2/3 itu sendiri.

Jika sekiranya ia dikenakan sedikit kawalan (regulation/restriction), ia tidak akan menjadi 'taghut' lagi. Kawalan yg dimaksudkan ialah umpamanya menambah dalam perlembagaan negara 'satu perkara' yg mengecualikan kuasa majoriti 2/3 itu drp membuat undang2 yg bercanggah dgn undang2 yg telah sedia ada secara nas (al-Quran atau hadis sahih).

Kedudukan org bukan Melayu akan terancam jika ditakdirkan satu masa nanti orang Melayu mampu membentuk majoriti 2/3 mereka sahaja tanpa bantuan kaum lain, maka ada kemungkinan ketika itu org Melayu akan menggunakan kuasa majoriti 2/3nya utk menindas kaum lain.

Begitu juga sebaliknya, jika kaum lain ditakdirkan satu masa nanti berkuasa majoriti 2/3 di parlimen, maka org Melayu pula menjadi mangsa ketika itu. Bermakna, tiada kaum yg selamat dgn dasar kuasa mutlak majoriti 2/3 ini.

Gajah Majah said...

Jadi kuasa mutlak itu perlu dikawal oleh kawalan agama Islam yg menjamin rahmat utk semua org tanpa mengira kepercayaan, warna kulit, bangsa atau budaya.

Sekiranya dasar kuasa majoriti 2/3 itu dikawal oleh 'satu perkara' dlm perlembagaan yg membataskannya drp meluluskan perkara yg bercanggah dgn syariat Islam, maka semua kaum akan selamat kerana bila majoriti 2/3 cuba meluluskan dasar yg menindas atau menzalimi kaum lain, maka ia terbatal kerana bercanggah dgn syariat Islam yg tidak membenarkan penindasan atau kezaliman atas apa alasan sekalipun, spt ayat yg bermaksud, "Janganlah kerana kebencian kamu terhadap satu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil, berlaku adillah, kerana ia lebih dekat kepada takwa.." (al-Ma-idah: 8).

Ataupun, bila majoriti 2/3 itu cuba meluluskan satu dasar yg menzalimi kaum lain, maka ulama pun menegur dan menghalangnya kerana bercaggah dgn syariat Islam.

Jadi utk menjamin keselamatan semua pihak, kuasa mutlak majoriti 2/3/ itu perlu dibendung dgn kawalan 'satu perkara' itu atau kuasa ulama yg boleh membatal resolusi yg bercanggah dgn hukum.

Chot said...

Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat menyatakan;

Satu perbezaan yang amat ketara di antara PAS berbanding dengan UMNO dari segi semangat perjuangannya.

PAS asas perjuangannya ialah kepada ISLAM. Menjadikan ISLAM sebagai lambang pembangunan agama, Negara dan bangsa.

Pendik kata semua aktiviti social-budaya, politik, pendidikan, ekonomi dan sebagainya menjurus kepada anjuran ISLAM dan Sunnah Nabi s.a.w.

Berbanding dengan UMNO, UMNO mempergunakan ISLAM untuk mengekalkan kuasanya.

UMNO tidak memperdulikan halal-haram, dosa-pahala dalam perjuangannya.

Perjuangan UMNO ialah matlamat menghalalkan cara. Konsep neraka-syurga tiada dalam kamus perjuangan UMNO.

zaki said...
This comment has been removed by the author.
zaki said...

Kee my dear

The word is not moron.

The right word instead is ultra kiasu.

Only the ultra kiasu type will come up with such advice to the visitors.

anon said...

Zaki dear

Tee aka tokgaru aka aishah aka kee was actually soliciting for sympathizers.

zaki said...

LOL!

How have I been mislead so easily.

So cunning as a fox but anon my dear, you managed to catch the squirrel when it fell down at 4.49pm ;) ;)

Nadim said...

Saya nak mohon saudara Ridhuan mengupas isu berkenaan Negara Islam dan Hukum Islam di kesempatan yang akan datang.

Rasa saya, disinilah bertitik tolaknya orang Islam dan puak Melayu ini bersengketa yang tak ada sudahnya sehingga membuka ruang isu lain yang meleret2.

Mungkin dengan kita nyatakan rentetan fakta sejarah mengenai isu ini serta mengupasnya, memungkinkan lahirnya bibit perpaduan diantara Melayu yang secara amnya dianggap orang Islam.

Disertakan juga disini link yang saya terjumpa sebagai bahan.
http://www.muhajabah.com/docstorage/hudud.htm

Bab judi ni kita rasa sudah selesai kerana ternyata di pihak pembangkang pun menolak judi baik pimpinan cina atau india. Hanya sekerat dua yang nak berjudi sahaja yang akan menyokong judi. Biarkanlah saja si luncai terjun dengan labu2nya.

Sila rujuk harakahdaily:
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?

zaki said...

Tee should listen what Nadim had suggested at 9.35pm

What Nadim suggested should have been discussed from day one itself.

Congratulations, Nadim.

zaki said...

BTW Nadim, the write up on Human Rights from an Islamic Worldview (An outline of Hudud, Ta'zir & Qisas)
By: Mohammed Salam Madkoar which the link you have provided at http://www.muhajabah.com/docstorage/hudud.htm is an excellent write up.

Thank you Nadim.

Nadim said...

Salam,

Saya menganggap dan bersangka baik bahawa saudari aishah dan lain-lainnya yang sinis kepada saudara Ridhuan Tee adalah orang Melayu yang beragama Islam. Oleh yang demikian saya terpanggil untuk memberi sedikit respon kepada anda semua.

Sebagaimana saya menganggap anda sebagai saudara, begitu juga saya menganggap saudara Ridhuan Tee sebagai saudara saya walaupun beliau berlainan bangsa. Hakikatnya, Islam telah mengikat beliau dengan kita dengan tali persaudaraan.

Saudara Ridhuan telah bersusah payah menzahirkan fikiran beliau dan menterjemahkannya didalam penulisan. Ia memerlukan korban masa dan tenaga beliau didalam menjalankan usaha tersebut. Usaha beliau ini bukannya mudah. Ditambah pula dengan kata kejian yang beliau terima daripada bangsanya sendiri dalam beliau hendak membela orang Melayu yang beragama Islam ini.

Saya mengajak kita semua yang berketurunan Melayu dan beragama Islam ini berlapang dada dan kalau boleh, raikan lah beliau. Walaupun kita tidak setuju dan sependapat dalam beberapa perkara, gunakanlah bahasa yang molek dan sopan sedikit. Janganlah dihambur dengan kata kejian pula. Cuba kita tanya, apakah objektif anda dan saudara Ridhuan. Saya rasa tidak lain tidak bukan adalah memartabatkan Islam dan memelihara maruah Melayu. Jika objektif kita sama, tak mengapalah kalau cara kita ada sedikit berbeda. Yang penting kita hendak mencapai objektif bersama tersebut.

Budaya kita orang Melayu ini selalu komplen kerja orang lain. Itu tak kena ini tak kena. Tapi adakah kita tanya pada diri kita sendiri, apakah sumbangan yang kita sudah buat. Bukankah elok kalau kita turut sama menyumbang daripada komplen dan mengkritik hasil kerja orang. Carilah apa juga cara yang kita termampu. Kalaupun kita tak mampu dan berkebolehan, cukuplah dengan menyatakan sokongan ataupun elok diam sahaja.

Sekiranya anda (juga pimpinan PR)boleh bertolak ansur dan berlembut dengan Karpal Singh (dalam kes Negara Islam), saudara Ridhuan adalah jauh lebih berhak untuk menerima layanan yang sedemikian. Janganlah kerana perbezaan politik dan kem, kita sudah tidak nampak yang mana hak dan batil.

Wallahualam

Nadim said...

"Our people have made the mistake of confusing the methods with the objectives. As long as we agree on objectives, we should never fall out with each other just because we believe in different methods, or tactics, or strategy. We have to keep in mind at all times that we are not fighting for separation. We are fighting for recognition as free humans in this society."

Malcolm X (El Hajj Malik El-Shabazz)

zaki said...

Nadim my dear

Even Tok Guru Nik Aziz recognised the 'exploitations' as what Tee had all the while been writing about;

Untuk umpan eksploitasi, mereka membiarkan syak wasangka tumbuh subur dalam kehidupan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum ini.

Contoh boleh dilihat melalui isu-isu bahasa, aktiviti keagamaan di masjid dan rumah-rumah ibadat. Isu bahasa kebangsaan di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi yang sama-sama boleh kita saksikan.

Besides, Nik Aziz’s two-decade rule of Kelantan also reflects the party’s tolerance, if not respect, for non-Muslims in contrast to Tee's writings.

Speaking of Islam, just read what Nik Aziz compared to Tee's approach;

Kita tidak berminat dengan kesedaran bangsa walaupun kita sedar bahawa kita hidup berbangsa-bangsa.

Kita pupuk semangat kebersamaan yang bertolak daripada satu keturunan.

Ini menimbulkan rasa senang dan tenang. Jauh dari perasaan syak dan curiga. Kesedaran ini mencetuskan benih baru.

Ia menimbulkan rasa mesra kerana kita semua adalah bersaudara. Islam memberi peluang kepada semua bangsa untuk bertaqwa dan menjadi orang yang terbaik sama ada Cina, Melayu, India, orang asli atau Benggali.

Nadim, you quoted, "Our people have made the mistake of confusing the methods with the objectives."

I believe that people obviously include Tee.

Moreover, did Tee in his previous writings subscribe to what you quote?;

"We have to keep in mind at all times that we are not fighting for separation. We are fighting for recognition as free humans in this society."

tokgaru said...

Aisah yang dihorMATI

Kepada saya, saya harap anda sebenarnya bukan wanita melayu atau wanita muslim.

Kalu anda seorang wanita melayu atau wanita muslim, dan saya diminta memilih diantara anda dengan seorang wanita yahudi sebagai teman hidup, saya lebih rela memilih wanita yahudi daripada memilih anda.

Bahasa anda melambangkan keperibadian anda. Keberibadian seperti yang anda tunjukkan kepada Ustaz Tee Chuan Seng melayakkan anda untuk tidak memakai nama melayu atau nama wanita muslim.

Gaya anda adalah gaya orang melayu dari parti melayu yang kuat berfantasi atau kalau anda bukan melayu anda tentu dari puak ulta kiasu.

Kalu dikatakan yahudi jahat, tapi bagi saya anda adalah lebih jahat dan lebih merbahaya daripada yahudi.

Saya menanti jawapan dari anda.

Nadim said...

Dear Zaki,

Pls read further Malcolm X quote. and am not prefer to go for finger pointing style. It will never end.

"There can be no black-white unity until there is first some black unity.... We cannot think of uniting with others, until after we have first united among ourselves. We cannot think of being acceptable to others until we have first proven acceptable to ourselves."

Malcolm X (El Hajj Malik El-Shabazz)

zaki said...

Nadim my dear

Tee should have taken the cue from the society reacted on what he had written.

Instead, Tee keep on fanning 'exploitations' after 'exploitations'.

Is that the way a Muslim show their respect to the non muslims?

That is why I said, Tee has crossed the line.

The least Tee would have done is to respect Allah's word;

"Janganlah kerana kebencian kamu terhadap satu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil, berlaku adillah, kerana ia lebih dekat kepada takwa.." (al-Ma-idah: 8).

Nadim said...

Dear Zaki,

At first we must address him as saudara Ridhuan and not Tee. Showing that we welcome him in Islam.

I felt, Saudara Ridhuan bukannya membenci kaumnya. Beliau cuma hendak menyedarkan Melayu yang rata2nya beragama Islam. Simply becoz beliau sudah membebaskan diri beliau daripada ikatan bangsanya sendiri. Beliau melihat orang Islam yang kebetulan berbangsa Melayu sedang dalam kerugian.

That's how I felt lah.

zaki said...

Nadim my dear

I have no qualms on how you felt about him.

Being a person of his status, Tee should be responsible on what he wrote.

For instance, if a person does not even acknowledge his own roots, what does that portray about him?

Like I have said earlier, the least is to respect Allah's word, must I need to elaborate on this?

Unless, of course, as what Nik Aziz had said, "kerana dendam (baghyan), dengki (hasadan) dan sengaja suka berbuat jahat(‘adwan);"

and

"Ini pemikiran tidak betul. Inilah cara orang sekular berfikir."

BTW, does Tee writings reflect any of what Nik Aziz had said, "Kami membangun kerajaan yang membangun bersama Islam."?

Even Tee as a Muslim do not actually on Nik Aziz suggestions;

Di sini, kita boleh terus berbeda pendapat. Anjurlah majlis untuk bermuzakarah. Insya-Allah, kami akan hadir untuk bekerjasama.

Islam memberi peluang yang seluas-luas untuk berdialog samaada dengan orang Islam atau Non-Islam. Samaada engkau yang benar atau kami yang benar(wa inna au iyya kum),ini semangatnya.

tokgaru said...

Putrarahman dan yang sealiran.

Setuju dengan kata2 awak. Kita yang tak berparti ni sebenarnya sayangkan bangsa melayu lebih dari mereka yang berparti.

Kita tidak berfantasi. Kita menyuarakan sesuatu idea berpandukan kepada realiti. Kita mau Umno dan Pas bersatu. Kita mau Umno dan Pas berpakat elok2 mentadbir negara tanah melayu ini supaya melayu tidak merempat di tanah air sendiri.

Melayu tidak ada tempat lain selain dari tanah melayu ini. Orang cina boleh lari ke negeri cina atau singapore. Orang india boleh balik ke india.

Kekadang saya terfikir, sedangkan menganut satu agama pun orang melayu tidak boleh bersatu, apa hal kalu undang2 tidak menyekat melayu dari menganut agama2 lain. Saya percaya kita akan terbahagi kepada melayu islam, melayu kristian, melayu buddha dan melayu hindu ... akhirnya melayu hancur.

Sebab itu lah seringkali saya menulis " saya Umno tidak, Pas pun tidak, saya mau kedua2nya "

Saya harap semakin ramai lagi melayu yang berpendirian seperti saya. Sayangkan melayu lebih daripada parti walau pun berparti.

Puak ultra kiasu yang non muslim, mereka ada yang MCA, ada yang Gerakan, ada yang DAP dan ada yang PKR. Namun semasa PRU 12 mereka berpakat untuk tidak memberikan keselesaan kepada kepimpinan melayu untuyk terus memegang tampuk pemerintahan, dan mereka telah melakukannya, dan mereka berjaya di Pulau Pinang, dan mereka hampir2 berjaya di semenanjung jika tidak kerana pertolongan dari blok malaysia timur. Dan selepas PRU mereka tidak berhenti setakat itu saja, lihat apa jadi dengan PRK Hulu Selangor dan Sibu.

Cukup lah. Berhenti lah dari terus berbalah. Kenapa "melayu" dan "islam" hendak kita jadikan alasan untuk kita terus bercakaran. Tidak adakah titik pertemuan, dan tidak adakah titik persamaan diantara kita untuk berfikir sejenak mencari ruang ke arah perpaduan.

Pertanyaan saya. Tidak kah ada diantara yang ingat bahawa angka 13 itu mungkin menjadi " an unlucky number for the malays future ".

Tuhan memberi jaminan " aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang berusaha mengubahnya "

Kepada Umno, jangan bermimpi bahawa sokongan ultra kiasu kepada BN akan kembali atau berlaku seperti mana sebelum PRU 12.

Kepada Pas, jangan berfantasi bahawa bukan islam akan menyokong perlembagaan islam yang hendak kamu guna pakai untuk mentadbir negara ini. Letakkan diri anda di tempat mereka, andai kata anda adalah kaum pendatang yang merupakan 45% daripada penduduk negara ini, adakah anda akan bersetuju penuh jika mereka hendak menjadikan peraturan dalam agama buddha sebagai sistem perundangan negara, dan sebagai penganut islam adakah anda akan patuh kepada undang2 yang dicedok dari kitab suci agama buddha.

Harap ada lah diantara kalian yang sudi menambah pendapat serta pandangan.

zaki said...

Anyway, on the reasoning of 'kesedaran', I think you should on what Nik Aziz has to say;

“Orang-orang Melayu perlu diingatkan bahawa keris yang dijulang oleh pemimpin UMNO itu bukannya untuk memperjuangkan Melayu tetapi hanyalah untuk merobek perpaduan kaum dan menikam bangsa sendiri yang tidak sehaluan dengan mereka. Buktinya, Kelantan sebagai negeri yang majoritinya Melayu dinafikan hak untuk mendapatkan royalti minyak daripada buminya sendiri. Projek-projek pembangunan daripada Pusat semuanya diserahkan kepada jabatan mereka sendiri. Semacam kerajaan Kelantan sekarang tidak sah dan pegawai-pegawai tidak berpelajaran, lemah dan korup.”

“Sudah sampai masanya untuk kita lebih serius mewajahkan semula Islam yang telah disolek dengan buruk oleh UMNO. Masyarakat Malaysia perlu disedarkan bahawa Islam bukan milik bangsa Melayu. Bahkan sejarah menyebut kaum Cina dan India terlebih dahulu menerima Islam sebelum bangsa Melayu sendiri di benua masing-masing sebelum bangsa Melayu sendiri menerima Islam kira-kira 500 ratus tahun dahulu.”

Nadim said...

Saya juga fikir orang Melayu secara amnya tidak membenci kaum cina, india dll. selama ini.

Ketegangan ini mula timbul apabila:

1) Hak keistimewaan Melayu dipertikai dan diugut untuk dihapuskan

2) Agama Islam diperlekehkan dan seolah tidak diiktiraf (merujuk kepada kenyataan Karpal sebelum ini dan baru2 ini)

Orang Melayu tidak akan bising sekiranya 2 perkara ini tidak diusik. Selama ini kita melayan mereka dengan baik dan berbudi bahasa serta penuh dengan tolak ansur.

Orang2 tua ada bercerita pada saya bagaimana Melayu dianak tiri selepas era merdeka dan sebelum 13 Mei. ie: Masuk Universiti Malaya bukannya boleh dapat jurusan sains. Yang kita dapat sastera shj kerana tampuk pentadbiran universiti dikuasai mereka.

Itulah sebabnya selepas 13 Mei keistimewaan Melayu diwujudkan dimana tujuannya untuk merapatkan jurang diantara Melayu yang jauh tercicir dengan bangsa lain ketika itu. (p/s sila betulkan saya sekiranya tersalah fakta)

Pada waktu ini pun kita masih tercicir lagi. Kenapa perlu diusik perkara2 sedemikian. Biarkanlah sahaja. Kaum2 lain yang susah mesti juga dibantu tetapi dalam pada itu janganlah kacau hak keistimewaan kita tu.

Susah sangat ke nak faham apa yang banyak orang Melayu mahukan.

zaki said...

Nadim my dear

Most of the comments above have highlighted so much differences of views with this Tee fellow.

It is either you conveniently ignoring reading them or just are not being sincere.

Well, that is your choice.

As for me, I do even consider this Tee as an ustat at all.

As for his writings, and being a Muslim, I believe this Tee is not sincere and has an hidden agenda.

zaki said...

For the record, I cannot imagine myself acknowledging that this Tee is qualified to be called an ustat at all!

What he preaches in his writings are not in synchronize with Tok Guru Nik Aziz's understanding on Islam nor even Allah's commandments.

What more can I say about this Tee.

Well, that is how I perceive about him from what he has written all this while.

tokgaru said...

Kepada Melayu Malaysia.

Anda mungkin sebahagian daripada mereka yang kuat berfantasi. Maafkan saya jika saya tersilap terkaan.

Saya terka begitu selepas mengikuti penulisan anda.

Cadangan anda supaya digantikan perlembagaan sedia ada dengan perlembagaan islam. Cantik dan saya sokong.

Tapi sekali lagi saya minta "jangan berfantasi" kerana orang yang berfantasi kurang menggunakan kewajaran.

Nak pinda perlembagaan negara perlu 2/3 undi anggota DR. Baik, katakan semua MP Umno tak sokong usul itu. Anda kata, tak apa sebab anda ada MP dari PAS, MP dari DAP dan MP dari PKR. OK semua MP dari Pas sokong usul, apa anda ingat semua MP bukan islam dari DAP dan PKR akan sokong usul itu. Atau anda harap semua MP BN dari MCA, Gerakan, MIC, PPP, SUPP dan blok malaysia timur yang tak berapa selesa dengan Umno akan sokong usul
itu.

Hello sayang ku, please bear in mind, mereka2 itu tak sebodoh macam kita yang senang2 boleh dicucuk hidung dan boleh digula2kan.

Mungkin akan ada yang marahkan saya kerana memperlekehkan bangsa sendiri. Is OK, go ahead. And on my side i will write to deffend myself after this. Jika ada yang sependapat dengan saya, silakan supaya mereka yang sedang mabuk berfantasi kembali ke alam nyata.

n.ajis said...

Pemikiran streotaip PAS ; Jika seseorang itu memakai gelaran ulama, pemikiran mereka mesti sama dengan tok guru PAS. Jika berbeza, itu bukan ulama / ustaz.
Dangkal sungguh pemikiran seperti ini. Imam Ahlussunnah pun berbeza pandangan sesama mereka. Adakah pemikiran ulama kesemuanya hendak diharuskan sama dengan pemikiran seorang tok guru. Ingatlah, tok guru bukan nabi yang diutus, tok guru juga manusia biasa yang terdedah kepada salah dan silap. Neraca kebenaran bukan terletak kepada siapa yang mengucapkannya, tetapi berpandukan nas Quran dan Sunnah.
Ya, umat Islam keseluruhannya mahukan Al-Quran dan Sunnah diletakkan di tempat tertinggi dalam sistem kenegaraan Malaysia, tetapi praktikalkah kita menuntutnya sekarang?
2/3 rakyat terdiri drpd bukan Islam. Tidakkah lebih baik dan lebih bermanfaat kita lakukan apa yang termampu dalam konteks Malaysia, sedaya mampu menjunjung Islam sebagai agama rasmi sebuah negara.
Sbb itu saya bertanya di mana BLUEPRINT negara Islam PAS? Bagaimana PAS boleh mempersembahkan Islam yang lebih baik drpd sekarang? Dalam PR sendiri PAS hanya menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR, mana mungkin pengundi atas pagar boleh mempercayai PAS mampu melaksanakan niatnya memperkukuhkan Islam. Islam sepatutnya memimpin, tetapi dalam PR, DAP dan PKR nampaknya sedang memimpin tafsiran Islam PAS. PAS harus sedar ia mempunyai bargaining power yang cukup kukuh dalam PR, tetapi tidak menggunakannya semaksima mungkin menuntut pelaksanaan Islam di negeri2 PR. Inilah realitinya. Mungkin sikap malas membuat kajian ilmiah dikalangan ahli PAS membuatkan PAS nampak seperti tin kosong yang tidak mempunyai nilai. Niat tampak hebat tetapi laluan yang hendak digunapakai kabur dan malap.
Laporan media PAS juga sibuk membicarakan isu remeh dan mengutuk orang itu dan ini. Mengurus negara memerlukan kepakaran, iltizam yang tinggi dan persiapan yang rapi. PAS tidak mempunyai kesemuanya. Muhasabahlah. Tanya diri sendiri mengapa sokongan pengundi Melayu Islam merosot memdadak buat PAS. Yang pasti, kami melihat PAS ibarat lembu dicucuk hidung oleh Tuan Lim Kit Day dan Tuan Anwar Ibrahim.

zaki said...

Everyone have their choices.

As for me, I subscribe to Tok Guru Nik Aziz's words;

Nilai perjuangan suci kita tidak boleh lagi bersekongkol dengan pihak yang menyuburkan maksiat, lantaran kita telah melihat sendiri kesan politik dan pentadbiran kerajaan BN yang menimbulkan pelbagai kekalutan kepada rakyat dan negara.

Mana boleh kompromi, ini ibadat. Bila kita tolak politik Islam, (maksudnya) kita tolak ibadat. Sedangkan Tuhan buat manusia ini untuk beribadat.

"Ibadat bukan bermakna sembahyang sahaja,"

"Kita mahu eratkan hubungan dengan DAP dan PKR dan kita mahu rakyat memberikan mandat kepada kita. Justeru itu, kita hendaklah berani menawarkan alternatif ini dan sedia berikrar kepada semua rakyat termasuk Cina, India, Siam dan seumpamanya bahawa kita akan membuang semua unsur-unsur kerosakan yang ada di dalam kerajaan UMNO pada hari ini dan menggantikannya dengan amalan pentadbiran bersifat good governence iaitu berintergeriti, adil, bermoral, cekap, telus dan bertanggungjawab."

I also empathize with Nik Aziz words;

PAS yakin, jika Kelantan menerima wang royalti dan JPP dibubarkan, maka kewangan negeri tidak akan mengalami defisit, malah pembangunan yang lebih rancak dapat diadakan.

Kenapa Umno Kelantan berpakat untuk menafikan hak rakyat ini. Jelas Umno berniat untuk sabotaj ekonomi negeri dimana hasil negeri yang sepatutnya diterima tidak diberikan.

Kenapa Umno Kelantan berpakat untuk menafikan hak rakyat ini. Jelas Umno berniat untuk sabotaj ekonomi negeri dimana hasil negeri yang sepatutnya diterima tidak diberikan.

zaki said...

I also subscribe to Dr Maznah's writings;

PAS' alternative of a return to Islamic fundamentalism, with its unambiguously drawn-out ideal of a just and pious system, seems more attractive.

Islam is seen to be the only other ideology for the Malay community that can provide the antithesis as well as the antidote to the state of political debauchery towards which UMNO seems to be verging.

Anonymous said...

Just a short comment -

Is this "zaki" fellow a Malay or even a non-Muslim non-Malay?

He uses the word "ustat" when Malays and Muslims use the word "ustaz".

It cannot be a mistype because he uses it again and again. For example at 10.15 AM and at 10.22 AM.

Yet he uses the name "zaki". Could he be masquerading as a Malay or as a Muslim?

He keeps quoting and defending Tok Guru Nik Aziz on exploitation. He can even quote Quranic verses as 1-2 have tried in public in the past. And a few days ago there were reports of Lim Kit Siang and Karpal Singh attending prayers at Masjid Negara. If this is true, I wonder what are the relevant Islamic laws on non-Muslims using the mosque for political purposes. I see no other purpose than political for non-Muslims attending prayers at mosques when they have no interest in being Muslims. I would love for them to be Muslims though it may be doomsday for that to happen.

Yet I see anon at 9.24 AM mengarut thinking it possible Dr Ridhuan Tee "masquerading as tokgaru".

It shows the extent these people go to create confusion and hope to gain sympathy on what they say.

And I agree with the opinions already expressed here that what has been stated endlessly by people like Asymok Ambo are often un-understandable and appear as mere ramblings.

I'll continue to stay at the side lines when such are written voluminously here.

«Oldest ‹Older   1 – 200 of 265   Newer› Newest»