Seperti yang dijangkakan persatuan-persatuan Cina yang berpengaruh termasuk MCA langsung tidak akan bersetuju dengan sebarang tindakan kerajaan untuk memperbaiki kedudukan bahasa Melayu di sekolah-sekolah Cina seperti menyeragamkan silibus Bahasa Melayu (BM) dan menambahkan masa pembelajaran BM serta cadangan untuk menambah satu lagi subjek Malaysia Negaraku dalam BM. Semua cadangan tersebut ditolak, lebih ekstrim lagi mereka mahukan subjek baru Malaysia Negaraku turut diajar dalam bahasa ibunda. Pendek kata, sebarang cadangan untuk memperkasakan BM dilihat sebagai menghakis kedudukan dan karektor Sekolah Jenis kebangsaaan Cina (SJKC). Apakah ini yang dikatakan integrasi setelah kita menolak asimilasi?
Ketua Pemuda MCA yang berjawatan Timbalan Menteri dalam bidang pendidikan begitu lantang bersuara seperti seorang jaguh kampung. Apakah beliau telah buat kajian mengenai masalah yang berlaku sebenarnya, terutama prestasi bahasa Melayu dari segi penggunaan harian dan keputusan peperiksaan di sekolah-sekolah tersebut? Sebagai seorang anggota jemaah menteri, beliau sepatutnya membuat penyelidikan lebih mendalam, yakni secara akademik untuk mengetahui apakah punca masalah sebenarnya dengan penerimaan integrasi bukan asimilasi yang terlalu dicanangkan ini? Apatah lagi beliau ada ijazah kedoktoran. Janganlah terlalu bertindak ultra kiasu seperti parti ultra tersebut! Malang sungguh Barisan Nasional (BN), sekian lama parti-parti komponen ini berada dalam kerajaan masih tidak faham aspirasi dan cita-cita negara. Saya memohon mereka datang ke sekolah saya yang majoritinya murid-murid bukan Melayu dan lihatlah keadaan mereka di sana. Buatlah kajian dan tanya kepada pengetua dan guru-gurunya. Jangan asyik menyalak sana-sini, dengan sengaja mahu menutup kelemahan. Tidak ada sesiapa yang untung, generasi kita seterusnya yang akan rugi.
Jika begini pemikiran mereka, maknanya sekolah satu sistem (SSS) hanyalah ilusi. Sentuh sedikit sahaja sekolah vernakular sudah hilang rasional, bagaimana pula hendak menyatukannya di bawah satu bumbung. Maka tidak hairanlah sekolah wawasan gagal mencapai matlamatnya. Saya yakin, selepas ini saya akan menerima lagi surat undangan untuk berdebat. Saya akan dilabelkan sebagai anti-Cina. Sedangkan saya tidak pernah menolak hak orang bukan Melayu untuk mempelajari bahasa ibunda mereka, tidak sama sekali. Saya berjanji, saya akan bersuara lantang dan mengkritik kerajaan jika ada percubaan untuk menghapuskan hak-hak bukan Melayu untuk mempelajari bahasa ibunda mereka jika ditakdirkan SSS wujud nanti. Persoalan saya, apakah SSS itu akan wujud? Jauh panggang dari api.
Sampai bilakah kita mahu melihat generasi kita berbahasa Melayu dengan baik setelah sekian lama tinggal di negara ini. Rakan saya, berbangsa Inggeris, hanya tinggal setahun di negara ini, sudah dapat menguasai BM dengan baik. Memang, galakan mempelajari bahasa lain itu amat dituntut oleh agama Islam. Malah saya amat menggalakkan umat Islam mempelajari bahasa mandarin seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri ketika merasmikan majlis makan malam sekolah menengah persendirian Cina Chong Hwa baru-baru ini. Kita selalu mendengar kata-kata “tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China”. Tetapi adakah wajar, akibat terlalu bernafsu dan ghairah mempelajari bahasa sendiri sehingga bahasa yang menjadi teras negara bangsa dan perpaduan diabaikan? Saya tidak akan bercakap dan menulis lagi jika orang bukan Melayu mempunyai asas bahasa Melayu yang kukuh sebelum ke SJKC. Malah, saya sendiri menggalakkan anak-anak saya ke SJKC kerana mereka mempunyai asas bahasa Melayu yang kukuh. Tetapi adakah perkara ini berlaku? Majoriti mereka yang belajar di SJKC tidak mempunyai asas BM kecuali mereka yang tinggal di Kelantan dan Terengganu. Bagi mereka yang tinggal di bandar, penguasaan BM amat lemah. Bukan sahaja kanak-kanak, malah yang dewasa pun sama. Saya tidak katakan semua.
Kalau tidak percaya, kita mulakan kajian terhadap ahli-ahli DAP, MCA dan Gerakan. Suruh menulis karangan dan bertutur dalam BM. Sampai bilakah kita mahu terus mendengar perbualan seperti “gua tatak mau”, “itu maciam manyak susah lo”, “lu tarak tau kah”? Siapa yang rugi nanti? Bila anak-anak kita tidak mendapat keputusan peperiksaan yang baik BM, mereka gagal mendapat biasiswa dan gagal dalam temuduga, siapakah yang akan dipersalahkan? Sudah tentu kerajaan atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dipersalahkan? JPA akan dituduh terlalu mementingkan Melayu dan bumiputera, meminggirkan bukan Melayu dan sebagainya.
Saya selalu diserang, pada mereka isu perkauman hari ini bukan disebabkan oleh dasar pendidikan vernakular tetapi disebabkan oleh UMNO yang terlalu perkauman. UMNO terus dipersalahkan oleh semua pihak termasuk mereka dalam komponen BN. Saya ingin bertanya, adakah kewujudan MCA, DAP, MIC, Makkal Sakti, PPP dan Gerakan itu tidak perkauman? PAS juga adalah parti perkauman, parti dominasi Melayu walaupun ia dibuka kepada semua orang Islam. Janganlah kerana ada seorang dua ahli jawatan kuasa dan ahli yang bukan sebangsa dijadikan alasan bahawa mereka adalah parti berbilang kaum, menyahut seruan 1Malaysia. Fakta dan sejarahnya, sejak awal lagi lagi asas-asas negara ini dibina atas dasar perkauman sehingga ke hari ini. Tidak hanya parti-parti politik yang perkauman, malahan boleh dikatakan kebanyakan persatuan atau NGO ditubuhkan atas perkauman. NGO Cina sahaja ada lebih 8000 buah di negara ini. NGO bangsa lain pun tidak kurang juga. Jika trend ini terus-menerus berlaku, bagaimanakah arah tuju negara kita pada masa akan datang?
Justeru, kita mesti cuba memperbaikinya keadaan hari ini setelah melihat semua masalah yang telah berlaku. Jangan biarkan masalah terus jadi masalah, jawapannya lagi bermasalah. Masalah harus diselesaikan dengan cara-cara dan idea-idea untuk mengatasinya. Jika tidak, kita tidak akan ke mana-mana. Wang ringgit banyak dihabiskan untuk berpolitik sesama sendiri dan menjatuhkan antara satu sama lain. Tidakkah lebih baik harta tersebut digunakan untuk lain-lain tujuan seperti pembangunan dan sebagainya?
Orang bukan Melayu cukup takut dengan akta pendidikan 1996 kerana dilihat boleh menghakis sekolah vernakular jika bahasa Melayu dikuatkuasakan. Persoalan saya, pernahkah kerajaan menggunakan atau mengimplementasikan akta tersebut sehingga kini? Tidakkah kita sedar akta ini lebih lunak, berbanding akta sebelumnya iaitu akta pelajaran 1961 yang lebih menakutkan di mana menteri pelajaran mempunyai kuasa penuh untuk menghapuskan sekolah vernakular. Akta ini juga tidak pernah dikuatkuasakan. Pernahkah kita berterima kasih dengan akta baru ini? Sudahlah tidak berterima kasih, malah mahukan akta 1996 dihapuskan terus. Bila akta ini dihapuskan bermakna bermaharajalelalah sekolah ini tanpa boleh diganggu-gugat lagi. Itulah cita-cita sebenar mereka. Terkadang-kadang saya terfikir adakah kita ini tinggal di Malaysia atau di negara lain?
Jika keadaan ini terus berjalan, seterusnya ditambah dengan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta(IPTS) yang bersifat perkauman, dipunyai oleh satu-satu kaum dan parti-parti politik perkauman, bagaimanakah pembinaan negara bangsa berasaskan identiti kebangsaaan dapat dilakukan. Saya difahamkan IPTS hari ini sudah tidak dapat dikawalkan lagi. Bahasa Melayu langsung tidak didaulatkan. Apatah lagi yang menjaganya terdiri dari kalangan menteri bukan Melayu. Saya cukup bimbang dan pasti akan berlaku suatu hari nanti, apabila ijazah IPTS-IPTS lebih laku atau lebih diterima daripada ijazah IPTA-IPTA selepas ini. Logiknya mudah, jika perkaumanlah permulaannya, maka perkaumanlah kesudahannya. Kalau itulah yang berlaku, maka berjayalah perancangan parti ultra kiasu ini dan komponen-komponen mereka. Siapakah yang rugi? Fikirkan sejenak! Tidakkah mereka sedar bahawa kerajaan hari ini telah berkorban terlalu banyak. Ratusan malah mencapai angka ribu hektar tanah telah diberikan kepada IPTS ini, tidak ketinggalan jutaan bantuan kewangan telah diberikan, atas dasar setiakawan dan semangat BN? Apakah kita pernah berterima kasih atau sebaiknya menyusun strategi untuk terus menuntut dan mendesak serta menikam dari belakang? Bila pilihan raya, parti ultra kiasulah yang terus menang.
Saya selalu ditanya dan diserang, adakah dengan tidak boleh berbahasa Melayu bermakna tidak ada semangat patriotik? Jawapan saya, ya. Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti sentiasa cinta dan berusaha untuk mengasimilasikan, mengintegrasikan dan menghormati semua dasar asas bernegara, misalnya kedudukan BM dan lagu negaraku. Ketika itu barulah jiwa menjadi kental dan kita akan berjuang bermati-matian mempertahankan negara walaupun nyawa itulah gadaiannya. Semangat ini mesti ada, jika tidak, saya bimbang kita akan lari entah ke mana atau mungkin belot dan yang paling ditakuti kita sanggup menjual kedaulatan negara kepada negara lain.
Saya memang tidak menafikan hari ini kita amat sukar menerima asimilasi. Sudah semestinya ia tidak akan berlaku lagi disebabkan oleh politik mengancam dan menuntut. Baiklah, jika integrasi itulah yang diterima, apakah integrasi itu tidak memerlukan kepada pengorbanan dan sayangnya kita kepada identiti kebangsaan seperti, bahasa kebangsaan dan menghormati lagu kebangsaan. Saya selalu ke SJKC menghantar anak saya ke sana dan selalu mendengar mereka menyanyikan lagu negaraku, kelakar sungguh bunyinya. Kalau tidak percaya cuba rakamkan lagu negaraku ketika dinyanyikan oleh murid-murid ini. Barulah kita tahu kedudukan BM yang sebenar di sekolah vernakular. Jika ditambah dengan keputusan peperiksaan BM, barulah kita tahu nasib BM di bumi Melayu.
Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia merangkap Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis
62 comments:
Hamba pun teringat kepada satu ayat pernah diucapkan oleh seorang Prof. yang tergolong sebagai the inner circle of the leanered elders dalam buku "The New Barbarians" tulisan Dunegian. Katanya, "people will have to get used to changers"
Hamba pun teringat juga dengan perakuan yang biasa dibuat oleh ramai pengkaji budaya. Kata mereka, " Budaya yang tidak berubah adalah budaya yang mati"
Masaalahnya kita ni nampaknya terlalu enggan untuk menerima perubahan. Masaalah sebenarnya apa agak agaknya. Dah macam macam saranan dibuat untuk kita semua jadi makin bersama.
Namun kenggananlah dihadapi dan jadi penghalang. Ikhlaskah perkongsian kita. Akhirnya akan sampai kemana dan bagaimana jadinya kita ini.
Kita akan bersatu apabila dah terlalu lewat!
Bercakap pasal pengorbanan ni, adakah Melayu sekali lagi berkorban. Rasanya dah terlalu banyak pengorbanan Melayu selama ini, daripada ekonomi, kongsi kuasa dan lain-lain. Mengapakah susah sangat ultra kiasu ni nak faham atau tak faham atau buat buat tak faham.
Saya kenal dengan beberapa orang bukan Melayu yang fasih berbahasa Melayu. Tetapi dia masih mengatakan bahawa "My BM is bad". Dia tidak mahu mengaku bahawa BMnya elok kerana dia merasakan jatuh tarafnya sekiranya pandai berbahasa Melayu. Apatah lagi yang tidak pandai berbahasa Melayu, mereka sebenarnya "proud" tidak fasih berbahasa Melayu. Bahasa Malaysia ini sebenarnya senang dipelajari; hence orang Russia, Jepun, Korea & Inggeris (yang bukan warganegarapun) boleh bertutur dengan fasih dalam masa yang singkat.
Salam Ustaz,
Kalau begini lah keadanya, BN kena bertindak, UMNO kena buka langkah pertama menguasai parti politk dan berbincang sesama sendiri bagi memikirkan apa akan jadi pada masa hadapan BM di tanah air mereka sendiri.
Saya pun tak menafikan hak kaum lain untuk dan tidak menguasai BM dengan baik. Kami orang Melayu memang terbukit dengan sejarah tidak suka paksa. Di campur dengan agama Islam, orang Melayu lagi tidak mahu berpecah belah. Lebih suka mengalah daripada "menang jadi abu".
Mungkin kerajaan kena bertindak tegas...dan membuat KPI sekolah jenis kebangsaan, pantau dan buat satu standart penguasaan BM. Sekiranya sekolah itu tidak mencapai KPI BM , sekolah itu perlu di rombak dari segi Pengetua, Guru Besar, Pejabat Pentadbiran, guru-guru dan waktu belajar BM di pangjangkan.
Mungkin nampak drastik tetapi ini adalah untuk kebaikan kita semua sebagai rakyat Malaysia, wajib menguasai BM dengan cemerlang.
Saya masih bujang, tak lama lagi akan mendirikan Masjid, saya dari bujang sampai sekarang selalu berazam akan menghantar anak saya ke sekolah jenis kebangsaan cina. Pada masa yang sama di waktu malam hantar anak ke sekolah agama, dan di waktu rehat hanta anak ke sekolah muzik. Itu lah azam saya pada bakal anak-anak saya. Insaalah.
Ustaz, saya tertarik dengan seorang yang komen di kolum ini yang bagi tahu "cukup senang menguasai BM"...senang yang macam mana tu? Adakah BM rojak atau "dia cakap sikit kita dah faham maksud nye"? Kalau itu di katakan menguasai jawapan nya salah! BM memang terbukti bahasa yang paling mudah tetapi ianya merupakan BAHASA ANTARABANGSA dan setaraf dengan bahasa dunia yang lain. Penguasaan BM tidak boleh lagi di sekat. Ianya berkembang dan sentiasa mendapat tempat di kelas bahasa universiti terkemuka dunia berbanding bahasa german dan francis. Sampai kelas BM pun penuh. Bukan kerana senang kuasai tetapi BM adalah bahasa komunikasi dan bahasa yang cukup indah dan unit. BM ada pantun tidak ada bahasa lain yang ada pantun.
Saya tertarik dengan seorang kakitangan DBP yang membandingkan hebatnya BM daripada BI. Contohnya kalau kita "lapar", kita akan berkata "hungry" tetapi kalau kita kata "kenyang" apa BI dia? BI tiada perkataan yang spesifik tentang sesuatu maksud ayat tersebut.
Bukan kita hendak mencari kelemahan tetapi janganlah kita berasa ego dan bangga diri apa bila kita duduk di luar negara terus cakap BI tanpa rasa hendak cakap BM pun rasa malu, takut di label "kuat makan belacan".
Salah ke makan belacan? salah ke pakai kain pelekat di luar negara?
Serangan "penghapusan BM" juga berlaku di kalangan orang Melayu.
Kalau orang bukan melayu tidak mahu menguasai BM dengan baik, ini berkemungkinan kerana orang melayu sendiri yang malu nak bercakap dan menguasai BM dengan baik.
Saya faham isu ini tak kan ada penghujungnya. Di ganti dengan kerajaan Pakatan Rakyat pun tak kan mengubah dasar ini dan isu ini tetapi di mainkan.
Saya berharap kerajaan akan bertindak dengan cara yang berhikmah dan "menang=menang"...
Ustaz, bersabarlah terima ujian dari-Nya. Saya yakin Ustaz boleh atasi masalah ini.
Saya masih menunggu buku keluaran Ustaz.
Semoga berjaya Ustaz.
Semoga Ustaz dan keluarga di lindunggi Allah s.w.t. Amin.
Salam Ustaz.
Tulisan yang bernas
Tulisan yang bernas
Wow memang panjangnya tulisan Dr. Tee ini sampai saya tak boleh tarik nafas...tetapi yang peliknya dialah sendiri yang hantar anakanya ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina......
Saya memang tak faham, pelik and hampir pengsan....Tolong tunjukkan bukti semua murid- murid sekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina amat lemah dalam Bahasa Melayu dan saya akan tutup mulut menyokong Dr. Tee sampai hujung hayat saya.....Jangan kata semua, jikalau ada 30%, saya akan buat perkara yang sama juga...
Professor daripda Harvard and Oxford pernah berkata orang Malaysia " diversity is our strength" Orang Malaysia memang mempunyai kekuatan sendiri kerana dapat menguasai bahasa yang berbeza terutama dalam dunia globalisasi ini.
Kajilah budaya kita dulu sebelum membuat sebarang rumusan....(Saya tidak akan terperanjat ada orang yang akan sekali-kala membandingkan negara kita dengan negara Komunis seperti Cina) bahkan kita akan dibangdingkan dengan Zimbawe,Burma ......
Sekali lagi jangan terjerumus dalam perangkap ahli ahli politik dan ahli acedemia yang mempunyai agenda tersendiri....
Insaf-insaflah ....
Fikir-fikirkanlah.
wa berasal dali sekolah cina rendah sampaila pelingkat menengah pon sekolah cina. Betoi kata DR RT, Sekolah cina takla aja BM dengan baik la. sampai wa mia BM memang teluk sekali la... kawan-kawan pun tak paham wa cakap apa.
atike atike DR RT pon susah i nak paham.
gurau je...
sebenarnya penguasaan bahasa malaysia di kalangan budak sekolah vernakular tidaklah seteruk seperti yang dibayangkan oleh Dr RT.
namun, terima kasih Dr RT atas kebimbangan penguasaan bahasa malaysia oleh pelajar sekolah vernakular. Segelintir murid-murid yang lemah dalam penguasaan bahasa malaysia harus diperbaiki.
I have not been able to locate the data on SJKC BM performance that I saw some time back.
Meanwhile here is a reflection of the overall performance of SRJKCs as revealed by Wee Ka Siong himself last year:
"Thu, Jul 17, 2008
New Straits Times
KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Almost one in four pupils from Chinese primary schools drop out before sitting the Sijil Pelajaran Malaysia.
This was among the alarming findings from a 2002 survey, where it was estimated that roughly 25,000 students did not remain in school up to Form 5.
And because of the startling results of the study, undertaken by the MCA with the help of the Education Ministry, the party will be conducting another study soon to see if remedial measures taken so far are effective.
Deputy Education Minister Dr Wee Ka Siong said his office would assist MCA to look into the current status of Chinese primary school pupils."
Btw, one other "Harvard and Oxford Professor" said unity in diversity my foot. It's pure sloganeering. (See how easy to say things on controversial issues without quoting authorities adequately).
And, Dr Ridhuan, do go on writing long articles like you usually do. I think not many of your readers have low attention span or Attention Deficit Disorder.
to my Dear Zendra, if you do not understand English, please do not bark around
"Almost one in four pupils from Chinese primary schools drop out before sitting the Sijil Pelajaran Malaysia" they drop out because not poor command of Malay but other resaons......
Please get your fact right before barking like a mad dog
Memalukan.....
To my Dear Dear Dear Zendra,I must thank also your kind reminder, about the drop out of chinese students. This show that, they need help also...In fact, all Malaysian student need help in regards of race like our PM say 1 Malaysia mah.....Still cannot get it....alamak!!!!!! I want to pengsan again!!!!!
Truly Malaysian,
....the drop out of chinese students. This show that, they need help also...
Maybe you want to write to Hu Jin Tao and ask him to help the chinese students?
Ai yo yo Kenn, bilakah anak bangsa Malaysia nak dapat bantuan daripada Negara Komunis...hang lebih baik cadangkan saya jemput Chin Peng balik ke Malaysia dan dapat bantuan daripada dia...Ai yo yo nak buat sya pengsan lagi..kah kah kah....pakailah otak sikit....
Zendra, mungkin perubahan bahasa pengantar menyukarkan pelajar-pelajar SJK mengikut pelajaran di SK. Jadi tidak pelik jika kadar keciciran sangat tinggi.
kefasihan mereka berbual dalam bahasa malaysia juga kurang memuaskan. tidak dinafikan mereka boleh menggunakan bahasa malaysia tetapi pelat dan janggal.
Hi All,
Apologies for posting this question here. I have a question not related to the topic but hope someone can help:
I would like to know if there are any AUTHORITATIVE websites (can be overseas) that provides information on the do's and don'ts of handling dogs for Muslims. There are many sites on the Internet but many are personal opinions and view.
My observation is that the police, customs and also vets (I brought my dog to the Selangor govt vet clinic and the Malay vet was very affectionate to my dog and had no problems handling him) can handle dog even though many are Malay/Muslim officers. So, would be good if anyone out here can be of help.
Thanks.
Truly Malaysian,
I had just quoted the produce of your brain when you wrote chinese students.
Truly Malaysian,
I had just quoted the produce of your brain when you wrote chinese students.
Ok Kenn, I give up... you win...the best ever BRAIN ever produce...kah kah kah....please do not stop me......kah kah kah....ai yo I pengsan again...
Salam semua,
To my Dear Dear Dear Zendra,I must thank also your kind reminder, about the drop out of chinese students. This show that, they need help also...
Mereka mahukan pertolongan yang macam mana lagi menurut saudara TRULY MALAYSIAN? Jika saudara mempunyai cadangan yang bernas, bolehlah berkongsi dengan kami semua di sini.
Bila kerajaan mahukan selaraskan silibus BM di semua sekolah, kerajaan ditentang habis-habisan. Kaum saudara fikir kami mahu menghapuskan budaya bangsa saudara. Padahal niat kerajaan ikhlas mahu membantu kaum saudara dalam meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Kebangsaan. Sebarang tindakan kerajaan berkaitan sekolah cina juga ditentang. Jadi bagaimana saudara? Mungkin saudara mempunyai idea yang lebih bernas, silalah berkongsi dengan kami semua di sini. Terima kasih.
Wow memang panjangnya tulisan Dr. Tee ini sampai saya tak boleh tarik nafas...tetapi yang peliknya dialah sendiri yang hantar anakanya ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina......
Tidak salahkan menguasai bahasa cina? jadi apa masalahnya di sini, TRULY MALAYSIAN? anak2 DR RT sudah mempunyai asas bahasa kebangsaan yang kukuh, jadi tidak salah rasanya menghantar anak beliau kesekolah cina untuk mempelajari bahasa lain pula. DR RT juga ada menjelaskan di artikel beliau di atas:
Sedangkan saya tidak pernah menolak hak orang bukan Melayu untuk mempelajari bahasa ibunda mereka, tidak sama sekali. Saya berjanji, saya akan bersuara lantang dan mengkritik kerajaan jika ada percubaan untuk menghapuskan hak-hak bukan Melayu untuk mempelajari bahasa ibunda mereka jika ditakdirkan SSS wujud nanti. Persoalan saya, apakah SSS itu akan wujud? Jauh panggang dari api.
Saya quote kan sedikit artikel DR RT mana tahu saudara TRUELY MALAYSIAN tidak sempat menghayati tulisan beliau.
-----------------------------------
Kadang kala, saya terfikir bilakah 1Sekolah akan ditubuhkan. Saya ingin lihat kanak² pelbagai kaum di satu sekolah yang sama. DAN saya juga ingin melihat mereka mempelajari bahasa-bahasa kaum yang lain di satu bumbung sekolah yang sama. Saya sendiri akan menentang jika 1Sekolah ini di ajar dalam bahasa kebangsaan sahaja dan menafikan hak kaum lain mempelajari bahasa ibunda mereka. Cuma pada pendapat saya, alangkah indahnya melihat kanak² pelbagai kaum bersatu di bawah 1Sekolah. Mereka bergaul sejak kecil. Tidak dipisahkan. Kerana pada saya, kanak² kecil seperti ini amatlah suci dan senang dilentur. Jika sudah tua nanti, susah pula. Ibarat kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Dan saya juga berharap andai kata 1Sekolah tercapai, kerajaan haruslah memantapkan lagi sistem pendidikan malaysia. Supaya dasar pendidikan negara kita setanding dengan negara² maju yang lain.
Cuma saya hairan, kenapa niat suci ini ditentang? adakah tidak baik mencampurkan kanak2 pelbagai kaum dan agama di satu sekolah? Adakah mereka akan menjadi melayu jika bersetuju dgn cadangan murni ini? adakah hilang identiti bangsa mereka? Semasa di sekolah menengah dahulu saya dapat lihat betapa susahnya kaum cina untuk bersuai kenal dengan pelajar kaum2 lain. Mereka banyak berkumpul bersama mereka sahaja. Sama juga dengan bangsa melaui dan india. Kerana di sekolah menengah inilah mereka baru pertama kali bercampur bersama, bersekolah bersama. Kan kekok itu? Saya yakin ini tidak akan terjadi jika mereka sejak dari kecil lagi disatukan.
Saya berharap sangat-sangat mereka fahan dengan hasrat kerajaan yang satu ini. Janganlah takut. Tidak hilang indentiti saudara semua. Tidak akan jadi melayu dgn bersekolah bersama. Tidak akan jadi Islam jika bersekolah bersama.
Saya masih ingat di zaman sekolah menengah saya suatu ketika dulu. Di mana seorang rakan cina sekelas saya mengambil songkok yang saya pakai dan di pakai di kepalanya. Apa yang menarik perhatian saya adalah kata2 beliau ketika itu:
"eh, saya tak masuk islamkan dengan pakai songkok ni?" dia macam ragu2. Saya jelaskan kepada beliau, itu hanyalah pakaian tradisional orang melayu dan bukanlah syarat masuk islam dengan memakai songkok. Sama seperti jika saya memakai pakaian tradisional kaum cina.
Sekian terima kasih.
Saya teringin melihat kaum cina / melayu / india tinggal di luar negara, mungkin negara eropah dan jadi warganegara di negara tersebut dan masih mengekalkan identiti bangsa masing2 di sana. Dirikan sekolah sendiri dan tidak bercampur dengan masyarakat sedia ada di sana. Tentu susah kan? dan saya percaya takkan terjadi macam ni.
Tetapi saya rasa macam susah sangat untuk praktikkan peristiwa di atas ini bila di Malaysia. Nampakkan bezanya?
adakah kita terlalu berlembut?
saudara 6oLsh0i_6o0z3,
bagaimana nak bandingkan malaysia dengan eropah?
malaysia dibina oleh ketiga-tiga bangsa. cina dan india bukan pendatang asing ke malaysia.
malaysia harus bangga dengan kewujudan sistem pendidikan yang diverse dan sesuai dengan suasana negara.
jika kita terbalikkan keadaan, jika silabus bahasa cina diselaraskan sama seperti sekolah cina, adakah kaum lain dapat menguasai bahasa cina dengan cepat? rasanya susah.
maka sebagai permulaan, pada peringkat sek rendah, bagi pelajar2 sek rendah cina, silabus BM adalah lain dengan SK supaya senang dikuasai, apabila sampai di peringkat menengah, silabus adalah sama, walaupun di SMJK.
sesetengah orang mungkin akan kata BM itu bahasa kebangsaan, tidak boleh dibanding dengan bahasa cina. Ya betul, saya cuma ambil contoh bagaimana caranya untuk mempermudahkan pembelajaran BM bagi seseorang yang sejak dari kecil bertutur dalam bahasa cina di rumah. tak beranilah saya hendak samakan kedudukan bahasa cina dengan BM.
menentang silabus yang sama BM bukan hendak merendahkan BM, tetapi untuk memudahkan penguasaan BM.
salam dr...tahniah kerna menyertai wawancara di rtm tempoh hari..tertarik dgn beberapa kenyataan dr ketika itu walaupun sudah berulang-ulang kali dr bangkitkan di ruang akhbar mahupun blog..walaubagaimana pun konsep 1m'sia gagal di fahami oleh segelintir rakyat yg menonton siaran secara lansung ketika itu.baik di studion mahupun rumah.1m'sia?????????
Askum kepada Ustaz.
Saya ingin memberi maklum balas mengenai rencana yang ditulis oleh Tuan dalam AL-Islam, iaitu isu Muallaf.
Tuan adalah ustaz cina yang terkenal di atas Malaysia, saya harap tuan boleh teruskan usaha untuk menyedarkan masyarakat mengenai kesukaran menjadi muallaf. Saya sebagai muallaf juga menghadapi sedikit sebanyak cabaran dalam kehidupan, bagaimanapun masyarakat malaysia umpama tidak mengetahui dan tidak ambil berat.
Sekian.
Saudara 6oLsh0i_6o0z3,
Saya juga mahu melihat semua kaum bersekolah di tempat yang sama. Sama-sama belajar bahasa-bahasa lain.
Sekolah sekolah jenis kebangsaan yang ada sekarang tidak menyediakan suasana yang baik untuk perpaduan kaum. Bukankah lebih elok jika semua kanak-kanak bercampur gaul?
Bukankah mereka berkehendakan sama rata?Keadilan?Kenapa perlu menolak sukatan matapelajaran yang sama?Dimana samarata yang selalu dicanang mereka?Hilang atau tenggelam?Sukatan yang sama adalah kesamarataan yang mereka hendakkan selama ini.
Bukankah mereka sangat hebat?Kaum yang bijak lagi maju, tiada tandingan di dunia ini? Sekadar sukatan yang sama untuk semua sekolah sepatutnya hal yang mudah bagi kaum yang hebat gagah perkasa, bijak, adil lagi saksama?
Adil dan sama rata, tetapi sekolah lain-lain..Aneh sungguh pendirian mereka?Saya keliru, tidak tahu hujung pangkal bila dibaca pendapat mereka..Apa yang mereka mahu sebenarnya?
Takut hilang identiti?Bukankah mereka sangat hebat lagi gagah perkasa, bijak tak terkata, maju tak terhingga?Jadi kenapa takut?
Ataupun tidak mahu bercampur dengan kaum lain yang kononnya menurut mereka lemah dan hina?
Salam Tuan Dr;
Negara Malaysia ini begitu indah, begitu makmur dan begitu pemurah kepada rakyatnya. Saya percaya tiada seinci pun bumi lain yang lebih menawan, lebih lembut bila melayan setiap penduduknya, tidak kira bangsa, agama, pangkat, miskin atau warna, dari negara kita ini. Tiada negara lain lebih bersikap baik kepada penduduknya berbanding negara kita. Tidak ada bumi lain yang lebih baik dari bumi Malaysia. Tiada gempa. Tiada tsunami. Tiada kemarau kontang. Tiada api pemusnah hutan. Tiada gunung barapi. Kemakmuran merata-rata. Dengan berjual sampah pun boleh cari makan.
Namun terdapat juga rakyat yang enggan berterima kasih kepada tanah tumpah darah kita ini. Ramai yang menyakiti bumi kita ini setelah mengaut kesenengan darinya. Mereka memburuk-burukkan bumi tumpah darahnya di mata dunia. Mereka mengkhianatinya dengan melakukan ketaatan kepada negara asing. Mereka enggan bersepadu dalam perpaduan bangsa. Mereka enggan berkorban walau dengan sekelumit perkataan pun demi ketaatan dan kepatriotisme. Mereka megah dengan enggan berkorban untuk negara dengan berkata "aku dah bayar cukai. itu korbanlah namanya"
Orang-orang sebegini, bila musuh datang menyerang, mereka akan berlindung di negara asing. Tidak terlintas untuk melindungu negara ini. Mereka akan beramai-ramai mengosongkan negara ini bila elonominya merudum. Tak usahkan berkorban sedikit untuk sama-sama menangung beban dan risiko negara ketika diserang atau menghadapi malapetaka, untuk berkorban sedikit untuk berintergrasi pun mereka berhelah dengan memburuk-burukkan rakyat lain.
Bagi mereka yang jenis ini, saya kira mereka ini lebih sampah dan hina dari najis yang keluar dari perut mereka. Malangnya sampah ini tidak laku dijual. Anjing hutan di Gurun Kalahari pandai bermasyarakat. Maka mereka golongan serba-tak-puas-puas-dan hati busuk ini lebih rendah dari darjat binatang. Singa ganas pun menandai kawasan mereka dengan air kencing mereka sebagai tanda persempadanan dan pertahanan. Tetapi setengah makhluk yang memegang MYkad Malaysia enggan berkorban sedikit pun untuk teritory bersama.
Jelas mereka ini tidak berhak untukl diakui sebagai rakyat. Mereka rakyat asing. Mereka tidak berhak kepada kesenangan yang diberi oleh tanah air kita. Bahkan mereka terlalu hina untuk menghirup udara segar Negara kita. Tanah tumpahnya darah kita.
Salam Dr. RT.
Ada yang mengatakan :-
".... bagi pelajar2 sek rendah cina, silabus BM adalah lain dengan SK supaya senang dikuasai...."
Anak cina mana yang sesat dok belajar di sekolah yang ada di Malaysia ni?
Tak kan orang Malaysia kut? Lahir di Malaysia, umur 7 tahun, tak dapat kuasai Bahasa Kebangsaan? Mak Bapak tu orang pendatang ke sampai tak leh nak ajar anak kuasai BM? Nak kena sylabus khas pula di sekolah?
seperti kata Dal, saya setuju terlalu banyak parasit dalam negara sekarang ini yang tidak banyak berbakti kepada negara malah cuba merosakkan perpaduan kaum.
saudara Antu,
silabus yang berlainan tidak membawa keburukan kepada negara. umur 7 merupakan umur mula mendapat pendidikan formal.
kaum cina dan india bertutur dalam bahasa mandarin dan tamil sejak kecil, maka permulaan untuk belajar BM susah sikit bagi kaum cina. saya tidak faham kenapa saudara bantah sangat silabus yang lebih senang di SJKC. janganlah kiasu sangat.
Wahai pengkomen bergelar 'malaysia'
Bukankah di dalam artikel Dr Tee kali ini ada menyatakan "Rakan saya, berbangsa Inggeris, hanya tinggal setahun di negara ini, sudah dapat menguasai BM dengan baik."
Alasan anda "maka permulaan untuk belajar BM susah sikit bagi kaum cina." adalah sebagaimana Dr Tee menulis;
"Jangan asyik menyalak sana-sini, dengan sengaja mahu menutup kelemahan. Tidak ada sesiapa yang untung, generasi kita seterusnya yang akan rugi."
Mengenai kenyataan anda "saya tidak faham kenapa saudara bantah sangat silabus yang lebih senang di SJKC."
Persoalan di sini ialah "Sampai bilakah kita mahu melihat generasi kita berbahasa Melayu dengan baik setelah sekian lama tinggal di negara ini."
Persoalan yang kedua ialah, "akibat terlalu bernafsu dan ghairah mempelajari bahasa sendiri sehingga bahasa yang menjadi teras negara bangsa dan perpaduan diabaikan?"
Persoalan yang ketiga ialah, "kita mesti cuba memperbaikinya keadaan hari ini setelah melihat semua masalah yang telah berlaku. Jangan biarkan masalah terus jadi masalah, jawapannya lagi bermasalah. Masalah harus diselesaikan dengan cara-cara dan idea-idea untuk mengatasinya. Jika tidak, kita tidak akan ke mana-mana."
Ungkapan anda, "janganlah kiasu sangat." telah dijawab oleh Dr Tee dalam artikel kali ini; "Orang bukan Melayu cukup takut dengan akta pendidikan 1996 kerana dilihat boleh menghakis sekolah vernakular jika bahasa Melayu dikuatkuasakan. Persoalan saya, pernahkah kerajaan menggunakan atau mengimplementasikan akta tersebut sehingga kini?"
Sdr harun,
Saya senang hati membaca hujah-hujah yang Sdr keluarkan menepis dakwaan pihak-pihak yang saya fikir bukannya tidak tahu atau tidak faham, tetapi sengaja tidak mahu menerima dan patuh kapada Perlembagaan sepenuhnya.
Namun demikian, untuk keperluan kesejahteraan negara, kita perlu teruskan usaha-usaha memberi penerangan, menepis dan membantras dakwaan tersebut.
Tiada hujah-hujah yang menasabah berkenaan penggunaaan bahasa lain sebagai bahasa pengantar disekolah-sekolah. Begitu juga kurikulum dan silabus. Bahawa keadaan itu telah berlaku sejak lebih 50 tahun lalu tidak bermakna keadaan itu betul disisi atau baik untuk negara. Terutama sekali apabila Perlembagaan negara telah menyatakan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan.
Bermacam-macam alasan telah dikeluarkan. Kesemuanya menjadi ha-nya alasan, bukan sebab yang menasabah atau boleh diterima bagi kengganan mereka menerima Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dan kurikulum serta silabus yang sama dengan Sekolah Kebangsaan. Inilah masalahnya. Mereka mahu memencilkan diri sendiri, mengasingkan diri dari aliran nasional. Ini menyebabkan mereka disindir dan diperso'alkan kesetiaan mereka kapada negara ini.
Apakah kesetiaan kapada negara? Bukannya dengan melaungkan kata-kata cintakan Malaysia beribu kali seharai. Atau membayar cukai. Sebagaimana telah disebutkan dibeberapa tempat, buruh asing pun membayar cukai yang berbentuk "levy" dan mereka bukan pun rakyat dan tidak perlu membuktikan kesetiaan kapada negara ini.
Kesetiaan mestilah berdasarkan hormat dan patuh kapada Perlembagaan negara. Jika sesaorang yang mengaku dirinya rakyat tetapi didak hormat dan mengikuti Perlembagaan negara sepenuhnya, kesetiaannya memang dicurigakan.
Terutama sekali kerana Perlembagaan itu telah dipersetujui dan diluluskan diParlimen. Mereka yang mewakili rakyat berbilang kaum telah meluluskannya. Mereka sendiri terdiri dari berbagai kaum dinegara ini.
Maka timbullah sicerdek pandai kononnya, sipengungkit masalah nampaknya, sipengikut aliran anti-nasional dan sapertinya yang mengatakan kononnya Perlembagaan itu dirangkakan penjajah British dan sebagainya. Mereka saperti itu kepalanya sudah tidak betul. Bukankah tidak masuk akal ungkitan saperti itu? Sebab, walau siapa pun yang menggubal Perlembagaan itu, perkara pokok baginya ialah bahawa Wakil-Wakil Rakyat negara ini, ia-itu rakyat Malaya pada masa itu, telah mendebatnya, kemudian meluluskannya diParlimen. Berikutpenubuhan Malaysia, sekali lagi Perlembagaan telah didebat dan diluluskan diParlimen.
Timbullah pula hamba Allah yang hendak berpandukan kapada Chin Peng dan yang hendak kebenaran diberi baginya masuk negara ini (bukan "pulang" sebab Professor Khoo Kay Kim telah selidikki dan dapati dia bukan rakyat negara ini). Mereka saperti itu boleh dikatakan subversif. Sebab Chin Peng, bukan sahaja tidak mengaku salah dan meminta maaf dengan jelas, dia juga mengatakan dia masih berpegang kapada fahaman komunis. Kerana Malaysia mengharamkan kegiatan komunis dan Parti Komunis Malaya, adalah salah disisi undang-undang bagi Chin Peng di benarkan masuk. Mereka yang mahukan dia masuk dan tinggal diMalaysia adalah subversif.
Yang lain-lain dibenarkan "balek" keMalaysia sebab mereka telah memohon dengan cara mengikuti peraturan sepenuhnya, dan diberi kerakyatan Malaysia. Lebih penting lagi, mereka telah mengikrarkan penolakan pendirian kominis mereka itu.
Sdr malaysia,
ini bukan soal syllabus.. ini soal ULTRA KIASU yang sdr sendiri tulis..
"...kaum cina dan india bertutur dalam bahasa mandarin dan tamil sejak kecil..
kaum lain pun bertutur dalam bahasa ibunda mereka sendiri (lihat saudara semalaysia di Sabah & Sarawak) tetapi mereka tidaklah pula se ULTRA KIASU terus menerus dgn bahasa cina & tamil sehinggakan bahasa kebangsaan sendiri tak tahu cakap!
Dan org cina saya rasa bukan cakap mandarin dari kecil. Mereka cakap tionghua, cantonese entah apa balak lagi. Bila besar nak cakap mandarin pulak. Mana yang dikatakan orang malaysia nya kalau serba serbinya cina?
saudara Harun, Zendra dan Antu,
keadaan ini samalah seperti penguasaan ekonomi dalam negara.
perlindungan akan terus diberikan kepada golongan yang lemah dalam penguasaan ekonomi, walaupun sudah 52 tahun merdeka, walaupun sudah berkurun-kurun tinggal di tanah Malaysia, walaupun sudah lama DEB seharusnya tamat, golongan tersebut masih terperangkap dalam 'poverty circle'. perlindungan tetap akan diberikan. sebab kita tahu golongan tersebut masih ketinggalan dari segi ekonomi.
kita tahu, jurang pendapatan yang lebar akan menyebabkan masalah sosial yang serius. maka perlindungan diberikan. tak kan begitu senang pun tak faham.
kalau pasaran dibuka secara sama-rata, bayangkan apa yang akan berlaku pada pencapaian ekonomi golongan tersebut?
1. terus meningkat dan konsisten dengan golongan yang kuat?
2. tidak dapat survive sebab tidak dapat bersaing dengan golongan yang kuat?
bandingkanlah dengan isu silabus BM yang berbeza dan hanya dilaksanakan sepanjang peringkat sekolah rendah.
sambungan:
jangan selalu kata cina hanya pentingkan ekonomi (pentingkan diri sendiri) dan mengabaikan kepentingan negara (perpaduan).
sebuah negara yang tinggi pencapaian ekonominya mempunyai masalah sosial yang rendah. lihat contoh di negara2 Scandanavia.
bila semua rakyat di Malaysia mempunyai pendapatan yang tinggi, negara akan jadi aman damai.
namun pada peringkat kini, negara dalam tahap membangun. negara sedang dalam perjalanan menjadi negara maju. jangan kata pencapaian ekonomi tidak penting. pencapaian ekonomi individu-individu = pencapaian ekonomi negara.
walaupun pekerja asing bayar levi, namun mereka kirim wang balik kepada negara asal. kita sebagai pembayar cukai membayar dengan punuh rela, pendapatan2 juga tidak dihantar ke negara mana-mana, kita guna di malaysia.
maksud saya, jangan sangsi ketaatan bangsa cina(kiasu) terhadap negara. mempertahankan bahasa cina tidak bermaksud menentang perlembagaan negara.
Some chinese are so chinese and most terrified at the idea of leaping over the chinese margin. Whilst mingling with Malays, they still toy with this doubt that, absorbing themselves in Bahasa Malaysia bermakna belot pd bahasa ibunda mereka. Alas..just eradicate or be rid of this scepticism or cynicism [whatever..], then hasrat murni kerajaan tempat kita semua berteduh akan membuahkan sukses..am I right?
Assalamu 'alaikum.
Rasanya tidak lewat untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH!
Apa yang diudarakan oleh Dr. Ridhuan memang benar. Masih terdapat ramai generasi muda kaum bukan Melayu terlalu lemah penguasaan bahasa Melayu. Penguasaan bahasa Melayu yang lemah di peringkat SRJK Cina dan Tamil telah menjadi punca keciciran bila masuk ke peringkat sekolah menengah.
Kelemahan penguasaan bahasa Melayu ini ada berbagai-bagai sebab, antaranya ialah kemiskinan, taraf pendidikan ibu bapa yang rendah dan kurang sifat kiasu.
Semua anak-anak saya bersekolah di SRJK Cina. Mereka lebih banyak berbahasa Melayu dan hanya berbahasa Melayu dengan ibu mereka keturunan mamak di rumah. Saya menyangka mereka akan lebih baik prestasi dan lebih tinggi markah dalam matapelajaran BM bersaing dengan murid-murid Cina sedarjah. Tetapi di luar sangkaan saya, ramai murid-murid Cina sedarjah mengatasi anak-anak saya dalam matapelajaran BM!
Anak-anak saya menganalisa bahawa ramai ibu bapa Cina memang bersifat kiasu, awal-awal lagi menghantar anak mereka ke kelas tiusyen pelbagai sabjek termasuk bahasa Melayu. Mereka menguasai lebih banyak perbendaharaan kata Melayu daripada anak-anak saya malahan anak-anak Melayu yang sama kelas yang over confident terhadap keupayaan bahasa ibunda mereka.
Oleh itu kita tidak hairan ramai pelajar Cina berasal dari SRJK boleh skor A1 dalam sabjek BM dalam peperiksaan SPM mengatasi ramai pelajar Melayu. Mereka juga boleh bertutur BM menggunakan tatabahasa yang betul berbanding dengan ramai budak Melayu.
Sifat kiasu atau ultra kiasu bila digunakan pada tempatnya menjadi perkara yang memerangsangkan! Tetapi jika ianya digunakan untuk mengkhianati bangsa dan negara, ia akan jadi malapetaka!
Baru-baru ini, ahli-ahli politik Melayu berbalah sesama mereka mengenai kewajaran kurikulum kursus Tata Negara yang dijalankan Biro Tata Negara.
Apa sekalipun natijah pertikaian ini, kerajaan perlu terus mengadakan kursus Tata Negara yang benar-benar berkesan menanamkan semangat patriotik dalam jiwa setiap warga negara, biar ianya dijalankan dalam apa bahasa sekalipun.
Baru-baru ini terbongkar rahsia kecurian enjin kapal perang yang dilakukan oleh mereka yang sepatutnya bersemangat patriotik! Mereka ini adalah pegawai kerajaan yang pasti fasih bertutur Melayu, sepatutnya lebih bersemangat patriotik terhadap negara yang terbina atas bumi Melayu, tiba-tiba mereka menjadi pengkhianat negara, lebih merbahaya mengancam keselamatan negara daripada rakyat biasa termasuk yang tidak pandai berbahasa Melayu!
Kemungkaran ini telah berlaku di bawah bidang kuasa Kementerian Pertahanan Negara. Kebetulan Dr. Ridhuan juga menjadi pensyarah kanan di Universiti Pertahanan Nasional, eloklah kalau Dr. Ridhuan boleh menulis dalam rencana akan datang mengenai fenomeno orang Melayu yang tidak mencerminkan semangat patriotik dan impaknya terhadap psikologi rakyat bukan Melayu, dari perpekstif seorang ahli akademik keturunan Cina dan muslim.
Ordinary joe,
Peace be upon you and have a prosperous new year!
Just 2 days ago a seminar on hukum hakam related to non-muslim was held at bangunan SUK Selangor, Shah Alam. It was organized by one persatuan ulama and of course sponsored by Selangor government under the portfolio of Y.B. Dr. Halimah Ali or Y.B. Dato Dr. Hasan Ali
haiza najwa,
You are right. True "Some chinese are so chinese and most terrified at the idea of leaping over the chinese margin."
You see, the Chinese who began to come in big numbers to Larut in the 1860s brought with them secret societies, thugs and gangsters. They not only controlled the tin mining industry but also the entire Chinese community, if not others as well, in the area. The Ghee Hins and the Hai Sans were also in control in Selangor.
You can imagine what life under the control of secret societies, thugs and gangsters is all about. Ask any Police Officer who has dealings with them in their ccareers and they would tell you that when a death or serious crime occurs in Petaling Street or any China Town the world over, the attitude of three monkeys - no talk, no see, no hear - prevails. It has become so imbued in their society that it has become their way of life, their culture. Indeed they become "terrified at the idea of leaping over the margin."
Bear in mind that this system of secret societies, thugs and gangsters is very much alive now and will continue forever because it has become a way of life. They try to practise it even in the very seat of the Selangor State Government - one PKR ADUN and one PKR MP said the DAP Exco is linked with the Underworld and even met these unsavoury characters in the State Government premises. Imagine that!
And the Ronnie fellow banged MACC doors, even the Klang Hospital morgue doors. (We can't call this kind of fellows YB, can we?).
(Continued in Part 2)
Part 2
Then we have the kind of comments as shown above - when I talked about proof of loyalty to the country pointing out that paying tax is not sufficient proof because even the foreign labourers pay tax (levy), he talks about "kita sebagai pembayar cukai membayar dengan punuh rela". It's the same logic of being loyal by shouting a thousand times a day "I love Malaysia", "I am Truly Malaysian", I even use the name "malaysia" when blogging. What kind of logic is that? What kind of proof of loyalty is that?
Yet they don't respect Article 152 on Bahasa Malaysia and Article 153 on the Special Position of the Malays" which their forefathers agreed to in exchange for their citizenship.
He compares himself with the foreign labourers, saying "pendapatan2 juga tidak dihantar ke negara mana-mana, kita guna di malaysia". If that is a proper basis of loyalty, then loyalty is no issue in this country at all. Can that be believed? Loyalty has been a major problem we are facing. in fact, is the root of many of the problems.
People like this fellow think way different from others. Their logic is perhaps understood only among themselves. He says "mempertahankan bahasa cina tidak bermaksud menentang perlembagaan negara". He does not know or appreciate that people are not talking about "mempertahankan bahasa Cina". People are talking about insisting on Bahasa Cina as the medium of instruction in schools. Insisting on Mandarin as the medium of instruction is clearly against Article 152 of the Constitution. No two-way about it. Mandarin can be learnt in BM medium-of-instruction schools as elective subjects but not as a medium of instruction.
Then again, I think he knows all these. He just doesn't want to accept Article 152. Yet he calls himself Malaysian, even uses the name "malaysian" for blogging. The very fact that he uses that name suggests he doesn't care very much for the reverence or respect for the name of our country. He disregards the fact that even for businesses, nobody is allowed to use the word "Malaysia" without the approval of the Registrar of Companies. I suppose he couldn't care less. He thinks he is a loyal Malaysian by arrogantly using the name "malaysian" irrespective what others think about him.
He'd say, ah, the authorities don't say anything to him about it, so, why worry? The authorities don't even say anything about the subversives in blogoshpere, so why worry? He'd adamantly insist that he is a loyal citizen and tells others not to raise the loyalty issue.
(Continued in Part 3)
Part 3
This cannot be, man. You cannot say you are loyal just because you use the name "malaysian" (which others don't, out of respect for the country), or just because you pay tax and don't send money out of the country. Loyalty must be respect for and living by the Constitution. It's the highest set of laws in the country, all other laws are derived from it, no other laws can be valid if they contradict the Constitution. It's the foundation, the backbone of the country. Without a Constitution, a country is not a country, just a hotpotch of people kiving under the laws of the jungle, whoever is stronger survives, woe betide the weaker ones, the disadvantaged.
You should realise that even in Mainland China, the Chinese got help when being the disadvantaged. The Manchus, a foreign power that conquered and ruled China for hundreds of years until early last century, allocated 25% of administrative posts to the southern Chinese because they were the disadvantaged.
Now in Malaysia your forefathers have agreed that the Malays were the disadvantaged in their own country under British colonial rule and they have a Special Position in the Constitution as Article 153. In any case, that Special Position was in exchange for the Malay leaders agreeing to citizenship for the non-Malays, who were stateless all those years under British colonial rule and earlier. And the Constitution had been debated and approved by Parliament, once at Merdeka, another at the formation of Malaysia.
So now don't you think that your loyalty is questionable if you do not accept, respect and live by the Constitution of the country, Article 152 and 153 included?
malaysia,
..keadaan ini samalah seperti penguasaan ekonomi dalam negara...
Tak sama sebab anda bercakap tentang "golongan ini" dan "golongan itu" mengenai ekonomi, sekolah etc. Banyak golongan yang segregated dalam satu negara.
Dan kami bercakap atas satu landasan "satu golongan" sahaja, ialah "golongan" Malaysia.
Mana sama. Anda masih dengan tembok perkauman anda.
ummataunwasoto,
Oleh itu kita tidak hairan ramai pelajar Cina berasal dari SRJK boleh skor A1 dalam sabjek BM dalam peperiksaan SPM mengatasi ramai pelajar Melayu. Mereka juga boleh bertutur BM menggunakan tatabahasa yang betul berbanding dengan ramai budak Melayu.
Sifat kiasu atau ultra kiasu bila digunakan pada tempatnya menjadi perkara yang memerangsangkan! Tetapi jika ianya digunakan untuk mengkhianati bangsa dan negara, ia akan jadi malapetaka!
Setuju!
Janganlah jadikan BM suatu pembelajaran kerana nak skor A1 sahaja dlm peperiksaan. Keluar dewan periksa, bercakap cong ceng cong ceng bahasa asing.
Memang memberansangkan apabila rakyat Malaysia bercakap menggunakan bahasa Kebangsaan dengan tatabahasa yang betul. Silalah teruskan semangat ini, bukan sahaja dalam dewan periksa.
Kalau yang ini cong ceng, cong ceng, yang itu umbalagek, umbalagek, maka malapetakalah jadinya apabila saling tidak memahami bahasa yang digunakan itu.
Alfonso2009 :
OH? Ya kah Melayu sudah melakukan banyak pengorbanan? Saya salah terbaca lah tu? Jangan tipu snediri lah Melayu sudah banyak malakukan pengorbanan. Tengok la apa yang jadi dengan Sabah.
Dari segi ekonomi, kau sudah tipu kau sendiri, siapa yang 'merompakan' keuntungan dari petroleum yang dimiliki oleh orang Sabah? Oleh ahli2 politik yang majoriti terdiri dari orang Melayu juga. Siapa yang menyebabkan negeri Sabah dilanda dengan pendatang tanpa izin yang hampir melebihi jumlah orang Sabah dan lepas tu mengedarkan kad pengenalan kepada mereka semata-mata untuk tambah jumlah orang yang beragama Islam? Dilakukan oleh bekas Perdana Menteri yang merupakan orang Melayu juga.
Selalu jerit ketuanan Melayu sana sini, tapi tidak sedar ketuanan Melayu tu hanya b'fungsi di tanah Melayu atau semenanjung saja. Bila orang bilang tu b'canggah dengan 1 Malaysia, tidak mengaku salah pula!
Maksud saya bukan semua orang Melayu ada niat sebegitu, hanya orang yang macam kau la yang 'kehilangan' akal pandai berkomen gitu. Kalau p'tubuhan2 cina tu digelar ultra kiasu. Kau pula, apalah? Tidak payah pikir banyak2 bah, terus digelar Ultra Mimpi & Ultra Tamak!
A tad of favour fr me Joe. Sian U. Handling dogs 4 Muslim is easy. We only not allowed to touch the species if it's skin is wet or with damp or wet hands. There's some hazardous effect coz these 2 species[dog n pig] are the habitat of tape worms which is harmful to anyone. If u care to view this scientifically. Since Islam is no doubt d first explorer of ilmu sains n our prophet Muhammad is the 1st scientist unquestionably. Kalau trsentuh jua tak pula berdosa, cuci tgn 7 kali termasuk dgn air tanah. Tutup jer mulut anjing tu dengan jaring besi jangan sampai menyakitkan dia. And Zendra, where's part 4? Should anyone interested in exploring a teeny weenie story 'bout the mualaf, why not go over my novel 'Sentuhan Cinta' A beautiful story about a Mualaf yg akhirnya mengIslamkan dirinya utk kali ke 2 slps bnr2 kenal dan cintakan Islam.
Talking 'bout Islam, I think that is one of the major factor why d chinese is so terrified of letting their offsprings enmeshing themselves in BM. Mereka sangka, lancar cakap Melayu akan jadi orang Melayu dan akhirnya masuk Melayu. Ha ha..itu view dogmatik mereka tentang Islam..heaven forbids! Should tear open their square head a bit..
Dr Ridhuan,
Memang semestinya integrasi memerlukan pengorbanan. Masalahnya ada yang mengaku rakyat tapi tidak sanggup berbuat demikian. Mereka tidak berterima kasih kapada Melayu diTanah Melayu ini yang telah mempersetujui kerakyatan bagi mereka dan tidak bersyukur kapada Tuhan mendapat tempat tinggal yang jauh berbeza dari tempat asal yang nenek moyang mereka melarikan diri itu.
Walhal Melayu telah berkorban dengan merelakan sebahagian tempat diTanah Melayu ini didudukki bangsa lain dan berbagai nikmat dinegara ini dikongsi dengan bangsa lain. Sesiapa yang tidak sedar betapa besarnya pengorbanan Melayu ini, atau memperso'alkannya, cobalah renongkan seketika dan fikir baik-baik.
Mereka juga patut berterima kasih kerana sehingga kesa'at ini tiada siapa yang mencadangkan assimilasi, atau integrasi secara paksa, saperti diThailand, Indonesia dan Filipina. Menukarkan nama kapada nama tempatan, memakai pakaian tempatan, sehinggakan pada suatu masa tarian singa pun diharamkan.
DiPapua New Guinea, yang telah merdeka sejak 32 tahun yang lalu, bangsa Cina dibenci sehingga tidak boleh berniaga kecil-kecilan walau membuka kedai runcit pun. Siapa yang tidak percaya dengan dokumentari Al Jazeera berkenaan dengannya 1-2 bulan yang lalu itu boleh pergi sendiri kesana mempastikan keadaan sabenarnya.
Oleh itu, kapada mereka yang tidak sanggup berkorban bagi tujuan integrasi, bagi matlamat persepaduan rakyat Malaysia: cobalah fikirkan, sedarkan betapa bernasib baik mereka diMalaysia ini dan janganlah mengeksploitasi keadaan ini.
Ingatlah: bagi semua maanusia didunia ini, setiap "stimulus" ada reaksinya. Termasuk keengganan bertindak. Hormatilah dan patuhilah Perlembagaan negara. Pendirian atau tindakan yang membayangkan tidak hormat kapada Perlembagaan menjemput komen "tidak setia kapada negara" sebab bukti yang kukuh bagi kesetiaan itu adalah menghormati dan mempatuhi Perlembagaan negara.
(Sambung diBahagian 2)
Bahagian 2
Berbagai penerangan telah dibuat berkenaan latarbelakang Perlembagaan negara yang telah didebat dan diluluskan oleh Wakil-Wakil Rakyat yang berbagai bangsa, sekali dimasa Merdeka dan sekali lagi dimasa penubuhan Malaysia. Berbagai penerangan juga telah dibuat berkenaan apa yang dipanggil sebagai Kontrak Sosial dimana pemimpin bukan Melayu telah mempersetujui Artikel 153 berkenaan Kedudukan Istimewa Melayu, sebagai balasan atau "in exchange for" pemimpin Melayu mempersetujui hak kerakyatan bukan Melayu yang tidak berkerakyatan atau "stateless" sejak mula masuk beramai-rami ditahun 1860an.
Mengungkit perkara DEB yang digubal dibawah Artikel 153 Kedudukan Istimewa Melayu itu boleh menyebabkan ungkitan berkenaan kerakyatan turun-temurun bukan Melayu dan ini tidak baik bagi persepaduan negara. Menyindir kelewatan Melayu mencapai matlamat 30% kekayaan korporat boleh menyebabkan mereka meminta hingga 60%. Walhal, Melayu sendiri yang menganggarkan pencapaian itu dalam masa satu generasi, walau pun tiada siapa yang tahu realistik atau tidaknya sebab tida siapa pernah berbuat demikian. Selalu sangat menimbulkan perkara itu boleh mendorong mereka cepat meminta peratus kekayaan dalam berbagai aspek lain dalam ekonomi negara. Sabenarnya, menerima Artikel 153 bukannya satu pengorbanan pun sebab sudah nyata itu adalah balasan bagi kerakyatan bukan Melayu. Tidak ada Kedudukan/ Hak Istimewa Melayu, tidak ada kerakyatan bukan Melayu.
Mengungkit hal sekolah tiga sistem (SK, SJKC, SJKT) telah ada lebih 50tahun yang lalu menidak hiraukan Artikel 152 Perlembagaan yang menyatakan Bahasa Malaysia adalah Bahasa Kebangsaan dan menjadi Bahasa Resmi negara ini. Apa yang terbiar berlaku sejak lebih 50 tahun lalu tidak semestinya betul. Nyata bahawa bahasa Mandarin dan Tamil tidak boleh jadi bahasa pengantar disekolah-sekolah. Walhal bahasa Mandarin dan Tamil boleh dipelajari disekolah sebagai mata pelajaran pilihan, asalkan bahasa pengantar sekolah itu ialah Bahasa Malaysia. Dalam hal ini, jikalau ada pengorbanan pun, hanya sedikit sahaja - hanya dalam perkara Mandarin dan Tamil tidak sebagai bahasa pengantar. Tetapi tidak mmencacatkan budaya Cina atau India langsung sebab tiada siapa menghalang penggunaan dan pembelajaran bahasa-bahasa itu, termasuk disekolah, yang boleh dibuat dimasa pembelajarannya sebagai "elective subjects".
Dengan yang demikian, amat patutlah sedikit pengorbanan untuk integrasi rakyat diMalaysia ini. Tidak patut dan curigalah ta'at setia sesaorang yang mengaku rakyat Malaysia itu jika dia tidak menghormati dan patuhi Perlembagaan negara kita.
zendra ada blog tak? rasa seronok baca tulisan saudara/saudari.
Kepada yang masih lagi mempersoalkan itu ini, pucuk pangkalnya silalah berpegang kepada 5 prisip rukun negara:
1) Kepercayaan kepada tuhan.
2) Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
3) Keluhuran Perlembagaan.
4) Kedaulatan Undang-undang.
5) Kesopanan dan Kesusilaan.
Terima kasih :)
6oLsh0i_6o0z3,
Terima kasih diatas kata-kata Sdr yang boleh menambahkan semangat saya meneruskan usaha-usaha memberi penerangan dan pendapat diblog Dr Ridhuan ini.
Saya tidak mempunyai blog. Saya gunakan masa untuk menguruskan blog bagi membuat komen diblog orang lain. Saya suka blog Dr Ridhuan ini sebab saya fikir dia ikhlas hendak menimbulkan kesedaran tentang berbagai isu dikalangan ummat Islam dan meminta ummat lain yang ingkar supaya berpendirian sepatutnya sebagai warga negara Malaysia tercinta ini.
Penulisan Sdr di sini (dan kalau tidak silap saya ada dilain-lain tempat juga) saya dapati juga coba menimbulkan kesedaran itu. Marilah kita bersama-sama terus menulis, mudah-mudahan akan timbul suatu masyarakat yang aman, damai dan makmur selama-lamanya diMalaysia ini. Kata-kata itu berbunyi saperti suara jauh digunung disa'at ini. Tapi kita tidak boleh berputus asa. Kita mesti coba sedaya upaya.
Salam Sdr 6oLsh0i_6o0z3,
Dal lama saya jadi silent admirer kepada Zendra ni. Saya agak dia perempuan. Sikapnya pelembut tapi tegas. Teliti tidak melatah. Jujur (seperti Dr Ridhwan)menghormati kawan dan lawan.
Heh heh kalau 6oLsh0i_6o0z3 nak jadi peminat dia .... ehm ehm.
nampaknya para blogger di sini tidak senang hati bila sekolah cina menggunakan BC sbg bahasa pengantar walaupun BM selama ini tidak pernah diabaikan.
apabila isu ini dipertikaikan, artikel 152 perlembagaan dibangkitkan. padahal artikel ini tidak pernah mengatakan sekolah mesti menggunakan BM sebagai bahasa pengantar.
bagi saya, integrasi lebih memerlukan persefahaman berbanding pengorbanan.
macam manalah nak integrasi kalau tidak saling memahami.
contoh:
He thinks he is a loyal Malaysian by arrogantly using the name "malaysian" irrespective what others think about him.
padahal saya tidak pernah berfikir demikian. sedihnya. tapi tak pe lah, dah biasa...
Hi Umma
Guess I missed the seminar. It was probably not well publicised.
Hi Najwa
Would be extra helpful if you could help by referring me to any authoritative website or resources in print available publicly.
Apologies to all blogger for this unrelated post.
Moron!
Tulisan yang bernas. Teruskan menulis
Kepada mereka yang nak pegang kepada undang undang di buat manusia!
1. Kepercayaan kepada tuhan.
a. Soalan saya : Tuhan mana nak percaya, adakah tuhan UMNO ke PAS untuk orang Islam sahaja yang perlu jawab soalan ini? Mereka berlainan fikiran dan pegangan ! Cuba Lihat fesyen PAS dan UMNO ?
2) Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
b. Raja mana nak ikut? Raja KAPUR atau KAPOR atau raja raja yang suka kapur semua? Atau raja raja yang ZALIM?
3) Keluhuran Perlembagaan.
c. Perlembagaan adalah dokumen di buat manusia..semua perlu dikaji dari masa ke semasa...dokumen negara kita yang ditanda tangan sendiri tanpa paksa pun telah di abaikan !
"HATYAI TREATY 1989"
APO NAK DI-KATO!
4) Kedaulatan Undang-undang.
d. Undang undang negara atau OTAK UDANG? Semua dah tahu makamah kita di rasuk setan dan bapak iblis...mereka takut kepada manusia dan setan dan tidak takut TUHAN mereka! Semua dah ROSAK...banyak KANGAROO!
5) Kesopanan dan Kesusilaan.
e. Nak sopan macam mana lagi. Membawa isu ke Agong dan Raja-raja pun tak jalan, ke parlimen tak jalan, ke POLIS haram lah! AG - main kayu tiga, Hakim - semua kena ikut cakap BOS.
CUBA FIKIR LAH DOKUMEN APO NAK IKUT LAGI... WEI LOH!
RUKUN NEGARA KITA TELAH DIROSAKKAN SELAMA LAMA NYA..!
Ikuti lah Rukun Islam dan Rukun Iman - tu lah jawapan saya kepada semua, insya allah selamat dunia dan akhirat kita!
Soalan Satu Sahaja Kepada Semua yang Penyokong Setia Dr Riduan.
Kenapa bapak bapak Menteri sekarang yang pi sekolah aliran tahun 40/50/60/70an tidak ada masalah seperti hari ini?
Ini termasuklah Dr Reduan Tee sendiri, kut kut dia mula bersekolah tahun 80 atau 90'an!
Mereka semua pandai berlaka!
Boleh cakap/tulis dan fasih dalam bahasa melayu dan inggeris dan dalam bahasa ibunda sendiri pun!
HAIRAN BIN AJAIB!
Dr. Ridhuan,
Saya hormati hak dan pendirian saudara terhadap kebimbangan taraf BM dinegara ini tetapi cara ekspresi saudara itu adalah tidak wajar dan akan mencetuskan kemarahan dan friction diantara baik Melayu atau Bukan Melayu, contohnya, saudara kerap-kali mengatakan "setelah tinggal di negara ini" berbunyi macam bukan Melayu itu adalah imigren, contoh lagi, perkataan "bumi melayu" tidak harus digunakan lagi kerana selepas merdeka Tanah Melayu telah ditukar menjadi Malaysia, bagi yang berlahir di Tanah Melayu atau Malaysia oleh Ibubapa warganegara, SEMESTINYA dipanggil Warga Malaysia keturunan............. dan bukan tinggal di Malaysia, satu persepsi yang TIDAK ADIL dan TIDAK MASUK AKAL !!
Saya juga berasa binggung samada saudara berhak menyuara untuk Orang Keturunan Melayu atau tidak !! Saudara terus hantar anak-anak saudara ke SJKC dengan penuh kesedaran bahawa taraf BM di sekolah itu mendukacitakan saudara, adakah tindakan saudara dapat membantu perkembangan BM dengan tindakan itu??? atau saudara berhasrat menghina SJKC????
It’s easy to criticise but it’s very hard to compromise the very same thing.
Terutama sekali, saya begitu kagum dengan Tuan Dr. boleh menulis dan bertutur Bahasa Malaysia dengan begitu fasih sekali. Saya sering menonton TV1 dan membaca artikel yang ditulis oleh Tuan.
Bagaimanapun, sebagai bangsa cina yang dilahirkan atas Malaysia, saya ingin memberitahu pengalaman sendiri sebagai pelajar SRJK dan SMJK selama 11 Tahun. Semasa saya membelajari BM, Cikgu cina adalah begitu berusaha sekali untuk mengajar kami Bahasa Malaysia sampai kami akan didenda RM1.00 jika kami bertutur dalam Bahasa Ibunda dengannya. Beliau juga mempunyai ijazah dalam sastera Bahasa Melayu, tetapi malangnya, beliau adalah tidak mempunyai “Slang Melayu” dalam bertutur. Mestinya bangsa melayu kelakar habis-habisan apabila didengarnya, dengan nadi suaranya yang tiada “Melodi”, bagai hafal buku umpamanya.
Saya pun tetap belajar BM dengan bersungguh-sungguh, memandangkan BM merupakan subjek yang wajib lulus sekiranya ingin mendapatkan Sijil SPM yang saya merenungi selalu. Secara jujurnya saya asyik gagal dalam subjek BM, Bagaimanapun Alhamdulilah saya telah dapat kredit dalam SPM walaupun saya telah gagal dalam peperiksaan percubaan.
Seterusnya, saya meneruskan pelajaran STPM dengan memasuki suatu sekolah di perak yang berbilang kaum, di mana M.I.C. bergaul sekali. Dari situ mulalah kali pertama saya berkenalan dengan Bangsa Melayu, adalah sungguh pelik tapi benar, saya tak pernah berkenalan dengan bangsa lain sebelum ni. Semasa belajar pada peringkat tingkatan 6, kawan melayu terpaksa bertutur dengan saya dalam bahasa inggeris kerana BM saya terlalu dahsyat didengari. Saya hanya bertutur seperti apakah yang diajar oleh cikgu SMJK tetapi bersia-sia sahaja semasa saya turun padang dan mengamalkan semangat integrasi.
Saya juga sering diejek oleh bangsa yang dimuliai dengan bahasa Pasar seperti : Ah Pek? Ok? Itu Ok? Suka? Tak Suka? Marah? Oohhh jagan marah… aku bergurau je apek oo apek…
Tetapi jikalau saya jawab dengan bahasa inggeris, adakah kawan saya yang suka bergurau ni juga boleh bertutur dengan fasih? Atau sekurang-kurangnya di tahap yang masih boleh difahami? Adakah kawan yang saya hormati ini memahami apakah perasaannya belajar 3 jenis Bahasa sepanjang hidup tetapi akhirnya diejek sehina-hinanya oleh dia? Apakah perasaannya jika dia berusaha belajar Bahasa Mandarin tetapi saya terus gelak terhadap bahasa mandarin yang susah payah dibelajari oleh dia sejak Darjah 1?
Saya sebagai Orang Cina, ingin menyuarakan suara bangsa sendiri walaupun saya dihina-hina oleh bangsa sendiri memandang saya Muallaf, juga diejek-ejek oleh Bangsa Melayu kadang kala disebabkan Bahasa Melayu yang begitu “kurang Slang”. Saya juga sayangi Malaysia dan hormati Bahasa Malaysia, Cuma jangan anggap semua orang cina ialah Superman, mampu bertutur berbagai jenis bahasa dengan fasih tanpa usaha yang lama sungguh sehingga berpuluh-puluh tahun. Ada juga Cina yang kurang bernasib baik untuk belajar tetapi mereka tetap belajar sedikit sebanyak juga dalam kehidupan hariannya.
Apakah Cina tiada semangat patriotik? Hanya kerana Politik telah memainkan Isu Perkauman sehingga rakyat dikaburi matanya terhadap masyarakat sebenarnya. Jikalao SSU disediakan, adakah cikgu yang mengajari itu juga mempunyai semangat patriotik yang tinggi serta kesabaran yang luar biasa untuk menguruskan murid-murid yang berbilang kaum?
Akhir kata, saya mohon maaf sekiranya komen saya mempunyai kesilapan tatabahasa dan kekasaran bahasa. Saya harap tuan-puan boleh memahami bangsa lain dengan berkenalan bukannya kritikan.
Ikhlas dari Ikhwan Ng.
Ikhwan Ng..
Mungkin sudah tertakdir dlm skop pergaulan anda, anda diterpa Melayu sebegini. But they do not represent the whole Malay in general. I'm sure plenty of Malays would ignore the pelat. Perhaps this kelompok, they're the same Malays who giggle at the handsome Terengganu boy who can't let go his 'pelat Terengganu', or the lovely Negeri Sembilan gal who can't pronounce other than pelat nogori? Bila sebut klinik pun jadi klenet.
Besalah tu Ikhwan. Tp tak semua kan? Anggap saja jokes. Kerana ramai tak kisah pun bila dengar Mualaf bercakap dlm pelat Cina. Or you never heard a Malay who alwez use funny dialect when speaking to the chinese? Contoh..ai ya tokey, takkan lu tak bule kasi mula sket, wa wang tara manyak maa, sedangkan boleh saja dia bertutur in appropriate languange. Sabar yeah..?
Kepada sahabat Tiger,
#Saya kenal dengan beberapa orang bukan Melayu yang fasih berbahasa Melayu. Tetapi dia masih mengatakan bahawa "My BM is bad". Dia tidak mahu mengaku bahawa BMnya elok kerana dia merasakan jatuh tarafnya sekiranya pandai berbahasa Melayu. Apatah lagi yang tidak pandai berbahasa Melayu, mereka sebenarnya "proud" tidak fasih berbahasa Melayu. #
Lawak sungguh argument yang diberikan oleh sahabat. Adakah manusia rasa malu kerana fasih dalam sesuatu bahasa? Sahabat Tiger jangan salah tafsir kawan anda. Sebenarnya cara kawan anda menjawab itu adalah menunjukkan bahawa dia adalah seorang yang humble. Cuba gambarkan, anak anda mendapat 100 markah dalam ujian matematik, jiran anda memuji anak anda pandai. Adakah anda jawab sebegini : “anak saya memang pandai pun“ . Saya rasa itu bukan jawapan yang biasa kita balas. Biasanya orang yang humble akan jawab dengan muka yang penuh dengan senyuman,“ Takde lah, nasib dia baik saje. Anak saya tak pandai sangat pun“. Adakah jawapan sebegini menunjukkan anda rasa malu kerana anak anda baik dalam matematik?
#Bahasa Malaysia ini sebenarnya senang dipelajari; hence orang Russia, Jepun, Korea & Inggeris (yang bukan warganegarapun) boleh bertutur dengan fasih dalam masa yang singkat.#
Sahabat, tahap macam mane yang dikatakan sebagai “ fasih“ dan berapa banyak masa (sebulan? Setahun?5 tahun?) yang dikatakan sebagai “masa yang singkat“?
Bagi orang Inggeris, English adalah bahasa yang senang, ada orang (bukan org Inggeris) mampu menguasai bahasa Inggeris dalam masa yang singkat. Tapi bagi kita, English adalah bahasa yang susah.
Cuba sahabat pergi Fitness First atau California Fitness (ramai mat salleh bersukan di sana) di KL, ramai yang tidak boleh bertutur dalam BM walaupun sudah bertahun-tahun bekerja di Malaysia.
Sahabat, tidak ada bahasa dalam dunia ni dikatakan senang.
Saudara Redhuan Tee,
SILA LUANGKAN SEDIKIT MASA MEMBAWA KOMEN SAYA INTERGRASI NASIONAL MEMERLUKAN PENGORBANAN, ITU ADALAH PANDANGAN SAYA SECARA MENYELURUH. BUKAN MENGUTUK ATAU NAK MENEGAK BENANG BASAH. SAYA MEMPUNYAI BANYAK PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN SAYA LEBIH SETENGAH ABAD DAN SELURUH KEHIDUPAN HARIAN SAYA BERSAMA KAUM MELAYU. AKAN TETAPI SAYA MASIH MENYATAKAN TELAH RAMAI PELAJAR KAUM CINA DAPAT MENGUASAI BAHASA MELAYU/MALAYSIA JIKA DIBANDINGKAN TAHUN 50AN DAN 60AN.
saudara Redhuan Tee,
Minta maaf, luangkan sedikit masa membaca komen saya terhadap tajuk Integrasi Nasional Memerlukan pengorbanan dalam WARISAN MANUSIA SEJAGAT.
Post a Comment