Seperti yang saya sebut dalam program Bicara Rakyat, secara langsung TV1, Jumaat lalu, dalam sistem demokrasi, rakyat mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat melalui pelbagai saluran. Tidak salah berdemonstrasi kerana ia dibenarkan oleh perlembagaan. Asas demokrasi adalah kerajaan dari rakyat, untuk rakyat. Tetapi satu perkara kita harus ingat, jika kebebasan tersebut boleh menjejaskan kesejahteraan dan keselamatan rakyat, maka demonstrasi perlu difikirkan kembali. Apakah sudah tidak ada altenatif lain pada zaman globalisasi ini dalam menyuarakan pendapat selain berdemonstrasi?
Kenapa tidak dibuat demonstrasi tersebut secara tertutup seperti di stadium? Kenapa harus di jalanan? Adakah suara demonstrasi di kawasan tertutup tidak didengari? Pada saya, di mana jua demonstrasi diadakan, impaknya pasti ada, tidak semestinya di jalanan. Tempat yang paling sesuai untuk berdemo adalah di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat terutama di Selangor, berhampiran Kuala Lumpur. Bandaraya Kuala Lumpur tidak sesuai disebabkan oleh kepadatan dan kesesakan yang telah sedia ada.
Saya masih teringat minggu lalu ketika berlangsungnya acara Kuala Lumpur Marathon 2011, bermula dari jam 5.30, apabila sesetengah jalan ditutup, kesesakan jalan raya amat dirasai. Kebetulan saya berada di dalam bas ketika itu daripada Pulau Pinang. Lebih satu jam bas berlegar-legar di sekitar bandaraya kerana pemandu tidak dapat menurunkan penumpang. Akhirnya saya turun sahaja di tepi jalan untuk balik ke rumah sebagai persiapan untuk memberi ceramah motivasi di Memorial Tun Hussein Onn, pada jam 10.30 pagi. Ceramah motivasi tertunda kerana semua peserta terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Dalam hati saya berkata, ”ini baru Marathon, bayangkan jika demonstrasi Bersih menjadi kenyataan”.
Saya cadangkan jika Marathon yang sama hendak diadakan tahun hadapan, cukuplah sekadar mengelilingi Tasik Perdana (Botani) berkali-kali, tidak perlulah menutup banyak jalan sehingga berlaku kesesakan dan menyusahkan rakyat. Masa dan tenaga (termasuk petrol) banyak terbuang. Tidakkah masa yang terbuang itu lebih sesuai dimanfatkan untuk anak isteri di rumah. Bayangkan juga, tenaga petrol yang digunakan akibat kesesakan. Jika dikumpulkan semua tenaga yang terbazir dan disedekahkan kepada fakir miskin dan ibu tunggal, bukankah banyak pahala yang dapat kerana dapat membantu mereka yang memerlukan.
Lagi pula terdapat begitu banyak tempat strategik yang lain seperti Stadium Melawati, Shah Alam atau mungkin juga Bukit Jalil, kenapa Bersih masih berdegil untuk berada di tengah Bandaraya Kuala Lumpur? Saya yakin, mereka tahu, jika dibuat di luar Kuala Lumpur, sambutannya sudah pasti tidak memberansangkan.
Mereka tidak mahu melihat seolah-olah demonstrasi tidak ada orang. Maka untuk melihat ramai, medan orang ramai digunakan. Dengan harapan, dengan berada di sana bersama orang ramai, mereka akan kelihatan ramai. Maka tercapailah hasrat untuk menghimpun ratusan ribu orang. Wal hal yang datang tidak seberapa. Inilah laba politik yang ingin dicapai. Mereka mahu memperlihatkan demonstrasi tersebut benar-benar mendapat sambutan, walaupun hakikat sebenar tidaklah sedemikian.
Saya amat mengharapkan Perkasa, Pemuda Umno dan Pertubuhan Silat Melayu, yang semuanya umat Islam yang ingin turun sama berdemonstrasi, tidak bersikap seperti mereka. Apa bezanya kita jika sama seperti mereka. Dua kali lima sahaja. Amat hina sekali melihat pertembungan sesama umat Islam. Biarlah kumpulan ini ditangani oleh polis dan tentera.
Kita selalu membandingkan situasi kita dengan demonstrasi di di Thailand. Politik di sana berbeza dengan negara kita. Thailand adalah negara sebangsa, budaya dan cara hidup mereka sama. Begitu juga di Indonesia. Mereka hanya ada dua kumpulan, pro dan anti kerajaan. Berbanding kita, kita adalah sebuah negara berbilang bangsa, agama, budaya dan cara hidup. Politik kepartian amat kuat dan ekstrem. Parti politik berasaskan bangsa. Keadaan kita jauh lebih kompleks. Sudah pasti dalam banyak perkara kita tidak sehati sejiwa. Apakah kita tidak menjangka ada orang yang akan mengambil kesempatan. Wahai umat Islam! Janganlah mudah untuk diperalatkan.
Tidakkah kita terfikir dengan banyaknya perbezaan ini, ada pihak-pihak tertentu yang akan mengambil kesempatan untuk memecah-belahkan kita dengan melakukan pelbagai provokrasi. Mereka mahu kita berantakan, kerana itu adalah salah satu perancangan mereka. Kita selalu menuding jari kepada polis yang melakukan provokasi. Saya yakin di luar sana masih ramai kafir harbi yang sedang menunggu kesempatan.
Cuba buat perbandingan, sedangkan perhimpunan sukan secara tertutup pun pergaduhan berlaku macam seolah-olah tidak kenal saudara. Inikan pula perhimpunan terbuka. Masihkah kita ingat siri perlawanan bola sepak di antara pasukan negeri Kelantan dengan Negeri Sembilan dan Selangor. Kerusi stadium, trak polis dibakar dan macam-macam lagi perkara menyedihkan berlaku, termasuk kematian akibat balingan botol (Stadium Melawati). Kekecohan ini juga berlaku di hadapan tok guru. Bayangkan jika yang memimpin demonstrasi ini begitu jauh sifatnya dengan tok guru. Beliau bukan sahaja tidak ada status tok guru, malahan sikap anti Islamnya begitu terserlah ketika menjadi memimpin Majlis Peguam.
Persoalan yang tidak dapat dijawab oleh panelis PAS dalam Bicara Rakyat tempoh hari, apakah jaminan perhimpunan tersebut akan berlangsung dalam suasana dan keadaan aman? Siapakah yang boleh memberi jaminan tersebut? Apakah pemimpin Bersih begitu berwibawa boleh mengawal manusia yang katakan bilangannya begitu ramai? Bagaimana pula jika ada kalangan mereka yang mengambil kesempatan untuk mencetuskan pergaduhan? Minta maaf cakap, dalam keadaan masyarakat yang terlalu banyak perbezaannya, saya tidak percaya bahawa semuanya anggota Bersih yang turun akan bertindak seperti malaikat?
Kumpulan yang mengambil kesempatan berada di mana-mana, mereka hanya menunggu masa yang sesuai untuk mencetuskan pergaduhan. Janganlah terlalu menuding jari kepada polis. Bayangkan jika bukan polis yang mengawal keselamatan dan kesesakan jalan raya. Apa akan jadi dengan bandaraya ini.
Wahai umat Islam, jangan mudah tertipu dan akhirnya kita akan ditipu. Lagipun beliau bukan ahli politik. Jika masalah daftar pemilih pilihan raya yang menjadi isu utama. Yang sepatutnya lebih sensitif adalah parti-parti politik kerana mereka yang akan bertanding. Bukannya NGO seperti yang didakwa. Apa kepentingan NGO dalam daftar pilihan raya kalau bukan untuk mencari publisiti? Beliau cuma mahu mencari publisiti untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang. Kesempatan ini digunakan untuk mempopularkan dirinya. Jangan terpedaya dengan permainan silap mata ini.
Perkembangan terbaharu meyakinkan lagi saya mengapa kumpulan ultra kiasu ini harus ditolak dan tidak boleh dipercayai dan ditolak. Walaupun isu yang saya bangkitkan agak sedikit lari daripada tajuk, tetapi ia mempunyai kaitan rapat dalam menilai integriti atau meletakkan kepercayaan terhadap seseorang. Saya tidak nafikan hak rakyat untuk berhimpun. Tetapi bukan diketuai oleh ultra kiasu ini. Tuhan sahaja yang tahu sama ada mereka benar-benar ikhlas atau sebaliknya. Sudah tidak ada orang Islam lainkah yang boleh dijadikan pengantara atau rujukan? Atau sekurang-kurang carilah bukan Melayu yang begitu memahami jiwa, sensitiviti dan perasaan umat Melayu Islam? Janganlah berketuakan pengantara yang pernah menghina dan menginjak-injak Islam. Lina murtad Lina Joey dan penghinaan terhadap mahkamah syariah masih terngiang-ngiang di telinga dan amat sukar dipadamkan dalam lipatan sejarah.
Apatah lagi, saya cukup sedih apabila kehadiran 12 wakil rakyat parti ultra kiasu yang tidak mengenakan pakaian rasmi dan songkok pada Upacara Pembukaan Persidangan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-17. Tindakan ini boleh disifatkan sebagai ‘kurang ajar’ kerana tidak menghormati majlis. Memang benar, pakaian rasmi tidak diwajibkan, mematuhi etika pemakaian pada upacara berkenaan secara zahirnya menunjukkan seseorang itu menghormati negeri, ketuany aserta DUN itu sendiri.Tindakan, tabiat dan tingkah laku ini boleh dikatakan berlaku di mana-mana sahaja negeri mereka berada.
Jelas dan terang, pemakaian songkok pula bukan simbol agama, masyarakat di India pun pakai songkok walaupun mereka bukan Muslim.Songkok hanya melengkapkan pakaian seragam. Parti ultra kiasu sama ada di Semenanjung Sabah dan Sarawak telah lama mempersoalkan pemakaian seragam rasmi dan songkok pada upacara pembukaan persidangan kerana menyifatkan ia menafikan kebebasan beragama di samping membazir wang rakyat. Berapa sen sangatlah harga songkok dan baju Melayu berbanding dengan harga pakaian barat yang dibanggakan itu? Di Indonesia berapa ramai orang Kristian yang memakai songkok. Kenapa mereka begitu selesa sedangkan kita terlalu sensitif. Sebenarnya, kita terlalu memandang rendah kepada bangsa lain. Kita tidak mahu dipandang rendah sama. Tidakkah lebih baik kita lebih memahami Melayu daripada Mat Salleh?
Kenapa kita boleh begitu berlagak dan berbangga dengan pakaian barat blazer, jacket, dan tie tetapi, bila ada konotasi dengan Melayu kita memandang hina. Adakah ini wajar? Bila orang Melayu memakai pakaian Cina, kita seronok. Kenapa kita tidak ‘raikan’ Melayu dengan memakai pakaian Melayu. Adakah ‘budaya Melayu’ ini begitu hina?Kita begitu berbangga dengan pakaian skirt yang begitu pendek sehingga ternampak yang tersurat dan tersirat. Tetapi memandang hina pakaian yang ada konotasi dengan Islam.
Kenapa kita terlalu obses dengan bangsa yang begitu jauh dengan kita, sedangkan bangsa yang terdekat dan merupakan penduduk induk di negara ini tidak dipandang endah, malah dihina lagi? Tidakkah semua agama menganjurkan pakaitan yang bersopan? Dari mana datangnya sumber memakai yang seksi-seksi ini jika bukan dari barat? Hina sungguh kita. Sanggup ketepikan budaya masyarakat tempatan kerana terlalu obses dengan barat. Sanggup ketepikan bahasa kebangsaan, kerana terlalu mengejarkan bahasa Inggeris. Adakah tindakan ini wajar dan mampu menjamin keluhuran pembangunan sebuah negara bangsa?
Pelik sungguh, bila tiada kepentingan, mereka begitu angkuh. Namun, bila ada kepentingan, misalnya penerimaan anugerah bintang dan pingat, kumpulan muka tidak tahu malu ini, tidak segan-segan mula mengenakan ‘pakaianMelayu’.
Berasaskan kepada hujah-hujah ini, apakah kita boleh menaruh kepercayaan kepada Bersih? Tidak. Sebenarnya mereka adalah bersih dalam kotor. Nampak suci tetapi berdebu. Pada saya, selagi mana mereka tidak hormat budaya bangsa induk negara ini, selagi itulah golongan ini tidak boleh dipercayai. Mereka ini ibarat duri dalam daging atau api dalam sekam. Sentiasa mencari kesempatan atau menangguh di air yang keroh.
Saya tidak yakin demonstrasi Bersih ini akan menjadi kenyataan jika tidak disokong oleh umat Islam. Mereka tidak akan berani mengangkat muka pun jika kita tidak bersama mereka. Kenapa mereka begitu bongkak? Jawapannya, amat mudah, kerana mereka tahu, kita tidak sehati sejiwa, kita berpecah, kita terlalu mabuk kuasa, kita sanggup menabur pasir di periuk saudara sendiri, kita menikam sesama sendiri dan terlalu banyak kelemahan kita.
Peluang keemasan sebegini mungkin mereka tidak akan dapat pada masa akan datang, maka kelemahan umat Islam hari ini dimanipulasikan sepenuh untuk mendapatkan apa yang selama ini dicita-citakan. Moga dijauhkan Allah SWT daripada perancangan jahat dan licik sebegini. Wahai umat Islam! kita sudah tidak ada banyak masa, bangunlah, buka mata dan buka minda, sebelum terlambat atau nasi menjadi bubur. Yakinlah, apabila nasi sudah menjadi bubur, apa cara juga yang digunakan, bubur tidak akan menjadi nasi semula. Ketika itu orang lain sudah menjadi terlalu berkuasa. Mereka mempunyai rakan-rakan sebangsa yang begitu ramai di luar sana yang sedang ternanti-nanti untuk masuk ke dalam wilayah atau kawasan kita.
512 comments:
«Oldest ‹Older 401 – 512 of 512 Newer› Newest»pengorbana agung korang sumer..tq banyak2 sbb create such history...9 July akan diingati smpi bila2..bravo!!syabas rakyat malaysia!!!korang memang hero n heroin negara....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
yes, people power!!! kick the umno bigots to the wilderness!
rupanya2 suara mu,sgt hebat rakyat malaysia..what a history today!!!!tak sangka langsung,wlpn kena tekan,tak bagi pki baju kuning..tp...speechless aku hari ni..how amazing suara rakyat!!!sampai ke tahap ini rupa2nya!!!!bravo beb!!!
Ele, Sedia. Orang Eskimo pun dengor. Apa diorang peduli? Cuma frustrated lot mcm John Mallot kawan Anwarul Al Komplot saja yang heboh.
Apa nak kisahkan orang Singapura? Ko tak tau kuku besi Lee Kuan Yew? Undang undang yang diluluskan 2 tahun lalu membolehkan Polis dia datang jumpa ko kalo ko dengan gufreng saja pun ditaman bunga. Ko tak tau ke? Baca apa CheDet kata diblog dia setahun lalu.
oops, mana tu kambing kambing perkasa tu?
tengah hisap ganja ke? atau pun dekat kedai motor tengah ubah suai motor motor untuk lumba haram selepas dapat wang saku rm300 setiap satu? di gerai tomyam ke? atau pertama komplek lepak?
mmg x sangka langsung boleh banjir smpi 40 k...!!!korang memang dhsyt beb!!!!!!!!!!!!!!!!!menjerit kebanggaan aku hari nie!!!!!korang mmg salute beb!!!!!!!!!!!!!!!!korang hero beb!!!!!!!!!!!!!!korang di pihak benar beb!!!!!!!!!!!!!nak dibandingkan degn pelbagai tekanan terhadap Bersih selama ini;what a success!!!!!!!!!!!!!!!tahniah sekali lagi!!!Award: The best successful story in Malaysia for 2011!!!for our beloved rakyat 1 Malaysia
next our beloved rakyat...GE13; jumpa di sana!!!!pre-GE13;rakyat dh menang!!tq banyak2 rakyat menyedarkan aku hari nie!!!wlpn byk tekanan,kita masih lagi mampu bersuara!!tq banyk!!!bangga sgt2 jadi org malaysia..syabas beb!!
KUALA LUMPUR, July 9 — Some 1,000 Bersih supporters have begun dispersing from Stadium Merdeka on their own, despite making their way past phalanxes of riot police to the historic venue to call for free and fair elections. Crowds in other parts of the city have also left after run-ins with riot police but a new group is building up near the Kuala Lumpur City Centre, eyewitnesses say.
Police have dismantled some barriers around the stadium although some 500 people remain in the area. City police also said more than 600 people have been arrested throughout the day in various parts of the capital city.
The crowd at the stadium were led by national laureate Datuk A. Samad Said and PAS vice-president Datuk Husam Musa. The white-bearded poet was among the Bersih 2.0 leaders caught in a police cordon at KL Sentral earlier.
In a news conference at the Hilton Hotel earlier, Samad said the country’s literary group must speak out against state-sanctioned power abuses.
PAS leader Datuk Husam Musa arrived shortly after, leading another small group past the police and into Stadium Merdeka area.
There, the police are warning the growing number of demonstrators to disperse, failing which the police will resort to force.
Police earlier fired from their water cannons in the direction of hundreds of pro-Bersih 2.0 demonstrators at Stadium Merdeka even as their top leaders have been cut off or arrested at Kl Sentral.
The shot was a warning; none of the water has hit any of the demonstrators.
The gesture angers a person from Bersih’s side, prompting him to jump up and yell angrily. But his words are drowned off by the sea of noise.
Other pro-Bersih supporters try to calm him down.
Those inside the stadium appear to be quieting down as the afternoon drags on, but they continue to cheer each time a new group of demonstrators makes it past the police barricades and into compound.
Hampered by the downpour that started close to 2pm and police barricades circling Stadium Merdeka, supporters for electoral reforms have struggled to get inside.
sedia,
Yes, rakyat dan Agong sudah menang.
now i can feel proud to be malaysian!
sedia,
Sapa cakap 40,000 orang? Ko dengar Malaysiakini cakap ke? Hahaha.
Malaysiakini kata 300,000 ko tak tau?
Semalam dia melulu kata Bersih dah dapat lesen himpun kat Stadium Negara. Rupanya kena tipu dengan Bersih saja.
Tak lama selepas deme lapurkan tu, orang Bersih kata diorang bila Polis panggil datang ambik surat diBalai Dang Wangi, deme ingat suruh ambik Lesen Himpun.
Melulu le deme kesana. Rupa rupa nya surat kasi tau permohonan lesen nak himpun diStadium Merdeka tak lulus. Hahaha.
Malaysiakini tak tau mana nak taruk muka. Ko nak pecaya lagi apa M'kini cakap ke?
Hah, keluar lagi Anak Perkasa. Aku ingat dia dah masuk neraka!
it doesnt matter whether the leaders were there. the whole world has heard! and that is the true mission which ii accomplished now.
BN is in the drain now. the supporters will go back to their normal life together with their real life encounter and experience on how they are being treated by the government who are supposed to be very caring or ' prihatin '.
1malaysia my foot.
hey anjing 4.32pm,
shut up la. you are barking alone now.
nobody gives a damn to your comments anymore. the party you supported has gone to hell.
angin perubahan untuk rakyat malaysia!!!tak sangka aku!!!gembira ada,nak nangis pun ada!!!syabas!!!Dr T...syabas sebab bwk isu ni dan popularkannya!!!!sama2 kita berjuang untuk rakyat Dr T!!!!!!bangga dgn Dr T!!!tahniah!!!
good news for you anjing 4.32pm,
KUALA LUMPUR, July 9 — A Barisan Nasional (BN) deputy minister lamented today the failure of the ruling coalition to discuss terms with the outlawed Bersih 2.0, whose supporters have amassed in the city by the tens of thousands despite a police lockdown of the capital.
Datuk Saifuddin Abdullah told The Malaysian Insider that the government “should have discussed the proposal on how to address a peaceful assembly” as recommended by the Human Rights Commission (Suhakam).
“In terms of political communication, we have lots of repair to do,” the deputy education minister said.
Although he agreed that a stadium gathering was better than marching in the streets, the Temerloh MP said he disagreed with “some who generalise that once done on the road, it will lead to havoc, because many road demos go peacefully.”
The electoral reforms movement agreed earlier this week to move today’s street rally to a stadium after Datuk Seri Najib Razak had made such an offer on Monday.
This came after the Yang di-Pertuan Agong had stepped in to defuse tension on Sunday, calling for the Najib administration and Bersih to negotiate over the issue of free and fair elections.
However, despite the coalition of 62 NGOs accepting the prime minister’s offer, both BN leaders and the police told to move its rally outside of the capital, citing security and congestion issues.
Bersih remained adamant heading towards Stadium Merdeka, resulting in over 500 arrests so far as tens of thousands are now converging on the historical venue.
gua memang salute dgn PDRM..
sedangkan mas selamat yg standard pengganas pun tewas.
ini kan pulak setakat pencacai kafir harbi je..
mandikan aje, lintang pukang semua..sebijik mcm kambing wa tgk..
gua bayangkan ATM terpaksa bg bantuan..tp mcm nie punyer pendemo hntr budak silat pun cukup..
Dr T,gembira tak???!!!sy sgt gembira kali nie sbb rakyat bangkit!!!saya dpt bygkan betapa Dr T sedng menangis kerana rakyat dh sedar!!!syabas Dr T!!!kita 1 malaysia Dr T!!!saya bangga giler!!hilang kemarahan saya kepada yang menetang komen sy!!!gembira sgt Dr T!!
syabas rakyat malaysia..korang sumer hero malaya beb!!!lepas ni kita berhimpun tgk msia lwn liverpool..rabu malam,jgn lupa...!!!syabas beb!!!aku bangga sgt dgn korang!!!
sedia,
Kalo ko tak proud to be Malaysian dulu, apasal ko tunggu dinegara ini? Patut ko dah berhijrah le.
Aku tau ko akan kata ko rakyat Malaysia. Tapi ko tak tau ke rakyat Malysia perlu banggakan negaranya "warts and all".
Pernah dengor, "all citizens must feel proud of their country, warts and all"? Boleh kritik, tapi masih bangga macam mana pun. Nenek moyang ko tak pernah ada country ke dulu? Padan lah tak tau pasal banggakan negara ini.
Ko ada katak puru (warts) ke? Kalo takda, mintak sikit kat King Katak Lompat Anwarul Al Furi.
x pe bro,
kita layan je..
diorg nak syok sendiri diorg pnyer suka la..
BN dah end? ahh iyekan je la..
kita tgk sok pagi muke sape yg kuar paper..
hahaha..
bro, mlm nie semua lokap sure full booked pnyer..
yg x dpt bilik tido dlm black maria je la...
haha..
Haaa, kita ketawakan Malaysiakini dia marah pulak. Maklomlah dah tak ada modal lagi.
cilanat punyer anwar!
ingat nak lead demo..rupenyer nmpk polis lari masuk hotel balik..
penakut punyer pengkhianat..
mcm mana le pencacai die boleh ikut ckp dia nie..
bingai betul la..
ya, lokap, so what?
kita sama sama tunggu PRu13, kita tengok siapa akan jadi tje next khir toyol.
Si sedia pulak main "a scratched record", dia pusing, putar, recycle cerita yang pincang sana, rosak sini.
Dia nak bukak kilang re-cycle garbage agaknya.
" Haaa, kita ketawakan Malaysiakini dia marah pulak. Maklomlah dah tak ada modal lagi."
siapa yang tak de modal? hahaha... tunggula...
ketua amk sam ketot pun x nmpk bayang..
sian kambing2 xde gembala..
salam anoyan 4.43 p.m..
jumpa kita di msia vs Liverpool yer...salam hariamau Malaya (kuning)..aku proud sgt skg nie..!!!
Bro, aku bukan saja nak tengok yang kena lokap. Aku nak tengok ada yang kena masuk hotel Kamunting. ISA.
Takkan asyik nak hotel KL Hilton saja, hahaha.
kita 1 malaysia anoyan...
jgn lupa pakai baju kunig Harimau Malaya nanti!!!confirm msia dpt kalahkan liverpool..peace anoyan ye!!!!
KUALA LUMPUR, July 9 — Umno Youth chief Khairy Jamaluddin was arrested by police as Bersih 2.0’s rally moved into full swing at the city centre here this afternoon.
According to reports on the ground, the Rembau MP was picked up along with another Umno Youth committee member Lokman Adam.
They were leading a march against Bersih 2.0 along with a few hundred other protestors from the wing’s “Patriot” movement in Bukit Bintang.
Riot police earlier fired tear gas at the group, which was outnumbered by the tens of thousands who showed up in support of Bersih 2.0.
Khairy was picked up just as he was recovering from the gas. His supporters on the ground now number to about 150.
Following his arrest, the movement’s leaders were seen telling supporters to clear off from Jalan Bukit Bintang to allow riot police to pass through.
“They appear to be co-operating with the police,” a reporter from The Malaysian Insider said.
Elsewhere, Bersih 2.0 chairman Datuk Ambiga Sreenavasan, steering committee member Maria Chin Abdullah and other Pakatan Rakyat (PR) leaders were also picked up.
As at 2.30pm, police confirmed 672 arrests, including 48 women, in connection with today’s rally.
Despite this, electoral reforms group Bersih has not called off its assembly and marchers across the city are still converging on Stadium Merdeka where the group plans to hold a peaceful rally calling for free and fair elections.
few hundred protesters?
hahaha, siapa yang tak da modal?
shame on umno. ooops, mana tu perkasa? gerai tomyam? or kedai motor?
hahaha, siapa yang tak de modal?
mana tu geng silat? kata ada juta ahli?
1 ekor pun tak de.
ptuuuui.....!!
anoyan 4.50p.m
jgn risau anoyan..ko tak kene tangkap punya sbb tgk msia lwn liverpool...!! ko patut bangga beb hari nie!!!nice history of msia!!!
ha...haaaaaaaaa, geng silat atau geng jilat?
Hahaha, sedia cakap pasal PRU13 hahaha.
Tak tau berapa anggaran Polis jumlah yang turun padang. Polis saja yang boleh congak baik sebab diorang ada helikopter.
Katalah 40,000 pun. Kan segelintir saja dari 300,000 yang diorang hebohkan. Heboh saja, hasil takda.
Entah entah hanya 20,000 saja.
" Katalah 40,000 pun. Kan segelintir saja dari 300,000 yang diorang hebohkan. Heboh saja, hasil takda.
Entah entah hanya 20,000 saja."
20,000 versus " few hundred protestors? "
cakap nak challenge? tak bayar wang saku jadi tak de protestors ke?
wahahahahahaa.......
geng jilat tu tengah jilat kaki pak brahim kot...
wahhahahahaha......
seekor geng jilat pun tak de....
wahahahaha.....
mana NGO NGO yang nak protest tu? tak bayar wang saku ke?
Hahaha, keluarkan lapuran Malaysian Insider pulak.
MI = M'kini taraf nya.
Yang mana satu kena marah dek Hishamuddin sebab lapurkan berlain dari apa yang dia cakap dulu?
Aaaah. tak usah citalah MI, M'kini, FMT dan yang segarbage dengan itu.
mana pendekar pendekar perkasa tu?
any answer?
wahahahaha....
anoyan 4.54p.m
eh,aku cakap pasal msia lwn liverpool anoyan!!!aku nak ko pakai baju kuning nanti ye!!!!bangga aku & kau hari ni anoyan!!!ko mesti lagi bangga kan anoyan!!!nak nangis aku!!!hebat bro rakyat kita nie anoyan!!
mana pendekar pendekar panca jilat tu?
any answer?
wahahahaha....
jom anoyan tunjukkan proud kita rabu nanti..kuning anoyan ye..x kena tangkap py..dh habis dh!!!
Ooooooo, cakap pasal lawan pulak? kata nak protes pilihanraya. Apa daaa.
Pak Brahim kata dia nak keluar nak tunjuk saja Bersih cakap tak betul. Khairy pun camtu jugak.
Padanlah korang Bersih dikata kotor.
" Khairy was picked up just as he was recovering from the gas. His supporters on the ground now number to about 150"
huah, 150 ekor sahaja? kan ada jutaan ahli?
semua tiada wang saku, no action kot?
whahahahahaha...
dah takda modal lagi si sedia. dah berapa kali dia cakap pasal bola. baik cakap pasal bola lain, hahaha.
alah..
kalau 300000 berbaloi jgk perkasa turun..
ni ni ntah 30000 ade ntah x tuh..
suwei la, mcm ni nak kasi reformasi?
ptuiihh..
baik dok umah layan upin ipin..
haha..bingai pnyer pencacai..
ingat ko mandi water cannon tu boleh jatuhkan kerajaan?
haha..
bukan lawan, we are talking about numbers, numbers, ok?
cakap besar, tapi seekor pun tak de.
wahahhahahaha.....
patriot = bersih = sama2 bingai..
haha..
perkasa = 0
panca jilat = 0
umno = 150
bersih = 10,000
wahahahaha.... cakap besar pandai, seekor pun tiada...
at least dpt gagalkan target diorg yg kononnya 300 000 tu pun dah ok..
kira capai target la..
Dah, aku malas nak layan lagi. Nak tunggu analisa dari pakar pakar penganalisa politik.
Nak dengor apa Polis kata, berapa anggaran, siapa lokap, siapa hotel Kamunting, dsbnya.
Bro, kalo ko nak teruskan, carry on, bro. Aku nak baca berita pulak. C u again.
huhu,dgn ko, cakap pasal bola la anoyan..tu je yg layak utk ko...huhu..(x paham2 lagi anoyan nie,,maksud tersirat aku..huuh)
=>meh aku bagi faham...maksudnya,ko tu x layak nak citer pasal bersih nie..dah nampak dh efek Bersih nie..ko,nak pakai baju kuning ke biru msia lwn liverpool???kuning bro..x kena tangkap punya!!!!takut sgt anoyan nie..dh habis dh,itu pun takut ke!!!!huhu..jgn frust anoyan..peace jer!!!kitakan 1 Malaysia!!kita gak yg nk sokong msia nnt!!
thanks rakyat malaysia!!!!korang memang betul2 hero..salute!!!!!
Staronline kata
4.20pm : Crowds that had gathered in KL for Bersih and Patriot rallies are dispersing; police keeping watch. A senior Bersih organiser requested crowd of supporters near Chinese Assembly Hall along Jalan Maharajalela to disperse.
Tak sampai pukul berapa pun. Tak berbau Merdeka Stadium pun. Tak hantar memo ke YDP Agong pun.
Namun demikian, kita tunggulah analisa mereka yang arif, ada kesan ke "cubaan" Pembangkang tu.
aler bersih ni hari nie je..
sok kau nak pakai bj kuning ke biru ke no hal..
ko ingat polis buat rodblok sbb takut kerajaan jatuh?
haha.. perasan giler bingai bersih nie..
gembala2 demonstrasi semua dah kene tangkap, esok aku pun nak pakai baju kuning..
haha.. arsenal beb..
5:18 PM
nak hantar memo ke apenyer..
semua dok lepak hotel hilton jek..
x taula diorg anta guna fax jek..
haha..
yg kesiannya kambing lembu vavi diorg tuh..
hujan2 main air water cannon..
"perkasa = 0
panca jilat = 0
umno = 150
bersih = 10,000
wahahahaha.... cakap besar pandai, seekor pun tiada..."
jadi ader berapa juta lagi kat msia ni yg akur arahan polis kan?
x bingai mcm 10 150 lembu kat atas tuh..
cuma yg jelas pengikut bersih lagi ramai yg jadi lembu dan keldai la..
bingai xleh nak ajar..
HAHA..
5.20pm,
KUALA LUMPUR, 9 Julai – Penyokong Bersih 2.0 dengan diketuai oleh Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dan Naib Presiden PAS Datuk Paduka Husam Musa tiba di pekarangan Istana Negara sebentar tadi dan dipercayai telah menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
Memorandum itu mengandungi lapan perkara menuntut pembaharuan pilihan raya.
apa ni? boleh ceritakah? saya tak paham la?
wahahahahaha..... eat your own shit!
untuk 5.18 juga.
wahahahaha...... eat your own shit too.
x sabar nak tgk lakonan anwar kali ni..
dulu de adegan kene suntik HIV..
kene racun arsenik..
ni ape plak yer?
HAHA..
5.31pm,
hahaha, tak da modal lagi ke bahlol?
nak switch topik?
wahahahaa.....
Staronline 9 Julai -
5.30pm: The Bersih 2.0 steering committee fails to hand over its memorandum to the King at Istana Negara
PS:
Committee member Subramaniam Pillay says Bersih will hand over the memorandum to the King in due time, although there would be no street rally.
He also confirmed that Bersih chief Datuk Ambiga Sreenevasan has been detained and her last phone message said she was okay.
switch topik pe plak?
lu yg x tau ape anwar tgh buat skrg ni kan?
lu belom kenal anwar lagi?
dasar pro peliwat..
HAHAHA..
"He also confirmed that Bersih chief Datuk Ambiga Sreenevasan has been detained and her last phone message said she was okay."
skrg ni ok lagi..
tunggu la mlm sket..rasa lokap 5 bintang..
Anwar Seriously Wounded? NATO to Launch Airstrike Against Malaysia?
Anwar's sweetest dream..
NATO to Launch Airstrike Against Malaysia?
No, only Segambut. Where he (Anwar) lives.
But he also has a house in Bukit Damansara.
Maybe a condo where he keeps condoms in Bangsar. Saiful knows the address.
But he's all over the place. Even the hotel in the sex video.
NATO guided missiles cannot hit him one. He's worse than Muammar Ghadafi who literally pitches tents here and there in the desert, fearing for his life. Ever since the time of the Lockerbie passenger plane bombing many years ago.
But Anwar does not bomb. He just hits from behind and the effect is like a bomb.
Staronline 9 July says
6.30pm: A total of 1,401 were detained, including 1,273 men, 115 women, 12 boys and a girl.
Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar says they will be released once investigations are completed.
That can mean anything from a few days to weeks, to months. Even in ordinary cases. What more this is over a thousand fellows.
Yes, the chances of extended stay in "lokap 5 bintang" are there. Only that the bintang rating is by Police standard.
Anon 339PM.
Maksud aku;
Hanya disebabkan isu ini,malam tadi aku dan beribu orang terperangkap dijalanraya diIbukota. Bukankah tindakan kerajaan mengarahkan pihak polis mengadakan sekatan dan sebagainya itu menyusahkan rakyat.
Tak salah buat sekatan tapi perlukah pihak berkuasa melakukan operasi besar-besaran seperti itu,hanya sekadar untuk menghalang rakyat dari berhimpun.
Tindakan yang merugikan negara itu bukan sahaja dari sudut kebendaan sahaja tapi yang pastinya imej negara akan terjalar dimata dunia ekoran dari lapuran negatif media yang sentiasa mencari ruang untuk memburukkan imej negara.
Itu belum lagi dengan kos perbelanjaan dan tenaga yang terpaksa digunakan bagi menghalang perhimpunan BERSEH ini.
Alangkah baiknya jika perbelanjaan tersebut digunakan untuk manfaat rakyat.
Kerajaan sepatutnya lebih telus dan adil dalam menangani isu-isu yang dibangkitkan. Tegas dan sedia bertolak ansur selagi ianya mengikut lunas undang-undang demi untuk kepentingan rakyat dan negara.
Mcm mana "manipulasi"nya?
Bukankah manipulasi namanya jika isu BERSEH yang dibangkitkan itu seolah-olah dah tidak relevan dengan isunya apabila ada perkara yang tidak ada kena mengena dengan isu tersebut juga telah diambil kesempatan oleh kerajaan untuk terus menekan pembangkang.
Contohnya, perlukah ordinan darurat digunakan untuk menangkap rakyat yang tujuan asalnya cuma untuk berhimpun secara aman.Setahu aku ordinan ini akan digunakan jika seseorang itu boleh mengancam keselamatan negara.
Apakah perhimpunan ini boleh mengancam negara. Atau ianya boleh mengancam kuasa pemerintahan kerajaan sedia ada.kalau betul mereka bersalah,dakwa sahaja mereka di mahkamah.
Mengambarkan seolah-olah isu BERSEH ini mengancam keselamatan negara. Menimbulkan rasa takut dikalangan rakyat. Mengapa hendak digembar gemburkannya.lainlah kalau ada maksud yang tersirat disebaliknya.
I'm pretty sure many will be charged in court. Especially those breaking the Court Order among the 91 fellows. But even the others all of whom have broken the law for illegal assembly.
Otherwise the Court Order, the Judiciary and the Police will be laughed at. And the Police have to make examples that they meant business when they gave warnings.
And those fellows have broken the law anyway. The Police cannot be laughed at if the fellows are not charged in court. It'd encourage others to do the same if they are not charged. They'll be charged after investigations are completed.
What the IGP meant I think is that they'll be released on the usual bail being put up pending their court hearings.
Those who can't afford bail or whose parents refuse to bail them out will continue in the "5 star lokap" until their court cases. If they are employed, they would lose their jobs.
rawang,
Jangan marah, tapi aku nak tanya lagi.
Ko kata "Bukankah tindakan kerajaan mengarahkan pihak polis mengadakan sekatan dan sebagainya itu menyusahkan rakyat." 2 hal:
1. Kerajaan tak mengarahkan Polis benda cm tu. Dah kerja Polis, tanngung jawab depa, dah ada berbagai Akta Polis, Akta itu ini untuk Polis buat kerja tak payah arahan.
2. Kalau tak boleh mcm tu, ko cadangkan lah mcm mana nak buat.
"Tak salah buat sekatan tapi perlukah pihak berkuasa melakukan operasi besar-besaran seperti itu,hanya sekadar untuk menghalang rakyat dari berhimpun." 2 hal juga:
1. Siapa antara kita yang tau perlu ke tak? Bukan kah dah kerja Polis, dah beratus tahun sejah British merintah lagi. Kan hanya Polis yang tau perlu ke tidak "operasi besar-besaran"?
2. Sekadar untuk menghalang rakyat untuk berhimpun? Tak benar. Kan dah diberitakan ada anasir anasir jahat nak ambik kesempatan. Jugak 2 kumpulan:
a. yang mirip kominis, bawak risalah kominis
b. yang mungkin nakkan porak peranda jadikan pegaduhan berdarah, sembunyikan senjata disana sini.
Jadi, bukan nak halang demonstrasi saja. Jugak nak elakkan jadi gaduh besar. Jadi, Polis kena periksalah bawak senjata ke ape ke pakai roadblocks.
Kalo tak, camna? Ada cadangan lain?
"Menimbulkan rasa takut dikalangan rakyat. Mengapa hendak digembar gemburkannya.lainlah kalau ada maksud yang tersirat disebaliknya." -
Ko berani ambik risiko ke kalo timbul rushan mcm 13 Mei 1969 lalu. Mana tau dengan jelas tak ada banyak kaum Cina berhimpun? Kalo ada, sensitif. Gaduh sikit dijalanraya boleh jadi besor.
Yang simpan parang, Molotov cocktails dsbnya tu kita tak tau siapa. Di 13 Mei 1969, gengster masuk, jadi rusuhan besar. Siapa tau senjata tu bukan genster yang sediakan untuk pakai bila ada rusuhan?
Kalu bukan gengster pun, bila ada senjata disembunyi sana sini dalam keadaan tegang nak berhimpun, tiga pihak kata nak demo, bukan ke bahaya?
Siapa kata nak gembar gemburkan? Takkan ko tak percaya Polis. Kalo tak, sape ko nak percaya? Takkan lah Polis nak rancang dan sorok senjata sana sini nak menakutkan rakyat. Yang nak nakutkan rakyat tu selalunya kominis. Berpuluh tahun kominis buat camtu dulu dinegara ni.
Ni ada pulak yang bawak risalah kominis kena tangkap diPenang, bawak T shirt Bersih. Takde "maksud tersirat" ke tu? Kan masuk akal tu semua perlu diperiksa, diawasi, disiasat dan Polis berjaga jaga?
Sekian.
Here are the Bersih rally figures from Reuters, a British news agency with an office and experienced journalists here for a long time and they know the country well:
"Analysts said the turnout of protesters on Saturday was more than 10,000, around the same as in 2007. Police, however, put the number at 5,000-6,000, while protest organizers claimed 50,000 attended."
Police has helicopters hovering in the skies and should have a better estimate than anyone else. 5,000 - 6,000 they say.
Even going by the figures given by "analysts", they are only "more than 10,000", meaning, less than 20,000.
The claim by the organizers of 50,000 is balderdash.
Figures from The New Straits Times are only 10,000 people at the Bersih rally instead of the 100,000 the group had targeted.
USM political science lecturer Dr S Pandian says the lack of support could have been due to the people realising that the group was not sincere in its stated objective of calling for electoral reform as it was more politically motivated.
He also said Bersih strategy of moving in small groups from several locations was aimed at making their numbers look bigger than they actually were.
Even the Opposition blog Free Malaysia Today published the rally figures much less than claimed by the Bersih organizers:
IGP: We counted only 6k
Teoh El Sen | July 9, 2011
Bersih claims 50,000, media reports say between 10,000 and 15,000, but the police head count is between 5,000 and 6,000.
Media reports however placed the figure at somewhere between 10,000 and 15,000.
Pergilah ke Indonesia sekarang, tanyalah majoriti rakyat siapa Presiden yang paling baik bagi mereka, jawapannya pak Harto
Pak Harto di Indonesia ibarat Tun M diMalaysia, begitulah hebatnya mereka dizamannya.
kedua duanya cuba dijatuhkan oleh kumpulan kumpulan macam Mat Sabu , Anwar Ibrahim di Malaysia dan Amien Rais di Indonesia. Malangnya Pak Harto tumbang di Indonesia.Tun M pula berjaya mengatasinya.
Memang benar kedua dua mereka punya kelemahan disana sini Tapi kedua duanya telah meninggalkan legasi yang begitu hebat jika dibanding dengan selepas mereka.
Rakyat Indonesia menderita hingga kehari ini, tetapi kita masih bernasib baik kerana punya pemimpin yang tinggi karismanya dibantu pula oleh majoriti rakyat yang waras akal fikiran mereka
Shukur Alhamdulillah kita bahawa hanya 6,000 hadzir diperhimpunan Bersih, tidak ada kemalangan atau kecederaan, tidak menjadi kacau bilau, walau pun diberitakan ada anasir anasir kominis mahu masuk campur dan ada alat senjata dijumpai disana sini yang mungkin mahu digunakan berkaitan perhimpunan tersebut.
Banyak pujian harus diberi kapada pihak Polis yang membuat segala yang perlu sebelom dan dimasa perhimpunan itu.
Kita juga perlu bersyukur kapada Allah SWT kerana tidak mendorongkan hati penganjur Bersih mendafarkan pergerakan itu sebagai suatu pertubuhan dan memohon permit baginya hingga kesa'at akhir. Itu telah menjadi satu daripada alasan alasan yang sah bagi pihak berkuasa menyarankan tidak boleh diberi permit dan kemudian, bersama sebab sebab lain, mengharamkan Bersih. Kebanyakan penyokong Pembangkang menjauhkan diri dari perhimpunan itu sebab ianya haram dan melanggar undang undang.
Nyata Bersih telah mengelirukan rakyat, malahan membohong. Mengatakan bertujuan reformasi pilihanraya tetapi empat dari lapan tujuannya tidak ada kena mengena dengan Suruhanjaya Pilihan Raya. Yang empat lain itu adalah isu isu politik parti parti Pembangkang yang diwakili diJawatan Kuasa Pemandunya dan juga penyertaan diperhimpunan itu, hingga keperingkat yang tertinggi. Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Mohamad Sabu dan beberapa lain.
Bersih telah membenarkan dirinya dipengaruhi oleh parti parti Pembangkang. Malahan ada yang mengatakan bahawa parti parti pembangkang yang memberi inspirasi kapada Ketua Bersih Ambiga mengadakan perhimpunan Bersih. Jika benar, maka Ambiga telah dibonekakan.
Ada yang berpendapat bahawa Anwar Ibrahim mengalami berbagai masalah imej dan popularitinya dikatakan oleh pengambil suara (pollster) Merdeka Centre, yang diketuai oleh kawan rapatnya, telah merudum kebawah akibat berbagai hal, seperti tidak ada demokrasi dipemilihan pemimpin parti PKR, kes Sodomi II yang sedang dibicarakan sekarang, skandal video sex dll. Maka Bersih dikatakan telah dipergunakannya sebagai alat menaikkan popularitinya, melalui pengaruh wang yang dia mempunyai punca puncanya, walau pun hasilnya nyata malang baginya.
Berdo'alah kita mudah mudahan Allah cucuri rahmat, kesejahteraan dan keamanan kapada kita semua dinegara ini dan tidak ada lagi perbuatan mereka seperti itu yang cuba mengancamnya.
dont talk much..umno takut bayang2 sediri..akan tiba masa umno akan berkubur...
GAMBAR & Dosa2 907 yang sukar diampunkan;
http://muslimeen-united.blogspot.com/
Macam mana pak janggut berjaya sampai ke destinasi tanpa dicekup;
http://shalehudin.blogspot.com/
Kebenaran Sentiasa Mengatasi Kekejaman;
http://batuvskayu.blogspot.com/
RAKYAT vs PENIPUAN;
http://bagindareformasi.blogspot.com/
Jangan sangka gari, peluru boleh takutkan orang - TGNA;
http://gigitankerengga.blogspot.com/
Ele, kalo ko tak ada modal satu sen pun, main iklan orang punya blog disini, jangan cakap banyak lah. Malu muka saja.
Aku dah banyak keluarkan modal kat sini. Ko tak tau aku sape kan? Padan muka ko. Ko main teka saja le.
Koleksi Video yang akan kekal menjadi sejarah;
http://p111kotaraja.blogspot.com/
Rosmah beli cincin RM24.4 juta?
http://blog.marhaen.info/
Syukur Alhamdulilah
Perhimpunan haram Bersih dah pun berlalu. Tak dapat sambutan drp rakyat. Tak berlaku apa2 kejadian yang selama ini kita takuti.
Apa pun kita wajar ucap terima kasih yang tak terhingga kepada pihak PDRM yang telah berjaya menyekat dan mengawal perhimpunan haram Bersih dengan begitu berhemah sekali.
Mudah2an pemimpin parti yang kena tangkap sama ada yang menganjur atau yang membantah dapat memikirkan semula tindakan mereka sebelum ini.
Mesej rakyat adalah jelas : " kami nak kan negara ini aman, kami tak tak rela kerajaan di jatuhkan melalui perarakan di jalan raya "
Sekali lagi Terima Kasih PDRM. Gua caya lu lah....!!!
Silap terbesar kerajaan BN ialah mengistiharkan perhimpunan BERSIH 2.0 sebagai haram.
Dari sudut agama, di manakah nasnya yang perhimpunan itu haram?
Dari sudut SUHAKAM, perhimpunan sebegitu dibenarkan.
Sepatutnya SPR menyelesaikan isu 8 tuntutan secara professional kerana SPR merupakan badan induk yang dipertanggungjawabkan dalam isu pilihanraya.
Bila dilabelkan haram, maka perhimpunan tersebut terpaksa disuraikan dengan cara kejam dan zalim.
Seandainya perhimpunan dibenarkan, sudah tentu tiada kekecohan untuk meleraikannya dengan water canon dan penangkapan ataupun kecederaan dan kematian.
Dari ambar gambar yang aku tengok setakat ini:
1. Takda nampak banyak Cina pun. Mungkin arahan caubinis, rasis Lim Guan Eng kpd puak dia supaya jangan keluar "biarkan Melayu gaduh antara depa" berjalan.
2. Takda nampak yang pakai jubah, tak banyak yang pakai ketayap dan serban seperti yang baring dijalan menghalang kereta Raja Muda Perak dulu tu. Baguslah, tak banyak PAS diheret hidung dek Ambiga, Anwar dan Lim Kit Siang dijalan raya kali ni. Tapi banyak pemimpin PAS kene tangkap.
3. Banyak yang rupa penjangak pakai baju kuning bertulis Bersih, melanggar undang undang dari 2-3 segi, jeritkan reformasi kononnya, puak PKR. Tapi tak banyak pemimpin PKR kena tangkap. Kot sebab depa tak banayk pemimpin lagi. Orang mcm Zahid dah cabut lari. PKR nakkan demokrasi, reformasi pilihanraya konon, tapi pilihan pemimpin depa pun mcm tahi.
9:39 AM,
Silap terbesar BERSIH ialah tak mendaftarkan pergerakan mereka sebagai suatu pertubuhan diPejabat Pendaftar Pertubuhan. Ko tak tau ke?
Dari sudut undang undang, dimanakah nasnya yang perhimpunan itu halal?
Dari sudut Perlembagaan, rakyat ada hak tapi ada batas dan tanggung jawabnya. Polis ada tugas dan tanggung jawabnya. Diberi secara demokratik, dilulus Parlimen, dalam bentuk berbagai Akta dan ordinan.
Sepatutnya Bersih kemukakan 4 isu yang berkaitan pilihan raya saja. Apahal ada 4 isu politik parti parti Pembangkang dimasukkan jugak? Kan SPR dah beri penerangan sanggup runding selepas PRN Sarawak? Apasal tak nak runding, melulu nak demo?
Siapa cakap "disuraikan dengan cara kejam dan zalim"? Ko dan gerombilan ko saja yang cakap gitu. Majoriti tak. Majoriti beri terima kasih kpd Polis mcm tokgaru kata diatas ni.
Seandainya perhimpunan dibenarkan, sudah tentu korang naik muka tak habis habis nak turun demo dijalan raya. Korang tak kesiankan rakyat yang nak cari makan ke? Yang takda kerja tapi berjaja, atau berniaga kecil, kais pagi makan pagi. Mano korang tarok kupla wotak?
Hah, Free malaysia Today pagi ini laporkan banyak sepandok keluar dikota raya KL:
Satu sepandok kata “Jangan tabur pasir dalam periuk nasi kami” - atas nama Persatuan Peniaga Peniaga Melayu Wilayah Persekutuan.
Sibuk sangat semua orang dengan penjangak penjagak semalam, takda orang kisahkan ini. Kita mesti kisahkan. Kesian diorang nak cari makan. Nanti dilaknati Allah kalau cuba pecahkan atau tarok pasir dalam periuk nasi orang.
Satu lagi sepandok kata kpd Ambiga: Jangan dengar cakap Anwar, Karpal atau Kit Siang.
Aku setuju.
Ini lagi satu hah:
Blog Pembangkang penjangkang Malaysiakini pun siarkan berita berikut:
PKR Anwar Ibrahim hadzir di suatu ceramah di Taman Jaya, Cheras, Kuala Lumpur Juma'at petang.
Walau pun difahamkan ceramah itu dmaksudkan mempromosi perhimpunan Bersih, Anwar sebut Bersih 2.0 sikit saja, sebaliknya bercakap pasal apa pemimpin dan penyokong BN cakap berkaitan pergerakan itu.
Warna kuning hampir tidak nampak diantara hadzirin disitu. 1-2 orang saja pakai baju Bersih diantara lk 400 yang hadzir.
Naib Presiden PAS Mahfuz dan Menteri Besar Khalid Ibrahim pun ada diceramah itu. Seperti Anwar, Mahfuz juga hanya sebut Bersih sepintas lalu sementara Khalid langsung tidak sebut perhimpunan Bersih.
Sebab tu kot Bersih dapat hanya 6,000 orang berhimpun semalam.
Kononnya BERSIH tidak berdaftar.
BERSIH adalah gabungan 62 NGO yang telah berdaftar.
Apakah 62 NGO ini haram?
Haram dari segi apa?
Haram dari segi tujuan dan cara bergerak, sayang.
62 NGO tu tidak semuanya sama tujuan. Kalau sama pun, tak ada tujuan mcm Bersih, 4 tujuan baikki pilihanraya, 4 lain isu politik parti parti Pembangkang.
Kalo NGO, NGO lah. Apahal cakap & buat politik pulak?
Kalo politik pun boleh juga. Apahal kata NGO pulak?
Kan kita ada undang undang. Ikut undang undang lah.
Ada ngarti, sayang?
Bersih dah selesai walau pun tak berapa menjadi.
Izinkan saya membuat penilaian cara bodoh orang yang tak berapa reti bab politik.
1. Pengaruh Ambiga hebat .. lebih hebat drpd Anwar, lebih hebat drpd Nik Aziz, lebih hebat drp Hadi Awang, lebih hebat drp Mat Sabu dan lebih hebat drpLim Kit Siang.
Ada siapa2 yang berani mencabar statement saya ini .. sila kan kita berlawan hujah.
2. Tepat dan tajam sekali pemikiran dan jangkaan Datok Nallakaruppan. Sebelum .. jangkaan Datok Nallakaruppan bahawa yang paling ramai hadir perhimpunan Bersih adalah orang melayu .. kata Datok Nallakaruppan lagi jika terjadi pergaduhan adalah diantara melayu dengan melayu .. selepas .. benar sekali apa yang dijangka oleh Datok Nallakaruppan.
Hebat, tepat dan tajam sekali pemikiran dan jangkaan Datok Nallakaruppan .. lebih hebat dan tajam pemikirannya drp Anwar, lebih hebat dan tajam pemikirannya drp Nik Aziz, lebih hebat dan tajam pemikirannya drp Hadi Awang, lebih hebat dan tajam pemikirannya drp Mat Sabu.
Kepada Tokgaru kedua2nya adalah berbangsa india. Yang satu berperanan untuk membawa kerosakan dan yang satu lagi berperanan memberikan peringatan .. kepada orang melayu.
Ambiga ... anda Hebat !!!
Nalakaruppan .. anda juga Hebat !!!
Kalau anda hendak menyanggah kenyataan itu sila berhujah.
Bersih sudah lepas.
Ulasan Tokgaru adalah :
1. Nampaknya hanya orang melayu saja yang tak puas hati dengan perjalanan pilihanraya oleh SPR. Tokgaru ada buktinya ...
2. Nampaknya orang2 Pas majoriti besar berpuas hati dengan perjalanan pilihanraya oleh SPR. Tokgaru ada buktinya ...
3. Nampak2nya para pemimpin DAP adalah jauh lebih "smart" daripada pemimpin Pas dan PKR. Jika anda tak bersetuju, sila berhujah.
4. Nampak2nya melayu yang menjadi ahli Pas dan PKR, jauh lebih bodoh drp bukan melayu yang ada dalam DAP, MCA, MIC dan Gerakan. Tokgaru boleh buktikan jika anda mahu.
5. Nampak jelas sekali perbedaan diantara Ibrahim Ali dengan Khairi Jamaludin ... Ibrahim Ali reti undang2 manakala Khairi Jamaludin sebaliknya. Ibrahim Ali walau pun bukan anggota kabinet BN tapi beliau akur dengan arahan kabinet sedangkan Khairi Jamaludin yang menjadi anggota kabinet bertindak sebaliknya. Marilah kita fikirkan " apa agenda KJ sebenarnya ? "
tokgaru,
Aku tau ko nyindir diorang tu.
Tapi sepintas lalu, boleh nampak mcm ko muji diorang.
Aku nak tentukan jangan sesiapa pikir ko cakap serius & betul:
Ambiga ... anda Hebat !!!
Nalakaruppan .. anda juga Hebat !!!
Jadi, aku tambah sikit:
Ambiga Hebat kena sebat !!!
Nalla Hebat kena sumbat !!!
Sebat dek rakyat yang ngutuk dia disana sini disurat khabar, diblog dll.
Sumbat mulut sebab bau busuk.
Hahaha.
tokgaru,
Diorang mahu tak mahu dengar bukti tu, tolong kasi sama depa lah tuan:
2. orang2 Pas majoriti besar berpuas hati dengan perjalanan pilihanraya oleh SPR.
3. para pemimpin DAP adalah jauh lebih "smart" daripada pemimpin Pas dan PKR.
4. melayu yang menjadi ahli Pas dan PKR, jauh lebih bodoh drp bukan melayu yang ada dalam DAP, MCA, MIC dan Gerakan.
Kasi depa, jangan tak kasi, tokgaru. Aku dah nak sokong saja ni. Wa caya lu.
Minta Maaf
Jika anda sealiran dengan saya .. tak perlulah saya nak bagi bukti. Anda tahu, saya tahu dah kira cukup dah.
Saya lebih suka mereka2 yang tak sealiran .. menjawab statement saya dan boleh juga kemukakan petikan hadis dan quran yang depa duk hafal .. mana lah tahu kut2 tergerak hati saya nak beralih.
Penerangan:
Nalla kata yang paling ramai hadir perhimpunan Bersih adalah orang melayu tu tak busuk.
Dia kata jika terjadi pergaduhan adalah diantara melayu dengan melayu tu, kalau niat dia menasihat supaya jangan Melayu keluar dan jangan gaduh, tak busuk.
Kalau niat dia nak lagakan Melayu, busuk. Rasanya tak gitu niat dia. Kalau gitu, Ambiga saja lah yang busuk.
Ambiga ... anda Hebat !!!
Nalakaruppan .. anda juga Hebat !!!
(Tokgaru)
Mungkin ada yang tak setuju .. sila berhujah. Saya mempunyai sebab dan asas yang kuat membuat kenyataan itu dan kenyataan dibawah.
Anwar Ibrahim dan Hadi Awang .. anda tak ada pengaruh sebenarnya .. kalau tidak kerana Ambiga .. jangankan nak kumpul 6000 orang .. nak cari 600 orang untuk perhimpunan Bersih pun belum tentu lagi.
Lantaran itu " cermin2 lah diri anda wahai Anwar dan Hadi ". Siapa lah anda tanpa Ambiga.
tokgaru 4:39 PM,
Kalo gitu, kita tunngu sajalah diorang masuk.
Diorang tak masuk kot. Sebab dah kalah.
Cakap saja menang. Mana menangnya, dari 300,000, turun ke 200,000, turun ke 100,000, petang sebelom hari himpun kata pulak 50,000, akhirnya Polis kata 5,000 saja yang keluar.
Kasi diorang 6,000 lah. Masih besar jari kelengkeng, kata orang. Nak cakap menang.
Apa daaaa diorang. Ada komplen tulis memo hantar cara biasa, hebohkan dimedia massa sudahlah. Pegi runding. Dahtu orang kata nak pusatkan perhatian kpd PRN Sarawak, tunggulah, mintak runding lagi lepas tu.
Pastu jangan masuk campur isu politk yang dibawak parti parti politik pulak.
Aku pun sedia saja kalau diorang keluar lagi sini.
Sudara Anonymous 440pm
Saya tak mahu kata sapa busuk, sapa kotoq dan sapa bersih.
Saya lontarkan persoalan ini untuk mengajak kita orang melayu supaya melatih otak supaya berfikiran tajam dan tepat .. mampu membuat jangkaan dan mampu membaca apa yang tersirat disebalik yang tersurat.
Baguih. Tunggulah depa masuk sini.
Satu lagi statement Tokgaru
Aku membuat pemerhatian sejak sekian lama. Tapi aku dapat rasa bahawa " Allah juga tak merestui cara Pas berjuang untuk menegakkan islam "
Aku boleh beri senarai, jika ada yang mahu aku sebut hal2 yang Pas tidak mendapat sokongan daripada Allah. Tapi yang nak minta tu biarlah yang tak sealiran dengan aku.
Hikmah disebalik Bersih
Syukur kepada Allah kerana Bersih pada 9 julai tak berapa menjadi.
Boleh jadi Allah tak mengizinkan ianya menjadi kerana berkat doa daripada para ulamak yang iklas mahu melihat islam kekal di bumi malaysia ini, doa daripada para ulamak yang mahu supaya umat melayu terus menjadi pendokong utama islam di bumi malaysia ini.
Sapa ulamak2 itu, tak payah lah di sebut, lu tau gua tau sudah lah, kalau sebut nama nanti akan terasa pula orang yang rasa diri mereka ulamak yang hebat tapi di perlekehkan oleh Tokgaru.
Tokgaru,,
Ulamak yg awak sebut dan sanjung mestilah ular dalam semak, pasti perangai dan otak macam awak!
Islam orang Melayu akan hancur dan tinggal kulit Melayu saja diluar, isi Islam kosong atau palsu!
Tokgaru, Islam awak Islam celup Hikayat Melayu, bukan Islam celup kitab Al-Quran dan Hadis! Islam awak Islam yg dibalut dgn buku perlembagaan UMNO!
Habis Islam Melayu bila turut Islam Tokgaru!
Cepatlah pi belajar sungguh-sungguh Al-Quran dan Hadis dari ulama muttaqin!
He he!
Bagus pulak Malaysiakini sirakan apa PM Najib cakap -
'Stand, be counted', PM tells silent anti-Bersih 'majority'
Malaysia Kini - 1 hour ago
Prime Minister Najib Abdul Razak today called on the "silent majority" of Malaysians, who he claimed were opposed to yesterday's Bersih 2.0 rally, to make their stand clear in cyberspace.
Kita disini memang anti-Bersih dan dah "berdiri". Harap kita masuk hitungan dia.
Pssst, saya fikir dia baca kita lah. Dia ada diberitakan cakap dia kena marah dek isteri dia sebab selalu lambat tidur, asyik dengan laptop dia.
tgk DSN di tv tadi...die geram..mane taknya..tgk page fb die...penuh dgn makian ..saye pun faham..Siapa yang suka kena maki kan...
tapi xpe...kite pun maklum macamana mereka bergerak..
thn 1998- thn 2008, saya memang kesian kalau bc berita anwar ni...tapi saya pun tak tau knape tibe2 saya rasa sgt menyampah kat die..mungkin berkat doa selamat utk mnunjukkan kebenaran yg banyak dianjurkan tu...
Alhamdulillah, sekarang saya semakin nmpk...ape yang tak kena dengan PR..
Semoga Allah membuka pintu hati orang lain jugak....
Saya rasa nak menangis tgk ada yang bawak anak sekecil 5 bulan ke perarakan tu...Ya Allah...rupanya ibu2 ni tak tau yang dorang diperguna...
Saya sedih bc tentang pemandu teksi yang mengeluh sebab tiada penumpang pd hr sabtu yang lepas..memang benar..jalan2 yg sibuk lengang..berdekatan rumah saya yg sentiasa sibuk pun lengang...
Ada pelancong2 yang terpinga2 apabila perkhidmatan tren ade yang tergendala...
Adik saya yang berada di kl sentral turut terkena tempias gas pemedh mata..
mereka yang berhimpun, yang jelas, bukan dari KL...selekeh, mengikut adik saya...tak tau pun macamana nk pergi ke dataran merdeka...
Yang pasti, kebanyakan silent majority yang saya jumpa...sangat tidak senang dengan perkembangan ini...dari yang tak kisah menjadi kisah....
Pada pandangan mereka, BERSIH ini menyusahkan..
Credit to BERSIH supporter..u guys just wake the silent majority up..Yes, we should wait for GE13.
Ima,
Saya merasa bangga dan terdorong menulis juga bila membaca anda mengeluarkan perasaan berkenaan keadaan yang tidak menyenangkan dinegara kita akibat mereka yang mahu memecah belahkan rakyat berbilang kaum, memecahkan bangsa Melayu berbilang parti politik dan sebaginya.
Seperti kata DS Najib 1-2 hari lalu, anda adalah diantara "silent majority" yang mahu "stand up and be counted". Memang majoriti, hal ini mereka yang cuba memecah belahkan kita pun tahu. Tapi jika kita tidak beramai ramai selalu bersuara, mereka terus cuba mempengaruhi yang lain. sehingga seperti yang anda kata, bawa anak kecil pergi demo jalanan.
Mereka yang tidak bertanggung jawab, yang sangat memikirkan kepentingan peribadi mereka sendiri, mahukan kePutrajaya, seperti Lim Kit Siang telah memecah rakyat. Sepanduk Malaysian Malaysia kononnya yang mereka pikul sejak 40 tahun dahulu cuba mengikis hak dan kepentingan Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang tersemat diPerkara 153 Perlembagaan. Mahukan kesama rataan dengan tidak mengakui dan mengambil kira Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera itu.
Anwar, telah memecahkan bangsa Melayu. Menubuhkan suatu parti lain yang dikata pelbagai bangsa tetapi hampir kesemuanya Melayu. Mendakwa bermacam macam terhadap UMNO yang telah memberi dia peluang naik hingga keTimblan PM. Tidak sabar mahu menjadi PM hingga cuba menggulingkan Tun Dr Mahathir. Dilucutkan jawatan, dinyahkan dari UMNO, kemudian buat apa saja mahu menjadi PM, termasuk mengusahakan "gejala katak lompat" dan membohong boleh munubuhkan Kerajaan secara "rampas kuasa katak lompat", minta jumpa Pak Lah dan YDP Agong berkenaan dengannya ditahun 2008.
PAS telah memecahkan bangsa Melayu sejak sekumpulan orang Melayu keluar dari UMNO dan menubuhkan PAS berpuluh tahun lalu. Sekarang Nik Aziz bermati matian tidak mahu Melayu bersatu. Bersekongkol dengan kafir kafir DAP yang menengking "Never" dan "Over my dead body" kapada impian Hukum Hudud PAS.
Sekarang kumpulan baru yang dikatai dipengaruhi oleh Anwar telah dapat mempengaruhi pimpinan PAS menggugurkan konsep Negara Islam yang merangkumi Hukum Hudud dari perjuangan PAS. Kesian ahli ahli PAS yang berpuluh tahun mengharapkan tertubuhnya Negara Islam tak kira sesuai ketidaknya dinegara berbilang kaum. Mesti ada banyak yang merungut tetapi mendiam diri. Benar, tengoklah diPRU13 nanti.
Ulamak yg awak sebut dan sanjung mestilah ular dalam semak, pasti perangai dan otak macam awak! (Anonymous 522pm)
Terima kasih kerana bagi gelaran " ulaq dalam semak " kepada ulamak yang aku percaya dan sanjung.
Untuk pengetahuan kau, ulamak jenis ini tak pernah pun duk himpun pengikut buat sembahyang hajat. Tapi aku nampak doa mereka walau pun secara sendiri2 banyak yang dimakbul tuhan, nasihat dan pandangan mereka banyak di terima dan di guna pakai oleh orang2 melayu yang waras akal fikirannya.
Tapi ulamak kau orang yang tak habis2 duk himpun orang buat sembahyang hajat la dan tah hapa2 sembahyang lagi, dan duk keluaq fatwa tak habis2 .. last2 habuk pun tarak .. bila parti hangpa masuk bertanding dalam PRK .. kena bungkus dengan Umno .. bila parti hangpa letak calon di PR DUN Sarawak .. kena 5 - 0 dengan BN.
Sedar lah wahai sahabat, kalau Allah menyebelahi ulamak kau orang, dah lama Allah makbul kan doa para ulamak2 kau orang, dah lama parti kau orang dapat memerintah malaysia .. tapi Allah lebih mengetahui apa yang tersurat dan apa yang tersirat dalam sanubari para ulamak kau orang.
Aku harap kau terima lah kenyataan, nampaknya Allah lebih banyak memakbulkan doa para ulamak yang ada dalam kerajaan dan parti pemerintah .. kenapa ?? Mungkin kau sendiri ada jawapannya.
Aku harap orang2 melayu seperti kau belajar lah membaca dan mentafsir beberapa isyarat yang telah Allah tunjukkan kepada kita melalui beberapa peristiwa yang berlaku dalam negara kita .. di antara Umno dengan Pas .. perjuangan siapa yang lebih di senangi oleh Allah sendiri .. kerana Allah hanya akan memberikan kemenangan kepada pihak yang di senangi Nya.
Jangan "menjumutkan" fikiran anda Bro .. be rational bro.
Orang melayu.
Kerana mendapat upah RM200 sanggup bawa anak kecil menyertai Bersih. Kerana diberikan RM200 kutu lepak melayu sanggup menyertai perarakan Bersih.
Bukan mustahil pada PRU 13 nanti ada pihak yang bersedia untuk beri RM100 kepada orang melayu yang sanggup undi PR .. dan orang melayu yang lapaq duit sanggup menjual kuasa politik melayu kepada pihak2 yang sememangnya mahu menghapuskan penguasaan politik melayu dalam pemerintahan di negara ini.
Awas orang melayu .. benda ini boleh terjadi .. RM100 tak bawa anda kemana2 .. yang pasti neraka kepada anak cucu anda selama2nya.
Naimah Said,
...it's about a whore like you and the she-bershit.
Post a Comment