Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, June 20, 2011

Pentingnya budaya merujuk pakar

7:51 AM Posted by RIDHUAN TEE 679 comments
Sinar Harian 20 Jun 2011

Saya merasa pelik kenapa kerajaan masih mahu melayan tuntutan kumpulan yang terlalu minoriti seperti The Parent Action Group for Education Malaysia (PAGE) yang mahu kembali semula kepada Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Jika itu kemahuan mereka, biarlah mereka yang buat, kita lihat sejauh mana hebatnya mereka mahu mengubah sistem pelajaran, bukan memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris mengikut pandangan pakar.

Pertubuhan ini nampaknya begitu agresif bersama pertubuhan bukan Melayu yang lain, mahukan PPSMI dikembali semula. Pertubuhan ini tidaklah terlalu berpengaruh. Saya yakin ahli-ahlinya hanya ada sekelumit, tetapi mungkin kabel mereka agak besar. Mereka berhujah menggunakan pendapat segelintir ibu bapa dan bukan Melayu yang memang mahu melihat bahasa Melayu terkubur serta respon yang diperolehi melalui perbahasan dalam talian internet. Sudah tentu jawapannya tidak akan menyebelahi bahasa kebangsaan kerana kita tahu siapakah mereka?

Ingin juga saya bertanya pimpinan mereka ini mengkhusus dalam bidang apa? Jika berada di luar bidang kepakaran, lebih baik senyap dahulu. Belajar lagi untuk mengkhusus dalam bidang kepakaran. Dengar dulu nasihat pakar-pakar dalam bidang bahasa, yakni mereka yang mengkhusus dalam bidang bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan dapatan kajian-kajian yang telah dilakukan. Jangan ikut pandai sendiri sahaja, sedangkan kelulusan tidak seberapa. Jika sakit pergilah berjumpa doktor perubatan, jangan jumpa doktor falsafah atau jurutera. Begitulah pentingnya budaya merujuk pakar, supaya mendapat input yang betul.

Tidak ada seorang pun yang menolak akan kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa dunia. Bodohlah kita jika menolaknya. Persoalan pokok adalah, janganlah sampai merubah sistem. Jika bahasa itu yang lemah, maka perbaikilah bahasa tersebut seperti yang cuba dilakukan oleh Kementerian Pelajaran hari ini, bukan dengan mengorbankan identiti dan jati diri.

Bahasa jiwa bangsa. Rosak bahasa adalah permulaan kepada petanda punahnya atau pupusnya sesuatu bangsa. Itulah antara pesanan seorang ahli falsafah Cina zaman dahulu. Pada masa sama, buatlah kajian terhadap 198 negara bangsa yang sedia wujud di dunia ini. Tidak ada sebuah negara bangsapun yang sanggup korbankan bahasa kebangsaan hanya kerana atas alasan pembangunan, atau Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan sebagainya. Berilah apa jua alasan untuk kemajuan, tetapi jangan menjadikan bahasa Melayu sebagai galang gantinya. Berapa banyak negara di dunia ini masih tidak menggunakan bahasa Inggeris tetapi tetap maju. Tidak perlulah saya berikan bukti sebab sudah basi.

Kementerian Pelajaran sedang bertungkus lumus untuk memperhebatkan penggunaan bahasa Inggeris dalam pelbagai aspek. Biarlah pakar-pakar yang menentukan dan menanganinya. Siapakah kita jika dibandingkan dengan pakar-pakar bahasa?

Hormatilah budaya merujuk pakar. Sama juga dengan isu novel Interlok. Majoriti pakar bahasa dan sasterawan mengatakan bahawa isi kandungan novel tersebut sebenarnya tiada masalah langsung. Kenapa kita seperti cacing kepanasan kalau bukan kerana ada udang di sebalik batu?

Namun, setelah dipindapun, masih ramai yang tidak berpuas hati. Kenapa? Jawapannya mudah, kumpulan ultra kiasu ini ada agenda lain. Komuniti besar kepala ini merasakan diri mereka telah kuat melalui keputusan pilihan raya umum 2008. Kerjanya tidak ada lain, ugut, desak dan tuntut. Dengan nada sombong dan bongkak mereka mahu kerajaan supaya mengharamkannya. Novel ini dikatakan akan merosak pemikiran pelajar kerana lebih mempamerkan ketuanan Melayu. Saya yakin puak-puak ini tidak akan berani mengangkat kepala sedikitpun jika umat Islam bersatu atau keputusan pilihan raya 2008 tidak ‘menyebelahi’ mereka.

Kalau tidak percaya, bacalah lama-laman-laman web ultra kiasu. Bacalah komen-komen negatif mereka. Saya syorkan Kementerian Dalam Negeri mengambil inisiatif menterjemahkan akhbar, majalah dan buku-buku karangan pengarang bukan Melayu terpilih, kita lihat berapa banyak pujian dilontarkan kepada bangsa Melayu, negara Malaysia dan 1Malaysia. Kita lihat siapakah yang paling banyak menabur racun. Sekurang-kurang novel Interlok berani berterus terang menceritakan realiti sebenar masyarakat berbilang kaum di negara ini, daripada lempar batu sembunyi tangan.

Kepada golongan yang hanya pandai mengkritik ini, pandai sangatkah mereka dalam sastera Melayu? Apakah mereka selalu dilihat menulis dan bercakap bahasa Melayu? Apakah latar belakangnya? Baru-baru ini saya bertemu dengan seorang Cina yang mempunyai pengalaman luas bercampur dengan masyarakat majmuk di Malaysia. Ternyata beliau begitu memahami warna-warni masyarakat yang wujud, dengan bangsa Melayu sebagai bangsa teras. Maka tidak hairan jika beliau fasih dalam bahasa Melayu, Mandarin, Tamil dan Inggeris. Interlok pada beliau adalah realiti masyarakat Malaysia sebenarnya.

Sebenarnya, kita amat memerlukan ramai rakyat Malaysia seperti ini. Bukannya, mereka yang akan mencari seribu satu alasan untuk mematahkan apa jua idea baik yang dikemukakan. Hari ini, mereka menggunakan gagasan 1Malaysia sebagai hujah utama jika tidak berpuas hati. Misalnya, terbaharu, pertubuhan Kristian terus mencabar Kementerian Dalam Negeri, berkaitan isu-isu sensitif seperti alkitab dalam bahasa Melayu, kalimah Allah dan sebagainya. Mereka mahu mengimport dan menterjemahkan alkitab Melayu sebanyak yang mungkin.

Kenapa perkara ini perlu diperbesarkan sedangkan populasi mereka hanya di sekitar di bawah 10 peratus? Jawapannya juga mudah, mereka agenda lain. Kita yang terlalu bersangka baik dan terlalu menjaga hati mereka untuk mendapatkan undi. Sedangkan belum tentu mereka mengundi kita. Tidak cukupkah lagi kebebasan beragama yang diamalkan di negara kita?

Gagasan 1Malaysia bukan bermakna memadamkan semua unsur-unsur Melayu dan Islam sehingga menjadikan ia sama rata dan sama rasa. Bayangkan jika tidak diperkenalkan gagasan1Malaysia, apakah kita yakin mereka tidak akan mencari apa jua hujah untuk mematahkan hujah-hujah kita. Kadangkala terfikir juga saya apakah gagasan ini satu kesilapan kerana ramai sangat orang yang memperalatkannya. Carilah tempat yang boleh memuaskan hati dan mengamalkan kebebasan sepenuhnya jika Malaysia bukan lagi tempat yang sesuai. Identiti Islam dan Melayu mesti dikekalkan sebagai tanda negara ini berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu.

Saya bukanlah menidakkan hak bangsa lain, tetapi setiap negara perlukan kepada identiti berasaskan kepada siapa yang membentuk kerajaan pada permulaan kewujudan sesebuah negara. Fenomena ini berlaku di kebanyakan negara di dunia. Ia bukanlah sesuatu yang baharu. Adalah sesuatu perkara biasa budaya bangsa awalan mendominasi atau menjadi identiti kepada sesebuah negara. Tidak perlu saya sebut nama-nama negara tersebut.

Justeru, kepada mereka yang faham sejarah, perkara ini tidak menjadi isu besar kerana mereka faham. Yang menimbulkan masalah hari ini adalah mereka tidak faham atau sengaja tidak mahu faham dan sengaja mengelirukan fakta. Saya tidak ada masalah langsung dengan hak-hak istimewa Melalyu/Bumiputera dan Dasar Ekonomi Baharu jika digunakan dengan betul dan dimanfaatkan kepada semua yang layak. Persoalan timbul, adalah ia benar-benar berlaku? Tidak dinafikan berlaku salah guna kuasa. Namun begitu, itu bukan bermakna, kita perlu bertindak mendesak menghapuskan dasar tersebut. Yang salah itu manusia, dasar-dasar tersebut tidak salah. Perlembagaan itu tidak salah, yang salah adalah manusia yang melaksanakan isi kandung perlembagaan.

Pada saya, pihak British yang merangka perlembagaan ini, cukup memahami situasi Tanah Melayu ketika itu. Maka, kita dapat lihat perlembagaan digubal dengan begitu adil dan saksama. Walaupun perlembagaan itu tidaklah sangat bersifat Islam, tetapi ia memihak kepada Islam. Terlalu banyak ruang untuk Islam bergerak, cuma kita sahaja yang tidak mahu memanfaatkannya.

Di satu pihak mahu menukar keseluruhan perlembagaan tersebut. Di pihak yang lain pula mahu mempertahankannya, tetapi perlaksanaan Islamnya agak perlahan. Dalam hal ini, sudah tentu pendekatan untuk menukar perlembagaan secara keseluruhan agak sukar untuk dilaksanakan, kerana umat Islam tidak mempunyai majoriti dua pertiga. Apatah lagi ada kalangan mereka yang ultra dan berkata ‘langkah mayat aku’.

Seperti yang selalu saya katakan, kenapa kita pakat-pakat berusaha dan bekerja dalam ruang lingkup perlembagaan yang membenarkan Islam berkembang dan dilaksanakan. Kenapa kita asyik mengkafirkan perlembagaan yang didakwa digubal dan ditinggalkan oleh penjajah. Adakah keseluruhan perlembagaan negara kita tidak Islam?

Saya berkesempatan berforum dengan Profesor Abd Aziz Bari bulan lalu. Ternyata pandangan beliau selaku pakar begitu jauh ke hadapan. Kepakaran beliau dalam undang-undang dan perlembagaan menjadikan ia tidak disenangi oleh sesetengah pihak. Antara pendapat beliau yang begitu kontroversi adalah, “untuk menggantikan atau menukar perlembagaan yang sedia ada sekarang adalah suatu angan-angan Mat Jenin yakni terlalu sukar untuk dilakukan”.

Kenyataan beliau mendapat respon yang spontan daripada khalayak. Saya yakin saudara pembaca mesti dapat mengenal pasti siapakah golongan dimaksudkan. Namun, pendapat beliau adalah berasaskan kepada bidang dan kepakarannya. Kita sahaja yang tidak sampai kepada peringkat pemikiran beliau dan bertindak begitu beremosi, sehingga akhirnya memakan diri. Bercakap tidak berasaskan kepada fakta dan realiti semasa. Sedangkan keadaan sudah jauh berubah.

Maka tidak hairanlah, jika hari ini kita sudah jarang orang memperkatakan undang-undang hudud. Jika tidak dahulu, hudud, hudud, hudud. Keadaan mula berubah daripada negara Islam kepada negara berkebajikan.

Kadang-kadang saya naik muak setiap kali mendengar khutbah jumaat di beberapa masjid, terutama masjid Bandar Baru Ampang. Isi kandungannya tidak banyak berubah, sikit-sikit kembali kepada Quran dan Sunnah. Benar, saya tidak menolak kenyataan tersebut. Tetapi apakah modus operandinya? Tunjukkan bagaimana ianya boleh dilaksanakan dalam realiti masyarakat berbilang kaum hari ini. Jangan asyik-asyik bercakap perkara-perkara yang begitu simplistik. Pendekatan kita biarlah mendidik.

Saya teramat ingin juga mendengar khutbah jumaat yang mengajak masyarakat lebih berhemah di jalan raya. Misalnya, memakirkan kereta di tempat-tempat yang tidak menghalang lalulintas ketika ketika solat jumaat. Saya begitu lemas melihat setiap kali solat Jumaat, jemaah memakirkan kereta mereka sehingga jalan yang mempunyai banyak lorong, hanya menjadi hanya satu lorong, menyebabkan kesesakan lalu lintas dan menyusahkan orang lain. Bayangkan jika ada hal-hal kecemasan, sudah tentu akan menimbulkan masalah. Tidak kurang juga kita menyusahkan orang bukan Islam yang menggunakan jalan tersebut. Sudah tentu pandangan mereka terhadap Islam menjadi serong. Bila umat Islam menunaikan solat jumaat, maka ia menyusahkan orang lain.

Tidakkah lebih baik, kita memakirkan kenderaan jauh sedikit daripada jalan utama dan membiarkan lorong jalan raya selesa untuk dilalui dan tidak menimbulkan kesesakan atau kesusahan kepada orang lain. Ini tidak, kita mahu memakir kenderaan, kalau boleh sehingga sampai ke tangga atau ke mimbar masjid. Kita tidak langsung mahu bersusah sedikit, untuk menyenangkan orang lain. Jika ini sikap kita, sampai bila-bilapun Islam sukar untuk berkembang. Khutbah seperti ini jarang kedengaran. Yang ada, hentam sana, hentam sini, kemudian kembali kepada Quran dan Sunnah. Caranya bagaimana? Mendidik.

Sudah sampai masanya khatib-khatib mengamalkan sikap merujuk kepada pakar. Perlu ada inovasi dan kelainan dalam berkhutbah. Jika tidak, orang akan lari dari masjid. Tidak semua mereka yang datang bersolat adalah kalangan orang yang sama. Kita sahaja yang syok sendiri, sehingga khutbah yang sepatutnya mendidik, menjadi bahan cacian dan umpatan selepas itu. Saya tidak kata khutbah yang sedia ada, sudah bagus. Apapun penambahbaikan dan inovasi perlu dilakukan dari masa ke semasa. Apa yang penting, jika tidak tahu, rujuklah kepada mereka yang pakar. Sudah tentu banyak perkara yang dapat diselesaikan, termasuk isu PPSMI.

Biarkanlah mereka dalam bidang, yang lebih banyak membicarakannya, daripada kita yang berada di luar bidang atau masih belajar. Saya tidak kata, yang bukan pakar tidak boleh memberikan komen atau pandangan, sebaik-baiknya rujuklah kepada pakar untuk memperdalamkan ilmu. Dengan sebab itu, dalam pengajian ada pengkhususannya sehingga kepada tahap yang lebih tinggi. Fakulti Pengajian Islam terlalu banyak pecahannya seperti Usuluddin, Syariah, Muamalah dan sebagainya. Begitu juga dalam bidang sains dan sains sosial.

679 comments:

«Oldest   ‹Older   601 – 679 of 679   Newer›   Newest»
Anonymous said...

Projek pembahalolan ke atas rakyat semasa era Mahathir adalah agak telus dalam ertikata, rakyat maklum dan faham tentang istilah yang digunakan.

Kini Najib telah banyak mencipta istilah lain bagi mengeliru dan membohongi rakyat mengenai tindakan zalimnya.

APCO menasihatkan agar ditukarkan istilah naik harga kepada rasionalisasi subsidi.

Begitu juga dengan bil-bil air dan elektrik kini amat susah untuk difahami bacaannya.

Anonymous said...

Apabila UMNO menaikkan harga gula, mereka menyalahkan rakyat yang obese dan berpenyakit kencing manis.

Kini apabila UMNO (ingin) menaikkan tariff elektrik dan air , UMNO menyalahkan rakyat yang boros dan membazirkan elektrik dan air.

Anonymous said...

Apabila UMNO menaikkan harga minyak, UMNO menyalahkan pasaran global.

UMNO menjustifikasikan perlakuan zalim mereka dengan suatu ‘defence mechanism’ iaitu salahkan rakyat.

Oleh kerana mentaliti orang Melayu(orang UMNO dan penyokngnya) amat lemah, mereka mudah terpedaya dan akur dengan hujah pandir pemimpin-pemimpin UMNO.

Selagi mereka tidak menerima Islam, selagi itulah mereka akan mudah dipandirkan oleh UMNO.

Anonymous said...

Islam adalah agama yang melangkaui rasional dan tidak ada mana-mana manusia maupun jin atau syaitan yang dapat menangkis kesucian Islam.

Adapun pengingkaran manusia terhadap Islam adalah akibat mereka telah disesat atau dalam terma yang lain - diperbodohkan oleh syaitan laknatullah.

Antara idea-idea syaitan yang memperbodohkan manusia ialah dengan berkata bahawa manusia berasal dari beruk (Charles Darwin), agama dan politik tidak boleh bercampur (sekularisma), lelaki dan perempuan mempunyai hak yang sama (emansipasi), masjid bagi UMNO hanya untuk ibadat ritual sahaja, (sama dengan fahaman Kristian), judi halal bila ada lessen ajaran Nabi Muhammad s.a.w sudah ketinggalan zaman dan banyak lagi.

Fahaman sebegini memang disukai oleh Yahudi dan sekutu-sekutunya. Inilah antara sebab sekularis Melayu tidak menyukai ulama muktabar dan system pendidikan Islam yang syumul.

Anonymous said...

Apabila mereka berjaya menyempitkan fahaman Islam,rakyat akan dapat menerima Islam liberal/progresif yang ditaja oleh mereka.

Apabila mereka berjaya meracuni fikiran rakyat bahawa politik itu kotor dan jangan campur halehwal politik, senanglah PKR menjalankan makarnya menipu rakyat dengan strategi politik untuk merampas kuasa dan merompak hasil ekonomi negara.

Anonymous said...

Oleh kerana mereka (sekularis Melayu) memusuhi ulama muktabar, mereka hanya menerima pendapat Ulama Us Su’ (Ulama jahat).

Dari sinilah munculnya ajaran Islam songsang. Malah lebih menyedihkan ialah ulama jahat ini terus menerus mengelirukan pengikutnya dan menyembunyikan kebenaran.

Bila Islam perintah agar hukum Quran dilaksanakan, mereka berkata ianya tidak sesuai.

Bila Islam menyeru kepada jihad (jihad fii sabilillah) mereka kata inii adalah pengganas dan pelampau.

Mereka putarbelitkan konotasi jihad yang juga merujuk kepada jihad ekonomi, hawa nafsu, kesihatan dan pendidikan.

Islam tidak menghalalkan cara untuk mencapai matlamat tetapi golongan ini sanggup melakukan apa saja untuk mencapai matlamat mereka.

Mereka anjurkan pesta maksiat untuk kutipan amal kepada anak yatim.

Mereka minta derma dari syarikat judi utuk diberi kepada fakir miskin dan sebagainya.

Anonymous said...

Waaah banyak betul komen kau salin dari manan mana. 1-2 minit satu masakan komen tu perlu 4-5 minit tulis. Ke kau Stenographer atau typist, taip 120 perkataan seminit, hahaha.

Anonymous said...

"Begitu juga dengan bil-bil air dan elektrik kini amat susah untuk difahami bacaannya."

Kalau bil letrik dan bil air pun kau tak boleh baca, mcm mana nak kePutrajaya?

Oooo, kau nak tumpang bas saja ke? Kalau sampai, kau orang PAS tukang bersihkan bas saja ke?

Kesian.

Anonymous said...

Isu-isu dalam profesion perguruan bukanlah terhad kepada ketidakadilan kenaikan sahaja bahkan lebih daripada itu.

Isu beban tugas, kerja perkeranian, salahguna kuasa oleh Guru Besar, eksploitasi waktu bekerja guru yang tidak diketahui masa/waktu baliknya sehingga kini, kursus dalam perkhidmatan yang mengarut, politik dalam sekolah dan sebagainya – semuanya tidak diselesaikan oleh Pak Menteri UMNO.

UMNO bukan sekadar tidak mengambil langkah dan tindakan meringankan, malah mereka menambahkan lagi beban guru.

Menulis refleksi, satu pelajar satu sukan dan yang paling akhir ialah memaksa guru mencatat BMI (Body Mass Index) pelajar dalam Kad Prestasi Pelajar.

Anonymous said...

Oleh kerana polisi UMNO dari dulu,kini dan selamanya membahalolkan orang melayu khususnya dan rakyat amnya, mereka suka semua institusi diterajui oleh individu yang berminda kolot, tidak kreatif,tidak pro aktif dan tidak agresif.

Ini adalah salah satu strategi UMNO di mana kita melihat semua Ketua Kampong 1 Malaysia adalah dari kalangan mereka yang TIDAK LULUS PERIKSA.

Begitu juga dalam perjuangan kesatuan, mereka dari Kategori A adalah dilarang menerajui malah tidak dibenar menubuhkan Kesatuan Sekerja (dalam Perkhidmatan Awam).

Akibatnya kita lihat berlakunya kecelaruan dalam system pengurusan sumber manusia dalam sector pendidikan.

Contohnya ialah guru-guru lepasan ijazah menjadi orang bawahan kepada lulusan SPM/Maktab Perguruan. di seluruh sekolah rendah kebangsaan (SRK).

Anonymous said...

Waaah ini kau mencacikan Melayu pulak:

"mereka mudah terpedaya dan akur dengan hujah pandir".

Kau orang Professor pun kau tak hormat. Komen diatas tadi kau ketawakan Professor.

Kau siapa? PAS ada Professor ke sebagai ahli? Cuba sebut aku nak dengor.

Takde kot, itu pasal kau orang ketawakan Professor. Hamsat kau orang.

Anonymous said...

Skim kenaikan pangkat dari DG44 ke DG48 juga melucu dan mengarut. Pihak kementerian tidak berupaya melaksanakan prinsip meritokrasi dan skim ini menghampiri ketidakrasionalannya.

Contohnya guru berijazah yang sudah dua puluh (20) tahun berkhidmat masih berada di takok DG44.

Sedangkan guru junior yang baru 12 tahun berkhidmat sudah memperolehi DG48?

Malah ada yang waktu perkhidmatan mereka yang lebih singkat daripada itu sudah menikmati DG44 apabila mereka diamanahkan mengajar di Tingkatan 6 atau Kolej Matrikulasi.

Mereka yang berada di PPD dan Jabatan Pelajaran membuat percaturan kepada kroni untuk diletakkan di sekolah mana yang ada kekosongan bagi kenaikan pangkat tersebut.

Guru yang cenderung atau mempamerkan penonjolan kepada parti UMNO akan menjadi calon yang paling layak untuk menggomol kekosongan DG44 dan DG48.

Inilah reality politik di sekolah, PPD, Jabatan dan Kementerian Pelajaran 1 Malaysia. Menyedari dan mengenali sifat pembohong dan akhlak samseng UMNO, kita percaya, mereka TIDAK AKAN melaksanakan janji untuk menyelesaikan masalah guru-guru.

Kita minta semua guru BERSABAR hingga PRU 13 (bukan bersabar menunggu janji Muhyiddin) dan jatuhkan penguasa yang sombong, samseng dan pembohong ini. InsyaAllah.

Anonymous said...

Kenapa Malaysia perlu menaikkan harga minyak sedangkan kita adalah negara pengeluar minyak?

Semua rakyat yang berfikiran waras dan yang gagal diperbahalolkan oleh Fuckatan Rakyat durjana ini tahu jawapan kepada soalan mudah ini.

Anonymous said...

Kami mendengar berita radio dan di dalam akhbar Berita yang antara lain mendedahkan hasrat kerajaan untuk menggunakan semula syiling 1 (satu) sen bagi mengurangkan beban rakyat dalam menghadapi fenomena kenaikan harga barang.

Mendengar berita ini, perasaan kami bercampur baur antara pelik, bingung, tidak faham, marah dan sakit hati.

Tidak faham kerana memikirkan kaitannya antara kenaikan harga barang dan penggunaan duit satu sen!

Beginikah caranya BN/UMNO APCO mengatasi masalah kenaikan harga barang?

Anonymous said...

Mereka (DAP) minta derma dari syarikat judi utuk diberi kepada fakir miskin dan sebagainya.

Anonymous said...

Ini bukanlah kes pertama UMNO melakukan tindakan gobrok dalam mengatasi sesuatu isu yang melibatkan kesengsaraan rakyat.

UMNOlah yang mensengsarakan rakyat.

UMNOlah yang mencipta isu dan polemic.

UMNOlah yang mengapi-apikan sentiment perkauman.

Sekonyong-konyongnya mereka berlakon kononnya menjadi juara untuk mengatasi semua kebuntuan ini. Semua ini dilakukan untuk kepentingan politik jijik dan durjana mereka.

Anonymous said...

UMNO APCO (kononnya) cuba menyelesaikan dengan tidak (dan tidak akan) melihat masalah yang dihadapi oleh rakyat dari akar umbinya.

Sifat UMNO yang suka memperbodohkan rakyat akan kekal sejak dulu, kini dan selamanya.

Kita lihat kes lain di mana UMNO mengambil kaedah penyelesaian secara gobrok demi meneruskan misi dan projek penipuan dan pembahalolan mereka khususnya kepada orang Melayu.

Anonymous said...

Duit siling satu sen telah dihentikan kegunaannya pada April 2007. Bermula dari 1April 2007 semua transaksi yang melibatkan jumlah 1 sen akan dibundarkan.

Masalah kenaikan harga barang adalah berpunca dari UMNO yang menaikkan harga petrol, gula dan letrik (akan menyusul).

Tapi mereka memilih untuk menggunakan semula duit siling satu sen untuk mengatasi masalah ini!!??

UMNO APCO menganggap nilai kita semua hanya berharga 1 sen sahaja.

Anonymous said...

Peratus rakyat berhutang di Malaysia adalah tinggi. Laporan Bank Negara Malaysia (BNM) 2009 mendedahkan hutang isi rumah negara tahun ini jika dinisbah pada Keluaran Dalam Negeri Kasar Negara (KDNK) adalah tertinggi di Asia.

Kenapa kita berhutang?

Memang tidak dapat dinafikan ada segelintir manusia yang suka berhutang dan tidak berupaya mengurus kewangan mereka.

Hakikatnya ialah oleh kerana pendapatan bulanan tidak mencukupi, kita terpaksa berhutang.

Gaji guru yang baru bekerja di Singapura dan Brunei masing-masing ialah RM5200 dan RM5600 sebulan. Di Malaysia hanya RM1800 sebulan???!!

Ini belum kita ambilkira gaji kakitangan awam dari gred yang lebih rendah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sendiri pernah mendakwa bahawa kakitangan daripada kumpulan Pekerja Am Rendah (PAR) dikesan paling ramai ponteng kerja dipercayai kerana melakukan kerja sambilan.

Tetapi UMNO tidak mahu menaikkan gaji sebaliknya menubuhkan AKPK untuk mengatasi masalah ini.

Anonymous said...

Kadar kemalangan jalanraya di Malaysia mencatatkan peratus yang tinggi.

Kerajaan dikatakan mengalami kerugian berbilion ringgit akibat kemusnahan harta benda dan pengurusan jalanraya akibat kemlangan ini.

Suruhanjaya Sosial dan Ekonomi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Asia dan Pasifik (Unescap) mendedahkan, 52,742 kes rakyat Malaysia terbunuh atau cedera dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2008 sementara Indonesia dengan bilangan penduduk 10 kali lebih daripada populasi Malaysia, hanya mencatatkan 22,702 kes pada tahun yang sama.

Polis telah menjalankan Ops Sikapnya (kononnya) bagi mengatasi masalah kemalangan.

Di Malaysia, dengan mengakui factor manusia sebagai utama, kami ingin menegaskan bahawa tol, saman polis dan jpj dan jalanraya adalah sebab utama berlakunya kemalangan jalanraya.

Jalanraya diMalaysia, disamping seperti ular kena palu, juga kualiti pembinaannya tidak layak diberi markah gred D pun.

Bagi mengatasi atau mengurangkan kemalangan, UMNO telah mengarahkan polis menyaman rakyat dan mereka memperolehi ganjaran lumayan hasil dari ‘rompakan halal’ ini.

Tetapi masalah kemalangan tetap tidak terselesai.

Anonymous said...

Anon 3:50 PM,

kau kata "Fahaman sebegini memang disukai oleh Yahudi", nanti kau kena marah dek Anwar AlJubri. Awas, aku tak kata AlJuburi macam Mat Sabu kata dulu.

Bukan kah Anwar yang terkenal berkawan dengan Yahudi, dapat bantuan mcm mcm dari Yahudi.

Tapi hari tu dia tersasul sikit. Cakap benda yang Yahudi marah kat dia. Sekarang terumbang ambing lah dia. Tuduhan Sodomi diMahkamah, pemimpin PKR yang disayanginya cabut lari, video sex keluar, pening betul kepala dia.

Aku kesian, bukan tak kesian. Tapi orang mcm dia memang tak boleh pegi kePutrajaya. Dia khianatkan bangsa Melayu, tolakkan Ketuanan Melayu, cakap pasal ketuanan rakyat kononnya. Boleh bergenglah dengan PAS yang juga khianatkan bangsa dan agama Melayu. Buangkan Negara Islam dan Hukum Hudud.

Mana Melayu nak undi kau orang. Kerja khianat sini khianat sana.

Anonymous said...

Masalah guru dibebani tugas perkeranian, gaji yang rendah, dan lambat naik pangkat sudah kedengaran berpuluh tahun kini.

Tetapi bagaimana UMNO samseng ini mengatasinya?

Mereka menambahkan (bukan meringankan) lagi beban guru dengan projek Satu Pelajar Satu Sukan dan memaksa guru menulis refleksi dalam Buku Rekod.

Pada 16 Mei 2011 baru-baru ini, mereka bagi kenaikan gaji dan pangkat kepada 1.53% guru sahaja.

98.5 % lagi bilangan guru hanya menggigit jari??!!

Anonymous said...

Masalah air bersih dan pengurusan air yang tidak professional diatasi degan melantik syarikat-syarikat kroni mereka dan diberi kontrak bertahun-tahun untuk memerah duit dari rakyat.

Malangnya masalah air tidak terselesai juga. Begitu juga masalah harga gula.

UMNO mengatasi masalah ini dengan menaikkan lagi harga gula dan memperbodohkan rakyat dengan rasional gilanya kononnya untuk mengurangkan penyakit kencing manis dan obesity.

Anonymous said...

Jumlah rakyat Malaysia yang miskin dan tidak berumah adalah tinggi.

Sebabnya sama dengan factor kenapa rakyat berhutang.

Baru-baru ini PM Najib Altantuya mengumumkan berita baik (kononnya) kepada golongan muda bahawa mereka layak memohon pinjaman 100% untuk membeli rumah pertama.

Sepatutnya kerajaan menawarkan rumah sewa beli tanpa riba kepada rakyat. Bukan pinjaman bank.

Rungutan rakyat terhadap tol yang terpaksa di bayar juga mendapat perhatian dari UMNO. Rakyat mahu tol dihapuskan tetapi UMNO hanya bagi diskaun tol 10% atau 15% sahaja kepada rakyat pada musim perayaan terpilih.

Inilah jenis kerajaan yang mendakwa rakyat didahulukan. Memang sahlah mereka ini pembohong tulen.

Anonymous said...

4:07 PM,

Kalau ikut cara kau memang bankraplah negara.

Manifesto politik kau tidak ambil kira keupyaan negara. Kalau main kasi saja duit dengan tidak kaji sepenuhnya, teruklah.

PAS ada Professor ekonomi antara ahlinya ke? Oops, silap cakap - kau orang tak suka dengar Professor pun, ketawakan Professor macam dah dikata diatas tadi.

Teruklah kalau nak buat dasar ekonomi negara main ikut suka saja. Tak boleh pergi kePutrajaya macam tu.

Anonymous said...

Menteri Pedidikan Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin mengecam kerajaan negeri Kedah yang kononnya menaikkan cukai tanah UUM sehingga 10 kali ganda sejak mengambil alih pemerintahan negeri sehingga pihak universiti terpaksa membayar RM1.8 juta setahun berbanding RM150,000 sebelum ini.

Azizan bagaimanapun menafikan dakwaan kenaikan cukai tanah tersebut, sebaliknya menjelaskan bahawa apa yang berlaku adalah tempoh pemberian rebat kerajaan negeri kepada universiti itu yang telah berakhir.

"Mengikut perjanjian asal, jumlah perlu dibayar oleh universiti adalah sebanyak RM1.2 juta tetapi pihak universiti hanya perlu bayar RM100 ribu setahun bagi tempoh 2006 hingga 2008 setelah permohonan mereka mendapatkan rebat diluluskan oleh kerajaan.

Begitulah sifat atau perangai UMNO yang beragama Islam yang berbohong dan mencipta fitnah adalah rukun iman mereka yang pertama dan kedua.

UMNO akan berbohong, mencipta fitnah, menyerang karakter, sabotaj kewangan dan lain-lainnya.

Anonymous said...

Sifat suka berbohong UMNO ini sudah menjadi darah daging pemimpin dan pengikut setia UMNO.

Malah dalam masjid pun mereka menipu dengan mengangkat Al Quran sekalipun.

Bermula dari peringkat kampong sehingga peringkat negara, JKKK dan para menteri akan menarikan lidah bercabang mereka untuk menipu seluruh rakyat setiap hari.

Lihatlah apa reaksi mereka apabila pihak pembangkang mempertikaikan keperluan menggunakan wang rakyat untuk membina bangunan 100 tingkat (sebagai legasi pemerintahan Najib Razak).

PM dengan selamba sahaja menyatakan kos pembinaan bangunan itu tidak melibatkan wang negara. Kalau benar ia tidak melibatkan wang negara, kenapa kamu masukkan projek itu dalam belanjawan 2010??

Isu yang terakhir ialah langkah PM Najib untuk mewujudkan akaun email bagi setiap rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.

Dengan selamba sekali lagi beliau menyatakan projek ini akan dilaksanakan oleh pihak swasta. Kalau benar ia adalah projek swasta, apa keperluannya ia diumumkan oleh PM?

Apa manfaatnya pada rakyat? Bukankah lebih baik wang RM60 atau RM80 juta itu digunakan untuk membuat rumah rakyat miskin atau membantu sekolah-sekolah agama rakyat yang menyumbang kepada program bina insan negara yang dipelopori oleh keajaan sendiri?

Anonymous said...

Kita menyedari bahawa apa jua bantahan kita kepada kerajaan samseng BN ini adalah ibarat ‘anjing menyalak bukit”.

Hanya satu sahaja jalan penyelesaian untuk mengajar orang samseng yang tidak pernah mahu mendengar nasihat dan pandangan orang – tumbangkan mereka dalam pilihanraya. InsyaAllah.

Anonymous said...

4:12 PM,

"Bukan pinjaman bank" kau kata? Mana kau nak cari pendapatan nak belanja itu belanja ini kalau bank pun tak boleh ambil untung. macam mana kau orang nak mentadbiir dan mengurus negara mcm tu?

Kan dah ada cara perbankan dalam Islam. Kira perniagaan, bagi keuntungan. Kalau tak macam mana Amanah Saham itu ini, Tabung Haji dsbnya boleh beri keuntungan kpd Melayu/ Muslim. Oh ya, kau orang tak percaya pun Tabung Haji agaknya. Naik Haji mcm mana?

Anonymous said...

4:19 PM,

Ni kau dah mula tiru kata kata orang UMNO/ BN:

"kerajaan samseng ... ‘anjing menyalak bukit”".

Dah lama puak umno sebut DAP samseng, Kerajaan DAP samseng, wei. Jugak kata DAP China bukit, selalu menyalak bukit.

Kau tak tau ke?

Kau masih belom kasi tau gua mana kau duduk. Cakap la, Ngong.

Anonymous said...

"orang samseng yang tidak pernah mahu mendengar nasihat dan pandangan orang"?

Kau maksudkan DAP ke? Kebelakangan ini PAS juga. PKR dah tak kira le.

Kau mimpi nak tumbangakn orang diPRU 13. Kau orang sendiri tak boleh berdiri tegak macam mana nak tumbangkan orang.

Selagi DAP cauvinis, rasis dan subversif, PAS khianatkan kepentingan Melayu/ Islam buangkan Ngara Islam, PKR khianatkan Melayu dengan ketepikan Ketuanan Melayu yang termaktub di Perkara 153 Perlembagaan, selagi itulah Melayu tidak akan mengundi kau orang selain dari ahli Fukatan kau orang saja.

Anonymous said...

Masalah ngan ko ni anon PAS, ko nmpak UMNO je perkauman...yang DAP tu lagi ultra-kiasu racistnyer, tade plak ko nampak....

Mana boleh cam tu.

Nak letak anak Malaysia kat IC anak,bile x bleh, letak keturunan anak cina walaupun sebenranye boleh je letak India ikut bapak die..ko x rase racist ke tu? tak ke tu satu bentuk superiority? Jangan la nak nampak UMNO je...

Ko tak rase ke dorang lagi racist biler nakkan cikgu2 yg ngajar kat skola cina kena pandai ckp cina? walhal skolah tu sendiri x sah pun di sisi perlembagaan?

Ko x rase ke dorang racist bile LGE bg name bangunan ke ape kat PP atas nama Sun Yat Sen..ke ko x kenal sape sun yat sen tu?

Sekejam2 kerajaan yg ko benci hari ni, aku masih boleh hidup dengan baik berbanding dgn saudara2 Islam di Kemboja contohnya..

Kalau contoh keruntuhan akhlak yang ko gunakan, camane plak isu2 keruntuhan moral kat kelantan, dekat parking KB tu cthnye..atau rumah pelacuran dekat umah nik aziz tu..salah kerajaan PAS kelantan? apa bezanye dengan kerajaan persekutuan kalau PAS di kelantan pun gagal?Dan kalau kat kelantan pun gagal, apa jaminan yang ada kalau pas dpt putrajaya? tambah2 pulak kalau PR ke Putrajaya, LKS yg jadi DPM...apa sgt yg pas blh buat?

klu nk berckp psl korup pun..bukankah DAP dan PKR pun korup?

kerajaan persekutuan tanak bagi air percuma sbb tanak mengelakkan pe,baziran dikutuk..tapi DAP knakan surcharge utk elakkan pembaziran ok plak?

byk lagi double standard..tu blm msk lg psl anwar dgn labu2nya...dengan sponsor2 yg meragukan..byk sgt..ckupla setakat ni...

Anonymous said...

Ingatlah wahai orang2 melayu semua.
INI RUMAH KITA!


Jgn sampai cacing naik ke mata!

Rawang said...

Sdr.Dr.Ridhuan,

Saya nak lari sikit dari topik perihal politik yang komen-komen dah mula menyesakkan kepala.Nak tahu apa komen saudara mengenai kenyataan dari PTPTN ini.

"PTPTN akan hentikan pinjaman kepada 152,000 pelajar berikutan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang diperolehi mereka adalah 2.0 ke bawah".

Aku pasti majoriti yang akan terjejas nanti adalah anak-anak melayu.Bukan sahaja mereka telah mensia-siakan satu atau dua tahun pembelajaran apabila terpaksa berhenti belajar kerana tidak mampu untuk membiayai kos bagi menyambung belajar tapi dalam usia yang muda mereka telah mula menanggung hutang yang banyak.

Siapa yang harus dipertanggungjawabkan. Adakah penuntut itu sendiri atau keghairahan pusat-pusat pengajian tinggi swasta yang berlumba-lumba bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan kuantiti pelajar bukan kualiti pelajar melalui kemudahan pinjaman PTPTN yang ditawarkan oleh pihak kerajaan bagi membiayai kos pembelajaran mereka.

Anonymous said...

Rawang,

dulu PTPTN praktikkan sistem stop pinjaman klu gpa bwh 2.00..sejak zaman sye belajar lagi..sebab ada student yg kena...tapi bile berjaya naikkan gpa, dapat balik...

CGPA kalau kurang dr 2.00..lagi teruk...3 sem berturut x improve, dh kena kick..

saya rase ade baiknye bagi yang belum masuk U, jadi cm dorongan utk dorg dpt result yg bagus..sbb sekarang ni rmi yg dpt duit ptptn je, pg enjoy...x semua..tapi ramai la...

Anonymous said...

sokong..

lagipun limit die under 2.0, bukan 3.0..

Cuma anak melayu pemalas je xleh dpt above 2.0.

bg warning mcm nie biar diorg serius sket..

Rawang said...

Sdr lagi_biasa_dr_kebiasaan,

Aku setuju sistem yang dibuat oleh PTPTN itu memang baik. Tapi masalahnya yang aku nak persoalkan ini ialah kemudahan pinjaman ini dah jadi macam lubuk bagi sebilangan pusat-pusat pengajian ini untuk meraih keuntungan mudah perniagaan melalui pengambilan pelajar yang memasuki pusat pengajian mereka.

Lihat sahaja bagaimana pusat-pusat pengajian seperti ini berkembang seperti cendawan tumbuh.

Dengan kata lain, mereka sedia menerima sesiapa sahaja walaupun dengan syarat paling minima untuk belajar kerana setiap pelajar itu kelak akan diuruskan pula pinjaman PTPTN. Lagi ramai pelajar yang memasuki Kolej mereka lagi banyak pembiayaan yang mereka perolehi tanpa memperdulikan tahap dan kualiti pelajar itu sendiri.

Rawang said...

Apa pun kesimpulannya anak-anak melayu juga yang akan menjadi mangsa keadaan.

Apa pun alasannya anak-anak melayu juga akan tercicir dan menanggong hutang diawal usia mereka...

Anonymous said...

Perwakilan PAS mendesak kerajaan menukarkan pinjaman Perbadanan Tabung Perdidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada biasiswa kerana ia didakwa melanggar perlembagaan negara.

Cadangan supaya menghapuskan PTPTN dan ditukar kepada biasiswa kerana pinjaman ini telah menyebabkan ramai antara kita terhimpit dengan hutang.

Pinjaman itu menyebabkan anak muda terhimpit dengan beban hutang yang besar selepas tamat pengajian.

Malah, mereka dikenakan beberapa sekatan, termasuk tidak dibenarkan ke luar negara.

Seksyen 22A Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) dan Pekeliling PTPTN Bilangan Satu Tahun 2009 yang menyenarai hitamkan peminjam itu patut dipinda.

Kenapa NGO dan juga parti Melayu UMNO yang begitu beriya-iya mempertahakan hak keistimewaan orang Melayu seperti Perkasa, GPMS dan sebagainya tidak berani membawa usul ini?

Anonymous said...

Kononnya mempertahankan Melayu itu sendiri?

Malah, parti yang kononnya memperjuangkan Melayu seperti UMNO itu juga tidak berani untuk membawa isu ini untuk dibincangkan secara terbuka oleh pucuk pimpinan tertinggi parti mereka.

Masing-masing menikus dan gagal memainkan peranan membela Melayu.

Anehnya mereka beriya-iya benar membela Melayu dalam isu-isu perkauman dan yang berkaitan dengan bangsa lain.

Sebaliknya mereka gagal bela Melayu dalam isu yang sepatutnya diperjuangkan seperti ini.

Anonymous said...

Memang le kepada peminjam PTPTN...Rupenya PTPTN adalah lebih kejam daripada along yang ada sekarang... dengan charge pentadbiran sebanyak 3% yang dikenakan itu menunjukkan mereka lebih kejam daripada along... kerana kos perkhidmatan itu akan berterusan sehingga bila-bila selagi mana kita tidak menyelesaikan pinjaman lahanat tersebut... sejahat-jahat Along ada juga 'interest' yang kita tau berapa yang nak kena byr...

Bayangkan kalau charge perkhidmatan RM40 sebulan dan korg bayar RM50 sebulan (kadar minimum yang 'dibenarkan' oleh PTPTN)... maka korang akan bayar PTPTN tue sampai mampos le jawabnya... sebab korg byr kos perkhidmatan lahanat tue tanpa mengurangkan baki PTPTN.... kalu beli rumah pun RM25k bayar RM50... so nampaklah jugak jumlah yang nak kene bayar... dan kalu lambat bayar hanya 'penalty' dlm berapa ringgit sangat dikenakan... tapi PTPTN ... kita tak tau berapa jumlah sebenar yang kan kita bayar melainkan kita byk duit dan boleh bayar 'seketul'... tapi kalu bayar ansuran maka jawabnya kene bayar sampai 'mampos'.. .

Anonymous said...

Marilah kita bercakap sebagai rakyat. Marilah kita memperjuangkan pendidikan percuma untuk rakyat sehingga ke peringkat ijazah pertama sekurang-kurangnya.

Anonymous said...

Skim pinjaman yang disediakan kerajaan Umno-BN telah menyebabkan lahirnya golongan mudayang berjiwa hamba.

Nasib yang menimpa para peminjam Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang terbeban apabila terpaksa membayar balik pinjaman mereka pada kadar yang lebih tinggi dari jumlah yang dipinjam.

Beban hutang PTPTN ini laksana satu perangkap yang telah menjerut leher anak muda yang bukan sahaja memberikan kesan terhadap ekonomi, bahkan juga dari segi psikologi, sosial dan politik.

Anonymous said...

Jerat PTPTN ini pada jangka masa panjang akan melahirkan anak muda yang rendah diri, tidak mampu berdikari dan tidak berani untuk mengungkapkan kebenaran apalagi menjadi agen perubahan dalam menentang segala bentuk kezaliman dan ketidakadilan.

Zahir daripada mereka hanyalah jiwa hamba yang takut untuk bersuara dan sentiasa mengiyakan kefasadan yang berlaku.

Kegagalan majoriti dari para peminjam menjelaskan hutang mereka kepada PTPTN mempunyai kaitan langsung dengan iklim dan suasana ekonomi negara di bawah teraju BN yang gagal melonjakkan ekonomi negara hingga pendapatan rakyat tidak meningkat, meskipun mereka ini adalah para graduan universiti.

Anonymous said...

Kerajaan gagal dalam mengawal harga barangan keperluan sehingga kos sara hidup di Malaysia semakin mencanak naik.

Seseorang graduan akan terus memikul hutang apabila mereka terpaksa meminjam untuk memulakan kehidupan yang baru, ditambah lagi dengan hutang PTPTN yang sedia ada.

Para graduan di Malaysia juga kurangnya peluang pekerjaan yang sengit, bahkan sekalipun, gaji permulaan yang jika dibandingkan dengan negara. Lebih malang lagi, purata kenaikan gaji dan pendapatan yang dinikmati di Malaysia juga adalah rendah.

Berdasarkan statistik terkini, purata kenaikan gaji rakyat Malaysia antara tahun 2000-2010, adalah hanya di sekitar 2.6%, dan inib adalah jelas lebih rendah berbanding dengan 3.2% purata kenaikan gaji dunia, termasuklah di negara dunia ketiga.

Anonymous said...

Rakyat bukan sahaja terbelenggu dengan senario pendapatan yang secara relatifnya rendah dan juga purata kenaikan gaji yang rendah, malah mereka juga berdepan dengan masalah hutang isi rumah yang semakin meningkat.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sehingga akhir November 2010, hutang isi rumah rakyat Malaysia sudah mencecah kepada RM577 bilion, yang bersamaan dengan 74% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Jumlah RM577 bilion tersebut melibatkan hutang bagi pinjaman kenderaan, pinjaman perumahan, pinjaman peribadi dan juga hutang kad kredit.

Sekali lagi kita dapat melihat agenda Kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) untuk memperkasakan ekonomi negara sekaligus meningkatkan taraf hidup dan pendapatan rakyat melalui pelbagai perancangan turut berdepan dengan masalah seperti NKRA, ETP, Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan lainnya hanyalah sekadar omong kosong semata-mata.

Anonymous said...

Data yang tersedia menunjukkan betapa terhimpitnya kehidupan rakyat di negara ini, terutamanya anak muda yang baru memulakan kehidupan, berkeluarga dan bekerjaya, tetapi tertekan dengan bebanan kewangan yang begitu mencengkam.

Putaran ganas keberhutangan dan kesempitan inilah, menyebabkan para graduan terpaksa berhempas pulas untuk menjelaskan hutang PTPTN mereka.

Para peminjam PTPTN bukan sahaja berhadapan dengan tindakan mahkamah, bahkan sebelum ini juga mereka turut berdepan dengan tindakan disenarai-hitamkan termasuklah dilarang untuk keluar negara.

Kerajaan BN terbukti gagal memperbaiki taraf ekonomi negara yang boleh menjamin generasi muda berpendidikan tinggi mendapat taraf hidup yang sewajarnya.

Anonymous said...

Kalaulah graduan pun turut terhimpit dengan kegawatan ekonomi ini, diyakini 80% lagi anak muda yang berpendidikan SPM ke bawah turut sesak terhimpit dengan nasib yang sama.

Justeru, atas dasar kepedulian terhadap para graduan dari kalangan para peminjam PTPTN, PAS menuntut agar perlaksanaan kutipan bayaran balik pinjaman PTPTN hendaklah dikuatkuasakan hanya selepas enam bulan dari tarikh peminjam mendapat pekerjaan tetap yang setaraf dengan kelulusan mereka dan bukannya enam bulan selepas dari menamatkan pengajian sebagaimana yang diamalkan sekarang.

Anonymous said...

Seksyen 22A Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) dan juga Pekeliling PTPTN Bilangan Satu Tahun 2009 yang membolehkan pihak PTPTN menghantar nama peminjam yang gagal menjelaskan pinjaman kepada Jabatan Imigresen untuk disenarai-hitamkan bagi maksud menghalang peminjam ini dari keluar negara meskipun atas tugasan rasmi, hendaklah dipinda atau dimansuhkan sama sekali.

Tindakan ini adalah sangat zalim dan membebankan para peminjam, terutama bagi mereka yang perlu keluar negara atas sebab pekerjaan ataupun kecemasan.

Tindakan ini juga adalah terjumlah kepada hukuman sedangkan PTPTN mempunyai pilihan untuk mengambil tindakan sivil di mahkamah sebagaimana yang diperuntukkan di dalam perjanjian pinjaman.

Bentuk pinjaman baru yang tidak mengenakan langsung sebarang faedah atau kos perkhidmatan diperkenalkan bagi menggantikan sistem pinjaman yang sedia ada.

Pihak yang berkenaan wajib memberikan hak biasiswa kepada kaum Melayu dan Bumiputera sebagaimana yang dijamin di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Anonymous said...

Something rotten at Duta courts!

MAHKAMAH JALAN DUTA TELAH 'rosak'!

Ini suatu dakwaan yang dahsyat yang akan memusnahkan keyakinan rakyat terhadap sistem kehakiman negara!

Minta jasa baik Dr. Ridhuan menjawap dakwaan ultra kiasu pada rencana akan datang:

Shakespeare wrote in the play Hamlet `Something is rotten in the state of Denmark'. Court of Appeal judge NH Chan, had also made similar remarks when he wrote the Ayer Molek Rubber Co Bhd vs Insas Bhd judgement in 1995, where he described the case he was presiding over as being about an injustice perpetrated by a court of law.

Can yesterday's conviction of the infamous `Datuk T' trio be said to a travesty of justice deserving the local version that goes "something is rotten in Duta courts" resulting in possibly another charge looming over PKR de-facto leader Anwar Ibrahim?

...........http://www.malaysiakini.com/news/168028

Anonymous said...

"Pihak yang berkenaan wajib memberikan hak biasiswa kepada kaum Melayu dan Bumiputera sebagaimana yang dijamin di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan."

Ahh kau..depan org umno kau ckp mcm tue.. depan org DAP kau ckp wajib bg sama rata.. cam haram..

PEMBANGKANG-DAP said...

Saya ingin memaklumkan bahawa hari ini Imam Mesjid Negeri Pulau Pinang membuat lapuran Polis bahawa ada 11 keping gambar lucah (ponographic photos) dijumpai didalam 11 naskah Surat Yassin diMesjid itu. Perbuatan melampau.

Laporan Malaysia Star berkata

Porn pictures found in mosque
‎
GEORGE TOWN: The chief imam of the State Mosque has lodged a police report after pornographic pictures were found among the pages of 11 copies of the Surah Yassin here.

Laporan Bernama berjodol

Pornographic Pictures In Surah Yassin Booklets In Penang State Mosque

Belom tahu siapa melakukannya. Ada kemungkinan kafir yang melaknatkan integreti Mesjid itu. Inilah akibatnya bila PAS membenarkan kafir kafir masuk Mesjid.

PAS mesti dipertanggung jawabkan dalam perkara ini. Mempudarkan suasana Mesjid dengan telagahnya. Sehingga ada pelampau yang mengeksploitasikannya atau melepaskan geram akibatnya.

DAP jugak mesti dipertanggung jawabkan. DAP telah mengeksploitasi agama Islam untuk tujuan politiknya. Mahu meraih undi melalui Mesjid. Sehingga mahukan Jawatan Kuasa Mesjid diPenang di pilih melalui undi.

Dibantu PAS yang melampau hingga mengenepikan tujuan Negara Islam dan Hukum Hududnya.

PEMBANGKANG-DAP said...

Anonymous 6:33 PM,

Perwakilan PAS sepatutnya mendesak kaum yang terkaya dinegara ini supaya berpatutan dan jangan asyik bisingkan mahu biasiswa juga. Depa ada sistem bantu membantu antara mereka melalui berbagai pertubuhan bagsa dan suku bangsa dan persatuan perniagaan berbagai jenis.

Beratus malahan beribu jutawan Cina bersedia memberi biasiswa kapada mereka yang kurang upaya. Hingga UTAR tahun lalu menolak RM30 juta yang seorang jutawan Cina mahu derma.

Kerana biasiswa juga diberi kapada pelajar Cina, kaum yang terkaya dinegara ini, maka untuk menambah peluang anak Melayu berdaya belajar tinggi, pinjaman Perbadanan Tabung Perdidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah diadakan.

Bagus jika PAS mendesak supaya biasiswa dikhaskan kapada pelajar kaum yang ketinggalan jauh dibelakang dalam ekonomi dan dalam jawatan professional dinegara ini. Terutamanya kaum Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Sebab mereka ada Kedudukan Istimewa diPerkara 153 Perlembagaan.

Bagus kalau PAS berbuat demikian terutamanya bila PAS tidak terkenal sebagai parti yang mempertahankan hak dan kepentingan Melayu. Ini adalah peluang baik bagi PAS membuktikan partinya sebagai sanggup dan benar benar mempertahankan hak dan memajukan kepentingan Melayu.

Mmenyenarai hitamkan peminjam yang ingkar membayar balik pinjaman adalah perlu. Takkan PAS mahukan rakyat melanggar peraturan, janji dan bond. Jika pinjaman tidak dibayar balik, wang pusingan akan kering. PAS tidak memikirkan perkara ini mungkin sebab PAS belom ada pengalaman bertanggung jawab dalam perkara ini.

Bolehkah kita harapkan PAS membawa usul supaya kaum yang terkaya jangan mendesak biasiswa dimasa akan datang?

Anonymous said...

"Tindakan ini adalah sangat zalim dan membebankan para peminjam, terutama bagi mereka yang perlu keluar negara atas sebab pekerjaan ataupun kecemasan. "

keluar negara atas sbb kecemasan?

biar betik.. nak lari balik negeri asal ke ape?

HAHA..

dey, really ultratongong laluni..

PEMBANGKANG-DAP said...

Anonymous 7:18 PM,

What the hell are you talking about? What has Shakespeare got to do with the price of tea in China?

What "travesty of justice" are you saying? Merely accuse without justification? Is that the hallmark of you brutes who may be akin to Brutus and et tu brute? Do you see the connection between Shakespeare and the Jalan Duta Courts there?

Come on, man. The least you can do is say why you think it's a travesty of justice. Instead of quoting Shakespeare and me having to bring up the price of tea in response.

And what "resulting in possibly another charge looming over PKR de-facto leader Anwar Ibrahim" are you blabbering on? And why the hell do you link malaysiakini? Do you think readers here have a love for that website? You are sadly mistaken, old boy.

Anonymous said...

apa kata kita org2 islam di Malaysia membuat sebegitu pulak.
1.buat reformasi pasal palestine sampai palestine bebas dari Yahudi
2.buat reformasi Jumaat hari cuti menggantikan hari Ahad.Bukankah Ahad bermaksud satu. maka satu adalah permulaan hari. Jadi mulakan kerja pada hari Ahad
3.Diwajibkan setiap menteri2 dan semua kakitangan yang beragama Islam menghadiri kelas tasawuf. Ini bagi mendidik mereka kearah yang lebih bertanggugjawab.
4.Dikenakan tatatertib secara maksimum kepada mereka yang melanggar peraturan di pejabat kerajaan.
5.Kurangkan aktiviti "santai" diperjabat kerajaan.
6.Bagi menteri2 yang beragama islam bila berlaku setiap permasalahan wajiblah bagi mereka melakukan solat hajat dan istiqarah bersama mufti2 negeri masing2 untuk kebaikan bersama.

Mengharap RedhaMu said...

PEMBANGKANG-DAP said...>>>Belom tahu siapa melakukannya. Ada kemungkinan kafir yang melaknatkan integreti Mesjid itu. Inilah akibatnya bila PAS membenarkan kafir kafir masuk Mesjid.<<<<
weh bro, apa lah lu ni....kalau lu kata gitu lu dah buat satu fitnah. Kalau lu org islam lu tak seharusnya kata sebegitu. Biarlah Allah yang menentukan tangan2 yang membuat itu. Apakata, buat solat hajat bior org yang buat datang mengaku secara terbuka dan memohon maaf.
Bro, orng yang tidak ada iman akan menyatakan sedemikian rupa.
Ingat bro, setiap amalan itu akan naik sehingga langit ke7. kalau langit pertama pun tak lepas macam mana amalan diri nak sampai ke hadapan Allah Azzawajalla.
Bro lu pun jangan terlalu emosi.

Ini adalah peringatan untuk kalian semua....BN,PKR,DAP,PAS dan lain2.Baca dibawah ini....

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Jika seseorang telah berkata: Telah binasa manusia, maka dialah yang paling binasa diantara mereka (kerana dengan mengatakan demikian itu dia terjerumus di dalam dosa takabur disebabkan dia menganggap orang lain hina).
(HR Muslim)

Dari Saad r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda: "Allah SWT memberi pertolongan kepada umat ini (bukan berdasarkan kepada keupayaan bahkan) Allah SWT memberinya pertolongan kerana do’a-do’a, sembahyang-sembahyang dan keikhlasan orang-orang yang lemah". (HR Nasa’i)

Dari Salman Al-Farsi r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah mempunyai sifat malu, dan memberi kepada orang yang tidak meminta dengan pemberian yang banyak. Apabila seseorang mengangkat tangannya dihadapan Allah, memohon sesuatu, maka Allah amat malu untuk memulangkan kedua tangan tersebut dengan tangan kosong".
(HR Tirmizi)


Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: "Tempat yang paling dicintai Allah SWT diatas muka bumi ialah masjid dan tempat yang paling dibenci ialah pasar-pasar". (HR Muslim)

Dari Jabir r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: "Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari Kiamat ialah orang yang baik akhlaknya". (HR Tirmizi)

Anonymous said...

Mengharap RedhaMu,

Itu PEMBANGKANG DAP dan Tokgaru bukan manusia! Manusia ada otak dan hati perut, tetapi mereka 2 tidak!

muslimahmaid said...

Salam Dr Ridhuan Tee,

Isu PPSMI sepatutnya dah lama tamat dan tak perlu dibangkitkan oleh puak puak yang tidak berpuas hati. Saya bukanlah menentang penggunaan Bahasa Inggeris tetapi saya nampak secara jujurnya ada pihak yang ingin merendahkan martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Kenapa perlu takut dengan usaha mahu memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu?

Sewajarnya puak puak yang tidak berpuas hati ini lihat bagaimana negara Indonesia dan Thailand maju kerana bahasa ibunda mereka. Bahasa Indonesia jugalah yang dapat mengasimilasikan bangsa minoriti supaya tahu bahawa hak mereka sebagai rakyat tidak dirampas tetapi apabila duduk di muka bumi Indonesia, mereka haruslah menghormati penduduk pribumi dengan mempelajari Bahasa Indonesia dan hidup di bumi Indonesia. Begitu juga di negara Thailand, kenapa bangsa minoriti boleh menerima cara hidup dan bangsa siam. Thailand juga merupakan negara yang berkembang maju dengan jumlah kemasukkan pelabur adalah tinggi berbanding Malaysia. Bangsa Thailand selesa dengan penggunaan Bahasa Thai sebagai bahasa penyatuan bangsa hinggakan bangsa Melayu di selatan Thailand ada yang sudah tidak boleh berbahasa Melayu.

Hal ini kita tidak boleh persalahkan kerajaan Thailand, mrk sudah meletakkan satu dasar pelajaran mereka bahawa rakyat Thailand hendaklah menguasai Bahasa Thai dengan baik, baik pertuturan dan penulisan.

Di Malaysia hari ini masih ada puak puak yang masih pelat berbahasa Melayu mahupun menulis di dalam bahasa Melayu tetapi megah mereka boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Puak-puak inilah yang bakal merupakan perosak bahasa Melayu kerana mereka bukan mahu belajar bahasa Melayu tetapi merendah rendahkan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu.

Nampaknya di Malaysia, puak puak bermasalah ini perlu ditunjukkan jalan kepada mereka jika masih tidak faham hasrat utk menggunakan Bahasa Melayu. Penyatuan bangsa hanyalah dengan menggunakan satu bahasa. Janganlah kita menjadi seperti negara India yang kekayaan dan kesenangan diraih oleh golongan minoriti dan majoriti rakyat mereka terbiar. Adakah dengan menggunakan bahasa Inggeris semata mata bangsa itu boleh maju.

Bagaimana bangsa Jepun boleh menjadi satu bangsa yang dihormati dan disegani oleh bangsa-bangsa lain. Mereka tetap menggunakan bahasa Jepun sebagai bahasa perhubungan dan bahasa teknologi mereka tetapi penguasaan utk memperkukuhkan penggunaan Bahasa Inggeris tetap tidak dilupakan kerana kita sedia maklum bahasa Bahasa Inggeris adalah Bahasa Antarabangsa.

Bagaimana pula negara Jerman dan Perancis. Mrk tetap bangga dengan bahasa mereka sebagai bahasa ilmu dan teknologi tetapi penguasaan utk menuntut ilmu bahasa bahasa lain tetap digalakkan utk dipelajari.

Bangsa Malaysia kena bangkit, kita harus melihat seluruh kehendak majoriti rakyat kerana selama ini adakah negara Malaysia sudah benar benar mundur dengan menggunakan Bahasa Melayu!

Janganlah kerana kehendak puak-puak kecil ini , semua sistem yang sudah berjalan dengan elok hendak dirombak lagi. Cukuplah jangan kita hendak menganiaya anak bangsa Malaysia yang sedang menekuni dan mencari ilmu.

cukuplah.

Anonymous said...

MR,

kalau cut n pase hadith tu, elok la ko bagi sekali penjelasan bagi setiap hadis..tadela nmpk sgt ko cut n paste.

aku sokong pembangkang DAP, kalau PAS boleh menjamin biasiswa kepada bumiputera da melayu tanpa gangguan dr kaum terkaya di negara ini..aku tabik spring!

Bab PTPTN plak....memandangkan aku kenal rmi peminjam yang tegar..sebenranye tade la masalah sgt..PTPTN dh offer ujrah 1% utk peminjam2 sekarang ni...tapi, ramai yg aku kenal yg keje steady contoh: cikgu, hatta jurutera sekalipun yang culas nk byr loan ni.Ape alasan dorang?

Klu swasta mmg byk sikit kena byr, so, x recommended la amik ptptn..tapi utk IPTA, mthly payment utk ptptn x smpi rm150 pun..adik aku kene byr rm50 je..kalau xde keje, ok la..blh runding...tapi yg aku pelik..ramai yg keje best2 yang x bayar loan ni..

aku tatau la mmg org melayu ni jenis x berdisiplin kot, sbb pernah aku dgr MARA, JPA terpakse iklankan name2 peminjam yg culas ni kat paper...

Berbalik kepada isu Rawang tadi, mungkin tu satu loophole yang gov kene kenal pasti..mungkin perketatkan sikit pemberian loan ni kepada kolej2 swasta yg cm cendawan tumbuh selepas hujan ni...limit kepada IPTS2 yg betul2 credible..kene ade control la...honestly, aku dr U swasta jugak..tapi aku x berapa sure dengan keadaan klej2 swasta yang lain...

PEMBANGKANG-DAP said...

Wahai Mengharap RedhaMu,

Aku mengaharapkan kau baca betul betul apa aku tulis. Atau kau bca apa yang kau taip untuk kau komen tu.

Kan aku cakap "Belom tahu siapa melakukannya". Kau sendiri taip tu. Dan aku gunakan perkataan "ada kemungkinan". Kau sendiri juga taip itu. Aku tak menohmah atau menuduh. Hanya beri bayangan - kemungkinan.

Dan aku kata "Inilah akibatnya bila PAS membenarkan kafir kafir masuk Mesjid." Tak betul kah itu? Kan PAS betl ada benarkan kafir masuk Mesjid. Yang diSelangor ada masuk surat khabar dan diblog blog.

"Akibat" tidak semestinya serta merta. Atau "direct result". Akibat boleh jadi dalam jangka masa panjang. Long-term. Jadi, bukan kah betul apa aku cakap. Jadi, aku tak memmfitnah lah.

Tapi, apa lah lu ni bro .... apasal lu kata itu fitnah? Gua orang Islam lah wei. Wa cakap dengan berfikir. Dah timbang wa punya perkataan. Dah pilih.

Tapi lu ada buat begitu ka, kawan? Bukan kah lu sudah fitnah sama gua. Bilang wa fitnah masakan wa tidak.

Lu kena fikirlahlah kawan. kalau semua lu bilang kena "Biarlah Allah yang menentukan tangan2 yang membuat itu", lu diam saja, tak ada buat apa, tak ada keji apa perbuatan yang tak baik, rosaklah negara, rosaklah masyarakat. Bukan kah Tuhan pun kata: maanusia mesti berusaha, Dia menentukan. Tapi kalau lu tak usaha, kasi tinggal kpd Dia saja, apa macam?

Mau buat solat hajat bior org yang buat datang mengaku secara terbuka dan memohon maaf, silakanlah. Wa tak yaakin dengan solat hajat. Sebab Hadi Awang pun imamkan solat hajat tapi gugur juga Negara Islam. Betul tak?

Tak setuju kau kata "orng yang tidak ada iman akan menyatakan sedemikian rupa." Sebenarnya, orang yang hanya mengharapkan Allah sahaja tu yang tak kuat iman. Kalau kuat iman, dia usaha, kemudian serah kpd Allah. Tak boleh kau "mengharapkan RedhaMu" saja, kawan yang bernama Mengharap RedhaMu. Kena usaha.

Depa gunakan mesjid untuk tujuan politk, untuk meraih undi. Benarkan kafir masuk, pegang dan belek belek Qur'an, ambii gambar, jadikan dakyah politik parti depa. Kau tak nampak kah?

Bukan terlalu emosi, bro. Hanya nak pertahankan hak dan kepentingan Melayu dan Islam. Lu jangan jadi macam omputih kata High and Mighty. Nampak macam orang pandai, alim, maha itu maha ini. Cakap "Ini adalah peringatan untuk kalian semua....BN,PKR,DAP,PAS dan lain2. Sebut pulak Hadith itu Hadith ini.

Lu tau kah orang dah cakap sebelom ini ada lebih 1 juta Hadith. Wa boleh cari berpuluh Hadith dan sebutkan kpd lu. Suruh lu pulak ingat jangan suntuk pemikiran, hanya mengharapkan RedhaMu, diamkan orang taruk gambar porno dalam surat Yassin. Lu cakap Biorkan kpd Allah saja. Mana boleh. Kalau gitu berlanda landalah penjenayah didunia ni. Penjenayah tak pedulikan Allah. Beri depa Hadith saja tak jalan. Itu pasal ada undang undang.

Kan negara mana pun ada Polis siasat. Tentukan siapa penjenayah tu. Bukanlah main biorkan kpd Allah saja, wei. Bukan main bacakan Hadith saja, wei.

Aku bukan Polis. Aku tak kata siapa buat. Aku sebutkan "kemungkinan" saja, wei. Dalam agama Islam tak boleh suspect ke? Tapi aku tak sespect sesiapa pun. Aku hanya sebutkan JENIS orang yang MUNGKIN terlibat.

Amacam? Boleh? Tak boleh tolong kasi hujah hujah lah. Jangan Hadith saja. Sebab ada lebih sejuta dan aku pun boleh keluarkan yang sesuai bagi orang macam kau.

PEMBANGKANG-DAP said...

Mengharap RedhaMu,

Aku tau biasannya kau ni orang yang baik. Takda niat jahat. Jadi aku biorkan.

Tapi yang Anonymous di 11:29 PM tu aku rasa jahat, niat busuk.

Dia jenis yang tuduh tak ada penerangan atau justifikasi langsung. Guna kata kata kusut, kurang ajar.

Mengata orang tak ada otak dan hati perut. Jenis ini juga tak boleh biorkan saja, kawan. Dia dah selalu buat kurang ajor disini. Cuba lu kasi ajor sama dia. Wa mau tengok. Amacam?

Tapi janganlah kasi Hadith kpd dia. Wa tau dia bukan Islam. Dia Cina ultra kiasu. Wa tau sebab wa sudah lama komen diblog ini.

Cubalah ajor dia, Mengharap RedhaMu. Buat disini. Wa nak tengok.

Lu mesti adil. Lu cuba ajor wa, sekarang lu kena ajor sipolan tu. Wa tunggu.

Anonymous said...

Kita dah banyak lari dari topik "Pentingnya budaya merujuk pakar". Marilah kita kembali ke situ.

Bercakap pasal "kemungkinan", video seks Anwar telah dirujuk kapada pakar Amerika Syarikat dan dua hari lalu "US experts from Dartmouth College had confirmed that the sex video was authentic and there was a 99.99% possibility the man in the video was the Opposition Leader" (the Star Online). Kemungkinan 99.99 %.

Dengan tipu menipu, tak mengaku Sodomy I walau pun Hakim Hakim Mahkamah Rayuan kata dia ada meliwat, sekarang tak mengaku Sodomy II, sentiasa cari helah melambatkan bicara, takutkan masuk penjara sebelom PRU13, berkali kali mintak Hakim menarik diri walau pun tak berjaya. Macam ni tak boleh jadi PM. Macam macam ditipunya rakyat nanti kalau jadi PM.

Dulu, takut kena tangkap, dia lari keKedutaan Turkey (Polis tak boleh tangkap dalam kawasan Kedutaan), menuduh Kerajaan nak buat macam macam kpd dia, beberapa hari yang lalu dia tuduh ada komplot nak bunuh dia cara kemalangan jalan raya. Sampai macam tu sekali dia. Macam macam paranoia dia, dah macam orang tak siuman, gilakan kuasa.

Berhati hatilah wahai rakyat sekelian bila membuang undi diPRU13. Buangkan Anwar bila membuang undi nanti. Teruk kita dan negara jika Anwar dibenarkan kePutrajaya.

tokgaru said...

Video Sex - 99.99% adalah Anwar Ibrahim kata pakar.

DAP kata bukan Anwar
PKR kata bukan Anwar
Pas kata bukan Anwar
Umno saja yang kata "ya, itu memang Anwar"

Hanya tuhan saja yang boleh beritahu hal yang sebener .. tapi sayang tuhan enggak biasa ngomong macam kita ngomong ..

Akibatnya .. kita terus dan terus berantakan sesama sendiri sehingga kita hancur semuanya ..

Gambar .. kita tak percaya
Pakar .. juga kita tak percaya

Pengakuan orang yang terlibat saja yang akan membuatkan kita percaya.

Tapi pada aku dalam perkara yang tidak baik jika orang yang terlibat itu mengaku dengan sesuci hati bahawa dia telah melakukan perbuatan tidak baik itu .. aku ingat orang itu mereng (otak tak centre).

Begitu jugalah dalam kes zina .. kalau ada orang yang datang kepada Nik Aziz menyembah2 mengaku dia berzina dan menyembah2 minta dia dihukum rejam sampai mati .. aku kira orang itu mereng sungguh pun aku sendiri melihat perbuatannya.

Jadi untuk menentukan benar atau tidak sesuatu pertuduhan .. bahan bukti dan keterangan pakar .. itu bagi orang yang waras.

Bagi yang tak waras .. bahan bukti dan keterangan pakar masih tidak cukup untuk membenarkan pertuduhan kerana .. pertama, mereka mahu orang itu sendiri mengaku dan kedua mereka mahu tuhan juga mengesahkan kebenaran tuduhan itu.

Jika puak ini jadi pemerintah .. sistem perundangan yang semacam ini lah yang mereka akan terima pakai ..

Dan saya yakin sampai bila2 pun mereka tak akan dapat menghukum si pesalah.

Jika anda ada niat nak melakukan kejahatan dan terlepas daripada hukuman .. tunggu apa lagi pilih lah mereka.

Anonymous said...

Aku baca komen orang PAS begitu banyak disini. Kalau apa yang dikata boleh percaya, PAS boleh perintah dunia.

Malangnya hanya dakyah politik saja. Disalin dari Harakah, Roket, Suara Keadilan dsbnya. Kerja salin menyalin saja. Walau pun dah banyak kali saya lihat pembaca pembaca tegur. Tak dipeduli dia. Macam gengster. Apakah ini jenis yang boleh dibiarkan kePutrajaya. Rosak. Jenis yang tak reti bahasa.

Main mendadah saja. Dadah dakyah PAS. Kononya semua UMNO buat salah, semua PAS buat betul. Kononya Parti Islam. Tapi tak habis habis mencaci dan mencerca.

Pendirian ekonomi dia macam macam. PAS tak tahu pun macam mana nak membiyai perbelanjaan negara. Tak tahu ada budget atau sistem belanjawan. Ada had perbelanjaan. Mesti ikut anggaran pendapatan negara. Tak boleh main belanja lebih saja. Kalau tak, bankrap negara.

Kalau ikut cakap PAS, semua gaji dinaikkan, semua belanja dilebihkan. Sedap cakap, tak fikir mendalam, tak ada pakar ekonomi, tak rujuk pakar ekonomi. Ada komen yang mengetawakan Professor pulak.

Tak sebut dan tak tahu macam mana boleh dapat lebih pendapatan. Kalau ikut cakap PAS akan bankrap negara. Macam Mexico dulu dan Greece diEuropah sekarang. Bila bankrap dia yang bergaji, dibayar dari sumbangan ahli ahli PAS dll, Melayu lain akan merana turun temurun.

Dahlah Melayu ketinggalan jauh dibelakang. Dibidang ekonomi dan jawatan professional dinegara ini. Takda dengar PAS mempertahankan hak dan memajukan kepentingan Melayu. Kononnya memajukan kepentingan Islam. Tapi Negara Islam dan Hukum Hudud pun dibuangnya.

Berhati hatilah rakyat sekelian. Jangan terpedaya oleh dakyah politik PAS. Dia orang tak ada pengalaman mentadbir negara. Lihatlah Kelantan. Rakyatnya banyak yang merempat sebab tak cukup kerja dinegeri sendiri. Tak ada kilang kilang besar masuk Kelantan. Tak berani. Sebab pendirian PAS melampau.

Berkawan dengan DAP. Juga diketahui melampau pendiriannya sejak mula ditubuh 40 tahun lalu. Terutamanya dimasa pergaduhan kaum 13 Mei 1969. Peranan DAP mencetuskan pergaduhan kaum dimasa itu sudah menjadi sejarah. Direkod dalam buku buku. Hinggakan DAP tak mahu usaha usaha memperingatkan Hari 13 Mei. Bantah mata pelajaran Sejarah dimestikan disekolah sekolah. Takut anak anak dia orang dan rakyat tahu tembelang dia orang. Pendirian melampau diorang tak bertukar hingga sekarang.

Tak boleh. Mereka PAS, DAP dan PKR tak boleh dibenarkan kePutrajaya. Bahaya. Tak boleh ambil risiko mengundi mereka. Jika dibenarkan, akan jahanam negara.

tokgaru said...

Kasihan Datok T

Kalau di bawah pemerintahan mereka .. jika Datok T bertiga tidak mengaku menayangkan gambar lucah .. satu sen denda pun Datok T tak perlu bayar .. mereka tak akan dapat menghukum Datok T kerana .. pertama, bahan bukti pendrive dan gambar didalamnya mereka kata "tipu punya gambar" dan kedua, keterangan 13 wartawan yang menonton juga "tipu punya cakap" .. mereka hanya akan terima jika Datok T mengaku sendiri dan tuhan pula mengesahkannya.

Inilah keadailan mengikut hukum islam yang diperjuangan oleh Pakatan Rakyat yang di ketuai DAP bersama2 dengan rakan komponen iaitu PKR dan Pas.

Dan atas prinsip perundangan mengikut hukum islam lah maka pada mereka Anwar bersih .. bersih dari perbuatan meliwat Saiful dan bersih dari tuduhan berzina dengan pelacur cina dalam bilik hotel.

tokgaru said...

Khabarnya

Najib dah ingat kan anggota Umno betapa mereka kena bekerja kuat dan lebih kuat daripada selalu2 untuk menang pada PRU kali ini.

Najib juga kata dia akan letak hanya calon yang winable (mampu menang).

Najib juga kata zaman orang melayu akan tetap undi walau pun letak songkok dah berlalu. Zaman orang melayu pandang lambang dah berlalu.

Itu maknanya Najib dah sedar, orang melayu hari ini dah tak macam orang melayu dulu2 lagi. Orang melayu hari dah celik dan mereka tak akan silap lagi dalam memilih. Pemimpin boleh rayu tapi mereka akan buat pilihan mingikut kata hati sendiri.

Tak guna kita pilih calon kerana dia guna lambang yang kita suka, bila menang dan dapat kuasa untuk bersuara dia tikam kita balik. Betapa menyesalnya kita. Tidak mengapa kita pilih calon yang bukan lambang yang kita suka, asalkan bila menang dia turut berjuang untuk kita dan agama kita.

Jika kita meletakan syarat "kita dan agama kita" sebagai syarat wajib beri pertimbangan sebelum memilih .. insyallah kita dan agama kita akan selamat.

tokgaru said...

Jika Anwar Jadi PM

Negara bahaya, nasib melayu tak terbela.

Musuh Anwar tahu apa yang Anwar suka .. pungkoq dan pompuan. Anwar akan di lemahkan dengan 2 benda ini oleh orang yang Anwar percaya.

Datok Eskay .. rakan baik dan orang kepercayaan Anwar .. lihat apa yang berlaku .. senang2 saja Anwar terkena jerat.

Kita memuji Datok Eskay kerana niat nya adalah baik untuk negara .. dia tak mahu Anwar jadi PM .. Eskay kenal Anwar luar dan dalam .. Eskay tahu negara akan lingkup jika Anwar jadi PM.

Jika Anwar jadi PM .. akan ada Eskay sorang lagi yang akan mengaplikasikan modus operandi Eskay 1.

Adakah orang melayu terfikir benda ini boleh belaku .. Anwar sendiri tak terlintas dia akan terjerat .. jerat tidak lupa kepada pelanduk.

tokgaru said...

PRU 13 dan PM Selepasnya

Anwar Ibrahim .. tanpa segan dan silu riuh sana riuh sini .. memberitahu rakyat dia akan menggantikan Najib .. Anwar yakin dia boleh berfungi sebagai seorang PM .. ya lah masa Mahathir dia adalah TPM .. dah ada sikit sebanyak pengalaman.

Hadi Awang .. tak berhajat nak jadi PM .. mungkin rasa rendah diri .. maklum lah jadi MB di Treangganu pun setakat 1 penggal saja .. dijatuhkan tergolek oleh Umno.

Lim Kit Siang .. tak pernah sebut langsung jawatan PM .. cuma Anwar saja yang janji kalau dia jadi PM maka TPM adalah Lim Kit Siang.

mungkin pada anda ini isu basi yang tak perlu diungkit bangkit lagi. tapi saya nak ajak anda nilai kedudukan Pas dalam PR. ertinya Pas berada pada tempat ketiga, DAP di tempat kedua dan PKR di tempat pertama.

kelmarin kebetulan saya ada dekat dengan satu majlis PKR yang dihadiri oleh Anwar (peresmian pejabat cabang PKR). jadi saya boleh dengar setiap ucapan mereka melalui pembesar suara.

di majlis itu ada orang PKR, ada orang Pas dan orang DAP. pengerusi majlis dalam ucapan aluannya menyebut "sedara2 ahli PKR, sedara2 ahli DAP dan sedara2 ahli Pas bla bla bla ........." nasarudin nasution juga menyebut "sedara2 ahli PKR, sedara2 ahli DAP dan sedara2 ahli Pas bla bla bla ........." anwar ibrahim juga menyebut "sedara2 ahli PKR, sedara2 ahli DAP dan sedara2 ahli Pas bla bla bla ........."

pada hal dalam majlis itu saya nampak orang yang pakai ketayap (kopiah putih) lebih ramai dari orang cina dan inda. di sini jelas kepada saya bahawa tanpa sedar PKR telah meletakkan Pas di tempat ketiga. PKR lebih mengutamakan DAP atau lebih tepat lagi PKR lebih yakin dengan DAP berbanding dengan Pas.

saya tak tahu apa perasaan pemimpin2 Pas .. tidak rasa terhina kah diperlakukan begitu dalam PR ??

tokgaru said...

Dalam ucapan nya Anwar memberitahu bahawa PR meletakkan harapan kepada golongan muda untuk melakukan perubahan.

Saya perhatikan memang mutakhir ini golongan muda terutamanya bukan melayu memang telah tersemat dalam diri mereka perasaan benci kepada BN kerana adanya Umno di dalamnya. Mana kala golongan muda melayu dibakar dengan semangat reformasi.

Kita tunggu dan lihat, yang paling ramai akan ambil bahagian dalam Perhimpunan Bersih nanti adalah golongan muda dan sudah pasti dari etnik melayu.

Dalam masalah ini, kita sebagai ibu dan bapa adalah orang yang paling hampir dengan mereka, dan kita perlu perbetulkan akidah politik mereka supaya mereka nampak apa yang kita sebagai orang lama nampak.

kita tarbiahkan anak2 kita, soal dia nak terima atau tidak, itu bab lain, setidak2nya dia akan berfikir dan mampu menilai.

Anonymous said...

".. yang paling ramai akan ambil bahagian dalam Perhimpunan Bersih nanti adalah golongan muda dan sudah pasti dari etnik melayu ...

"kita tarbiahkan anak2 kita, soal dia nak terima atau tidak, itu bab lain, setidak2nya dia akan berfikir dan mampu menilai."

Setuju sepenuhnya.

Tapi saya rasa tak akan jadi himpun Bersih. Saya harapkan Polis cekut pemimpin atau penggeraknya jika sehari sebleomnya depa dapat maklumat bahawa diorang masih nak himpun esoknya.

Kalau tak, saya fikir akan kecoh dan Angkatan Tentera akan keluar. Tengok dari peranan Tentera dan Polis dirusuhan 13 Mei 1969, mungkin tak rugi jika rusuhan berlaku 9 Julai.

Kalau berlaku, Pemerintah mesti eksploitasi keadaan itu. Lepas rusuhan 1969 Dasar Ekonomi Baru keluar.

tokgaru said...

Perhimpunan Bersih

kita tak nak bila benda tu dah terjadi baru nak bertindak. kita takut dah terlambat. kita nak pihak berkuasa ambil langkah pencegahan.

memang polis dan tentera kita boleh bertindak. tapi yang jadi mangsa polis dan tentera bukan orang lain. di luar negara dah banyak terjadi.

siapa mangsa yang paling ramai. kan tadi saya dah jangkakan paling ramai yang akan turun adalah golongan anak muda melayu, nak kenal mereka mudah jer .. yang lilit kepala atau tak pakai kopiah itu puak PKR dan yang pakai kopiah putih (ketayap dan serban) dan berjubah itu adalah puak Pas.

kita tak mahu Berjasa, Pemuda Umno atau Ngo yang membantah turun berhimpun .. sebab kalau saya jadi polis atau tentera saya akan sapu bersih siapa saja yang engkar perintah tak kira dia berhimpun kerana bantah atau sokong Bersih.

tokgaru said...

Pas vs Islam

Ambiga .. macam2 penentangan dia terhadap islam diantaranya kes Lina Joy.

Tapi kita hairan .. macam mana Pas boleh sokong dia.

Kita orang melayu atas pagar .. pening dengan Pas sekarang ..

rasa2 macam ada yang tak kena dalam Pas .. entah2 dah ada ulamak berfahaman yahudi yang menyusup masuk untuk menghancurkan Pas dan meleburkan kuasa politik melayu dengan menggunakan pengaruh yang ada pada Pas.

1. para ulamak Pas dah tak teguh pendirian .. sekejab nak islam .. sekejab nak hudud. sekarang dah buang islam ambil kebajikan pulak .. buang hudud ambil hukum Hud Hud pulak.

2. Pas dulu pantang kalau orang kafir usik islam .. tapi Pas hari ini tak berapa kisah .. Pas hari ini dah kongsi tuhan dengan orang kristian .. tuhan kristian Allah tuhan Pas pun Allah juga .. cuma nabi saja yang beza .. saya tak tahu lah pulak sama ada orang Pas boleh tumpang solat dekat church .. lojiknya boleh apa sebab dekat church pun Allah ada juga .. dulu Allah duk dekat mesjid dan surau saja .. tapi sekarang Pas kata dekat church pun ada Allah.

Mungkin niat para ulamak Pas itu baik supaya kita muslim dan kristian bersatu atas alasan kita dan mereka berkongsi tuhan iaitu Allah. kalau atas sebab itu saya sokong untuk keamanan dan kesejahteraan hidup manusia.

Lebih sesuai Pas di tukar kepada Parti Agama Semalaysia .. fungsi utama adalah menyatu padukan semua agama yang ada di negara ini .. saya sokong kerana saya nak hidup aman damai tak suka lawan sana gaduh sini .. susah mau cari makan.

Anonymous said...

Saya suka benar baca kata kata ni:

"Pas dulu pantang kalau orang kafir usik islam .. Pas hari ini dah kongsi tuhan dengan orang kristian .. tuhan kristian Allah tuhan Pas pun Allah juga .."

Anonymous said...

saudara anon biadap dan bahlol,

jawapan aku pada 10.57am dituju kepada kau, bahlol bertamadun jakun yang berkeliaran seperti ayam hysteria di blog ni.

dah jemu dengan lauk basi kau. cerita baru takde ke, BAHLOL?

Anonymous said...

" Kita orang melayu atas pagar .. pening dengan Pas sekarang .. "

BETUL KA KAU ATAS PAGAR? AKU RASA DALAM SANGKAR UMNO LEBIH TEPAT.

SUDAHLA TU TOK KARUT, TOKSAH LA NAK MENGARUT LAGI!

Anonymous said...

Waaah dia marah betul bunyi komen yang baru keluar ni. Nampak mcm komen kita orang yang hit at the right cord.

Dia sebut komen dia 10:57 AM. Yang semalam ke?

Aku dah malas nak pegi tengok komen apa, dia cakap apa.

Tak guna. Sebab tak tak boleh cakap macam orang civilized. Bunyi macam Song saja. Biarkan dia melalak dan menyalak. Mcm anjing.

Mengharap RedhaMu said...

Wahai saudara2ku, bukan niatku untuk mengatakan sesiapa malah untuk berbburuk sangka tidak pula. Tetapi perkataan yang kalian lakukan ini jika dari buruk sangka semata-mata adalah jauh dari ajaran Islam. Islam mengajar umatnya agar tidak berburuk sangka. Malah membuka aib saudara seislam juga amatlah ditegah.

kepada PEMBANGKANG-DAP
>>>Kan aku cakap "Belom tahu siapa melakukannya". Kau sendiri taip tu. Dan aku gunakan perkataan "ada kemungkinan". Kau sendiri juga taip itu. Aku tak menohmah atau menuduh. Hanya beri bayangan - kemungkinan.<<<
benar apa ku tulis itu. Tetapi "ada kemungkinan" itu adalah satu buruk sangka. Apabila kita berburuk sangka maka perkara itulah yang akan berlaku. Perkara ini telah diajarkan kepada ku oleh seorang ustaz yang mempelajari ilmu mantiq. Begitu jua ustaz2 yang mengajar ilmu Tasawuf. Bersih qalbu itu datangnya dari pemikiran. Jadi bilamana kita berfikir secara tidak bersih maka hati itu jua akan menjadi tidak bersih. Apakah amalan diri itu akan DIA terima?? Saudaraku, ketahuilah manusia munafik itu banyak disekeliling kita.Ianya memang talah termaktub didalam Al-Quran sejak diturunkan. Malahan dizaman Rasulullah pun orang munafik itu bersolat di belakang Nabi. Maka tidak mustahil jua orang-orang munafik ni banyak didalam orang-orang yang berpolitik.Pelajarilah sifat2 orang munafik ini. Pintalah padaNya agar dijauhi dari sifat2 munafik dan dari orang2 sedemikian rupa.
>>>
Mau buat solat hajat bior org yang buat datang mengaku secara terbuka dan memohon maaf, silakanlah. Wa tak yaakin dengan solat hajat. Sebab Hadi Awang pun imamkan solat hajat tapi gugur juga Negara Islam. Betul tak?<<<

Jangan gitu saudaraku, jika begini caranya itu adalah tidak yakin padaNya. DIA Maha Penentu. Bukannya solat hajat untuk mendapat keputusan serata merta. Ada hikmahnya kelawatan yang DIA beri. DIA Maha Mengetahui. Usah ragu pada jalan yang DIA tunjuk.

Dari Zaid bin Thabit r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
"Tiga perkara yang dengannya hati orang beriman akan suci dari sifat khianat, dengki (dan semua keburukan):
1. Beramal untuk redha Allah SWT.
2. Inginkan kebaikan untuk para pemimpin,
3. Sentiasa bersama dengan jemaah orang Islam. Ini kerana orang yang bersama-sama jemaah akan dilingkungi oleh doa ahli-ahli jemaah itu".
(HR Ibn Majah)

Mengharap RedhaMu said...

To Anonymous 11:29 PM said...
>>>Itu PEMBANGKANG DAP dan Tokgaru bukan manusia! Manusia ada otak dan hati perut, tetapi mereka 2 tidak!<<

Jangan terlalu imosi bro, Manusia memang ada otak dan hati perut dan nafsu(aku tambah). Begitu jua haiwan. Cuma manusia ni diberikan akal untuk berfikir secara rasional mana yang baik dan buruk.
Yang baik itu dari golongan kiri dan baik itu dari golongan kanan. Kiri adalah kemusnahan manakala kanan adalah kebaikan. begitu jua Otak manusia ini ada kiri dan kanannya.Tapi akal yang membezakan pilihan yang terbaik. Jika kita memilih baju untuk dipakai ke sesuatu majlis mahukah kamu memakai pakaian yang "busuk" sudah tentu tidak. Maka pakaian itulah yang melambangkan identiti. Jika demikian akal jua sebegitu. Memilih jalan yang baik adalah disukai oleh sesiapa jua.

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
"Sejahat-jahat manusia ialah seseorang yang merosakkan akhiratnya kerana dunia orang lain. Yakni demi untuk memberi manfaat dunia kepada orang lain, dia merosakkan akhiratnya dengan melakukan perkara yang memurkakan Allah SWT".
(HR Baihaqi)

«Oldest ‹Older   601 – 679 of 679   Newer› Newest»