Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, April 25, 2016

Tolak ultra kiasu PRN Sarawak

7:35 AM Posted by RIDHUAN TEE No comments
Tolak ultra kiasu di Sarawak (Sinar Harian 25.4.16)

Walaupun saya dihalang ke Sarawak, saya tetap menyeru pengundi Sarawak menolak parti perkauman ultra kiasu dalam PRN ke-11 negeri itu. Saya harap rakan saya, Dr Juanda Jaya akan menang di kawasan yang ditandingi, begitu juga calon lain. Pas dikatakan mustahil untuk mendapat anak sulung, namun dalam politik tidak ada yang mustahil.

Semua maklum, parti ultra kiasu hanya boleh dimenang di kawasan majoriti Cina. Sebab itu, mereka berhempas-pulas untuk menang di kawasan majoriti bukan Cina. Alhamdulillah, rakyat masih boleh menilai kebusukan mereka.

Tahniah! Kepada Ketua Menteri Sarawak kerana turut menghalang pemimpin ultra kiasu untuk berkempen di sana. Tidak mengapalah saya tidak dibenarkan ke Sarawak. Banyak tempat lain yang boleh saya pergi untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai dae. Amat malang sekali, apabila ada pemimpin membuat sesuatu keputusan tanpa mendengar dan mengenal hati budi seseorang. Panggillah berhadapan. Tidak mengapalah, masa ini masa dia. Mungkin akan tiba masa saya.

Ketika berada dalam kelas memberi kuliah, saya sentiasa memberi kredit dan menjadi pelajar-pelajar Sabah Sarawak sebagai contoh 1Malaysia. Jika mahu melihat 1Malaysia, pergilah ke Sabah Sarawak. Begitu banyak etnik, tetapi dapat hidup aman harmoni serta saling menghormati. Bukan seperti Semenanjung, hanya ada tiga kumpulan etnik, perang mulut tidak pernah habis.

Semua pihak meramalkan pasukan Adenan Satem akan menang besar dalam PRN ke 11. Selaku pengkaji politik, saya pun berpandangan sedemikian. Cuma bagaimanakah cara untuk memastikan ultra kiasu tidak menang atau menambah kerusi. Tetapi jangan terlalu yakin dan angkuh, kerana politik adalah sesuatu yang serba mungkin. Menang boleh jadi kalah, kalah boleh jadi menang.

Pertama, pengundi Sarawak mesti sedar bahawa ultra kiasu adalah parti perkauman. Sampai bilapun akan terus perkauman, walaupun mereka mencanangkan diversiti. Tindak-tanduk mereka tdak menampakkan sedemikian. Pengikhtirafan UEC dan bantuan sekolah yang diberikan adalah satu kemenangan besar kepada mereka. Tetapi biasanya, mereka tidak pernah merasai cukup, kerana itulah ultra kiasu.

Kedua, jika Umno tidak dibenarkan masuk ke Sarawak, atas sebab-sebab tertentu. Sudah sampai masanya juga parti ultra kiasu yang boleh mengancam keharmonian penduduk di sana diharamkan operasinya. Kadangkala saya merasa pelik, Umno tidak dibenarkan ditubuhkan di Sarawak, parti ultra kiasu yang jelas perkauman dibenarkan. Siapa lebih bahaya Umno atau ultra kiasu? Lebih malang lagi, ultra kiasu inilah yang menghasut rakyat Sarawak untuk keluar daripada Malaysia, sedangkan Umno begitu aman di Sabah.

Ketiga, apakah kita tidak sedar hasutan ultra kiasu ini mempunyai kaitan rapat dengan apa yang pernah terjadi di Singapura. Jika ditakdirkan perkara ini menjadi realiti, apakah tidak mungkin kedua ultra kiasu ini bergabung untuk memusnahkan kita semua? Sebab itu, banyak hartanah yang telah tergadai kepada ultra kiasu di Seberang Tambak.

Keempat, saya harap kerajaan tidak terlalu bersangka baik terhadap ultra kiasu. Lihatkan serangan yang dilakukan terhadap Zakir Naik sempena jelajah dakwahnya di negara kita baru-baru ini. Jika masih ragu-ragu bacalah buku karangan pemimpin PKR seperti Becoming Hannah a Personal Journey dan The Long Awakening. Saya harapkan pemimpin Islam PKR buka mata. Pastikan PKR tidak menjadi Parti Kristian Rakyat.

Kelima, saya tidak menentang orang bukan Islam yang baik-baik. Ramai rakan bukan Islam saya seperti itu. Tetapi bukan Kristian Evengalis yang mempunyai perancangan busuk sama sepert Yahudi. Pasukan Evengalis ini sedang menguasai parti ultra kiasu sekarang. Mereka mahu menguasai negara ini. Bermula dengan Singapura, merebak ke Pulau Pinang. Tidak mustahil negeri lain seperti Selangor dan Sarawak.

Keenam, ramai yang marah dengan jelajah Zakir Naik, atas alasan kenapa agama lain tidak boleh dibenarkan melakukan perkara sama. Jawapannya saya mudah. Perlembagaan tidak membenarkan, walaupun sebagai individu Muslim saya tidak mempunyai masalah untuk agama lain melakukan jelajah yang sama. Jangan pula ada yang bersangka baik mereka tidak melakukan perkara yang sama. Pergilah mendengar khutbah mereka di salah satu gereja di bandaraya, di situ kita akan ketemukan bagaimana penceramah mereka menanamkan kebencian dan sentimen perkauman.

Ketujuh, kepada pengundi Sarawak, yakinlah bahawa kedatangan Islam membawa rahmat kepada seluruh alam. Islam telah membuktikan kepada dunia bahawa bukan Islam boleh hidup aman damai di bawah pemerintahan negara Islam. Inilah mungkin yang cuba dibawa dan ditonjolkan oleh Adenan Satem dan Pas yang mula menapak di sana. Berilah peluang kepada mereka. Tolaklah ultra kiasu kerana mereka mempunyai perancangan busuk seperti Yahudi.


Akhir sekali, saya sama sekali tidak terjejas sedikitpun dengan tidak dapat ke Sarawak mahu pun ke Singapura ultra kiasu. Walaupun badan saya tidak berada di sana, tetapi idea saya tetap mengalir dalam dunia tanpa sempadan. Harapan saya mereka yang menang nanti dapat bertindak seperti negarawan, bukan perkauman seperti ultra kiasu. 

Monday, April 18, 2016

Siapa syaitan sebenarnya?

7:44 AM Posted by RIDHUAN TEE 5 comments
Siapa syaitan sebenarnya? (Sinar Harian 18.4.16)

Islam dalam erti kata yang luas bermakna selamat dan sejahtera. Sejarah membuktikan, jarang sekali umat Islam mengkasari atau menzalimi bukan Islam selagi mana mereka tidak memulakan. Jika adapun yang bertindakbalas, semata-mata untuk mempertahankan diri daripada ancaman musuh. Itulah hakikat Islam. Penuh hikmah.

Bukan Islam boleh hidup senang-lenang dalam sebuah negara Islam, malah kekayaan mereka berlipat ganda berbanding pribumi, seperti di Malaysia. Begitu juga rumah ibadat mereka. Namun, Islam tidak pernah mendapat hak yang sama apabila berada di negara bukan Islam. Saban hari ada sahaja yang dikasari, dizalimi dan dibunuh.

Maka tidak hairanlah Islam agama yang begitu cepat berkembang dan mendapat sambutan meskipun dimomokkan dengan imej negatif. Perkara ini amat dicemburui musuh Islam.

Terbaharu, jelajah Dr Zakir Naik, bermula di Terengganu, ditentang oleh bukan Islam, sehingga ada kalangan pemimpin kita yang menjadi kecut dan menggelabah, dengan memberi bermacam-macam alasan seperti beliau datang atas kapasiti sendiri, dengan kos sendiri. Kenapa kita perlu takut? Telur letak di mana? Jawab sahaja, kami jemput dia, sebab dia bercakap benar dan orang hebat. Kenapa berdolak-dalih? 

Kenapa menjadi begitu apologatik? Apa hak bukan Islam untuk campurtangan urusan agama kita, sedangkan kita tidak pernah mencampuri urusan mereka walaupun kadangkala mengganggu?

Pernahkah kita bising dengan asap colok dan lautan manusia setiap kali tiba musim perayaan mereka sehingga sesak bandaraya? Ultra kiasu melabel Zakir sebagai syaitan. Siapa syaitan sebenarnya?

Saya mengikuti syarahan Zakir di laman sosial. Tidak pernah sama sekali beliau menghina agama lain. Yang ada, beliau hanya mengajak semua penganut agama menghayati agama masing-masing, berpandukan sumber asal, tanpa ditokok tambah. Hari ini banyak agama telah sesat. Kenapa merasa terancam?

Zakir selalu mengulangi, beliau akan menjadi lebih Kristian daripada Kristian, jika orang Kristian tidak menyembah Nabi Isa atau mengakui Baginda anak Tuhan, yang tidak pernah disebut dalam Injil. Malah dalam Injil dan Hindu, begitu jelas mengharamkan arak, babi, zina, judi dan sebagainya. Kenapa penganut agama hari ini mengamalkan apa yang diharamkan dalam agama mereka?

Pendek kata, program realiti Zakir, termasuk Peace TV, sarat dengan ilmu.  Tidak boleh disamakan dengan program realiti Malaysia, seperti Pencetus Ummah, Pendakwah Melinia dan sebagainya, yang lebih kepada mencari penyanyi dan pelawak agama.

Kami ingin mengingatkan bukan Islam negara ini; pertama, jangan campurtangan dalam urusan agama kami. Islam adalah agama persekutuan. Keistimewaan Islam mesti diikhtiraf oleh semua warga Malaysia. Yakinlah, kerana Islamlah, kamu berada dalam keadaan selamat di negara ini. Ajaran Islam telah mendidik dan melembut hati Melayu untuk menerima bukan Islam di negara ini, yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara lain. Bilangan yang diterima begitu ramai. Kenapa tidak disyukuri nikmat ini sehingga menjadi sangat ultra kiasu.

Kedua, kami tidak pernah campurtangan dalam hal ehwal agama bukan Islam. Pernahkah kami ambil tahu atau pergi masuk ke dalam rumah ibadat dan kuil-kuil mereka serta menyiasat apa yang ada di sana. Jawabnya tidak, kerana kita terlalu bersangka baik. Di Negara India, kutipan atau derma kuil dipantau oleh kerajaan dan boleh menjadi hak milik kerajaan.

Ketiga, Zakir seorang yang diikhtiraf bukan hanya peringkat nasional tetapi antarabangsa. Malaysia turut mengurniakan kepada beliau Tokoh Maal Hijrah 2013. Soal beliau tidak dibenarkan masuk ke beberapa negara seperti Singapura, itu adalah perkara biasa. Sayapun tidak dibenarkan masuk ke sana.

Keempat, yang pelik bin ajaib di negara India, yang penduduk seratus peratus berbangsa India, Dr Zakir tidak menghadapi apa-apa masalah. Beliau bebas berceramah dan keluar masuk televisyen. Kenapa populasi bukan Islam  yang begitu sedikit di sini begitu takut. Adakah dengan ceramah tersebut hak mereka terabai? Tidak juga. Malah semakin terbela dan bertambah haknya. Tengoklah apa yang berlaku di Sarawak. Saya amat bimbang dengan perancangan licik ultra kiasu. Adakah kerana asal-usul Melayu bermula dengan agama Hindu, maka mereka perlu dihindukan semula? Saya harap tidak ada perancangan itu?

Kelima, sebenarnya ada yang merasa takut agama mereka terancam. Ramai yang memeluk agama Islam selepas berdialog dengan Zakir. Zakir hanya menceritakan perkara benar. Asal usul agama besar di dunia ini tidak menyembah berhala. Siapa yang berani menafikan fakta ini?

Keenam, jika tidak bersetuju dengan Zakir, berdebatlah dengan beliau. Saya amat yakin beliau aka menerima dengan penuh hikmah. Mengakukan sahaja, tidak ada seorang tokoh agama di dunia ini yang boleh menghafal kitab mereka, kecuali agama Islam. Jika ditakdirkan semua kitab agama besar dunia dimusnah atau dicampak ke laut, saya pasti semua agama akan musnah dan hilang, kecuali Islam. Kerana walaupun tidak al-Quran tidak berada di tangan, al-Quran akan tetap terpahat dalam minda para ulamak dan para huffaz. Al-Quran boleh ditulis balik seperti sedia kala.


Justeru, jangan diuji kesabaran umat Islam kerana kesabaran mereka ada had.   

Tuesday, April 12, 2016

26 Sifat Ultra Kiasu

7:49 AM Posted by RIDHUAN TEE 1 comment
26 Sifat Ultra Kiasu (Sinar Harian 11.4.16)

Parti ultra kiasu membuat laporan polis melarang saya menggunakan istilah yang sering digunakan iaitu ultra kiasu. Kiasu dalam bahasa Cina Hokkien adalah takut (kia) kalah (su). Ultra kiasu bermakna sangat takut kalah dan mahu sentiasa menang dengan apa cara sekalipun. Sifat ini selalu dirujuk kepada Singapura, selepas berpisah dengan Malaysia.

Berbekalkan semangat inilah mereka berjaya membangunkan pulau Melayu itu dan tidak mahu berkongsi sedikitpun. Malah, mereka sudah bersedia dengan segala kelengkapan perang.

Bilangan ultra kiasu terlalu ramai. Selain berada di Pulau, mereka turut berada di merata tempat, dalam parti politik, media, akhbar, NGO, sekolah, universiti dan sebagainya. Dalam Barisan Nasional (BN) tidak kurang ultra kiasu. Mereka berbaik dengan pembesar untuk mendapat perlindungan.

Kebobrokan ultra kiasu adalah; 

1. Mahu menang dan tidak mahu mengalah. Apa jua agenda yang bertentangan dengan kepentingan bangsa mereka akan ditentang. Agenda bangsa mengatasi agenda negara. Perlembagaan Persekutuan yang berpihak kepada Islam dan Melayu amat dimusuhi, mahu dipinda.

2. Ultra kiasu adalah dalam kalangan Kristian Evangelis yang sedang menguasai BN atau Pakatan. Kabinet Singapura sudah dikuasai 70 peratus. Sifatnya anti-Islam. Suka Melayu Islam liberal. Memusuhi PAS dan berjaya memecah-belahkan PAS sehingga tertubuhnya Parti Amanah Negara (PAN). Saya tidak memusuhi Kristian, tetapi Evangelis amat bahaya. Begitu juga Yahudi yang Zionis.

3. Ultra kiasu mencanangkan diversiti, tetapi merekalah yang paling rasis. Tujuan diversiti dicanangkan agar negara ini tidak ada identiti Islam dan Melayu. MCA (termasuk Gerakan) lebih ultra daripada parti ultra kiasu. Akhbar bahasa Inggeris mereka, lebih pro kepada ultra kiasu daripada pengurusan atas sampai ke bawah. Tidak mustahil mengundi ultra kiasu. Sedarlah diri, keberadaan mereka dalam kabinet adalah undi ehsan orang Melayu. Terlalu banyak dedak telah diberikan. Harap Umno sedar.

4. Ultra kiasu sudah menguasai ekonomi sepenuhnya. Tetapi masih belum cukup. Mereka mahu segala-galanya, terutama kuasa politik. Sebab itu, PRU14 adalah perjuangan hidup mati mereka. Mereka amat mengharapkan kemenangan. Kekayaan dan kuasa digunakan hari ini untuk membeli dan meliberalkan anak muda Melayu.

5. Ultra kiasu sangat kuat memperjuangkan pluralisme dan liberalisme. Sasaran mereka adalah anak muda Melayu yang menyokong LGBT dan seks bebas. Mahu jauhkan Melayu dari Islam. Pasti Melayu tidak akan mengundi Umno dan Pas lagi.

6. Keadilan pada ultra kiasu adalah sama rata sama rasa atau 1=1, bukan meletakkan sesuatu pada tempatnya. Keistimewaan Islam dan Melayu amat dicemburui kerana menjejaskan kepentingan mereka (Evangelis).

7. Ultra kiasu tidak mahu melihat ada anak Melayu menutup aurat. Golongan inilah yang diambil bekerja di syarikat mereka. Mereka yang mahu kembali kepada Islam dilabelkan dengan istilah pengAraban (Arabisation). Kitapun terikut.  

8. Ultra kiasu tidak membenarkan pekerja Islam bersolat (solat Jumaat) kerana dianggap membuang masa dan merugikan syarikat. 

9. Dahulu mereka tidak berminat bekerja dengan sektor kerajaan. Hari ini semua sektor mereka mahu masuk. Masih buta?

10. Hubungan ultra kiasu dengan ultra kiasu Singapura sangat akrab. Tidak mustahil kita dikepung. 

11. Ultra kiasu mahukan bahasa ibunda mereka dimartabatkan sama kedudukannya seperti Bahasa Melayu

12. Ultra kiasu mahu mahkamah syariah dihapuskan. 

13. Ultra kiasu mahu melaksanakan agenda tuntutan 

14 perkara Inter Faith Council. Misalnya, seorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak mengharuskan secara terus menjadi Islam.

15. Ultra kiasu mendesak kerajaan membuka ruang seluasnya untuk bukan Islam campur tangan dalam hak ehwal Islam. 

16. Ultra kiasu mahukan undang-undang Islam tunduk kepada norma antarabangsa yang secara merosakkan akidah.

17. Orang Islam bebas untuk murtad. Undang-undang tidak boleh dikenakan kepada si murtad. 18. Kes murtad atau sebarang kes Islam berkaitan mereka, tidak boleh dikendalikan oleh Mahkamah Syariah.

19. Bukan Islam tidak perlu menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. 

20. Pasangan suami atau isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

21. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggarakan rumah ibadat orang bukan Islam. 22. Bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan suci Islam, contoh kalimah Allah.

23. Bible dalam bahasa Malaysia dan Indonesia mesti boleh diedarkan secara terbuka kepada semua. 

24. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

25. Program dakwah agama lain selain Islam mesti dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing. 

26. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan semua orang.

Bangunlah wahai umatku sebelum terlambat. Pastikan negara berasaskan Islam dan Melayu ini tidak dirobek oleh kejahatan ultra kiasu. Bersatulah.



Monday, April 04, 2016

Terror bukan terrorist

11:11 AM Posted by RIDHUAN TEE 1 comment
Terror bukan terrorist (Sinar Harian 4.4.16)

Ketua akhbar ultra kiasu membidaskan saya gara-gara tidak dibenarkan masuk ke Singapura. Wal hal saya nukilkan dalam satu para sahaja dalam akhbar ini. Saya boleh rahsiakan. Kenapa saya beritahu? Sedih? Menagih simpati? Jawapannya, tidak! Sekadar mendedahkan kebobrokan ultra kiasu agar umat Islam buka mata. Ultra kiasu sangat gembira dengan tindakan tersebut. Tidak menjadi masalah langsung kepada saya, kerana saya ini terror, bukan terrorist.

Setiap kali menulis atau berceramah, tidak terlintas menagih simpati mahupun menjadi lebih Melayu dari Melayu. Cuma ingin berkata benar dan menyedarkan kita betapa bahayanya ultra kiasu, yang kononnya mahukan diversiti, tetapi merekalah paling perkauman. Mereka mahukan cairkan identiti negara ini yang bersumberkan kepada sistem kenegaraan Melayu dan Islam. Apabila berjaya, mudahlah mereka untuk menguasai. Sebab itu, bermatian mereka canangkan diversiti, agar identiti Islam dan Melayu hilang. Saya menerima diversiti, tetapi mesti berpandukan sejarah dan beridentiti.

Berkaitan artikel Pulau Batu Putih, saya bertanggungjawab sepenuhnya.  Pulau Batu Putih tetap kepulauan Melayu, walaupun telah terlepas kepada ultra kiasu. Sebab itu namanya Batu Putih. Nasihat saya, pastikan beberapa pulau lagi seperti Pulau Pisang tidak terlepas. Pastikan  kita tidak dapat pisang, orang lain dapat pulau. Hak tetap hak. Pertahankan hingga ke titisan darah terakhir.

Jangan buat sekali kesilapan dengan membawa kepada ICJ. Kita akan kalah. Untuk menang, bersedialah dengan segala kekuatan yang ada (Al-Anfal: 60). Teringat kata-kata strategik Latin, si vis pacem para belum, jika mahukan keamanan bersedialah untuk berperang. Inilah kejayaan negara maju yang kuat hari ini. Apabila mereka sentiasa bersedia, tidak ada negara kuat yang lain berani memperkotak-katikkannya. Malangnya, negara-negara Islam tidak ada atau pernah kuat, mereka asyik bergaduh melondehkan kelemahan sesama sendiri, sehingga musuh dapat membaca.

Wahai saudaraku, berpolitiklah selagi mana ia tidak meruntuhkan maruah agama, bangsa dan negara. Tetapi, jika sudah nampak tanda-tanda kehancuran itu melalui perancangan licik ultra kiasu, kembalilah bersatu berhadapan dengan musuh yang sebenar.

Jangan biarkan negara yang berasaskan sistem kenegaraan Melayu ini hancur disebabkan terlalu mempercayai ultra kiasu dengan memusuhi Perdana Menteri. Wajarkan dengan hanya satu (1) kesilapan atau kesalahan, menutupi 1000 kebaikan yang dibuat.

PM sudah memberi jaminan, semua masalah yang berlaku akan dapat diselesaikan sebelum penggal berakhir. Berikanlah peluang kepada beliau. Jika beliau gagal, rakyat ada hak untuk bertindak pada PRU14 nanti. Sudah tidak lama. Negara tidak akan menjadi bankrap hanya kerana beberapa ‘skandal’. Tetapi negara akan hancur jika ultra kiasu bersekongkol.  

Saya amat bimbang jika ultra kiasu ini terus menerus dibiarkan berleluasa di Pulau Pinang. Apakah nasib Melayu di pulau Melayu ini? Pahatkan dalam memori apa yang pernah berlaku di Singapura dan Pulau Batu Putih. Jangan berputih mata lagi. Justeru, hamba merafak sembah, memohon dan merayu kepada Duli Tuanku Sultan Kedah, ambillah kembali pulau bertuah ini kepangkuan Tuanku. Kasihanilah umat Islam yang semakin tertindas di sana.

Tuanku buatlah apa cara sekalipun bagi mendapat semula negeri ini. Hamba sedar Tuanku amat bijaksana dalam hal ini. Benar, sejarah telah menjadi sejarah. Tetapi Duli Tuanku mampu melakukannya.  Selama ini ultra kiasu menganggap dia insan mulia, tidak ada dosa, jauh daripada salah silap, bersih dan berintegriti. Hari ini, sedikit demi sedikit Allah telah tunjukkan. Apakah ini masih lagi suatu perangkap?

Sekarang bukan lagi masa untuk menuding jari siapa yang benar, siapa salah. Tetapi membuktikan apa yang benar, apa yang salah. Setelah terbukti, carilah jalan untuk bersatu. Kebobrokan ultra kiasu mesti dihentikan sebelum terlambat dengan bersatu. Kerana hanya dengan bersatu sahaja yang boleh menakut dan menundukkan mereka. Jika kita terus bersengketa, yakinlah negara ini akan jadi purak-peranda.

Wahai Melayu! Saudara semua sudah tidak ada banyak waktu. Ultra kiasu semakin kuat menghimpit. Mereka mahu kerajaan buka segala ruang dan peluang untuk mereka. Tetapi adakah mereka melaku perkara yang sama? Memberi ruang dan peluang untuk anak bangsa.

Kajian demi kajian telah dibuat bahawa syarikat-syarikat mereka lebih selesa mengambil pekerja-pekerja dalam kalangan mereka sahaja. Bahasa Mandarin dijadikan syarat untuk mengenepikan orang Melayu. Pekerja Melayu dikatakan tidak kompeten, walaupun ada kelayakan. Jika adapun kalangan kita yang diambil bekerja, sekadar untuk melariskan jualan dan produk.

Peliknya, editor akhbar ultra kiasu tersebut tidak langsung memberikan ulasan betapa perlunya diversiti itu berlaku dalam syarikat yang dibolot oleh kaum kerabatnya. Ini belum termasuk Ahli Majlis dan JKKK PAS yang dipecat dan digantikan dengan mereka.

Politik tetap politik, tidak dapat lari daripada korupsi dan kroni, kecuali mereka yang ada jiwa takutkah Allah. Mungkin tidak lama akan terbongkar satu-persatu. Bersedialah. Setakat ini, semua memandang kepada kebobrokan dan negeri yang diperintah BN, seolah pembangkang itu malaikat.



Monday, March 28, 2016

Tidak diversity lagikah kita?

9:27 AM Posted by RIDHUAN TEE 3 comments
Sinar Harian 28.3.2016
Lanjutan artikel minggu lalu, ramai wartawan menelefon bertanyakan kenapa saya dilarang masuk ke Singapura. Berita ini turut menjadi trending. Jawapannya, kerana negara tersebut ultra kiasu. Sifat ultra kiasu inilah yang menjadi negara ini maju. Mereka langsung tidak mahu berkongsi dengan Malaysia.



Teringat kata-kata mendiang guru saya, Profesor Dr Chandran Jushurun yang pernah mengajar di Singapura. Katanya, Singapura ibarat sebiji kek, dia tidak mahu langsung kongsi kek tersebut, walaupun dia tahu kek tersebut bukan hak dia sepenuhnya. Pernah kita pertikaikan perjanjian air sehingga tahun 2061 dengan harga tiga sen (0.03) setiap 1000 gelen? Begitulah baiknya Malaysia.



Malaysia terlalu baik kepada bukan Melayu. Setiap kali bertindak, agenda untuk orang bukan Melayu tidak pernah dilupakan. Adakah ultra kiasu juga berfikir sama atau mahu makan seorang diri?



Konsep adil selalu dirujuk sebagai 1=1. Peliknya, bila sesuatu berpihak kepada mereka. Mereka senyap. Sebaliknya, jika tidak, bising bukan main. Misalnya, kenyataan Presiden Pas, Hadi Awang, ketua ultra kiasu Pulau Pinang tidak patut dihukum selagi didapati tidak bersalah oleh SPRM berhubung isu pembelian banglo RM2.8 juta, langsung tidak dipuji oleh ultra kiasu termasuk kalangan mereka seagama.



Namun, apabila kenyataan Hadi berpihak kepada PM Najib, maka Hadi dihentam sehingga tidak ada  kata-kata kesat untuk dilemparkan. Politik kebinatangan apakah ini? Masih tidak kenalkah musuh sebenar? Peliknya, sebelum insiden ini, tidak pula wartawan dijemput ke rumah. Tiba-tiba bila isu ini meletop, terus wartawan dijemput. Wayang tongkol apakah ini? Paku dulang, paku serpih, mengata orang, dia lebih. Sama sahaja, 2x5.



Kadangkala seram juga melihat kekayaan kalangan pemimpin hari ini. Mewah tidak terkata rumah dan keretanya. Dapat wang daripada mana? Ini tidak termasuk pegawai kerajaan KBS yang didakwa pecah amanah seperti yang dilaporkan. Boleh dibawa matikah semua benda ini? Mampukah kita menjawab soalan bocor alam kubur nanti seperti Ma rabbuka, Man nabiyyuka, Man deenuka, Man kiblatuka, Man imamuka danMan ikhwanuka?



Bandingkan dengan mereka antara yang terkaya di dunia seperti pengasas Facebook, Mark Zuckerberg. Kehidupannya amat sederhana. Kekayaan yang sebegitu banyak membolehkan beliau berkahwin di bulan. Tetapi beliau memilih cara hidup mengikut lunas Wasatiyyah. Berpakaian sama setiap hari tanpa fesyen dan hiasan. Begitu banyak wang didermakan kepada mereka yang memerlukan bagi menunjukkan kediversitiannya. Bukan seperti kita, pantang kaya sedikit, menunjuk selalu, rumah, isteri, barang kemas, kereta dan sebagainya. Diversity kah kita?

Terbaharu, ultra kiasu Islam bermata sepet, mempertikaikan mahkamah persekutuan tidak mencerminkan diversity. Hakim Melayu lebih ramai berbanding bukan Melayu katanya. Wajarlah, sebab majoriti Melayu lebih ramai. Lagipun negara ini negara Islam. Apakah perkara 3-13 dan 153 dalam perlembagaan tidak membawa apa makna langsung?



Persoalannya, apakah wujud diversity di negeri ultra kiasu Pulau Pinang dan Chinatown yang lain? Berapa ramai exco atau jawatan strategik diberikan kepada orang Islam, berbanding warna-warna dalam kabinet Malaysia? Sebiji seperti Singapura. Cuma belum berpisah sahaja lagi. Jika ditakdirkan berpisah nanti, baharulahkita tahu isi hati mereka sebenar. Sebab itu, umat Islam jangan terlalu bersedap hati dengan keadaan yang berlaku hari ini, bergaduh dan berpecah tidak pernah habis. Sanggup berpeluk dengan musuh, tetapi dengan saudara sendiri dilayan seperti haiwan.



Kepada ultra kiasu sepet Islam, percayalah kamu diterima kerana perjuangan kamu selari dengan mereka. Jika kamu berterusan memperjuangkan Islam, seperti apa yang saya lakukan, pasti kamu akan ditendang keluar.



Peliknya, kenapa tidak pertikaian penguasaan kek ekonomi yang hampir sepenuhnya dikautkan oleh bukan Melayu? Senarai 10 terkaya di Malaysia, hanya seorang sahaja Melayu (Arab). Di manakahdiversitynya? Jika adapun muka-muka Melayu sekadar untuk melariskan jualan atau mendapat projek. Amat malang jika ada Melayu yang dilantik ke jawatan tinggi sebagai pengerusi, hanya bertindak sebagai ‘pak pacak’.



Bandingkan berapa banyak sektor awam termasuk GLC telah dibuka kepada bukan Melayu. Lihat Petronas hari ini, apa sudah jadi? Begitu juga Bank Bumiputera, menjadi CIMB. Berapa ramai bukan Melayu yang memegang jawatan tinggi, sehingga hilang identiti bumiputeranya. Begitu juga dengan Universiti Swasta. Kenapa tidak pertikaikandiversitynya?



Ini tidak termasuk stesen penyiaran yang punyai mereka. Rancangan bersifat ‘Islamik’ hanya tempelan dan bersifat mencari keuntungan. Selebihnya penuh dengan unsur illuminati dan freemason. Apa tujuannya, kalau bukan untuk merosak pemikiran generasi muda Islam hari ini, agar mereka menjadi liberal dan jauh dari agama. Malangnya anak-anak kita terus leka dengan rancangan realiti hiburan yang disediakan.



Bangkitlah wahai saudara saudariku, bangun membela umat. Tentang habis-habisan ultra kiasu yang mahukan diversitysedangkan mereka amat tertutup. Tidak tahu sampai bila saya boleh seberani ini. Ya Allah! jika berkata benar membela agamaMu ini akan berakhir di muncung pistol,  matikan aku dalam keadaan syahid.

Monday, March 21, 2016

Kenali musuh Islam sebenar

7:30 AM Posted by RIDHUAN TEE 7 comments
Kenali musuh Islam sebenar (Sinar Harian 21.3.16)

Pas bukan sahaja patut mempertahankan kerusinya, malah menambah lagi kerusi sedia ada dalam PRU 14. Menang kalah, belakang cerita. Semua maklum bahawa, sebelum wujudnya pakatan pembangkang, Pas sudah bertapak dikesemua kerusi majoriti Melayu, berhadapan dengan komponen BN (Umno). Pas tidak perlu melayan parti nyamuk, seperti PAN.

Sejak tertubuhnya PKR, banyak kerusi Pas terpaksa dikorbankan, termasuk kawasan kubu kuat Pas, terutama Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Logiknya, tidak satupun kawasan yang patut diberikan, tetapi atas dasar setiakawan, Pas berkorban. Kini, Pas diminta berkorban lagi walaupun tidak berada dalam Pakatan, untuk memberi laluan kepada PAN, bagi mengelakkan pertandingan 3 penjuru.

Sepatutnya PKR dan ultra kiasu memberi laluan kepada PAN kerana sekapal. Persoalan, di manakah PAN akan bertanding, jika bukan di kawasan Pas? Jika ini berlaku, ultra kiasu tidak akan mengundi Pas dan memberikannya kepada PAN. Sebab itu, PAN amat yakin bahawa mereka boleh menang.   

Ultra kiasu dari awal lagi sudah mengumumkan akan meletakkan calon di 8 DUN Selangor yang dimenangi oleh Pas. Pas membidas dan mengistiharkan ‘perang’ akan mempertahankan kesemua kerusinya. Peristiharan ‘perang’ dijawab dengan bongkaknya oleh ultra kiasu. Mereka amat yakin akan menang 8 kawasan Pas dengan meletakkan calon Melayu celup, dalam rangka strategi untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Sebab itu ultra kiasu sudah bersedia awal dengan melantik calon Melayu celup sebagai calon Ahli Majlis Ampang Jaya walaupun tidak tinggal di Ampang.

Psywar dan psyop ini amat licik. Saya amat mengharapkan, jika berlaku pertandingan sebegini, Umno akan mengundurkan diri dan pakat-pakat membenamkan ultra kiasu, bagi Pas mempertahankannya kerusi lamanya.

Itu sahaja cara untuk menunjukkan keikhlasan Umno yang menghulur tangan ke arah kerajaan perpaduan. Umno dan Pas perlu sedar bahawa ultra kiasu adalah musuh yang paling bahaya hari ini.

Ingatan ini turut ditujukan kepada Melayu PKR. PKR boleh dikatakan ‘kuat’ hari ini disebabkan Pas memberikan laluan dan mengundi PKR. Jika tidak, PKR putih mata. Justeru, jangan berlagak. Mungkin PKR akan berkata, Pas menang banyak kerusi disebabkan oleh PKR mengundi Pas. Jawapannya, PKR tidak ada pilihan melainkan mengundi Pas kerana Umno sudah menjadi seteru mereka selepas anwar Ibrahim ditendang keluar. Lagipun, Pas sudah terlibat dalam politik, sejak sistem pilihan raya diperkenalkan. Bukan seperti PAN. Baru setahun jagung, begitu berani meminta itu dan ini.

Saya tidak nampak Majlis Perjanjian Pakatan Harapan 2015 dan Deklarasi Rakyat menguntungkan Islam, melainkan ultra kiasu. Sampai bila kita harus diperbodohkan oleh ultra kiasu demi kuasa? Ultra kiasu akan terus memperalatkan orang Islam untuk menguburkan Pas. Maka alasan kebobrokan Umno BN dan Pas digunakan bagi tujuan mendapat kuasa. Apabila kuasa diperolehi nanti, lihatlah apa yang akan berlaku, seperti realiti di Pulau Pinang. Melayu ke mana, Islam di mana? Wakil rakyat PKR sudah ditendang keluar daripada memegang jawatan dalam syarikat kerajaan di sana.

Justeru, saya harap Melayu PKR bertindak rasional dalam hal ini. Pas berhak mempertahankan kerusi yang mereka menangi memandangkan itu hak mereka. Sekadar peringatan untuk Umno, tidak mustahil PAS menambah kerusi dalam PRU 14 jika Umno masih tidak berubah. Menjadikan kuasa untuk mengumpul harta, wanita (artis), dan takhta (3ta). Sebab itu, mereka bermati-matian mempertahankan jawatan ketua bahagian dan cawangan, meskipun sudah tidak berupaya. Kerana itulah lesen untuk mendapat 3ta tersebut.

Perkasa sudah mengingatkan orang Melayu agar berwaspada dengan percubaan ultra kiasu bagi mengambil hati orang Melayu menjelang PRU 14. Walaupun ultra kiasu sering berkata partinya berbilang kaum, berasaskan perlembagaan, tetapi berapa kerat muka Melayu. Kepimpinan tertinggi mereka adalah muka-muka yang mahu menjahanamkan Melayu. Lihatlah bapa mereka di Singapura, adakah Melayu diberi peluang dalam jawatan membuat keputusan, polis, imigresen dan tentera, misalnya. Jawapannya, putih mata.

Baru-baru ini, saya bersama rakan, pergi ke Singapura menggunakan jalan darat atas urusan peribadi. Sampai di imigresen Woodland, saya diminta turun. Pemeriksaan dilakukan. Saya dilayan seperti pengganas. Gambar dan cap jari saya diambil. Setelah lebih dua jam bersoal jawab, datang surat mengatakan, saya tidak dibenarkan masuk ke sana.

Alasan tidak diberikan. Tetapi saya yakin ia amat berkaitan dengan komen saya terhadap ultra kiasu selama ini. Lihatlah pakatan mereka. Sayapun di ‘escort’ sampai melepasi Tambak. Saya tidak rugi satu sen pun tidak ke Singapura. Cuma, saya hanya mahu mengingatkan betapa bahayanya ultra kiasu.   

Wahai umatku, inilah perjuangan. Sedikit sangat, jika dibanding dengan apa yang dilalui oleh Baginda Rasulullah SAW. Kenalilah ultra kiasu sebenarnya. Mereka tidak akan puas selagi negara ini tidak berada dalam genggaman mereka. Jangan disokong ultra kiasu, termasuk majlis peguamnya, kerana mereka musuh Islam yang nyata.







Monday, March 14, 2016

Apa lagi ultra kiasu mahu?

7:38 AM Posted by RIDHUAN TEE 7 comments
Apa lagi ultra kiasu mahu? (Sinar Harian 14.3.16)

Pemimpin ultra kiasu parti Gerakan mengancam kerajaan supaya memindahkan penolong pengetua berbangsa India di SMJK Yuk Choy, Ipoh yang baharu dilantik. Sebelum ini, insiden yang sama berlaku di SMJK Hwa Lian, Mentakab.

Pendek kata, ultra kiasu Cina tidak mahu menerima guru bukan Cina yang tidak boleh berbahasa Cina. Mereka mahukan operasi 78 SMJK Cina dan lebih 1300 SJKC seratus peratus Cina, menjadi sekolah satu warna. Apa semua ini?

Pergilah bina sekolah sebegini di negara komunis China. Saya amat yakin kerajaan China pun tidak secina ini. Siapa lebih rasis? Kita harapkan KPM tidak akan tunduk. Pembinaan sekolah dalam sekolah perlu dihentikan. Kerajaan terlalu banyak bertoleransi kerana laparkan undi. Fikirkanlah sama perkara yang sangat penting iaitu pembangunan negara bangsa bermatlamatkan perpaduan nasional.

Saya sering dituduh sebagai rasis dan lebih Melayu daripada Melayu. Apakah tindakan ini tidak rasis? Tindakan ini bapak segala rasis. Hairannya, tidak ada seorang pemimpin Umno yang sensitif. Pembangkang lagilah takut.  

Pertama, kerajaan perlu meneruskan dasar menempatkan lebih ramai guru-guru bukan Cina di SJKC dan SMKJ. Biar macam-macam ada. Warna-warni Malaysia. Baharulah 1Malaysia. Ini tidak, di mulut laungkan 1Malaysia, di belakang menikam. Oportunis apakah ini?

Kedua, jika Sekolah Kerajaan (SK dan SMK) boleh menerima guru bukan Melayu, tidak kira sama ada mereka mahir berbahasa Melayu atau tidak, kenapa Sekolah Cina tidak boleh? Apa besarnya Sekolah Cina? Bayangkan tindakan yang sama kita lakukan, iaitu menolak guru bukan Melayu di SK dan SMK, apakah tidak akan kiamat 1Malaysia?

Ketiga, jika merasakan sistem pendidikan di Malaysia masih tidak cukup, termasuk mendesak kerajaan mengiktiraf sijil UEC, maka carilah tempat lain lebih baik untuk membina sekolah sebegini.  Mana ada kerajaan di dunia ini yang membenarkan sekolah sebegini dibina, kecuali Malaysia? Semuanya dibantu.

Di Malaysia bukan sahaja sekolah berasaskan kaum dibantu, pembinaan rumah ibadat bukan Islampun dibantu sama, walaupun tidak ada dalam perlembagaan, atas dasar toleransi. Sehinggakan rumah ibadat terlebih banyak dinisbahkan dengan bilangan penganutnya.

Bandingkan negara lain di India misalnya, kuil-kuil yang dibina  menggunakan duit sendiri, tetapi dikawal kerajaan. Kerajaan mempunyai kuasa penuh terhadapnya, termasuk jumlah aset (derma) yang berjaya dikutip (sila baca www.thehindu.com dan indiafacts.org). Terbaharu, ada kuil dirobohkan oleh pihak berkuasa India kerana mengganggu jalan. Tetapi di negara kita, jalan terpaksa dibengkokkan kerana memberi laluan kepada rumah ibarat. Segala aset rumah ibadat tidak pernah diaudit atau dikenakan cukai. Hebat sungguh kerajaan Malaysia meraikan kepelbagaian (Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan). Adakah dihargai?

Keempat, perlulah bertanya kepada guru-guru bukan Melayu di SK dan SMK, bagaimana layanan pengetua Melayu terhadap mereka. Tidak kurang yang mendapat anugerah khidmat cemerlang setiap tahun. Apakah sama seperti yang berlaku di SJKC Pai Chee, Mersing, guru Melayu dianaktirikan? Sebab itu, saya selalu mengingatkan supaya menghargai toleransi orang Melayu. Bangsa ini sangat bertimbang rasa. Kenapa perlu ambil kesempatan? Saya tidak kata semua, tetapi tindakan mereka jauh lebih profesional dan kurang rasis.

Kelima, kerajaan perlu bertegas, seperti mana kerajaan negara lain. Sampai bila mahu bertarik tali? Kita lebih banyak menghulur tali, sehingga talian hayatpun sudah hampir habis. Tinggal apa lagi? Pendidikan adalah asas, tidak boleh dikorbankan. Pemimpin datang dan pergi, tetapi dasar yang ditinggalkan, dan diubah setiap kali pimpinan berubah, akan menjadi precedent (mengikat).

Apakah kita sudah lupa bahawa Akta Pelajaran 1961, kerajaan mempunyai kuasa penuh untuk menghapuskan SJKC bila tiba masanya. Kerana desakan dan tekanan, Akta ini telah dimansuhkan dan diwujudkan Akta Pendidikan 1996. Lebih liberal. Status SJKC terjamin. Kerajaan tidak ada lagi kuasa penuh untuk menghapuskan SJKC, tetapi hanya boleh menukar status bahasanya sahaja. Akta ini sedang ditentang oleh ultra kiasu dan mahukan kerajaan menghapuskan kuasa ini. Daripada ada kuasa boleh menghapuskan SJKC, kini tinggal hanya menukarkan bahasa pengantarnya dan sekolah ini bantu sepenuhnya. Itupun PM telah memberi jaminan SJKC dan SMJK akan kekal selama-lama.

Keenam, buatlah kajian sistem pendidikan di seluruh dunia, apakah ada negara sebaik Malaysia ini? Bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan semakin hilang peranannya. Bahasa lain semakin mengukuh. Tidak cukup dengan itu, desakan dan tekanan terus diberikan termasuk memberikan syarat-syarat guru bukan Cina tidak boleh dipindahkan ke SJKC dan SMJK tanpa kebenaran Dong Jiao Zong dan Hua Tuan. Silibus BM mesti lebih mudah dari SK dan SMK. UEC mesti diiktiraf. Operasi mereka mesti secina-cinanya. Apa lagi ultra kiasu mahu?

Kesimpulannya, wahai pemimpin kerajaan! bertindaklah seperti negarawan. Saudara bukan lagi ahli politik setelah dilantik menjadi menteri. Janganlah terlalu laparkan undi sehingga memusnahkan negara bertuah ini.


Monday, March 07, 2016

Jaminan pengganti PM lebih baik

7:33 AM Posted by RIDHUAN TEE 4 comments
Jaminan pengganti PM lebih baik (Sinar Harian 7.3.16)

Apa jaminan pengganti Najib akan menjadi Malaysia lebih baik? Inilah yang perlu difikirkan. Justeru, berhati-hatilah agar tidak terpedaya dengan perancangan licik ultra kiasu sama ada yang Islam atau tidak. Apakah kita sudah buta dengan matlamat menghalalkan cara ultra kiasu untuk mengaburi mata kita?

Ultra kiasu sedar, raja atau rakyat Malaysia tidak akan menerima ultra kiasu Cina sebagai PM. Namun, mereka sudah bersedia dengan calon ultra kiasu Melayu. Malangnya, ultra kiasu Melayu masih tidak sedar mereka diperalatkan. Jika adapun yang sedar, kuasa itu lebih utama daripada yang lain meskipun terpaksa menjadi boneka.

Tahniah kepada Pas atas pendirian bijaksananya untuk tidak menjatuhkan pemimpin negara ini secara tidak demokratik seperti yang sedang diusahakan oleh musuh Islam.

Pas mengambil pendirian tidak bermusuhan dengan pemimpin (ahli) Umno, sebaliknya bermusuhan dengan parti Umno itu sendiri. Ini politik matang. Orang Umno masih Islam. Jangan layan Umno seperti orang kafir. Jika dengan sikafir kita boleh berpeluk dan bercium mulut, kenapa sesama Islam perlu bergaduh sehingga menghancurkan negara?

Sejak dahulu Pas konsisten. Pas bukanlah parti yang kemaruk kuasa. Agenda Pas adalah untuk menegakkan syiar dan undang-undang Islam, jika diizinkan Allah. Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz pernah berkata Pas akan dibubarkan jika Umno laksanakan Islam.

Pendirian ini sepatutnya menjadi Umno sedar. Janganlah lagi berseteru dengan Pas. Fikirkanlah hasrat untuk mengimarahkan bumi Allah ini dengan Islam. Islamlah kamu nescaya selamat.

Dalam situasi hari ini, jika Pas mengambil pendirian menyokong ultra kiasu. Terbaharu, kumpulan Tun Mahathir dan Umno yang lain, yang mahu menjatuhkan PM, sudah tentu kedudukan PM goyang. Tetapi Pas bertindak sebaliknya, meskipun ada peluang keemasan.  

Pas boleh memanipulasikan segala ruang dan peluang untuk menjatuh PM dalam keadaan kritikal ini. Tetapi Pas menunjukkan politik matang berhikmah. Tidak mustahil Pas boleh menggantikan Umno. Jika Umno masih tidak berubah. Bermegah 3 ‘ta’ iaitu takhta, wanita dan harta.

Cadangan berikut hendaklah diambil kira oleh pimpinan Umno. Pertama, jangan terlalu menyangka diri sendiri kuat. Mengeluarkan kenyataan bongkak. Mulakanlah dengan program tarbiyyah hati di kalangan pemimpin Umno dan ahli supaya lebih mengutamakan rakyat daripada perut. Kurangkan cakap, banyakkan kerja.

Kedua, realisasikan tage line 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Rakyat mahu melihat apa yang telah didahulukan. Saya memuji tindakan MB Perak yang sanggup tidur bersama rakyat dalam masjid. Pemimpin Umno yang lain bagaimana? Pernahkah menjejak kaki ke masjid, jika susah sangat hendak tidur di sana.

Ketiga, segera laksanakan cara hidup Islam, jika masih merasakan undang-undang Islam tidak sesuai dalam masyarakat majmuk. Sekurang-kurangnya mulakan dengan mengamalkan cara hidup Islam untuk rakyat yang beragama Islam. Bagi bukan Islam yang tidak mahu, biarkan dia. Perkasakan maqasid syarieyah dan mahkamah syariah.

Keempat, Umno tidak perlu bertanding di kawasan yang telah dimenangi oleh Pas. Jika ultra kiasu mahu meletakkan calonnya melawan Pas sama ada daripada ultra kiasu atau Melayu, maka Umno perlu menarik diri daripada bertanding. Berikanlah undi tersebut kepada Pas, bagi mengekalkan kemenangan Pas. Jika Umno dan Pas tidak mungkin bersatu, perlu ada perkongsian strategik.

Kelima, sebaliknya juga Pas tidak perlulah bertanding di kawasan kubu kuat Umno. Biar ultra kiasu Melayu sahaja yang bergasak. Ahli Pas, pakat-pakat undi Umno, seperti yang ultra kiasu lakukan kepada partinya.

Keenam, biarkanlah PM Najib terus menerajui Malaysia hingga berakhir penggal. Ikutlah proses demokratik. Setiap pemimpin datang dan pergi. Ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Pemimpin terdahulu ada juga kelemahan, tetapi berjaya ditutup dengan kejayaan. Pastinya PM ada resepi kejayaan untuk memperbaiki kesilapan yang dilakukan.

Ketujuh, apakah kita tidak nampak sumbangan PM kepada dunia Islam? Mendamaikan umat Islam yang berkonflik di Timur Tengah. Begitu juga minoriti Islam di negara bukan Islam, seperti Selatan Filipina dan lain-lain. Kita adalah contoh terbaik kalangan negara Islam hari ini, terutama mempelopori ekonomi Islam. Apakah tidak mungkin pemimpin Arab memberikan bantuan kepada kita? Pemimpin Umno sebelum ini pun ada menerima derma daripada dunia Arab, bezanya cuma tidak dimasukkan ke dalam akaun peribadi.

Kelapan, kepada yang telah mengambil keputusan keluar daripada Umno, cukup dengan serangan yang telah dilakukan. Banyakkan saranan daripada tekanan. Jangan biarkan negara ini hancurkan disebabkan oleh satu kesilapan. PM sedang sedaya upaya untuk menyelesaikan kemelut ini.

Mungkin inilah pertimbangan Pas terhadap PM. Jika tidak, sudah tentu peluang ini digunakan untuk membenamkan Umno. Apa kepentingan pemimpin Pas pada usia senja sebegini? Fikirkanlah.

Kepada Umno bangunkan daripada kebongkakan. Bertaubatlah sebelum terlambat. Pemimpin Umno tidak akan dipandang mulia sekali mana mereka tidak kembali kepada ajaran Islam dan berakhlak dengannya. Masalah semakin berlarutan kerana kita jauh daripada tali Allah.




Monday, February 29, 2016

Pekerja varsiti bukan penjawat awam

7:40 AM Posted by RIDHUAN TEE 1 comment
(Sinar Harian 29.2.16)

Akibat kekangan budget, ramai profesor pencen iaitu mereka yang telah berusia 61 tahun ke atas, tidak disambung kontraknya. Saya lebih suka menggunakan istilah ilmuan berbanding profesor, disebabkan tidak semua profesor terserlah keilmuannya (profess). Ada yang pandai menulis (mengajar), tetapi tidak pandai mendidik. Apatah lagi untuk merakyat. Mereka hanya pakar dalam bidang sahaja.

Berbanding dengan professor di barat, bukan sahaja keilmuan mereka terserlah, mereka turut merakyat, bukan hanya sesekali turun padang. Entah diterima atau tidak ‘ketinggian’ ilmunya oleh masyarakat.  

Apapun kerjaya ilmuan hendaklah dibezakan dengan penjawat awam. Mengikut undang-undang, mereka yang berada di Universiti adalah pekerja universiti bukan penjawat awam. Ada beberapa kes pensyarah kalah dalam perbicaraan kerana menggunakan istilah penjawat awam.

Ilmuan dengan penjawat awam berbeza. Ilmuan, ilmunya penuh di dada. Penjawat awam hanya tahu mentadbir. Ilmuan boleh mentadbir. Pentadbir belum tentu boleh mendidik. Inilah perlu diketahui oleh pemimpin politik masa kini agar jangan terlalu berpolitik.

Agak malang lagi apabila profesor yang memilih untuk menjadi pentadbir, tidak tampil membela profesor sebaliknya menjadi lebih PTD dari PTD. Apatah lagi membaca berita yang menyatakan bahawa bahawa khidmat tenaga kerja profesor universiti ditentukan oleh pihak pengurusan universiti itu sendiri melalui otonomi yang telah diberikan. Persoalan, duitnya datang dari mana? Dari langit?

Tidakkah pemimpin hari ini tidak sedar bahawa berdirinya mereka hari ini adalah disebabkan oleh didikan professor mereka? Justeru, fikirkanlah beberapa perkara berikut. Pertamanya, ilmuan yang bergelar profesor tidak wajar disamakan dengan penjawat awam yang lain kerana perkhidmatan dan sumbangan akademik mereka melebihi penjawat awam lain.

Saya bersetuju dengan kenyataan bahawa kerajaan  harus mewujudkan badan khas untuk memastikan kehebatan ilmu yang dimiliki oleh para ilmuan tidak terbiar begitu sahaja, meskipun telah pencen, terutama dalam mencorakkan halatuju negara. Majlis Persatuan Akademik Negara (MAAC) hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya, selain Majlis Profesor Negara (MPN).

Kedua, umur pencen ilmuan hendaklah dinaikkan kepada 65 atau 70 tahun, selaras dengan amalan antarabangsa. Kebanyakan mereka yang dilantik ke jawatan professor, pada ketika lingkungan usia 50-an. Sayang sekali ilmu keprofesoran mereka hanya dimanfaatkan beberapa tahun sahaja sebelum pencen.

Tidak dinafikan hari ini ramai juga pensyarah muda yang dilantik ke jawatan profesor disebabkan oleh kejayaan menghasilkan artikel dan penyelidikan berkualiti. Malangnya golongan ini hanya pandai menulis tetapi tidak pandai bercakap dan bermasyarakat. Sebab itu, jangan syok sendiri.

Ketiga, professor hari ini janganlah terlalu bergantung harap untuk disambung kontrak. Menyebarkan ilmu tidak hanya di dewan kuliah, tetapi juga bermasyarakat. Pergilah mendampingi surau, masjid dan institusi lain untuk menyebarkan ilmu yang terpendam. Syaratnya, jangan buta agama. Mestilah pandai mengislamisasikan dan mengintegrasikan ilmu kepakaran dengan ilmu agama.

Bidang kepakaran saya adalah Sains Politik. Saya rasa bersyukur kerana selain daripada berada di bilik kuliah, saya diberi kesempatan untuk berkongsi ilmu dengan masyarakat sehingga digelar sebagai ustaz. Terima kasih UniSZA. Saya yakin ilmuan lain telah lakukan lebih dari itu.  

Pokoknya, jangan jadi professor jahil. Saya pernah berjumpa dengan profesor yang beri salam pun tidak betul, berselawat pun tak lepas, baca Quran gagap berbanding bahasa Inggeris. Jangan haraplah untuk menjadi imam solat.

Perlu diingatkan, profesor berada dalam kedudukan ketiga, kalangan 15 profesional yang paling boleh dipercayai selain dari doktor perubatan dan guru. Pemimpin politik berada pada kedudukan terakhir iaitu ke 15 yang tidak boleh dipercayai. Kenapa? Sila rujuk kajian BEIM.

Pepatah Cina ada berkata, jika mahu menjadi pemimpin, pastikan rumah tangga dipimpin baik. Bagi memastikan rumahtangga dipimpin baik, diri sendiri perlu dipimpin baik. Bagi memastikan diri sendiri dipimpin baik, hati perlu dipimpin dengan baik. Bagi memastikan hati dipimpin baik, asasnya mestilah ikhlas. Belajar erti ikhlas.

Jarang kalangan kita yang ikhlas. Kebanyakan kita menjadi pakar bodek. Malang sungguh mereka yang dilantik menjadi profesor tidak menjadi  profesor sebenar. Tidakkah mereka sedar bahawa suatu hari nanti mereka akan pencen?

Dahulu ketika mereka dinaikkan menjadi profesor, tidak susahlah sangat seperti yang disyaratkan pada hari ini. Apabila kita berada di atas, kita susahkan mereka yang mahu naik menjadi profesor. Sedangkan penjawat awam yang lain, misalnya, PTD begitu mudah untuk naik pangkat, berbanding mereka yang setengah mati mengaji sehingga mendapat PhD. Malang sekali bila dapat PhD, ia bertukar menjadi perasaan hasad dengki.


Lebih malang lagi ada professor yang sudah bertaraf JUSA masih tidak dianugerahkan darjah kebesaran, berbanding penjawat awam lain, ada masih begitu muda sudah bergelar ‘dato’. Kenapa? Jawapannya ilmuan tidak pandai membodek seperti ahli politik dan penjawat awam. Teringat kata Albert Camus, some people talk in their sleep but lecturer talk while other people sleep.

Monday, February 22, 2016

Mitos Melayu Malas 3M vs 3D

6:37 AM Posted by RIDHUAN TEE 1 comment
Mitos Melayu Malas 3M vs 3D (Sinar Harian 22.2.16)

Mampukah belia Melayu menceburi bidang kerja 3D (Dirty, Difficult dan Dangerous) seperti yang dilakukan oleh buruh asing, kaitan dengan cadangan untuk membawa masuk 1.5 juta Bangladesh? Jawapannya, sudah tentu mampu jika Melayu sedar diri dan mahu berubah.

Bacalah buku Pendeta Za’ba (2009), khusus untuk Melayu, perangai bergantung kepada diri sendiri. Mitos Pribumi Malas (Syed Hussein alatas, 1989). Jika nak sesuatu itu berubah, mesti datang dari diri sendiri terlebih dahulu. Yang lain, hanya boleh membantu. Jangan pergi jauh, sektor pembantu rumah, berapa ramai orang Melayu yang sanggup bekerja? Hampir tiada.

Mengenali hakikat kejadian manusia, tidak ada satu bangsapun yang Allah jadikan dengan serba kekurangan. Kita adalah sebaik-baik makhluk. Bacalah sejarah manusia dan sejarah Melayu. Setiap insan atau bangsa ada kelebihan tertentu, sama ada sedar atau tidak. Tidak timbul isu, hanya Cina sahaja rajin, Melayu tidak. Masa Melayu, selalu lambat, orang lain tidak. Kita memperlekehkan dan memandang rendah bangsa sendiri. Sedangkan proses kejadian manusia sangat hebat. Jika tidak, apa beza kita dengan haiwan? Jika sekadar belajar untuk belajar, bekerja untuk bekerja, binatang di hutan juga belajar dan bekerja.  

Masalahnya, bukan berkaitan dengan bangsa tetapi sikap. Mahu berubah atau tidak? Apa pula tanggungjawab pemimpin terhadap umatnya. Kenapa Melayu di luar negara boleh berjaya? Kenapa tidak dalam negara? Apa punca masalahnya?

Ya, tidak dinafikan segelintir Melayu hanya mahu kerja glamour. Yakinlah! Jika ada program realiti pastinya orang Melayu yang berbaris panjang, walaupun mungkin bakat seni tidak ada. Sebabnya, mereka mahu jadi glamour, popular dan kaya. Lihat sahaja bagaimana jutawan Melayu begitu bersungguh menaja program realiti hiburan TV. Siapa yang menjadikan Melayu sedemikian, kalau bukan kita?

Justeru, mari bersama kita cari ubat Melayu. Pertama, ubatilah hatinya agar sikapnya merubah. Hati yang bersih tanpa hasad dengki. Tidak saling jatuh-menjatuh, tikam-menikam. Bersangka baik sesama sendiri. Letih kadangkala membaca grup WhatsApp Melayu. Asyik menfitnah dan mengeji. Semua berpunca dari hati. Tanpa hati yang tulus ikhlas, Melayu akan tetap sebegini. Melayu perlu belajar erti hati ikhlas. Ikhlas dalam perjuangan, ikhlas menjadi pemimpin.

Konsep ikhsan mesti dikhatam dan dihadam. Bekerja seolah-olah Allah nampak kita walaupun kita tidak nampak Allah. Hari ini mesti lebih baik dari semalam. Esok mesti baik daripada hari ini. Kata-kata siapakah itu?

Kedua, Melayu mesti menolong Melayu berasaskan Islam. Agama Islam sangat mulia dan terpuji. Praktikkanlah. Sediakan sekumpulan pakar untuk mengajar subjek agama Islam sebagai agama yang positif dan dinamik. Islam sangat menentang sikap bermalas-masalan. Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima. Jika boleh, masukkan kurikulum dan kursus kahwin, bukan hanya pendidikan seks semata.

Mereka yang berkebolehan, berbakat dan berilmu mesti diketengahkan. Jangan dipetiaiskan kerana takut memberi ancaman. Ada pemimpin politik (menteri) takut melantik orang yang lebih pandai daripadanya, takut-takut akan dicantas. Maka dilantiklah ahli yang lebih bodoh daripadanya agar mudah diperkudakan. Kerjanya asyik membodek dan kata ‘yes’. Maka kekallah dia sebagai pemimpin sampai mati. Inilah yang berlaku di peringkat cawangan dan bahagian. Hati dan sikap Melayu sebegini perlu diubati.

Ketiga, sikap Melayu (Attitude). ATTITUDE jika disusun susun huruf A = 1 markah sehingga Z = 25, hasilnya 100%. 1(A)+20(T)+20(T)+I(9)+T(20)+U(21) +D(4)+E(5)=100. Susunlah perbuatan lain, tidak dapat 100 peratus. Inilah perkara lama yang telah dibincangkan saban hari. Bagaimana nak ubah sikap, juga berpunca dari hati.

Dalam Islam, apa jua sektor kerja yang diceburi, yang paling penting,  HALAL, baharulah berkat. Sanggupkah kita cuci longkang, potong rumput, bina bangunan di tengah panas terik matahari. Sanggup. Pokoknya, bayaran mesti setimpal. Kenapa kebanyakan orang suka berhijrah mencari pekerjaan di tempat lain? Bayarannya berbaloi. Jika Melayu diberikan gaji minima RM2000 dan insentif lain, pasti ada yang sanggup. Negara untung, duit tidak mengalir keluar. Gejala sosial boleh dikurang, kerana pekerja asing selalu dahagakan seks.

Keempat, terdapat begitu banyak institusi berkaitan Melayu dan Islam di negara ini dan dibiayai kerajaan kerana perlembagaan membenarkan, termasuk Majlis Profesor Negara. Buatlah kajian. Kerajaan dengarlah. Kenapa sampai sekarang masih membincangkan isu Melayu. Apa kita buat? Sudah berapa lama merdeka?

Lihat NGO-NGO Cina, segala jenis persatuan mereka ada. Persatuan bahasa (dialek), ikan, ayam, itik, sayur, buah, lori bas dan sebagainya. Bersatu dan dinamik. Sekali mereka gegar... kecut! Ramai yang tunduk.

Kita asyik bergaduh. Dalam semua sektor. Kalangan cendekiawan, agamawan, penjawat awam, orang pencen dan lain-lain tidak kurang politikingnya. Bila ada masa untuk membincangkan kekuatan Melayu. Melayu semakin melayu.

Kelima, teringat kata hikmah Ungku Aziz, (1) rajin bercakap-rajin bekerja=bagus, (2) rajin bekerja-malas bercakap=kena buli, (3) malas bekerja-rajin bercakap=wayang Cina, (4) malas bekerja-malas bercakap=tak guna, (5) malas bekerja-suka mengadu=nyanyuk, (6) malas bekerja-selalu ponteng=baik berhenti, (7) malas bekerja-suka menyibuk=baik mati. Kategori mana duduk Melayu? Jarang yang duduk pada 1. Rata-rata berada 2-7. Biar papa asal bergaya

Melayu tidak boleh berlengah lagi. Perlu ada perancangan strategik jangka panjang dengan memberikan keutamaan kepada isu yang mendesak. Lakarkan visi strategik untuk melayari masa depan. Melayu juga perlu gigih mencari kumpulan pemimpin yang lebih baik yang mampu mewakili mereka  dengan lebih berkesan dalam memperjuangkan kepentingan dan aspirasinya.